Rabu, 22 Jun 2022

DENGAR MOLEK APA MINAH INI ROYAK



DENGAR MOLEK

APA MINAH NI ROYAK

AMIN

SATU PANDANGAN

BERBEZA DALAM

MEDIA BARAT

KHALAS

SAKSI BERKATA JUJUR



Najib tak buat apa-apa AS$700 juta dipindahkan kepada Good Star, kata saksi

NAJIB Razak tidak mengambil sebarang tindakan apabila mendapat tahu AS$700 juta dipindahkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Low Taek Jho, kata bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah di mahkamah hari ini.

“Jumlah itu dibayar kepada Good Star dan saya bertanya kepada Najib mengapa.

“Beliau kata mereka kena bayar PetroSaudi International dan saya tanya kenapa tak bayar terus? Beliau mendiamkan diri,” kata Husni kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan rasuah Najib kerana menyeleweng RM2.28 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Husni menambah: “Tiada tindakan daripadanya, apabila saya memberitahunya. Beliau adalah perdana menteri, beliau sepatutnya bimbang mengenai kewangan negara.


“Jika orang lain, mereka akan bertindak. Beliau (Najib) tidak buat apa-apa. Beliau pengerusi lembaga penasihat.”

Husni, saksi ke-20 pihak pendakwaan berkata, sesuatu sepatutnya dilakukan kerana ia akan menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Sebelum ini, bekas pengerusi lembaga pengarah (BOD) 1MDB Mohd Bakke Salleh juga memberi keterangan beliau tidak mendapat jawapan daripada Najib selepas menunjukkan AS$700 juta sudah dipindahkan.

Bakke memberi keterangan beliau menghantar SMS kepada menteri kewangan dan perdana menteri ketika itu daripada telefon BlackBerrynya selepas mesyuarat BOD 1MDB pada 26 September 2009, untuk memberitahunya mengenai pemindahan AS$700 juta kepada Good Star Ltd. Syarikat itu dikatakan sebagai ahli gabungan PetroSaudi International, yang mana 1MDB mempunyai usaha sama.

Bakke berkata, beliau tidak pernah mendapat jawapan daripada Najib.

1MDB membuat pinjaman AS$1 bilion daripada Deutsche Bank untuk mendapatkan pegangan saham 40% dalam projek usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Lembaga Pengarah 1MDB bersetuju wang itu dihantar dalam satu transaksi dengan penerimanya bank BSI.

Bagaimanapun selepas itu, AS$300 juta dihantar kepada syarikat JV, manakala AS$700 juta diserahkan kepada Good Star di RBS Coutts Bank.

Semalam, seorang bekas jurubank di Deutsche Bank memberi keterangan 1MDB menggesa bank itu mempercepatkan pemindahan dan juga merahsiakan identiti penerima.

Peguam Najib, Shafee Abdullah, bagaimanapun menegaskan Najib yang juga pengerusi lembaga penasihat (BOA), tidak mempunyai sebarang kuasa.

Shafee menegaskan menurut memorandum dan artikel persatuan (M&A) 1MDB, BOA diberi kuasa oleh BOD dan tidak boleh bertindak sendiri. Ini juga menjangkau Najib sebagai pengerusi, kata Shafee.

“BOA tidak mempunyai kuasa, mereka hanya menasihati.

“Kuasa berada di tangan BOD dan mereka mengarahkan pengurusan untuk mendapatkan semula AS$700 juta,” kata peguam bela itu.

Husni bagaimanapun menegaskan Najib, sebagai perdana menteri, masih boleh melakukan sesuatu mengenainya.

“Najib tidak bimbang mengenai perkara ini,” ulang Husni.

“Walaupun beliau kata tiada campur tangan (dalam 1MDB), saya ada jumpa beliau beberapa kali.

“Sebagai PM, beliau boleh ambil tindakan. Beliau boleh memanggil pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan. Jika saya menjadi pemimpin tertinggi, saya akan terkejut dan mengambil tindakan,” katanya.

Husni akan menyambung keterangan esok bagi pemeriksaan semula oleh ketua pendakwa raya Gopal Sri Ram.

Najib menghadapi 25 pertuduhan, empat bagi salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram, yang didakwa dilakukan antara 2011 dan 2013. – 22 Jun, 2022.

SAKSI BERKATA

BENAR

AMIN

IKUT KATA SAKSI

JELAS NAJIB INI

BODOH

OPPS ... SILAP

NAJIB INI JUJUR

TAK BUAT APA2

BILA NAMPAK 

DUIT JUJUTA $$$

DALAM BANK

AMIN

NAMPAK

KEBANGANGAN

NAJIB...OPPSS

SILAP NAMPAK

NAJIB LICIK NAK

MENCURI DUIT

DEMI ROSMAH

DAN ZIANA

KAH KAH KAH

UNTUK MENANG PILIHAN RAYA WAJIB TURUN KE JALAN RAYA



KARTEL PENCURI

AKN MENANG PRU15

TANPA POLITIK

JALAN RAYA DAN

UNITED FRONT

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "DAFTAR SEKARANG JADI AHLI"

Anak Cina kroni Tun Vincent Tan dengan berkilo ladang ganja lepas bebas Penyanyi Melayu tanam ganja hukum gantung Celah mana keadilan itu berada PRU 15 akan kita temui keadilan sekiranya rakyat tolak dan hapus kartel mafia yang sudah berakar umbi 22 tahun 22 bulan.. hukum memilih milih... tangguh dan simpan jika kroni diheret mahkamah... Jho Low lepas bebas walau beratus ribu kali nama di sebut di mahkamah... Silap ari bulan Zety dan Taufik Ayman pun lesap macam Justo.. Cuba kelian bayangkan Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak angkara Jho Low sesama pemimpin Melayu bergaduh bercakaran jadi buah catur dikerjakan oleh kaum Jho Low... Ex IGP kata Jho Low jadi beruang lah... tak tau lah kalau kelian seronok kena bangang oleh ex IGP lantikan Tun dolu tu...!! Kalau kelian rasa seronok jadi buah catur Jho Low dan kaum nya "den tak dapek nak nolong lagi dah...!! Bodoh tak boleh diajar pandai lansung tak hado..!!" 


Sekiramya PRU 15 mafia kartel masih berkuasa lupakan keadilan rakyat marhaer dan keadilan yang lain lain... Tidak ada makna satu pun guling guling atas jalanraya jika kelian masih mengundi kartel mafia ini di PRU 15 nanti.. Kamu yang hendak dikuasai dan dihina oleh kartel mafia.... anak cucu kartel mafia lepas bebas buat sesuka hati.. PRU 15 jawapan di tangan kelian... nak seribu daya kalau tak nak berubah sampai mati anak cucu cicit jadilah hamba sahaya kartel mafia.. Haaahh tepokkkkk..!! KHALAS

PELIK BIN HAIRAN

Saya belum jumpa Perdana Menteri – Zuraida

SEPANG – Zuraida Kamaruddin yang masih menjawat jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menjelaskan beliau masih belum mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, beliau masih belum mendapat tarikh pertemuan dengan Ismail Sabri.

“Belum jumpa. Tengah tunggu tarikh,” katanya kepada media di pintu masuk bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Zuraida berkata, beliau dalam perjalanan untuk ke Kota Kinabalu bagi menghadiri majlis kementerian itu petang ini.

Ahli Parlimen itu hanya menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Ismail Sabri di Perdana Putra.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Zuraida sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini. 

PELIK BIN HAIRAN

TIAP RABU

ADA METING

KABINET 

ZURAIDA ADA 

SABRI ADA

AMIN

WOIT 

PALAT

TAK BOLEH TANYA

HAL KELUAR PARTI

AMIN

ZURAIDA

JADI MENTERI

ATAU KENA

GUGUR

AMIN

KES PALAT NI

DAH LAMA

TERPALAT

HINGGA DILIHAT 

 PALAT MEMALAT

AMIN

ROSAK IMEJ

SABRI 114

TAK BERANI BUAT

KEPUTUSAN

AMIN

ADA TAIK PALAT

APA ?

KAH KAH KAH

TEBANG BALAK IKUT SUNNAH KE ?


TEBANG BALAK

IKUT SUNNAH KE?

ATAU

PATUH SYARIAH

AMIN 

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 

"HASUT SUSUN 
BAWA KE JALAN RAYA"

PAS piss puss nak buat empangan? Hahaha...payah la ambik 30 tahung baru siap kirna semua kena ikut syariah...projek bangang kan senang bila banjir sedut simpan dalam tangki..

IRELAND - POLITIK JALAN RAYA



POLITIK

JALAN RAYA

SUDAH BERMULA

DI EROPAH

AMIN

INI DI DUBLIN

IRELAND

KHALAS

MALAYSIA AKAN IKTIRAF ZIONIS ISRAEL ?


ADAKAH MALAYSIA

AKAN IKTIRAF

ZIONIS ISRAEL ?

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"JIKA IRAN DISERANG ?"

Dunia bergegor tp bukan Dunia sunni Muslim. 12 drp 10 org melayu akan sokong zionis wrang Iran,syiah sesat katanya.halal darah bule bunuh,silap haribulan hishamuddin anak Hussein Onn tu sign pact dgn Israel Anto askar Msia j

AMAT SEDAP


WOIT

AMAT SEDAP

KAH KAH KAH

capt salai commented on

 "TUTUH BINI ORANG"

Banyak puki..tutuh bini orang yang paling sedap walaupun puki dah lohe...macam dapat jajah negara orang kahkahkah

PERANG DUNIA KE3 ???


BERSEDIA !!!

PERANG DUNIA KE3

AKAN PECAH ??

AMIN

KHALAS

KERA ZALENSKY DI SUSUKAN



BERI DANA 

PADA UKRAINE

RAKYAT SENDIRI

TAK DA DUIT

AMIN

KERA ZALENSKY 

DI SUSUKAN

ANAK DI RUMAH

MATI KELAPARAN

KHALAS

KANCIL DAN HARIMAU


KANCIL DAN HARIMAU


Dalam budaya Melayu kampung  jika ada sosok yang kecil dan pendek pasti namanya akan ditambah dengan Kancil.  Tak hairan  di kampung  kita akan berjumpa dengan  Man Kancil,  Sudin Kacil, Pak Lang Kancil atau  kadang kadang Dolah Pendek dipanggil Dolah Kancil.

Kancil dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Kancil pula tidak dapat dipisahkan dengan harimau. Dua binatang ini menjadi tanda yang membawa makna dalam simbol pembudayaan Melayu. Sang Kancil dan  Sang Harimau wujud  dalam perlambangan bendera, logo dan kepala harimau menjadi  tanda rahsia nilai mata wang ringgit kita.

Keluarga  Melayu yang  bangga dengan adat budaya Melayu akan mendewasakan anak-anak mereka  dengan Hikayat  Sang Kancil dan Sang Harimau.

Sebelum aku masuk sekolah lagi aku telah mendengar kesah dan riwayat  Sang Kancil dan Sang Harimau. Nama manja Sang Harimau ialah Pak Belang.  Kesah  Sang Kancil yang kecil tapi cerdik  mengalahkan Pak Belang menjadi metafora pembudayaan  Melayu. Kecil tapi bijak dan pintar dapat mengalahkan Pak Belang yang besar bengis, bertaring dan berkuku tajam.

Ketika aku membesar di Kampung Batu Serambai selalu aku mendengar orang terserempak dengan Pak Belalang ketika dalam perjalanan melintas hutan Bukit Tangga dalam perjalanan ke Seremban.

Hutan Bukit Tangga ini kalau mengikut peta ilmu alam adalah bahagian akhir banjaran Titiwangsa. Hutan hujan tropika yang penuh dengan segala macam tumbuhan dan binatang liar.

Malah Abah aku sendiri  pernah bercerita bagaimana satu malam dia terserempak dengan Pak Belang. Ini ketika Abah aku  yang sedang menunggang Lambretta pulang dari Seremban. Pak Belang melintas di jalan raya di kaki hutan Bukit Tangga.

Pernah juga  satu petang dalam bas ketika aku dalam perjalanan hendak pulang ke Kampung Chenor para penumpang bas heboh  dan bangun berdiri memandang ke luar. Ada penumpang ternampak anak  harimau di tepi jalan berhampiran Makam Moyang Salleh. 

Moyang Salleh ini Datuk Undang Jelebu yang memutuskan Ketuanan Johor terhadap Jelebu. Justeru makam ini  dianggap  keramat. Anak harimau itu dianggap bukan anak harimau biasa. Sayangnya aku  sendiri kurang bernasib baik. Aku duduk dalam bas di bahagian yang salah. Aku  tidak melihat anak harimau itu.

Terlalu banyak kesah  Pak Belang dalam dunia Melayu. Pelbagai  mitos dan lajen tentang harimau. Ada Harimau Jadian, ada Harimau Cenaku, ada  Harimau Saka, ada Pak Belang yang  dipelihara oleh bomoh dan pawang untuk membantu Sang Bomoh dalam hal ubat mengubat. Pak Belang ini  penuh mistik.

Tapi untuk aku paling kelakar ialah hubungan Pak Belang dengan Sang Kancil. Dalam satu segi mereka bermusuh dan dalam satu segi Pak Belang dan Sang Kancil berkawan. Sang Kancil selalu memperdayakan Pak Belang.

Kebijaksanaan Sang Kancil ini bukan hanya kita baca dari Hikayat Sang Kancil tapi dari cerita-cerita mulut. Ada kancil pura-pura mati apabila dia terjerat. Ada cerita kancil menari-nari apabila terdengar bunyi serunai.

‘ Kancil ni.. kalau dongar bunyi seruling dio berjoget...’ Aku terdengar suara Chu  Solat bercerita.

Petang itu aku di rumah Chu Solat. Aku datang dengan memasang niat kerana Chu Solat pernah mengajak aku masuk hutan mencari kancil.

‘ Sonag ke  dapek kancil..’ Aku bertanya.

‘ Kancil ni sodap daging... tak koreh... kulit boleh dimakan.. tak liat macam kulit lombu...’  Chu Solat berkata sambil memandang ke muka aku.

‘ Kalu esok paneh macam ni... kito buleh masuk utan...kancil cari air nak minum potang-potang...’ Chu  Solat mengeluarkan kata-kata yang sudah lama aku tunggu-tunggu.

Mata aku memandang ke dinding. Senapang dan tali pinggang berisi peluru tergantung.  Aku belum pernah mengusik senapang ini. Aku hanya melihat. Ada dua perasaan – takut dan berani. – bila melihat senapang ini. Takut dengan bunyi ledakan dan tersilap arah. Berani nak mencuba. Aku hendak mencuba satu yang baru.

Petang Sabtu aku tidak bersekolah. Matahari dah mula nak condong.  Lepas makan tengah hari aku menapak  ke rumah Chu Solat. 

Sesampai di muka pintu  aku ternampak Chu Solat sedang membersihkan senapang. Dengan kain buruk berminyak dia menyapu habuk-habuk. Kemudian dengan rotan kecil dia memasukkan kain buruk ke dalam muncung senapang. Aku hanya memerhati.

‘ Ikut jalan belakang topi sawah....’ Chu Solat memberi arahan.

Keluar dari rumah Chu Solat memandang  ke langit sebelum memulakan langkah. Aku tahu dalam budaya Melayu ada langkah kiri ada langkah kanan.  Ada  gerak dan bayang terutama nak masuk hutan belantara. Tidak di ketahui siapa dan apa yang akan dijumpai.

‘ Jangan ramai sangat orang nampak kito masuk utan.. ; Chu menerangkan. 

Baru aku faham kenapa kami mengambil jalan yang tidak perlu melintasi jalan besar dan lalu di hadapan kedai Mak Cik Jarah. Chu Solat tidak mahu ramai orang tahu kami masuk hutan.

Dalam perjalanan kami tidak banyak bercerita. Aku  hanya mengekori Chu Solat dari belakang.

Kami menapak jauh. Lepas melintasi  kawasan sawah kami  masuk  ke kawasan kebun getah. Masuk kawasan paya. Ini wilayah yang belum pernah aku sampai. Hampir satu jam kami menapak. Kami sampai ke permulaan hutan dara..

Dalam hutan agak redup. Kami masih  berjalan.  Chu Solat masih mencari tempat yang sesuai untuk mengetuk kancil. Kami sampai ke  kawasan  lapang antara dua bukit. 

‘ Sinilaaa....’ Chu memberi  arahan. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku perhatikan sekali lagi Chu Solat memandang ke kawasan sekeliling. Dia berjalan hingga sampai ke sebatang kayu besar.

‘ Kito cubo sini....’ Chu Solat memberi arahan

Kemudian aku perhatikan Chu  Solat mencari sesuatu. Aku nampak  dia mengambil  dua helai daun yang lebar. Aku tak kenal daun ini. Kemudian dia meminta aku  membersihkan kawasan kecil. Daun-daun mati dan akar kayu aku potong dengan parang tajam.

Akhirnya satu kawasan kecil – mungkin seluas  tiga kaki persegi aku bersihkan di tepi lerang bukit tidak jauh dari banir kayu besar.

Aku rakamkan dalam kepala aku  kerana semua ini adalah ilmu pengetahuan. Ini ilmu mengetuk kancil yang ada adab dan peraturan dan gerak langkah  dan petua yang wajib di pakai.

‘ Kalau dengar apa apa jangan bising jangan tegur...’ Satu lagi ilmu berjalan dalam  hutan yang aku  pelajari. 

‘ Rimau kadang-kadang datang.....’ Chu Solat menerangkan.

Mendengar nama Pak Belang itu menjadikan aku agak takut juga. Tapi dalam masa yang sama aku yakin dan percaya pada  keunggulan Chu Solat. 

Di Batu Serambai Chu Solat dianggap jaguh dalam hal hutan, binatang liar dan tembak menembak. Untuk aku Chu Solat ini bukan hanya  pembuat Gasing Melayu yang unggul. Dia juga penembak yang jaguh.

‘ Kau duduk disitu...pandang ateh bukit sano... Chu duduk disini.... belakang  kito rapat sikit.....’ Dia memberi arahan sambil tangannya mengoyongkan sebatang anak kayu sepanjang kayu papan baris.

Kami duduk ditanah yang telah aku bersihkan. Kami membelakangi satu sama lain. Ini amat strategik. Empat mata dapat melihat semua kawasan. Kami mengambil tempat dan terus duduk. Hutan senyap sunyi. Kami boleh mendengar nafas kami sendiri.

Senapang  tegak bersandar pada badan Chu Solat. Dia mencangkung.

Tertiba dari belakang aku dengar  bunyi. Chu Solat mengetuk daun lebar di atas  tanah dengan anak kayu.  Dia mengetuk dengan satu irama yang tersusun bukan sembarangan. Pada hemat aku Ini pastilah irama yang  telah dipelajari satu masa dulu.

Beberapa minit kemudian hutan yang tadinya senyap sunyi kini heboh. Mula-mula aku dengar suara tupai menegur. Kemudian bunyi burung. Kemudian bunyi cikah.

‘  Tengok sapo datang... jago-jago...’ Chu Solat beri arahan.

Mata aku mengamati sebatang pokok di lereng bukit Aku nampak daun yang rimbun mula bergoyang-goyang, Hati aku  mula berdebar-debar. Macam-macam ingatan sampai. Aku merasa takut. Tapi mata aku tetap ke pokok dan dahan yang sama.

Hutan menjadi riuh rendah. Dari apa yang aku difahamkan jika ada Sang Kancil berhampiran dia  akan datang  menari-nari  mengikut rentak irama ketukan di bumi.

Aku juga difahamkan  irama ini juga akan menarik datang Pak Belang yang tahu bahawa Sang Kancil akan datang menari-nari. Kerana ini kamu duduk membelakang satu sama lain. Untuk memerhatikan  seluruh kawasan. Bersedia jika ada Pek Belang sampai.

Chu Solat terus mengetuk. Aku terus memerhati.

‘ Ateh pokok tu.... apo tu bosa bergoyang-goyang...’ Aku memberi laporan.

‘ Itu beruk... tak berok... cikah...’ Chu Solat memberi pendapat tanpa memandang. Dia terus mengetuk.

Tertiba dari daun-daun itu muncul satu lembaga berbulu berwarna coklat. Sebesar budak berumur lima tahun. Aku tahu ini bukan kera dan bukan cikah. Apakah ianya Si Amang atau Berok Tunggal yang datang untuk melihat Chu Solat yang sedang bermain muzik.

Lembaga berbulu coklat itu  ini meloncat  ke satu dahan yang lain. Ini disambut pula oleh bunyi burung yang aku tidak tahu apa jenisnya.

‘ Jaga-jaga bising macam ni...’ Chu Solat beri aku ingatan.

Chu Solat  terus mengetuk daun atas tanah. Hutan masih bising dengan pelbagai suara. Sang Kancil yang kami tunggu tidak muncul.

‘ Takda rezeki kito potang ni.... tak po lain kali kito cari tompek lain...’ Chu Solat berhenti mengetuk dan bangun. Aku yang duduk bersila atas tanah bangun sama.

Kami menapak pulang. Kami pulang kosong tapi untuk aku satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan sepanjang hidup. Sang Kancil tak dapat tak mengapa tapi aku dapat melihat dan mendengar pelbagai bunyi dalam hutan menjadi harta ingatan.

Hari berjalan. Aku dengan rutin sekolah. Pagi bangun jam enam, mandi dan bersiap hendak ke sekolah. Kadang-kadang sempat minum dengan kuih biskut kering. Selalu ke sekolah  dengan perut kosong.

Jam 6.15 Bas Sekolah Lim akan lalu di hadapan rumah. Bas ini akan bergerak ke  kaki Bukit Tangga kawasan akhir perkampungan. Disini bas akan berpusing untuk mengutip pelajar ke sekolah di pekan Kuala Klawang.

Aku menunggu bas di hadapan kedai Mak Cik Jarah.  Kedai ini dibuka awal untuk orang kampung minum teh sebelum menoreh.

Biasanya jam 7 lebih aku telah berada dalam bas menuju Kuala Klawang. Sekolah aku di buka jam 7.45 pagi. Rutin ini aku ikuti berbulan bulan. Bila bosan dengan naik bas  aku mula naik basikal ke sekolah.

Satu pagi aku terperanjat besar. Bila aku sampai ke depan Kedai Mak Cik Jarah orang ramai pandang memandang. Aku pun memandang sama.   Lalu aku nampak beberapa orang berkumpul di Kedai Usup yang jauhnya tak sampai 100 meter berhadapan dengan Kedai Mak Cik Jarah.

Beberapa orang kampung sedang berkumpul   menghadapi  mayat  Pak Belang. Sebelum bas sampai aku bergegas untuk melihat sama.

Aduh ! Harimau jantan telah mati ditembak.

‘ Malam tadi makan lombu Cik Mail....’ Suara penerang yang aku dengar.

‘ Chu Solat menembak ni....’  Satu lagi suara penerang yang aku dengar.

Ini peluang keemasan. Aku merapati mayat Sang Harimau. Aku usap aku raba kulitnya. Badanya telah keras. Darahnya telah kering. Ertinya telah lama diletakkan  di Kedai Usop.

‘ Kono repot polis... tak buleh bunuh rimau...  Jabatan Mergastua akan dataang...’  Satu lagi penerangan aku dengar.

Bas aku sampai. Bas berhenti agak lama kerana semua menjenguk ke tingkap hendak melihat  mayat seekor Pak Belang.

Di Sekolah aku buka cerita tentang Sang Harimau mati di tembak di kampung aku. Semua kawan-kawan tertarik. Tapi aku tidak tahu cerita penuh tentang kejadian menembak ini. Apa yang aku tahu Chu Solat telah berjaya.

Pulang dari sekolah mayat Pak Belang  telah diambil oleh Jabatan  Mergastua Kuala Klawang. Ke mana Pak Belang itu dibawa aku tidak tahu.

Lepas makan aku pergi ke Kedai Mak Cik Jarah. Aku mahu mendengar cerita penuh tentang tertembaknya seekor Pak Belang..

Akhirnya aku berjaya mengumpul cerita Pak Belang ini. Dua malam sebelum dia di tembak mati Pak Belang  ini telah menangkap lembu Pak Cik Mail. Lembu ini telah di tarik  ke tepi hutan untuk dimakan.

Kematian lembu ini telah diketahui. Pak Cik Mal. Tuan empunya lembu telah meminta pertolongan Chu Solat   kerana di Kampung Batu Serambai hanya Chu Solat yang ada senapang. 

Chu Solat  bersama Pawang telah mendirikan ran di atas pokok getah.  Lembu yang jadi mangsa Pak Belang tidak habis di makan. Pak Belang  akan datang mengulang mangsanya.

Daging lembu ini dilapah dan  diletakan  di bawah  pokok getah tidak jauh dari ran. Waktu malam Chu Solat  dan Pawang sedia menunggu dalam ran atas pokok getah.

Pak  Belang di waktu malam yang dinanti  telah datang  mengulang mangsa  sekali lagi.

Dum ! Sebutir peluru keluar dari senapang Chu Solat, Sang  Harimau gugur tewas di tangan Chu Solat.

Cerita harimau masuk kampung makan lembu heboh diperkatakan. Semua orang kampung bercerita. Aku menjadi dua kali bangga.  Pertama aku dapat memegang tubuh badan Pak Belang. Kedua aku kenal  baik siapa penembak Pak Belang ini..

Empat hari  kemudian  keluar gambar Chu Solat dan Pawang bersama orang kampung dalam akhbar Utusan Melayu. Di hadapan mereka tergelimpang badan Pak Belang. Rupa-rupanya jaringan pemberita Utusan Melayu telah membuat laporan berita.

Bila aku membaca berita ini  aku merasa bangga kerana aku kenal orang yang dilaporkan oleh Utusan.

Apa terjadi pada kulit dan daging Pak belang ini sampai hari ini aku tidak tahu.

Chu Solat gagal mengetuk  Sang Kancil tetapi berjaya menembak Pak Belang.

EPILOK 1 -  Pulang dari  20 tahun berkelana pada tahun 1997 aku berjumpa kembali  dengan Chu Solat. Ketika itu dia menjadi Jaga Kedai Achai. Kedai ini  terletak tidak jauh di hadapan Kedai Mak Cik Jarah.

Beberapa tahun kemudian aku  diberitahu Chu Solat meninggal dunia. Sampai hari ini  aku tidak tahu nama penuh Chu Solat.

Pawang – bukan bomoh – ini gelaran pada anak muda. Aku putus hubungan dengan Pawang.

EPILOK 2 -  Mak Cik Jarah menutup perniagaan ketika aku berkelana. Dia pulang ke Gagu kampung asal. Aku masih berhubung dengan  Suman Dusa anak Mak Cik Jarah. Suman  menjadi rujukan ketika aku menulis kesah ini.

Tapak Kedai Mak Cik Jarah masih ada. Kini ada bangunan batu. Pokok Ara depan Kedai Mak Cik Jarah tidak ada lagi. Pasti telah ditebang ketika aku berkelana.

EPILOK 3 – Raja Nong Chik berhenti dari menjadi Pegawai Daerah terus menjadi ahli perniagaan. Dia mendirikan kilang Nira Cola di Klang. Ini minum todi yang ditinkan seperti beer. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/22/kancil-dan-harimau/


BERITA BAIK JUAL PELAMPONG DALAM TITANIC



Tiada lagi subsidi minyak masak sawit mulai 1 Julai, kata menteri

KAWALAN harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi hari ini.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam di Putrajaya hari ini, Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.




Harga makanan dijangka naik selepas kerajaan potong beberapa subsidi



HARGA makanan akan terus melonjak apabila kerajaan menamatkan subsidi ayam dan minyak masak botol hujung bulan ini, kata Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Presidennya Marimuthu Nadason mengingatkan rakyat supaya bersiap sedia memandangkan kenaikan harga makanan tidak dapat dielakkan yang mana beliau salahkan dasar kerajaan yang terumbang-ambing.

“Kita tak pernah hadapi krisis (harga makanan) sebelum 2018. Tiada langsung kementerian yang fokus terhadap apa-apa.

“Apa yang telah kita sudah capai dari segi keselamatan makanan? Pendapatan negara telah menurun, sejauh mana kerajaan boleh tolong rakyat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

INI BERITA BAIK

AMAT BAIK

AMIN

BAIK UNTUK

MENGHASUT

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

KEMBALI MACAM

TAHUN 70AN

BARANG NAIK

HARGA

AMIN

RAKYAT 

NAIK MINYAK

AMIN

PELUANG 

MENGHASUT

SUDAH SAMPAI

AMIN

INI MACAM 

JUAL PELAMPUNG

DALAM TITANIC

AMIN

KHALAS