Ahad, 27 Jun 2021

ZAHID TERBUKTI KUKUH

 


JELAS SOKONGAN

PADA ZAHID

MASIH KUAT

AMIN




Zahid kekal presiden Umno sehingga 2023, kata laporan

AHMAD Zahid Hamidi akan kekal sebagai presiden Umno selepas parti itu menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, lapor Sinar Harian yang memetik kenyataan Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Tertinggi itu dipetik berkata yang jawatan tertinggi parti itu tidak akan dipertandingkan sehingga awal 2023.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata yang keputusan menangguhkan pemilihan parti itu dibuat dalam mesyuarat MT minggu lepas.

Katanya, keputusan itu dicapai melalui resolusi dalam mesyuarat yang dibuat dalam talian itu.

 “Penangguhan pemilihan ini sudah diluluskan apabila majoriti ahli MKT menandatangani ‘circular resolution’ yang dibuat secara dalam talian.

“Hanya dua orang ahli MKT yang tidak tandatanganinya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Umno sepatutnya mengadakan mengadakan pemilihan parti tahun lepas tetapi menangguhkannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Pemilihan parti diadakan setiap tiga tahun, kali terakhir ia diadakan pada 30 Jun 2018.

Penggal kepimpinan Umno sepatutnya tamat pada hujung bulan ini. – 27 Jun, 2021.

 INI BERITA 

BAIK UNTUK

TIM BANDUAN

KHALAS



APA MAKNA KEMPEN ANTI ZAHID

 


 ZAID KUAT

DALAM UMNO

AMIN

ANWAR JANJI

APA PADA ZAHID

AMIN


Kempen burukkan

 Zahid tak ke mana,

 kata Ahmad Jazlan

SERANGAN digerakkan ke atas Ahmad Zahid Hamidi pada waktu ini tidak akan meraih pengaruh besar dalam parti, kata Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahli Parlimen Machang itu percaya kempen berkenaan hanya bertujuan memburuk-burukkan presiden Umno itu.

“Mereka tak akan ke mana. Ahli-ahli Umno memerhatikan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ahmad Jazlan berkata, beliau tidak menyokong kempen tersebut dan bukan salah seorang daripada 25 ahli Parlimen Umno yang didakwa menolak kepemimpinan Zahid sebagai presiden parti.

“Letih dah dengan puak ini,” kata Ahmad Jazlan lagi.

Seramai 25 ahli Parlimen itu didakwa menyokong seorang lagi Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein, untuk mengambil alih kerajaan sebagai perdana menteri.

Dakwaan itu terkandung dalam surat didakwa menggunakan kepala surat Barisan Nasional (BN) untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan permohonan itu.

Kandungan surat serta usaha berkenaan dinafikan Hishammuddin dan perkara juga disiasat polis selepas Istana Negara membuat laporan mengenai dakwaan pemalsuan cap penerimaan.

Seorang pemimpin kanan Umno, Nazri Aziz tampil mengaku bertanggungjawab mengatur usaha mengumpul surat akuan bersumpah ahli Parlimen BN untuk menyokong Hishammuddin.

Katanya, kempen itu bertujuan menolak kerjasama yang didakwa diusahakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, dakwanya.

Kempen tersebut bagaimanapun ditepis Ahmad Zahid yang menganggapnya sebagai perkara karut seperti “cerita kartun”.

Nazri seterusnya mendakwa ditipu Ahmad Zahid yang menurutnya merancang dan mengarahkan ahli Umno menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada Januari.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mendakwa beliau turut menarik sokongan, sepertimana dilakukan Ahmad Jazlan, namun mendakwa tertipu kerana Ahmad Zahid tidak melakukan perkara sama.

Dakwaan tersebut dinafikan Ahmad Jazlan yang menegaskan perkara itu tidak pernah diarahkan Ahmad Zahid dan tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Tidak,” kata Ahmad Jazlan ringkas semasa diminta mengesahkan dakwaan itu.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa tindakan menarik sokongan terhadap kerajaan PN itu dibuat demi maruah parti dan tidak melibatkan arahan sesiapa.

Tambahnya, perkara itu dijelaskannya kepada perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung Umno pada 28 Mac lalu.

“Saya tidak dipengaruhi sesiapa. Presiden tidak ada telefon saya. Timbalan tidak telefon saya. Saya rapat dengan Najib, sepatah pun tidak ada arahan.

“Saya buat demi maruah parti,” katanya dalam ucapan sewaktu persidangan tersebut.

Pengumumannya pada 9 Januari itu menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dalam keadaan genting kerana hanya menguasai 110 kerusi.

Susulan itu, Muhyiddin berjaya memperoleh perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksana perintah darurat bermula 11 Januari, yang antara lain menyebabkan sidang Parlimen digantung.

Nazri kemudian menarik balik sokongan terhadap PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 12 Januari.

Keputusan untuk  menarik sokongan ke atas kerajaan PN kemudian dibuat secara rasmi oleh Umno dalam perhimpunan parti itu pada Mac lalu.

Perhimpunan tersebut juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, parti DAP dan juga dengan Bersatu.

Umno juga pada waktu itu mengumumkan akan membuat jajaran baharu dalam usahanya untuk bertanding pilihan raya umum ke-15 tanpa kerjasama dengan Bersatu.

Dalam masa sama, pembangkang PKR, DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) pula membayangkan mengenai kerjasama dipanggil “khemah besar” dalam pilihan raya itu.

Perkembangan itu menimbulkan andaian akan berlaku kerjasama di antara Umno dan Pakatan Harapan.

Dakwaan mengenai agenda berkenaan menjadi kebimbangan pemimpin Umno, terutama selepas bocor rakaman audio didakwa menunjukkan pakatan politik sulit ketua parti mereka dengan Anwar.

Dakwaan mengenai usaha Zahid melakukan kerjasama dengan Anwar juga diuar-uarkan seorang anggota Majlis Kerja Teringgi Umno, Zahidi Zainul Abidin.

Timbalan menteri penerangan dalam Kabinet Muhyiddin Yassin itu mendakwa Zahid bertindak demikian kerana gagal menjadi timbalan perdana menteri.

Zahidi dalam satu laporan portal pro-Umno Agendadaily berkata, usaha tersebut membelakangi ketetapan parti untuk tidak bekerjasama dengan Anwar.

Pada masa sama, beliau mengakui usaha untuk menaikkan Hishammuddin itu benar-benar dijalankan bagi menghalang usaha Zahid menjalin kerjasama dengan Anwar.

Katanya, langkah itu dibuat dengan melantik menteri luar itu menjadi jurucakap sekiranya parti itu akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong. – 27 Jun, 2021.




 RAMAI TAK

NAMPAK

PERANAN ANWAR

AMIN

SIAPA

 DI BELAKANG

ANWAR 

AMIN

NEGARA 

HURA HARA

PASAL ANWAR

NAK JADI PM

AMIN

TAK HABIS HABIS

PAKATAN DAH

RUTUH

AMIN

UMNO SEDANG

GADUH

AMIN

DAP PECAH DUA

AMIN

AMANAH 

PECAH  DUA

AMIN

SEMUA KERANA

ANWAR

KHALAS



BENTLEY - KANTOI


TAHNIAH PDRM

AMIN

UBAH TAKTIK

AMIN

SELALU KENA

TAHAN MAT REMPIT

AMIN

KEPALA JAHAT

MENYAMAR 

PAKAI

KERETA MEWAH

AMIN 

NAK BAGI

 POLIS TAKUT

AMIN

PDRM WAJIB

UBAH TATIK

LAGI MAHAL KERETA

LAGI RAPI

LAGI LAMA

DI PEREKSA

AMIN

SAMSENG 

ORANG JAHAT

GUNA VELL FIRE 

MERCEDES

BENTLEY 

LAMBOURGINI

AMIN

MEREKA TAHU

PDRM TAKUT

NAK BUKA BONET

KHALAS


Sorok dadah RM6.43 juta 

dalam kereta Bentley

IPOH: Taktik dua lelaki mengubah suai kenderaan mewah bagi menyembunyikan dadah terbongkar apabila kereta jenis Bentley itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng, Rabu lalu.

Difahamkan, kereta Bentley Flying Spur berwarna kelabu itu singgah ke Gopeng untuk mencari bengkel kerana dipercayai mengalami kerosakan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Gopeng pada pukul 7.30 petang.

Katanya, pemeriksaan pada kenderaan itu menemukan 117 bungkusan teh Cina yang mengandungi 122.5 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di ruang penyimpanan barang bahagian belakang kenderaan yang telah diubah suai.

“Kedua-dua suspek dan kereta tersebut dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk pemeriksaan lanjut di mana enam lagi bungkusan teh Cina ditemukan dalam kenderaan itu.

“Pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kampar menemukan bahan terlarang seberat 6.28 kg itu di ruang penyimpanan tayar tambahan di bahagian belakang kereta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak, Asisten Komisioner Lee King Chuan dan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim.

Menurut Mior Farid, nilai keseluruhan rampasan 128.78 kilogram dadah jenis methamphetamine itu berjumlah RM6,439,000 selain pihaknya menyita wang tunai RM3,390.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing dilakukan ke atas kedua-dua suspek namun hanya lelaki berusia 41 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu dalam perjalanan dari Johor ke utara dan dadah berkenaan adalah untuk pasaran utara.

“Pemeriksaan mendapati, suspek yang juga ahli perniagaan itu menggunakan surat rentas negeri untuk melepasi SJR namun dokumen berkenaan telah tamat tempoh,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Khamis lalu hingga Rabu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 32B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semakan ke atas rekod lampau mereka mendapati lelaki berusia 47 tahun itu mempunyai empat rekod lampau bersabit kes dadah dan satu rekod jenayah,” katanya.

 DIBELAKANG
SEMUA KEKAYAN

ADALAH

JENAYAH

AMIN



KALAU KITA TAK AMBIL POT

 


KALAU KITA

TAL AMBIL POT

TITLE APA PUN

TAKDA MAKNA 

Unknown commented on 

"HOK GOTU MU 

TANYAO NURUL"

TT, diaoang tu hanya ingot nok berlagok dengan pingat kebesaran dan title dopan namo ket dunio ini jo.. Yo la banggo, sumuo orang takut dan tunduk ket dioang. .. tapi diaoang tak tau diaong dikutuk kaw kaw dalam ati.. Dan jangan ingot dengan ado title boleh cakap sembarangan tanpa bukti dan tanpa fakta tepat tapi fitnah atau wat hantam koromo... 



yo la mungkin ado orang pocayo pasal ado title Latuk, Lokto atau propesor ket dopan namo. Tapi ingot bilo mati kojol, ado boban dan tanggungjawab sumuo apo yang telah dicakapkan... kono buktikan apo yang dicakap tu bonar. Title dah tak bantu lagi dah...! So jangan banggo dengan Titke... boban woeii...!

ZAHID HEBAT

 



 ZAHID HEBAT 

WALAU PUN 

ADA 47 TUDUHAN

KHALAS



Zahid kekal presiden Umno sehingga 2023, kata laporan


NAZRI NAK

CAKAP APA

KAH KAH KAH

SOSOK BAIK MENYERU KEBAIKKAN

 


SOSOK BAIK

MENYERU 

KEBAIKKAN

Unknown commented on

 "BERKHALWAT

 HARI KE 467"

"SEMUA MENCARI SOSOK YANG BAIK TAK TAK SEMUA NAK MENJADI SOSOK BAIK.." ada pmbetulan sikit,ramai nk jd baik, tp x ramai nk seru pd kebaikan, cthnya, Muhammad saw adalah org yg baik & d sukai ramai, tp lps jd nabi/Rasul..beliau seru org rmai pd kebaikan, pstu smua org jd benci.. 


Maka, org baik ramai kwn, disukai, disanjung,dihormati..klu ajak pd kebaikan, mmg smua lari lah... Mcm lu gak, bila ajak bincang, forum, pencerahan.. Ramai dtg dgr.. Tp bila lu ajak buat tindakan, semua menikus.. Kahkahkah!!

KEMPEN ANTI ZAHID

 


 KEMPEN 

ANTI ZAHID

AMIN


Kempen burukkan Zahid tak ke mana, kata Ahmad Jazlan


 GEROMBOLAN

GADUH

AMIN

MUHYIDIN ADA BANYAK MUSUH


MUHYIDIN ADA

BANYAK MUSUH

Unknown commented on 

"AGONG 

NAK TANYA APA?"

Apa yg aku faham sesuatu di sebalik tabir...ramai pemilik pemilik rahsia kilang dan bangunan. Sekalipun kilang boleh beroperasi tetapi sales tetap rendah sbb PKP. So impaknya tetap terkena terhadap pemilik rahsia. 


Pemilik2 rahsia ni bukan mcm kita rakyat bawahan,rakyat bawahan xpa lapar,tapi dorg kalau duit masuk kurang sikit je,dorg gelisah mcm org miskin digurun pasir panas takda air setitik pun,tu dorg punya takut.ringkasnya PKP muhyidin buat nj,mencipta musuh dr segenap ceruk dalam negara

HOK GOTU MU TANYAO NURUL

 



 HOK GOTU

MU TANYO NURUL

Unknown commented on 

"GELARAN KEBESARAN

 WAJIB ADA"

TT, berapa harga untuk gelaran kebesaran seketul di Malaysia nie? TT kenal agen dia tak? Ada tak yang jual surat pengampunan di akhirat? Kah! Kah! Kah!

KONYANG MAKAN APO ?

 


 KONYANG

MAKAN APO ?

panglimo potaseh commented on

 "GUA TAK FAHAM"

Heran gwa ..bilo ado kovid jo kito sorbu warga asing di pasar Selayang. Nak tanyo ..di Selayang tu tak do Pegawai Penguasa ko ..tapi ..tapi ..den ado kawan yg pangkat taraf YDP & Pengarah kek situ ..bilo den ajak minom mereko kato mereko dah kokonyangan ..? ..?

AGONG PANGGIL HARI SELASA

 


 HARI SELASA

KAH KAH KAH

ADA APA

AGONG NAK JUMPA

AMIN




Azhar, Rais Yatim dipanggil menghadap Agong, kata sumber

YANG di-Pertua Dewan Rakyat dan presiden Dewan Negara dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa depan, kata sumber.

“Pertemuan dipercayai bagi membincangkan isu-isu berkaitan Parlimen termasuk cadangan sidang secara hibrid yang dijangka pada akhir Ogos atau awal September,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat ialah Azhar Azizan Harun, manakala Rais Yatim yang di-Pertua Dewan Negara.

Selain Azhar dan Rais, timbalan masing-masing iaitu Azalina Othman dan Mohamad Ali Mohamad juga dijangka dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, tambah sumber.

Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dikeluarkan semalam, selepas Azhar dan Rais mengeluarkan kenyataan bersama, yang menyebut sidang Parlimen  dijangka dapat bersidang semula secara hibrid pada akhir Ogos atau awal September.

Kenyataan bersama Rais dan Azizan menyebut mereka memerlukan masa untuk membuat persediaan termasuk aspek perundangan dan pentadbiran dan teknikal.

Kenyataan bersama Rais dan Azizan juga menyebut satu Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid ditubuhkan, yang dipengerusikan bersama oleh Yang di-Pertua kedua-dua Dewan.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh timbalan-timbalan Yang di-Pertua dan setiausaha kedua-dua Dewan serta pihak urus setia Parlimen Malaysia di bawah pimpinan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, menurut kenyataan itu. – 26 Jun, 2021.

 YA AMPOON

AMIN

BUKAN SAJE

AGONG NAK

TAHU

BILA PARLIEMN

BERSIDANG

KHALAS

ORANG RAMAI

PUN NAK TAHU

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK

TAHU BILA

ANWAR AKAN

ANGKAT SUMPAH

AMIN



DUN NE9 AKAN BERSIDANG

 




 DUN N9 JUGA

AKAN BERSIDANG

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 467"

Jgn lupo..DUN Nogori 9 pun nak bersidang...ekau org Jolobu jgn lupo Nogori kito...

SEKOLAH BERLAINAN

 


 

DUA SEKOLAH

BERLAINAN

capt salai commented on 

"BUDAK KERBAU"

Nasib baik ekau tak calatkan sikembang..mano tau kok ekau stim lak tengok pantat sikembang tu haha..bro sekolah batu serambai tu samo dengan sekolah amar pengulu ke

AGONG NAK TANYA APA?

 



WOW

INI APA MAKNA?

JENG JENG JENG

KHALAS

Azhar, Rais Yatim dipanggil menghadap Agong, kata sumber


JENG JENG JENG

AMIN

GELARAN KEBESARAN WAJIB ADA

 


 NAMA SAJA 

TANPA GELARAN

TAKDA SAPA

AMBIL POT

AMIN

DAH GI MEKAH

DAH CIUM BATU ITAM

TAK PAKAI SERBAN

TAKDA SAPA 

AMBIL POT 

KHALAS

Unknown commented on 

"MANA YANG LAIN ?"

Title je professor, tak ketinggalan nak pamerkan gak title tu, takut orang tak kenal atau takut orang tak amik pot terhadap pandangannya. Pandangannya lebih bersifat sentimen semata-mata dan tidak menyeluruh kepada banyak aspek kehidupan yang laun. 


Kenapa dia tidak mengkaji dan melaporkan keadaan di Gaza dan Tebing Barat Palestin, kenapa Fatah dan Hamas tidak sehaluan jika atas nama rakyat Palestin tertindas. Kena buat lebih kajian sejarah, politik, sosial, ekonomi, naluri manusia terutama yang giler nak berkuasa. Setakat mempamerkan title tidak menjamin pandangan tu benar dan saheh dan dengan orang lain menerimanya sebaliknya mungkin membawa kealpaan fakta sebenar.

KEPALA KONSPIRASI SYARIKAT BUAT UBAT

 



 SYARIKAT

BUAT UBAT

LOBI WHO LARANG

IVERMECTIN

Unknown commented on

 "KONSPIRASI 

LARANG IVERMECTIN"

Doktor yg menghalang ubat ni diguna kena dihadap ke mahkamah jenayah, kalau tak tribunal jenayah kemanusiaan...

BERKHALWAT HARI KE 467

 



KHALWAT KE 467


AHAD  27/6/2021
KITA MASUK KE HARI 467
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 167

PKP
4.0

PARLIMEN ?
UNDI TAK PERCAYA?
AGONG ?
RAJA ?
HEBOH BAGAI NAK RAK

ADUN SELANGOR 
NAK BERSIDANG
ADUN JOHOR NAK BERSIDANG
JENG JENG JENG

PARLIMEN BILA?
JENG JENG JENG

JANGAN LUPA
MAT KOBID
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH CERAH
MATA HARI BERSINAR
BUMI BASAH
TITIK HUJAN
BERSINAR DI RUMPUT

HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
MEMBAWA UDARA SEGAR

LE CHATEAU INDAH
DARI JAUH LANGIT YANG BIRU
DAN BULAN YANG TAK BERCAHAYA


SATU KUMPULAN TIONG
HEBOH
TIONG BERGERAK SOLO
DAN BERPASANGAN
JUGA BERKUMPULAN
HEBOH  ENTAH APA TERJADI

TERKUKUR
TERUS MENDAYU

POKOK MENGKUDU
BUNYI TEMPUA JUGA  HEBOH
CHIP CHIP CHIP
BEBERAPA  EKOR SEDANG
KELUAR MASUK
MEMBUAT BANGLO
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
KITA TAK BERTANDING  DENGAN
SESIAPA PUN
KITA TAK MAIN APA APA
KITA HANYA MAHU
JADI SOSOK LEBIH BAIK
DARI  KELMARIN

BRO
HIDUP GUA
JALAN GUA
SILAP GUA
GURU GUA
BUKAN LU PUNYA BISNES

BRO
JANGAN JADIKAN
KEMARAHAN
SEBAGAI JAWAPAN

BRO
SEMUA MENCARI SOSOK
YANG BAIK
TAK TAK SEMUA
NAK MENJADI SOSOK BAIK

BRO
JADI SOSOK
YANG LEMBAH LEMBUT
JANGAN BENARKAN
DUNIA INI MENJADIKAN
KITA KERAS MERAS
JANGAN JADIKAN SAKIT
UNTUK KITA BERDENDAM
JANGAN BENARKAN
KEPAHITAN
MENJADIKAN KITA
HILANG KEMANISAN HIDUP

BRO
KERJA KUAT
KERJA RAJIN
INI JAWAPAN

BRO
BERI PERHATIAN
DALAM KEPADA APA SAJA
MAKA
SEMUA AKAN MENJADI
GURU KITA
AMIN

LAKUKAN SEKARNG 
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT