Selasa, 8 Februari 2022

TANYA DIRI - APA JADIKAN KITA GEMBIRA SENANG HATI

 



TONTON DENGAR

KEMUDIAN

TANYA DIRI

APA YANG BUAT

KITA GEMBIRA

SENANG HATI

AMIN

MUHYIDIN - KENAPA SEKARANG ?

 


Rakyat Johor perlu fikir 2 kali sebelum undi parti pemimpin korup, kata Muhyiddin

PENGUNDI Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada mereka mahu memberikan sokongan terhadap parti yang mempunyai pemimpin korup, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Najib contohnya didapati bersalah di mahkamah dan parti itu juga dipenuhi dengan kumpulan yang berdepan tuduhan di mahkamah atau ‘kluster mahkamah’,” katanya dalam sidang media hari ini di ibu negara.

Beliau menambah pengundi sepatutnya membuang Umno dan mengundi parti lain.

“Saya rasa Perikatan Nasional boleh buat yang lebih baik kerana tiada seorang pun daripada kita didakwa kerana rasuah,” katanya.

Minggu lalu Muhyiddin berkata beliau akan “malu” dikaitkan dengan Umno, sebuah parti dengan “bos” yang disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Ada hikmah Bersatu tidak bekerjasama dengan Umno. Jadi Bersatu tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin Umno.

“Secara peribadi saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai boss,” katanya dalam satu kenyataan.

Teguran pedas Muhyiddin itu dibuat selepas Najib menuduh Bersatu melalui Perikatan Nasional meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) di 17 kerusi DUN pada PRN Sabah tahun lepas.

Ahli Parlimen Pekan itu juga mendakwa BN mengorbankan banyak kerusi kepada Bersatu sebagai sebahagian daripada rundingan untuk diberikan jawatan ketua menteri jika BN menang tetapi sebaliknya berlaku apabila Bersatu mendapat jawatan itu.

Muhyiddin menyangkal perkara itu dan berkata kerusi yang menyaksikan pertembungan antara PN dan BN tidak melibatkan Bersatu dan Umno sebaliknya antara Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), PBS dan BN.

Kedua-dua parti seperti yang berlaku pada PRN Melaka tidak akan bekerjasama dalam PRN Johor.

Mengenai PRN Johor akan datang Muhyiddin berkata beliau berharap SOP tidak ketat seperti di Melaka.

“Semasa pilihan raya Melaka kami tidak dapat memperkenalkan calon kami kepada pengundi.

“Bayangkan ada calon muda yang tidak dikenali dalam kalangan pengundi, bagaimana kita boleh mendekati mereka dengan SOP yang ketat,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 9 Februari untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRN Johor yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari pembubaran DUN pada 22 Januari.

Menteri Besar sementara Hasni Mohammad berkata beliau mahukan mandat yang jelas untuk mentadbir negara itu - yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Sebelum Hasni negeri itu dipimpin oleh Allahyarham Osman Sapian yang kemudiannya digantikan oleh Sahruddin Jamal.

Johor mempunyai tiga menteri besar berbeza dalam tempoh dua tahun berikutan pergolakan politik. – 7 Februari, 2022.

WOIT

MUHYIDIN KENAPA

PANDAI BERSUARA

SEKARANG

KAH KAH KAH

MASA JADI PM

NAPA LEMBAB

NAPA SEMBAB

AMIN

KALAU DULU

BERANI KERAS

JELAS TUNTAS

MACAM INI

TAK JADI

KERAJAAN GAGAL

AMIN

KHALAS

NAK JADI

TERMINATOR

I'LL BE  BACK

PERLU PARTI

YANG HEBAT

MESTI TURUN

KE JALAN RAYA

MACAM ATUK

BUAT

KAH KAH KAH

KHALAS

NAJIB BAWA MASUK ZIONIS APCO

 


 NAJIB BAWA

MASUK ZIONIS

APCO SEBAGAI 

PENASEHAT

KHALAS

Unknown commented on

 "MELAYU JUAL MELAYU 

BUKAN DAP"

Aku setuju dengan TT. Bangsa lain contohnya baik Ah Chong atau pun Samy, mereka sesama sendiri kuat Comradeship mereka. Kalau seorang berniaga, suku sakat yang lain akan saling membantu dan mendukung. Pasal tu zaman saya sekolah dulu, banyak iklan kedai bertulis "SYARIKAT YAP BROTHERS dan MANIAM dan ANAKX. Tapi kalau seorang bangsa Melayu, usahkan kata nak Bantu, adik beradikpun mula nak berdengki lebih rela beli dari kedai AH Chong dari sokong abang berniaga, irihati takut nanti abang lebih kaya. 



Inilah DILEMA MELAYU. Pimpinan Terhebat Terulong dari parti keramat PM ke 6, merupakan IKON Melayu sejati yang banyak Berdagang dengan negara-negara luar. Banyak cebis tapak tanah dijual, digadai, ditambak dan ditukarganti atas kononnya tujuan pembangunan. Sosok ini jugalah Binawe pertama yang membenarkan Sosok Yahudi berpijak dinegara ini dan mengambil beberapa Punahsihat Yahudi bekerja di PMO. BINAWE HANCUR HANCAI PUNAH

EEE WAJIB BUKTIKAN

 


Jabatan Peguam Negara tolak representasi keluarga Abdul Azeez

JABATAN Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung permohonan kerajaan untuk melucut hak harta membabitkan wang tunai dan aset bernilai RM16 juta yang didakwa hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim berkata surat makluman berhubung penolakan representasi itu telah dihantar kepada peguam responden (ahli keluarga Abdul Azeez) pada 4 Februari lepas.

“Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi status representasi oleh pihak responden dan dukacita dimaklumkan bahawa representasi yang difailkan pada 16 November lepas telah ditolak oleh AGC,” katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin.

Peguam Prem Ramachandran yang mewakili keluarga Abdul Azeez mengesahkan telah menerima surat makluman itu.

Mahkamah memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujuhan bertulis pada pertengahan Mei ini dan menetapkan 21 Jun untuk pendengaran kes lucut hak.

Pada September 2019, kerajaan memohon untuk melucut hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Abdul Azeez, Khadijah Mohd Noor, empat anak mereka iaitu Mohamed Khairul Anwar, Mohamed Khairul Azman, Khaleeda Azwa, Khaleeda Azeera termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka, Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Disember 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ahli keluarga Abdul Azeez untuk menangguhkan prosiding  melucut hak sementara perbicaraan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Baling itu yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selesai.

Abdul Azeez, 55, kini dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hampir RM140 juta, yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbicaraan tersebut, bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan. – Bernama, 8 Februari, 2022.



WAJIB BUKTIKAN

DARI MANA

DATANGNYA DUIT

AMIN

TAIP SEN

WAJIB DI BERITAHU

TERMASUK JUAL

BUTANG SELUAR

KAH KAH KAH

KALAU GAGAL

RAMPAS SEMUA

AMIN

IKUT CARA

SULTAN MELAKA

RUMAH & TAPAK

RUMAH BUANG

KE LAUT

AMIN

SEMUA HASIL

TIPU & RASUAH

KHALAS

MARA TUKAR NAMA

 



MATARA
RIDA - RURAL INDUSTRIAL
 DEVELOPMENT AUTHORITY
BAHASA KOLONIAL
TUKAR JADI MARA
MAJLIS AMANAH RAKYAT 
TUKAR JADI
MATARA
AMIN
MAJLIS TAK AMANAH RAKYAT
KHALAS

Unknown commented on

 "MELAYU JUAL MELAYU

 BUKAN DAP"

MAJLIS AMANAH pun tidak AMANAH Gwa cadangkan tukar nama MAJLIS (TAK BERAPA AMANAH SANGAT) RAKYAT (DIPERBADANKAN) Nama tu biar bunyi gah dan korporat. kahkahkah

ANUGERAH DIHORMATI

 



Mun Yee dapat gelaran Datuk

KUALA LUMPUR – Bekas ratu terjun negara, Leong Mun Yee hari ini menerima pengiktirafan membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan.

Istiadat berkenaan menyaksikan atlet para negara, Abdul Latif Romly menerima gelaran sama sekaligus membuktikan keringat atlet dihargai. 

Perkara itu dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi hantaran di Facebook.

Status berkenaan ditulis: “Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong (Mun Yee) terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”

Pada awal tahun ini, Mun Yee bersara daripada arena terjun selepas 27 tahun menabur bakti dengan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhir buat dirinya.


Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, Mun Yee yang berpengalaman sebagai model sambilan itu menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya Sukan SEA.

Mun Yee, 37, turut pernah melakar pingat perak bersama Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia Gwangju 2019. 

INI ANUGERAH

KERANA JASA

AMIN

BUKAN DATUK

BELI  TIMBANG

KILO DARI

MELAKA ATAU

PAHANG

KAH KAH KAH

ATAU DARI

SULTAN SULU

ATAU DATUK

DARI

KAMBOJA 

KAH KAH KAH

 SATU SEN 

TAKDA HARGA

 POOORAH

KAH KAH KAH

SINDROM POLIS PENCEN

 


SINDROM

POLIS PENCEN

AMIN

DAH PENCEN

SEMUA TAHU

SAPA RASUAH

SAPA DIA

 TAN SRI ESCOBAR

 SAPA JUAL LENDIR 

MENTERI MANA

BAWA BETINA

LEBAI MANA 

KAKI BURET

KAH KAH KAH

 POOORAH


Unknown commented on

 "MUHYIDIN DAH BERANI"

Sumer orang pencen akan dapat kembali minda sihat fikrah waras dgn pemerhatian yg jelas. Madey pun ada sindrom ni. Ia dipanggil ARSE: Acquired Retiree Syndrome Extraordinary

SERANGAN KOBID MAKIN MEREBAK

 


13,944 kes Covid-19 hari ini, lapor KKM

NEGARA terus merekodkan kes Covid-19 melebihi 10,000 buat hari ketiga berturut-turut selepas melaporkan 13,944 jangkitan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes lebih 13,000 pada 26 September dengan 13,104 jangkitan dilaporkan.

Noor Hisham berkata kes baharu hari ini menjadikan beban ditanggung negara kini 2.93 juta.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan kepada orang ramai situasi Covid terkawal ketika kes terus meningkat.

Ini, katanya, kerana kebanyakan kes yang membawa varian Omicron kebanyakannya dalam kategori yang tidak teruk.

Katanya di sebalik lonjakan kes, hospital masih tidak terbeban dan mampu menampung kes Covid.

Kadar jangkitan juga melonjak daripada 1.27 semalam kepada 1.32 hari ini dengan majoriti negeri merekodkan kadar yang lebih tinggi daripada 1.20.

Sabah dan Perlis kini mempunyai kadar jangkitan tertinggi iaitu 1.54.

Sementara itu, menurut portal CovidNow, sebanyak 22.93 juta individu atau 98 peratus populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi, manakala 23.21 juta individu atau 99.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2.79 juta atau 88.7 peratus daripada populasi ini telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2.87 juta individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 119,543 dos vaksin telah diberikan semalam, dengan 9,321 daripadanya adalah dos pertama, 2,188 dos kedua dan 108,034 dos penggalak. – 8 Februari, 2022.

 

KOYAK RABAK

TERBARAI

AMIN

SERANGAN

SEMAKIN KUAT

AMIN

BAGAIMANA

PERTAHAN KITA

KHALAS

GANJA OOOO GANJA

 


GANJA OO GANJA

CHELUM O CHELUM

BUNG SANGAR

KAH KAH KAH

TEORI BUNUH DIRI

 



Wanita cuba terjun tingkat 12 pangsapuri diselamatkan bomba

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang cuba terjun dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Jalan Mewah, Ampang Jaya berjaya diselamatkan anggota bomba awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.37 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian. 

Katanya, seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati, wanita berusia 22 tahun itu berada di koridor tingkat 12 dan dipercayai cuba terjun.

“Mangsa berjaya dipujuk sebelum diselamatkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun punca wanita itu bertindak sedemikian tidak dapat dipastikan lagi. 

MINAH NI

BUKAN NAK

BUNUH DIRI

AMIN

MINAH NI

NAK CARI

BANTUAN

MAHU SIMPATI

AMIN

KALAU NAK

BUNUH DIRI

BUKA TINGKAP

TERJUN TERUS

TAK PAYAH

TUNGGU BOMBA

SAMPAI

AMIN

 MINAH NI

 PERLU KOUSELING

DARI PAKAR

 BUKAN KES POLIS 

JANGAN BUAT SILAP

 AMIN

KHALAS

LEBIH BAIK DITEGUR MUSUH

 


LEBIH BAIK

DITEGUR MUSUH

DARI PUJI BODEK

OLEH KAWAN

AMIN

Unknown commented on 

"CUKONG & OLIGARCH 

DI BELAKANG KUASA"

Sejak pakatan ambil alih Selangor, sabjek air terus menjadi, adakah Selangor tiada air atau tiada banjir, takungan air kering, nak menjadikan pakatan hampeh? Adakah semua ini takdir Tuhan atau kebetulan diatur begitu oleh puak daulah pemerintah? Setiap hari masing masing tunjuk kelemahan pihak lain tak kira lah BN atau PH atau mana mana parti songel sekarang, setiap hari ada pula masa untuk cari kesalahan, 



tapi KOBID dibiarkan, bantuan tak sampai, yang disampaikan diwar war dalam media sosial, nak pamer seluruh warga bahawa mereka terbaik, hampeh senget sungguh pemikiran, Masih tahap penjajah, Masih mahu menjajah merompak bukan menolong tapi nak jadi along, bagi bantuan sedikit kemudian rompak siang malam, kalau lah ada kesedaran sedikit buang yang lama, buang yang keruh ambil yang baru lah jadi pimpinan, buang semua sekali cap ayam ini semua Amin, kah kah kah


RUSIA & FRANCE - PUTIN & MACRON

 


RUSIA &  FRANCE

 PUTIN  DAN MACRON

BERBINCANG

AMIN

AZAM BAKI JANGAN LETAK JAWATAN

 



Penganjur adakan protes lagi jika tiada tindakan terhadap Azam Baki

LEBIH 80 individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan #TangkapAzamBaki bulan lepas diheret polis kerana melanggar perintah mahkamah untuk berhimpun di Kuala Lumpur tetapi ia tidak akan menghalang mereka melakukannya sekali lagi bagi mencari keadilan, kata penganjur perhimpunan.

Pengasas bersama Undi18 Qyuira Yusri berkata pada masa ini, mereka sedang menyusun semula strategi dan akan mengadakan lebih banyak protes tidak lama lagi, sehingga Ketua Pesuruhjaya Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ditahan bagi menjawab dakwaan yang dikaitkan dengan pembelian saham.

Pergerakan #TangkapAzamBaki disokong oleh 33 kumpulan masyarakat sivil dan 11 pertubuhan politik yang turun ke jalan raya di Kuala Lumpur pada 22 Januari.

Walaupun amaran keras daripada polis terhadap perhimpunan itu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di stesen LRT Bangsar bagi menuntut penahanan Azam, yang terpalit dalam kontroversi pembelian saham dalam syarikat tersenarai awam. 

Penganjur protes juga mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Azam dan SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen.

“Proses perancangan sedang berjalan sambil kami menyusun strategi bagi langkah seterusnya, membangkitkan kesedaran massa susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki,” kata Qyuira kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak semestinya perhimpunan kerana sebelum ini terdapat beberapa jenis tindakan seperti menghantar memorandum, petisyen, penglibatan awam, bantahan dalam talian dan sebagainya.

Katanya, buat masa ini kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk menangkap Azam, sebaliknya sibuk memanggil mereka yang menghadiri perhimpunan 22 Januari itu.

“Kami perlu bersedia untuk menggerakkan semua sumber kita untuk memastikan semua yang hadir, termasuk penganjur, mendapat bantuan guaman,” katanya.

Azam menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu berhubung dakwaan perdagangan proksi tidak mengikut undang-undang selepas mengaku membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau.

Saham yang didakwa dimiliki Azam ialah 2.15 juta dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, serta 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada tahun yang sama dan 1.02 juta saham pada tahun berikutnya. Ketika itu Azam adalah pengarah siasatan SPRM.

Pada sidang media 5 Januari lalu, Azam berkata saham itu dibeli oleh adiknya Nasir menggunakan akaun dagangannya (Azam), dan kemudian dipindahkan semula kepada Nasir, menyebabkan beliau tidak mempunyai faedah kewangan.

Beliau juga berkata sudah memaklumkan kepada pihak atasan mengenai pembelian itu dan mereka tidak membangkitkan sebarang kebimbangan.

Berdasarkan penjelasannya, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang “membersihkan” ketua pesuruhjaya itu daripada salah laku, walaupun terdapat gesaan untuk siasatan luar yang bebas.

Ketua SPRM menafikan sebarang salah laku, manakala Suruhanjaya Sekuriti berkata Azam mempunyai kawalan ke atas akaunnya pada masa pembelian saham itu. – 8 Februari, 2022.


 TAHNIAH

AZAM BAKI

AMIN

JANGAN LETAK

JAWATAN

AMIN

INI BAIK UNTUK

SUASANA POLITIK 

JALAN RAYA

AMIN

LAGI ANGKUH

LAGI DEGIL

AZAM BAKI

LAGI MOLEK

AMIN

LAGI SENANG

NAK HASUT

ORANG RAMAI

TURUN KE JALAN

AMIN

KHALAS

AZAM BAKI

KITA JADIKAN

IKON BARU

AMIN

AZAM BAKI

GANTI NAJIB

KHALAS

AMIN

BUDAYA MARA

 





 BUDAYA MARA

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "MARA DAN RASUAH"

Ciss ..ngapa tak Toto, Kasino Genting, Sarikat Cina Hokian lahap rasuah ..ngapa MARA. Ciss ..gwa sebijik kelentit pon gwa tak caya MARA lahap rasuah, MARA ni pegawai nye semua Islam, kulop pipit dan bijik kelentit mereka dah di potong untuk kurangkan napsu melahap, hiburan mereka hanya minom teh sembang2 dari kul 11 hingga 3 ptg di persekitaran restoren Komplek Pertama 



..malah kok nak jumpa pegawai MARA kul 2 jgn harap, sebab mereka ngabiskan masa zuhor hingga asar di surau???, lps tu kemas2 dan terus balik rumah tak de masa nak minom2 air anggur dan berhibur ..ciss kalau MARA lahap rasuah gwa mimang tak caya.