Rabu, 16 Mac 2022

LEPAS INI KITA BOLEH HANTAR SENJATA PADA GERILA PALESTIN

 



EROPAH HANTAR

SENJATA KE UKRAINE

KERANA DISERANG

OLEH RUSIA

AMIN

LEPAS INI KITA JUGA

BOLEH HANTAR 

SENJATA

PADA GERILA

 PALESTIN

YANG KENA SERANG

OELH ZIONIS ISRAEL

KHALAS

NAJIB DI ZALIMI ?


Mahkamah tolak permohonan Najib masukkan bukti baharu dalam rayuan SRC

MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam kes rayuan rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata permohonan untuk memasukkan bukti tambahan tidak memenuhi kehendak undang-undang.

“Kami mendapati permohonan ini tidak mematuhi kehendak undang-undang. Tidak ada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu,” perintah Tengku Maimun.

Keputusan adalah hasil sebulat suara panel lima hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah Rayuan tahun lepas mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 untuk mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta yang memasuki akaun peribadinya. 

Mahkamah rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu yang diikat jamin mahu mengemukakan bukti baharu daripada Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan Pegawai Penyiasat SRC International Rosli Hussein atau pihak lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada Disember tahun lepas mahkamah rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu dengan mengatakan ia “tidak perlu”.

Bagaimanapun Najib dalam permohonan terbarunya berkata semua isu yang dibangkitkan di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan belum ditentukan sepenuhnya dan ia adalah demi kepentingan keadilan beliau memperoleh perbicaraan yang adil dengan mengemukakan semua bukti.

Beliau berkata SPRM pada 19 November 2019 mengesahkan RM65 juta dana berkaitan 1MDB diperoleh daripada Cutting Edge Industries, sebuah syarikat di Singapura yang dikawal oleh Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan rakan perniagaannya Samuel Goh.

Dilaporkan awal tahun ini sebuah lagi syarikat berpangkalan di Singapura Iron Rhapsody milik Tawfiq dan anaknya menerima sejumlah RM66 juta daripada syarikat dan akaun bank yang dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Polis Singapura juga dilaporkan sudah memaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016 mengenai transaksi mencurigakan ini melibatkan syarikat milik Tawfiq dengan dana datang daripada akaun yang dikaitkan dengan Low. Zeti merupakan gabenor BNM ketika itu. – 16 Mac, 2022.


NAJIB 

DI ZALIMIMI ?

KAH KAH KAH

SEMUA KERENAH

NAJIB DIIKUTI

AMIN

SEMAU KERENAH

EEE SHAFIEE

DIIKUTI

KAH KAH KAH

MACAM MACAM

TRIK  DIBUAT

NAK LAMBATKAN

MASUK JIL

AMIN

MASANYA LEWAT

 DAH NAK 

MASUK 3 TAHUN

PENCURI INI

MASIH BEBAS

AMIN

SAMPAI MASA

DIHANTAR NAJIB

SEGERA KE JIL

KHALAS

AMIN

BERI PENCURI

REHAT BIAR

NAJIB RANCANG

ROMPAKAN BARU

KAH KAH KAH

ATAU BIAR NAJIB

TUNGGU GENG

DATNG JOIN

NAK BUAT TIM

NET BALL

KAH KAH KAH

NAJIB LEBIH HEBAT DARI TRUMP

 



Najib terima 

RM3.2 bilion 

hasil penyelewengan 

dana 1MDB, 

kata agen FBI

Agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata bekas perdana menteri Najib Razak menerima AS$756 juta (kira-kira RM3.2 bilion) daripada jumlah AS$6.5 bilion hasil jualan bon yang diaturkan Goldman Sachs, ketika memberi keterangan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dalam perbicaraan kes rasuah Roger Ng.

Eric Van Dorn turut menamakan beberapa individu lain yang menerima wang itu, termasuk ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang menerima AS$1.42 bilion, bekas pengarah urusan International Petroleum Investmen Company (IPIC) di Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi yang menerima AS$472.8 juta, bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner (AS$73.4 juta) dan anak tiri Najib, Riza Aziz (AS$238 juta).

Dalam pada itu, Van Dorn turut mengatakan Ng mengambil AS$35.1 juta hasil dua dari tiga transaksi bon tersebut.

Beliau juga berkata, mereka adalah antara 16 individu yang dikenal pasti sepanjang siasatannya menjejaki dana 1MDB yang lesap.

Ng yang merupakan bekas eksekutif Goldman Sachs didakwa menerima jutaan dolar dalam bentuk suapan bagi membantu penyelewengan dana dari 1MDB.

Beliau memohon dibicarakan bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti rasuah.

Pertuduhan tersebut adalah hasil siasatan terhadap salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah, di mana pendakwa raya AS berkata AS$4.5 bilion dari AS$6.5 bilion hasil jualan bon oleh Goldman bagi 1MDB diselewengkan pegawai kerajaan dan bank serta rakan subahat mereka melalui rasuah dan suapan.

Najib yang merupakan ahli Parlimen Pekan didapati bersalah di Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 atas tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Pada 7 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut di mana panel hakim menyifatkan transaksi wang tersebut ke dalam akaun peribadinya sebagai satu perbuatan yang “memalukan negara.”

Najib kini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

KAH KAH KAH

NAJIB BERTARAF

DUNIA

KAH KAH KAH

LEBIH HEBAT 

DARI TRUMP

KAH  KAH KAH

BEKAS PRESIDEN

DONALD TRUMP

HANYA DI DAKWA

DI NEW YORK

KAH KAH KAH

NAJIBDI DAKWA

DI NEW YORK

DI LOS ANGLES

DAN JUGA

DI KULA LUMPUR

KAH KAH KAH

INI SAH NAJIB

TERHEBAT

DALAM DUNIA INI 

KHALAS

BELUM PERNAH

ADA KES PENCURI

DI DIDAKWA

DI TIGA NEGARA

KAH KAH KAH

SINGAPURA

TAK BUKA KES

SIMPAN UNTUK

BUAT KUIH PAU

KHALAS

SEDAR DIRI SEKARANG

 




Lepas tewas PRN Johor, Pakatan janji bekerjasama dengan parti pembangkang

PAKATAN Harapan (PH) akan mengumpul kekuatan dan membangunkan kerjasama dengan parti pembangkang bagi berdepan melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, susulan kekalahannya yang terkini di Johor, selain dua pilihan raya negeri (PRN) iaitu Melaka dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden PH mengingatkan parti pembangkang yang bukan dalam pakatan itu dan bertanding di kerusi PH, akan hanya meningkatkan peluang kemenangan BN.

“Kami akui kelemahan kami dalam beberapa isu seperti logo, komunikasi dan maklumat, perlawanan beberapa penjuru dalam kalangan pembangkang yang menyebabkan PH hanya ada 12 kerusi.

“Kami akan berusaha merangkul seluruh kekuatan yang sedia menolak kerakusan dan rasuah demi membina kerjasama di kalangan parti pembangkang agar dapat bersama dalam usaha menolak Barisan Nasional.

“Parti pembangkang tidak harus bertanding hanya di kawasan PH yang akan mengurangkan undi PH lalu secara tidak langsung meningkatkan peluang kemenangan BN.

“Kami terus bertekad menetapkan dasar ekonomi mampan yang mampu menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti isu pengangguran, kos sara hidup, pengurusan pandemik Covid-19 termasuk isu SOP dan kompaun pelanggaran, kenaikan tarif elektrik untuk perniagaan, tambahan cukai, serta kehimpitan hidup rakyat.

“Negara kita mesti diselamatkan dari gejala rasuah dan urus tadbir yang pincang,” kata majlis itu.

Kenyataan itu turut ditandatangani Presiden PKR dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohammad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Madius Tangau.

BN menang 40 daripada 56 kerusi DUN pada PRN Johor, DAP yang berkempen atas tiket PH memperoleh 11 kerusi dan PKR menang satu. PKR menggunakan logonya sendiri sepanjang kempen dan bertanding.

Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin menang tiga kerusi, dengan bekas perdana menteri itu menyifatkan mereka sebagai “underdogs”. Parti golongan belia, muda yang juga mesra PH, menang satu kerusi.

Parti lain, termasuk Pejuang dan pecahan PKR, Parti Bangsa Malaysia tidak menang satu pun kerusi dengan wang deposit semua calonnya, hangus.

Pembangkang mungkin dapat menang PRN Johor jika ia bersatu dan bertanding atas satu logo tunggal.

Keputusan rasmi pilihan raya menunjukkan BN mungkin hilang 17 kerusi, kalau tidak kerana pecahan undi pembangkang, menyebabkan parti pembangkang dan PN berlawan satu sama lain.

PH menekankan ia akan bertemu perdana menteri tidak lama lagi berhubung isu rang undang-undang anti lompat parti.

“Rang undang-undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Parlimen ini sepertimana yang dijanjikan perdana menteri,” katanya. – 16 Mac, 2022.


INI BERITA BAIK

PAKATAN DAH

MULA SEDAR DIRI

AMIN

OOPPS... SILAP

BUKAN PAKATAN

TAPI ANWAR IBRAHIM

DAH SEDAR DIRI

AMIN

SALAH HAL LOGO

SILAP CARA 

BERKEMPEN

TAK BIJAK HASUT

PENGUNDI

AMIN

SEMUA  INI

DAH DISEDARI

TAPI

ADA SATU LAGI

AMIN

PALING PENTING

PEKARA YANG BUAT

PAKATAN RUNTUH

AMIN

APA DIA

APA DIA

APA DIA?

AMIN

AGENDA GILA

NAK JADI PM

INI PUNCA 

PAKATAN RUNTUH

AMIN

PEKARA INI JUGA

KALAU TIMBUL LAGI

SELAMAT 

PUKEEE RAHAH

PADA PAKATAN

KHALAS

SILA LAYARI PORTAL MEDIA INI

 



BRO

TERIMA KASIH

AMIN

SILA LAYARI 

PORTAL INI

KHALAS

Unknown commented on

 "ADA JUGA MEDIA AMERIKA YANG RASIONAL"

Banyak je media barat yang kini bertambah rasional. Cuma sayangnya yang masih kekal gila tidak rasional adalah media mainstream yang dikawal oleh Yahudi. Sebagai contoh media/pemberita yang rasional & cadangan bagi mereka yang berminat untuk menonton berita dari manusia yang rasional:

 1) MOATS - George Galloway

 2) RM (Bukan Jelitawan Rosmah Mansoor) - Richard Medhurst 

3) Democracy Now - Amy Goodman 

4) The Young Turks - Cenk Uygur & Ana Kasparian 

5) American For The Arts - Lee Camp 6) The Jimmy Dore Show - Jimmy Dore Orang perseorangan: 

1) Caleb Maupin

 2) Lee Barret Dan banyak lagi lah... Cuma rajin atau malas je nak mencari. Selamat Menonton.

SADDAM DIGANTUNG - GADAFFI DI BUNUH

 



SADDAM DIGANTUNG

GADAFFI DIBUNUH

CUBA LARI DARI

DOLAR

AMIN



Luncai commented on 

"ADA JUGA MEDIA AMERIKA. YANG RASIONAL"

Bro pak arab dah nak jual minyak guna yuan China Merah. Russia pun guna yuan. Sapa ada simpan us dollar boleh lah tukar yuan. Ku rasa uncle Sam nk nk dik diam ke? Negara mana yang pernah guna bom atom.


PENGANUT ATEIS POLITIK TAK PERLU MENYAMAR

 


PENGANUT

ATEIS POLITIK

MUDAH DIKENALI

TAK PERLU

 MENYAMAR

KHALAS

AktaHasutan1948 commented on 

"DALAM POLITIK 

TAK ADA MUSUH TETAP"

alhamdulillah... lu dah faham apa erti politik sebenerrrrrrrrrr... jap nak screenshot... nak sebar kat twitter baru bdk2 so called anak muda komunis2 twitter ni kenal mainan lu orang yang sebenar... lebih kurang mcm ilmu MENGENAL DIRI la jugak... wakakakakakkakakakakkakaa

JENAYAH AMERIKA

 


JENAYAH AMERIKA  TERHADAP 

WARGA  DUNIA

AMIN

ITAM BIN LEGAM

 



EEETAM BEEEN 

LEEEGAM

AMIN

Unknown commented on 

"BEBASKAN NAJIB -

 BATAL PENDAKWAAN"

Bontot Jo Low ngan bontot shapeei eeeee tu sama color ke?

23 HARI LAGI - APA APA ?

 


LAGI 23 HARI
KE SABTU

9 APRIL 2022

AMIN

ADA APA

PADA HARI ITU

AMIN

TUNGGU & LIHAT

KHALAS

JEMPUTAN - MALAM INI DI PJ

 

 



 JEMPUTAN

 MALAM INI DI PJ

AMIN

BANJIR

SELEPAS BANJIR

AMIN 


 Dengan sukacitanya, kami menjemput anda untuk menghadiri  Pelancaran Tayangan “Selepas”, sebuah dokumentari oleh Kelab Bangsar Utama. 

“Selepas” mengisahkan tentang bencana banjir besar yang telah berlaku di Pahang pada Disember 2021. Ratusan nyawa tidak berdosa telah terkorban. Kerosakan dan kemusnahan harta benda tidak dapat dikembalikan semula. Selepas 1 bulan, tiada apa yang berubah. Kayu balak masih berlonggok di sepanjang sungai, penduduk masih tinggal di pusat pemindahan sementara dan seakan-akan tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. 

Ini kisah mereka. 

Pelancaran akan diadakan pada:

Tarikh: 16 Mac 2022
Masa:  8 malam
Lokasi: PJ Live Arts Centre, Jaya One. 
https://goo.gl/maps/JZUUDF9cdyWqDPFx6

Untuk sesiapa yang ingin menghadiri pelancaran ini, sila daftar di www.tiny.cc/Selepas 

Jumpa anda di sana!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 
extinctionrebellionmy@gmail.com atau DM kita di IG @extinctionrebellion.my atau Twitter @ExtinctionRMy 

* Disebabkan sekatan SOP Covid-19, kita akan ada had untuk saringan pertama. Namun, bagi yang tidak menerima jemputan selepas pendaftaran, jangan risau! Anda akan dimaklumkan dan dijemput ke tayangan kami pada masa dan lokasi yang seterusnya. Terima kasih kerana memahami! *

UTUSAN MELAYU DAN KONFRONTASI

 


UTUSAN MELAYU

DAN

KONFRONTASI


Aku membesar dengan akhbar Utusan Melayu Jawi.  Semenjak tahun 1959  keluarga Cik Gu Zaleha telah melanggan Utusan Melayu. Akhbar ini datang dari Seremban dengan bas Lim yang melintas depan sekolah Umum Batu Serambai. Ini bas pertama dari Seremban ke Kuala Klawang.

Dalam pukul 8 pagi – kurang lebih – bas  akan melintas. Si Pemandu   akan  membaling keluar tingkap   dua naskah akhbar  yang telah digulung  dan diikat ke arah   Kedai Kopi Mak Cik Jarah.  Satu naskah untuk Cik Gu Zaleha dan satu untuk  Mak Cik Jarah puan empunya kedai.

Sistem penghantar akhbar ini telah  diatur baik oleh Cik Gu Hamid.  Cik Gu Hamid ini  telah pencen dan dia memiliki kios akhbar  di stesen bas Seremban dan juga kedai akhbar dan bahan bacaan dalam pekan Kuala Klawang. Cik Gu Zaleha dan Mak Cik Jarah berurusan dengan kedai  Cik Gu Hamid di Kuala Klawang.

Dari Utusan Melayu  aku mengikuti kesah Dol Keropok dan Wak Tempe hasil lakaran  Raja Hamzah.  Siri komik ini aku ikuti walau pun aku agak kurang faham maknanya. Aku juga mula berkenalan dengan Nancy dan Sluggo dua watak  dari dunia luar. Lawak dan komidi mereka  juga tidak aku fahami.

Aku juga mula berkenalan dengan Tarzan. Jantan kacak berseluar pendek tanpa baju.  Menayangkan sosok badan yang sado. Jantan Tarzan yang  berkulit putih ini seperti Nabi Sulaiman  faham bahasa binatang. 

Emak aku menerangkan  Tarzan ini orang putih sesat di Afrika.  Ini benua orang  Negro. Dalam hutan Afrika Tarzan  berkawan dengan binatang. Siapa perawi Emak aku ini tidak pula aku selidiki.

Utusan membuka satu dunia  baru. Aku mengenal  Nat King Cole (1919-1965) dan membaca bagaimana penyanyi  Negro ini mula menyanyi. Dari apa yang aku baca Nat King Cole telah dipaksa untuk menyanyi. 

Aku juga mengikuti berita tentang filem tempatan  dan luar negara. Sesekali aku terbaca  berita pementasan sandiwara dari Singapura. 

Biasanya dalam Utusan akan ada tulisan panjang  yang bukan berita. Ini amat menarik untuk aku. Aku ingat lagi siri tulisan panjang yang mengeraskan  nafsu kecil  aku. Ini tentang  kesah perempuan pelacur dalam kapal laut. 

Ketika itu aku dalam Standard Six  baru bersunat - bulu ari belum tumbuh. Melalui  Utusan Melayu kali pertama aku mengenal perkataan bersetubuh. Awalnya aku tidak tahu apa maknanya. Tetapi bila aku ulang baca kesah pelacur  ini baru aku dapat faham  makna perkataan bersetubuh ini.

Aku merasa amat bangga mengetahui perkataan ini.  Aku rasa aku seorang saja dalam kelas yang tahu makna perkataan bersetubuh.

Hakikatnya ketika aku membesar dunia luar aku adalah Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Ketika Konfrontasi banyak berita dan tulisan panjang tentang Indonesia.  Zaman Konfrontasi  Sukarno tidak lagi dianggap Bung Karno. Kini Sukarno dianggap seorang diktator yang mengamalkan demokrasi terpimpin. Ini juga ayat yang aku tidak faham. Aku hanya  membaca.

Perkataan diktator ini  aku temui dari  Utusan. Mengikut Utusan di belakang Diktator Sukarno  ini ialah Parti Komunis Indonesia (PKI).  

Dari Utusan juga aku mengenal perkataan boneka. Sukarno menuduh Tunku sebagai boneka Inggeris. Manakala Utusan menuduh Sukarno sebagai boneka PKI. Dari perkataan boneka ini aku mula berkenalan dengan perkataan tali barut.

Tali barut aku tahu. Barut ini mengikat perut anak-anak yang baru lahir agar tidak sejuk. Tapi bukan ini maksud Utusan. Perkataan tali barut ini berkait pula dengan perkataan kuncu-kuncu. Semua ini istilah politik yang semuanya baru untuk aku. 

Aku tidak akan melupakan  satu tulisan  panjang tentang kesah Sukarno melawat Amerika. Dari tulisan ini aku membaca bagaimana satu jamuan makan malam telah  dianjurkan untuk menyambut  Sukarno sebagai tamu kehormat.

Turut sama dalam jamuan makan malam ini ialah Jayne Mansfield (1933-1967). Dari apa yang aku baca pada malam itu Sukarno telah menari dengan  Jayne Mansfield. Mengikut Utusan  Sukarno amat tertarik dengan bintang filem ini  kerana buah dadanya besar menonjol. Malah pada malam itu mengikut Utusan  Jayne telah tidak memakai coli.

Aku anak sekolah rendah dalam Standard Six tidak faham apa yang menarik tentang buah dada.  Juga aku tidak tahu jamuan makan malam ini siapa yang mengatur. Tentang ini Utusan tidak melapor. Malah aku juga tidak faham apa yang menarik tentang Jayne Mansfield  yang tidak memakai coli. 

Tok Wan Rahmah aku pun tidak pernah ada coli  atau baju dalam.  Hanya Tok Wan Rahmah aku tidak pandai menari atau bertandak.

Berita tentang rakyat Indonesia kelaparan hingga terpaksa makan  tikus berkali-kali aku baca di Utusan. Dan juga aku dengar dari Radio Malaya. Ketika itu aku ambil semua berita ini dan apa yang aku baca sebagai ayat-ayat suci yang betul lagi benar.  Aku tidak memiliki was was atau menyimpan curiga terhadap Utusan ada menyimpan niat  jahat.

Tahun 1965 ketika aku dalam Tingkatan Dua tersebar berita tentang Presiden Sukarno telah ditahan dalam rumah. Ketika ini aku selalu membaca nama Jeneral Nasution. Nama ini  bersangkutan dengan Lubang Buaya.

Aku tidak faham apa yang sedang  berlaku.

Pada satu pagi  di sekolah aku ternampak akhbar Straits Times di bilik guru dengan tajuk  berita : Summit In Tokyo.  Walau pun aku telah masuk sekolah Inggeris tapi aku tidak ada upaya untuk membaca dan memahami akhbar Inggeris.


Di rumah aku membaca Utusan tentang apa yang telah berlaku. Baru aku tahu bahawa kerajaan Jepun  bersedia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan  Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Dari apa yang aku baca Utusan terus melaporkan tanpa henti-henti cerita Lubang Buaya dan Gerakan 30 September. Dari Utusan juga aku terbaca perkataan Gestapo. Aku tidak  tahu apa maknanya dan apa hubungan dengan Lubang Buaya dan Sukarno.

Di Sekolah Menengah Undang Jelebu kami tidak lagi mengadakan latihan – sekolah kena bom.  Kelas tidak diganggu lagi. Semua seperti sedia kala.

Kemudian pada 28 Mei 1966 Utusan melaporkan ada perundingan antara Malaysia dan Indonesia  di Bangkok.  Indonesia diwakili oleh Adam Malik yang kini menjadi wakil Jeneral Suharto. Nama Subandario lenyap.

Pada 11 Ogos 1966 Perjanjian Perdamaian antara  Malaysia Indonesia  di tanda tangani di Kuala Lumpur.

Aku ingat lagi gambar  Lilis Suryani ( 1948-2007 ) mengetuk dram di muka hadapan akhbar Straita Times.  Penyanyi Gang Kelinchi menjadi penyanyi Indonesia  pertama datang membuat persembahan di Kuala Lumpur sesudah tamatnya Konfrontasi.

Kemudian ketika aku bercuti di rumah Kak Lang   di Kuala Lumpur aku berpeluang menuntun filem Indonesia pertama masuk ke Malaysia  sesudah  Konfrontasi. Filem Matjan Kemajoran (1965) garapan  Wim Umboh ( 1933-1996).

Aku menuntun filem ini di panggung wayang di Pangkalan TUDM – Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi. Filem purbawara bersilat ini  cukup hebat. Filem ini menjadikan  aku mula meminati filem dari Indonesia.
Orang Soborang – istilah  Tok Wan Rahmah –   kini kembali bersaudara dengan Orang Semenanjung. Biduk  lalu kiambang bertaut ini kata-kata dari Utusan Melayu. Amin.

EPILOK 1
Zaman kanak-kanak zaman peta kehidupan  aku putih bersih tanpa cakaran. Apa yang aku baca itulah pemahaman aku. Putih ketika itu adalah putih. Hitam ketika itu adalah hitam

Aku tidak sedar apa yang aku baca dari Utusan atau dengar dari Radio Malaya ketika Konfrontasi berjalan adalah berita yang bertujuan untuk mengolah persetujuan pembaca  dan pendengar untuk membenci  Bung Karno dan Indonesia.

Sekarang aku faham semua ini adalah perang saraf.

Jayne Mansfield yang berdansa dengan Sukarno tanpa memaki coli hanyalah untuk memburukan  watak Bung Karno di mata Bani Melayu pembaca Utusan. 

Watak nasionalis Bung Karno wajib di musnah agar  Tunku dilihat sebagai orang baik manakala Bung Karno penuh  maksiat.

Berita  warga Indonesia makan tikus adalah perang saraf untuk membuktikan bahawa Sukarno gagal dan rakyat menjadi papa kedana. Sama ada berita tikus ini sahih atau palsu pada ketika itu tidak ditimbulkan.

Utusan dan Radio Malaya memiliki hegemoni dan monopoli untuk menyebar berita dan dakyah palsu.

EPILOK 2
Berita tentang Kerajaan Buangan itu memang betul. Ketika Konfrontasi berjalan Shamsih Fakeh dan kawan-kawan dari PKM berada di Jakarta. Mereka mendapat sokongan dari Bung Karno. Kemudian  mereka di tangkap apabila Suharto merampas kuasa.

Mereka dibebaskan dengan pertolongan Ho Chi Minh dari Vietnam Utara. Mereka berpindah dari Jakarta ke Hanoi.

Apa yang palsu ialah berita penangkapan di Lapangan Terbang Sungai Besi dengan penemuan 200,000 ringgit.

Aku tahu ini berita palsu kerana pada tahun 1975 ketika polis sedang mencari aku satelah Demonstrasi Baling , aku untuk sementara telah menumpang di rumah Hasnul Hadi di Melaka.

Hasnul hai ini ialah sosok pertama Setia Usaha Politik Tunku Abdul  Rahman . ( Ini Bab Lain )

Hasnul Hadi meninggalkan United Malays National  Organisation dan menjadi pemimpin Parti Rakyat.

‘ Betul ke masa Abang kena tangkap di airport nak lari  ke Jakarta ... ada duit 200,000 ringgit....’ aku bertanya ketika aku menumpang di rumah Hasnul.

‘ Bohong.. bohong besar... aku masa tu  baru pulang  dari Cairo... konferen Afro-Asia.... di Cairo pun  ada ajen Inggeris mengekor kami... kami tidur bukan dalam hotel tapai dalam boat  di Sungai Nil.... duit bohong.... hal duit itu propaganda Tungku dan kerja SB ...’ Hasnul bersurah.
‘ Tangkap di mana.. ‘ Aku bertanya lagi.

‘ Di hotel murah di Chow Kit Road... masa itu Pejabat Parti kita di Chow Kit... dalam poket aku hanya ada 1.65 sen....’ Hasnul menerangkan.

Hanya ada satu ringgit enam puluh limas sen. Ini  kata-kata  dari Hasnul yang masih aku ingati sampai  ke hari ini. Bukan 200,000 ringgit seperti laporan Utusan.

EPILOK 3
Ketika aku kanak-kanak aku menunggu di tepi jalan melambai pada soldadu Inggeris. Mereka membaling coklat , gula-gula  dan biskut. 

Ketika itu tidak aku sedar bahawa ini juga adalah sebahagian dari perang saraf  kuasa kolonial Inggeris. Ini  bertujuan untuk memenangi hati budak-budak agar bersimpati dengan soldadu penjajah dan benci  kepada  sosok nasionalis yang berjuang  menuntut  kemerdekaan. 

Coklat dan gula-gua ditaburkan agar kami benci  pada komunis.

ELIPOK 4
Pada 15 Julai 1974 – aku pertama kali sampai ke Australia. Aku menghadiri persidangan tahunan ASA (Asian Student Association ). Aku menjadi wakil PPKM – ( Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia. Bersama aku  ke Australia ialah Idris Jusi dari UKM dan Radzi dari Institut Teknologi Kebangsaan.

Persidangan ini dirasmikan oleh  Dr Jim Cairns Timbalan Perdana Menteri kerajaan  Parti Buruh  pada ketika itu.

Sesudah perasmian ada masa untuk soal jawab..

‘ Sir... from Malaysia... what is Australian military bases doing in my country... when are  you  withdrawing from Butterworth air base...’  Aku bertanya tentang Pangkalan Tentera Udara Australia di Butterworth.

‘ That’s part of Five Power Defence Arrangements... we will end it ....  in the near future... ‘ Jawapan diplomatik  dari Timbalan Perdana Menteri Australia  seorang sosialis dalam Parti Buruh.

EPOLOK 5
Bila aku  masuk ke Universiti Malaya dan menjadi ahli Kelab Sosialis baru aku telah diberi pencerahan apa itu Five Power Defence Arrangement (FPDA). Ini adalah perjanjian bersenjataan  lima negara – Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan Britain. Ini negara  bekas tanah jajahan Britain

Maka soldadu Negro yang aku temui di tepi perigi Cik Gu Ali di Kampung Batu Serambai adalah soldadu dari FPDA.  Soldadu Negro ini pasti dari United Kingdom kerana banyak negeri di  Afrika bekas tanah jajahan  Baginda Queen. 

Malah latihan di Kenaboi itu adalah sebahagian dari lihatan ketenteraan FPDA.

Soldadu orang putih ayang aku panggil Jon dan Joni itu pasti  dari Australia, New Zealand atau United Kingdom.

Ketika Konfrontasi sebenarnya ada perang besar antara soldadu Inggeris dengan tentera Indonesia. Ini tidak dilaporkan oleh Utusan Melayu.

EPILOK 6
Aku tak pernah kenal Sukarno. Dari jauh pun aku  tak pernah nampak sosok Sukarno. Tapi aku berkenal baik dengan dua sosok yang  rapat  dengan Bung Karno.

Seorang bernama  Pak Budi Archo bekas Menteri Muda Perkapalan Sukarno.  Dan seorang lagi Prof Dr. Ernst  Utrecht   ( 1922-1987 ) penasihat Sukarno.

Pak Budi aku temui di London – orang pelarian politik – sekapal macam aku. Tahun 1965 ditangkap Suharto di penjara 12 tahun. Kemudian bebas dan mendapat  suaka politik di United Kingdom (Bab Tersendiri ).

Prof Ernst juga pada tahun 1965 telah ditangkap oleh Jeneral Suharto. Di penjara selama dua tahun. Bila dibebaskan dia meninggalkan Indonesia dan mendapat suaka politik di Belanda.

Prof Ernst mula aku kenal pada tahun 1974. Ini ketika Universiti Malaya mahu menubuhkan Fakulti Undang-Undang. Prof Ernst dibawa dari Amsterdam untuk menjadi tenaga pengajar  Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya.


Kedatangan Prof Ernst menjadikan rejim Suharto   marah. Indonesia membantah sikap Malaysia memelihara musuh Suharto.. Prof Ernst  diberi tempoh 24 jam untuk meninggalkan Malaysia. 

Ketika itu aku Setiausaha Agong PMUM. Kami membantah. Prof Ernst tetap dipaksa meninggalkan Kuala Lumpur. Dia pulang ke Amsterdam.

Tahun 1976 aku ke Australia sekali lagi. Aku bertemu dengan Prof Ernst. Kami sesama berkempen  memberi pencerahan tentang politik Malaysia dan Indonesia  kepada pelajar dari  Malaysia,  Indonesia dan pelajar  Asia dan juga  warga Australia.

Prof Ernst ini memakai dua jam tangan – di tangan kiri dan kanan.  Dia lebih awal  membawa fesyen dua jam tangan ini dari Bros kumpulan pop dari London  yang juga memakai dua jam tangan. 

‘ Bung... pasal apa ada dua jam...’ Aku bertanya kerana hairan.

‘ Ha ha .... satu waktu di Sydney.. satu lagi waktu di Belanda...’  Aku senyum bila mendengar jawapan.

Di Sydney Prof Ernst mengendalikan satu badan  yang mengkaji peranan Multinational Organisation.  Justeru dia rapat dengan para aktivis kiri.

Aku telah difahamkan Prof Ernst ini rapat dengan Bung Karno. Lalu satu petang di Sydney ketika kami bersantai dan bercanda-canda sambil minum air anggur merah aku bertanya :

‘ Sukarno ni macam mana orangnya....’

‘ Ha ha  kayak nak tahu.... satu hari di Medan.... kami ada  bertemu rakyat... aku duduk di sebelah Bung Karno... dia memberi ucapan.. kemudian dia duduk... Kepala bupati  pula bangun berucap....’

Aku memasang telinga hendak mendengar apa terjadi.

‘ Bung Karno merapati  aku dan berbisik.... Ernst... tu.. tu... nombor dua dari kiri... aturkan....’

‘ Apa tu...’ Aku tak pasti apa yang berlaku.

‘ Ah Bung Karno ... dia ternampak  anak gadis nombor dua dari kiri... kayak ...ha ha hah...’ 

Kami berdua sesama terbarai ketawa.  Dan aku tak perlu bertanya lanjut. Amin. (TT)


 TULISAN INI JUGA DISIARKAN
DALAM  LAMAN PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/03/16/utusan-melayu-dan-konfrontasi/