Khamis, 2 Jun 2022
BERITA DAH LAMA DITUNGGU
SPRM buka 25 kertas siasatan pengurusan Covid-19
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 25 kertas siasatan berhubung pengurusan wabak Covid-19, dan mungkin memanggil Adham Baba untuk membantu siasatan, kata Azam Baki.
Ketua SPRM berkata siasatan itu meliputi pelbagai isu dengan senarai individu termasuk bekas menteri kesihatan yang berkemungkinan besar akan ditemu bual oleh suruhanjaya itu.
Azam tidak mahu menghuraikan lebih lanjut mengenai perkara itu bagi menjaga sensitiviti semua yang terlibat.
“Seperti yang saya katakan, terdapat 25 kertas siasatan dalam pelbagai isu.
“Itu tidak semestinya bekas menteri kesihatan akan dipanggil. Kita perlu lihat siapa yang terlibat, dan kita akan panggil mereka,” katanya kepada pemberita hari ini pada program media di Putrajaya.
Bulan lalu Azam berkata SPRM mula menyiasat kes melibatkan rasuah berhubung perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan; penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan dari segi kuantiti dan kualitinya; dan rasuah pegawai penguat kuasa semasa perintah kawalan pergerakan sebelum ini.
Beliau mendedahkan butiran itu semasa memberi ucaptama pada Forum SPRM Ke-3 di Putrajaya.
“Adalah menyedihkan, walaupun dalam pandemik dan keadaan darurat ini, beberapa pembelian ini terperangkap dalam rasuah.”
“Ini menunjukkan terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang masih mengambil peluang untuk membuat wang haram daripada keperitan dan musibah rakyat,” katanya. – 2 Jun, 2022.
WOIT
DESAS DESUS
DAH LAMA
DIDENGAR
JENG JENG JENG
NAMPAKNYA
ADA BENAR
KOBA ANGIN
ADO ORANG
BUEK DUIT
PAU KERAJAAN
AMIN
RAKYAT NAK
TAHU BERAPA
JUMLAH VAKSIN
DAN
BERAPA HARGA
SEKALI CUCUK
JENG JENG JENG
AMIN
PROJEK SOLAR MAK BADAK
PROJEK SOLAR
MAK BADAK
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"JANGAN LUPA 7 JULAI"
Ini projek Solar, Mak Badak Kantoi ..dulu jam gawat 1998 kompeni den pirnah dapat projek buat beribu-ribu Makmal Komputer sekolah drp sebuah kompeni "Bumiputera" yg punye duo-tigo pokorjo jo. Kompeni "Bumiputera Nogori" ni nonggar kabar mulo2 di bagi tender utk bokal komputer kek makmal tu jo
..bilo line keliyer agak eay di pakej kang dongan makmal sekali ..sonang tak yah poning2. Lupo lak den sapo gak eay Montori Pendidikan jam tu. Tapi yg den kesihankan io lah pado Kontraktor Kelas F maso tu ..3 tahun tak do job sobab gawat kewangan Asia Timor dan kes MOMBONTOT Montori Kewangan maso tu ..abih cam no ..
BANJIR KERAP BERLAKU
426 mangsa banjir terjejas di Gurun
SERAMAI 426 mangsa daripada 111 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda tujuh kampung di sekitar Gurun dekat Sungai Petani kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata setakat pukul 2 petang ini, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas itu.
“PPS surau Kampung Sungai Bongkok yang dibuka pukul 10.37 pagi tadi menempatkan seramai 176 mangsa daripada 44 keluarga manakala PPS Masjid Gurun Jaya yang dibuka pada 12.29 tengah hari tadi pula menempatkan 250 mangsa daripada 67 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, terdapat 75 rumah yang terjejas banjir membabitkan mangsa dari Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.
“Kawasan lain seperti Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun dan Kampung Sungai Badak masih dalam proses pengumpulan maklumat mangsa banjir,” katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan sebanyak tujuh kampung di mukim Gurun terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi, susulan hujan lebat berterusan yang turun melebihi tiga jam. – Bernama, 2 Jun, 2022.
BANJIR AKAN
KERAP BERLAKU
DILUAR MUSIM
AMIN
LEBIH GANAS
LEBIH AMPOH
LEBIH BAHAYA
AMIN
TEMPAT TAK
PERNAH KENA
BANJIR PUN AKAN
DILANDA BANJIR
KHALAS
INI MALAPETAKA
CUACA
AMIN
PENYAMUN BERTANJAK
PENYAMUN
BERTANJAK
KHALAS
Unknown commented on
"CUKONG TENTUKAN
POLITIK MALAYSIA"
Tu lom termasok pencuri bertanjak lagi menyamun pasir, tanah, balak negara.... Haahahaha
SEMUA BUDAK PEREMPUAN SELAMAT
MASA TU AKU
NAMPAK SEMUA
BUDAK PEREMPUAN
SEKOLAH DARMA
SELAMAT
TAK PERLU U.P.P
AMIN
hamim commented on
"SASARAN AKHIR KANGAR"
Sham, sampai Kangar ada nampak kereta perisai kat luar tulis UPP? Tau tak UPP tu apa? Tahun 80an saya pertama kali sampai Kangar atas urusan kerja, bila nampak kereta perisai tulis UPP saya tanya kawan sekerja yang bertugas diKangar nama dia Wan "Wan UPP tu apa?"
Dalam selamba dia jawab "Uloq Plan Plan" saya tak faham saya tanya dia" apa uloq plan plan?"dia jawab " kalau hang seludup beras hang kena tangkap hang uloq plan plan, han lepas lah, Unit Pencegah Penyeludupan jadi Uloq Plan Plan....ha ha ha
VIRUS BAHAYA BERNAM UMNO
VIRUS BAHAYA
BERNAMA UMNO
KHALAS
Unknown commented on
"AWAS VIRUS BAHAYA !!!"
Takyah tunggu virus nie nak hancurkan malaysia, cukup je biorkn org mcm zahid, org mcm najib bermaharaja lela dgn perangai babi... Anak² buah dia pun semuany mcm palat... Lg nak klaim nak kembalikan malaysia original, senang nak merembat mcm dulu2 la tu.... Jalan la babi, perosak negara betul la...
TEPUNG DARI PASARAN RUSIA
BELI TEPUNG
DARI PASARAN
RUSIA YG DISEKAT
KHALAS
Unknown commented on
"36 HARI LAGI"
Mcmana nak maju. Tepung dah kurang salahkan Ukraine Rusia berperang. Sepatutnya kena usaha dapatkan tepung termasuk dari pasaran gelap. Bila bangsa sendiri rasuah salahkan China merah. Sampai bila rasuah nak hapus. Kena tunggu China merah terhapus dulu ke? Simpan sikit kau punya khalas.
SEMBAHYANG PUN KORUP
SEMBAHYANG
PUN KORUP
KENAPA?
AMIN
Unknown commented on
"BETUL - PUNCA KORUP
IALAH CHINA"
16 hours ago
Punca korup? Tak payah la nak korup kaum agamawan sembahyang 5 kali u ingat senang ka? Tapi berlaku whatisdebekaus?
mael54 commented on
"IMAM MAHDI DAH
SAMPAI KE PAKISTAN"
Di sebabkan 72 bidakdari maka semua nak masok surga
KATA KATA P. RAMLEE
KATA KATA
P.RAMLEE
AMIN
Unknown commented on
"DUA SEJOLI TEKAN SABRI"
Negara makin punoh ranoh..barangan semua naik rega..cuaca dah kelam kabut..rakyat ada yg dah kebulur tapi haram jadah sibuk rebut kuasa...kenapa lah geng ni jadi manusia..(p.ramli cakap)
RIBUT TAUFAN MENJADI JADI
BILA BAKAR
TENAGA FOSIL
MINYAK & GAS
BUMI
TAMBAH PANAS
AMIN
BILA BUMI
TAMBAH PANAS
RIBUT TAUFAN
BANJIR MEJADI2
AMIN
INI NAMANYA
MALAPETAKA
CUACA
KHALAS
DUA SEJOLI TEKAN SABRI
Zahid jawab PM, BN siap sedia hadapi PRU15
BARISAN Nasional (BN) sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang berkata PRU15 hanya akan diadakan apabila parti itu bersedia.
“Perdana menteri, kita dah siap siaga hadapi PRU15,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan di Konvensyen BN di Kuala Lumpur hari ini.
Bagi menegaskan pendiriannya, presiden Umno itu kemudian meminta kira-kira 5,000 perwakilan BN yang hadir untuk untuk bangun sekiranya mereka juga mahu PRU15 segera diadakan.
Gesaan itu mendapat respon positif perwakilan yang hadir di konvensyen yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Ahmad Zahid kemudian bagaimanapun memberi jaminan akan mengadakan perbincangan dengan Ismail Sabri untuk menentukan tarikh pilihan raya umum tersebut.
“Walaupun ada yang mahukan kepastian bilakah pilihan raya akan diadakan, biarlah saya dan perdana menteri berbincang bagi menentukan jeda waktu yang terbaik untuk kita menghadapi PRU15,” kata Zahid.
Ahmad Zahid juga menggesa jentera BN membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tambahnya, dengan tempoh lebih empat tahun sejak PRU14 berlangsung, PRU15 boleh berlangsung pada bila-bila masa sahaja sekaligus BN tidak boleh leka.
“Segala persiapan menghadapi PRU seharusnya sudah mencapai tahap tertinggi dan saya benar-benar berharap, semua komponen BN harus lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja teknikal pilihan raya.
“Kita perlu bekerja dan bersedia untuk menang,” katanya yang mahu BN menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama parti itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dicapai.
Namun begitu, antara syarat yang dikenakan adalah mereka yang mahu bekerjasama dengan BN harus menerima prinsip parti gabungan berkenaan.
“BN mesti bersifat inklusif dan lebih terbuka demi memastikan negara stabil dan rakyat sejahtera. BN perlu terbuka untuk menjalinkan kerjasama mahupun menerima sesiapa sahaja.
“Selagi mana mereka menerima prinsip BN yang berteraskan kesederhanaan, yang berpaksikan kepada keikhlasan untuk membela rakyat dan kesetiaan kepada segala pasak negara,” kata Zahid.
Malah, komponen BN juga katanya harus bersedia untuk keluar daripada kerangka lama dari segi formula pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU15 akan datang.
Selain itu, BN Zahid harus menampilkan lebih ramai muka-muka baharu sebagai calon yang mewakili BN dalam pilihan raya umum nanti, kata Zahid.
“Kita telah membuktikan 87% muka baharu di Melaka dan 79% di Johor telah menangkap imaginasi pengundi untuk kembali bersama BN.
“Berdasarkan rekod dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini, di kawasan muka-muka baharu yang ditampilkan, kita menang di semua saluran muda termasuk saluran pengundi baharu berumur 18-25 tahun,” kata Zahid.
Terdahulu dalam ucapannya di konvensyen itu, Ismail Sabri berkata beliau akan segera membubarkan Parlimen selepas gabungan BN bersiap sedia.
Selain Ahmad Zahid, tekanan serupa disuarakan bekas perdana menteri Najib Razak agar PRU15 disegerakan kerana menurutnya keadaan semasa memihak kepada gabungan itu.
Penasihat BN itu memberi amaran agar Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu menentukan tarikh PRU14 yang menyaksikan BN tewas dan hilang kuasa.
Gesaan agar pilihan raya umum diadakan lebih awal, terutama dari pemimpin BN yang berdepan kes besar di mahkamah meraih kritikan kerana dilihat sebagai usaha untuk mengelak pengadilan. – 1 Jun, 2022.
SPASANG
MERPATI DUA
SEJOLI
ZAID & NAJIB
SEDANG TEKAN
SABRI 114
KAH KAH KAH
NAJIB ZAHID
MAHU PRU
SEKARANG
AMIN
SABRI 114 MAHU
PRU TAHUN DEPAN
AMIN
NAJIB ZAHID
NAK MAT SAN
JADI PM UNTUK
BEBASKAN MEREKA
AMIN
SABRI 114
NAK MASUKAN
NAJIB ZAHID
KE DALAM JIL
SEBELUM PRU15
DIADAKAN
AMIN
KHALAS
KES AMAT PELIK
2 remaja dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam MPV
MISTERI kehilangan dua remaja akhirnya terjawab apabila polis menemukan mayat mereka dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di ruang parkir bawah tanah sebuah bangunan kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata dua mayat masing-masing seorang remaja perempuan dan lelaki berusia 19 tahun itu ditemui selepas polis menerima aduan orang awam pada 8.26 malam Ahad lalu.
“Hasil pemeriksaan polis menemui mayat seorang perempuan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit yang dipercayai telah lima hari meninggal dunia.
“Pemeriksaan ke atas tubuh kedua-dua mangsa serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Siasatan juga mendapati pemilik asal MPV terbabit telah selesai menjual kenderaan itu kepada ayah mangsa remaja lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada 23 dan 24 Mei lepas, polis telah menerima laporan mengenai kehilangan dua remaja berkenaan daripada keluarga mereka, masing-masing di Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan selepas gagal menghubungi kedua-dua mangsa.
“Seorang mangsa merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam manakala seorang lagi akan memasuki ke sebuah maktab perguruan. Hubungan kedua-dua mangsa adalah rakan dan mereka bukanlah penduduk di kondominium terbabit,” katanya.
Muhammad Idzam berkata kedua-dua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menyalurkan maklumat terus kepada Ketua Polis Balai Salak Selatan, Insp Muhd Arfizan Ab Aziz di talian 019-9198729 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051. – Bernama, 1 Jun, 2022.
KES PELIK
MATI DLM KERETA
AMIN
KITA LIHAT
APAKAH LANJUTAN
BERITA
ATAU
BERITA INI SEPERTI
LUMRAH AKAN
HILANG TERUS
TANPA UJUNG
PANGKAL
AMIN
IMAM MAHDI DAH SAMPAI KE PAKISTAN
IMAM MAHDI
DAH SAMPAI
AKAN SELAMATKAN
PAKISTAN
AMIN
Unknown commented on
"ISLAM RASUAH
DAN NEGARA GAGAL"
Rileks bro... Lu rasa Mat Qassim imam mahdi akan biar negara islam pakistan dan malesia porak poranda ke? Tak lama lagi mat qassim akam menyatu padukan semua negara islam. Aku nak tunggu dang lihat... Kalau tak betul jugak mahdi yang satu ni... Sahlah umat islam dang negara islam akan terus hanyut berpaut pada kesah dongeng 1001 malam tok arab yang dicedok dan disesuaikan dari panglipur lara yahodi.
ZIONIS TEMPATAN
ZIONIS
TEMPATAN LAGI
BANYAK DARI
ZIONIS LUAR
KHALAS
"SISTEM EKONOMI KAPITALIS"
Dah bagi berapa tahun untuk maju, bagi diskaun, bagi pinjaman bagi semua tapi siapa buat untung, siapa dapat hasil? Kah kah yang merempat akan berterusan, yang kaya lagi kaya, yang miskin dibiar miskin untuk undi, tak payah sibuk zionis luaran, zionis dalam lagi banyak kah kah kah
36 HARI LAGI
KES ROSMAH
KHAMIS 2/6/2022
KITA TUNGGU LAGI 36 HARI
ROSMAH AKAN JATUH HUKUM
KITA TUNGGU LAGI 36 HARI
ROSMAH AKAN JATUH HUKUM
ANGKA
TURUN NAIK
BAKAL BANDUAN
NAJIB
CADANG ADA KEMBALI GST
PAKATAN HARAPAN
TAK SETUJU
KITA LIHAT APA AKAN JADI
APAKAH PAKATAN
AKAN BAWA RAKYAT
KE JALAN RAYA?
UNTUK MENANG PILIHANRAYA
WAJIB TURUN KE JALAN RAYA
TAK DA JALAN RAYA
KALAH PILIHAN RAYA
AMIN
HARGA TEPUNG NAIK
INI BARANG IMPOT
INI AKIBAT PERANG UKRAINE
UKRAINE
ZELENSKY NAK BERUNDING
TAPI PUTIN TAK AMBIL POT
INI YANG DILAPOR MEDIA
TAPI DALAM GELAP
ADA RUNDINGAN
JIKA TIDAK UKRAINE HANCUR
ANGKA PELARIAN PERANG
KINI 6 JUTA ORANG
INI KOS YANG SEDANG
DIBAYAR OLEH
PENYOKONG UKRAINE
AMIN
HOKKIEN
HENING KOSONG
LOPAK AIR DAH KERING
CENGKERIK BERSIMPONI
JANTAN BERKOKOK
TERKUKUR BERLAGU
GUA LALU DEPAN MENGKUDU
PANDANG RUMPUT DAH MENGUNING
TAPI GUA HANYA NAMPAK
SAEKOR PIPIT TERBANG SOLO
MUNGKIN DITINGGAL KAWAN
BIASANYA MEREKA BERKUMPULAN
MATAHARI DAH KELUAR
SINAR MALAP
LANGIT TIDAK INDAH
KL & KL CENTRAL TERANG
GUA RASA MUSIM PANAS
DAH SAMPAI
AMIN
BRO
MULAKAN
PAGI INI DENGAN
SENYUMAN
BRO
JALAN HIDUP INI
PASTI ADA MASALAH
KALAU HIDUP TAKDA MASALAH
ITU SATU MASALAH
BRO
KALAU LU NAK TENGOK PELANGI
LU MESTI MELIHAT HUJAN
BRO
RAMAI MELIHAT DUNIA INI
TEMPAT YANG MENGANCAM
MEMANG
DUNIA INI TEMPAT
YANG MENGANCAM
BRO
HIDUP INI ADA TERASA
PANJANG ADA TERASA SINGKAT
BERGANTUNG
BAGAIMANA MENJALANINYA
BRO
JANGAN HIDUP MASA LALU
JANGAN HIDUP MASA DEPAN
JALANI HIDUP
MASA SEKARANG
BRO
HIDUP INI
JIKA DIJALANI DENGAN BAIK
CUKUP PANJANG
BRO
SAAT KITA MENGAJAR
KITA BELAJAR
BRO
MULAI HIDUP DI SAAT INI
DAN KIRALAH SETIAP HARI
KEHIDUPAN YANG LAIN
BRO
PERMATA TIDAK AKAN LICIN
TANPA DI GESEK
MANUSIA JUGA TIDAK SEMPURNA
TANPA UJIAN
BRO
KITA INI TIDAK
TERPENGARUH OLEH PERISTIWA
TAPI
DARI PANDANGAN KITA
TERHDAP PERISTIWA ITU
BRO
JIKA LU HIDUP
SESUAI DENGAN ALAM
LU TIDAK AKAN PERNAH MISKIN
JIKA LU HIDUP
IKUT CAKAP ORANG LAIN
LU TAK AKAN PERNAH KAYA
BRO
SEBUAH HADIAH
BUKAN APA YANG DILAKUKAN
ATAU DIBERIKAN
TETAPI DARI NIAT
PEMBERI DAN PERLAKUNYA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
KALUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
7 JULAI 2022