Isnin, 14 Mac 2022

DARURAT CUACA MENAKUTKAN - TAPI WAJIB DILIHAT DAN DENGAR

 


DARURAT CUACA

AMIN

MENAKUTKAN

TAPI WAJIB DILIHAT

DAN DIDENGAR

KHALAS

LANGKAH BIJAK AL-KETATI

 



Khairuddin umum keluar PAS

AHLI Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali umum keluar PAS berkuat kuasa hari ini.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di bangunan Parlimen selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di Parlimen jam 2.30 petang tadi.

“Saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Khairuddin, 49, menyertai PAS pada 1989. Umurnya ketika itu 16 tahun.

Bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin itu berkata, beliau akan jadi ahli parlimen bebas di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau akan memenuhi janji kepada parti yang dibuat semasa menyertai pilihan raya.

“Saya akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen pada waktu berbaki sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai memenuhi bai’ah yang dibuat ketika bertanding pilihan raya,” katanya.

Khairuddin juga berkata, sebagai Muslim beliau akan terus berpegang dan memperjuangkan segala yang dipegang dan diperjuangkan oleh PAS.

Ditanya pemberita mengenai alasan tindakannya keluar parti, Khairuddin berkata: “Sukar untuk dijawab.”

“Saya sayangkan PAS. Saya ‘kekal PAS’ insya-Allah tetapi bukan sebagai ahli organisasi kekal, tetapi kekal dengan matlamat perjuangan dasar dan tujuan insya-Allah,” katanya.

Khairuddin mengumumkan langkah keluar parti hanya beberapa jam selepas mengkritik PAS yang didakwanya sudah membuang budaya politik matang “jauh ke dalam Laut China Selatan”.

Beliau menegur sikap kepimpinan parti yang katanya mengamalkan budaya penafian dan menyembunyi masalah, yang jika dibiarkan boleh membunuh masa depan PAS.

“Walak dan ketaatan tidak seharusnya mematikan muhasabah dan kritikan. Kritikan bukannya penderhakaan terhadap walak.

“Kritikan terbuka perlu diterima di saat teguran dalaman menerusi mesyuarat tertutup tidak lagi diendahkan bahkan dibocorkan kepada awam sehingga menimbulkan fitnah kepada orang yang menegur,” katanya dalam satu tulisan di Facebook pagi tadi.

Tindakan Khairuddin keluar PAS adalah kemuncak daripada episod pertembungannya dengan parti sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan kebelakangan.

Khairuddin kalah pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat pada muktamar parti awal November 2021. Beliau kemudian dilantik ke jawatankuasa itu bersama beberapa tokoh lain yang juga kalah, antaranya Nik Mohamad Abduh Nik Abdullah.

Tetapi tidak sampai sebulan Khairuddin dilucutkan jawatan itu. Alasan penggugurannya tidak pernah disebut secara jelas namun Takiyuddin menafikan ada kaitan dengan isu kerjasama PAS dengan Umno atau Bersatu.

Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang lantang menyuarakan pandangan tentang perlunya parti Islam itu mempertahankan kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

Lebih kurang sebulan selepas pengguguran itu, Khairuddin digugurkan pula daripada jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan tindakan itu atas alasan masalah disiplin. Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi kerana didakwa melanggar perlembagaan parti tetapi selesai apabila Khairuddin sendiri kemudian mengumumkan letak jawatan. 

Khairuddin mula bertanding pilihan raya mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum 2013, menang kerusi Parlimen Kuala Nerus. Beliau menang dengan majoriti kecil 610 dan seterusnya mengekalkan kerusi itu pada 2018 dengan majoriti lebih besar 8,447 undi. – 14 Mac, 2022.

WAL AUDI AL-KETATI

AMBIL LANGKAH

TEPAT LAGI BIJAK

AMIN

SOSOK BERANI

SOSOK JUJUR

SOSOK PENCARI

YANG KETAT 

LAGI SENDAT

KAH KAH KAH

UNTUK DILIPAT

SAMBIL DIPASAK

KAH KAH KAH

MINTA TOLONG

 



 BRO

MINTA TOLONG

AMIN

MUKA BETTY PUN

TAK PERNAH LIHAT

AMIN

LU ADA JALAN

LU ADA KENAL 

GUAN ENG

LU MINTA DIA ULUR

PADA GUA

AMIN

GUA MINTA

UPAH MENAIP

KHALAS

AktaHasutan1948 commented on

 "KULIAH PRN JOHOR BERJAYA"

ok la sham.. ada hikmah BN menang... Allah bagi kau rezeki duit masuk dari Ghuan Eng dan isterinya Betty yang sama2 perasuah cuci duit haram laki bini bayar kau menaip pengaruh bdk2 IPTA subsidi tak sedor diri ni undi DAP ngn MUDA... amin amin amin... khalas... 

maklumla.. kau tu apa pun tak reti... nak bawak grab... malu... ini yang pengerusi PH dulu cakap Melayu malas ni... kau la tu.. publish sikit komen saya ni sham... takkan dah tua makin lembik kot... kata men-no-pause.. wakakakakakkakakakkaka btw.. lama tak masuk jenguk blog kau sham... sejak2 da pencen layan politik ni sejak bos kau jadi Menteri Kewangan... kah kah kah..


SABRI DAN ZAHID - ADA APA ?

 



Ismail tepis gesaan 

kumpulan kecil 

penyokong untuk

 bubarkan Parlimen

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan diadakan apabila pelbagai aspek dan pihak berkaitan sudah bersedia, di mana beliau dilihat menepis desakan penyokong Barisan Nasional (BN) supaya Parlimen dibubarkan susulan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

“Sedia atau tidak, biar kepimpinan parti yang tentukan. Banyak lagi perkara yang perlu dilihat. Setiap keputusan akan dibincangkan dalam parti. Tidak boleh ada satu kumpulan kecil yang mahukan PRU, maka kita buat. Ini (PRU) perkara besar, kena dibincangkan.

“Selain itu, ada prosedurnya. Saya kena menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan, dan kalau diperkenankan maka bolehlah (pilihan raya) diadakan. Jadi tunggu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita di Bera, Pahang hari ini.

Ismail merujuk gesaan penyokong gabungan itu semalam yang melaung “bubar Parlimen” sejurus kemenangan BN diumumkan semalam.

Gabungan itu memenangi 40 kerusi dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia merupakan kemenangan kedua BN pada PRN selepas Melaka dan dilihat sebagai sebahagian daripada usaha bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas timbalannya Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkukuhkan kedudukan Umno menjelang PRU15.

Berhubung memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatanganinya bersama Pakatan Harapan bagi meredakan suhu politik September lepas, Ismail berkata masih terlalu awal untuk beliau menyatakan “masa depan” perjanjian itu yang akan tamat pada 31 Julai ini.



BERITA INI

JELAS

AMIN

ZAHID 47 NAK

PRU 15

SEKARANG

AMIN

SABRI 114  TIDAK

MAHU LAYAN

AMIN

KLUSTER

MAHKAMAH

DAN KLUSTER

PENJARA MAHU

PRU15 SEKARANG

KHALAS

GEROMBOLAN

SEDNAG GADUH

KITA LIHAT DULU

APA AKAN  JADI

AMIN

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA

 




PM perlu runding PN untuk bubar Parlimen, kata Muhyiddin

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu berunding dengan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum boleh memutuskan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan naib presiden Umno itu hari ini didukung majoriti yang datangnya daripada ahli Parlimen mewakili PN.

“Bilangan kita (ahli Parlimen) 72, (sedangkan ahli Parlimen) Umno hanya mempunyai 42 orang, kalau ikut kedudukan itu untuk wujudkan situasi stabil, supaya politik negara tak berhadapan isu lain, masalah Covid-19 itu yang dipersetujukan, tetapi saya nak sebut persetujuan atas dasar beberpa perkara antara PN yang disepakati dengan perdana menteri.

“Satu perkara dipersetujui bila mana perdana menteri nak buat keputusan bubar Parlimen atau (mendapatkan) perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bubar (Parlimen) beliau hendaklah runding dan berbincang dengan pimpinan tertinggi PN.

“Itu perkara yang kita persetujui,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika sidang media malam tadi selepas keputusan PRN Johor diumumkan.

Muhyiddin bagaimanapun berharap perdana menteri menimbang semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan membubarkan Parlimen.

“Apa pun dari sudut kita, kita harap apa yang penting dalam situasi yang masih belum selesai, proses pemulihan ekonomi baru bermula, masalah Covid-19, Omicron masih mencacak besar, perkara ini perlu diambil kira.

“Apa pun kita nak perdana menteri berbincang dengan kita dan harap ini dilakukan sebelum apa-apa perkara dibuat untuk perkara itu (bubar Parlimen),” kata Muhyiddin.

Perkara berkaitan pembubaran Parlimen timbul apabila Barisan Nasional (BN) menang besar di PRN Johor yang berlangsung hari ini. 

Gabungan itu menang dua pertiga majoriti daripada 56 DUN Johor. BN menang keseluruhan 40 kerusi termasuk tiga daripada MCA dan empat MIC. Umno menang 33 kerusi.

PN pula sekadar berpuas hati menang tiga kerusi – Endau, Bukit Kepong dan Maharani.

PN juga hilang kerusi Gambir, kawasan yang disandang Muhyiddin sebelum ini, namun beliau tidak mempertahankannya dalam PRN ini.

Ditanya berkenaan kedudukannya sebagai pengerusi PN, Muhyiddin sedia menyerahkan kepada komponen untuk menentukan perkara itu. 

“Saya bersedia bila-bila masa kalau ahli parti buat keputusan begitu. Kedudukan saya persetujuan daripada rakan pimpinan dalam PN, kalau nak tukar-tukarlah, saya terima, kita amalkan sistem demokrasi, hak nak tentu bukan saya tapi pimpinan dalam komponen PN,” kata Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, walaupun sekadar menang di tiga kawasan itu merupakan petanda PN diterima pengundi di Johor.

“Bermakna kempen yang kita laksanakan dalam tempoh PRN telah menarik perhatian rakyat Johor tapi tak dapat cukup bilangan untuk membuat perubahan. 

“Ini satu petanda kita diterima tapi tak sebesar kita harapkan dan perjuangan kita ini tak terbatas walaupun keputusan yang secara umumnya tak memihak kepada PN,” katanya. – 13 Mac, 2022.

 

WOIT

JANGAN LUPA 

SYARATTON

KAH KAH KAH

SABRI DI TEKAN

KLUSTER PENJARA

KLUSTER

AMIN

SOKONG SABRI

SELAMAT NEGARA

DARI PENCURI

AMIN

BERSATU HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

PERLU BIJAK MENAPIS BERITA MEDIA BARAT

 



PERLU BIJAK

MENAPIS BERITA

MEDIA BARAT

KHALAS



Yeop sepet commented on

 "APA KATA BEKAS 

GENERAL TENTERA"

Cipap punyer block barat,depa sekat channel RT kt utube,gua dah xleh dgr berita tulin pasei ukraine.kita hanya akan disuap dgn fakenews wag the dog style


HENTIKAN GILA NAK JADI PM

 




HENTIKAN GILA

NAK JADI PM

AMIN

Unknown commented on

 "KULIAH POLITIK PRN JOHOR"

Betul kata Isham barisan bersatu adalah formula kejayaan tewas pihak lawan. Tapi contoh2 yang Isham paparkan semua ada babak kedua, iaitu, apa terjadi kepada barisan bersatu selepas menewaskan pihak lawan?


 Kita tahu dari sejarah, lepas pihak lawan ditewas, Amrika+British mula bermusuh dengan USSR/Rusia. Di China, komunis dan kuomintang mula berperang. Di PRU14 Msia, yang gila nak jadi perdana menteri mula sabotaj dan jatuhkan kerajaan sekutu sendiri. Bagaimana nak elakkan barisan bersatu daripada berpecah selepas pihak lawan ditewas? Isham ada pencerahan?

MATLAMAT SEKARANG BUKAN SAPA NAK JADI PM



MATLAMAT 

SEKARANG

BUKAN SAPA 

NAK JADI PM

AMIAN

TAPI SELAMATKAN

MALAYSIA 

DARI PENCURI

KHALAS

Unknown commented on 

"EGO DAN BEBAL"

Presidennya Anwar Ibrahim berkata keputusan itu ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.kah kah kah bebal bebal semua nak jadi PM, hancur hancur hancur belaka, pertama sekali pilih Atuk jadi PM patut bagi wan azizah he, kah kah tapi dia tahu AI ini Jeni's sondol belakang Amin kah kah

PERANG MUNGKIN MEREBAK - RUSIA BERI AMARAN

 


RUSIA BERI 

AMARAN

AMIN

PERANG MUNGKIN

MEREBAK

KHALAS

PARTI TAK BEBAL YANG BEBAL POLITIKUS

 



PARTI POLITIK

TAK BEBAL

AMIN

YANG BEBAL

PEMIMPIN  PARTI

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "EGO DAN BEBAL"

PH PN semacam bebal ..bebal nye di tahap tak masok akal ..tahap Gaban. Oghang Jolobu kato bobal "di buek kek oghang" ..macam di bangangkan ..macam UMNO guno bomoh untuk bodohkan dan pocah-pochahkan lawan moreko ..tak cayo lu cobak rujuk cerita Mona Fendi ..atau tanye je Laki Najib. 



Apa pun harapan PH PN masih kuat pada PRU nanti. Di Johor yg ngundi hanya lebey sikit 50% dan BN dapat 40 kerusi ..tolak- campur UMNO hanyo dapek 38% undi jo ..nampak. Kalau lah PH PN dapek buang sial yang torlokek kek badan mereko, jadi corodik sikit ..kompom BN akan longit ..cayo lah cakap den ..


SELAMAT BERCUTI DI JELEBU

 



 SELAMAT BERCUTI

DI JELEBU

AMIN

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 721"

Pada Hari 731 Khalwat, aku ke pekan TT, Kuala Klawang breakfast Nasi Lemak di Restoran Jelebu, Jalan Dato Moyang Salleh. Kali kedua aku kesini. Makanan nya sedap, pelbagai dan enjoy. aging mantap Ada Live 4 piece band. Kalah Kl jam sebegini tak ada busking pun. Mantap KK. Aku pas ni Nak melawat old memory, KEM KONGKOI.


 Aku tak I gathered di mana tapi dah Tanya pada pembantu kedai dan Dia tunjukkan. Kem ini Ada forward base several aku masuk semoadan Pahang menentang komunis dulu sekitar tahun 1986. Sekarang KK sending Aman damai dan stands. Tapi sepanjang Japan aku lihat banyak tank runtuh sepanjang jalan dari Sememyih ke KK. Kerajaan negeri do something, jangan jadi Ampang.


ANWAR KIT SIANG GUANG ENG WAJIB BERSARA

 

ANWAR KIT SING

& GUAN ENG

WAJIB BERSARA

AMIN

Unknown commented on 

"KULIAH PRN JOHOR BERJAYA"

Sudahla Guan Eng jangan talk kok! Rakyat Malaysia tahu masalah dengan Pakatan Harapan ialah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Kalau Pakatan Harapan nak beri harapan kepada rakyat, suruh mamat 3 Old Stooges tu bersara, undur, bagi yang muda ambilalih dan pimpin parti.

DALAM NEGARA KAPIR LAKNAT

 


DALAM NEGARA

KAPIR LAKNAT

YG MAKAN BABI

MINUM ARAK

TAK CAYA TUHAN

MASIH ADA  SUARA

LANTANG YB JUJUR

AMIN

DALAM  

NEGARA ISLAM

YANG  HANTUK

KEPALA PADA

 BATU ITAM

SUSAH NAK

CARI YB JUJUR

AMIN

SEMUA MENCURI

MENYAMUN &

TAK TINGGAL

SEMBAHYANG

KHALAS

KULIAH POLITIK PRN JOHOR

 


KULIAH POLITIK PRN JOHOR



Bila saya menulis tulisan ini warga Johor sedang turun mengundi. Kebelakangan – sebelum hari mengundi – dari beberapa  laporan portal media yang saya baca semua pemerhati politik telah meramalkan yang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan menang dalam PRN Johor.

Saya membuat beberapa panggilan telefon dengan kawan yang bersarang di Johor dan juga aktivis  dari PKR yang turun naik ke Johor. Mereka semua memberi pandangan selain dari kempen yang dingin mereka juga berpendapat :  Gerombolan United Malays National Organisation akan menang.

Kemenangan besar atau kemenangan kecil. Ini saja persoalan.

Saya yang berkhalwat di rumah  dan tidak menziarah Johor menerima pandangan mereka sebagai ayat suci. Malah ini semua memperkuatkan lagi keyakinan  pandangan saya. PRN Johor memperkeraskan lagi sikap dan pandangan saya  bahawa selepas  kalah di PRN Melaka  Pakatan Harapan akan bungkus sekali lagi di Johor.

Terbungkusnya Pakatan Rakyat selain dari masalah yang ditimbulkan oleh  Anwar Ibrahim ada lagi hukum dan syarat politik yang akan menjamin kekalahan Pakatan Harapan dan parti pembangkang.

Hukum dan syarat politik ini adalah induk kepada permasalahan  yang sedang dihadapi oleh Pakatan Harapan. Permasalahan   ini juga  dihadapi oleh semua parti politik yang cuba mengalahkan  United Malays National Organisation. 

Induk kepada hukum dan syarat politik ini ialah kegagalan Pakatan Harapan menggalang satu perserikatan baru. Saya telah menulis betapa perlunya  didirikan satu perserikatan  baru -  satu United Front – Barisan Bersatu wajib  diwujudkan. 

Mendirikan Barisan Baru adalah sine qua non.

Sine qua non – ini bahasa Latin yang  sering digunakan  dalam istilah budaya politik yang memberi makna : tanpa ianya semua tidak mungkin.

Tulisan kali ini saya ingin memperkaki, memperinci dan memilimeter   ciri dan pola – taktik dan stratiji Barisan Bersatu yang sedang saya ajukan. 

Paling utama ialah apa tujuan. Siapa musuh.

Kenali diri kamu
Kenali musuh kamu
Seratus pertempuran
Seratus kemenangan 
Kata kata dari Sun Tzu dalam stratiji  Seni Perang.

Untuk memahami teori United Front – Barisan  Bersatu mari kita kembali melihat sejarah Eropah dan Perang Dunia Ke Dua. Ini contoh klasik untuk memahami teori dan praktik  Barisan Bersatu. 

Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia jelas menentang  sistem feudal monarki. Revolusi Amerika pada 1765 – tidak anti monarki tapi anti kolonial.  Manakala United Kingdom adalah sarang monarki yang kukuh di Eropah.  

Bolshevik mengajukan sistem ekonomi sosialis dengan perancangan terpusat. Manakala United Kingdom di Eropah dan Amerika mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Sosialis mengutamakan kesejahteraan ramai. Kapitalis mengutamakan keuntungan modal. Dua sistem ekonomi yang terus bertelagah hingga ke hari ini.


Tup tup tahun 1933 Abdul Hitler oops... silap Aldolf Hitler naik takhta. Hitler dilantik untuk menjadi  Canselor atau Perdana Menteri  German. Bala muncul.

Adolf Hilter bersama  Moussolini mengajukan  fasisma. Fasis membawa  pandangan keras nasionalis kanan dengan sikap kerajaan dan daulah yang  mengamalkan  politik kuku besi. Hanya satu parti menyusun negara tanpa soal jawab -  tanpa pembangkang. Jika ada pembangkang  mereka  akan dibunuh mati atau di penjara. 

Fasisma dengan satu tujuan mutlak untuk mencapai keuntunagn maksima kepada kaum pemodal.

Fasisma jelas berlawanan dengan sosialisma.  Fasisma juga berlawan dengan kapitalisma yang mengajukan hak kebebasan  kaum pemodal tanpa diganggu gugat  oleh daulah.

Kapitalisma dan fasisma bertentangan di Eropah. Ini membawa perang di Eropah. Di Asia Jepun mendirikan rejim tentera  dengan ideologi fasis.   Eropah di bawah Adolf Hitler (1889-1945) dan Itali dibawah  Benito Mussolini (1883-1945). Manakala Asia di bawah Hideki Tojo (1884-1948). Justeru German, Itali dan Jepun bersekutu untuk menjajah dunia dengan ideologi fasisma.

Perang  Dunia Ke Dua pecah pada 1 September 1939.

Sebelum Perang Dunia Kedua meledak – Russia pengamal sistem ekonomi sosialis menjadi musuh utama kepada Amerika dan United Kingdom. Dua kuasa Anglo-Amerika ini menjadi kubu kuat kuasa kapitalis dan imperialis. Ketika ini United Kingdom sedang  menjajah lebih dari 30 buah negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika.

Dalam Perang Dunia Ke Dua German di  bawah  Hitler  menyerang  kedua-dua sistem ekonomi  – kapitalis dan sosialis.  Hitler dengan nasionalisma kanan yang keras sedang  mengajukan sistem ekonomi fasis  yang mengancam sistem kapitalis dan sosialis.

Secara bijak , diatur dan dibincangkan cara  taktik terbaik untuk mengalahkan ideologi fasis. Maka  Winston Churchill (1874-1965) Perdana Menteri  United Kingdom bersama dengan Presiden Amerika Franklin Roosevelt ( 1862 -1845) telah mempelawa   Pemimpin Parti Komunis  Rusia Joseph Stalin (1878-1953)  untuk berunding duduk semeja.

Agenda The Big Three – Tiga Orang Kuat – ini ialah mencari jalan untuk menyelamatkan umat manusia dari malapetaka fasisma.

Akhirnya ketika sosok yang satu ketika dahulu bermusuhan kini bersatu  dan bersetuju untuk mendirikan Barisan Bersatu – United Front.

Mereka mengetepikan perbezaan  untuk menghadapi musuh utama mereka: Adolf  Hitler. Hitler wajib dikalahkan begitu juga  Mussolini dan Tojo.

Sejarah membuktikan keabsahan  teori dan praktik United Front. Fasisma di kalahkan dalam Perang Dunia Ke Dua kerana hasil dari  penggalangan Barisan Bersatu  ketenteraan  dari Amerika, United Kingdom dan Rusia.

Dalam masa yang sama kita lihat di Tanah Besar China  perang dalaman sedang berjalan. Parti Komunis China di bawah Mao Zedong (1893-1976) sedang  bergerila  melawan kerajaan Koumintang Cheng Kai-shek (1887-1975). Gerila Parti  komunis sedang berperang dengan askar  kapitalis Cheng-Kai-Shek.

Pada tahun 1931 Jepun melanggar China dan menawan Manchuria. Pada tahun 1937 Jepun terus mara  ke selatan dan menawan banyak wilayah China. Jepun masuk menyerang China ketika Mao dan Cheng Kai-shek sedang  berperang.

Apa dua pemimpin China ini lakukan untuk menyelamatkan negara mereka dari dilanggar oleh Jepun?

Mao Zedong dan Cheng-Kai-Shek bertemu berbincang adan bersepakat untuk mendirikan United Front – Barisan Bersatu. Perang saudara dihentikan. Mereka menggembling tenaga  dengan satu tujuan untuk menyelamatkan tanah air dari  musuh luar i.e Fasis Jepun.

Terbukti teori dan praktik United Front membawa kejayaan. Hitler dikalahkan di Eropah. Jepun dikalahi di Tanah Besar China.

Ada sejarah United Front  yang lebih dekat dengan kita. Ini juga berlaku ketika Perang Dunia Ke Dua di Tanah Melayu.

Sebelum Jepun melanggar Tanah Melayu – negara kita  adalah  tanah jajahan Inggeris. Rakyat ketika itu berjuang menentang penjajah Inggeris. Perjuangan  menentang kolonial Inggeris di pimpin oleh  pelbagai parti politik dari garis Nasionalis, Islamik dan Sosialis.

Kuasa kolonial Inggeris mengangap semua parti-parti ini sebagai musuh – terutama Parti Komunis Malaya (PKM). Inggeris menangkap para pemimpin gerakan menentang penjajah ini.

Askar Fasis Jepun mendarat di Kota Baru pada 8 Disember 1941. Tanah Melayu disedut dalam kancah Perang Dunia Ke Dua.

Apa terjadi dengan Inggeris? Apa terjadi dengan gerakan anti-kolonial Inggeris ? Apa terjadi dengan PKM?

Di Tanah Melayu dirikan United Front – Barisan Bersatu. Jangan terperanjat Parti Komunis Malaya duduk semaja dengan kuasa kolonial Inggeris. Mereka merancang stratiji terbaik untuk melawan Fasis Jepun.
Inggeris membekalkan  senjata – di payung terjunkan ke.dalam hutan  untuk gerila PKM.  PKM menyusun kaum nasionalis yang anti fasis untuk mengangkat senjata melawan Jepun.  

Ini sejarah United Front di Tanah Melayu. Penjajah  Inggeris yang memberi senjata kepada gerila Parti Komunis. Seteru lama kini berkawan melawan musuh yang satu. Malah Rashid Mydin pemimpin besar PKM telah  mendapat anugerah  dari Baginda Queen sesudah perang tamat.

Apakah masih tidak yakin dengan teori dan praktik United Front ?

Saya  menulis bahagian akhir tulisan ini pada pagi Ahad 13 Mac 2022  Kuliah Politik Johor baru selesai. Dari laporan portal berita United Malays National Organisation menang dengan cemerlang.


Sebelum saya menonjol kan siapa musuh Barisan Bersatu kita biar saya buka kitab  sejarah. Babak  dalam kitab sejarah ini mungkin ramai yang terlupa. Biar saya buka dan paparkan sebagai upaya saya untuk melawan lupa.

Mari kita lihat  bagaimana  Datuk Nenek moyang kita walau  pun memberi pelajaran – bersatu teguh bercerai roboh  tapi mereka sendiri telah tidak mengamalkan 
pelajaran itu sendiri.

 Apabila  Melaka jatuh ke tangan  Portugis pada tahun 1511 -  Kerajaan Melayu Melaka  telah berundur ke  Johor. 

Sultan Mahmud Shah dari Johor telah  berkali kali cuba mengambil alih Melaka. Pada tahun 1523 Melaka di kepong selama setahun.  Sepatutnya Portugis tewas.  Hakikatnya Portugis gagal dikalahkan.

Pada tahun 1568  Sultan Alauddin dari Acheh telah juga menyerang Portugis di Melaka dalam usaha untuk mengambil kota Melaka. Hasilnya  Acheh tewas. 

Dari mana kekuatan Portugis – Benggali Putih yang beribu batu jauhnya dari tanah air mereka dapat mengalahkan  anak watan Nusantara yang mengepong mereka.

Sejarah merakamkan bahawa Acheh dan Johor tidak berjaya bersepakat. Malah ketika Portugis  di kepung  oleh  tentera  Acheh  dan hampir tewas -  pasukan tentera Sultan  Johor telah datang membantu Kepala  Tentera Portugis  Dom Leonis  Pereira.  Acheh tewas. Portugis terus menjajah kota Melaka.

Bayangkan jika teori United Front   digunakan oleh Acheh dan Johor – dua bala tentera ini bersatu melawan musuh yang sama  - jawabnya anak watan Nusantara pasti menang melawan penjajah  Eropah. 

 Disini Portugis  yang licik  telah menjalankan dasar Pecah Perintah. Memecahkan setia kawan anak watan. Gaduhkan Acheh dengan Johor.  Pecah dan Perintah adalah  teori yang berlawanan dengan teori dan praktik Barisan Bersatu. Di pecah-pecahkan untuk di kalahkan.
Kuliah Politik PRN Johor telah membuktikan parti pembangkang dari semua parti  telah menjadi Acheh dan Johor. Mereka  bergaduh sesama sendiri merebut kerusi Adun. Yang menang ialah United Malays National Organisation – parti   jelmaan penjajah Inggeris.

Kekalahan di Johor ini untuk saya  wajib dijadikan kuliah politik yang penting  untuk semua pemimpin parti politik.  Kuliah ini memberi pengajaran untuk semua parti politik ini betapa wajibnya   mendirikan satu Barisan Bersatu yang baru.

Mendirikan United Front Baru atau Barisan Bersatu ini telah menjadi sine qua non.

Siapa musuh dan apa tujuan Barisan Bersatu ini ?

 Sebelum saya memilimiterkan siapa  musuh dan apa tujuan perlu saya ingatkan kembali bahawa kemenangan PRU14 adalah hasil menggunakan  teori United Front  atau Barisan Bersatu.

Pada 4 Mac 2016 adalah hari bersejarah. Pada hari Jumaat ini   Deklarasi Rakyat (DK) di bentuk. Gerakan ini mewujudkan  penggalangan United Front  dalam politik moden Malaysia. DK  melahirkan perserikatan   Pakatan Harapan yang  membawa  kemenangan rakyat pada  10 Mei 2018.

United Front baru yang saya ajukan ini  memiliki satu musuh dan satu tujuan.

Musuh Barisan Bersatu ialah  Kluster Mahkamah

Tujuan menggalang Barisan Bersatu ini ialah untuk menghalang  pencuri dari kembali berkuasa.

Asas United Front ini cukup mudah. Parti politik , badan NGO dan NGI – semua boleh masuk bersama  ke dalam khemah besar ini. Dengan hanya satu syarat bahawa mereka tidak terlibat dalam genocide – pembunuhan beramai-ramai.

Genocide kita jadikan tangga rujuk untuk menilai sosok dan parti politik yang akan bersama menyelamatkan Malaysia  dari pencuri.

Ini bermakna  United Front ini adalah  khemah besar  yang menerima sesiapa saja yang sedia bersatu di bawah satu payung. Berjuang  bersetia berkawan untuk menghalang pencuri kembali berkuasa. Amin.

NOTA KAKI:
Wajib disedari Barisan Nasional yang dipimpin oleh United Malays National Organisation juga adalah hasil dari teori United Front – Barisan Bersatu.

Satelah Parti  United Malays National  Organisation ini  kalah dalam PRU3 pada  tahun 1969 – sosok-sosok kiri  yang menjadi penasihat Perdana Menteri Tun Razak seperti Abdullah Majid ( 1926- 2010) Wahab Majid (1929-2010), Dominic Puthucheary (1934 - ) dan James Puthucheary ( (1922-2000) telah mencadangkan kepada Tun Razak untuk mendirikan  Barisan Nasional mengganti Perikatan dalam  PRU4 tahun 1i974. Menjemput Parti Islam, PPP dan Gerakan dalam khemah Barisan Nasional .  Yang lainnya jadi  sejarah. Amin (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM