Ahad, 12 Jun 2022

NAJIB WAJIB DIBENARKAN BERTANDING



NAJIB WAJIB

DIBENARKAN

BERTANDING

AMIN

JANGAN ZALIMI

PEMIMPIN ISLAM

YANG SUKA CIUM

BATU ITAM DAN

BERI SALAM 

PADA KUBUR

KAH KAH KAH

KAPITALIS DIDAHULUKAN



Putrajaya kena sebelahi penduduk Kampung Sungai Baru, kata Khalid Samad

PUTRAJAYA tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang untuk mengambil alih tanah penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur bagi projek pembangunan, kata bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Khalid pada sidang media pagi tadi berkata, menggunakan Akta Pengambilan Tanah bermakna Putrajaya hanya berpihak kepada pemaju serta tidak adil kepada penduduk.

Beliau mengulas rundingan antara penduduk Kampung Sungai Baru dan Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB) yang masih tiada penyelesaian.

“Pertama sekali, kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah ke atas penduduk Kampung Sungai Baru kerana itu tidak adil memandangkan rundingan masih berjalan.


“Masalahnya sekarang ialah pemaju tak mahu beri pampasan berpatutan kepada penduduk, ” katanya.

Lagipun, penduduk Kampung Sungai Baru masih bersedia untuk meneruskan rundingan, tambah pengarah komunikasi Amanah itu.

Jelasnya, penduduk hanya menuntut bayaran pampasan yang munasabah.

“Tindakan kerajaan mengambil tindakan undang-undang bermakna ia memihak kepada pemaju yang mendapat manfaat besar daripada projek.

“Kerajaan tak boleh menyebelahi pemaju kerana ini projek swasta, bukan projek kerajaan. Jadi Putrajaya kena tegas dalam hal ini,” ujarnya.

April lalu, penduduk Kampung Sungai Baru merayu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan warta yang membenarkan pemaju mengambil tanah mereka tanpa bayaran pampasan yang adil.

Dalam sidang media pada 16 April lalu, Khalid berkata tawaran pemaju kepada pemilik rumah pangsa dan rumah teres di kampung itu tidak masuk akal. 

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan pemilik rumah flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kampung Sungai Baru enggan berpindah walaupun telah diberi notis pengusiran.

Seramai 38 pemilik menuntut pampasan lebih tinggi daripada tawaran RM250,000 dari pemaju yang sudah mengambil alih tanah berkenaan.

Mereka yang menolak arahan notis itu berkata akan terus memperjuangkan pampasan lebih tinggi daripada yang ditawarkan.

Penduduk berkata tiada kediaman yang mampu dibeli dengan nilai RM250,000 di sekitar Kuala Lumpur. – 12 Jun, 2022.     

INI WATAK

SISTEM KAPITALIS

PEMODAL PEMAJU

DI DAHULUKAN

BUKAN RAKYAT

AMIN

RAKYAT MELAYU

PEMAJU CHINA

YANG MISKIN 

MELAYU

YANG KAYA 

CHINA

AMIN

INI BUKAN

PERKAUMAN

INI KELAS

AMIN

YANG KAYA

TINDAS YANG

MISKIN

YANG KAYA

 RAMPAS 

HAK YANG 

MISKIN

AMIN

WAJIB KITA

KELUAR DARI

PANDANGAN

KAUM

AMIN

ANALISA DARI

SUDUT KAYA

MISKIN

AMIN

INI PEJUANGAN

KELAS

AMIN

KHALAS

BEBASKAN GANJA DAN KETUM

 


BEBASKAN

GANJA & KETUM

DARI CENGKAMAN

BAGINDA QUEEN

KHALAS


panglimo potaseh commented on

 "HUKUMAN MATI"

Bila ada org org besar kerajaan yg pencen tanam dadah kono chokop ..masa tu lah hookoman gantong sampai mampoos ndak di mansoohkang ..pukimak kau laa ..

Unknown commented on 

"BEBASKAN GANJA"

Ini semuo kojo setan... Setan iblis mmg suko suruh manusio duduk dokek hal antaro nie... Kek mano lg tompek setan klu tak duduk dokek tongah²... Tongah matahati rombang, dokek antara siang dgn malam, sonjo la tu.. dokek colah² laki dgn perempuan. Dokek colah poho,, colah ketiak, colah kukuk, tu tompek terbaik, toron sodap dgn pompuan tak nikah pun setan yg hasut imasginasi... klu hal yg nie lopeh kono pipon, antaro waras dgn gilo. Khayal... Mmg sonang kojo setan iblis nak hasut... klu khayal nie, lebai afganistan pun buley salah buat keputusan pasal kehidupan, salah caro ea dokekkn diri dgn tuhan.. mampuih kono robuih smpai ompok esok²...

SUSUN ATUR BANGUN DAN LAWAN



Penduduk Puchong bantah taman permainan jadi parkir

PENDUDUK Puchong mendesak pihak berkuasa menghentikan projek pembangunan yang bakal memusnahkan taman permainan mereka.

Warga Taman Puchong Intan berkata kerja pembinaan itu akan menukar satu-satunya taman permainan mereka kepada tempat letak kereta.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, penduduk mendakwa pihak berkuasa hanya memekakkan telinga apabila mereka membuat rayuan. Dakwa mereka, meskipun beberapa laporan polis telah dibuat terhadap pemaju namun masih tiada maklum balas.

Pagi ini, penduduk akhirnya mengetengahkan perkara itu kepada pihak media. 

Wakilnya, Deva Varman, 40 berkata  Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan wakil-wakil yang telah dilantik juga gagal membantu mereka.

“Kami minta MBSJ tunjukkan dokumen hitam putih kebenaran pembangunan ini tapi mereka tidak tunjuk jadi kami tiada pilihan lain selain buat laporan polis,” katanya.

Bersempadan dengan taman permainan di Jalan Intan 2, Taman Puchong Intan Fasa Satu itu adalah Apartmen Puchong Intan 10 tingkat dan Kuil Sri Naga Nageswari Alayam.

Bertentangan dengan kawasan taman yang memiliki buaian dan papan gelongsor untuk kanak-kanak itu terdapat deretan 378 rumah teres setingkat, 240 unit rumah kedai dan Surau An-Nur.

Menurut Deva, penduduk tidak pasti sama ada pihak berkuasa memberi kebenaran untuk membina kawasan tempat letak kereta di situ. 

Sementara seorang penduduk, Shelarajoo Sabathy, 61 berkata mereka bukan menuntut sebarang pampasan sebaliknya hanya mahukan taman permainan itu kekal di situ.

“Kami mahu taman ini kekal di sini dan tidak dibangunkan menjadi benda lain. Hanya ini tempat untuk anak-anak kami meluangkan masa pada waktu petang memandangkan tak banyak aktiviti boleh dibuat di kawasan sekitar.

“Kami tidak menerima sebarang notis daripada MBSJ tapi kontraktor telah mula memotong pokok dan memusnahklan peralatan permainan di sini,” katanya. – 12 Jun, 2022.

YANG MISKIN

TERUS DITINDAS

KAWASAN RUMAH

DI MUSNAH

AMIN

TAPAK RUMAH

DI RAMPAS

AMIN

SATU SAJA

JALAN

SUSUN ATUR

BANGUN DAN

LAWAN

KHALAS

PELACUR BUAT BUAT TAK TAHU


Sokongan kepada Ismail Sabri tidak boleh bersyarat, kata PAS

PAS mahu supaya sokongan tidak bersyarat diberikan kepada Perdana Menteri smail Sabri Yaakob bagi memulihkan negara dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin berkata kepercayaan yang telah diberikan rakyat dan parti-parti lain dalam kerajaan tidak boleh dikhianati.

“Sepertimana Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) mahu menangguhkan pemilihan parti demi perpaduan dan kestabilan Umno, begitulah juga hasrat kerajaan pada hari ini untuk meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata tujuan PAS menyokong kerajaan pada hari ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan negara dapat ditadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan.

Sehubungan itu Khairil Nizam berkata rakyat tidak boleh diheret dalam konflik perebutan kuasa dalam parti.

“Masalah utama yang dihadapi oleh negara pada hari ini bukanlah isu parti mana atau siapa yang perlu dominan dalam kerajaan tetapi masalah utama kini ialah krisis ekonomi. Peningkatan inflasi semakin menghimpit rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya. – Bernama, 12 Jun, 2022.              



PELACUR NI

BETUL TAK

TAHU ATAU

BUAT TAK TAU

KAH KAH KAH

SABRI 114 JADI

PM BESYARAT

ITU NAMANYA

SYARATTON

AMIN

ADA SYARAT DG

MUHYIDIN 

KAH KAH KAH

TANPA SYARAT

SABRI 114 TAK

MUNGKIN JADI 

PERDANA MENTERI 

AMIN

LU TAK CAYA

LU  TANYA

EKO GAPO

KAH KAH KAH

KHALAS

PANTEK BAGINDO QUEEN

 


NYOROK

BAWAH PANTEK

BAGINDO QUEEN

KHALAS

Panglimo potaseh commented on

 "JUAL SENJATA"


Jam Jopon langgar Tanah Molayu jam tu kita dah tak do tolor dah ..Rajo dan Pombosa somuo dah lari ko Inglan nyorok bawah pantek Queen. Takot2 Jopon pon mereko tolah bino nogaro nyo jadi top five dunio ..kito ado apo ..tolo duo bijik ado lah. Perairan kito nak jago cam mano ..dongan kapasolam ko ..Zahid totok moli kapal porang habih biliyun2 hinggit tapi sobijik sampan pon tak dapek ..yg kito ado hanyo Parang Terbang jo ..kahkahkah ..

MALAPETAKA UDAH SAMPAI

 


PANAS PANAS

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

MALAPETAKA

CUACA UDAH

SAMPAI

KHALAS

DARI JELEBU KE NEW ZEALAND

 

DARI JELEBU

KE NEW ZEALAND

KAH KAH KAH

JALAN KE JELEBU

YG DIKATAKAN

MACAM JALAN 

DI NEW ZEALAND

HEBOH HEBOH

KAH KAH KAH

YANG CAKAP

TAK PERNAH

SAMPAI

KE NEW ZEALAND

YANG NENGOK

PUN BELUM

PERNAH SAMPAI 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KHALAS






KERETA API -BAGINDA QUEEN


BUAT KERETA API

NAK BAWA BIJEH

 KE PELABUHAN

AMIN

Unknown commented on

 "BEBASKAN GANJA"

Jangan lupa Baginda Queen bawa jalan keretapi bangunan masuk sini, kah kah semua asas Baginda Queen, bukan Razak Baginda, Najib Mahathir semua semua tahu mencuri saja , kah kah kah memang cakap betul Melayu mudah lupa kah kah

CUACA MAKIN PANAS

 


CUACA MAKIN

PANAS MAKIN

HANGAT

AMIN

HUKUMAN MATI


Kumpulan peguam gesa Putrajaya mansuh terus hukuman mati

HUKUMAN mati patut dimansuhkan sama sekali kerana ia tidak berkesan untuk mencegah jenayah berat, kata Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL).

Ketua Penyelaras LFL Zaid Malek berkata setakat ini tiada satu pun kajian kuantitatif yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan hukuman mati berjaya mengekang atau mengurangkan kesalahan berat yang mesti dihukum dengan hukuman itu.

Beliau berkata, pemansuhan hukuman mati wajar bagi mengelak ketidakadilan terutamanya terhadap mereka yang ditahan atas kesalahan dadah.

“Keldai dadah yang sering didakwa dan dihukum gantung, manakala ‘raja-raja dadah’ yang menjadi dalang terus bebas,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Heng Zhi Li kelmarin, yang mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Kenyataan Heng itu disifatkannya terkebelakang kerana menyokong ketidakdilan dalam pelaksanaan hukuman.

Kelmarin, kerajaan umum pemansuhan hukuman mati mandatori, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata hukuman mati tetap ada, cuma tiada lagi mandatori bagi memberi hakim menggunakan budi bicara masing-masing dalam menjatuhkan hukuman.

“Kita berpandangan setiap manusia perlu diberi peluang kedua, jadi hakim ada dua pilihan kalau dia rasa itu memang penjenayah tegar, mengedar dadah menyebabkan ribuan orang mati, boleh dijatuhkan hukuman mati dan kalau ikut budi bicara hendak beri hukuman seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori kepada hukuman lebih ringan,” katanya dipetik media. – 12 Jun, 2022.     

TUJUAN

HUKUMAN

MATI UNTUK

SELESAIKAN

MASALAH DADAH

AMIN

KALAU HUKUMAN

MATI BOLEH

SELESAI MASAALAH

DADAH INI BAIK

AMIN

MAKA KITA BOLEH

GUNA HUKUM MATI

UNTUK PENERIMA

UNTUK PEMBERI

RASUAH

AMIN

BARU BOLEH

SELESAI

MASALAH RASUAH

MACAM KITA

SELESAIKAN

MASALAH DADAH

KHALAS

WARISAN SENI SEJARAH


Pembuat beca tertua Pulau Pinang mahu bersara

CHOO Yew Choon, 65, antara pembuat beca terakhir di Pulau Pinang, merancang untuk bersara daripada pekerjaan yang diwarisinya sejak 35 tahun itu. 

Warga emas itu adalah generasi keempat pewaris pekerjaan yang merupakan aktiviti perniagaan turun-temurun keluarganya yang dianggarkan sudah berusia lebih daripada 100 tahun.

Choo mula terlibat secara langsung dalam aktiviti membuat dan membaik pulih beca di sekitar Pulau Pinang pada 1989 selepas bapanya jatuh sakit.

“Dahulu saya kerja kilang, apabila ayah sakit saya balik tolong (menguruskan perniagaan), waktu itu saya berusia 30 tahun.

“(Sekarang) sudah 35 tahun buat beca dan baik pulih beca tiga roda. Kedai sudah 100 tahun, saya generasi keempat pembuat beca, diwarisi daripada keluarga bapa,” kata Choo, kepada The Malaysian Insight.

Kedainya yang hari ini terletak di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang mula beroperasi pada 2003 dan bertahan hampir 20 tahun.

Perniagaan keluarganya itu bermula di Lebuh Chulia dan beroperasi lebih 80 tahun sebelum berpindah disebabkan kadar sewa bangunannya naik.

Choo kini merancang untuk bersara dan berhenti terus daripada terlibat membuat dan membaik pulih beca kerana umurnya semakin meningkat.

Ditambah lagi tiada anak-anak mahupun warisnya yang mahu menyambung legasi perniagaan itu kerana ia tidak memberikan pulangan yang setimpal.

“Dah tua mesti mahu berhenti, saya pun sudah tak larat, (dalam tempoh) tiga atau lima tahun lagi saya mahu berhenti. Ini kerja berat.

“Anak-anak semua kerja di luar negara. Anak sulung pernah cuba, setahun kemudian dia tak mahu, dia kata kerja ini dia tak boleh buat. 

“Ini kerja kena ada minat, kalau tidak minat ajar pun tak guna,” kata bapa kepada tiga anak itu.  

Anak-anaknya kata Choo bekerja di luar negara, di Singapura dan Thailand.

Tambah Choo, sukar baginya mencari pelapis memandangkan pekerjaan sebagai pembuat beca tidak menjanjikan hasil lumayan.

“Ada juga yang mahu belajar buat beca tapi saya tak terima. Ini kerja tak bawa untung banyak, kos tinggi, sewa tinggi, untung kurang,” katanya. 

Kesukaran mendapatkan alat ganti beca yang kebanyakannya diimport dari China dan Thailand juga punca Choo menimbangkan hasratnya untuk bersara.

“Ada sesetengah barang alat ganti yang sudah tidak ada lagi, seperti loceng beca, mana-mana barang yang menggunakan alat ganti basikal masih ada, tetapi kalau alat ganti untuk beca memang sudah tidak ada.

“Alat ganti susah nak cari, ada alat ganti yang sudah tidak dikeluarkan lagi jadi saya cari barang yang lama-lama.

“Sedikit hari lagi banyak barang yang sudah tidak ada lagi, barang-barang ini semua buatan tangan,“katanya.

Choo berkata, disebabkan kekangan usianya juga tempoh masa menyiapkan seunit beca menjadi lebih panjang daripada sepatutnya.

“Sekarang masih ada buat beca baru, untuk siapkan beca sepatutnya memakan masa 20 hari, tapi saya buat dalam masa 35 hari.

“Saya buat seorang sahaja, sebulan tak boleh siap, saya ada membaik pulih beca lagi,” katanya.

Selain itu, tempahan untuk beca baharu juga katanya sangat sedikit hingga menyebabkan sukar baginya untuk terus bertahan. 

“Seunit beca sekarang berharga RM7,000. Tempahan pun sangat kurang, dalam setahun tempahan hanyalah antara tiga hingga empat unit beca sahaja, itu pun beca untuk pameran. Kalau penarik beca di sini tidak beli.

“Untuk tahun ini pun baru dua tempahan sahaja,” katanya.

Selain tempahan dari dalam negara, Choo juga pernah menerima tempahan beca daripada pelancong luar negara dan ekspatriat yang bekerja di Pulau Pinang untuk membawa beca yang ditempah itu pulang ke negara mereka. 

Choo berkata, beca hasil tangannya juga pernah dihantar ke Australia, New Zealand, Perancis, dan Jerman.

“Setakat ini saya sudah buat lebih 100 unit beca,” kata Choo.

Selain beca untuk membawa penumpang, Choo turut menghasilkan beca bagi kegunaan peniaga gerai tepi jalan.

Setiap rekaan beca roda tiga untuk peniagaan gerai tepi jalan pula katanya perlu dibuat mengikut spesifikasi tempahan dan perniagaan yang ingin dijalankan pemiliknya dan dijual pada kadar RM7,500 hingga RM8,000 seunit.

“Kalau gunakan untuk buat mee goreng depan kena ada dua lubang, satu untuk menggoreng, satu lagi untuk masakan, kalau jual sup, tengah ada lubang.

“Tempahan semua ikut jenis perniagaan mereka,” katanya.

Choo kini masih mampu bertahan menguruskan perniagaan berkenaan apabila kerajaan negeri Pulau Pinang ada menyediakan peruntukan kepada penarik beca untuk menyelenggaranya.

Penarik beca akan menghantar beca mereka untuk diselenggara kepada Choo dan pembayaran kemudiannya akan dibuat oleh kerajaan negeri.

Choo bagaimanapun tidak pasti sama ada akan terdapat kedai membuat beca lain bagi menggantikan kedainya apabila dia bersara nanti.

“Setakat ini, kalau kedai baik pulih ada lagi, kedai buat beca saya sahaja, saya tidak tahu kalau orang lain kalau ada buat beca.

“(Dalam tempoh) tiga atau empat tahun pun umur saya sudah dekat 70 tahun, nak buat apa lagi, pencen, bersaralah, duduk rumah, cadangannya macam inilah, tapi belum tahu lagi,” kata Choo, mengakhiri perbualannya. – 12 Jun, 2022.


BALAI SENI

MUZIUM NEGARA

WAJIB BELI

SEMUA ARTIFEK

INI SEBAGAI

BAHAN WARISAN

AMIN

BALAI SENI

WAJIB PAMERAN

BENTUK SENI BECA

AMIN

 BUKAN HANYA

LUKISAN LATIF

WAJIB DIPAMER

DI BALAI SENI

BECA JUGA

BERTARAF SAMA

KHALAS