Rabu, 25 Mei 2022

MANUSIA BAKAR BAHAN FOSSIL

 


LEBIH 100 TAHUN

MANUSIA BAKAR

BAHAN TENAGA

 FOSIL

AMIN

MINYAK PETROL

ARANG BATU

GAS JANA KUASA

AMIN

ALAM JADI MARAH

KINI ALAM

MEMBAKAR 

KITA SEMUA

KHALAS

SYARIKAT GERMAN PUNYA KERJA

 




Segera selenggara, naik taraf kemudahan hostel, universiti, kata ahli Parlimen DAP

AUDIT dan siasatan bebas perlu segera dibuat ke atas semua asrama dan kemudahan universiti negara bagi mengenal pasti kerosakan, kata Ahli Parlimen DAP Dr Kelvin Yii.

Beliau turut menggesa Kementerian Pengajian Tinggi segera mengeluarkan dana bagi membaiki kemudahan dan peralatan yang membahayakan keselamatan pelajar.

Komen Ketua Pemuda DAP itu berkata demikian berikutan kematian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 21 tahun, yang didakwa kerana renjatan elektrik di kampusnya di Sintok, Kedah.

“Saya gesa Kementerian Pengajian Tinggi beri peruntukan secepat mungkin dan ketepikan segala birokrasi bagi agar penyelenggaraan dan penaiktarafan semua kemudahan di asrama universiti dan kemudahan lain dapat dilakukan segera dan tiada lagi insiden tragis seperti itu tidak berulang lagi,” kata ahli Parlimen Bandar Kuching itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, pelajar perakaunan Vinosiny Sivakumar, 20, ditemui mati di dalam biliknya pada Sabtu di kampus UUM di Sintok, Kedah.

Vinosiny, yang memakai cermin mata, ditemui di atas lantai. Komputer ribanya masih terbuka di atas meja, dia memakai fon kepala tanpa wayar. Sekeping kek yang telah dimakan separuh juga ada di atas mejanya.

Polis Kedah berkata renjatan elektrik berkemungkinan menjadi punca kematian, namun masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar.

Yii berkata kejadian seperti itu boleh dielakkan sekiranya penyelenggaraan di universiti dilakukan dengan sewajarnya.

“Maut kerana keadaan yang boleh dielakkan sepatutnya tidak berlaku. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk melindungi kebajikan dan keselamatan pelajar kita yang merupakan masa depan negara kita,” katanya.

Yii menyeru semua pihak berkuasa berkaitan yang terlibat dalam kes Vinosiny mempercepatkan siasatan yang diperlukan dan telus dengan keputusannya.

Selain itu, Yii turut mengingatkan satu lagi kejadian lebih kurang sama di beberapa universiti, yang juga kerana penyelenggaraan yang lemah.

“Malangnya, ini bukan kes terpencil kerana terdapat satu lagi insiden yang berlaku lebih kurang seminggu selepas kes di kampus Universiti Malaya di Lembah Klang.

“Kebakaran berlaku di bilik asrama selepas pihak pengurusan UM didakwa gagal membaiki kipas rosak yang pelajar telah pun buat laporan,” katanya.

Beliau berkata pada 2015, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadu tentang gangguan bekalan air yang kerap.

Pada 2021, kebakaran berlaku di asrama UUM, di mana punca disyaki kabel elektrik lama telah rosak tetapi tidak dibaiki.

Pada April 2022, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dan disyaki memanjat balkoni usang yang tidak diselenggara ketika cuba mengutip pakaiannya dari ampaian.

“Semua ini menunjukkan isu yang lebih besar mengenai keselamatan dan penyelenggaraan di semua asrama pelajar dan kemudahan universiti yang telah diabaikan sejak sekian lama. Berdasarkan banyak maklum balas daripada pelajar, ia bukan satu rahsia betapa kurang banyak kemudahan tersebut diselenggara dan banyak hanyalah bom masa dan kemalangan yang menunggu untuk berlaku,” kata Yii. – 25 Mei, 2022.

AL FATIHAH

INI PASTI

SYARIKAT GERMAN

YANG BINA SINTOK

AMIN

SYARIKAT MELAYU

BUMIPUTERA

TAK TIPU HAL

WIRING

AMIN

KOMPENI MELAYU

BUBUH SIMIN

BUKAN HANYA 

PASIR

AMIN

IKAN KEMBONG CUCI DOSA

 


PROJEK CUCI

DOSA MACAM2

AMIN

DULU CIUM

BATU ITAM

KAH KAH KAH

TERBARU 

IKAN KEMBUNG

 CUCI DOSA

KAH KAH KAHS

Unknown commented on 

"NGENTOT BAIK DI BALI"

Bila bagi kembung apa dia nak balik ? Adakah tolong dengan suci hati tanpa apa apa balasan? Begitu baik sampai menolong bini orang di Bali ? Kah kah kah TT kita perlu waspada pada orang orang yang suka tolong kita, kenapa sebab Raya nak sampai, semua nak jadi baik, nak jadi syumul, nak jadi Why Bee lah supaya kutip balik komisen rasuah projek kroni senang senang business cara politik, macam meniaga tepi jalan, senang tak payah bayar cukai, tak payah lesen, tak payah semua, buka paying buka business, kah kab kah kan senang meniaga lepas tu dalam bantuan tanpa apa apa sumbangan kepada negara, ramai puak begitu did mana mana kah kah

PAK CIK BAIK HATI

 



Mustafa menunjukkan saiz roti canai 50 sen (kiri) dan roti telur RM1 yang dijual di warungnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil, Melaka sejak 11 tahun lalu yang akan dikekalkan biarpun sukar mendapatkan tepung gandum bersubsidi sejak Januari lalu sehingga terpaksa membeli tepung pada harga lebih mahal.

Tepung naik pun, roti canai saya tetap sekeping 50 sen

MELAKA – Bukan sahaja tidak menaikkan harga kerana kos tepung gandum yang meningkat bahkan seorang peniaga roti canai di sini mampu mengekalkan harga menunya 50 sen sekeping sejak 11 tahun lalu.

Malah Mustafa Abd Latif, 58, bertekad untuk mengekalkan harga itu sehingga dia ‘menutup mata’ kerana memahami bukan semua golongan mampu menikmati sarapan kegemaran rakyat Malaysia itu pada harga yang tinggi.

Menurutnya, walaupun sejak Januari lalu hanya memperoleh keuntungan sekitar RM30 hingga RM60 sehari berbanding lebih sekali ganda jika menggunakan tepung gandum bersubsidi, dia lebih gembira melihat roti canainya mampu dinikmati semua golongan.

“Sejak mula berniaga pada 2001 memang pak cik sudah bertekad untuk kekalkan harga 50 sen untuk sekeping roti canai kosong dan RM1 roti telur sampailah pakcik ‘pejam mata’.

“Pak cik pernah hidup susah, pernah lihat ada keluarga besar yang terpaksa berkira-kira untuk gembirakan lapan anak walaupun hanya dapat makan roti canai kosong.

“Sebab itu pak cik tersentuh dan gembira bila melihat dengan bermodalkan hanya RM5, seorang bapa boleh gembirakan seluruh anak beranak menikmati 10 keping roti canai dan itulah nikmat berniaga bagi pak cik,” katanya ketika ditemui di warungnya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil hari ini.

Bapa kepada empat anak dan empat cucu itu berkata, setiap hari dia dan isteri, Norlela Salleh, 51, serta anaknya mampu menjual sekitar 10 kilogram tepung sehari yang boleh menghasilkan 220 keping roti canai.

Selain roti canai kosong 50 sen, menu lain yang kekal sejak 11 tahun lalu di warung yang disewanya pada kadar RM480 sebulan adalah roti telur dan roti bom RM1, roti sardin RM3 dan roti bawang RM1.30 sekeping.

Warung roti canai 50 sen disewa pada harga RM480 mampu memuatkan sekitar 60 pelanggan pada satu-satu masa.

Menurutnya, setelah ditolak kos bahan mentah tidak termasuk tenaga, dia memperoleh keuntungan sekitar RM50 untuk lima jam warungnya beroperasi bermula pukul 6.30 hingga 11.30 pagi.

“Tapi sekarang ini, dengan kesukaran mendapatkan tepung gandum bersubsidi RM1.35 sekilogram, pak cik terpaksa beli tepung gandum pada harga tanpa subsidi iaitu RM3 sekilogram.

“Kalau nak ikutkan, memang untung semakin tipis, sampaikan anak-anak pun tegur supaya naikkan sikit harga 10 sen ke 20 sen tapi pak cik tak nak kerana kerana masih ada untung sikit dan boleh ditampung dengan jualan makanan lain,” katanya.

Menu lain yang turut dijual di warung roti canai 50 sen itu adalah semua jenis masakan goreng, mi kari dan bakso berharga antara RM5.50 hingga RM7 sepinggan.-

PAK CIK

BAIK HATI

AMIN

BUKAN HANYA

TUJUAN NAK

 CARI UNTUNG

AMIN

HENDAK JUGA

CARI BAHAGIA

AMIN

SEMUGA MAKIN

RAMAI 

PELANGGAN

KHALAS

 

HUKUM GANTUNG ?

 



HUKUM GANTUNG

TAK MASUK AKAL

MACAM HUKUM

POTONG TANGAN

KHALAS

yusoferman commented on 

"BERITA BAIK 

TENTANG GANJA"

letakkan aje lah hukuman menghisap ganja ini separas dgn arak dan kutiplah cukai, ditangkap jika urine sangkut & bersalah ketika memandu atau khayal. kenapa nak gantung mengambil nyawa? dia penah nampak tak keluarga yg hilang bapa mcmana susah anak bini nak hidup?


MENTERI BANGANG



Indeks Harga Pengguna April 2022 naik 2.3%

INDEKS Harga Pengguna (IHP) bagi April 2022 meningkat 2.3% kepada 125.9 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Menurut laporan IHP April yang dikeluarkan, DOSM berkata kenaikan ini adalah melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga April 2022 (1.9%).

Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi makanan pada April meningkat lebih tinggi pada 4.1% dengan 89.1% item makanan bagi kumpulan makanan dan minuman merekodkan kenaikan.

Ini diikuti restoran dan hotel (3.2%); pengangkutan (3%); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.7%); pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.8%) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.3%), katanya dalam satu kenyataan.

Uzir menambah pendidikan mencatatkan peningkatan 1% manakala perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain menokok 0.8%.

Beliau berkata minuman alkohol dan tembakau serta kesihatan masing-masing meningkat secara marginal 0.5% dan 0.2%.

“Komunikasi pula kekal tidak berubah, manakala pakaian dan kasut turun 0.2% berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Mengulas mengenai laporan itu, ketua perangkawan itu menjelaskan kenaikan inflasi makanan yang menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna, kekal sebagai penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.

“Inflasi kumpulan ini meningkat 4.1% pada April 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol sebahagian besarnya berpunca dari kenaikan ketara komponen makanan di luar rumah yang meningkat 4.4% berbanding 4% yang dicatatkan pada Mac 2022,” katanya.

Uzir seterusnya berkata subkumpulan dalam makanan dan minuman bukan alkohol seperti susu, keju dan telur menunjukkan kenaikan tinggi sebanyak 7.2%, diikuti daging (6.2%), sayur-sayuran (4.5%) dan ikan serta makanan laut (3.8%).

Peningkatan harga sayur-sayuran disebabkan cuaca tidak menentu menjejaskan kematangan sayur-sayuran dan menyebabkan penyusutan bekalan di pasaran.

Selain itu, peningkatan harga ini juga disebabkan oleh peningkatan harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga manusia di tapak pertanian, jelas beliau.

Peningkatan dalam kumpulan pengangkutan pula terutamanya disebabkan oleh peningkatan purata harga petrol tanpa plumbum RON97 kepada RM3.84 seliter berbanding RM2.55 seliter pada bulan yang sama tahun lalu.

Ini sejajar dengan kenaikan 63.3% harga minyak mentah Brent kepada AS$105.78 setong pada April 2022.

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2% berbanding Mac 2022, disumbangkan oleh makanan dan minuman bukan alkohol; pengangkutan; perkhidmatan rekreasi dan Kebudayaan dan Restoran serta hotel yang masing-masing meningkat secara marginal 0.4%.

Dalam pada itu, beliau berkata kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.1%).

Beliau turut menambah inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 2.3% daripada 123.6 pada April 2021 kepada 126.4 pada April 2022. – Bernama, 25 Mei, 2022.

 

TUNGGU NANTI

AKAN ADA

MENTERI BANGANG

BERSUARA

AMIN

INFLASI KITA

TAK SAMPAI 5%

AMIN

NEGARA LAIN

ADA 10 %

AMIN

MAT BEBAL

KATA LIHAT 

SRI LANGKA

TURKI

LEBANON

INFALASI 50%

MALAYSIA

MASIH RENDAH

AMIN

PUKEEE RAHAH

KALAU BOLEH

KITA SIATKAN

MULUT MALAON

INI BAGI BERES

KAH KAH KAH

AMIN

TAK BOLEH TEMBUS

 


TEMBAK DENGAN

KEPALA AGONG

TAK LEH

TEMBUS

KHALAS

hamim commented on 

"PEMIMPIN 

ISLAM DIHALANG"

TT kenapa mereka takut sangat Sri Ram jadi ketua pasukan pendakwa?

HOT HOT HOTT TER KINI TER NOWW

 




Kacau isteri, Caprice minta individu bernama Najib mohon maaf dalam 24 jam

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice, memberi amaran kepada seorang lelaki yang didakwa mengganggu isterinya, Fara Inalis.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Caprice menunjukkan mesej yang dihantar individu tersebut di aplikasi WhatsApp yang dikirimkan kepada isterinya pukul 11 malam.

Berang dengan tindakan lelaki itu, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada individu dikenali sebagai Najib untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.




WOIT

CAKAP JELAS

CAKAP TERANG

KAH KAH KAH

NAJIB YANG

MANA SATU

AMIN

NAJIB YANG

SUKA JANDA KE?

KAH KAH KAH

SAL;AH PASTI DI HUKUM

 




MASUKKAN

NAJIB DALAM

JIL

AMIN

NEGARA AMAN

KHALAS

Unknown commented on

 "DENDAM SAMPAI

 KE LUBANG ULAR"

betul tu.. gua setuju dengan lu pasal ni... yang salah patut dihukum.. khalas.. kah kah kah..

ANAK BINI DAN MENANTU



PAK LAH

ADA KHAIRY

KAH KAH KAH

SABRI 114

ADA JOVIAN

KAH KAH KAH

KHAIRY

 JUAL UBAT

JOVIAN PUN

JUAL UBAT

KAH KAH KAH

KHAIRY 

PAKSA SEMUA

KENA SUNTIK

PAKAI UBAT

YG DIA ORDER

KAH KAH KAH

JOVIAN PAKSA

RAKYAT BELI

TUTUP MUKA

YANG ADA

CAP SIRIM

YG DIA BUAT

KAH KAH KAH

GIMIK POLITIK


GIMIK POLITIK

KHALAS

Unknown commented on
 
"BAHASA MELAYU - PUDEKLAH"

Aiyo... Udah berapa banyak kata-kata dari tamil, portugis, samskrit, arab, english, hebrew, tagalog dll dimelayukan... Bahasa melayu ni kira bahasa rojak sama juga dengan bahasa lain didonia... Bila bahasa melayu diangkat jadi bahasa asean adakah bermakna orang melayu tidak boleh lagi berbahasa rojak? Bukak posa bukan iftar... Hari raya bukan eid... Cam gitu ker...?? Aku tak berapa nak paham apa yang PM tengah cuba buat... Gimik politik ka? Selama la ni krajaang sendiri yang tak guna bahasa melayu... Orang kampung semua cakap melayu...

MANUSIA WAJIB BERUBAH


MALAPETAKA 

 AKAN TERJADI

JIKA UMAT MANUSIA

TIDAK BERUBAH

KHALAS

TOKONG ULAR DAN BUKIT BENDERA

 



TOKONG ULAR

 DAN  

BUKIT BENDERA

Pagi itu aku bangun tidur  di gereja di Pulau Pinang. Lepas mandi aku keluar dari bilik stor – bilik tumpangan kami.  Di luar aku lihat kosong. Bukan hari Ahad.   Lee Keong dan aku merancang hendak melawat Tokong  Ular.

Ini rancangan awal kami. Dari kampung lagi kami telah memasang niat untuk   melawat Tokong Ular dan Kereta Api Bukit. Dua perkara ini telah amat lama aku dengar. Sebelum aku masuk sekolah lagi aku sudah mendengar cerita Tokong Ular  dan Kereta Api Bukit Bendera. 

Tokong Ular ini lebih  mistik dan menakjubkan.  Kereta Api ini menarik tapi tidak menjadi satu tarikan yang misteri. 

Kami budak-budak kampung yang dikelilingi oleh budaya mitos dan ilmu kebatinan  Melayu akan membuka mata bila ada sesiapa saja yang bercerita tentang Tokong Ular di Pulau Pinang.

Malah apa pun kesah yang bersangkutan dengan ular pasti menarik. Cerita seperti perempuan bersalin melahirkan ular. Tok Bomoh pelihara ular. Atau kesah Empangan Batu  di Amar Penghulu  yang  mengalirkan  air ke sawah  dikatakan ada. Ular besar sebagai penjaga empangan. Sesekali ular ini memerlukan kambing sebagai habuan.

Tahun 1968 bukan ramai orang  dari Jelebu yang pernah sampai ke Pulau Pinang. Kesah Tokong Ular ini hanya datang dari mulut ke mulut. Bayangkan  hendak ke  Seremban pun agak jarang. Jika ada  budak kampung yang  sudah sampai ke Kuala Lumpur budak ini dianggap  amat hebat. 

Aku sendiri  pada  4 Februari 1965 telah sampai  ke Seremban menuntun filem Sitora  Harimau Jadian  (1964) arahan  P.Ramlee. Aku ingat hari Khamis ini kerana ianya Hari Raya ke dua. Aku berdiri naik bas Lim yang penuh sesak ke Seremban. Aku menengok filem P. Ramlee ini  di panggung Rex Seremban. Hebat.

Bila aku  dalam Darjah Empat dalam  buku Canai Bacaan  aku temui karangan tentang Pulau Pinang. Ada disebut Bukit Bendera dan Tokong Ular.

‘ Kita kena naik bas  ...’ Lee Keong mengingatkan aku. Maklumat hendak ke Tokong telah kami ketahui. James pembantu Paderi telah memberitahu kami.

‘ Ya.. bas kuning ke Air  Itam...’ Aku menjawab.

Kami menapak hingga sampai ke perhentian bas. Untuk aku menunggu bas di perhentian bas ini satu budaya baru. Di Jelebu tidak ada perhentian bas. Di mana-mana di tepi jalan bas Lim boleh ditahan.  Nampak bas angkat tangan - bas akan berhenti. Nak turun tekan loceng. Biasanya  bas berhenti ambil atau menurunkan penumpang di depan kedai -  tempat orang ramai.

Dalam bas aku minta bantuan kelindan bas untuk memberhentikan kami dekat  Tokong Ular. 

‘ Jangan takut....hang  sampai kita kasi turun ... tiket  dua kupang lima duit ..satu orang...’ Aku kurang pasti kelindan ini Abang India atau Abang Melayu berkulit hitam. Abang Itam ini  menghulurkan tiket pada kami. 

Awal dulu susah juga  nak faham  dua kupang lima duit. Satelah melintasi  Ipoh dan Taiping kupang dan duit ini bukan satu yang asing.

‘ Tokong.... dah sampai... hang kena jalan sikit...jaga-jaga jangan ulak paatok hang...’ Kelindan ini menggunakan ‘hang’ dan lorat bahasa  yang lain  dari yang biasa  aku dengar.  Ini pastilah lorat bahasa orang Utara yang mula aku kenali.

Kami turun dan terus menapak. Tokong ini dibina dalam reka bentuk yang belum pernah aku lihat. Atapnya ada naga. Di Kuala Klawang ada Tokong tapi tidak sehebat ini.  Untuk aku Tokong ini amat menarik. Ditambah pula dengan warna merah disana sini – menjadikan Tokong. Ini penuh  mistik.

Sebelum naik tangga aku telah tercium bau asap colok. Bila aku hampiri aku lihat banyak colok sedang berasap. Colok berasap dalam tempayan besi  yang dililit oleh naga. Ada juga tempayan tembikar kecil. Hakikatnya colok berasap disana sini.

Ketika kami sampai tidak ada pelawat. Jadi amat  senang kami nak menengok ular yang sedang  bersalai di atas ranting-ranting kayu. Aku lihat empat lima ekor. Semuanya  bersalai  tidur. Aku perhatikan semua ular dari jenis yang sama.

Apa yang pasti ini bukan ular lidi. Aku kenal ular lidi, malah aku pernah membunuh ular lidi yang sedang menggonggong katak. 

Ular di Tokong ini besar sedikit dari ular lidi. Warna hitam putih. Tapi tidak sepanjang ular lidi, Aku nampak juga  kelonsong kering ular ini tersangkut diranting.

Ketika aku memerhati ular mata aku tertarik dengan tiga keping gambar besar  hitam putih. Gambar dalam bingkai kaca ini tergantung  di dinding Tokong.

 Aku kenal wajah dalam gambar ini. Aku telah membaca berita sosok ini dari akhbar.  Ini gambar Shah Iran dan Permaisuri Farah Diba. Pada  awal tahun 1968 Shah Iran ini telah melakukan lawatan resmi ke Malaysia.  Berita lawatan mereka mendapat  banyak laporan dalam akhbar Utusan.

Aku tak sangka  Shah Iran dan Farah Diba (1938-1980) juga telah datang melawat Tokong Ular ketika mereka singgah di Pulau Pinang. Dari apa yang aku baca Shah Iran juga telah singgah di Kuala Kangsar untuk menjadi tamu Sultan Idris (1924-1984). 

 Aku merasa bangga dapat melawat tempat yang baru sahaja dilawati oleh  Raja Dari Segala Raja-Raja – ini gelaran  Ahmad Reza  Pahlavi ( 1925-1981).

Menapak turun dari tangga keluar dari  Tokong aku merasa telah berjaya  melihat ular dan Tokong  yang selama ini aku dengar dengan penuh misteri.

Kemudian kami mengambil bas sekali lagi. Kali ini kami ingin ke Bukit Bendera.  Ini  bukit   yang wajib kami naiki.

Stesen kereta api di bawah bukit. Tambang naik 40 sen. Aku rasa agak mahal juga tapi untuk mengalami naik kereta api bukit 40 sen sanggup dibayar. 

Kereta api ini hanya ada dua gerabak. Satu gerabak naik dan satu turun. Kereta api ini ditarik dengan kabel besi -yang turun menarik yang naik. Tapi ianya juga dibantu oleh injin. 

Di stesen ada papan tanda merakamkan sejarah kereta api ini. Dirasmikan perjalanan pada tahun 1923.  Sama seperti ‘cable-car ‘ yang ditemui di Switzerland.

Sama seperti Tokong Ular – kereta api Bukit Bendera ini juga tidak ramai orang, Hanya ada tiga penumpang - lima penumpang termasuk kami.

Apa yang menarik ditengah perjalanan – betul-betul ditengah tengah bukit -  kereta api ini berselisih. Ada  dua landasan yang dibuat khas untuk perselisihan ini. 

Tak sampai 30 minit kami telah sampai ke puncak. 

Di puncak ada bangku simen untuk duduk berehat. Boleh melihat panorama Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Aku nampak juga bahagian bukit yang menjadi kebun sayur.  Aku juga ternampak rumah-rumah banglo tersorok dalam bukit-bukit berhutan tebal.

Dalam kepala aku bagaimana susahnya penghuni ini jika pelita padam dan mancis api tak ada.  Rumah bersendirian di atas bukit. Jika ini berlaku di rumah aku dengan cepat  akan ke rumah Mak Long  di baruh untuk meminjam mancis api.

Ha! Aku terlupa - rumah orang kaya atas bukit tidak menggunakan pelita minyak. Mereka ada generator  sendiri untuk memasang leterik.

Satelah menikmati  suasana puncak Bukit Bendera kami mahu turun pulang.  Nak pulang wajib keluar 40 sen sekali lagi.  Aku ternampak lorong dalam belukar tidak jauh dari stesen.

‘ Mari kita turun ikut jalan bukit...’ Aku memberi cadangan kepada  Lee.

‘ Boleh ke ni....’ Lee merasa waswas.

‘ Kalau sesat kita balik ke sini...’

Kami mengikut lorong dan denai hutan. Aku menjadi selesa kerana ada papan tanda arah jalan. Ertinya ini memang jalan resmi untuk mereka yang berminat mendaki Bukit Bendera. Atau untuk  budak kampung macam aku yang nak selamatkan 40 sen.

Aku tak merasa  takut dalam hutan ini. Untuk aku ini perkara biasa. Cuaca baik dan jalan menurun bukit tidak lecah. Hampir satu jam kemudian kami tertiba sampai ke  kawasan padang tanah lapang. Denai telah berakhir. Di atas  padang aku nampak banyak monyet , kera dan cikah. Juga aku ternampak beberapa pelancong  lelaki Mat Salleh sedang mengambil gambar cikah dan kera.

 Kami keluar dari kawasan lapang ini. Menapak dan mengambil bas untuk pulang ke Gereja

Selesai mandi kami bertukar pakaian. Niat ingin  melaram. Kami menapak hingga sampai ke  jalan Panggung Odeon. Lalu kami singgah makan nasi campur di kedai India. Kali ini aku telah bersedia dengan harga yang akan melintasi satu ringgit.

Di depan kedai makan ini aku nampak  sepasang anak  muda Mat Salleh. Yang betina memakai selipar Jepun. Yang jantan  berkaki ayam. Mereka sedang menunggu seorang Jantan India yang sedang  membancuh secawan teh. Teh ini dituang dari gelas ke gelas untuk  disejukkan. Bila masuk ke dalam gelas aku nampak teh ini berbuih-buih..

Anak muda tak berkasut tadi pastilah Hippie.  Tahun 1968 di Pulau Pinang kali pertama  aku melihat Hippie.  Pada pemahaman aku Hippie  adalah anak muda Mat Salleh yang merayau ke seluruh dunia berjalan dari negara ke negara.

Pulau Pinang menjadi tempat persinggahan Hippie  yang sampai dari Madras India. Merka datang dengan kapal laut. Pulau Pinang menjadi pelabuhan awal sebelum mereka bergerak ke Utara ke Siam atau Selatan  ke Singapura. 

Aku pernah terbaca tentang Hippie dan gaya hidup mereka. Dari apa yang aku baca  mereka  berambut panjang sebagai tanda mereka tidak sama dengan orang tua mereka.

Di Amerika Hippie adalah anak muda memilih   menjadi Hippie untuk melarikan diri dari dipaksa  menjadi soldadu. Di Amerika anak muda lelaki – lapan belas tahun ke atas -  wajib menjadi tentera selama dua tahun. Ini khidmat negara.

Apa yang aku baca anak-anak muda Amerika memberontak tidak mahu  jadi soldadu untuk berperang di Vietnam. Menjadi Hippie berambut panjang berkaki ayam adalah manifestasi dari pemberontakan ini.

Lee Keong dan aku terus berjalan melintas Panggung  Odeon. Kali ini kami sampai ke kawasan beca. Banyak  beca membawa perempuan.  Juga ramai yang lalu lalang di jalan ini  lelaki Mat Salleh dan juga lelaki Negro.

Inilah kali pertama aku melihat lelaki Negro dari dekat.   Biasanya aku hanya melihat dalam filem seperti Sidney Poitier (1927-2022) dalam To Sir With Love  ( 1967 ) yang aku tuntun di Panggung Cathay di Seremban pada tahun 1967.


Aku mula sedar bahawa jantan-jantan ini adalah GI atau soldadu  Amerika yang datang bercuti ke Pulau Pinang.

Aku ada terbaca bahawa  Pulau Pinang telah menjadi tempat R&R untuk soldadu Amerika berehat satelah berkhidmat di Vietnam. R&R  ialah rest and recreation – rehat dan santai satelah bertugas di medan perang.

Bangkok, Penang, Tokyo, Hong Kong dan Manila adalah tempat  R&R soldadu Amerika pada tahun 1968 di zaman Perang Vietnam.

Di jalan yang sama aku ternampak banyak Amoi naik beca  entah hendak ke mana. Perniagaan beca di jalan ini amat rancak.

Tertiba aku  ternampak Jantan Mat Salleh mengepit  dua Amoi. Seperti karan otak aku menangkap bahawa jalan yang aku lalui ini adalah jalan perniagaan ‘ lendir dan daging segar ‘.

Aku membuka mata memerhati dan merakam dalam ingatan.

‘ So this is Penang...’ Aku bersuara kepada Lee Keong. 

Kami dua anak muda dari kampung terbuka  mata  melihat  kali pertama perniagaan daging segar secara terbuka di tepi jalan.

Aku kini  melihat  dunia yang  lebih luas. Dunia  yang telah melintasi Bukit Tangga.

‘ Mari kita pulang... esok nak bangun pagi....kita nak ke Kangar...’ Aku mengajak Lee pulang untuk mengakhiri malam.

Kami menapak pulang ke Gereja.

Dalam gelap kepala aku di atas bantal aku mengulang ingat apa yang berlaku hari ini. Ular, monyet , Shah Iran semuanya tergambar kembali.

Ada pelbagai bentuk – pelbagai macam – hal yang aku lihat untuk kali pertama. Yang paling tidak dapat aku lupakan ialah Mat Salleh  mengepit dua Amoi dalam beca.

Aku melayan mata untuk lelap. Esok kami akan ke Kangar Perlis. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/05/25/tokong-ular-dan-bukit-bendera/