Isnin, 4 April 2022

JARUM AMERIKA JATUHKAN IMRAN ?

 



JARUM AMERIKA

JATUHKAN IMRAN?

KHALAS

PASAL APA NAJIB TAK JASI SAKSI ROSMAH

 


Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi 

ROSMAH Mansor telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak walaupun suaminya, Najib Razak tidak dipanggil memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan dalam hujahan bertulisnya berkata ia memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Kami dengan hormatnya berhujah bahawa adalah hak prerogatif pihak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah. Bagaimanapun pada 10 Januari, peguam utama pihak pembelaan, Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memutuskan untuk menarik balik selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih untuk tidak memanggilnya kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Pendakwa utama Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan tiada masalah dengan keputusan pembelaan untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah hak prerogatif pembelaan untuk berbuat demikian,” kata pihak pembelaan dalam hujah bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac. 

Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan berkata pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh (Rosmah) sememangnya telah meminta dan menerima sebarang suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Ia seterusnya berkata pihak pendakwaan terus mendapati tertuduh bersalah tanpa sebarang asas dan bukti walaupun pihak pendakwaan sendiri mengakui tertuduh tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

“Oleh itu, kami berhujah bahawa adalah jelas bahawa dakwaan dan pertuduhan terhadap tertuduh adalah remeh, dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk menjadikan tertuduh sebagai kambing hitam.

“Justeru, anggapan statutori di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak boleh digunakan terhadap tertuduh kerana pihak pendakwaan gagal mewujudkan bahan penting bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kes ini,” hujah pihak pembelaan.

Pada 23 Februari tahun ini, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Siti Azizah Sheikh Abod.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan esok (5 April) untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. – Bernama, 4 April, 2022.

WOIT

PASAI APA

NAJIB TAK NAK

JADI SAKSI

ROSMAH

KAH KAH KAH

DAH MALU KE

BOSS KU DUDUK

SEBELAH BADAK

KAH KAH KAH

ATAU ADA ORANG

HALANG JANGAN

PERGI MAHKAMH

JADI SAKSI PADA

ROSMAH

KAH KAH KAH

ATAU  DAH

BELOT MACAM

RIZAL MANSOR

KAH KAH KAH

TAK SAYANG LAGI

PADA BIK MAMA

KAH KAH KAH

DAH ADA

SLIM MAMA BARU

KAH KAH KAH

ABU MASIH GARIS TEPAT

 



Kerajaan yang dibentuk atas dasar ABU tidak akan bertahan lama – Shahril

KUALA LUMPUR – Kerajaan yang dibentuk atas dasar dan matlamat asalkan bukan UMNO (ABU) tidak akan bertahan lama.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Sufian berkata, sejarah telah membuktikan ABU bukan formula untuk Malaysia. 

Menurutnya, kerajaan yang terbentuk atas semangat ABU hanya membuatkan parti dalam gabungan tersebut bersikap saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

“Ini bukan benda baru. Kita pernah lihat ia berlaku atas semangat ABU. Malah pernah berjaya menang pun semasa PRU14.

“Tetapi apa berlaku selepas itu? Retak dari dalam. Sebab apa? Sebab sebuah Kerajaan yang terbentuk dan berniat semata-mata atas prinsip menafikan UMNO/BN, tidak akan berjaya untuk jangka masa lama.

“Pembuatan dasar akan celaru, persaingan, syak wasangka dan rasa tak puas hati sesama sendiri akan kian membuak,” kata Shahril.

Beliau mengulas laporan media mengenai beberapa parti yang pernah membentuk gabungan dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan kerjasama semula demi untuk menewaskan Barisan Nasional dan UMNO.

Shahril berkata, kegagalan Pakatan Rakyat dan PH sebelum ini kerana bermatlamatkan ABU semata-mata.

“Pakatan Harapan diwujudkan selepas jatuhnya Pakatan Rakyat (PR) kerana retaknya PR dari dalam selepas Pas keluar PR, akibat tiadanya keharmonian ideologi dan matlamat selain ABU.

“PH pun sama. Perbalahan dalam dan antara parti komponen kerana tidak ada agenda bersama selain ABU.

“Sejarah telah membuktikan pakatan sebegini setelah tercapainya ABU tidak ada lagi yang menyatukan,” menurut beliau.

Justeru Shahril mengajak rakyat supaya menolak mana-mana parti yang hanya bekerjasama atas semangat ABU.

Dalam masa sama beliau mahu rakyat membuka peluang kepada parti yang menawarkan kestabilan untuk rakyat dan negara.

“Berilah peluang kepada kestabilan semasa memilih nanti. Cukuplah sekali ABU. Ayuh Malaysia kembali kepada BN,” kata Shahril.

Media sebelum ini melaporkan pertemuan antara Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Muhyiddin Mohd. Yassin dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerjasama bagi menewaskan BN dan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Kedua-dua mereka menjadi seteru politik selepas Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada Kerajaan PH dan kemudian menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan PN.

Media turut melaporkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin.

Namun Anwar menafikan bahawa perjumpaan itu bagi membincangkan ‘kerjasama’ antara Bersatu dan PKR.

AMIN

BILA MUSUH

SERANG KITA

INI TANDA BAIK

AMIN

INI MAKNANYA

GARIS ABU

TETAP MENYENGAT

ITU PASAL MUSUH

SERANG

AMIN

KALAU MUSUH 

TAK PELEKEH

TAK SERANG

TAK SEBUT

TAK AMBIL POT

INI ERTINYA

KITA AMBIL

GARIS POLITIK

YANG SALAH

AMIN

MAKNANYA APA

YANG KITA BUAT

TAKDA  IMPAK

PADA MUSUH 

AMIN

BILA  MUSUH

TAK SEBUT APA2

MAKNANYA  KITA

DIJALAN SALAH

MUSUH SUKA 

KITA SESAT

KAH KAH KAH

GARIS ABU

KEMAH BESAR

ADALAH TEPAT

LAGI BENAR

KHALAS

AMIN

ANTHONY LOKE SILAP BESAR

 



PH tidak tekankan calon PM dalam PRU

PETALING JAYA – Parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dipercayai akan menggunakan lambang bersama dalam pilihan raya umum (PRU) dan sekiranya keadaan itu tidak berlaku, maka akan berlaku perubahan dalam bentuk kerjasama dan hubungan mereka.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH ketika menghadapi PRU akan datang juga tidak akan menekankan calon Perdana Menteri (PM) mereka, sebaliknya akan memfokus kepada agenda politik.

“Secara umumnya, pengundi berasa muak dengan orang politik dan mereka akan berpendapat orang politik sedang merebut kuasa jika soal calon PM asyik ditekankan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Bagaimanapun, Anthony berkata, Anwar masih merupakan calon PM untuk PH, melainkan terdapat perubahan dalam barisan kepimpinan PH.

Menurutnya, perbincangan telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendirian Anwar adalah mahu menggabungkan semua tenaga dan Presiden PKR itu juga percaya isu lambang bersama dapat diselesaikan.

Katanya, walaupun terdapat suara dari DAP dan PKR yang mahukan “tindakan secara solo”tetapi Anwar tidak bersetuju dengan cara itu.

Mengenai pengagihan kerusi pula, Anthony berkata, prinsip asas perundingan adalah kerusi yang dimenangi DAP tidak perlu dirundingkan.

“Untuk kerusi yang ditinggalkan wakil rakyat yang lompat, rundingan boleh dijalankan berdasarkan peluang kemenangan.

“52 kerusi yang ditandingi Bersatu juga boleh dirundingkan dan ditukarkan antara parti komponen PH,” katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng telah berdamai dengan Sinchew Daily melalui lawatan beliau ke akhbar itu sebelum beliau melepaskan jawatan setiausaha agung parti.

“Guan Eng telah mengambil langkah pertama dengan melawat Sinchew Daily seminggu sebelum mesyuarat agung parti.

“Tindakan beliau telah mententeramkan hubungan yang agak bergolak sejak 10 tahun yang lalu.

“Saya berterima kasih kepada Guan Eng kerana  ini membuka lembaran baharu selepas saya mengambil alih jawatan setiausaha agung dan menjadi lebih mudah untuk saya membina hubungan baik dengan Sinchew Daily selepas ini,” katanya.

Jelas Anthony, DAP tidak pernah memboikot Sinchew Daily walaupun terdapat banyak isu membabitkan parti dan akhbar tersebut sebelum ini. 

WOIT

TONY LOKE

SILAP BESAR

AMIN

LOKE LUPA

NAMA ANWAR

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

ADALAH CALON

TETAP PM

MALAYSIA

KAH KAH KAH

ANWAR MENGGANTI

TENGKU RAZALI

AMIN

LEPAS ANWAR

LETAK JAWATAN

CALON TETAP 

PERDANA MENTERI

PASTILAH

RAFIZI RAMLEE

INI KALAU DIA

TAK MERAJUK

KAH KAH KAH

KHALAS

10 ORANG PEMBANTU RAQIB DAN ATID DARI MELAKA

 

SEPULUH ORANG

PEMBANTU TAQIB 

DAN ATID 

DARI MELAKA

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"TANGKAP PERASUAH LEBIH PENTING DARI TANGKAP ORANG TAK PUASA"

Jadi penangkap orang tak poso dapat pahala bosa dari Yang Maha Esa dan dilihat alim dan sebagai palawan hulubalang agama serta akan mendapat hormat dan keistimewaan dari para penonggang agama kat atas sana. Orang ramai pun takut kat mereka. Jadi penangkap rasuah tak dapat itu semua. 



Tak pasti pun Yang Maha Esa akan kurniakan pahala sobab para penongang agama tak ajar bab tu semasa kat sekolah atau unibersiti sebaliknya diajar supaya terima je rezeki yang diberi kerana itu semua datang dari Yang Maha Esa. Kat dunio ini siapa yang nak halang para penonggang agama berlaku rasuah akan dapat bala lobih bosa... jadi jangan coba-coba nak jadi hero.

SELAMAT BERBUKA



SELAMAT BERBUKA

SENIN  4/4/2022
KITA  MASUK KE HARI
KE 2 
BERPUASA

GUA TAKDA
APA SPESIAL
GUA BERBUKA DENGAN BUAH

MANGGA WATER LILY GUA
MASIH BANYAK
DAH RANUM
GUA JUAG ADA BUAH TAMAR
GUA BARU BUKA
SEKOTAK  TAMAR KERING
GUA BELI DI CHOW KIT

MAKAN MALAM
GUA NAK MASAK
SAIAKAP ASAM PEDAS
GUA DAH LEMBUTKAN
DAH GUA KELUARKAN
 DARI FREEZER
GUA BELI KHAMIS DULU

LALU GUA TERINGAT
PUASA PUASA 
TAHUN TAHU YANG LEPAS LEPAS
KENANGAN MENGUSIK JIWA
NANTI GUA CERITA
AMIN

SELAMAT
 BEBUKA PUASA

BAGHDAD PUSAT ILMU JADI PUSAT APA ?

 

BAGHDAD 

PUSAT ILMU

AMIN

SEKARANG JADI

PUSAT APA?

KHALAS

JANGAN BERHATI SAITAN

 




JANGAN BERHATI

SAITAN

AMIN

Unknown commented on

 "WAL PIDI AL DUBAI"

Elok cermin sampah yg ada dlm hati. Klu dia kutip sampah, itu perkara baik, jangan dikeji. Kalau dia makan rasuah, itu perkara buruk wajiblah dikeji. Bulan puasa hati mau tenang, fikiran mau waras. Bulan puasa syaitan dikurung. Yg tak berkurung ialah manusia yg berhati syaitan

NEGARA TERGADAI PADA CHINA MERAH


SRI LANGKA

PRVOVINSI PERTAMA

CHINA MERAH

DI ASIA TENGGARA

KHALAS

          


Kabinet Sri Lanka lumpuh, semua menteri letak jawatan

KABINET Sri Lanka yang dilanda krisis menyaksikan peletakan jawatan secara beramai-ramai oleh menteri pada mesyuarat lewat malam tadi, kata menteri pendidikan, ketika protes antikerajaan semakin meningkat walaupun perintah berkurung dilaksanakan.

Menteri Pendidikan Dinesh Gunawardena berkata semua 26 menteri kecuali Presiden Gotabaya Rajapaksa dan abangnya yang juga Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan.

“Semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya presiden boleh membentuk Kabinet baharu,” katanya, menambah keputusan itu diambil selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin teruk.

Tiga lagi ahli keluarga Rajapaksa yang berkuasa adalah antara mereka yang meletakkan jawatan di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan yang melanda negara Asia Selatan yang mempunyai 22 juta penduduk itu.

Tindakan itu dibuat selepas ribuan penunjuk perasaan menentang perintah berkurung hujung minggu lalu dalam usaha menuntut penyingkiran keluarga Rajapaksa, yang kembali berkuasa pada November 2019. – AFP, 4 April, 2022.

CONTOH 

NEGARA GAGAL

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

KHALAS


WAL PIDI AL DUBAI

 




WAL PIDI

AL DUBAI 

MIN PUTARRON

AMIN

Unknown commented on

 "SAPA DAPAT BIDADARI"

PERGI BERSIHKAN SAMPAH TEPI PANTAI hang bagi gwa teringat pada satu orang yang pernah berbaju kuning kutip sampah di pantai pd masa malaon sekor itu nak bertanding kerusi parlimen pd. kononnya ada master plan untuk itu tapi gwa rasa samada malaon itu jadi mp atau tidak tiada sama saja. 



takda apa yang berubah. mengabehkan bogheh. sejenis nak berkhidmat kena menang jawatan dulu baru nak berkhidmat. masa tiada jawatan awat hang tak pergi kutip sampah di pantai pd tu sebelum ini? sila bertanding lagi di pd untuk membodohkan orang pd. amin

RUSIA DAN UKRAINE

 


RUSIA DAN

 UKRAINE


Ketika saya menulis ini Perang Ukraine  yang bermula pada 24 Februari 2022 telah masuk ke hari 36.  Dari apa yang dunia diberitahu rundingan damai pusingan  ke enam telah selesai di Istambul Turki.  Tidak ada berita lanjut menyusul hasil  dari rundingan ini

Apa yang jelas – kota-kota Ukraine terus di bedil oleh bala  tentera Rusia dari darat laut dan udara. Perang ini menimbulkan  masalah orang pelarian. Lebih dari 2 juta warga Ukraine telah melarikan dari. Ada yang masuk ke Rusia, ke Belarus, ke Poland, ke Republik Czech dan negara jiran bersebelahan untuk mencari keselamatan.

Presiden Vladimir Putin memanggil  perang ini sebagai – ‘special operation – operasi istimewa ‘  dari Rusia. Manakala Presiden Volodymyr Zalenskyy  menjerit  terpekik terlolong melaung bahawa  Ukraine telah diserang oleh Rusia.

Perangai  terpekik terlolong Presiden Zalenskyy ini tidak menghairankan kerana sosok ini  hanyalah seorang pelawak. Manakala  Vladimir Putin adalah  bekas mata-mata gelap perisik  KGB  di zaman Soviet Union. Putin juga pemain sukan judo pemilik   tali pinggang hitam.  

Putin adalah bekas Perdana Menteri Rusia dan menjadi Presiden pada tahun 2000. Manakala Zalenskyy  bekas pelawak  yang bertukar menjadi pelakon dan kemudian menjadi Presiden pada tahun 2019.

Kalau kita membaca dan mengikuti laporan media Barat Ukraine telah berjaya mengalahkan Rusia.  Berpuluh ribu soldadu Rusia telah gugur. Ratusan  kereta perisai Rusia telah musnah.  Berpuluh jet pejuang Rusia telah ditembak jatuh. 

Malah kuasa Putin  sedang goyah dan bila-bila masa saja akan berlaku peralihan kuasa di Kremlin. Bacaan politik seperti ini meyakinkan  Presiden Biden ketika berucap di Poland telah  berkata ‘ this man has to go... Putin wajib berambus..’


Putin  digambarkan  sebagai Hitler jenis baru.  Condoleezza Rice bekas Setiausaha Negara Amerika bersuara mengatakan bahawa  Putin  tidak memiliki kewarasan fikrah lagi sehingga  sanggup menghantar bala tentera Rusia untuk  ‘ mati katak’ di Ukraine. 

Dilaporkan oleh media  Barat bahawa rancangan  ‘perang jahat’  Putin ini telah gagal meleset. Seluruh dunia mengikut laporan media Barat  sedang menyekat ekonomi Rusia dan saban hari rakyat dunia mengutuk  Putin.

Media seperti stesen  CNN, BBC, DW dari German  , ABC dari Australia - semua memberi laporan betapa Putin telah membuat  silap besar. Putin menyangka rakyat Ukraine akan menyambut soldadu Rusia dengan tangan terbuka. 

Tidak cukup dengan ini stesen RT 
( Russia Today) telah dilarang beroperasi di  Amerika dan negara Eropah. Internet dan YouTube telah  menghalang kemasukan  semua berita yang berpunca dari  Rusia.

Justeru kita hanya mendengar satu cerita sahaja. Cerita orang  jahat bernama Putin. Cerita lain media Barat tidak lapor. Bayangkan ramai warga dunia  tidak sedar bahawa Presiden Ukraine Zalenskyy ini hanyalah seorang pelawak.Kah kah  kah. Amin.

Apa sebenarnya telah terjadi ? 

Tulisan ini akan cuba memberi pencerahan  tentang perang yang telah berlaku semenjak  8 tahun. Selama 8 tahun berita perang ini ditutup dan tidak dihebohkan  dari diketahui warga dunia. 

Tidak seperti  yang berlaku sekarang -  Perang Ukraine  yang dihebohkan. Perang ‘ senyap’ ini telah mengorbankan lebih dari 14,000 nyawa.

Lapan tahun ? Kenapa lapan tahun? Bukankah Perang Ukraine  hanya bermula pada 24 Februari 2022 ?   

Betul.  Tarikh 24 Februari 2022 adalah  permulaan ‘special operation – operasi istimewa’ dari Rusia.  Operasi Istimewa ini adalah sambungan dari perang  8 tahun yang berlanjutan dari  wilayah  Donbass di timur Ukraine. Perang ini  telah bermula pada tahun 2014.

Apa punca perang yang bermula pada tahun 2014?

Perang Donbass ini tidak dilapur dan tidak dihebohkan oleh  media Barat. Malah punca Perang Donbass ini juga cuba disorokkan.

Tragedi perang ini bermula pada 2014. Satu rampasan kuasa telah berlaku di Kyiv ibu kota Ukraine. Dengan slogan anti rasuah dan menentang oligarch rakyat telah keluar berdemo ke jalan raya. Hasilnya  kerajaan  Presiden  Victor Yunokovych yang dipilih oleh rakyat jatuh. Presiden Yunokovych  menyelamatkan diri lari ke Rusia.

Di belakang rampasan kuasa 2014 ini  ialah  kumpulan Azov. Ini adalah kumpulan Nazi bentuk baru  sambungan dari ideologi Hitler   peninggalan Perang Dunia Ke Dua. Batalion Azov tersusun dan bersenjata. Mereka inilah yang mengepong , mengganas dan membunuh di Istana Presiden di Dataran Maidan Kyiv pada 2014.

Di belakang rampasan kuasa 2014 ini ialah CIA dan Amerika  Sarekat.  Amerika memberi sokongan moral dan dana untuk menjatuhkan Yunokovych.  

Puan Victoria Nuland diplomat Amerika yang bertugas di Kyiv telah mengaku bahawa Amerika telah membelanjakan 5 bilion dolar  untuk rancangan menjatuhkan kerajaan Yunokovych.  Dana ini disalurkan kepada parti politik dan pelbagai kumpulan NGO.

Peranan CIA dalam babak rampasan kuasa 2014 ini tidak dihebohkan oleh media arus perdana Barat. Hanya  portal berita dan blog progresif termasuk Hishamuddin Rais yang menulis dan menghebohkan fakta ini.

Rampasan kuasa 2014 yang ditaja oleh Amerika ini mengubah politik Ukraine. Dari sebuah negara yang berbaik dengan Rusia menjadi negara yang mahu  menjadi sekutu Eropah dan mahu  menjadi anggota NATO.
Di wilayah Donbass – sama seperti empat wilayah Selatan Siam berbangsa  Melayu – di Donbass berbangsa Rusia.  Bila rampasan kuasa 2014 berlaku wilayah warga etnik Rusia  di Donbass bangun melawan kerajaan pusat di Kyiv. Mereka tidak mahu memusuhi Rusia. Tentera Ukraine datang  untuk menundukkan pemberontakan dan gerakan pemisah. Masuk  batalion Azov – kumpulan neo-Nazi. Inilah permulaan perang  8 tahun dahulu.

Dalam masa yang sama satu pungutan suara telah dijalankan pada  Februari 2014 di Crimea. Wilayah Crimea ini juga penduduknya adalah etnik Rusia. Hasil dari pungutan suara  97% warga mahu  Crimea masuk menjadi Persekutuan Rusia.

Media Barat juga tidak menghebohkan bahawa  Crimea ini asal usulnya adalah sebahagian dari Rusia.  Pada tahun 1953 untuk  menstabilkan politik Ukraine  Nikita Khrushchev ( 1894-1971) yang ketika itu memimpin Rusia telah memberikan wilayah Crimea ini kepada Ukraine. 

Apa yang media Barat hebohkan hanyalah pungutan suara ini tidak diiktiraf oleh dunia. Sejarah. Asal usul Crimea tidak di hebohkan.

Perang di wilayah Donbass berterusan hingga diadakan Perjanjian Minsk. Perjanjian ini meredakan perang, memulang tahanan perang, menghormati sempadan yang sedia wujud dan mengundurkan senjata berat. Perjanjian Minsk ini ditanda tangani oleh Rusia dan Ukraine di Minsk ibu negara Belarus pada  5 September 2014.

Tetapi keganasan batalion Azov di wilayah Donbass berterusan. Bentrokan dan pertempuran sering berlaku  walau pun telah ada Perjanjian Minsk yang mengajukan damai.

Tertiba  Presiden  Zalenskyy yang dipilih pada  tahun 2019 menghidupkan kembali niat Ukraine  untuk menjadi   anggota NATO.

NATO  ( North Atlantic Treaty Organisaton ) ini  adalah  perjanjian  di bawah telunjuk Amerika. NATO – perjanjian politik dan ketenteraan ini ditubuhkan pada tahun 1949. Tujuan NATO: untuk menentang  negara-negara blok Soviet Union yang dipimpin oleh Rusia satelah  tamat Perang  Dunia Ke Dua.

Sebagai jawapan kepada NATO – 6 tahun kemudian pada tahun 1955 Soviet Union mendirikan Warsaw Pact. Perjanjian Warsaw ini menyatukan negara Blok Soviet dalam hal  politik, ekonomi dan kerjasama.

Dua blok – blok Amerika dan blok Soviet  menjadi protagonis Perang Dingin. Dari tahun 1947 hingga runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 dua  blok – superpower -  ini bertelagah.

Asas Perang Dingin  dua blok ini ialah pertempuran dua ideologi.  Ideologi sistem ekonomi kapitalis yang di kepalai oleh Amerika. Dan ideologi sistem ekonomi sosialis yang di pimpin oleh  Rusia.

Suasana politik berubah. Pada tahun 1985 Rusia di bawah Mikhail Gorbachev ( 1931 )  membawa  ‘perestroika ‘ dasar baru  yang terbuka. Amerika di bawah Ronald Reagan (1911-2004 ) menyambut dasar Rusia ini dengan tangan terbuka.

Akhirnya  Amerika di bawah Presiden Ronald Reagan dan Soviet Union di bawah Presiden Mikhail Gorbachev berjabat tangan.  Dua bekas musuh ini bertemu  di Geneva  ( 1985) , di Reykjavik (1986) , di Washington DC (1987) dan  di Moscow (1988). Permusuhan tamat.

Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989. Blok Soviet Union dimansuhkan.  Perang Dingin tamat.  Perjanjian  Warsaw terbatal dengan sendirinya.  

Salah satu perkara yang dipersetujui oleh Reagan dan Gorbachev ialah NATO tidak akan  menambah ahli dan menular ke Timur  hingga ke sempadan Rusia.   

Sayangnya persetujuan ini TIDAK di hitam putihkan antara Reagan dengan Gorbachev. 

Dunia mengalu-alukan  tamatnya  Perang Dingin.  Tetapi NATO masih wujud. NATO masih dengan agenda utama   menjadikan Rusia sebagai musuh.

Bukan saja NATO tidak di mansuhkan malah NATO terus menerima negara baru sebagai anggota. Negara bekas  Perjanjian Warsaw dan Blok Soviet  : Hungary, Republik Czech , Albania, Crotia, Estnonia, Latvia, Lithunia, Monte Negro, Romania, Slovakia . Slovania dan Poland kini semua  menjadi anggota NATO.


NATO ditubuhkan  dengan satu tujuan  : Menentang Rusia dan Soviet Union.  Kini Soviet Union tidak wujud tetapi niat dan tujuan NATO masih lagi  melihat Rusia sebagai musuh.

Bila Ukraine berniat  hendak menjadi  anggota NATO  ertinya  Ukraine hendak bermusuh dengan Rusia.

Rusia telah memberi amaran dan memberi ingatan berkali kali. Jangan luaskan anggota NATO hingga sampai ke depan pintu Rusia.   Negara-negara bekas Blok Soviet yang menjadi anggota NATO tidak dilihat mengancam keselamatan Rusia.  Tapi Ukraine  lain.

Ukraine dan Rusia bersempadan – seperti Tanah Semenanjung bersempadan dengan Siam. Justeru jika Ukraine menjadi anggota NATO ini bermakna senjata nuklear NATO boleh dipasang betul-betul di tepi katil Rusia.

Media Barat dan penyokong NATO  sentiasa  berhujah hak Ukraine untuk membuat perjanjian dengan sesiapa sahaja. Ini kerana Ukraine  negara berdaulat. 

Betulkah hujah ini ?

Untuk memahami hujah ini mari kita kembali ke tahun 1962. Ketika ini Perang Dingin sedang memuncak. Rusia di pimpin oleh Nikita Khrushchev manakala Amerika dipimpin oleh John F Kennedy
 ( 1917-1963 )

Rusia  dengan senyap-senyap telah cuba memasang senjata nuklear di Cuba. Bayangan jarak Cuba dengan Amerika hanya  90 batu. Semua kota Amerika menjadi sasaran senjata Rusia. Bila rancangan Rusia ini diketahui oleh badan perisik Amerika maka  terjadi apa  yang kini di ingati  sebagai Cuban Missile  Crisis.

Presiden Kennedy membantah.  Pertelagahan terjadi. Dunia hampir meledak dengan senjata nuklear. Amerika berkeras menolak rancangan Cuba untuk menempatkan senjata Rusia di negara mereka.

Betul – Cuba  negara berdaulat boleh membuat perjanjian dengan sesiapa saja. Ini hak Cuba. Tetapi memasang senjata nuklear di Cuba  mengancam keselamatan Amerika Sarekat.

Akhirnya Rusia membatalkan niat untuk memasang missile di Cuba.

Babak ini sama dengan apa yang berlaku di Ukraine sekarang. Tetapi media Barat  langsung tidak membuat  perbandingan dengan apa  yang berlaku pada  tahun 1962 dengan apa yang berlaku pada tahun 2022.

Tertiba  pada bulan  Februari 2022 Presiden Zalenskyy  mengoyakkan  Perjanjian Minsk.  Wilayah  Donbass yang majoritinya etnik  Rusia kembali di bedil. Kumpulan neo Nazi Azov kembali mengganas.

Justeru pada 22 Februari 2022 Parlimen  Rusia mengiktiraf wilayah Donbass sebagai  negara merdeka.  Dua hari kemudian Presiden Putin melancarkan apa yang dipanggil  ‘ special operation – operasi istimewa ‘ ke atas Ukraine.

Dua tujuan asak operasi ini. Pertama ‘ denazification’   membebaskan pengaruh Nazi di wilayah Donbass.  Ke dua untuk mempertahankan hak etnik Rusia menggunakan bahasa Rusia  yang diganyang dan ditindas  di Ukraine.

Apakah perang akan berterusan?  Krisis orang pelarian kini menghantui Eropah. Apa jawapan NATO dan Amerika kepada  ‘ special operation’ Putin. Tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAAN INI JUGA
DISIARKAN DI PORTAL MALAYSIAKINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/616841
DAN
PORTAL BERITA MALAYSIANINSIGHT,COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/375153
DAN
PORTAL  BERITA BEBASNEWS.MY
https://bebasnews.my/2022/04/04/rusia-dan-ukraine-ada-kisah-sebenar/