Ahad, 13 Mac 2022

KYIV SEDANG DI KEPONG - MENUNGGU MASA

 


KYIV 

SEDANG DI KEPONG

AMIN

MENUNGGU MASA

AKAN JATUH ?

KHALAS

SEBELUM MASUK JIL

 



Segerakan PRU15, kata Zahid

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) di Johor bukti pilihan raya umum perlu disegerakan, kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Mandat besar yang diberikan rakyat kepada BN di Johor petunjuk rakyat mahukan perubahan yang lebih baik untuk negara, tambahnya.

“Maka, kemenangan besar ini jelas menunjukkan pilihan raya umum perlu disegerakan agar benar-benar mencerminkan mandat rakyat sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

BN menang 40 daripada 56 kerusi di DUN Johor, mengatasi Pakatan Harapan yang menang 12 kerusi sementara Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin menang 3 kerusi.


Muda yang menyertai pilihan raya untuk kali pertama menang satu kerusi.

Penganalisis menyifatkan kemenangan BN di Johor meningkatkan lagi tekanan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk segera membubarkan Parlimen.

Ismail Sabri hari ini bagaimanapun memberi bayangan beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat keputusan itu.

“Banyak lagi perkara yang perlu dilihat. Setiap keputusan akan dibincangkan dalam parti. Tidak boleh ada satu kumpulan kecil yang mahukan PRU, maka kita buat. Ini (PRU) perkara besar, kena dibincangkan.

“Selain itu, ada prosedurnya. Saya kena menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan, dan kalau diperkenankan maka bolehlah (pilihan raya) diadakan. Jadi tunggu masa yang sesuai,” katanya, seperti dipetik Bernama.

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid, BN menang besar di Johor, sama seperti sebelumnya di Melaka, kerana rakyat sudah sedar kesilapan mereka mengangkat PH jadi kerajaan dalam pilihan raya umum lalu.

Pada PRN Melaka November 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

“Rakyat sudah mulai sedar bahawa hanya BN yang boleh mentadbir negara lebih baik berdasarkan pengalaman dan rekod BN,” katanya.

Presiden Umno bagaimanapun mengakui BN tidak sempurna tetapi lebih baik kalau dibandingkan dengan pembangkang.

“Walaupun BN bukanlah sempurna 100 peratus akan tetapi berbanding blok dan parti lain yang berpecah belah, tidak bersatu, tidak ada dasar yang jelas, BN mampu menawarkan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa pemimpin PH merosakkan diri sendiri selepas 22 bulan jadi kerajaan, dan kerosakan itu sukar untuk mereka pulihkan.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat memilih BN kerana mahukan kestabilan dan bukannya politik fitnah dan memburukkan lawan.

“Politik sebegini ternyata ditolak rakyat,” katanya, sambil menyebut politik amal dan politik bakti sebagai kekuatan BN.

Beliau bagaimanapun mengingatkan BN dan penyokongnya agar tidak terbuai dengan kemenangannya. – 13 Mac, 2022.

KLUSTER 

MAHKAMAH

SEDANG BUAT

HURU HARA

AMIN

DILUAR PARTI

DENGAN PRN

AMIN

DALAM PARTI 

BERI TEKANAN

PADA SABRI

UNTUK PRU15

AMIN

INI HANYA CARA

UNTUK LEPAS

DARI MASUK JIL

AMIN

NAJIB MAHU 

PRU15 SEBELUM

KE SUNGAI BULUH

AMIN

ZAHID MAHU

PRU15 SEBELUM

JATUH HUKUM

AMIN

KITA WAJIB 

SOKONG SABRI

UNTUK TERUS

BERTAHAN HINGGA

SEMUA PENCURI

DI REHATKAN

KHALAS

INI JUGA HASIL KULIAH PRN JOHOR

 



Warisan susun semula strategi hadapi PRU15, kata presiden parti

WARISAN akan menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menurut presidennya Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata meskipun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak seperti apa yang diharapkan parti itu, sekarang bukan masa untuk berputus asa.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan paling penting, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkempen tanpa mengenal penat lelah dan jemu untuk Parti Warisan. 

“Dengan penuh keikhlasan, saya amat menghargai segala kerja keras dan usaha berterusan anda semua. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Johor kerana sudi menerima kedatangan kami ke negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRN Johor, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan diikuti Pakatan Harapan (11), Perikatan Nasional (tiga) manakala Muda dan PKR masing-masing satu kerusi.

Warisan bertanding di kerusi DUN Mahkota, Bekok, Pekan Nanas, Permas, Johor Jaya dan Bukit Batu. – Bernama, 12 Mac, 2022.

KULIAH 

PRN JOHOR

MEMBERI DAMPAK

YANG HEBAT

AMIN

SEMUA IKUT

KULIAH DAH 

FAHAM

AMIN

BUKAN SUSAH

NAK FAHAM

KALAU TAK 

BERSATU

SEMUA KENA

CINCANG

KHALAS

KULIAH PRN JOHOR BERJAYA

 


Pakatan perlu perbetul kelemahan untuk menentang BN, kata Guan Eng

PAKATAN Harapan perlu memperbetulkan kelemahannya dan menunjukkan pendekatan bersatu untuk menentang Barisan Nasional (BN), kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP itu berkata pihaknya juga menerima keputusan rakyat Johor yang membenarkan BN menang besar dalam pilihan raya negeri semalam.

“DAP dan PH perlu memperbetulkan kelemahan kita, terutamanya dalam menyampaikan kepada orang ramai tentang kesatuan menentang BN di bawah pendekatan “Khemah Besar”.

“DAP ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah menyokong 14 calon kami, termasuk di empat kerusi yang kami kalah,” kata bekas menteri kewangan itu berhubung prestasi parti dalam pilihan raya negeri semalam.


PH menyertai pilihan raya berkenaan dengan rakan utamanya PKR memutuskan untuk berdiri di bawah panjinya sendiri manakala Amanah dan DAP berdiri di bawah panji Pakatan Harapan (PH).

Manakala DAP memenangi 10 kerusi, Amanah dan PKR hanya menang satu setiap satu. Satu lagi parti pembangkang Muda memenangi satu kerusi.

BN pula memenangi 40 kerusi dan Perikatan Nasional tiga kerusi.

“Bagi 10 kerusi yang dimenangi DAP, DAP akan memastikan wakil rakyat kami berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata DAP komited untuk menjaga, membantu dan mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di bawah konsep Mengutamakan Rakyat Malaysia.

“DAP dan PH akan terus mempertahankan kehidupan rakyat dengan memperjuangkan isu kenaikan harga barang, menolak cukai pendapatan sumber asing dan menentang kenaikan denda kompaun yang melampau bagi pelanggaran SOP Covid-19 kepada RM10,000 bagi individu dan RM1 juta bagi syarikat,” katanya. – 12 Mac, 2022.

SALUT 

GHUAN ENG

INI KEJAYAAN

KULIAH PRN JOHOR

AMIN

CAKAP CAKAP

SUSAH NAK FAHAM

DAH TERANTUK

DAH LUKA KEPALA

DAH KOYAK TELINGA

BARU SEDAR

AMIN

KESEDAARAN 

SAMPAI JUGA

WALAU PUN

LAMBAT

AMIN

DAMPAK KEPADA KITA SEMUA

 

UKRAINE

ISU LUAR NEGARA

NAJIB ISU KITA 

AMIN

DUA DUA INI

MEMBERI DAMPAK

KEPADA KITA SEBAGAI

UMAT MANUSIA

KHALAS

Unknown commented on

 "PERANG HARI KE 18"

Sebuk dan menyemak betul dengar cerita perang Ukraine ni. Takda manfaat langsung. Cerita lah pulak tentang kemenangan umno, ini lah kebangkitan sebenar bangsa Melayu. Bagi lah sikit tahniah. Moga2 lepas ni semua pemimpin umno akan dibersihkan dari tuduhan kurap. Ke mana pulang taik, kalau tak ke dalam jamban.

SATU AKIDAH - SATU MATLAMAT

 


BETUL

BUKAN MUDAH

TAPI WAJIB

DIDIRIKAN

AMIN

SATU AKIDAH

SATU MATLAMAT

AMIN

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS




Cekpit Kelima commented on

 "KULIAH POLITIK SELESAI"

Kah kah kah United Front dah berjaya jatuhkan UMNO BN tapi Atokkau yang menjadi punca kebangkitan kembali Najib dan UMNO. Sembang senang bro tapi cuba bagi penyelesaian macam mana Azmin dan Anwar nak berpakat, macam mana PAS, Amanah dan DAP nak semeja. Nak bagi Abahkau ke Anwar jadi PM?



 Ke nak bagi Azmin atau Rafizi pulak? Ke bagi Hj Hadi? Sembang united Front adalah benda paling senang. Perhatikanlah, siapa yang sembang united Front ni sebenarnya poyo dan tak faham realpolitik. Baik duk diam dan terima kekalahan dan saksikan bagaimana Atokkau naikkan kembali Najib dan UMNO. Khalas.

TERIMA KASEH BERI MAKLUMAT

 




TERIMA KASEH

KONGSI MAKLUMAT

AMIN

SELAMAT MENCUBA

RUMBLE.COM

AMIN



Unknown commented on 

"STESEN RT DIHARAM"

Bagi peminat siaran/clip berita RT, anda masih boleh menontonnya di RUMBLE.COM

AWAS MUDA JAGAN DIPERANGKAP OLEH POLITIK TUA

 


AWAS

MUDA JANGAN

DIPERANGKAP

OLEH POLITIK TUA

KHALAS

Unknown commented on

 "TAHNIAH MUDA"

Congrats,MUDA! Gwa nasehat MUDA agar Sering baca blog TT, terutama Komen Komen pembaca, untuk pedoman


Unknown commented on

 "TAHNIAH MUDA"

Parti musuh ketat bro isham terbarai...apa agaknya komen nuar brahim...ni mesti salah tukar tiub ...hahhahhaha


capt salai commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 722"

Gua memang senyum pagi ni tt..tengok parti abg non dpt sebatang scud..haha padan muka

MANA RAFIZI

 




MANA RAFIZI

AMIN

Unknown commented on 

"AWASI MUSUH DALAM SELUAR"

Enche' TT, telah banyak suara mintak gabungan pengbangkang menamakan calon PM untuk PRU15. Tujuan untuk memantapkan gabungan pengbangkang, lebih berfokus dan meyakinkan para pengundi arah tuju pengbangkang bila berjaya menawan Putrajaya.


 Ramai sudah tidak yakin dengan Mat Songel untuk menerajui dan membawa gabungan pengbangkang ke Putrajaya. Tiada tokoh yang yang diyakini KECUALI SDRA. RAFIZI RAMLI. Jadi adalah menjadi tanggungjawab sdra Rafizi Ramli menggalas tugas ini dan jangan ambil masa lama untuk menunsikan tanggungjawab ini. Sdra Mat Songel, lepaskan cengkaman untuk menjadi PM. Demi Malaysia Baru, serahkan kepimpinan gabungan pengbangkang itu kepada sdra Rafizi. RAFIZI RAMLI - PM KE 10 MALAYSIA

SUSU TIN BESAR

 



 SUSUN 

TIN BESAR

AMIN



Unknown commented on 

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Susu besar jangan Hina, dia kerja siang malam besarkan susu, bukan macam setengah spesis dinegaraku ini, asyik sapu hak orang, curi duit rakyat, rompak projek, komisen kiri kanan atas nama agama bangsa negara kah kah black susu ini tak sama jenama, biar susu penuh di dada , jangan susu bayi pun sapu woi Bossku kah kab kab

LEPAS GERAM OKAY - TAPI WAJIB SUSUSN

 


SEKALI

LEPAS GERAM

KIRA  OKAY

AMIN

TAPI WAJIB

SUSUN ATUR

DAN LAWAN 

JANGAN PUTUS

SEMANGAT

KHALAS

Unknown commented on

 "ADA KECOH 

KETIKA MENGUNDI"

Telur penyu untuk semua, padan muka lah engkau orang, bukan saja Johor kalau PRU semua pun akan undi BN, walaupun ratib siang malam pasal Najib, sejak Rosmah tiada di sisi Najib jadi popular, disukai, cakap deras, yang nak lawan Pejuang lah Muda lah semua lingkup, PKR entah ke mana, hanya DAP boleh tahan, maksud simple Melayu suka perasuah perompak pimpin negara, yang bising tauke Judi, tauke nombor tak boleh cari makan kalau Telus, kah kah kah apa pun baik percaya kepada penyamun dari perogol belakang Amin kah kah kah padan muka padan muka nak jadi PM konon, pi mampooosss lah kah kah


STESEN RT DIHARAM

 




STESEN RT

RUSSIA TODAY

TELAH DI HARAM

DI AMERIKA

DAN DI EROPAH

AMIN

YOUTUBE JUGA

MENGHARAMKAN

KLIP  RT

AMIN

Unknown commented on

 "ASKAR NYOROK DI BELAKANG BUNTUT ORANG KAMPUNG"

mohon ulang siar,,, video tidak boleh dilihat di malaysia

PERANG HARI KE 18

 


PERANG UKRAINE

HARI KE 18

AMIN

TENAGA MUDA TENAGA BARU

 



Muda beri tentangan hebat pada PRN Johor

PARTI Muda memberi tentangan hebat dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya negeri (PRN) Johor apabila memenangi kerusi Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114.

Ia jauh lebih baik berbanding Pejuang, parti pimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang hilang deposit di semua kerusi yang ditandinginya.

Pada pilihan raya pertamanya, parti itu bertanding di Puteri Wangsa, Larkin, Parit Raja, Bukit Kepong, Machap, Tenang dan Bukit Permai.

Di Puteri Wangsa, Amira Aisya, setiausaha agung parti itu menang besar dengan 22,884 undi.

Puteri Wangsa mempunyai seramai 112,804 pengundi dan 52,948 keluar mengundi.

Amira pada mulanya ketinggalan di belakang Ketua MCA Tebrau Ng Yew Aik yang akhirnya berjaya memperoleh 15,770 undi.

Dengan kemenangan ini, Muda kini memegang satu kerusi Parlimen di Muar dan satu kerusi DUN Johor.

Calon Perikatan Nasional (PN) Loh Koh Yong pula memperoleh 8,957 undi, Khairil Anwar Razali daripada Pejuang (2,468 undi), calon Parti Bangsa Malaysia Steven Choong (2,471 undi) dan calon Bebas Adzrin Adam yang mendapat 398 undi, hilang deposit.

Begitu juga di Tenang, Lim Wei Jiet daripada Muda yang pada mulanya mendahului tetapi akhirnya dipintas oleh Haslinda Salleh daripada Barisan Nasional (BN).

Tenang adalah kerusi luar bandar yang mempunyai bilangan pengundi besar dalam kalangan peneroka Felda. Ia juga merupakan kubu kuat BN.

Lim berjaya menduduki tempat kedua dengan 3,644 undi, manakala Haslinda menang dengan memperoleh 5,380 undi dan majoriti 1,736 undi.

Menerusi ciapan di Twitter, Lim memohon maaf kerana tidak berjaya memenangi kerusi untuk Muda, tetapi berkata adalah ia satu penghormatan bertanding mewakili parti.

Ahmad Humaizi Uzir daripada PN memperoleh 2,729 undi manakala Mohd Fauzi Bachok daripada Pejuang mendapat 224 undi dan hilang deposit.

Di semua kerusi lain, parti itu memperoleh kurang 20% daripada semua undi.

Di Bukit Kepong yang menyaksikan parti itu menentang bekas menteri besar Johor Sahruddin Jamal (PN), Afiqah Zulkifli daripada Muda ketinggalan jauh di belakang, dengan memperoleh hanya 3,076 (13.79%) undi daripada keseluruhan 9,163 undi.

Bukit Kepong terletak di bawah kerusi DUN Pagoh yang disandang Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Sahruddin menang dengan majoriti tipis sebanyak 710 undi. Ismail Mahamed daripada BN memperoleh 9,163 undi manakala Md Taib Suhut daripada Pejuang mendapat 191 undi dan hilang deposit.

Di Larkin yang bertembung dengan PKR, Muda hanya memperoleh 12.87% atau 4,948 undi daripada keseluruhan 38,433 undi.

Kerusi itu dimenangi calon BN Mohd Hairi Mad Shah yang memperoleh 16,053 undi dengan majoriti 6,178 undi.

Calon PN Zulkifli Bujang mendapat 9,875 undi, Zamil Najwah daripada PKR (6,448 undi), Pejuang (810 undi) dan calon bebas Norramadan Buan memperoleh 299 undi. Pejuang dan calon bebas hilang deposit.

Di Parit Raja, parti itu menentang penyandangnya Nor Rashidah Ramli (BN), dan mengalami kekalahan besar dengan hanya 3,893 undi (18.15%) berbanding Rashidah 10,634 undi.

Menerusi laman Twitter, Fikri mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundinya sambil menyatakan walaupun kehilangan kerusi itu, beliau masih berasa dekat dengan penduduk Parit Raja.

Zulkifli Mat Daud daripada PN mendapat tempat kedua dengan 6,415 undi manakala Lateef Mahrani daripada Pejuang memperoleh 510 undi, hilang depositnya.

Akhir sekali, di Machap, Muda tidak berpeluang menentang Onn Hafiz Ghazi daripada BN yang menang dengan majoriti 6,543 undi, memperoleh 11,029 undi.

Onn Hafiz sebelum ini memegang kerusi DUN Layang-Layang.

Calon Muda, R Sangaran memperoleh 3,493 undi (19.74%), Azlisham Azahar daripada PN (4,486 undi) dan calon Pejuang Sahruddin Md Salleh mendapat 465 undi, hilang deposit. – 13 Mac, 2022.

TENAGA MUDA

TENAGA BARU

AMIN

RAMAI TAK KENAL LOGO PKR

 


85 calon hilang deposit pada PRN Johor

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan cubaan 85 calon menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya itu pulang dengan “tangan kosong” selepas kehilangan deposit. 

Ini termasuk calon tiga parti baharu yang membuat langkah sulung iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mempertaruhkan 42 calon, Parti Bangsa Malaysia (PBM) (empat calon) dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) (seorang calon). 

Parti Warisan yang melebarkan sayapnya di Semenanjung dengan meletakkan enam calon selain Parti Sosialis Malaysia yang bertanding satu kerusi turut menerima nasib sama.

Selain itu, tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Semarang, Tenggeroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat dan Benut turut kehilangan deposit setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira. 

Manakala masing-masing empat calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di Yong Peng, Layang-Layang, Mengkibol dan Paloh dan Pakatan Harapan (PH) di Endau, Panti, Sedeli dan Penawar turut menerima nasib sama. 

Bagi kesemua 16 calon Bebas yang bertanding di 12 DUN, hanya Zahari Osman yang berhadapan pertandingan empat penjuru di DUN Penggaram memperoleh undi tertinggi berbanding calon Bebas lain iaitu sebanyak 2,190 undi. – Bernama, 13 Mac, 2022.

RAMAI

PENGUDI TAK

KENAL LOGO

PKR

KAH KAH KAH

PASAI ITU

DAPAT BANYAK

TELOOO PENYU

KAH KAH KAH

KULIAH POLITIK SELESAI

 



PRN Johor: Yang menang, yang tersungkur

BARISAN Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menyapu 40 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri melalui penyertaan pengundi yang rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh malam tadi mengumumkan 1,426,573 orang atau 54.92% daripada pengundi berdaftar di Johor keluar mengundi, termasuk pengundi awal dan pengundi pos.

Jumlah itu hampir menyamai jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi rendah dalam konteks jumlah pengundi berdaftar hampir 2.6 juta orang, susulan penambahan hampir 780,000 pengundi baharu.

Dengan jumlah pengundi yang rendah, sukar untuk dirumuskan sama ada pengundi Johor sudah bersuara atau mereka sebenarnya jelak dengan politik sehingga tidak mahu mengundi.

Sentimen itu memberikan mandat yang jelas yang diperlukan BN, yang menjadi alasan pilihan raya semalam diadakan lebih awal daripada tempoh mandat sehingga pertengahan tahun depan.

The Malaysian Insight meninjau makna keputusan PRN Johor semalam iaitu PRN yang keempat sejak PRU 2018 – selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.


 PELAJARAN

YANG PALING 

BAIK IALAH

MENGALAMI

SENDIRI

AMIN

BILA DAH KALAH

BARU SEDAR 

AMIN

LAMBAT

TAPI OKAY

AMIN

PERLU DIDIRIKAN 

UNITIED FRONT

YANG BARU

AMIN


ZIONIS AJAK BINCANG DI NEGARA ZIONIS

 



ZIONIS ZALENSKY

AJAK PUTIN BINCANG

DI ZIONIS  ISREAL

KHALAS