SISTEM pendidikan di Malaysia tidak menyediakan pelajar kemampuan berfikir secara kritis sehingga melahirkan masyarakat yang menerima apa sahaja tanpa banyak soal, kata seorang pegawai kanan antikeganasan.
Pegawai atasan dari ibu pejabat polis Bukit Aman, yang terlibat dalam memerangi keganasan dan memformulakan dasar antikeganasan, mengulas mengenai penangkapan seorang rakyat Malaysia dengan pertuduhan keganasan.
Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah tentera Somalia di Mogadishu kerana membantu kumpulan pengganas Al-Shabaab di Tanduk Afrika, semenanjung paling timur di benua Afrika.
“Anak-anak kita, termasuk kita, diajar menghafal dan tidak berfikir. Begitulah cara kita dibesarkan. Di sekolah, kita tidak boleh mempersoalkan sesuatu tetapi sebaliknya menerima apa yang diberi atau diberitahu kepada kita.
“Inilah masalah sekarang apabila seseorang diajar untuk mengikut pemikiran agama secara membuta tuli. Berapa ramai ditipu untuk mempercayai mereka melakukan perbuatan mulia sedangkan sebenarnya tahap pemikiran mereka sangat rendah,” kata pegawai kanan itu.
Difahamkan, Mustakim, 34, pergi ke Yaman untuk belajar Islam sebelum bergabung dengan Al-Shabaab. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Somalia dan mempunyai dua orang anak.
Mustakim adalah rakyat Malaysia pertama yang didakwa membantu Al-Shabaab di Somalia.
Sebelum penangkapan Mustakim, hampir 100 lelaki Malaysia pergi ke Syria untuk berperang bersama-sama organisasi pengganas Islamic State yang kini sudah tidak lagi berfungsi.
Puluhan terbunuh sementara banyak yang berada di penjara atau kem kemanusiaan.
Ada yang berjaya pulang ke tanah air tetapi ditangkap di lapangan terbang dan didakwa dengan aktiviti berkaitan keganasan.
Menurut kajian dilakukan Bukit Aman, kebanyakan mereka yang bergabung dengan kumpulan militan dipengaruhi oleh naratif Islam yang diajarkan oleh Imam Taimiyyah, seorang sarjana Islam Sunni, muhaddith, ahli teologi, hakim, ahli falsafah, dan kadang-kala tokoh pemikir serta politik yang kontroversial.
Ahli sosiologi, Prof Dr Sharifah Munirah Alatas memberitahu The Malaysian Insight terdapat kebenaran dengan kenyataan dibuat pegawai antikeganasan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata ideologi ekstremis boleh berkembang dalam diri seseorang yang berpendidikan tinggi, yakin, dan memiliki latar belakang pendidikan yang sama sekali berbeza.
“Mereka boleh menjadi pemikir yang sangat kritis tetapi masih merupakan seorang pelampau agama, tetapi ada kebenaran apa yang dikatakan oleh pegawai kanan polis itu.”
Menjawab dakwaan rakyat Malaysia tidak diajar untuk berfikir secara kritis atau mempersoalkan dogma, Sharifah Munirah berkata aspek mempersoalkan terutama dalam subjek Islam, tidak digalakkan di Malaysia.
“Umat Islam di Malaysia sangat ritualistik. Begitulah cara ia diajar dan mempersoalkan aspek Islam di peringkat sekolah tidak digalakkan. Mereka disuruh lakukan saja.
“Agama kemudian menjadi sebahagian ritual, mekanikal dalam kehidupan kita. Sudah tentu juga salah jika dikatakan Islam tidak membenarkan anda mempersoalkan apa yang terdapat dalam Al-Quran atau Hadis.
“Jadi, kepercayaan pada agama bukanlah aspek intelektual dan holistik dalam kehidupan, tetapi hanya menjadi ritual,” kata Sharifah Munirah.
Beliau berkata elitisme dan mentaliti neokolonial berperanan menghalang pelajar mempersoalkan wacana sama ada di sekolah atau universiti.
Beliau menambah ahli akademik lebih suka pemikir yang tidak kritis sebagai pelajar, kerana mereka akan berasa tidak selamat disoal di depan orang lain.
“Selain pendekatan ritualistik terhadap idea, ada bentuk budaya ‘elit’ yang menyelinap ke semua tahap etos pendidikan kita, di kalangan akademik, dan antara akademik dan pelajar,” kata Sharifah Munirah.
“Di universiti, misalnya, hierarki sangat jelas. Ahli akademik sangat mengambil berat soal herarki. Ini tidak sepatutnya wujud dalam persekitaran cendekiawan. Sebaliknya, idea sepatutnya menguasai hierarki sosial dalam persekitaran akademik.
“Dalam tradisi Barat, pelajar digalakkan menyoal, bersuara, dan mencabar apa yang dibincangkan oleh pensyarah di dalam kelas.” – 28 September, 2021.
PEMIKIRAN KRITIKAL
WAJIB MENJADI
ASAS ILMU
AMIN
ANAK SEKOLAH
WAJIB DIAJAR
UNTUK BERTANYA
AMIN
DI UNIVERSITI
DI KOLEJ
FALSAFAH WAJIB
JADI CABANG ILMU
AMIN
JANGAN HANYA
IKUT CAKAP RETARD
DENGAN PELBAGI
DONGENG ARAB
AMIN
BUKA MINDA
DARI SEAWAL
MUNGKIN
AMIN
HIDUP INI
HANYA SEKALI
MAKA HIDUP
BUKAN BEASASKAN
KESAH
SERIBU SATU MALAM
KHALAS