Sabtu, 2 Oktober 2021

JANG INI WARIKH KAO

 


JANG 

INI WARIKH KAO

KAH KAH KAH

PAKATAN BUAT BUAT TAK FAHAM - TIM BANDUAN

Kenapa tarik balik kes Ahmad Maslan, tanya Pakatan kepada peguam negara

PAKATAN Harapan (PH) mahu Peguam Negara Idris Harun menjelaskan keputusan pihaknya menarik balik pendakwaan jenayah melibatkan beberapa orang kenamaan dan penyokong parti pemerintah.

Majlis Presiden PH merujuk keputusan pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan menerima wang haram terhadap Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan minggu ini, diganti dengan kompaun RM1.1 juta.
Trend itu membimbangkan, kata Majlis Presiden PH apabila mereka dilepas atau dibebaskan daripada pertuduhan hanya dengan memulangkan wang yang didakwa diterima secara haram atau dikenakan kompaun.

“Kami menggesa peguam negara untuk beri penjelasan memandangkan keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan Peguam Negara,” kata empat pemimpin parti komponen PH dalam satu kenyataan.


Kenyataan dikeluarkan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Madius Tangau.

Mereka meminta penjelasan sama ada langkah seperti ini akan jadi amalan atau SOP baharu Jabatan Peguam Negara terutama melibatkan kes yang mempunyai kepentingan umum.

“Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?” tanya mereka.

Mereka juga kesal dengan sikap sambil lewa agensi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan trend ini.

“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?” tanya mereka.

Ahmad dituduh gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang beliau terima daripada Najib Razak, yang dipercayai hasil aktiviti menyalahi undang-undang. Beliau juga didakwa memberi pernyataan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Dalam satu penjelasan, SPRM berkata tindakan kompaun terhadap Ahmad adalah satu bentuk hukuman iaitu pemulangan aset di bawah Amla.

Peguam Ahmad juga menegaskan tindakan kompaun itu juga tidak menjejaskan kelayakan anak guamnya untuk jadi calon pilihan raya, dan ia dijamin Suruhanjaya Pilihan Raya. – 2 Oktober, 2021.\


WOIT

JANGAN BUAT2

TAK FAHAM 

AMIN

JANGAN BUAT2

 MANJA KIUT

KAH KAH KAH

TANYA TANYA

MACAM TAK TAHU

KAH KAH KAH

INILAH 

SEORANG AHLI 

TIM BANDUAN

YANG ANWAR

IBRAHIM NAK BUAT

KERJA SAMA

KAH KAH KAH

INI AWAL WAHID

ORANG PERTAMA

KAH KAH KAH

LEPAS NI ZAHID

LEPAS TU NAJIB

KAH KAH KAH

SABU & GUAN ENG

JANGAN JADI BODOH

KAH KAH KAH

KENAPA LU SUKA PISANG AWAK

 


LU SUKA

PISANG AWAK KE? 

ATAU 

SUKA PISANG USOP

AMIN



hamim commented on 

"ANWAR PAKAI 

TOPENG ISLAM"

TT, mintak cikminah senaraikan lain lain pemimpin atau MP selain dari Anwaryang selalu menggunakan pisang sama ada merodok, menunjuk atau memain pisang, supaya senang senang kita membalun dan menghentam pemisang pemisang tersebut

NGO TAK FAHAM

 


TI-M desak peguam negara jelaskan kenapa Ahmad Maslan dibebaskan

PEGUAM negara perlu beri penjelasan rasional di sebalik pembebasan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang sedang dibicarakan dalam kes rasuah, kata Transparency International Malaysia (TI-M).

“Walaupun di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) 2001, pihak berkuasa dengan kebenaran timbalan pendakwa raya boleh menawarkan kompaun.

“Tetapi pilihan berbuat demikian pada peringkat ini, di tengah-tengah banyak kes rasuah berprofil tinggi ‘diselesaikan’ mencetuskan kemarahan orang awam.

“Peguam negara perlu jelaskan rasional tindakan yang diambil berkaitan perkara ini.”

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan ahli Parlimen Pontian itu minggu ini selepas membayar kompaun RM1.1 juta untuk menyelesaikan pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan RM2 juta dan tuduhan membuat kenyataan palsu berkaitan perkara itu.

TI-M dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran kompaun yang ditawarkan ketika perbicaraan sedang berjalan itu amat mengejutkan masyarakat umum.

Badan pemantau anti rasuah itu berkata perbincaraan berkenaan yang diadakan susulan Ahmad pada awalnya enggan membayar kompaun berkenaan, menyebabkan pembaziran wang pembayar cukai.

“Jumlah kompaun dikenakan terhadapnya itu boleh dianggap sebagai kecil, dan memberi mesej salah kepada rakyat.”

Bagaimanapun, TI-M bersetuju dengan desakan Ahmad supaya rang undang-undang (RUU) pembiayaan politik dipercepatkan, kerana sumbangan politik di Malaysia pada masa ini tidak dikawal.

Ia berkata RUU itu perlu disertakan dengan garis panduan ketat berkenaan sumber dana, dan perlu ada deklarasi mandatori.

“Persepsi terhadap urus niaga tanah, lompat parti, pemberian kontrak, sumbangan yang diragui dan wakil dalam perniagaan sudah lama menjadi wabak dalam arena politik dan terus menjejaskan markah Malaysia dalam Indeks Perseksi Rasuah tahunan.” – 2 Oktober, 2021.


NGO INI

TAK FAHAM

AMIN

MALAYSIA 

NEGARA ISLAM

AMIN

BUKAN NEGARA

KAPIR

AMIN

JANGAN SAMAKAN

MALAYSIA DENGAN

SWEDEN UK

ATAU GERMAN

AMIN

KAPIR UNDANG2

KEADILAN DILAKUAN

ATAS DUNIA INI

AMIN

NEGARA ISLAM

 KEADILAN DIBUAT

LEPAS MATI

KAH KAH KAH

KES BUNUH

TAK JADI KES 

BUNUH

KAH KAH KAH

KES RASUAH

BOLEH ILANG FAIL

KAH KAH KAH

KES ANAK MENTERI

BUNUH DALM

RESTORAN

PELAYAN RESTORAN

MASUK PENJARA 

 BUKAN 

ANAK MENTERI 

DIDAKWA

KAH KAH KAH


BINI DAH LOHE

 




BINI DAH LOHE

AMAH MASIH KETAT

KAH KAH KAH

herman adnan commented on 

"PEROGOL 

MACAM MANA ?"

Oghang kapong kau tu Sham oooiiiiiii! Kah Kah Kah Kah Kah! Bini bukan main vogue! amah indon jugak kau bayar bil air jang ooooiiiiiiii

BETUL - LOBI DILAKUKAN TERBUKA

 



LOBI DILAKUKAN

SECARA TERBUKA

AMIN

Unknown commented on 

"CADANGAN BAIK 

LAGI BIJAK"

TT lu sudah kolot dah. Orang putih negara mengapa jarang ada kes pemimpin rasuah? Bukan kerana dia orang jujur, tapi dah lama halal rasuah dah. Bukan saja halal, dah jadi industri besar berbilion dollar. Lu nak jumpa ahli dewan Amerika lu tak tulis emel, lu gaji "konsultan" atur meeting, bayar berjuta dollar "yuran". Dia orang tak rasuah.

TIGA TAHUN DAHULU HARI INI APA BERLAKU

 

TIGA TAHUN DULU

2/10/2018

TARIKH HARI INI APA  BERLAKU

AMIN

ADA SD

 



YUSOF ADA SD

KALAU DIA DIPU

DAI AKAN DIDAKWA

KHALAS

Unknown commented on

 "SAH ADA KONSPIRASI

 TERHADAP PEMIMPIN ISLAM"

Aku pemikiran abam aku mmg xsuka..sma ada aku ni terlebih melayu atau camna tu aku xpasti. Tapi nak percaya usup ni? Hmmmm ribu Kali aku bleh percaya KJ...pass sham, ko kenal ke usup ni? Bukan apa takut ko kena gebang mcm abam gebang ko dlu. Kahkahkah

KETAGIH LEBIH BAHAYA DARI KETAGIH CANDU

 




KETAGIH KUASA

LEBIH BAHAYA DARI

KETAGIH CANDU

KHALAS


Unknown commented on 

"EYE GOD DE NUMBO 

MUNCUL KEMBALI"

Manusia ini susah takbur gila kuasa, nak jugak nak jugak segala yang ada tak cukup, nak jugak pangkat, nak jugak jawatan nak jugak PIEM kah kah kah

SEKARANG MELAKA RUNTIUH KERAN MAMU ANWAR

 


SEKARANG MELAKA

RUNTUH KERANA

MAMU ANWAR

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"KERAJAAN MELAKA

 RUNTUH ?"

Kerajaan Melaka runtuh ..ini baru kerajaan ..dulu masa jadi empayar pon boley runtuh ..40,000 tintera Melaka tiwas dingan 200 tintera Peringgi ..kahkahkah. Kata nye dulu Melaka tewas sebab Mamak Kutti dua kepala ..sekarang sebab apa lak ..

SATU MALAYSIA NAK TAHU

 




Azalina dilantik penasihat khas PM

AHLI Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas timbalan yang dipertua Dewan Rakyat itu berkata beliau menerima surat pelantikan pada Khamis lepas.

SATU MALAYSIA

NAK TAHU

KAH KAH KAH

BERTARAF 

SAMI VELO

ATAU TIDAK

KAH KAH KAH

WOIT

SABRI

TOLONG 

JELASKAN

AMIN

SOKONG LANGKAH BIJAK ZAHID

 




Umno akan pertahan kerusi dimenangi dalam PRU lepas, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata partinya akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 2020.

“Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu Umno menjadi dominan semula selepas PRU15,” katanya. 

Beliau berkata Umno sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama namun menyedari ia adalah lumrah sebuah negara demokrasi.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata kekuatan Umno dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil. 

“Umno parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini maka kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan Umno sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya. – Bernama, 1 Oktober, 2021.





WOIT

ZAHID BIJAK

KAH KAH KAH

AMBIK BALIK

SEMUA KERUSI 

YANG LARI

KE BERSATU

AMIN

ZAHID WAJIB

DISOKONG

AMIN

JIKA ZAHID KALAH

DI MAHKAMAH

GARIS POLITIK BARU

AKAN SAMPAI

KHALAS

ANWAR PAKAI TOPENG ISLAM

 



ANWAR PAKAI

TOPENG ISLAM

AMIN

cikminah commented on

 "SAH ADA KONSPIRASI

 TERHADAP PEMIMPIN ISLAM"

Kenapa ANWAR IBRAHIM sahaja yang sentiasa menerima tuduhan berkaitan salahguna pisang, samada tunjuk pisang, rodok pisang atau main pisang...??? Kenapa cuma dia sahaja difitnah berkaitan salahguna pisang, bukan Anwar Musang atau Mat Maslan dn Mat Sabu....?


 Najib cuma dituduh mencuri, samada mencuri duit berbillion sehingga mencuri perabot dan chandelier di Sri Perdana. Begitu juga Mahyiddin dan Mail Sabri, cuma dapat tuduhan pengkhinat atau bodoh nentadbir negara, tapi tada berkaitan salah guna pisang macam Anwar Ibrahim. Inilah agaknya satu sebab kenapa Abam gagal got the numbers....😁

MUSUH BERGADUH - WAJIB SIMBAH MINYAK

 



Tiada gunanya Bersatu bincang kerusi dengan Umno, kata penganalisis

BERSATU lebih selesa bekerjasama dengan PAS berbanding Umno kerana parti Islam itu kurang bermasalah kepada Perikatan Nasional (PN), kata pemerhati ketika Umno dilihat mahu bergerak secara solo.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight ada petanda jelas kesepakatan itu akan berakhir selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media parti Melayu itu akan bertanding semua kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah program Iman Research Badrul Hisham Ismail berpendapat tidak ada gunanya PN, terutamanya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN cuba berunding dengan Umno berikutan kenyataan Zahid itu.

“Zahid sudah jelaskan Umno akan bertanding semua kerusi, terutamanya kerusi yang Umno menang tetapi kemudian pergi ke Bersatu kerana ada pembelotan. Tidak ada gunanya Muhyiddin cuba berbincang dengan Umno.

“Tetapi, saya masih fikir rundingan (antara Umno dan PN) mungkin berlaku selepas pilihan raya. Itu boleh berlaku, tetapi setakat sekarang, Umno akan bergerak sendiri,” kata Badrul.

Sementara itu, pemerhati bebas Sayuti Omar berkata Umno yakin menghadapi pilihan raya akan datang dengan sendiri di bawah Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, katanya Muhyiddin juga cuba membuktikan PN mampu bertahan tanpa Umno dalam PRU15.

“Umno tahu mereka boleh bergerak sendiri dalam pilihan raya, dan Muhyiddin cuba tunjuk yang beliau tidak perlukan Umno untuk menang.

“Dengan adanya PAS adalah lebih baik bagi PN. Bersatu cuma perlu bagi kerusi di pantai timur kepada PAS. Namun, jika mahu bekerjasama dengan Umno, Bersatu perlu lepaskan lebih banyak kerusi,” katanya.

Pada Khamis, Muhyiddin berkata PN akan mula bincang kerusi untuk pilihan raya umum pada minggu depan, melibatkan anggota PN iaitu Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (Sapp).

Muhyiddin berkata PN tidak berminat dengan rancangan parti lain, termasuk Umno, dalam pilihan raya akan datang.

Sayuti yang merupakan pengarang, berkata Muhyiddin tidak takut hilang sokongan Umno.

“Bukannya beliau akan digulingkan jika tidak dapatkan Umno. Beliau tak perlukan mereka lagi. PAS beri beliau peluang yang lebih baik dan inilah masanya untuk ‘jual mahal’.”

Hubungan Umno dengan Bersatu tidak berapa baik sejak pembentukan PN pada 2020.

Penarikan sokongan Umno terhadap Muhyiddin mendorong pengunduran dirinya, yang kemudiannya digantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
.
Bersatu-PAS lebih popular

Sementara itu, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata PAS ada platform yang lebih baik berbanding Umno untuk tolong PN, terutamanya Bersatu dalam pilihan raya.

Tambahnya Bersatu tidak mahu buang masa berunding dengan Umno kerana Muhyiddin bukan lagi perdana menteri.

“Mungkin jika Muhyiddin jadi perdana menteri, beliau mungkin perlukan Umno untuk perkuat kerajaan campuran. Memandangkan beliau sudah bukan perdana menteri, beliau mahu mengatur strateginya lebih awal.

“PAS dapat tolong Bersatu kembangkan sayapnya dan PAS akan dapat lebih banyak faedah dalam PN. Dalam kajian saya, saya dapati orang Melayu lebih memilih Bersatu dan PAS berbanding Bersatu dan Umno,” katanya.

Ketiga-tiga penganalisis juga berkata kerjasama Umno dengan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) sudah berakhir.

Pada Khamis, Zahid secara sinis memberi gambaran kerjasama antara Umno dan PAS sudah berakhir.

Ketika ditanya wartawan bagaimana nasib Muafakat Nasional dalam PRU depan, Zahid berkata: “Saya nak tanya, ada ke Muafakat Nasional ini lagi?”

Sejak menandatangani perjanjian Muafakat Nasional pada 14 September 2019, kerjasama politik antara kedua parti itu terhenti apabila PAS lebih cenderung dengan PN dan Bersatu.

Presiden Umno itu berkata lebih baik parti itu bertanding secara solo di bawah BN dalam PRU15.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi menggelas PAS sebagai pentingkan diri kerana mahu Umno terus berada dalam PN walaupun tahu mengenai hubungan keruh antara Bersatu dan Umno.

“Mereka pentingkan diri sebab mahukan sokongan Umno dan Bersatu,” katanya.

“Lebih baik tiada MN. Memang dapat difahami mengapa Bersatu ketepikan Umno bila runding kerusi,” tambahnya. – 2 Oktober, 2021.



INI BAIK

AMAT BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

MUSUH PAKATAN

SEDANG GADUH

KAH KAH KAH

TABUR LAGI MINYAK

BAKAR LAGI

AMIN

BILA MUSUH 

BERGADUH REBUT

KERUSI  INI

PETANDA BAIK

KHALAS

SAPA DAPAT KOMISEN VAKSIN

 


SAPA DAPAT

KOMISEN BELI

 VAKSIN

AMIN

Yeop sepet commented on

 "BETUL TAK 

APA GUA KATA"

KJ dah order vaksin kene cucuk gak,ada life shelves vaksin dlm freezer pharmaniaga xleh cancel cucuk budak.lantaklah budak mati pun,kalu cancel pharmaniaga rugi,vaksin dah beli kamsen KJ pun leh sangkut.kalu kamsen sangkut xde duit utk pru15,umno yg dah nyawa2 biawak kene gelek lori kompem xde chance.

LAGI BERITA BAIK UNTUK PAKATAN

 




Umno akan pertahan kerusi dimenangi dalam PRU lepas, kata Zahid




LAGI BERITA

BAIK UNTUK

PAKATAN

AMIN

MELAYU SIBUK BERLABON BULAN TERBELAH DUA

 




MELAYU SIBUK

BERLABUN BULAN TERBELAH DUA

KAH KAH KAH

KAPIR AMERIKA

DAH KENCING 

ATAS BULAN 

KHALAS

Unknown commented on 

"BETUL TAK 

APA GUA KATA"

Masalah dia orang KITA suka bercakap, siang cakap malam cakap waktu sedang tidur pun cakap, tak boleh berhenti,mengarut gosip mengata macam-macam lah sampai tokoh tambah perisa Maggie tomyam kah kah kah, mana ada intelek untuk baca kaji dapatkan cerita sebenar ? Dengar cerita terus tokoh dan nasi tambah satu begitulah budaya orang KITA, budaya ini buat kita semakin mundur dalam segala kena tipu 


kena khutbah kena kata macam-macam sebanyak kerana kurang cerdik kurang teliti merapu mengarut buat kerja tiada faedah kah kah kah orang lain dah sampai planet Marikh kita masih kopi o satu sembang sampai ke petang, kah kah kah sindrom mudah lupa makin bertambah lagi kah kah kah amin, apa apa pun tanya Mat 3.8 pointer itu, dia cerdik bijak Bistari cergas kah kah kah

BERITA BAIK UNTUK PAKATAN

 




Tiada gunanya Bersatu bincang kerusi dengan Umno, kata penganalisis


INI BERITA BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

BERKHALWAT HARI KE 563

 


KHALWAT KE 563

SABTU  2/10/2021
KITA MASUK KE HARI 563
BERKHALWAT

PKP 4.0
NAMPAKNYA KERETA KULU KILIR
SIBUK DALAM KL
DAH MACAM DULU

KITA TUNGGU
SEMINGGU DUA LAGI
LIHAT APA JADI 

SARAWAK CATIT
KES MAT KOBID
TERBANYAK
AMIN

POLITIK
PKR TAK NAK
PAKAI LOGO 
PAKATAN HARAPAN
DALAM PRU 15
JENG JENG JENG

ADA GAJAH  DISEBALIK UDANG
KAH KAH KAH

ADA PROJEK
NAK JATUHKAN
KERAJAAN MELAKA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN KELAM
RINTIK RINTIK UJAN
JALAN  BASAH
RUMPUT BASAH
BAWA GEMBIRA
 PADA CENGKERIK

GUA DENGAR MURAI
DI BAWAH GAUNG
GUA DENGAR  JANTAN BERKOKOK
JAUH DI ARAH  SUNGAI BESI

YANG LAIN SENYAP
CUACA MURAM
DERAMAN KERETA KUAT
KL & KL SENTRAL TAK CERAH

PAGI YANG TIDAK
INDAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO
DISPILIN DIRI INI
IALAH APA YANG KITA NAK
SEKARANG
ATAU APA YANG
KITA BETUL BETUL PERLU

BRO
RAMAI ORANG BANYAK CAKAP
PERHATIKAN
APA YANG MEREKA BUAT

BRO
TUJUAN HIDUP INI
IALAH MENCARI TUJUAN
TUMPUKAN SEPENUH HATI & JIWA

HORMATI YANG TUA
JIKA KITA MUDA
BANTU YANG LEMAH
JIKA KITA KUAT
JIKA BUAT SALAH
AKUI
KERANA SATU KETIKA NANTI
 DALAM HIDUP INI
KITA AKAN JADI TUA
JADI LEMAH
DAN
ADA MEMBUAT SALAH

DUIT INI
HASIL FIKIRAN MANUSIA
PALING BEBAL
TAPI PALING BAIK
UNTUK MENILAI  MANUSIA

BRO
DUIT INI ANGKA
ANGKA INI TAK SUDAH SUDAH
KALAU ADA DUIT
BARU BOLEH BAHAGIA
MAKA LU AKAN MENCARI BAHAGIA
TAK SUDAH SUDAH

BRO
JANGAN  SALAHKAN
SESIAPA DALAM HIDUP INI
ORANG BAIK
BUAT KITA GEMBIRA
ORANG JAHAT
BERI KITA PENGALAMAN
SOSOK PALING JAHAT
BERI KITA PENGAJARAN
SOSOK YANG BAIK
MEMBERI KITA INGATAN MANIS

BRO KALAU LU NAK TAHU
MINDA SESEORANG
SILA DENGAR
APA YANG DIA TUTUR
KALAU NAK TAHU
HATI BUDINYA
TENGOK APA YANG DIA BUAT

SOSOK BIJAK
AKAN BUKA INTELEK KITA
SOSOK KACAK
AKAN BUKA MATA KITA
SOSOK BAIK
AKAN BUKA HATI KITA

BRO
JADIKAN DIRI KITA CONTOH
BUAT BAIK  PADA YANG JAHAT
MAAFKAN SOSOK
YANG TAK PATUT DIMAAFKAN
TABUR KASIH SAYANG
TANPA MENGHARAP
TINGKAH LAKU INI
MEMBERI GAMBARAN
SIAPA KITA

BRO
LU TAK PERLU
SESIAPA PUN UNTUK
MENYEMPURNAKAN LU
LU HANYA PERLU
SESEORANG YANG 
YANG MENRIMA LU
SEBAGAI SOSOK SEMPURNA

BRO
HENTIKAN  TABIAT
BERCAKAP TENTANG
MASALAH DIRI 
MULAKAN TABIAT
BERCAKAP
TENTANG  BERENJOI

BRO
PANDANG SEKELILING
SEMUANYA UNTUK
SEMENTARA
HANYA CINTA KASIH SAYANG
TERSIMPAN DALAM HATI
SAMPAI BILA BILA

BRO
BILA LU BERHENTI
MENGEJAR BENDA YANG SALAH
BENDA YANG BETUL
AKAN ADA PELUANG  SAMPAI

KITA BERI MAAF
BUKAN HADIAH UNTUK DIA
INI HADIAH UNTUK
DIRI KITA SENDIRI

KESAKITAN JADIKAN KITA KUAT
TAKUT JADIKAN KITA BERANI
PATAH HATI JADIKAN KITA DEWASA
BERTERIMA KASIH
PADA YANG TELAH BELAKU
IANYA MENYEDIAKAN
MASA DEAN YNG CERAH
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT