Ahad, 26 Jun 2022

KEMANA PERGINYA KATAK HIJAU ITU ?



NOTA :
TULISAN INI TELAH DISIARKAN
DALAM PORTAL RICE COOKER
PADA 5 MAY 2005
INI 17 TAHUN DAHULU
KITIKA ITU BUMI KITA 
BELUM SEPANAS INI

TAPI TAK ADA SAPA
AMBIL POT

HARI INI KTA ADA MASA
3 TAHUN SAHAJA LAGI
JIKA KITA TIDAK BERTINDAK
MAKA MALAPETKA CUACA
AKAN MEMUSNAHKAN
KITA SEMUA
AMIN

NOTA
FILEM DOKUMENTRI
DI BUAT OLEH BBC
DI FILEM KAN DG 16MM
INI 30 TAHUN DAHULU

PADA TAHUN 1992
STESEN PBS AMERIKA
MEMBELI PROGRAM INI
TAPI WAJIB DIPENDEKKAN

TIDAK RAMAI AMBIL POT

PADA TAHUN 1992 
SAYA SELESAI BELAJAR
SAYA DIBERI PELUANG
MENJADI PEMBANTU PENYUNTING
HORATIO QUEIRO
PENGARAH : ALAN EREIRA
UNTUK SUNTING KEMBALI
FILEM INI KHUSUS UNTUK PBS AMERIKA

PARA PEMBACA TUKAR TIUB
YANG SAYA  HORMATI
SILA AMBIL MASA
DAN TONTON FILEM INI
UNTUK  KITA SESAMA MEMAHAMI
MAKNA MALAPETAKA CUACA
DAN
KENAPA BLOK TT INI SELALU
MENIMBULKAN BERITA DAN KLIP
MALAPETAKA CUACA
AMIN

Dimana Perginya

Katak Hijau Itu? 



Saya dibesarkan di Jelebu yang pada satu ketika dahulu dianggap kawasan pendalaman yang agak ulu. Konsep ‚ Jelebu sebagai kawasan pendalaman – kami terima kerana pada satu ketika dahulu daerah kami adalah tempat di mana orang-orang jahat – gedebe dan gengster – di buang daerah. Dalam daerah pendalaman kami terdapat kawasan-kawasan bergunung ganang dan lembah-lembah hijau yang subur. Jelebu tersuruk dicelah-celah di kaki Banjaran Titiwangsa.

Di lereng-lereng bukit tertanam pokok-pokok getah. Di kawasan lembah di mana batang Sungai Klawang mengalir ke Sungai Pahang terdapat kawasan perkampungan sawah padi. Di musim menanam padi akan kelihatan beribu-ribu burung Tempua berpindah randah membuat sarang di sekitar kawasan sawah. Sarang mereka bergantungan di atas pohon rumbia atau pokok-pokok yang berhampiran dengan sawah. Burung-burung Pucung pula sering berkeliaran mencari belalang dan ulat serangga. Sesekali ternampak juga burung Bangau mencari anak-anak ikan.

Saya juga selalu ternampak burung Butbut ‚ yang terbang rendah di pinggir kawasan sawah. Burung ini sering disurahkan sebagai memiliki rahsia untuk mengubat tulang yang patah atau seliuh. Manakala di dalam sawah pula akan ditemui pelbagai jenis ikan air tawar ‚ sembilang, keli, puyu, sepat dan haruan. Di antara lopak-lopak sawah ini, jika ada lubuk-lubuk kecil pasti ianya akan menjadi tempat ikan bersarang. Di kawasan lubuk ini juga pasti ada lagi satu makhluk -  katak hijau.

Ini bukan saya bernostalgia dan mengelamun tentang kampung. Saya menulis ini kerana pada hari ini semua yang saya tulis ini tidak lagi wujud di Jelebu. Sawah telah kering. Ada yang menjadi belukar. Ada yang dijadikan tapak rumah. Ada juga dijadikan kawasan kebun. Aliran air sungai pula semakin susut. Airnya masih jernih tetapi tidak lumayan seperti satu ketika dahulu.

Lalu saya bertanya ke mana perginya pelbagai jenis burung-burung yang pernah saya nampak dahulu. Di mana mereka mencari makan dan bersarang. Dan ke mana perginya katak hijau yang telah gagal menampilkan diri. Saya telah gagal melihatnya saya hampir 35 tahun. Apa telah terjadi? Saya selalu berfikir dan ingin mencari jawapan.

Bila teringatkan katak hijau ini saya teringat kembali kepada Amerika Latin. Saya sebenarnya tidak pernah sampai ke Amerika Latin. Tetapi pada tahun 1992 dahulu saya pernah menjadi pembantu penyunting sebuah filem dokumentari  - Message from Elder Brothers – untuk stesen tv BBC. Filem ini ialah tentang masyarakat Kogi yang tinggal di atas banjaran pergunungan Andes di Amerika Latin. Masyarakat Kogi mengakui bahawa diri mereka adalah abang-abang tua kepada kita semua. Ini kerana mereka tinggal di kawasan pergunungan bersalji yang paling tinggi.

Melalui filem ini mereka ingin menyampaikan satu pesanan penting dan satu peringatan untuk adik-adik mereka ( kita semua ) yang tinggal di bawah gunung. Abang kita ini mengingatkan kita untuk berwaspada kerana salji semakin berkurangan di pergunungan Andes. Menurut abang tua kita, ini satu petanda yang tidak baik.

Filem dokumentari ini dibuat hampir 15 tahun dahulu. Rasa saya memang tidak ramai penonton yang ambil peduli. Ada yang menganggap dokumentri ini sebagai hiburan ringan. Tetapi ketika saya memotong filem ini saya dapat merasakan betapa pentingnya pesanan yang disampaikan oleh masyarakat Kogi ini. Pesanan ini mengingatkan saya kembali kepada masyarakat Maya yang telah mendirikan tamadun mereka di Amerika Latin. Tamadun ini cukup anggun dan tersebar luas. Pada zaman keagungan tamadun ini wujud 50 juta warga Maya. Mereka memiliki tulisan, mengetahui ilmu alam, ilmu bintang dan telah berjaya mendirikan kota-kota yang indah permai. Tamadun ini runtuh dan berakhir di antara 800/900 AD.

Bila kita melihat kembali kota-kota kuno tamadun Maya pasti ada di antara kita yang akan berani dan angkuh berkata ‚ kenapa orang Maya ini bebal sangat memotong semua pokok-pokok di sekeliling wilayah mereka !

Lalu saya berfikir, tamadun Maya yang anggun lagi hebat itu pasti tidak runtuh dalam sekelip mata. Ianya bukan dilanda gunung berapi seperti kota Pompeii atau dilanggar tsunami seperti kota Acheh. Keruntuhan tamadun Maya pasti mengambil masa beratus tahun. Sedikit demi sedikit tamadun ini tergelincir tanpa disedari. Pasti wujud tanda-tanda awal tetapi mungkin telah tidak dipedulikan oleh orang-orang Maya pada ketika itu. Mereka tidak ambil ‚ atau mereka gagal memahami tanda-tanda ini.

Apa yang sedang terjadi di daerah Jelebu pada ketika ini mungkin tanda-tanda awal. Burung Tempua, Butbut, Puyuh, Pucung dan Bangau yang telah tidak saya lihat lagi mungkin satu penanda. Ke mana agaknya burung-burung ini menghilangkan diri. Apakah mereka telah berpindah. Atau apakah spesies mereka telah pupus. Saya belum menemui jawapan. Malah saya belum pernah terbaca satu kajian untuk dapat menjawab kepada soalan saya ini.

Bila saya pulang ke kampung, orang kampung sering berkata bahawa musim telah berubah. Hujan dan panas datang tidak tentu masa. Musim buah pun telah susah hendak ditentukan. Jelebu yang biasanya kering pada bulan April, May dan Jun kini selalu pula hujan. Hakikatnya cuaca alam telah berubah.

Saya rasa kita semua amat sedar tentang perubahan cuaca ini. Hanya kita masih belum sedar apakah makna yang akan dibawa oleh tanda-tanda dari perubahan ini. Suhu cuaca semakin naik ‚ ini telah menjadi pengetahuan umum. Hujan tidak lagi mengikut musim. Perubahan bukan hanya terjadi di Jelebu. Banjir melanda di sana sini – bukan hanya di Kelantan. Kejadian perubahan cuaca ini bukan khusus kepada satu wilayah, sebuah mukim atau satu negara tetapi keseluruhan dunia hari ini sedang mengalami perubahan kenaikan suhu cuaca.

Bulan lalu Eropah telah di landa banjir. Sungai terpanjang di Eropah ‚Sungai Danube ‚ melimpah. Sungai Meuse di Belgium melimpah sama. Dalam masa yang sama di Afrika Tengah musim kering terus memanjang. Kemudian saya terbaca tentang Orang Asli di Pahang membantah kerana hutan dara di wilayah kediaman mereka dipotong balaknya. Di Kedah Hutan Belum yang berumur 300 juta tahun kini sedang diancam oleh pembalakan haram.

Kemudian saya juga terbaca pula tentang bagaimana pada hari ini botol dan sampah plastik didapati lebih banyak terapung dari plankton di dalam laut. Ini pasti menyusahkan ikan. Saya juga ada terbaca bagaimana banyak burung Belibis ( seagull) telah ditemui mati tercekik kerana mereka telah menyambar sampah plastik yang terapung di permukaan laut. Malah anak-anak burung ini juga didapati mati di sarang kerana diberi makan sampah plastik oleh ibu mereka.

Semua berita ini boleh kita baca dalam akhbar harian kita. Sekali imbas ianya hanyalah satu laporan berita. Orang Asli di Bera pasti tidak ada hubungan dengan Sungai Danube. Masyarakat Kogi di Andes tidak ada kena mengena dengan burung Butbut di Jelebu. Mungkin berita burung Belibis makan plastik amat melucukan tetapi apa pula hubungannya dengan buah durian di kampung saya.

Tetapi jika direnungkan dan gunakan sedikit buah fikiran maka kita akan dapat melihat satu gambaran yang lebih jelas dan besar. Kita cantumkan semua berita-berita ini. Kita letakkan berita-berita ini dalam satu peta. Maka saya rasa kita semua akan dapat melihat bahawa semua berita-berita ini adalah tanda-tanda awal bahawa tamadun kita hari ini sedang dalam kesakitan.

Perubahan suhu cuaca yang sedang berlaku hari ini akan membawa satu akibat yang menggerunkan bukan sahaja kepada burung, katak, atau binatang tetapi untuk semua makhluk dalam dunia ini. Perubahan ini adalah perbuatan kita sendiri. Kita semua warga dunia bertanggung jawab menebang pokok, menggali bumi, meledakkan gunung dan akhirnya menaikkan suhu cuaca.

Kita jugalah yang membakar minyak petrol sambil memanaskan bumi kerana kita ingin bergerak ke hulu ke hilir. Manusia - kita semua – bertanggung jawab mencemarkan udara dengan bom atom, bom nuklear, dan membuang segala macam sampah kimia yang mengotorkan wilayah kita sendiri.

Hasilnya, katak hijau yang pada satu ketika dulu saya anggap sebagai teman kini telah menghilangkan diri. Katak hijau ini menjadi teman kerana si katak ini adalah tanda untuk saya mengenali lubuk mana yang dipenuhi dengan ikan. Jika lubuk itu kelihatan didiami oleh banyak katak hijau ertinya banyak ikan di dalamnya. Lubuk yang ini baik untuk saya memasang tajur. Bila si katak hijau ini menghilangkan diri, saya melihat ini sebagai satu peringatan probadi untuk diri saya.

Peringatan bahawa tamadun moden yang berasakan kebendaan ini telah memisahkan saya dengan alam. Tamadun moden ini juga telah memisahkan antara kita sesama kita. Seperti tamadun Maya yang runtuh kerana hutan-hutan ditebang, lembah menjadi keing dan akhirnya panen gagal. Saya membaca semua yang sedang berlaku hari ini adalah tanda-tanda peringatan yang telah datang kepada kita semua. Hanya kita yang lalai dan gagal memahaminya. Katak hijau itu, sama seperti masyarakat Kogi di Amerika Latin sedang cuba memberi tahu sesuatu kepada saya.

Mungkin ada orang yang akan ketawa kerana teman yang memberi ingatan hanyalah seekor katak hijau dari sebuah lubuk di Jelebu. Tetapi pada ketika ini saya lebih yakin tentang tanda dan makna melalui berita yang dibawa oleh seekor katak, walau pun dia telah lama hilang. Ini kerana saya amat mengenali kejujurannya peranannya. Binatang, burung, serangga dan katak tidak pernah berdusta dengan alam. (TT)

KENYATAAN BETUL DARI MENTERI


Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup, kata Mahdzir Khalid

TINDAKAN mengurangkan gaji menteri kabinet tetap tidak akan menyelesaikan isu kos sara hidup, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid.

Beliau tidak berganjak daripada pendirian itu dan menegaskan Perdana Menteri Ismail Sabri sudahpun melakukan usaha terbaik untuk menangani isu kos sara hidup melalui pemberian subsidi kepada rakyat.

Jelasnya, beliau tidak endah dengan kritikan yang timbul selepas beliau menolak cadangan memotong gaji menteri diutarakan bekas menteri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Padang Terap itu juga melihat saranan Rafidah itu sebagai satu sindiran ke atas pentadbiran Ismail.


“Sebagai orang lama dalam politik Rafidah Aziz sepatutnya berjumpa dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menyatakan pandangan.

“Bukannya dengan meluahkan di media sosial. Rafidah orang lama bekas menteri dan berpenggal- penggal lama. Datanglah jumpa perdana menteri. Kata saya bekas menteri ada nak beri cadangan.

“Tak payahlah nak bercakap keluar dekat laman sosial, lepas itu nampak macam-macam perli-perli. Saya tidak kisah kalau nak kritik tak apalah, saya tak ada masalah,” katanya.

Rafidah dalam satu kenyataan yang tular di media sosial pada Jumaat menyeru gaji para menteri dipotong sebagai tanda memahami kesukaran ditanggung rakyat waktu ini.

Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Mahdzir yang juga naib presiden Umno tetapi disambut dengan terbuka oleh seorang menteri veteran Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Mahdzir mengarahkan rakyat supaya faham bahawa isu bekalan makanan dan peningkatan kos sara hidup bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi masalah seluruh dunia.

Katanya, fenomena global itu merupakan kesan pandemik Covid-19 kerana banyak negara tidak dapat mengeluarkan produk makanan.

“Ia sebenarnya berlaku pengeluaran dan permintaan. Ada sesetengah tempat itu tak ada pengeluaran makanan, ada yang ada tidak boleh eksport pula.

“Jadi di peringkat global ini ada kekurangan bekalan di negara masing-masing,” katanya yang memberi contoh sekatan eksport gandum oleh India untuk menjamin bekalan dalam negara.

Tambahnya, kerajaan masih memberikan banyak subsidi untuk memastikan harga barang tidak meningkat dengan mendadak sehingga membebankan rakyat.

“Sebab itu walau harga arang batu tinggi tapi perdana menteri kata nak kekalkan tak naikkan harga pengeluaran tenaga biarpun arang batu dan gas mahal tapi kerajaan nak teruskan subsidi.

“Sama juga dengan harga ayam walaupun pada awal perdana menteri kata nak apungkan harga ayam tapi kemudian beliau tarik balik,” katanya yang menambah langkah itu dibuat demi rakyat.

Mahdzir bercakap kepada pemberita di selepas program konvokesyen Kolej Ketengah di Kuala Nerus, Terengganu hari ini.

Selain tekanan untuk menstabilkan bekalan dan harga bahan keperluan asas, Ismail juga berdepan asakan politik pelbagai pihak termasuk dari pemimpin partinya.

Beberapa pertubuhan pelajar sudahpun mengumumkan tekad untuk turun berdemonstrasi sekiranya kerajaan tidak mampu menangani kenaikan harga bekalan keperluan asas.

Amaran serupa disuarakan pembangkang yang mahu Ismail segera mengumumkan langkah bagi menstabilkan harga barang tersebut.

Tekanan berkenaan antara lain memaksa beliau mengubah keputusan memansuhkan subsidi minyak masak untuk bungkusan dalam botol yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai.

Seterusnya semalam, Ismail mengumumkan kerajaan tidak akan mengapungkan harga ayam dan juga berjanji akan mengumumkan harga siling baharu dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau juga memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air dan elektrik bagi semenanjung.

Pada masa sama, Ismail ditekan untuk melaksanakan pemberian subsidi bersasar bagi bahan api RON95 dan juga diesel bagi menangani beban subsidi besar yang ditanggung negara.

Kementerian Kewangan semalam mengumumkan negara membelanjakan RM77.3 bilion setakat ini bagi perbelanjaan subsidi yang merupakan jumlah paling besar dalam sejarah.

Ia termasuk RM37.3 bilion untuk subsidi bahan api, RM4 bilion untuk minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. – 26 Jun, 2022.

INI KENYATAAN

BETUL & TEPAT

AMIN

POTONG GAJI

INI KERJA BODOH

AMIN

BUKAN JALAN

SELESAI INFLASI

AMIN

YANG PERLU

IALAH PERUBAHAN

STRUKTURAL

TANGGA GAJI

AMIN

HENTIKAN RASUAH

HENTIKAN  SALAH

GUNA KUASA

AMIN

 JANGAN CETAK

DUIT 

INI BAHAYA BESAR

AMIN

KHALAS

KES LAMA DALAM SEJARAH


NURUL DAH

PUTUS HUBUNGAN

DAN POLITIK

DENGAN ANWAR

AMIN

ANAK JANTAN

ANWAR LARI

KE AMERIKA

AMIN

NURUL BERSAMA

RAFIZI MUSUH

NAK BUNUH ANWAR

AMIN

ANWAR INI DBKL

SEMUA DIA ANGKUT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 
"LU TAK CAYA ? 
LU GI TANYA NURUL"

Kenapa wawi tak bercerai ngan dasai klu betul dasai kaki jubog? Kenapa nurul teruskan perjuangan bapanya klu bapanya kaki jubog? Kenapa gambar sukma? Sukma dituduh bersama2 liwat azizan di tivoli apt yg rupanya belum bina lagi masa kejadian. Akhirnya kes liwat 1 gugur, yg kena kes salah guna kuasa. Aku bukan sokong sangat dasai tu sebab dia pun ahli politik kaki temberang jugak tapi ada kemusykilan sikit.

 Masa kejadian umur dasai awal 50an, dan ada satu pensyarah Pakistan warga mas 60an pun dikaitkan kena liwat ngan dasai. Ke dalam jugak orang tua tu dlm lokap. Yg aku heran orang tua kepala botak ala logo gula2 hacks, beruban pulak tu, bulu dada beruban pun pun boleh kena liwat ngan dasai. Bila benda pelik, mula lah aku musykil. Ada seekor pencacai madey, tukang pikul tilam lendir. Tilam yg dia pikul tu kunun nya penuh air mani dan ada Dna dasai. Akhirnya kes liwat 1 gugur. 


Jadi tilam apa yg macai pengampu madey tu dok usung ulang alik ke mahkamah? Padahal ada koperal dan sarjan boleh ditugaskan pikul tilam lendir, tapi demi membodek, sanggup dia conquer kerja pikul tilam lendir. Tak tau lah ada kesan taik ke tak kat situ. Kalau ada kesan taik, mungkin dah puas dia hidu dari bau taik basah sampai bau taik kering. Tilam tu pun ntah ke mana, mungkin dah dilelong untuk jualan amal.

JANGAN HANYA CAKAP



Turunkan harga barang atau kami turun ke jalan kata persatuan pelajar

DUA persatuan pelajar bersedia turun ke jalan sekiranya kerajaan tidak menurunkan harga barang keperluan.

Persatuan pelajar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Putrajaya memansuhkan subsidi dan harga siling untuk barang keperluan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.

“Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak dan harga siling bagi barang keperluan bermula 1 Julai.”

“Keputusan ini dibuat tanpa mempertimbangkan kesusahan dihadapi rakyat di mana tindakan ini akan meningkatkan harga sekaligus memberi kesan negatif kepada oranmg ramai yang terpaksa belanja lebih untuk keperluan harian,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.


Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak botol bermula 1 Julai ini meliputi minyak masak sawit tulen dalam botol 2kg, 3kg dan 5kg yang ketika ini masing-masing dihadkan pada harga RM12.70, RM18.70 dan RM29.70 namun subsidi minyak masak paket RM2.50 sekilogram dikekalkan.

Skim subsidi minyak masak berbotol diperkenalkan kerajaan pada 1 Ogos tahun lalu untuk tiga bulan sahaja namun diteruskan sehingga Jun 2022 dengan mengambil kira faktor pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada rakyat.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak akan mengapungkan harga ayam serta tidak menaikkan tarif air dan elektrik bagi Semenanjung. Katanya, kerajaan akan mengumumkan harga siling ayam dalam masa terdekat.

“Putrajaya telah memutuskan harga ayam tidak akan diapungkan. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan umumkan harga siling dalkam masa terdekat”.

Pada masa yang sama kedua-dua persatuan pelajar ini membidas pengumuman kerajaan berhubung bantuan wang tambahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang disifatkan tidak menyelesaikan masalah rakyat.

“RM100 itu tak boleh bertahan sehari pun dengan harga barang yang semakin meningkat dan lagi teruk lagi kerajaan tak ada perancangan bantu pelajar yang terjejas.”

“Kami desak kerajaan buat perancangan untuk membantu rakyat di semua peringkat. Perancangan di bawah BKM tidak cukup dan bukannya untuk jangka masa panjang,” kata mereka.  – 25 Jun, 2022.

JANGAN HANYA

CAKAP

AMIN

SUSUN ATUR

DAN LAKUKAN

AMIN

BIASANYA YG

BERI AMARAN

TAK JADI APA APA

AMIN

HANYA GERTAK

KEELING

AMIN

CAKAP SENANG

BUAT & BUKTIKAN

AMIN

KHALAS

ADA AKIBAT SAMPINGAN


ADA AKIBAT 

SAMPINGAN

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "CARA BUAT DUIT"

Selepas ambik dos semua ramai hilang Gigi apa side effect, apa rosak sistem imun atau apa faedah? Tapi yang pasti tokan jual, politik tolong support semua untung kah kah sistem penjualan Masih berjalan, nanti keluar macam macam versi hebat bagi semua mampiooo kah kag

BELUM DAPAT WATIKAH ?


BELUM DAPAT

WATIKAH?

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 

"ZAHID PEMIMPIN TEGAS"


Memang agung pun tak ndak gangster pasir salak ni. Kalau agung nak dah lama agung sain watikah walaupun gering kaki. Sain watikah ni bukan pakai kaki pun.

BALON BIAWAK JADI AUTA



BALUN BIAWAK

JADI KAKI AUTA

KAH KAH KAH

AMIN


panglimo potaseh commented on

 "LIDAH BERCABANG"

Takat yang gwa tahu ada dua kaum yang suka balon biawak ..satu Koling ..dua Arab ..nak tanyo TaT kok ado Arab dongan Ular kito nak baeeh kopalo sapo dulu ..

NEGARA TERGADAI KERANA HUTANG



SATU LAGI NEGARA

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

AMIN

KERANA MANGSA

HUTANG

AMIN

KHALAS

LIDAH BERCABANG

SEMUA POLITIKUS

LIDAH BERCA....OPPS

SILAP SEMUA BIAWAK

LIDAH BERCABANG

KAH KAH KAH

AMIN

Puaka Rimba commented on

 "KANG KANG TERSUMBAT"

Tak kira spesis Biawak Tropika dgn Biawak Padang Pasir (Dhob). Keduanya mempunyai LIDAH BERCABANG.

JALAN RAYA HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA


JALAN RAYA

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "TAK TURUN JALAN RAYA 
- TAK MENANG PILIHAN RAYA"

Apa guna kalau hanya turun jalanraya dan tak ada stratiji membentuk parti pemerintah selepas menang PRU. Kalau stratiji tersebut hanya satu, iaitu Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kau semua jangan buang masa turun jalanraya. Baik duduk rumah bilang biji betas

SABRI 114 DARI KAWANSAN BERA



AMARAN

BUKAN SABRI KERA

SABRI DARI BERA

B DAN K ADA BEZA

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"HARI KE 11"

Sabri Kera ooop ..Bera, .. bodoh ..kok Sabri ni bodoh takan rakyat boley pircaya yg minyak masak putus bekalan ..walhal kita pembekal minyak sawit torgodang ..kahkahkah .. ..

HANTU CARI KJ

 

HANTU CARI KJ

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "AMBIK DOS KE 107"

Saya lepas 2nd dos terus kondem. Saya ingat hidup ni pun dah tak boleh lama. Andaikata lah kalau saya mati dan boleh jadi hantu, orang pertama yg saya akan cekik sampai mati ialah KJ. Harap dia baca ni dan bersiap sedia andai hantu saya berjumpa dengan nya. Apa dia ingat duit komisen boleh bawa masuk kubur ke.

KEMANA HILANGNAY KATAAK HIJAU ?



KEMANA HILANGNYA

KATAK HIJAU ?

AMIN

KHALAS

ZAHID PEMIMPIN GTEGAS


Tajuddin gugur MKT Umno sebab kritik parti, kata Zahid

TAJUDDIN Abdul Rahman digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno kerana sikapnya yang mengkritik parti, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelas lanjut sebaliknya meminta wartawan mendapatkan penjelasan daripada Tajuddin sendiri.

“Kena tanya beliau sendiri, apa kenyataan beliau telah buat, apakah bahan-bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan-bahan yang telah beliau nyatakan dalam mesyuarat tertutup, tanya beliau sendiri,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Semalam, tersebar sepucuk surat penghargaan dan terima kasih bertarikh 21 Julai kepada Tajuddin yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, yang hari ini disahkan oleh Ahmad Zahid.

Tajuddin baru-baru ini dinamakan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia dan menunggu watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong. 

Tajuddin adalah antara Ahli MKT Umno lantikan presiden, yang diumumkan bersama beberapa jawatan lantikan lain pada 14 Julai 2018.

Ketua Bahagian Umno Pasir Salak itu kalah dalam pemilihan parti pada Jun 2018 merebut jawatan naib presiden.

Dalam tempoh pelantikannya, beliau pernah juga diberi tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya Umno pada Nov 2020 sebelum digantikan oleh timbalan presiden Umno Mohamad Hasan pada Julai 2021.

Tajuddin diketahui antara pemimpin Umno yang cenderung mahu pemilihan parti diadakan dahulu sebelum Pilihan Raya ke-15.

Umno baru-baru ini meminda perlembagaan parti untuk menetapkan pemilihan parti diadakan tidak lebih enam bulan selepas pilihan raya umum.

Tajuddin juga antara pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan tindakan Ahmad Zahid mengetuai sekelompok ahli parlimen parti menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada Ogos 2021. – 24 Jun, 2022.



ZAHID PEMIMPIN

TEGAS

AMIN

TERAJANG MALAON

KAKI BISING

BUAT SIBUK

AMIN

APAKAH AGONG

AKAN BERI WATIKAH

PADA MALAON

YANG DIHINA OLEH

PARTI SENDIRI

KAH KAH KAH

TUGAS AGONG

JADI BERAT 

DAN PENDEK

AMIN

APAKAH JAKARTA

TERIMA BARANG

REJEK

KAH KAH KAH

KENAPA HINA

JAKARTA DENGAN

PRODUK BUSUK

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS