Selasa, 5 April 2022

BUNTING DAH BERANAK

 

Kes Ebit Lew masih disiasat, kata polis

POLIS masih menyiasat satu lagi kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Lew selain kes yang sudah didakwa di Tenom, Sabah pada Februari lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

Kes yang sedang disiasat itu tiada kaitan dengan kes yang sudah didakwa, katanya.

“Laporan kes ini sudah lama diterima, bukan baru. Siasatan sedang dijalankan.

“Kami perlu lengkapkan siasatan dan saksi juga sedang dikesan,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Kertas siasatan itu apabila lengkap akan dirujuk kepada bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, tambah Jalil.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes gangguan seksual yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

Beliau yang ditemui media kemudian berkata dakwaan gangguan seksual melibatkan dirinya adalah fitnah melampau dan beliau memaafkan mereka yang memfitnahnya.

Ebit, 37, diambil keterangannya selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Jalil juga pada masa itu mengesahkan polis ke rumah Ebit untuk pemeriksaan bagi melengkapkan siasatan.

Polis juga sudah merakamkan keterangan beberapa saksi, kata Jalil seperti dipetik media pada 24 Ogos.

Pada 18 Februari lalu, Ebit mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Beliau didakwa menghantar gambar dan perkataan lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita dengan maksud mengaibkan. Kesalahan didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan 20 hingga 23 April ini untuk penyerahan dokumen manakala kes secara tentatif akan dibicara pada Jun. – 5 April, 2022.


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

KALAU BUNTING

DAH BERANAK

KAH KAH KAH

SISAT JANGAN

TAK SIASAT

AMIN

LAMA TAK PA

TAPI JANGAN LAMA

NAK BAGI LUPA

KAH KAH KAH

AMIN

PAKISTAN & ISRAEL NEGAR KACAU

 


PAKISTAN & ISRAEL

DIWUJUD ATAS

NAMA AGAMA

AMIN

DUA DUA NEGARA

KACAU BILAU

KHALAS

Unknown commented on 

"PUASA HARI KE DUA"

DI NEGARA YANG DIDIRIKAN ATAS NAMA AGAMA NAGARA KACAU BILAU NEGARA CAKAR MAKAAR ini perlu dibahas dalam kelas sains politik dalam hal kerajaan dan politik. gwa yakin banyak negara yang boleh dijadikan bahan kajian selain Pakistan. Malaysia ini seharusnya belajar dan berupaya mengambil iktibar

BAHASA NUSANTARA

 


Bahasa Indonesia lebih layak jadi bahasa Asean, kata Nadiem Makarim

BAHASA Indonesia lebih layak untuk jadi bahasa Asean berbanding Bahasa Melayu Malaysia, kata Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nadiem Makarim.

Dalam kenyataannya yang dipetik media di republik itu, Nadiem berkata Bahasa Indonesia unggul dari sejarah, perundangan dan lingustik malah dipakai di 47 negara di seluruh dunia.

Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mahu Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kedua rasmi Asean, selepas Bahasa Inggeris.

“Saya tentu menolak usulan tersebut. Namun, karena ada keinginan negara sahabat kita mengajukan seperti itu, tentu perlu dikaji dan dibahas lebih lanjut,” katanya dikutip dari Kompas.com.


Nadiem juga meminta seluruh warga Indonesia mempertahankan bahasanya yang diakui dunia.

“Sudah selayaknya bahasa Indonesia duduk di posisi terdepan. Jika memungkinkan, boleh menjadi bahasa pengantar untuk pertemuan-pertemuan resmi Asean,” katanya.

Pada 23 Mac, Ismail Sabri mengumumkan hasrat Malaysia berbincang dengan pemimpin serantau untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua Asean.

Ia juga akan jadi bahasa perantara urusan kerajaan di luar negara apabila Bahasa Inggeris bukan bahasa rasmi negara tuan rumah.

Dalam lawatannya ke Jakarta minggu lalu, perdana menteri memaklumkan Presiden Joko Widodo mengenai hasrat pentadbirannya mengangkat Bahasa Melayu, katanya. – 5 April, 2022.     

WOIT

SABRI 114

SEBELUM JADIKAN

BAHASA MELAYU

BAHASA ASEAN

BAIKI RUMAH

SENDIRI DULU

AMIN

BUKAN

 TAK SOKONG

TETAP  SOKONG

AMIN

TAPI PUKEE RAHAH

APA DI PUTARJAYA

PAKAI PRESINT 

AMIN

KENAPA TAK PAKAI

 BAHASA MELAYU 

DI RUMAH SENDIRI 

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

ANGAN ANGAN

NAK JADI NYPD

KAH KAH KAH

PUTRAJAYA

BUKAN

KOTA NEW YORK

KAH KAH KAH

KEPALA BANA

APA DIA

BANGSAR SOUTH

KHALAS

AMIN

ROSMAH BUKAN KAMBING HITAM

 


ROSMAH BUKAN

KAMBING HITAM

KHALAS

Unknown commented on 

"PASAL APA NAJIB

 TAK JADI SAKSI ROSMAH"

Paling leceh bila kata Rosmah jadi kambing Hitam, mata buta ker apa? Dia saiz �� atau badak sumbu rhino lah, ada pulak kambing Hitam, pernah tengok kambing Hitam atau tidak kah kah kah jangan mare mare ya joke joke saja kah kah kah

LAGI EMPAT HARI

 



HARI SABTU

LAGI EMPAT

HARI ADA APA

TUNGGU & LIHAT 

AMIN

HUJAN SAMPAI KE LE CHATEAU

 

SELASA 5/4/2022

JAM  5.47

HUJAN LEBAT 

SAMPAI

GUA  TERSALAH CAKAP

TULIS AWAL SANGAT
GUA TULIS  PETANG INI
CUACA SANTAI INDAH 
KAH KAH KAH

GUA SILAP
TEPAT JAM 5.47
KETIKA GUA  KELUAR
NAK KE HOKKIEN
HUJAN LEBAT TURUN
GURUH BERDENAN DENTUM
TAK TAK TAKUT

INI WAKTU
PALING STRATIJIK
UNTUK 
PAK CIK MAK CIK
ABANG KAKAK
BERJUAL BELI
DI BAZAR RAMADAN
HUJAN  YANG SAMPAI
BETUL POTONG STIM

JAM 6.44
HUJAN MAKIN REDA

TADI TAK TAK & EZI
BASAH LENJAN
MEREDAH HUJAN
KAMI TAK MASUK HOKKIEN
HANYA DUDUK
DI TEMPAT LETAK KERETA
AMIN



PUASA HARI KE 3

 




PUASA

HARI KE 3

CUACA MOLEK
PANAS TAK TERIK
ANGIN BERTIUP
SANTAI NYAMAN

BAGAIMANA
BAZAR RAMADAN
BISNES PASTI BAIK
CUACA MACAM INI
BULAN MASIH  MUDA
DUIT MASIH RAMAI
KAH KAH KAH

GUA BERBUKA
MACAM KELMARIN
MAKAN BUAH MANGGA
AIR HALIA MADU

MAKAN MALAM
GULAI SIAKAP MAASAK ASAM
AMIN

SELAMAT BERBUKA PUASA

SELIDIKI PUNCA MASAALAH



PUNCA MASALAH

IALAH ANWAR

AMIN

BILA TAK SABAR

NAK JADI PM

AMIN

INI BERI PELUANG

PADA PAS

& GEROMBOLAN

 MASUK JARUM

KHALAS

hamim commented on 

"ABU MASIH GARIS TEPAT"

TT, perpecahan PH bukan saja berpunca dari perbalahan dalaman, adu domba dari luar juga adalah menjadi punca jatuhnya kerajaan diterajui oleh PH, MN ditubuhkan sebenarnya bukan untuk penyatuan ummah,MN adalah bertujuan untuk menganggu gugat PH, orang orang kuat BN tidak berdiam diri selepas BN tersungkur, ingat tak apa Zahid kata selepas Mahiadin dilantik jadi PM "SELESAILAH MISI SAYA"sesiapa yang tidak faham maksud kata kata tersebut orang tu memang BEBAL

MASALAH PAKATAN BUKAN PKR TAPI ANWAR

 


MASALAH PAKATAN

BUKAN PKR

TAPI ANWAR

KHALAS 

MASALAH PKR

 BUKAN ANWAR 

TAPI RAFIZI 

KHALAS


Yeop sepet commented on

 "PAKATAN

 BUKA CERITA BARU"

Nasik udah jadik bubur,beras udah jadik tuak. Dah terlambat nak perbetoikan keadaan. The only way utk survival DAP dgn amanah ialah campak Anwar,Anto balik Anwar kt tong taik asal dia. Selagi depa Tak ngaku ini sume salah Anwar,salah depa ikut Anwar,selagi tu Kita xleh betoikan keadaan. Anwar tu makhluk perosak.

PAKISTAN MAKIN KACAU

 

REPUBLIK ISLAM

PAKISTAN 

MAKIN KACAU

AMIN

PINJAM DUIT MARA

 


PINJAM DUIT 

MARA

KHALAS

 "MADEY PM 

ANWAR MENTERI PELAJARAN"

gua loan mara.. yang mara takde sapa nak bising ke..? macam gua dapat pinjaman mara.. bil belajar mara bayar.. mara kasi elaun juga.. satu hari mara kata pelajar kena bayar loan sendiri.. mara kasi duit bil dalam akuan pelajar... masa tu gua sangat gembira.. duit gua sebat bil gua tak bayar.. las gua benti bodo.. tolong sapa2 berjuang untuk mansuhkan loan mara please.. kah kah kah

SATU LAGI TARIKAN KE SIAM

 


SIAM MENGUBAH

DASAR

AMIN

KINI GANJA BAHAN

DAGANGAN

KHALAS

Kafe Ganja berhampiran Jalan Khaosan di Bangkok, yang menjual minuman berinfus cannabidiol. Gambar: Rebecca Roo

MANUSIA IALAH BINATANG BERFIKIR

 



APA ITU MANUSIA

AMIN

BINATANG BERFIKIR

YANG KENA ENTOT

IALAH MANUSIA

KHALAS



AktaHasutan1948 commented on "

SAPA DAPAT BIDADARI"

betul tu sham... Lim Guan Eng ngn bini dia Betty nak rasuah terowong ke banglo ke cuci duit haram ke tu antara dia dengan kepercayaan dia... yang Azam Baki SPRM sibuk2 nak jaga tepi kain sepet2 tak basuh berak bersih2 ni rasuah2 nape??? biar je la dia... mati esok pun dia hidup balik.. tak jadi anjing mungkin jadi babi... silap2 jadi anjing boleh kau bela... bela je la.. jngn kau entot anjing2 kau tu sudah la sham... maklumla.. sosialis2 etis ni ramai ngenton binatang... apa barang kehidupan semula dijanjikan bidadari dan bidadara... wakakakakkakakaka


SEMBAH KUBUR

 



SEMBAH KUBUR

PULAU BESAR

KHALAS

Unknown commented on 

"WAL PIDI AL DUBAI"

Mangkok dari melaka memang panas hati bila geng ugama Melayu Melaka di cerca sebab putar hukum islam berkenaan puasa. Maka di twist nya jauh ke sampah pd. Apa kena sampah pd dengan pembuat bidaah negeri melaka? Ni mesti geng sembah kubur pulau besar dah panas hati.

PAKATAN BUKA CERITA BARU

 




Pakatan perlu strategi baharu hadapi PRU15, kata Loke

PAKATAN Harapan (PH) perlu mencipta semula strategi kempennya untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, memfokuskan kepada menyediakan masa depan lebih baik kepada rakyat Malaysia dan negara, serta membawa perubahan, kata Anthony Loke.

Bekas menteri pengangkutan itu berkata PH perlu menawarkan sesuatu yang segar dalam strategi pilihan raya mereka kepada masyarakat.

Beliau berkata fokus perlu diberikan kepada cara yang akan mereka lakukan dalam mentadbir negara jika PH menang PRU, dan kaedah membawa negara ini maju dalam era pasca pandemik Covid-19.

Loke berkata rakyat lebih berminat dengan apa yang parti politik boleh lakukan untuk mereka dan bagaimana beban mereka dapat diringankan.

“Fokus perlu diberikan kepada bagaimana kita mahu mentadbir negara dan membawa negara ini maju ke depan terutama pada era pasca pandemik, bagaimana menyatukan rakyat, dan apa wawasan kita dalam mencipta persekitaran ekonomi lebih baik untuk rakyat biasa.

“Apa yang rakyat henda dengar ialah apa parti boleh buat untuk mereka dan apa wasasan kita untuk mewujudkan masyarakat lebih baik.

“Pengundi mahu dengar wawasan kita dan pendekatan serta cara kita membantu mereka dan negara ini untuk keluar daripada krisis semasa, keluar dari pandemik dan bagaimana kita menangani isu inflasi, kos sara hidup, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan sebagainya.

“Di hujungnya, asas bagi setiap pilihan raya adalah isu harian dan kehidupan. Itu yang kita perlu lakukan,” katanya yang juga ahli Parlimen Seremban kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, setiausaha agung DAP yang baru saja dipilih itu berkata mereka masih perlu untuk mengingatkan orang ramai tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau berkata perubahan perlu dilakukan bagi mengelak berulangnya skandal mega seperti 1MDB.

“Sudah tentu kita perlu ingatkan orang ramai tentang skandal rasuah rejim terdahulu dan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu jelaskan kepada masyarakat mengapa penting perubahan dilakukan, kita perlu mengistitusikan perubahan dalam institusi. Ini kerana kita mahu elak berulangnya 1MDB, pengulangan kleptokrasi.

“Semua orang tahun skandal itu. Saya fikir rakyat Malaysia tidak akan lupa gambar ratusan beg tangan berjenama mahal dan jutaan ringgit wang tunai yang dirampas dari kediaman Najib selepas 9 Mei, 2018,” katanya.

1MDB, yang diilhamkan dan diasaskan pada 2009 oleh Najib, kemudiannya menjadi skandal kewangan terbesar di negara ini.

Kerajaan PH membuka siasatan terhadap 1MDB dan pembabitan Najib selepas beliau disingkirkan pada PRU 2018.

Najib berdepan hampir 40 pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah berkaitan 1MDB.

Pada 2020, Najib disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng kira-kira RM42 juta daripada SRC International, anak syarikat 1MDB, masuk ke akaunnya.

Beliau adalah pemimpin pertama di negara ini yang disabitkan bersalah atas tuduhan kes rasuah.

Rayuannya terhadap sabitan itu masih di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Loke bagaimanapun berkata strategi PH tidak boleh mengenai Najib saja tetapi mendakwa isu besar seperti itu tidak boleh dielakkan.

Daripada sekadar menyerang Najib, Loke berkata orang ramai perlu dididik tentang akibat yang perlu mereka lalui, kesan daripada skandal itu.

“Jika naratif kita hanya belasah isu 1MDB dan tentang Najib saja tanpa bercakap mengenai perubahan, maka saya fikir rakyat akan jemu.

“Jadi, saya fikir kita perlu cipta semula bagaimana cara kita persembahkan mesej ini kepada rakyat.

“Perkara ini perlu komunikasi dan ditonjolkan kepada rakyat dalam cara lebih mudah dan terus, misalnya mengapa 1MDB berlaku dan ia kerana ada banyak kuasa eksekutif berada dalam tangan perdana menteri,” katanya.

Loke berkata PH perlu memegang kuasa untuk membawa segala perubahan ini. – 5 April, 2022.

BAWA CERITA 

BARU

AMIN

RAKYAT NAK

DENGAR

CERITA BARU

AMIN

CERITA NAJIB

CERITA ROSMAH

WAJIB  MASUK

 PENJARA SEKARANG

AMIN

INI SAMBUNGAN

CERITA 1MDB

YANG BELUM TAMAT

AMIN

DIRIKAN  BARISAN

UNITED FRONT BARU

AMIN

LUPAKAN CERITA

I GOT DE NUMBO

AMIN

PAKAT DG SEMUA

PARTI

TAK KIRA KECIL

ATAU BESAR

AMIN

SATU TUJUAN:

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

BUKAN LEMBU TAPI KENA TIPU

 

BUKAN LEMBU

TAPI

KENA TIPU

KAH KAH KAH

Yeop sepet commented on 

"WAL PIDI AL DUBAI"

Gua paling Tak paham amanah la,apa yg mat sabu mujahid Khalid samad nmpk kt Anwar nie???Masa atok lead depa,beria2 lawan atok,dpt jadik menteri pun Tak puas ati. Anwar baru jadik ketua pembangkang,depa nak bersuara pun dah tak brani,depa takut Anwar ponggong depa ke????.


 Ini cth amalan demokrasi yg baik???? Depa tuduh atok diktator,tp Lim guan eng jalan gak keje dia,xde sape bule overide MOF,sume go through proper channel. Betoi oo gua Tak paham amanah dgn DAP,apsei bodo sgt rela jadik lembu Anwar.

PAKISTAN : KRISIS PERLEMBAGAAAN

 


PAKISTAN

KRISIS

 PERLEMBAGAN

SELESAI HARI INI

AMIN

CHINA MERAH MASIH BERSAMA NAJIB

 




CHINA MERAH

MASIH BANTU NAJIB

AMIN

BUKTINYA 

JO LO

DI PILIHARA OLEH

CHINA MERAH TIDAK DIPULANGKAN KE MALAYSIA

KHALAS

hamim commented on

 "NEGARA TERGADAI

 PADA CHINA MERAH"

Nasib baik Ajibgor tumbang 2018 kalau tidak Malaysia pun jadi macam tu, itupun masih ada penjilat penjilat yang masih menyanjung dan memuja dia.....apalah yang ada dikepala hotak dia orang tu.

TERIMA KASIH

 



TERIMA KASIH

ATAS JEMPUTAN

AMIN 

Unknown commented on 

"SELAMAT BERBUKA"

Alhamdulillah.. selamat berbuka tuan tt... Semoga bergumbira... Klu tak nak bosan layan buka sorang²... Singgah la kat masjid.. tp gua tak tahu lu punya surau atau masjid ade buat berbuka puasa, tp masjid gua ade...