Isnin, 26 Julai 2021

KADIR JASIN TAK FAHAM

 


 KADIR JASIN

TAK FAHAM

AMIN

MALAYSIA NEGARA

DUA KETIGA

AMIN

MUSTAHIL ADA

MENTERI AKAN

LETAK JAWATAN

AMIN

JAUH SEKALI

PERDANA MENTERI

AMIN

NAJIB ADA KES

BUNUH ALTANTUYA

NAJIB BUAT DEEK

AMIN

KES RASUAH 

SANA SINI

SEMUA BUAT DEEEK

KHALAS




Berdasarkan apa berlaku di Parlimen, doktor piket: Mahiaddin sepatutnya letak jawatan

Berdasarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini serta piket yang dibuat oleh doktor kontrak, Perdana Menteri Menteri  Mahiaddin Md Yassin sepatutnya telah meletakkan jawatan.

Tokoh wartawan,  A Kadir Jasin berkata, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan oleh Mahiaddin.

“Melihat apa yang berlaku di Parlimen dan piket doktor kontrak hari ini, Mahiaddin sepatutnya meletak jawatan,” tulis bekas penasihat media perdana menteri itu.

Beliau juga membetulkan fakta bahawa doktor-doktor kontrak kerajaan tidak mogok atau melakukan hartal.

“Daripada laporan media massa, tindakan mereka itu adalah piket,” kata beliau.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, mogok ertinya tidak bekerja. Hartal pula apabila peniaga tutup kedai atau pejabat sebagai tanda protes.

“Yang bangang ni Menteri dan media massa yang tak faham beza antara mogok, hartal dan piket atau mereka sengaja hendak memburuk-burukkan doktor muda ini,” kata beliau.

 

 BUDAYA LETAK

JAWATAWAN

ADALAH BUDAYA

MENTERI KAPIR 

AMIN

SAPERTI  MENTERI

DI SWEDEN

AMIN

ATAU MENTERI

HINDU

DI INDIA

AMIN

HARAM IKUT 

BUDAYA KAPIR

HARAM IKUT

 BUDAYA HINDU

KHALAS



GAMBAR SEJARAH

 


SIAPA DALAM 

GAMBAR SEJARAH

Unknown commented on 

"ITM - SATU MASA DULU"

Gambar tu macam pelajar ITM tahun 1972-73 . Duduk atas keta spec tebal tu Raja Azmi. Awek kat hujung tu macam Suzy Q...Top ten awek cun masa tu yang termasuk Cik aka Raja Noor Baizura. Semua tak kenal gua..pasal gua kutu berahak. Yang kenal gua Abg Hamed teres dan Mami Mamaktera je. Menang sangat indah zaman tu..

MADEY SILAP

 


WOIT

MADEY SILAP

AMIN

KALAU MACAM INI

PARLIMEN

BUKAN TEMPAT

PENERANGAN

KHALAS

PARLIMEN JADI

TEMPAT

PENGELAPAN

AMIN




Sidang khas Parlimen hanya helah, kata Dr Mahathir


PERSIDANGAN Parlimen hari ini hanya mesyuarat dan bukan sidang sebenar kerana perbahasan tidak dibenarkan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mengecam sidang Parlimen khas melalui sidang media maya, Dr Mahathir berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya ingin untuk terus berkuasa.

“Ia hanya pertemuan di Dewan Rakyat dan sesi penerangan. Ia bukan sidang Parlimen kerana tidak ada perbahasan.

“Pengisytiharan darurat dan juga Pelan Pemulihan Nasional tidak dibincangkan.

“Ahli Parlimen tidak diizinkan untuk mengundi. Mereka tidak boleh menerima, menolak atau meminda,” kata ahli Parlimen Langkawi yang berusia 96 tahun itu.

Beliau berkata jelas kerajaan hanya ingin untuk terus berkuasa dan tidak berminat mengenai kehilangan nyawa dan mata pencarian kerana pandemik Covid-19.

“Persidangan Parlimen khas hari ini tidak cukup baik,” tambah Dr Mahathir. – 26 Julai, 2021.

 MAKIN GELAP

MAKIN GELAP

KAH KAH KAH

AZEEZ BALING

DAN KHAIRY

DATANG TAK ?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH 

KAH KAH KAH

KALAU 

TAK DATANG

 PARLIMEN 

CERAH SIKIT

KAH KAH KAH



MUSTAHIL TAK TAHU DIMANA PM BERADA

 




PARA YB 

MUSTAHIL  TAK

SEDAR

KAH KAH KAH

TANYA KU LI

KAH KAH KAH

DULU MASA

TANDA TANGAN

DEKLARASI RAKYAT

KU LI PUN 

TAK MUNCUL 

KAH KAH KAH

KU LI SAKIT PERUT

KAH KAH KAH



Mana Perdana Menteri, tanya ahli Parlimen

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin tidak muncul di Dewan Rakyat petang ini untuk menjawab pelbagai perkara yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen selepas beliau memberi penerangan mengenai pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 pagi tadi.

Tugas menggulung dan menjawab persoalan daripada lebih 20 ahli Parlimen sebaliknya dipikul oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz selaku menteri penyelaras pelan pemulihan negara

“Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen apabila persoalan substantif mengenai Darurat dijawab oleh menteri kewangan,” kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim, ketika mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaksa Muhyiddin hadir menjawab.

“Tuan Speaker, ini tanggungjawab Tuan Speaker untuk panggil perdana menteri dan jawab. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya timbalan perdana menteri,” tambah ahli Parlimen Port Dickson.

Namun Azhar tidak berganjak biarpun kemudiannya turut didesak oleh beberapa ahli Parlimen lain antaranya Gobind Singh Deo (Puchong-PH), Khalid Samad (Shah Alam-PH), RSN Rayer (Puchong-PH), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor-PH) dan Lim Guan Eng (Bagan-PH).

Beliau meminta Zafrul untuk meneruskan penggulungan.

Gobind bagaimanapun terus bertanya kenapa Muhyiddin tidak menjawab dan menyerahkan kepada menteri lain untuk menjawab bagi pihak kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (Bera-BN) lalu bangun dan menjelaskan Zafrul menjawab bagi pihak kerajaan kerana beliau menteri penyelaras pelan pemulihan negara.

“Ini sesi pelan pemulihan negara. Itu tadi yang bercakap pasal darurat, lari topik,” kata Ismail.

Lim menjelaskan pihak pembangkang membangkitkan isu darurat hanya kerana menteri undang-undang Takiyuddin Hassan awal hari ini mengumumkan ordinan darurat sudah ditarik balik pada 21 Julai.

Pihak kerajaan dan Azhar bagaimanapun tidak berganjak, membuka jalan kepada Zafrul untuk meneruskan sesi.

Zafrul meneruskan penggulungannya, dan Rayer didengar bertanya: “Mana perdana menteri?” – 26 Julai, 2021.

 MUHYIDIN

TAK MUNCUL

MUNGKIN

CERET BERET

BERULANG

KAH KAH KAH

JANGAN TEKAN

NANTI TERBERAK

DALAM PARLIMEN

KHALAS





DULU UNIVERSITI GEDUNG ILMU - BUKAN PERNIAGAAN

 


 DULU UNIVERSITI

GEDUNG ILMU

BUKAN KILANG PERNIAGAAN

Unknown commented on 

"RAMAI

 GRADUAN RUMAH KEDAI"

Dulu nak masuk U kena ada kelulusan HSC. Dua thn belajar kat lower dan upper six. Pastu kalu keputusan HSC cemerlang baru boleh masuk UM. Masa tu yg dapat masuk U pelajar yg cerdik2 saje. 



Skrg ni ada SPM dah boleh masuk U walaupun exam meniru. Inilah masaalahnya apabila kita mementingkan kuantiti dari kualiti. Not only everybody can fly but now everybody can go to unibersiti. You reap what you sow.

PARLIMEN - ADA MEE REBUS TANPA UDANG

 

 

ADA UDANG 

DISEBALIK BATU

AMIN

ADA MEE REBUS 

TANPA UDANG

KAH KAH KAH



Sidang khas Parlimen hanya helah, kata Dr Mahathir


 UNDANG TAK DA

MEE PUN TAK DA

KAH  KAH KAH

GAMBAR MANA OK ?

 


 GAMBAR MANA

YANG OKAY ?


Mat Tulih commented on

 "PEMANDU GRAB 

DALAM BAHAYA"

TT, nampak gayanya blog kau ni dah bertukar jadi blog porno sekarang ni. Mungkin dengan menyiarkan gambar-gambar lucah ni kau boleh menarik Abam Non, Ustaz Ular Snake dan yang sewaktu dengannya menjadi follower kau. 


Tapi aku rasa kau mesti ingat ramai jugak pembaca kau tak suka dengan cara kau ni. Dan jugak kau kena respek sikit kapada pembaca wanita kau kat sini macam Cik Minah tu. Aku rasa kualiti kerja engkau dah merudum sekarang ni. Ni aku punya pendapat la. Engkau nak ikut ke tak nak ikut ke itu hak engkau.


BODOH PUNYA SOALAN


 


 BODOH PUNYA

SOALAN

AMIN




Mana Perdana Menteri, tanya ahli Parlimen


 SOALAN BODOH

AMIN

FALSAFAH PELACUR

 

 INI

FALSAFAH PELACUR

KAH KAH KAH

PANCUT TAK PANCUT

LU BUKA SELUAR

LU KENA BAYAR 

KAH KAH KAH

GAGAL TAK GAGAL

DUIT MESTI BAGI 

AUDI MESTI BELI

KAH KAH KAH


Kerajaan bukan gagal tapi belum berjaya, kata pemimpin PAS

PAS tidak akan hilang sokongan dalam pilihan raya umum akan datang walaupun rakyat marah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap gagal menangani pelbagai krisis akibat pandemik Covid-19, kata pemimpinnya.

Parti Islam itu setidak-tidaknya akan tetap dapat sokongan daripada penyokongnya yang faham realiti bahawa tiada mana-mana kerajaan di dunia yang berjaya menyelesaikan masalah Covid-19, kata mereka.

Ahli Jawatankuasa PAS Kedah Mohd Hilmi Abdul Wahab berkata kritikan terhadap kerajaan adalah perkara biasa, malah tanda kerajaan ini sebuah kerajaan yang bekerja.

“Sokongan pengundi PAS tak ada masalah. Dia begini saja… kalau orang yang buat kerja mesti ada kritikan, yang tak buat kerja itu yang tak ada kritikan.

“Biarpun banyak kritikan tapi ia tidak melebihi sokongan. Orang PAS faham, kalau nak kata gagal, seluruh dunia gagal. 

“Jadi kerajaan tidak gagal cuma tidak berjaya lagi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau juga menyifatkan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin adalah pilihan terbaik yang ada pada masa ini, dan itu antara faktor PAS menyokong kerajaan sekarang.

The Malaysian Insight bertanya kepada pemimpin PAS mengenai tempias kritikan rakyat terhadap kerajaan kepada peluang parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Pentadbiran Muhyiddin dikritik keras kerana menggunakan perintah darurat, yang diisytiharkan sejak tujuh bulan lalu, untuk menangani pandemik.

Penularan Covid-19 bagaimanapun semakin merebak dengan angka jangkitan baharu dan kematian bertambah sementara keadaan di hospital dan sistem penjagaan kesihatan terus tertekan.

Kementerian Kesihatan semalam mengumumkan 17,045 kes lagi jangkitan baharu, menjadikan keseluruhan kes kini lebih sejuta sejak wabak ini dikesan di Malaysia pada hujung Januari 2020.

Kerajaan stabil

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata PAS terus menyokong kerajaan Muhyiddin kerana mahu memastikan kerajaan Melayu-Islam ini stabil dan dapat fokus sepenuhnya menangani isu-isu berkaitan Covid-19.

“Kalau kita tak berada dengan PN, kerajaan baharu yang akan ditadbir nanti akan sama seperti Pakatan Harapan (PH) yang ada sebelum ini. Bagi kita politik dan pentadbiran semasa pentadbiran PH lebih berbahaya daripada kerajaan yang ada sebelum ini.

“PAS melihat keberadaan bersama PN buat masa sekarang itu yang terbaik untuk negara khusus bagi mengekalkan penguasaan politik. 

“Kita nak pastikan kekal ditampuk pentadbiran ialah mereka yang sama-sama menjayakan agenda Melayu dan Islam,” kata ahli Parlimen Pasir Mas.

Kerajaan PN dibentuk sejak Mac 2020 hasil kerjasama Bersatu, PAS dan Umno untuk mengukuhkan agenda Melayu dan Islam yang didakwa terabai semasa pentadbiran PH sejak PRU14. 

Percaturan politik yang menyingkirkan PH dari Putrajaya dan beberapa negeri itu mendapat dukungan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Pada 7 Julai, Umno bagaimanapun mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan menggesa presiden Bersatu letak jawatan perdana menteri serta merta. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi tujuh alasan kerajaan ini gagal.

Fadli menyanggah tanggapan kerajaan gagal itu sebagai tidak betul.

Mengambil pakej bantuan rakyat sebagai contoh, beliau berkata ia adalah bantuan terbesar yang pernah kerajaan beri kepada rakyat.

“Jadi kita kena bersikap adil dalam membuat apa saja penilaian terhadap prestasi kerajaan,” katanya. 

Baginya, yang lebih tepat pada masa ini ialah “kerajaan masih belum berjaya sepenuhnya.”

“Saya kira masih lagi ada ruang untuk kita perbaiki dan ruang untuk kita beri pandangan kepada kerajaan.

“Kerajaan juga perlu bersikap terbuka dalam menerima cadangan dikemukakan rakyat baik ahli politik atau masyarakat biasa yang terkesan dengan pandemik ini,” katanya.

Dua darjat

Fadli bagaimanapun tidak menolak rasa tidak puas hati dan marah rakyat timbul kerana layanan berbeza terhadap sesetengah pihak dalam soal pematuhan peraturan pencegahan Covid-19.

Katanya, kerajaan perlu jujur dan telus dalam hal ini.

“Rakyat mempersoalkan kenapa adanya layanan double standard terhadap pihak yang dipertikaikan, jadi ini yang perlu kerajaan jawab,” katanya.

Beberapa ahli politik baru-baru ini dikesan melanggar SOP pencegahan penularan Covid-19 namun siasatan terhadap mereka mengambil masa yang relatifnya lama berbanding kebanyakan orang yang dikenakan kompaun serta merta.

Dalam pada itu, Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata kalau hendak dikatakan kerajaan gagal, kerajaan PH di Selangor lebih gagal lagi.

“Kegagalan Selangor adalah lebih kepada pentadbiran negeri,” katanya, memberikan contoh kes jangkitan Covid-19 di negeri itu yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Roslan yakin kemarahan rakyat terhadap kerajaan persekutuan tidak lama, sehingga imuniti kelompok iaitu sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan penduduk dewasa di negara ini diberi vaksin.

“Jka kerajaan dapat pastikan capai 80 peratus imuniti kelompok sebelum hujung tahun kemarahan rakyat akan reda.

“Apabila berjaya capai sasaran imuniti kelompok, rakyat akan tetap bersama dengan PN,” katanya. – 26 Julai, 2021.

 PELANGGAN

 YANG

SETIA

ADALAH YANG 

BERANI JILAT

GULAI KAWAH

KAH KAH KAH



BETUL KE BERITA INI ? ATAU GERTAK UMNO

 


BETUL 

KE BERITA INI

 ATAU 

GERTAK UMNO 

AMIN

PERLU BERUNDING - BERBINCANG

 



PERLU BERUNDING

PERLU BINCANG

Arymanchino commented on

 "TER NOWW TERKINI - 

BERITA MELEDAK"

Hartal kepale bana mereka.Suruh mereka berhenti lah.Beri notis 24.Ape nak ugut2.Klu diri mereka penting sgt gi lah cari kerja lain.Lulusan xberape.



Dok belajar atas kedai pah tu nak temberang.Cuba tanya Doktor2 yg menjaga mereka d hospital,mcmane mereka kerja.Doktor2 pakar ni lebih letih nak jage mereka dari jage pesakit..

WAJIB CARI JALAN PENYELESAIAN

 




 WAJIB CARI

JALAN

PENYELESAIAN

Unknown commented on

 "RAMAI GRADUAN 

RUMAH KEDAI"

Menahan lukah di sungai sempit...doktor ni bukan baru kontrak tahun ni tapi dah lama. Kenapa sebelum ni senyap dan tak mogok sebelum kerajaan PN dan kobit19.



 Walaupun tindakan doktor ni adalah untuk menuntut hak mereka...tapi bermoralkah doktor ni mengambil kesempatan dalam suasana hari ini. Lanjutkan perbincangan dengan kerajaan dan KP kesihatan untuk kebaikan bersama.

ITM - SATU MASA DULU

 



 MSA TAK BERULANG

MASA DAH BERLALU

panglimo potaseh commented on 

"ZAMAN INDAH - MASA DULU"

Betul ..zaman dulu2 memang indah. Lu bayangkan 1979 gwa ngaji di ITM, gwa bawa pipit dan telor je ..bilik, alatan, makan/minom, sukan, studio ..sehingga pen/pensil somuo FREE. Tiap2 awal semester ada projek luar drp "school" dpt lah 7/800 ..lopeh duit isap rokok dan isap gilpren. 



Omak/abah kek kampong den kobakan tak yah antar apo2 ..Usin Onn dah kaber (cover) somuo. Lu bayangkan jam tu ado 50sen dah boleh lahap teh dan roti canai ..indah sungguh ..

DI PARLIMEN YB JADI BINATANG ATAU JADI MANUSIA

 


 DI PARLIMEN

YB JADI BINATANG

ATAU

JADI MANUSIA

KHALAS

TER NOWW TERKINI - BERITA MELEDAK

 

BERITA HARTAL

MELEDAK KE

SELURUH DUNIA

AMIN

 KETIKA RAKYAT

SAKIT

DOKTOR MOGOK

AMIN

HANYA BERLAKU

DI MALAYSIA

AMIN

INI  SATU

KEJAYAAN BESAR

MUHYIDIN

KHALAS

Berpakaian hitam, kumpulan doktor muda mengadakan mogok Hartal Doktor Kontrak di Hospital Sungai Buloh hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Julai, 2021.

Hartal Doktor Kontrak bermula di Hospital Sungai Buloh

PROTES Hartal Doktor Kontrak di seluruh negara kini bermula dengan kira-kira 50 pegawai perubatan keluar dari pusat rawatan utama negara untuk Covid-19, iaitu Hospital Sungai Buloh.

Protes itu bermula tepat 11 pagi walaupun dengan kehadiran pasukan polis di kawasan itu.

Berpakaian hitam, kumpulan doktor itu membawa plakad dengan antaranya tertera tulisan “kami pakar masa depan”.

Polis melarang doktor yang menyertai protes itu bercakap kepada media yang membuat liputan di situ. Pihak berkuasa turut mengunci pagar hospital.

Sekumpulan doktor lain turut berkumpul mengadakan protes di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis di HL meminta kumpulan doktor berkenaan bersurai. Kira-kira 50 doktor yang menyertai protes itu kemudian bersurai pada 11.30 pagi.

Sementara itu, doktor di Hospital Shah Alam dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu turut berkumpul sebagai sokongan kepada mogok itu.

“Beri kami jawatan tetap, hak sama rata, kami hormat kerajaan tetapi kami juga perlu rasa selamat. Kami tidak mahu berhenti tetapi mahu KKP beri kami layanan sama rata,” kata doktor di Hospital Shah Alam.

“Ada yang tidak dapat menyertai protes hari ini tetapi ada kira-kira 40 doktor hari ini turut serta di Shah Alam,” kata doktor itu.

Sekumpulan kira-kira 30 doktor turut mengadakan protes di Hospital Seremban.

Di Hospital Selayang yang kini menjadi hospital Covid-19, protes tamat pada 11.25 pagi, diikuti dengan peserta di HKL tamat pada 11.30 pagi.

Doktor di Hospital Sungai Buloh, Shah Alam dan HSNZ turut bersurai pada 11.45 pagi.

Sementara itu di Hospital Seremban, protes melibatkan kira-kira 30 orang doktor dan berlangsung ketika hujan lebat.

Kira-kira pukul 12 tengah hari, walaupun mendapat arahan polsi untuk bersurai, doktor terbabit memberitahu The Malaysian Insight mereka menunggu penganjur untuk menyertai mereka.

Penganjur, Dr Deeban dipanggil ke pejabat pengarah hospital sebelum protes bermula dan masih berada di sini. – 26 Julai, 2021.

 JEPUN ADA

OLYMPIK

AMIN

MALAYSIA ADA

HARTAL

AMIN

MATA DUNIA

SEDANG 

MELIHAT KEJAYAAN

MALAYSIA

KAH KAH KAH