Khamis, 5 Ogos 2021

TEMBOK GARUDA - BENTENG MENENTANG CHINA MERAH

 

 TEMBOK GARUDA

BENTENG 

MENENTANG

CHINA MERAH

KHALAS

MUHYIDIN TERJAMIN SELAMAT

 




 MUHYIDIN

TERJAMIN SELAMAT

APABILA

PAKATAN HARAPAN

MENCADANGKAN

ANWAR IBRAHIM

SEBAGAI CALON

PERDANA MENTERI

AMIN


MUHYIDIN JUGA 

AKAN SELAMAT 

JIKA ZAHID

MENAMAKAN NAJIB

SEBAGAI CALON

AMIN


TIM ZAHID

MENOLAK ANWAR

AMIN


UNDI DARI DAP

MENOLAK NAJIB

AMIN


UNTUK MUHYIDIN

GUGUR

HANYA SATU JALAN

PAKATAN HARAPAN

MEMBUAT KENYATAAN

MENOLAK ANWAR

SEBAGAI CALON PM

KHALAS 


ZAHID JUGA MEMBUAT KENYATAAN MENOLAK NAJIB 

AMIN


TINGGAL  DUA NAMA

KU LI

DAN

SHAFIE AFDAL

KHALAS


INGAT CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA

 

 INGAT JANGAN

LUPA CARA

MEMBACA MEDIA

MALAYSIA

KAH KAH KAH



Hubungan Muhyiddin dengan Agong istimewa, kata Annuar Musa

HUBUNGAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai ‘istimewa.’

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata demikian ketika merujuk sikap Muhyiddin yang sentiasa memulakan Mesyuarat Jemaah Menteri dengan menyampaikan titah Seri Paduka termasuk teguran sekali gus menyelar tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa perdana menteri sebagai derhaka.

“Minggu ini sahaja, tiga kali Muhyiddin menghadap Tuanku iaitu waktu berlaku kekeliruan pindaan Ordinan Darurat pada 28 Julai, sebelum mesyuarat Kabinet pada 29 Julai dan hari ini menghadap lagi.

“Orang yang derhaka, Tuanku tidak benarkan masuk Istana Negara. Yang tahu derhaka atau tidak derhaka itu Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi, yang membincangkan tajuk ‘Politik: Apa lagi selepas ini?’.

Menyentuh perutusan khas Muhyiddin semalam, Annuar berkata perdana menteri mengambil langkah yang tepat dan berani bagi menyelesaikan kemelut politik tanah air.

Katanya, jika polemik politik itu dibiarkan berpanjangan, ia akan mengganggu tanggungjawab kerajaan yang sedang bertungkus-lumus berjuang dengan cabaran besar iaitu pandemik Covid-19.

Beliau juga menyifatkan pembentangan usul undi percaya kepada Muhyiddin pada sidang Parlimen bulan depan sebagai profesional dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata beliau telah menyembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri di Parlimen dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.

Annuar turut menyifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin berpengetahuan luas mengenai selok-belok pentadbiran negara dan mempunyai komitmen yang tinggi 

“Beliau berpengetahuan luas, pernah menjadi menteri besar, menteri, timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri. Walaupun nampak bersahaja tetapi beliau sangat arif dalam pentadbiran negara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian kerajaan perlu dilihat dari segi kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia dan usaha menyelesaikan pandemik. –Bernama, 5 Ogos, 2021.

 

INI LAWAK

KLASIK 

KAH KAH KAH

HANYA MUNKEE

JENIS INI SAJA

YANG BERJAYA

MEMBUAT SATU

MALAYSIA KETAWA

KAH KAH KAH

RES MI KES

MI LORD

KHALAS



JIKA INI BERLAKU TANDA KIAMAT

 


 JIKA INI BERLAKU

TANDA KIAMAT

AMIN

Unknown commented on

 "HANTAR SEMUA 

KE SUNGAI BULUH"

Pi mai pi mai last skali bossku jadi piem balik, zahid jadi timbalan. Madey ngan nuar bebaik pastu lawan gerombolan. Gerombolan kalah madey jadi piem. Pastu madey ngan nuar begaduh berebut mak lampir. Jemin crush mak lampir jeles pastu ajak mak lampir chekin kat sheratom. 



Muidin cakap ini tak boleh jadi terus ajak PAs gangbang. Pas apalagi mengangkang je la dia dah barang sedap hurmm.. kita yang bawak lori ni teruskan aje yang bawak teksi grab foodpanda pun teruskan kais pagi makan malam.. adoii sakitnya kpala gwa Nurul kat mana leh tak tolong picit kepala abang ni

CERET BERET LAGI

 



CERET BERET

DAPAT 

CUTI  DOKTOR

KHALAS

Unknown commented on

 "TAK LETAK JAWATAN"

Kalu kena tekan kawkaw pun dia boleh mintak mc 1 bulan ngan dokto sbb cirit birit. Bulan sept dia dtg keja semula pastu kalu nampak mcm dorang nak terajang dia,dia akan usulkan bubar parlimenlah. Padan muka. Checkmate.

MUNKEE BARU BUAT LAWAK BERDIRI

 

 

INI LAWAK

KLASIK

KAH KAH KAH



Hubungan Muhyiddin dengan Agong istimewa, kata Annuar Musa


 LAWAK

BERTARAF

DI RAJA

KAH KAH KAH

MUHYIDIN TIPU AGONG ?

 


 JENG JENG JENG

HARI SENIN PULAK

KAH KAH KAH

BUKAN SEPTEMBER

KAH KAH KAH



Pakatan desak sokongan terhadap Muhyiddin diputuskan Isnin

SOKONGAN terhadap Perdana Menteri Muhyiddin mesti diputuskan sekarang, kerana selagi ia ditangguh selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat diselesaikan, kata Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH hari ini mendesak sidang khas Parlimen diadakan pada Isnin depan supaya keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dapat ditentukan.

“Tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga bulan September adalah amat tidak wajar.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan mengulangi pendirian kami serta semua parti dalam blok pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen yang telah menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, iaitu mendesak diadakan sidang khas Parlimen pada Isnin, 9 Ogos untuk memutuskan isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ia turut menyebut Muhyiddin tidak bercakap benar dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu sokongan majoriti semasa sesi menghadap di Istana Negara semalam.

“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Seri Paduka Baginda,” katanya.

Majlis itu menegaskan sokongan majoriti terhadap Muhyiddin boleh dilakukan dengan mudah dan disahkan tanpa keraguan melalui satu sidang khas di Dewan Rakyat. – 5 Ogos, 2021.

 WOIT

BAGILAH

MUHYIDIN

TUNGGU GAJI

BULAN SEMBILAN

KAH KAH KAH



BERAPA RAMAI LAGI SD ?

 


 

BERAPA RAMAI

SD DAH SAIN

KAH KAH KAH

MUHHYIDIN

TAK GOYANG

KAH KAH KAH

Arymanchino commented on 

"TINGGAL BERAPA EKOR ?"

Woi..jgn asik main sumber je.Maklumat dari sumber lubang jubur ke mcm sumber Tok Sheik pintu belakang.Kene lah tunjuk bukti yg jelas..MP ade 220 ekor kan.Klu setakat 12 ekor MP cabut,ramai lg ekor2 yg blh msk..

Unknown commented on 

"LAGI 5 YB NAK 

TERAJANG MUHYIDIN"

Berapa kali boleh buat SD dan brp kali boleh tarik balik? SD ada tamat tempoh ke? Ada tak irrevocable SD? Atau ade ke SD bersyarat? Boleh tak buat transfererable SD?

MADEY KING MAKER?

 



 SEMUA TAKDA

MAJORITI

AMIN

TERBAIK  TUBUH

KERAJAAN

PERPADUAN

KHALAS

cikminah commented on

 "MAHIADIN KENA

 TEKAN LAGI"

Ada orang kata Atok Kutty now is the 'King maker'. Atok Kutty and his gang ada 15MP - Pejuang 5MP+WARISAN 8MP+Opco 1MP+Muda 1MP. Agak-agak, Atok Kutty & his gang of MPs nak soking team mana...???? * kluster mahkamah....? * bekas banduan peliwat...? * kluster pengkhianat....? Antara penjenayah, peliwat dan pengkhianat, yg mana lebih memudaratkan bangsa, agama dan tanahair....?

APA TINDAKAN ZAHID

 


 APA TINDAKAN

ZAHID

KAH KAH KAH

ACAH ACAH

GERTAK GERTAK

KAH KAH KAH

PELAWAK NEGARA

MASIH SELAMAT

KAH KAH KAH



Tampil bersama Muhyiddin bukti Ismail Sabri tidak sokong parti, kata Zahid

NAIB Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob akan menerima “akibat” kerana menentang parti dan muncul bersama Muhyiddin Yassin semasa siaran langsung perutusan khas perdana menteri semalam, kata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata Ismail Sabri bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) pada Selasa, tetapi kemunculannya semasa perutusan khas semalam menunjukkan beliau tidak menyokong keputusan parti.

“Kami akan bertindak mengikut perlembagaan parti. Akan ada akibat daripada penampilannya, tidak menyokong keputusan parti yang dibuat dalam mesyuarat kelmarin,” kata ahli Parlimen Bagan Datuk itu kepada The Vibes.

“Saya akan menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk mengkaji perkara ini.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Zahid berkata sudah menyerahkan satu lagi senarai surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan lebih lapan ahli Parlimen menarik sokongan untuk perdana menteri dan PN.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Zahid dalam kenyataan itu.

Beliau tidak menyatakan jumlah tambahan itu tetapi berkata lebih banyak anggota Parlimen berpihak kepadanya secara bertulis sejak Majlis Tertinggi Umno mengumumkan yang ia mempunyai “cukup” ahli Parlimen yang hilang kepercayaan terhadap kerajaan sekarang.

Beliau berkata kerajaan perlu memanggil sidang khas Parlimen agar Muhyiddin dapat membuktikan majoriti mereka dan bukannya menunggu sehingga bulan depan.

Muhyiddin semalam dalam siaran langsung berkata beliau tidak akan mengundurkan diri tetapi akan mengadakan undi tidak percaya ketika Parlimen bersidang bulan depan untuk menghilangkan keraguan mengenai kesahannya sebagai perdana menteri.

Sejak itu beliau dihujani gesaan untuk mengadakan undian semasa sidang darurat minggu depan, dan bukannya menunggu hingga bulan depan. – 5 Ogos, 2021.

 

ZAHID

WAJIB AMBIL

TINDAKAN 

SEKARANG

AMIN

SEBELUM ZAHID

DIHANTAR

KE SUNGAI BULUH

AMIN 

PELAWAK NEGARA

 AKAN SELAMAT

KHALAS





TOK GOPOH DAH TAK SABAR

 


TOK GOPOH

DAH TAK SABAR

KAH KAH KAH



Pakatan desak sokongan terhadap Muhyiddin diputuskan Isnin


NAK TEKAN

AMIN

NAK

 PANCUT AWAL

KAH KAH KAH



SAM SLIT

 

 AMERIKA ADA

SAM SPADE

MALAYSIA ADA

SAM SELIT

AMIN

Unknown commented on 

"MASUK FRAME"

YB MENYELIT 

Dia tak pernah pandang orang atas bawah.kau jangan belabon. Dia pandang atas saja, sebab...kahkahkahkah

NUMBO KOBID

 



ANALISA 

NUMBO KOBID

AMIN

Unknown commented on

 "MENUNGGU SEPTEMBER"

Kita tengok lombo Kobid19 tu Kalau jatuh mendadak kemungkinan besar Malikul akan bubarkan parlimen sebelum sidang bermula. Tetapi rasanya itu kurang mungkin berlaku kerana Malikul masih boleh membubarkan parlimen kalau dia kalah dalam undian itu dan itu pun kalau Agong perkenankan. Agong baru sahaja mengumumkan darurat untuk Sarawak dilanjutkan ke Februari 2022 dan pilihan raya negeri hanya boleh dijalankan pada atau selepas Februari 2022. 




Jadi rasanya tidak molek bagi Agong nak wat u-turn supaya pilihan raya Sarawak itu disekalikan dengan PRU15. Tapi semuanya berkemungkinan. Malikul pun boleh amik jalan mudah iaitu mengumumkan PRU15 dan kemudian meletakkan jawatan dan serah kepada orang lain, Semburit ke? untuk urusan pilihanraya partinya. Dengan lain perkataan dia bersara secara terhormat.

DULU ANTI SULTAN

 


DULU

ANTI SULTAN

KAH KAH KAH

Raja Kapur commented on

 "TINGGAL BERAPA EKOR ?"

Tak usah main wayang la Umnoo...dulu kau juga sokong pelesit kerala dan aljuburi kurangkan kuasa Agong dan sultan. Ingat tak himpunan "Semarak" keliling satu Malaysia dan tiap-tiap malam dalam TV cerita Sultan/Raja zalim terhadap rakyat. Sekarang nak bodek pulak...huukk ptuiii!!!!

PELAWAK NEGARA DALAM BAHAYA


 INI BAHAYA

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH




Tampil bersama Muhyiddin bukti Ismail Sabri tidak sokong parti, kata Zahid


 TANPA 

PELAWAK NEGARA

SUSAH KITA

NAK KETAWA

KAH KAH KAH

LU INGAT SENANG NAK LETAK JAWATAN

 


 LU INGAT SENANG

NAK LETAK

JAWATAN

KAH KAH KAH

BETUL BENAR MUNGKIN

 


 BETUL BENAR

MUNGKIN

AMIN

Unknown commented on 

"ANWAR GILA KEMBALI -

 SELAMAT MUHYIDIN"

Kerajaan minoriti masih boleh berfungsi. Maknanya, tiada parti ada majoriti 50%. Maka parti yang hampir sekali bentuk kerajaan.

TAK LETAK JAWATAN

 



 TAK LETAK

JAWATAN

KHALAS

Unknown commented on 

"MAHIADIN 

KENA TEKAN LAGI"

Selagi pm tak letak jawatan.. Sampai mampus meroyan la takkan ubah apa2. Tu la sistem undang2nya. Najib masa bergasak enjoi kantoi duit bila disuruh letak jawatan pon dia buat dek je. Kahkahkahkah. Pak lah jatuh sebab dia dtg mengadap letak kawatan. Tak tahan lena asak. Kalau dia buat tak tahu pun.. Dia akan kekal jadi piyem. Ni sifir mudah.kahkah

YB MENYELIT MASUK FRAME

 


 YB MENYELIT

MASUK FRAME

AMIN

Unknown commented on 

"YB SAMSUL 

BUAT BAJU BARU"

Memang aku menyampah tengok budak botak ni. Masa dia ikut jemin dulu bkn main rapat, orang lain tak boleh rapat. Kaki bodek kuat asal ada jawatan dan boleh bertanding. Pandang orang atas bawah mcm lah darjat dia tu lebih tinggi, padahal ketot. Ni sekarang kuat bodek abam pulak, teringin jawatan menteri. 



Aku pkr, pkr lah jugak, tapi kalau perangai mcm kimak boleh blah la lu. Pkr aku advance, kalau abam pun cam kimak boleh blah jugak. Reformasi, tajdid, pembaharuan adalah milik semua, tak boleh di hijack untuk kepentingan peribadi. Parti reformasi adalah untuk rakyat, bkn utk abam. Tanpa reformis tak ujud pkr.

MENUNGGU MIHIADIN

 


 MENUNGGU

MAHIADIN

AMIN



Unknown commented on 

"SEPTEMBER YANG

 DINANTI NANTI"

Bijak muhyidin@ mahiaddin simpan ace dlm lengan baju sampai september. Lagi kena tekan lagi dia jd bijak. Bravo muhyidin@ mahiaddin bin md yasin. Ku kenal diaaa..Sweet September

TINGGAL BERAPA EKOR ?

 

 WOIT

BERAPA EKOR

YANG TINGGAL

DENGAN MUHYIDIN

AMIN

SAPA PANDAI KIRA

TOLONG KIRA

KHALAS




5 ahli Parlimen Umno sah tarik sokongan kepada PM, kata sumber

SEKURANG-KURANGNYA lima, dan bukan lapan, ahli Parlimen Umno sah menarik sokongan kepada kerajaan, kata sumber, kerana ada juga yang menolak Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tetapi mengikrarkan dukungan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam perutusan khasnya semalam, Muhyiddin berkata lapan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka, seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong semasa menitah beliau mengadap di Istana Negara.

Semalam juga, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan lanjut berkata beliau mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa lagi surat akuan menarik sokongan, tambahan kepada lapan yang dipersembah sebelumnya.

Sumber bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight, empat daripada kumpulan pertama lapan ahli parlimen Umno itu adalah antara ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu mengikrarkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Maknanya, PN hilang lima sokongan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah,” kata sumber.

Beliau merujuk pengumuman Ahli Parlimen Gua Musang menukar tempat duduk ke blok bebas di Dewan Rakyat, minggu lalu atas alasan menolak kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.

Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mengesahkan kepada The Malaysian Insight maklumat sama iaitu empat daripada ahli Parlimen Umno yang dikatakan menarik sokongan kepada Muhyiddin sebenarnya juga menyokong PN.

“Empat orang daripada lapan ahli parlimen itu sokong PN tapi sokongan mereka bertindih… mereka tandatangan dua surat akuan,” katanya.

The Malaysian Insight tidak menamakan mereka sehingga mendapat pengesahan dan penjelasan mengenai surat akuan berkenaan.

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata 40 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan PN, selepas pentadbiran Muhyiddin dilihat berbeza pandangan dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung cara pemansuhan ordinan darurat.

Kenyataan yang menggunakan kepala surat rasmi BN itu bagaimanapun dinafikan oleh ibu pejabat parti. Ahad lepas, Ismail Sabri menegaskan bahawa kandungan kenyataan media itu betul sebaliknya yang dipertikaikan oleh BN hanyalah penggunaan kepala surat.

Sekurang-kurangnya tiga ahli Parlimen BN turut mengesahkan kenyataan Ismail Sabri bahawa hampir 40 dalam kalangan mereka menyokong kerajaan PN.

“Cukup angka”

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (3 Ogos) mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Bagan Datuk mendakwa Muhyiddin hilang majoriti untuk terus kekal menerajui kerajaan.

“Hilang majoriti atau masih ada majoriti tidak boleh diumum begitu saja tetapi perlu dibukti dan diuji,” kata sumber, yang maklum mengenai perkembangan dalaman PN selepas tindakan terbaru Umno minggu ini.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai sebab yang sah untuk  memanggil ahli-ahli Parlimen bagi mengesahkan sokongan mereka sekiranya ada surat akuan sokongan yang bertindan.

“Dalam keadaan berlaku surat akuan bertindan, titah mengadap barangkali satu pilihan terbaik untuk memeriksa sokongan sebenar kerana surat akuan itu boleh mengelirukan,” katanya.

Majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengesahkan sokongan anggota Dewan Rakyat ini sama seperti yang berlaku pada Februari 2020, selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Bagaimanapun Wah Ahmad Fauzi berkata majlis mengadap itu tidak perlu sekarang selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan cadangan Muhyiddin untuk menguji keabsahannya sebagai perdana menteri di Parlimen September ini.

Selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan dan isu peletakan jawatannya tidak berbangkit.

Perdana menteri juga berkata satu usul undi percaya kepadanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan September nanti.

Parti-parti pembangkang serta Umno bagaimanapun mendesak kerajaan supaya usul undi percaya itu diawalkan dengan memanggil segera sidang khas Parlimen, tanpa perlu menunggu sehingga September.

Pada Selasa, semasa mengumumkan keputusan Umno, Zahid diiringi 10 ahli Parlimen parti itu serta timbalan presiden parti Mohamad Hasan.

Dua daripada mereka  Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Tengku Razaleigh sudah mengumumkan menarik sokongan mereka sebelum ini.

Lapan yang lain ialah Najib Razak (Pekan), Ahmad Maslan (Pontian), Azalina Othman Said (Pengerang), Noh Omar (Tanjong Karang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Menurut Zahid, ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada mereka selepas memilih untuk memihak kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung soal pembatalan ordinan darurat. – 5 Ogos, 2021.


 MUHYIDIN

KATA

KAH KAH KAH

KIRA JANGAN

TAK KIRA

KAH KAH KAH