Ahad, 21 Ogos 2022
NAJIB NAZAK KE PENJARA SERTA MERTA ?
Mahkamah mungkin buat keputusan serta-merta rayuan akhir Najib, kata peguam
BANYAK ketidakpastian dilihat mengenai apa yang bakal berlaku dalam rayuan terakhir Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.
Jumaat lepas peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bahawa beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.
Hakim Tengku Maimun bagaimanapun berkata mahkamah akan menangani perkara itu pada hari Selasa ini. Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.
Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat bahawa mahkamah tertinggi itu boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguambela Najib.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata ini kerana mahkamah boleh membuat keputusan berdasarkan hujahan bertulis yang difailkan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib di Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Beliau berkata ia juga boleh dibuat berdasarkan petisyen rayuan yang difailkan oleh peguam cara Najib sebelum ini pada 25 April lepas, yang menyenaraikan 94 alasan mengapa Najib perlu dibebaskan.
“Terdapat bahan yang mencukupi di hadapan Mahkamah Persekutuan untuk dibincangkan walaupun tanpa penghujahan lisan. Oleh itu, tidak mungkin kes itu akan ditangguhkan,” katanya.
Peguam Lim Wei Jiet juga bersetuju dengan pandangan itu, dan mengatakan bahawa sebagai mahkamah tertinggi negara, ia berkemungkinan akan membuat keputusan berdasarkan alasan rayuan dalam memorandum rayuan, rekod rayuan serta hujahan dalam Mahkamah Rayuan sebelum ini oleh pasukan pembelaan Najib.
Sementara itu, Gurdial Singh Nijar berpendapat mahkamah mungkin memuktamadkan perbicaraan pada hari itu, tetapi akan mengekalkan penghakimannya kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
“Keputusan itu mungkin akan disampaikan pada hari lain,” kata peguam itu.
Pihak pendakwaan yang diketuai oleh pendakwa ad hoc V. Sithambaram ketika menggulung hujahannya Jumaat lepas berkata, mahkamah boleh terus sahaja membincangkan keputusan mereka, sekiranya tiada hujahan bertulis atau lisan baharu bekas perdana menteri itu.
Memetik undang-undang kes, Sithambaram berhujah bahawa terdapat dahuluan bagi mahkamah untuk “meneruskan dengan sewajarnya” kerana pihak pembelaan telah menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk memfailkan sebarang hujahan baharu bagi rayuan itu.
Jumaat lepas merupakan hari kedua pedengaran hujahan oleh panel itu, yang turut dianggotai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd, untuk mendengar keputusan akhir Najib merayu bagi membatalkan sabitan dan hukumannya.
Dua hari prosiding menyaksikan pelbagai peristiwa menarik. Hisyam mula-mula cuba menarik diri daripada mewakili Najib, namun permohonannya ditolak oleh mahkamah, dan mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan mengemukakan hujahan mereka.
Hisyam pada hari Jumaat juga memberitahu panel bahawa Najib telah melepaskan peguamnya, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) daripada mewakilinya.
Peguam itu sekali lagi meminta mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada Khamis minggu depan kerana dia mempunyai kes lain pada Selasa dan Rabu, namun ia ditolak oleh mahkamah.
Pada 16 Ogos, mahkamah telah menolak permohonan Hisyam untuk menangguhkan pendengaran rayuan dan mengarahkan rayuan diteruskan pada 18 Ogos.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan setiap tiga pertuduhan pengubahan wang haram, dan penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (jika gagal bayar, penjara lima tahun) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda. – Bernama, 21 Ogos, 2022.
NAJIB NAZAK
KE PENJARA
SERTA MERTA ?
AMIN
NAJIB NAZAK
AKAN BEBAS
KERANA TAKDA
PEGUAM BELA ?
KAH KAH KAH
ATAU MASUK
PENJARA DULU
KEMUDIAN BACA
HUJAH BERTULIS
AMIN
KHALAS
MAT MASLAN BANGUN MELAWAN
Umno mahu SPRM, Peguam Negara jelaskan siasatan terhadap hakim Nazlan
UMNO mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan kedudukan kertas siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dilaporkan dihantar kepada Peguam Negara tiga bulan lepas, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.
Katanya, satu dokumen yang didakwa kertas siasatan berkenaan telah tular dan menunjukkan ada kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.
“Pihak SPRM perlu mengesahkan atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular.
“Pihak Jabatan Peguam Negara perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Dua agensi itu perlu membuat penjelasan terutama selepas Mahkamah Persekutuan kelmarin menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk memasukkan bukti keterangan baharu yang dikatakan melibatkan Mohd Nazlan, kata Ahmad.
Jelasnya, dua agensi itu perlu menerangkan kedudukan kertas siasatan berkenaan kerana ia melibatkan integriti institusi yang perlu dilindungi.
Pada 21 Mei, SPRM mengesahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan sudah selesai dan kertas siasatannya diserah kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada 18 Mei.
Mohd Nazlan, sekarang hakim Mahkamah Rayuan, adalah hakim bicara yang menyabit dan menjatuhkan hukuman ke atas Najib berhubung tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
Sabitan dan hukuman itu dirayu di Mahkamah Persekutuan minggu ini.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa menolak permohonan Najib untuk memasukkan keterangan baru kononnya Mohd Nazlan ada konflik kepentingan semasa membicarakan kes.
Mahkamah Persekutuan juga menolak permohonan peguam bela Najib, Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguhkan kes dengan alasan beliau baharu dilantik.
Pada 26 Julai, Najib menamatkan khidmat peguam Muhammad Shafee Abdullah dan firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir itu. Shafee dan firmanya mewakili Najib sejak beliau dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.
Najib kemudian melantik firma Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam baharunya, dengan Hisyam dari Tetuan Teh Poh Teik & Co sebagai peguam utama. Beliau dibantu dua peguam ZIST iaitu Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam.
Rayuan Najib bersambung Selasa.
MAT MASLAN
BANGUN MELAWAN
KAH KAH KAH
YANG LAIN
SENYAP
KAH KAH KAH
APAKAH SETUJU
NAJIB NAZAK
SEORANG DIRI
DI MAHKAMAH
KAH KAH KAH
AMIN
MUKA MUKA BELOT
INILAH
MUKA BELOT
MUKA KENG
KAH KAH KAH
BEKAS PM
SEDANG NAZAK
SEORANG DIRI
DI MAHKAMAH
PARA PEMBELOT
ENJOI DE ENJOI
KAH KAH KAH
MACAM TAKDA
APA BERLAKU
AMIN
TAKDA KOMEN
DARI KJ
TAK DA KOMEN
DARI SABRI
KAH KAH KAH
ADA BERITA
GEMBIRA
UNTUK MEREKA
AMIN
PEMBELOT
GEMBIRA
NAJIB NAZAK
SEORANG DIRI
DIMAHKAMAH
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
Bukan soal pendek atau panjang, yang penting paling berkesan bantu rakyat – Ismail Sabri
Kerajaan yang dikata sementara inilah yang berjaya – Khairy
Berita gembira untuk penjawat awam hujung bulan ini – PM
NAJIB AKAN LARI ?
NAJIB NAZAK
NAK LARI
KE MANA ?
AMIN
Ringgo commented on
"NAJIB AKAN LARI ?"
Bisan dok tggu kt Kazakhstan Embassy. Ketuk pintu 2 kali, nanti pak guard buka
NAJIB BAWA KEMENANGAAN BESAR
NAJIB BAWA
KEMENANGAN
BESAR UNTK BN
AMIN
panglimo potaseh commented on
"CEPATKAN PRU -
SELAMATKAN NAJIB NAZAK"
PRu15 hanya terpulang pada Mael Bera ..samada nak PRu sama Mat Sakau atau tidak ..kalau ada Mat Sakau, keputusannye sama mcm PRk Molako dan Johor ..seperti biasa sblm PR Sakau akan ko Mokah dulu ..balik dari Mokah namanye akan jadi "Boss ku" ..ini satu fonemena ..
NAJIB TAK BERSALAH !!!
NAJIB BERSIH
DAH BUAT
SUMPAH LAKNAT
GAMBAR INI BUKTI
BOLEH BAWA
KE MAHKAMAH
AMIN
Unknown commented on
"NAJIB NAZAK DI MAHKAMAH"
V. Sithambaram mungkin termiss event Bossku sumpah laknat hari tu. Pasal tu dia kata Bossku ambik duit. Padahal semua tu fitnah.
TER KINI TER NOWW TER HOTT
HOT HOT HOT
TERKINI
TER NOWW
TER HOTT
KAH KAH KAH
KHALAS
Mahkamah mungkin buat keputusan serta-merta rayuan akhir Najib, kata peguam
KAYUH MALAYSIA
KAYUH MALAYSIA
ADALAH KEMPEN
BERBASIKAL
UNTUK
KURUS BADAN
UNTUK SEHAT
AMIN
JANGAN SILAP
TAFSIR DENGAN
AYUH MALAYSIA
KAH KAH KAH
AYUH MALAYSIA
ADALAH KEMPEN
RUMAH KOCIK
RAFIZI UNTUK
MENANG PRU 15
KAH KAH KAH
AMIN
CEPATKAN PRU - SELAMATKAN NAJIB NAZAK
Perbicaraan kluster mahkamah petanda PRU15 diadakan tahun ini – Gerakan
KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung tahun ini berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan semasa politik negara.
Presiden parti Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai berkata, biarpun tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini, namun parti itu akan bersiap sedia bagi menghadapinya dengan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Segerakan PRU15 – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) perlu disegerakan, kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas beliau, ketika ini pembangkang sedang menggunakan pelbagai persepsi untuk menggugat keyakinan akar umbi UMNO BN.
WOIT
SEMPATKAH
PRU DIBUAT
SEBELUM
NAJIB NAZAK
BEREHAT KE
SUNGAI BULUH
KAH KAH KAH
SEMPAT KE
PRU DIBUAT
SEBELUM ZAHID
JATUH HUKUM
KAH KAH KAH
KHALAS
TAHNIAH SABRI - KAPAL PERANG
Rakyat berhak tahu isu LCS, kata Ismail Sabri
RAKYAT berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menegaskan isu pembekalan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang melibatkan kontrak berjumlah RM9.13 bilion perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak berlaku spekulasi dan rakyat tidak membuat keputusan sendiri.
“Kegagalan kerajaan dahulu apabila timbul isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) gagal menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Itu yang akhirnya rakyat membuat spekulasi dan membuat keputusan sendiri (tentang) apa yang berlaku, walaupun apa yang mereka fikir itu tidak berlaku, tidak seperti dijangkakan.
“Tetapi kerana kita gagal untuk memberi penjelasan yang betul, akhirnya isu itu menjadi besar,” katanya pada temu bual Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia bersama Perdana Menteri di Seri Perdana.
Hari ini genap setahun Ismail Sabri, 62, menerajui kerajaan Keluarga Malaysia. Pada 21 Ogos tahun lepas, beliau mengambil alih jawatan nombor satu negara selepas Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Pada 4 Ogos lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 November 2020 mendapati tiada satu pun kapal LCS disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus dibayar sebanyak RM6.083 bilion untuk menyiapkan lima kapal harus disiapkan dan diserahkan pada Ogos 2022.
Pembekalan enam buah LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) itu menjadi isu ‘panas’ selepas pendedahan bahawa projek berkenaan yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun mulai 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023 hanya siap 53.29% setakat 31 Mei 2019.
Berdasarkan laporan siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dinyahklasifikasikan pada Rabu, Kementerian Pertahanan membayar sebanyak RM5.94 bilion kepada BNS daripada kos keseluruhan projek berkenaan berjumlah RM9.13 bilion setakat ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan hasil laporan jawatankuasa siasatan terbabit yang sebelum ini diklasifikasikan sulit kepada rakyat.
“Kita percaya, rakyat percaya atau tidak mesti diberikan penjelasan dan kita tak boleh berlindung… sebab itu saya terus membuat keputusan laporan audit forensik itu dinyahklasifikasikan supaya kita mesti telus, biar rakyat tengok,” katanya.
Naib Presiden Umno itu percaya isu LCS akan terus dimainkan pembangkang sepertimana isu 1MDB sebelum ini, namun apa yang penting ialah bagaimana kerajaan mengambil tindakan balas selanjutnya dalam mengembalikan kepercayaan rakyat.
“Sekarang ini satu kes, seorang dah dibawa ke mahkamah, saya difahamkan ada satu dua lagi akan dibawa ke mahkamah… tapi saya percaya siapa pun dibawa ke mahkamah isu ini akan terus dimainkan.
“Jadi nak kata isu ini akan terhenti bila kita tak tahu… yang pentingnya bagi saya… dalam Kabinet saya kata penjelasan kepada rakyat tentang isu ini penting,” katanya. – Bernama, 21 Ogos, 2022.