Isnin, 18 Julai 2022

BELOT MAKIN RAMAI JADI KENG



BELOT BELOT 

SEMUA JADI

KENG

KAH KAH KAH

MINGGU LALU 

BUANG LIMA DUTA

KAH KAH KAH

KELAMRIN BUANG

PEGUAM NEGARA

DAN KEPALA SB

KAH KAH KAH 

AMIN 

INI TANDA TANDA

KERAJAAN

 ZELENSKY

RETAK TUNGGU

NAK RUNTUH

AMIN

KHALAS

TANDA TANDA SABAH MERDEKA



Pertikai usul tuntutan Sulu ditolak, MP Kota Belud diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Belud diarah keluar dari Dewan Rakyat selepas mempertikaikan keengganan Speaker untuk membenarkan isu rampasan aset Petronas oleh waris Kesultanan Sulu dibahaskan di Parlimen.

Usul Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy telah ditolak kali ketiga.

Terdahulu, Ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah (Warisan)  mempersoalkan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah kerana tidak membenarkan usul berkenaan dibahas.

“Tuan Speaker, buat kali ketiga, Tuan Speaker menolak usul yang saya bawa di dewan ini tentang tuntutan Sulu, saya cukup hairan.

“Saya mahu tanya dengan Kerajaan Persekutuan sampai tahap apa yang membenarkan isu ini dibahaskan? Ini soal kedaulatan negara bukan soal remeh-temeh, pasal Sabah kamu tidak peduli? Sebab Sulu tuntut Sabah sahaja, bukan negeri lain?.

“Saya mohon semua Ahli Parlimen daripada Sabah dan lain-lain berdiri mohon supaya usul ini dibincangkan, dibahaskan dalam Dewan ini.,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Serentak itu, Ahli-ahli Parlimen Warisan berdiri sebagai tanda sokongan sehingga menimbulkan kekecohan di dalam dewan.

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Pulai,  Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan) turut mempersoalkan isu sama.

Kata Salahuddin, tuntutan Sulu sepatutnya dibincangkan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

“Usul saya juga ditolak dengan alasan subjudis, tapi hari ini isu ini dilaporkan secara meluas dalam negara dan antarabangsa. Isu ini menjadi perbahasan umum kalau ia subjudis. Sama ada subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah ( Mahkamah Arbitrasi Paris) yang tentukan nanti,”

”Tapi saya harap satu hujah yang konsisten, saya bersetuju dengan kawan-kawan yang lain supaya isu ini dibahas bukan untuk pertikaikan tapi mahu penjelasan kenapa ini berlaku dan rakyat perlu mendapat pandangan daripada menteri di Parlimen,” tambahnya.

Azhar kemudian mengarahkan Isnaraissah Munirah keluar dari Dewan Rakyat dan beliau digantung selama dua hari kerana enggan memberi laluan kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebagai rekod, akhbar Financial Times baru-baru ini melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.- 

 

PEKARA YG

AMAT PENTING

TAK BOLEH

DIBINCANG DLM

DEWAN

KAH KAH KAH

INI BERAT

MAKA TAK HAIRAN

JIKA RAKYAT

SABAH MAHU

KELUAR DARI

MALAYSIA

AMIN

INI TANDA

INI SEBAB

INI CONTOH

YANG JELAS

BAHWA SABAH

KENA KENCING

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

SUBSIDI: TERIMA KASIH


Inflasi cecah 11% kalau kerajaan tak beri subsidi, kata PM


KADAR inflasi di Malaysia terendah di Asia Tenggara malah mungkin di dunia hasil komitmen berterusan kerajaan dalam membantu rakyat bagi menangani kos sara hidup, kata Perdana Menteri Ismail Yaakob di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata kadar inflasi mungkin meningkat kepada 8% hingga jika kerajaan hapus subsidi.

“Inflasi kita kekal pada 2.8% dan jika subsidi tidak diberikan inflasi mungkin meningkat kepada 8% hingga 11%,” katanya semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana menteri menjawab pertanyaan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai langkah kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan memastikan kestabilan harga barangan kekal pada harga mampu milik rakyat. 

Ismail Sabri turut berkata berbanding Malaysia, kadar inflasi lebih tinggi misalnya di Thailand 7.7%, Singapura (5.6%), Indonesia (4.4%), United Kingdom (9.1%), Amerika Syarikat (9.1%) dan Kesatuan Eropah ( 8.6%). – 18 Julai, 2022.     


TERIMA KASIH

BERI SUBSIDI

AMIN

KAAH KAH KAH

TAPI BERAPA 

LAMA BOLEH

TANGGUNG

KAH KAH KAH

APAKAH KITA

AKAN BUAT QE

AMIN

APA BENDANYA

QE INI ?

KAH KAH KAH

QE IALAH

QUANTITATIVE

EASING

BAHASA POLITIKUS

TIPU RAKYAT

MAKNA NYA

CETAK DUIT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

PENGGANTI KU LI


ANWAR IBRAHIM

PENGGANTI KU LI

ADALAH CALON

TETAP

PERDANA MENTERI

MALAYSIA 

AMIN

PARTI KHEMAH KECIL



PARTI

KHEMAH KECIL

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 

"APA MAKNA BERITA INI ?"

Hahaha baru rasa panas terbakar. Dengan khemah kecil pun takut. Habis lah segala khemah madey terbakar nanti. Khemah besar serpihan penyamun. Hahaha ada madey ada daim dan segala mcm cukong keparat. Boleh tanding 222 parlimen. Mana datang duit? Hahaha bekas penyamun jugak mcm najip and the gang.

PARTI KUAT GADUH


PARTI

KUAT GADUH

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on

 "APA MAKNA BERITA INI ?"

Belum pegang apa apa dah jenis bergaduh, kalau pegang jawatan pulus maka banyak lagi nak gaduh kah kah ada setengah tu tak layak bukan tak ada kebolehan tapi susah atur budaya rasuah curik billion kah kah salah orang nampak lupa cermin diri Selalu kah kah kah

MELAWAT MOSCOW



MELAWAT 

MOSCOW

AMIN

KHALAS


panglimo potaseh commented on
 
"PERANG UKRAINE : 
POLONG MAKAN TUAN"

Sebot pasal Ukreine dan Rusia ..mantan agong kita relek je pi sana ..tak de hal pon ..ampoong tuang kue ..

POLONG MAKAN TUAN



POLONG 

MAKAN TUAN

KAH KAH KAH

AMIN

WAYANG CHINA MERAH


WAYANG

CHINA TEMBAM

AJEN

CHINA MERAH

AMIN

Unknown commented on

 "MALAYSIA TOLAK AJEN

 CHINA MERAH"

pelik & ajaib seorang fugitive wanted utk siasatan 1MDB by PDRM masih ada saluran utk negotiate pada hal Pdrm dah keluar statement ... Jho Low cannot be locate ... wtf main wayang apa tu ?? Jgn lupa Ikrar sumpah masa pegang jawatan dan jenuh kena jawab di akhirat nanti

RUSIA TUNGGU MUSIM SEJUK



MUSIM SEJUK

SAMPAI

EROPAH JADI

HURU HARA

KAH KAH KAH

RUSIA TAK BUAT

APA APA 

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG UKRAINE : POLONG MAKAN TUAN

 

PERANG UKRAINE :

 POLONG MAKAN TUAN


Fakta dipencongkan.  Hingga ke hari ini ramai tidak sedar Perang Ukraine sebenarnya  telah bermula pada 20 Februari 2014. Perang  ini awalnya pecah di wilayah Crimea dan Donbass. Punca meletusnya perang bermula pada  tahun 2014 apabila  Amerika  berjaya membuat ‘rampasan kuasa ‘ menjatuhkan kepimpinan Ukraine yang tidak mahu bermusuh dengan  Rusia.  

Kerajaan baru hasil ‘coup ‘ yang di didukung oleh Amerika mengambil dasar  anti-Rusia dan pro-Amerika. Ukraine berubah dari berkecuali terhadap Rusia kini menjadi musuh Rusia.

 Adalah tidak benar apabila media arus perdana Barat melaporkan Ukraine diserang tanpa provokasi. Ini tidak betul. Seawal 2008 lagi Amerika telah mencadangkan agar Ukraine menjadi anggota NATO – North Atlantic Treaty Organisation.

Seawal 2008 lagi Rusia dan Putin telah menyatakan  bahawa Rusia tidak mahu Ukraine menjadi anggota NATO. Ukraine yang bersempadan dengan Rusia perlu berkecuali. Ini untuk keselamatan Rusia dan keselamatan Eropah.

Rusia juga  membantah pengluasan wilayah NATO ke Timur. Rusia  bersuara membantah  kemasukan negara-negara  bekas Soviet Union ke dalam NATO seperti Poland, Bulgaria,  Republik Czech atau Latvia. Tapi hanya bantahan tanpa tindakan kerana negara ini tidak berkongsi sempadan seperti Ukraine.

Amerika tidak ambil pot atau  tidak menoleh pandang bila Rusia bersuara. Dalam bacaan Amerika  sesudah runtuh Soviet Union (1991) Rusia  dilihat  terlalu lemah untuk melakukan apa-apa tindakan balas..

Rentetan dari babak-babak ini telah menjemput Putin untuk melancarkan   Operasi Istimewa Putin bermula pada 24  Februari 2011.

Kini perang Ukraine  telah masuk ke bulan ke lima. 

Pada minggu  pertama dan minggu ke dua satelah Putin masuk menyerang  Ukraine dunia merasa lega apabila Turki berjaya mempertemukan dua musuh yang berperang di Ankara.

Turki yang ada hubungan baik dengan Putin dan Turki juga anggota NATO. Justeru  telah  bersedia menjadi orang tengah. Awalnya seperti perdamaian akan tercapai. Kemudian senyap.

Hari ini tidak kedengaran lagi usaha mencari jalan penyelesaian.  

Paling akhir dunia diberitahu tentang Langkah Jokowi. Ini berlaku pada  akhir Jun dan awal Julai.   Presiden Jokowi dari Indonesia telah  pergi ke Ukraine berjumpa Presiden Zelensky. Kemudian Jokowi terbang  pula ke Moscow  untuk bertemu dengan  Presiden Putin. Dilaporkan Putin membawa surat Zelensky  untuk Putin.

Apa isi kandungan surat ini  walah hu alam bissawab. Hanya Guru Nanak yang tahu.

Presiden Jokowi dilaporkan telah menjemput Zelensky datang ke Bali Indonesia   pada 15 dan 16  November 2022 depan. Jokowi menjemput Zelensky  untuk   menjadi tamu Indonesia di Persidangan G20.  Ukraine dijemput  sebagai tamu  kerana Ukraine  bukan anggota G20. Putin akan hadir di Bali  kerana Rusia anggota G20.

Kita lihat apa akan berlaku di Bali  November ini.. Apakah Langkah Jokowi membawa hasil. 

Sementara itu mari kita lihat  apa dampak – apa kesan perang Ukraine  kepada dunia dan  khususnya kepada Eropah.

Bila sahaja Rusia menyerang  Ukraine – Amerika  Sereket dan  Kesatuan  Eropah telah melancarkan sekatan ekonomi yang amat ketat terhadap Rusia. Ini bukan kali pertama Rusia dikenakan sekatan ekonomi.

Sekatan ekonomi ini bertujuan untuk memandulkan tenaga ekonomi  Rusia dari berupaya menyerang Ukraine.


Amerika  telah juga mengarahkan  NATO – North Atlantic Treaty Organisation -  yang didirikan pada tahun 1949. NATO ialah perjanjian persenjataan yang di kepalai oleh Amerika – untuk memberi sokongan persenjataan kepada Ukraine.

Musuh utama NATO dahulu ialah Soviet Union. Ini berlaku dalam Perang Dingin sebelum runtuhnya Soviet Union.

Pelbagai jenis senjata yang ringan dan berat telah dihantar ke Ukraine oleh   30 buah negara anggota NATO. Dalam masa yang sama   Presiden Biden secara sedar telah mengambil dasar di mana NATO  - bala tentera NATO – tidak akan terlibat di medan Ukraine.

Senjata dihantar oleh NATO. Tetapi soldadu NATO tidak campur dalam perang.

Amerika dan NATO enggan berperang dengan Rusia.  Strategi ialah Amerika menjadikan warga Ukraine ‘ umpan katak ‘ untuk memusnahkan Rusia.

Perang Ukraine ini  adalah perang proksi di mana Amerika dan  NATO menggunakan soldadu Ukraine ke titisan darah terakhir untuk menundukkan Rusia.

Amerika sendiri telah menghantar senjata bernilai  35 bilion dolar untuk membantu Ukraine.   Pelbagai jenis  senjata buatan Amerika telah diterbangkan  Ukraine.

Ketika senjata mencurah masuk  dari NATO – dunia diberitahu bahawa Rusia telah berjaya menawan wilayah Donbass. Ini bermakna lebih dari 20% bumi Ukraine kini telah di tawan oleh pasukan tentera dan  gerila pemisah  Republik Rakyat Donbass yang mendapat sokongan dan bantuan Rusia.

Dari segi perang dan tentera amat  jelas  walau pun ada senjata terkini dan tercanggih  dari Amerika dan NATO – bala tentera Ukraine tidak dapat bertahan. 

Soldadu Ukraine hanya berjaya melambatkan kemaraan askar Rusia dalam projek  Operasi Istimewa Putin. Hakikatnya soldadu Ukraine  tidak dapat mengalahkan bala tentera Rusia.

Malah Komander di Donbass mengakui bahawa setiap hari antara 200 ke 500 soldadu Ukraine gugur atau cedera. Ini belum dikira ratusan yang ditawan atau menyerah diri. Semua mereka kini  menjadi tawanan perang dan dibawa masuk ke Rusia.

Satu  demi satu  kampung, pekan dan bandar Ukraine telah jatuh ke tangan Rusia. Ini fakta.

Media Barat yang menyokong langkah NATO dan projek Amerika  tidak melaporkan berita-berita seperti yang  ditulis disini. Sama seperti Perang Vietnam, Perang Iraq dan Perang Afghanistan – dunia ditaburi dengan ‘ berita ganja’  agar pembaca terus berkhayal bahawa Ukraine akan menang. Rusia akhirnya akan kalah.

Berita alternatif   yang seimbang wujud tetapi  sesiapa yang rajin mencarinya  wajib merayau-rayau dalam alam siber. Media arus perdana tidak akan memberi pandangan kedua tentang apa yang berlaku di Ukraine.

Mangsa pertama perang ialah kebenaran. Laporan berita menjadi propaganda. Maklumat disebar sebagai senjata perang saraf. Berita palsu dan maklumat palsu digunakan oleh Ukraine dan Rusia. 

Dalam YouTube berita yang dilihat bersimpati dengan Rusia atau tidak menyokong langkah Amerika akan diketepikan dan dipersusah untuk ditemui. Kerja ini dilakukan oleh algoritma Internet. 

RT – Russia Today – saluran TV  lidah resmi Rusia telah  diharamkan salurannya di  Amerika dan di Eropah. RT juga tidak akan dapat ditemui di YouTube.

Secara terbuka Presiden Biden telah berkata bahawa : ‘ Putin must go.....’ 

Tujuan akhir  Amerika dalam Perang Ukraine ini ialah untuk melemahkan Rusia. Sekatan ekonomi di harapkan akan menyusahkan warga Rusia. Kesusahan hidup ini diharapkan akan memangkin  berlaku pemberontakan terhadap Putin.

Lagi lama  pentas perang ini dibuka lagi baik untuk strategi Amerika menjadi kenyataan.

Justeru persoalan timbul :  Jika senjata  dilihat gagal - bagaimana pula dari segi sekatan ekonomi.

Apakah kesan sekatan ekonomi terhadap ekonomi Rusia dan Putin. Apakah Rusia telah porak peranda. Apakah warga Rusia kini mula  bangun melawan  kepimpinan Putin..

Keadaan ekonomi Rusia boleh dijawab dengan satu ayat : Rubel Matawang Rusia semakin kukuh berbanding sebelum pecah perang.


Biden boleh  menggali lubang  untuk Putin. Kesatuan Eropah boleh memasang jerangkap terhadap Putin. Tapi hasilnya jadi bahan lawak.

Lawak kerana semua perangkap kini melejang diri sendiri. Semua lubang yang digali akhirnya  diri sendiri terjerumus. Betul -  sekatan ekonomi ini menekan  Rusia.  Tapi yang lebih terkesan dari sekatan  ekonomi  ialah warga Eropah dan warga Amerika sendiri.

Amerika melarang negara-negara di Eropah mengimport bahan bakar minyak dan  gas dari Rusia.

Hasil dari larangan membeli minyak dan  gas dari Rusia ini telah melonjakkan harga bahan mentah ini.  Malah Rusia mendapat tambahan berbilion dolar  hasil dari jualan gas dan minyak. Ini kerana  sekatan ini menjadikan minyak dan gas berkurangan dalam pasaran.

Wajib di ketahui Rusia  adalah pengeluar minyak kedua terbesar dalam dunia sesudah Saudi Arabia. Rusia jaga pengeluar gas  utama dalam dunia.

Sekatan minyak ini telah memberi dampak yang paling hebat kepada pengguna di Amerika. Inilah kalai pertama semenjak 1974 harga petrol di stesen minyak melintas lebih dari 5 dolar segelen.  Inflasi  di Amerika kini mencecah  9.1 % tertinggi semenjak empat dekad. 

Presiden Biden  merancang sekatan  ekonomi  agar warga Rusia terseksa kini yang terseksa parah ialah warga Amerika sendiri.

Harga bahan bakar minyak juga meledak naik di Eropah. Warga Kesatuan Eropah dari Itali, Sepanyol, France, United Kingdom – semua sedang menerima bala akibat sekatan ekonomi terhadap Rusia.

Contoh terbaik untuk membuktikan kegagalan strategi  sekatan ekonomi ini ialah dengan melihat apa yang  sedang berlaku di German.

Negara German mengimport   30% gas dari  Rusia. Ketika perang bermula German telah berdulak dalik dan bersilat lidah dalam hal memboikot gas Rusia.

German memerlukan  talian hayat  Nord Stream 1 dan Nord Stream 2.   Ini adalah paip laluan gas dari  Rusia yang mula beroperasi pada tahun 1997. Nord Stream 2 di buat pada tahun 2011 dan seharusnya beroperasi pada tahun 2022.

Paip sejauh 1,222 kilometer ini melintasi laut dan daratan adalah tali hayat gas untuk ekonomi German.

Amerika memberi tekanan agar paip ini ditutup. German bersetuju untuk menutup Nord Stream 2 – walhal paip ini belum beroperasi. Manakala Nord Stream 1 masih beroperasi. 

Bila sekatan ekonomi dijalankan Rusia telah bertindak balas. Syarikat  yang  membeli gas  dan minyak dari Rusia wajib membayar dalam Rubel – Matawang Rusia.

Ha ha.. secara gelap dan senyap-senyap beberapa syarikat German telah membayar dengan Rubel. Justeru nilai Rubel naik.

Rusia juga mula mengurangkan dan membatalkan syarikat yang enggan membeli gas menggunakan Rubel. Hasil dari tindakan Rusia ini negara German kini berhadapan dengan malapetaka.

Ketika ini masih musim panas. Dalam bulan Oktober musim sejuk akan sampai. Ketika musim panas ini lagi bahan bakar gas telah semakin berkurangan di German.

Kerajaan telah mula mencatu penggunaan gas.  Majlis Tempatan dan Majlis Bandaran telah memberi  nasihat kepada warga agar berjimat cermat menggunakan gas.  Malah mandi menggunakan air panas telah di cadang hanya  sehari sekali.  

Ini  belum lagi masuk musim sejuk. Kini Majlis Tempatan akan menyediakan bilik b dan ruang khas  untuk warga yang kurang g mampu membeli gas untuk memanaskan badan.

Harga  gas kini meledak naik. Bukan sahaja mahal tapi susah untuk didapati. Walau pun tidak seburuk keadaan di Sri Langka di mana warga beratur berjam-jam untuk membeli sebalang gas.

Tertiba pada 10 Julai  ini Rusia menutup terus  paip Nord Strem 1. Ini untuk pembaikan – repairation works - yang perlu diakukan saban tahun. 

Gazprom – pemilik  Nord Strem 1 telah mengumumkan bahawa penutupan hanya untuk sementara. Dalam masa 10 hari paip ini akan dibuka kembali.

German gempar. Kerajaan tergugat.   Apakah Putin akan jadikan gas sebagai senjata untuk menyerang German..

Jelas perangkap untuk Rusia  telah melejang ke muka sendiri. Lubang yang digali untuk menanamkan Rusia kini German dan negara Kesatuan Eropah  terjerumus sendiri.

Kiat lihat dan tunggu apa seterusnya kan berlaku. Apakah Putin akan terus menutup Nord Stream 1 ? Ini menjadi tanda tanya  oleh seluruh warga German. Di musim panas mereka sedang menggigil sejuk bayangkan bila musim sejuk sampai.

Ketika tulisan ini di garap  nilai Euro – Matawang Kesatuan Eropah yang sentiasa tinggi dari Dolar jatuh. Kini Euro  sama nilainya dengan Dolar – 1 Euro 1 Dolar.  Jelas  projek boikot Rusia telah mencekik leher  sendiri.

Presiden Biden hantar Polong ke Rusia kini Polong sedang makan tuan. (TT)

TULISAN INI JUGA 
DISIARKAN DALAM  PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/391629








BILA SABRI AKAN LAWAN ZAHID ?



Jangan salahkan RoS berhubung pindaan perlembagaan Umno, kata Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebaliknya jabatan berkenaan diberikan lagi masa  berhubung isu permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

Beliau berkata pihaknya  juga berharap Barisan Nasional (BN) tidak disalahkan kerana telah mendesak jabatan itu untuk memberikan jawapan permohonan.

“Saya tidak mahu ada tindakan salah menyalahkan, kata RoS tidak dengar cakap BN ke atau sebagainya, jangan sebut begitu. 

"Kita berilah lagi masa kepada RoS ...seminggu atau dua lagi,” katanya selepas program Wacana Aspirasi Ummah ‘NGO Membantu Kestabilan’ di Dewan Sri Warisan, Kampung Teras Jernang semalam. 

Menurut ahli Parlimen Pontian itu, tambahan masa itu perlu diberikan untuk membolehkan RoS meneliti dokumen tambahan yang diminta daripada Umno.

“Oleh kerana permohonan RoS yang meminta sebanyak lapan jenis dokumen tambahan maka itu  dianggap  sebagai tambahan masa untuk mereka memberikan maklum balas,” katanya sambil turut menafikan dakwaan beberapa portal yang melaporkan RoS telah meluluskan pindaan perlembagaan parti berkenaan.

Umno sebelum ini membuat permohonan pindaan itu bagi membolehkannya menangguhkan pemilihan kepemimpinannya sehingga enam bulan selepas pelaksanaan pilihan raya umum (PRU). 

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lepas.

Pada 7 Julai lepas, RoS berkata keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan Umno akan diketahui semalam.


BILA JPP

AKAN BUAT

KEPUTUSAN

AMIN

LAGI DUA MINNGU

ATAU  LAGI

SATU BULAN?

JENG JENG JENG

JPP AMBIL

JALAN TENGAH?

KAH KAH KAH

LULUS PINDAAN

TAPI BUKAN UNTK

SEKARANG UNTK

AKAN DATANG

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

KETUA BAHAGIAN

DAH TAK SABAR

TUNGGU FULUS

MASUK

KAH KAH KAH

FULUS DARI ZAHID

FULUD DARI SABRI

KAH KAH KAH

AMIN