Isnin, 25 Julai 2022

POLITIK JALAN RAYA DITERUSKAN



POLITIK

JALAN RAYA

DITERUSKAN

AMIN 

KHALAS

ISYARAT TEPAT UNTUK SABRI



Isyarat betul perlu diberikan kepada PM untuk tentukan waktu sesuai PRU, kata Tok Mat

Isyarat yang betul perlu diberikan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, kata Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan.

"Perdana menteri sedang meneliti dan menunggu waktu yang sesuai jadi kita perlu beri isyarat yang betul.

"Saya akan pergi ke seluruh negara bersama rakan-rakan dan hasil dari lawatan kerja akan kami bentangkan dan bincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan dan biro politik parti. Kita akan habiskan (pembentangan laporan PRU) sebelum pertengahan Ogos,” katanya. -

Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN berkata jentera pilihan raya BN di Pulau Pinang telah mencapai 50% tahap kesiapsiagaan setakat ini dan beliau mahu melihat keseragaman strategi di setiap bahagian.

“Kita belum berbincang soal jumlah kerusi yang akan ditandingi dan calon. Ini akan ditentukan oleh pimpinan parti,” kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi BN Pulau Pinang di Tasek Gelugor. 

“Kami perlu melakukan penambahbaikan terlebih dahulu, barulah kita boleh keluar menghadapi peperangan PRU sebagai satu pasukan dan keluarga besar BN,” katanya.

Walaupun tidak mudah untuk mengalahkan parti DAP di Pulau Pinang, beliau berkata ia tidak mustahil.

Katanya ia terbukti di pilihan raya kecil Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini, kerusi-kerusi tradisi yang dikuasai DAP berjaya dirampas oleh BN.

“BN telah diberikan kepercayaan semula oleh rakyat di kawasan-kawasan tersebut. Ia bukannya mudah untuk mengalahkan DAP tetapi ia tidak mustahil,” katanya.


WOIT

FAHAM KE TAK

KAH KAH KAH

SABRI PERLU

ISYARAT TEPAT

UNTUK BUAT PRU15

KAH KAH KAH

ISYARAT 

PALING TEPAT

IALAH LEPAS

NAJIB MASUK JIL

AMIN

ISYARAT TEPAT

LEPAS HAMZAH

UMUM KEPUTUSAN

PINDAAN UMNO

AMIN

ISYARAT TEPAT

BILA MUHYIDIN

DAH SETUJU

AMIN

PERSETUJUAN

MUHYIDIN ADALAH

SYARAT SABRI

JADI PM

AMIN

 KHALAS


BILA KDN NAK UMUM ?



Benda mudah sahaja tapi RoS ambil masa lebih dua bulan

KUALA LUMPUR – Sebagai pengamal undang-undang yang pernah memiliki firma guaman terbesar di negara ini,  Zaid Ibrahim mengkritik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang disifatkan sebagai tidak profesional.

Beliau menyatakan begitu kerana RoS mengambil masa lebih dua bulan untuk membuat keputusan sama ada hendak meluluskan atau sebaliknya permohonan pindaan Perlembagaan UMNO.

“RoS tak profesional, benda mudah saja. Ini dah sampai dua bulan tak dapat jawapan, sedangkan UMNO kata mereka mesyuarat ikut perlembagaan parti dan peraturan.

“Selepas permohonan pindaan dikemukakan oleh Setiausaha Agung UMNO, RoS tengoklah pindaan itu dibuat mengikut seksyen berapa. Kalau betul, luluskanlah, kenapa nak tunggu sampai lebih dua tidak ada apa-apa keputusan.

“Ini juga satu sikap yang tidak profesional pada saya dari segi pihak kerajaan, tetapi saya rasa mereka akan beritahu esok lusa. Kita tunggulah,” katanya.



WOIT

KAH KAH KAH

MAMAT NI TIDAK

FAHAM

KAH KAH KAH

INI PERMAINAN

POLITIK

AMIN

TUNJUK KDN

ADA KUASA

PADA PARTI UMNO

PADA PKR

KAH KAH KAH

DUA PARTI INI

DALAM TANGAN

MENTERI KDN

AMIN

BETUL BOLEH

BUAT KEPUTUSAN

DALAM 2 HARI

TAPI ITU BUKAN

POLITIK NAMANYA

ITU NAMANYA

BUAT KERJA 

PROFESIONAL

KAH KAH KAH

UNTUK POLITIK

KENA AMBIL

MASA PANJANG

KAH KAH KAH

KHALAS

MANGSA KOBID MAKIN TINGGI



Covid-19: Kes baharu, kematian meningkat – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat sebanyak 13.5% kepada 29,886 pada minggu epidemiologi ke-29 (ME29) dari 17 hingga 23 Julai berbanding 26,335 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata ,daripada jumlah itu, kes tempatan juga meningkat 13.5% daripada 26,317 kes kepada 29,858 kes tetapi kes import turun 26.3% kepada 28 kes sahaja berbanding 38 kes.

Jumlah kes kematian dalam ME29 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5% kepada 63 kes berbanding 39 pada minggu sebelumnya.

Bilangan kes pulih pada tempoh sama juga bertambah 18.9% kepada 22,757 berbanding daripada 19,138 kes sebelum ini.

“Kes kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk naik sebanyak 18.3%. Bilangan pesakit dalam Kategori 1 dan 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 12.5%,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Manakala bilangan pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 melonjak sebanyak 25%, kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 harian turun 1.7% pada akhir ME29 kepada 70,140 kes daripada 71,326 kes sebelumnya.

Menurut beliau terdapat 15 kluster Covid-19 yang aktif.

JAGA JAGA

IKUT C.U.S

CARA UNTUK

SELAMAT

AMIN

KHALAS

BANJIR DAN KEMARAU SERENTAK


BANJIR DI CHINA

KEMARAU 

DI SOMALIA

AMIN

APAKAH NAJIB AKAN MASUK PENJARA ?



PERSOALAN 

APAKAH NAJIB

AKAN MASUK JIL?

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "NAJIB CARI BOMOH ??"

Tt.. agaknya mcm mna najib akan kedalam,mcm mna Jho low akan ditemui, sekiranya 1mdb ni kepala sebenarnya seorang yg tak boleh disentuh? I am wondering la tt... Oppss atau mngkin gwa terlebih sangat layan tv series the blacklist. Kahkahkah
Unknown commented on 

"PANDANGAN MADEY TENTANG NAJIB MASUK PENJARA"

Pokok cerita Najib sukar masuk penjara, settle semua, ITU saja cerita, tak dapat masuk semua beres kah kah buang masa selalu

TUMPANG PROTON


TUMPANG PROTON

AMIN


Unknown commented on

 "BALIK KAMPUNG"

Woit TT..lu balik kg naik apa bwk 2 ekor ni? Xkan sewa 4x4 kot..

BALIK KAMPUNG


BAWA TAK TAK

DAN EZI TENGOK

KAMPUNG

AMIN


yobstim commented on

 "MIMPI BASAH BIDEN"

tt hang pi maqna!

INI MALAYSIA !!!


BRO

LU ROYAK BETUL

AMIN

KITA TUNGGU

26 OGOS 2022

AMIN

TAPI BRO...

INI MALAYSIA

MACAM MACAM 

BOLEH BERLAKU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"NAJIB TAK MASUK JIL
 PADA 26 OGOS"

He remained innocent until he's proven guilty by the court of law in that country ...

BALA NEGARA ISLAM



NEGARA 

ISLAM PAKISTAN

DITURUNKAN BALA

AMIN

MULA KEMARAU

KEMUDIAN BANJIR

AMIN

APAKAH PAKISTAN

TAK IKUT ISLAM

KAH KAH KAH 

AMIN

SATU LAGI CINA BUAT ANGKARA


Visa Jho Low 2’ dibatalkan, tunggu diusir, kata Thailand


VISA ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat telah dibatalkan dan sedang menunggu untuk diusir keluar oleh pihak berkuasa Thailand.

Penguasa Polis Sadao Kolonel Bunthaeng Laocharoen memberitahu Bernama, Teow, 55 pengasas MBI Group International telah diserahkan kepada Polis Imigresen di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Imigresen Suan Plu di Bangkok.

Bunthaeng menafikan laporan media bahawa Teow telah ditahan di wilayah selatan Songkhla pada Jumaat atas tuduhan berhubung pengubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan perniagaan perjudian dalam talian di Danok, Sadao.

“Teow ada dalam senarai Notis Merah Interpol dan dipanggil bagi dimaklumkan visanya telah dibatalkan. Dia tidak akan didakwa di Thailand,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya Biro Imigresen, MejarJeneral Achayon Kraithong memberitahu Bernama bahawa Teow akan diusir keluar.

Mengenai ke mana dia akan diusir keluar, Achayon berkata: “Sekarang, ia dalam proses pertimbangan imigresen”.

Media melaporkan Teow yang digelar ‘Jho Low 2’, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan Malaysia yang sedang diburu Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB telah melarikan diri ke Dannok di Sadao pada 2020.

Bangkok Post melaporkan Teow mengasaskan MBI Group dan mengendalikan kompleks hiburan termasuk resort di bandar Danok di sempadan Thailand-Malaysia.

Teow membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan dalam talian yang memikat pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.

Pada 2017 Teow pada mulanya telah ditahan Biro Kawalan Narkotik (NSB) Thailand atas tuduhan kesalahan dadah namun dia melarikan diri dari Songkhla dan terlepas daripada hukuman mati.

Pada 2019 pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International ketika itu.

Bank Negara telah menyenaraikan syarikat itu sebagai syarikat yang menjalankan skim kewangan meragukan. – Bernama, 23 Julai, 2022.


ADAKAH 

CINA JAHAT INI

AKAN DIHATAR

KE CHINA MERAH

ATAU PULANG

KE MALAYSIA

AMIN

DENGAN DUIT

YANG BANYAK

CINA JAHAT INI

AKAN RASUAH

PEGAWAI SIAM

AMIN

KENAPA TAKDA

KENYATAAN

KDN & PDRM MAHU

CHINA INI

DIHANTAR KE

MALAYSIA ?

AMIN

INI AMAT PELIK

LAGI HAIRAN

AMIN

LALU TIMBUL

SOALAN

APAKAH RINGGIT

SEDANG BERGERAK

AMIN

KHALAS

ZAHID HIMPIT SABRI


Selepas langkah penjimatan kerajaan, Umno terus desak bubar Parlimen


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terus didesak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) segera sementara keadaan semasa berpihak kepada Umno. 

Kalau tidak Barisan Nasional (BN) seolah-olah memberi peluru kepada musuh politiknya, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan. 

Sekurang-kurangnya selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada Oktober ini, kata Mohamad yang sekali lagi mencuba nasib mendesak Ismail yang kelihatan tidak berminat dengan cadangan Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.

Pimpinan Umno menuntut janji Ismail yang lantang berkata ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) bahawa beliau tidak akan menunda walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU15, jika masanya dirasakan sesuai. 

MT Umno merasakan inilah masa yang sesuai Parlimen dibubarkan sebelum pemilihan parti dibuat. Tambah lagi apabila wujud pula isu kelulusan kepada pindaan perlembagaan Umno. 

Banyak lagi “panadol” patut disediakan kepada “kluster mahkamah” yang mahu percepatkan PRU15 walaupun Ahmad Maslan berkata Umno mempunyai “pelan B”. 

Pada ketika suasana politik yang semakin bercelaru, pemimpin Umno macam tak kisah dengan kesukaran hidup yang dihadapi oleh rakyat. 

Baru sahaja lega dengan tekanan akibat pandemik Covid-19, belum pun pulih sepenuhnya kerajaan nak dibebankan lagi kos yang tinggi untuk mengadakan PRU15.

Pada 2020 sewaktu Azhar Azizan Harun masih lagi pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beliau berkata kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah sekitar RM750 juta hingga RM800 juta. 

Cuba cakna sikit dengan apa yang kerajaan sedang buat bukan menonong membuat desakan pada masa yang tidak sesuai, hanya untuk kepentingan Umno dan bukannya rakyat seluruhnya. 

Kerajaan minggu lepas mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan.

Garis panduan itu menyatakan bahawa kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan serta syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat “trade-off” ke atas program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) serta kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat.

"Peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan.

"Perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

"Dengan itu, kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat," memetik kandungan dokumen tersebut.

Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya 5%.

Antara penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan perjawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.

Cuba tengok fakta di atas dan bandingkan nota keperluan untuk disegerakan PRU15 sama ada untuk rakyat atau untuk memenuhi agenda Umno untuk berkuasa semula?

Kalau Umno berjuang untuk kebajikan rakyat, sepatutnya ia cakna dengan masalah dan masa depan rakyat bukan hanya tahu berdebat mengenai strategi politik yang sesuai atau tidak.

Fahd Amer adalah pembaca MalaysiaNow.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow


SABRI 114

HANYA BOLEH

DISELAMATKAN

OLEH HAMZAH KDN

AMIN

BILA HAMZAH KDN

BUAT KEPUTUSAN

PINDAAN UMNO

MAKA SABRI 114

AKAN SELAMAT

AMIN

SEKARANG SEMUA

KUASA DI TANGAN

HAMZAH 

AMIN

KHALAS

JANGAN BUANG MASA POLIS


5 lelaki ditahan proses, edar air ketum di Pulau Pinang

POLIS menahan lima lelaki disyaki terbabit dengan kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lima lelaki berusia 29 hingga 37 tahun ditahan bersama 200 bungkus air ketum yang siap diproses dan dua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 10 kilogram.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dan membungkus air ketum yang dipercayai dijual di sekitar kawasan Sungai Ara serta Bayan Lepas. Setiap bungkusan air ketum berharga RM5.

“Dalam serbuan itu, polis turut menemui beberapa batang pokok ketum yang ditanam berhampiran rumah itu dan pihak kami mengambil tindakan segera dengan menebangnya,” menurut kenyataan itu.

Katanya, lima lelaki yang bekerja sendiri kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 24 Julai, 2022.


MASANYA

DAH TIBA

UNTK PARLIMEN

BEBASKAN

KETUM WARGA

ASAL BUMI INI

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN 

SEMENJAK 

TAHUN 1952

AMIN

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

PDRM BANYAK

TUGAS YG LEBIH

PENTING UNTUK

NEGARA DARI

TANGKAP KETUM

AMIN

PAK TANI TUNNGU

MASA UNTUK

HASILKAN

KETUM TERBAIK

DALAM DUNIA

AMIN

KHALAS