Selasa, 22 Februari 2022

DARI MEDIA KUASA IMPERIAL ANGLO-AMERIKAN

 

DARI MEDIA

KUASA IMPERIALIS

ANGLO-AMERIKA

KHALAS

KLUSTER BUKAN MAHKAMAH

 



Kluster pendidikan meningkat, kata KP kesihatan

JUMLAH kluster pendidikan Covid-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu epidemiologi (ME) terkini dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) mencatat 367 kluster pendidikan sejak 1 Januari hingga 19 Februari lalu dan daripada jumlah itu 346 kluster masih aktif manakala 21 kluster sudah tamat.

Beliau berkata, walaupun terdapat trend penurunan kluster pendidikan pada ME 5/2022 disebabkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina, namun trend itu dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara.

Katanya, negeri yang merekodkan kluster pendidikan paling tinggi adalah Kelantan (54 kluster), diikuti Selangor (49), Pahang (38), Kuala Lumpur (37) dan Sabah (34).

“Siasatan mendapati 328 kluster iaitu 89.4% dengan kes indeks merupakan pelajar, manakala 31 kluster (8.5%) merupakan kes indeks guru atau pensyarah. Selain itu 6 kluster (1.6%) dengan kes indeks dalam kalangan kakitangan sokongan pusat pendidikan berkenaan dan 2 kluster (0.6%) dengan keluarga sebagai kes indeks,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala.

“Sebanyak 12,579 kes (76.54%) kategori 2, 3,850 kes (23.4%) kategori 1 dan 35 kes (0.2%) daripada kategori 3 dan 4 dan semua kes sudah mendapatkan rawatan serta dalam keaadaan stabil.

“Semua 257 sekolah terbabit adalah daripada pelbagai agensi iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maahad Tahfiz dan lain-lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 19 Februari lalu, 232 kluster membabitkan sekolah menengah dan 25 kluster sekolah rendah masih aktif.

“Daripada jumlah itu 107 sekolah ditutup sementara untuk pembersihan dan dijadikan tempat kuarantin dan 150 sekolah hanya memerlukan penutupan kelas sahaja.

“Hasil siasatan mendapati punca utama berlakunya jangkitan dan penularan Covid-19 disebabkan beberapa faktor. Antaranya ketidakpatuhan kepada SOP, pergerakan pelajar yang bebas dan pergaulan rapat semasa pelajar di asrama serta beberapa faktor lain,” katanya.

Beliau mencadangkan sebagai penambahbaikan, semua yang terbabit dalam kumpulan itu melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala, mengenal pasti pelajar yang bergejala dengan cepat serta memastikan pengudaraan di semua kawasan dalam keadaan optimum.

Sementara itu, CPRC kebangsaan melaporkan sejak 25 Januari 2020 hingga 19 Februari 2022 sebanyak 6,704 kluster dikesan, membabitkan 538,554 kes, dengan 6,212 kluster sudah tamat dan hanya 492 kluster masih aktif.

Pecahan kes kluster tertinggi direkodkan di tempat kerja (58.71%), komuniti (20.54%), pusat tahanan (7.63%) dan pendidikan (6.83%). – Bernama, 22 Februari, 2022.

INI BUKAN 

KLUSTER

MAHKAMAH

AMIN

INI KLUSTER BARU 

MUNCUL

DI SEKOLAH

AMIN

TAK SANGKUT

PAUT DENGAN

CURI DUIT 1MDB

KHALAS

JALAN TERBAIK

MASIH LAGI

IVERMECTIN

AMIN

SEBUTIR 

IVERMECTIN

JIKA MERASA

CURIGA 

WAS WAS SATELH

DI TEMPAT RAMAI

AMIN


KESIAN - NAJIB TERSEKSA

 



Tun M tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib

KUALA LUMPUR – Najib  sekali lagi mendakwa  Dr. Mahathir Mohamad beberapa kali menekannya supaya memberi projek kepada kroni semasa menjadi perdana menteri sebelum menarik sokongan dan menyerangnya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KESIAN NAJIB

KAH KAH KAH

ATAS KATIL

DITEKAN OLEH

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

SIANG HARI

DITEKAN OLEH

MADEY PULAK

KAH KAH KAH

APA 

PUNYA NASIB

KAH KAH KAH

NASIB BAIK

SEMPAT BERZIANA

KAH KAH KAH

MUHYIDIN TAK NAK REKRUT ALLAH

 



Muhyiddin tolak cabaran sumpah laknat Zahid

BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin menolak cabaran Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan sumpah laknat bagi menyokong dakwaannya bahawa presiden Umno itu telah meminta bantuan dalam kes jenayahnya.

Muhyiddin, dalam menolak cabaran itu, berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana beliau bercakap benar.

“Itu hak dia, dia nak sumpah ke tak sumpah. Saya bercakap benar, nak cakap dengan rakyat jangan bohong.

“Kalau dia nak sumpah, berapa kali sumpah…sumpah lah itu terserah pada dia.

“Saya tidak akan bersumpah pasal saya tak pernah berbohong, apa yang saya sebut itu adalah sesuatu yang hak, walaupun yang betul itu kadangkala pahit didengar.” 

Muhyiddin turut menafikan beliau membangkitkan perkara itu sekarang kerana pilihan raya negeri Johor semakin hampir.

“Saya sebut adalah hak, sesuatu yang benar, bukan sesuatu yang direka, bukan disengaja kerana politik pilihan raya….tidak.

“Apa situasi sekarang pun kita akan nyatakan perkara yang betul dan harap rakyat faham apa yang saya jelaskan,” katanya.

Awal bulan ini, presiden Bersatu dalam satu ceramah di Tangkak, Johor mendakwa Zahid telah bertemu dengannya sebaik sahaja beliau menjadi perdana menteri untuk meminta pertolongan berhubung kes jenayah yang dihadapinya.

Muhyiddin berkata beliau enggan membantu, yang telah mendorong Zahid berusaha untuk menggulingkan perdana menteri.

Beliau turut menamakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan ahli majlis tertinggi Bersatu Azmin Ali sebagai saksi kejadian itu.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan rasuah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskannya.

Zahid bagaimanapun menafikan pertemuan seperti itu berlaku dan berkata beliau bersedia untuk mengangkat sumpah untuk menyokong penafiannya. – 22 Februari, 2022.


BRO

 JANGAN RISAU

KAH KAH KAH

TAKDA PETIR

MENYAMBAR

KETIKA 

BERSUMPAH

KAH KAH KAH

SUMPAH SUMPIT

TANGAN BASAH

BANYAK DUIT

MAKAN RASUAH

KAH KAH KAH

PENDATANG HARAM CHINA MERAH PALING BAHAYA

 


PENDATANG HARAM

CHINA MERAH

PALING BAHAYA

AMIN

KITA TAK KENAL

MUKA MACAM

CHINA IPOH

AMIN

MEREKA DATANG

DGN VISA PELAJAR

AMIN

DTG PAKAI VISA

PELANCUNG

AMIN

TERUS TAK BALIK

RASUAH SANA

RASUAH SINI

JADI AJEN  RISIK

PARTI KOMUNIS CINA

KHALAS



Unknown commented on

 "WARGA ASING BIKIN KACAU"

Isham, sebelum tibai pendatang China Merah, nak tanya warga asing yang dah berniaga di pasar, ada berapa yang PATI? Dah tanam vaksin kobid ke? Kalau ada PATI ada tak risiko bawa masuk kuman kobid jenis lain. Ahli sains dah kata kuman Delta dan Omicron adalah mutasi kuman tempatan campur kuman asing, Saje tanya, jangan marah ya.

OMICRON MULA JADI BAHAYA ?

 


Bukan semua kes Omicron ringan, dapatkan dos penggalak, gesa PPM

ORANG ramai tidak seharusnya mengambil mudah situasi semasa Covid-19, yang didominasi varian Omicron yang sangat menular kerana tidak semua kes baharu dalam kategori ringan, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya Dr Koh Kar Chai menggesa setiap orang untuk mendapatkan perlindungan maksimum, dengan menyatakan terdapat setiap kemungkinan bagi seseorang dijangkiti Covid-19 yang teruk walaupun mereka menerima dua dos vaksin.

“Walaupun kebanyakan kes Covid-19 sekarang adalah gejala ringan atau asimtomatik, masih terdapat kes yang mana individu dijangkiti Covid-19 yang teruk atau Covid-19 yang lama walaupun selepas vaksinasi penuh.

“Oleh itu lebih baik mendapatkan perlindungan maksimum terhadap Covid-19 dengan suntikan dos penggalak.

“Bagi mereka yang masih belum divaksinasi, mereka tidak perlu berlengah lagi kerana Omicron semakin cepat merebak dalam masyarakat berbanding varian Covid-19 terdahulu,” kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 25,099 kes baharu.

Menurut statistik kementerian, 24,999 kes adalah dalam kategori ringan 1 dan 2 manakala 100 kes adalah dalam kategori lebih serius 3, 4 dan 5.

Sementara itu, daripada kes baharu yang didaftarkan, hanya 1,510 orang dimasukkan ke hospital semalam.

Sebanyak 181 kemasukan adalah dalam kategori 1, kategori 2 (751), kategori 3 (235), kategori 4 (309) dan kategori 5 (34).

Dr Koh berkata, kemasukan ke hospital yang rendah disebabkan pengambilan vaksin yang tinggi di negara ini.

Beliau berkata, data juga membuktikan dos penggalak memberi manfaat kepada ramai.

“Kepada mereka yang masih belum mengambil suntikan dos penggalak, terutamanya mereka yang mempunyai komorbiditi dan melebihi 60 tahun yang masih belum mengambil dos pertama mereka, anda berisiko tinggi untuk mendapat Covid yang teruk,” katanya.

Dengan kerajaan kini menyediakan semua vaksin untuk dos penggalak, beliau menggesa orang ramai untuk mengambil suntikan mereka dengan cepat kerana beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan akan lebih terbeban jika vaksin ditangguhkan.

“Kerajaan menyediakan pilihan mengenai jenis vaksin yang ada, walaupun secara umumnya, Comirnaty daripada Pfizer lebih mudah diakses. Pilihan seterusnya yang ada iaitu Coronavac daripada Sinovac juga tersedia tetapi tidak di semua pusat vaksinasi.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan mana-mana vaksin yang ada dan tidak mengambilnya kerana kita perlu mengatasi gelombang semasa varian Omicron yang walaupun dikatakan ringan, masih boleh mengatasi sistem penjagaan kesihatan kita dengan kesan lebih teruk,” katanya. – 22 Februari, 2022.

 

OMICRON AWAL

DILAPOR TIDAK 

BAHAYA

AMIN

KINI DAH JADI

BAHAYA

AMIN

YG PENTING

IKUT C.U.H 

CARA 

UNTUK HIDUP

KHALAS

SENTIASA ADA

IVERMECTIN

AMIN

RASA WAS WAS

TELAN SEBIJI

IVERMECTIN

KHALAS


PERANG UKRAINE ?

 



PERANG 

UKRAINE ?

AMIN

Unknown commented on

 "BIDEN NAK JUMPA PUTIN ?

 JADI KE ?"

Seorang pemimpin ikut cara perundingan diplomatik antarabangsa. Seorang lagi lempar batu sembunyi tangan, lepas tu pura-pura nak berunding. Yang mana Putin, yang mana Bidin?


PENDATANG DIBAWA MASUK OLEH MODAL

 



PENDATANG DIBAWA

MASUK OLEH MODAL

AMIN

DULU INGGERIS BAWA

CHINA & INDIA

AMIN

SEKARANG CUKONG

& GLC  & MELAYU

BAWA MASUK

PENDATANG

AMIN

BAHAYA MASA

DEPAN NANTI

AMIN

Unknown commented on 

"WARGA ASING BIKIN KACAU"

Aku ni bukan anti Pendatang. Tanpa mereka banyak sektor ekonomi tak dapat berjalan. Tapi kalau dah ramai dan rakyat bagi muka ramai yang banyak lemak dan ada yg kurang ajar. Persoalan seperti selalu aku salakkan adalah PENGUATKUASA NEGARA MESIA ini hanya bertindak bila isu tengah panas. Bila dah reda, semua lupa buat kerja dan apalagi ada masyuk. Pasal tulah sari dulu kini selamanya, negara kita mudah bolos, semua laluan ada aje tekong, laut darat udara. Agaknya bila anak bini kita kena Entot dik PATI ni baru kau nak mengamuk

UKRAINE MAKIN TEGANG - TENTERA RUSIA BERGERAK

 



EROPAH & UKRAINE 

MAKIN TEGANG

AMIN

TENTERA RUSIA

MULA BERGERAK

AMIN

DAPATKAN DI SHOPEE

 


 DAPATKAN

DI SHOPEE

KHALAS

Unknown commented on

 "INI HANYA IKLAN"

Aku tak baca lg buku lu tukar tiup tp aku dapat rasa mcm menerkam sejarah. Takde kah 3X.

SAUDI MACAM ISRAEL

 


SAUDI SAMA

MACAM ISREAL

AMIN

TANPA AMERIKA

AKAN TERBARAI

KHALAS

Unknown commented on

 "PERANG IALAH BILA 

BERLABON DI MEJA GAGAL"

ini perang kisah penjajaran org putih kristian yg sokong nabi isa lawan org putih kristian sokong dajjal iblis... Tok hitler dah bg mazhab tebas tengkok yahoodi.. kire begasak sdg direncanakn secara fizikal antara org puteh... Moga² mereka gagal dlm usaha bunuh membunuh nie.. Team oic saudi kompom dah sokong team yahoodi.. hamppppehhhh


IBRAHIM ALI BUKAN ENCIK

 

 IBRAHIM ALI

BUKAN ENCIK

AMIN

 PANGGIL DIA

DATUK PADUKA

DOKTOR 

IBRAHIM ALI

KHALAS

Unknown commented on 

"DATUK PADUKA 

DOKTOR BETUL"

Dalam masa yang sama saya ingin menegur encik ibrahim ini agar jangan kerap buka mulut. Lagi banyak buka mulut lagi banyak benda bodoh akan keluar. Kamu ada takda sama saja. Selama kamu ada jawatan orang kena bayar tol juga, harga kereta mahal juga, rakyat miskin juga peniaga susah juga kena bayar lesen itu ini, lesen gelak kahkah saja yang belum. Itu pun tak lama lagi kena ada sijil halal jakim. Lepas itu malaon jakin boleh palsukan sijil halal boleh dapat duit haram lagi. Berbalik kepada encik ibrahim. Cukuplah orang sudah bosan dengan encik.

BIDEN NAK JUMPA PUTIN ? JADI KE ?

 


 BIDEN

NAK JUMPA

PUTIN ?

AMIN

PUTIN NAK KE ?

KHALAS

AWAL AWAL DAH JADI KATAK

 



Peguam keluar Gerak Independent beberapa hari selepas diumum sebagai calon

PEGUAM Charles Chow telah keluar dari Gerak Independent (GI) dan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon kerusi Parlimen Subang.

Empat hari selepas menawarkan diri sebagai calon, peguam itu berkata beliau tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut.

“Saya tidak akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Subang, Selangor.

“Matlamat kita sama kerana mahu perbetulkan keadaan negara, termasuk mempertingkatkan integriti Parlimen, tetapi cara kita berbeza untuk capai matlamat itu.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan saya di GI,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Khamis lalu, Gerak Independent, inisiatif bersama mempromosikan calon bebas untuk PRU, mengumumkan ia akan bertanding di enam kerusi Parlimen yang kini disandang Pakatan Harapan pada PRU15.

Selain Subang, kerusi lain ialah Batu, Petaling Jaya, Wangsa Maju dan Kota Kinabalu, dan satu lagi kerusi yang belum dimuktamadkan.

Calon-calon yang bertanding di kerusi tersebut ialah aktivis peguam terkemuka Siti Kassim (Batu), aktivis KJ John (Petaling Jaya), penduduk Wangsa Maju Raveentheran Suntheralingam (Wangsa Maju) dan peguam Sabah Roland Cheng (Kota Kinabalu).

GI, sebelum ini menyifatkan dirinya sebagai kuasa ketiga, berkata ia terbuka untuk membentuk pakatan strategik dengan parti atau individu lain bagi memajukan usahanya, yang akhirnya bertujuan menjadikan negara lebih adil kepada semua.

Siti berkata tiada sebarang perubahan dapat dilaksanakan jika hanya sekadar menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia ada kumpulan masyarakat sivil yang bagus yang sentiasa memperjuangkan isu-isu penting, namun ia tidak membawa banyak perubahan.

“Mengapa mereka (NGO) perjuang isu-isu ini tetapi tidak ada perubahan? atau sedikit perubahan? Walaupun mereka buat banyak pembentangan kepada kerajaan, bertemu dengan menteri, terlibat dalam perbincangan meja bulat, dan semua itu. Kenapa?” tanya Siti sebagai respons kepada komen yang Gerak Independent sepatutnya menjadi NGO sahaja, bukannya terjun ke politik.
 
“Sebabnya cuma Parlimen sahaja yang boleh ubah dasar dan undang-undang yang sebenarnya sedang dilaksanakan di Malaysia.

“Jadi inilah sebabnya saya selalu cakap, jika anda mahukan perubahan di Malaysia, anda perlu ada orang yang baik di Parlimen barulah anda dapat dasar yang bagus,” katanya. – 21 Februari, 2022.


HATI BAIK

NIAT BAIK

AMIN

TAPI KENAPA

AWAL AWAL

DAH JADI 

IBRAHIM ALI...

OPS .. SILAP

JADI  KATAK

KAH KAH KAH

TERLALU BANYAK

BERBINCANG

TAK BERANI

KE JALAN RAYA

KAH KAH KAH

AKHIRNYA 

CEPAT JADI KATAK

BELUM SEMPAT

JADI BERUDU

KAH KAH KAH

WARGA ASONG BIKIN KACAU

 



Warga asing kembali aktif berniaga di Pasar Harian Selayang, Pasar Borong KL 

KUMPULAN warga asing kembali menjadikan lokasi sekitar Pasar Harian Selayang (PHS) dan Pasar Borong Kuala Lumpur sebagai lubuk rezeki mereka menjalankan perniagaan secara haram.

Biarpun kawasan berkenaan sebelum ini digempur beberapa kali oleh pihak berkuasa dan pernah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran jangkitan kes Covid-19 yang tinggi tahun lepas, ternyata mereka tidak serik berniaga di sekitar kaki lima bangunan kedai berdekatan kedua-dua pasar berkenaan yang menjadi tumpuan pembeli.

Tinjauan Bernama mendapati di PHS, kelibat peniaga warga asing yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan barang basah lebih ramai ketika hujung minggu dari awal pagi hingga petang.

Di deretan bangunan kedai dua tingkat berdekatan Pasar Borong Kuala Lumpur pula seolah-olah telah menjadi ‘perkampungan’ mereka dengan ada antaranya membuka restoran selain turut menjual daging sembelihan secara terbuka hanya di kaki lima bangunan kedai.

Seorang peniaga ikan, Norizah Saptu, 42, berkata warga asing kembali aktif berniaga sejak peniaga tempatan dipindahkan ke bangunan baharu PHS pada Jun tahun lepas.

Menurut Norizah, warga asing juga mula bertindak berani dengan mengubah lokasi perniagaan mereka ke bangunan kedai yang terletak di antara sempadan Majlis Perbandaran Selayang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Dalam tempoh sekarang, ramai peniaga baru nak memulihkan semula perniagaan masing-masing setelah lama operasi ditutup akibat pandemik Covid-19, tapi kini kami pula terpaksa bersaing dengan peniaga warga asing.

“Sudahlah banyak kos terpaksa kami tanggung termasuk lesen dan sewa premis, tapi mereka (warga asing) dapat berniaga sewenang-wenang,” katanya yang telah meniaga selama 11 tahun.

Seorang penduduk, Zulfahmi Hakimi Mohamad Said, 35, pula berkata situasi di bangunan kedai berdekatan Pasar Borong Kuala Lumpur umpama berada di negara lain apabila deretan bangunan kedai dua tingkat itu dipenuhi warga asing.

“Kawasan ini juga telah dipenuhi dengan sampah-sarap. Saya bimbang jika tiada langkah segera untuk menangani isu ini, lama-kelamaan ia boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja isu keselamatan dan kesihatan tetapi juga kesan kepada ekonomi peniaga di sekitar pasar ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kawasan Selayang Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Mohd Hafiz Mohd Sidik berkata tindakan undang-undang yang lebih tegas harus dikenakan kepada warga asing bagi kelangsungan peniaga tempatan.

“Mereka menjual dengan harga yang lebih murah berbanding peniaga tempatan kerana mereka tidak menanggung kos seperti sewa premis dan bahan jualan diperoleh terus daripada pembekal. Ini tidak mustahil akan ada antara kami yang terpaksa gulung tikar,” katanya. – Bernama, 21 Februari, 2022.


 KAJI & SELIDIK

KENAPA  DAN

BAGAIMANA 

WARGA ASING 

MASUK 

AMIN

ROHINGYA KERANA

PROPANGANDA

ISLAM ?

AMIN

BANGLA KERANA

PERLU TENAGA

MEREKA ?

AMIN

INI SISTEM 

EKONOMI KAPITALIS

DIMANA ADA

PERMINTAAN

DISANA ADA

PENGELUAR

AMIN

AWAS !

ADA BAHAYA

PENDATANG  YG

LEBIH BESAR

AMAT BAHAYA

AMIN

PENDATANG

CHINA MERAH

DATANG BAWA 

MODAL

AMIN

KEMUDIAN KONTROL

EKONOMI NEGARA

AMIN

SIAPA KONTROL

EKONOMI DIA

KONTROL SEMUA

AMIN

INI SISTEM

KAPITALIS

KHALAS