Selasa, 20 September 2022

BALIK KAMPUNG

 



BALIK KAMPUNG

DENGAR LAGU INI
GUA PUN NAK BALIK KAMPUNG
PAGI INI
KAH KAH KAH
MASA LAGU INI KELUAR DULU
GUA TAKDA DI SINI
KALAU TIDAK SUSAH JUGA GUA
DI BRIXTON
AMIN

KAMPUNG DEN

DI JOLOBU

KETIKA GUA BERKELANA
HANYA LAGU OSLAN HUSEIN
INI YANG SELALU BERMAIN
DALAM INGATAN
------------

CERMIN DIRI DULU


CERMIN DIRI

SEBELUM MENGATA

ORANG LAIN

AMIN

KHALAS


Unknown commented on

 "MADEY SALAH TAFSIR"

Oh my jelubu or kampung kanchong Kuala pilah..this is the first cakap sebagai melayu...before this mamakthir kutty kerala..cakap koling 22 taun.....

Unknown commented on

 "MADEY SALAH TAFSIR"

Halal, kafir, lain lain semua wayang belaka, pakai Wellfire pakai unta ker semua sama, kalau mampu pakai lah, tak salah tapi ni jangan jual agama pulak sini sana, keliru orang kah kah sekejap kafir nanti nak jawatan ok saja kafir, ayat ayat Starbucks dah ada, IKEA steady je orang Islam masuk keluar kah kah cermin diri dulu sebelum mengata orang lain, bangsa lain agama lain jarang nak kutuk kita, kita pulak asyik kafir haram halal bulu ketiak, sini sana tapi akhirnya merompak merasuah mencuri hak orang jugak, afdal sangat lah tu kah kah

KEMPEN BODOHKAN RAKYAT BERMULA


KEMPEN

BODOHKAN RAKYAT

BERMULA

AMIN


Unknown commented on 

"PROJEK SINGKIR SABRI
 DI TANGGUH"

Demam pandemik pilihanraya sudah menyerang tikus tikus politik negara, tetiba semua nak jadi baik, semua nak perjuangkan keadilan untuk rakyat, kah kah kah, satu hati satu negara sudah diwar warkan, Sabah Sarawak sudah dijanjikan hak sama rata pembangunan pesat nak masuk sana, kata kata lah mudah, tapi solar pun kena sakau, entah apa lagi mahu sakau, projek masuk ketua mereka lah dapat komisen, rasuah masuk untuk jalan politik bodoh rakyat, 


bagi lah sedikit sebanyak dengan janji kosong, nak buat jalan, nak bagi air nak bagi elektrik cerita sama sejak merdeka, kah kah kah tebang balak jual, tanam.kelapa sawit bawa masuk Indon habis cerita, orang Sarawak nak buru binatang pun tak ada, sungai dah kotor, ekologi kacau huru Hara semua atas nama.pembangunan, selalu ditipu siang oleh orang politik, malam ditipu oleh TV kah kah kah Malaysia masih aman sejahtera satu keluarga atas nama saja, Sabah Sarawak dah lama anak tiri bini pertama lah kah kah

KITA MASIH MENUNGGU

 





MENUNGGU 


SELASA  20/9/2022
KITA MENUNGGU
BANYAK PEKARA
DARI AGUNG 
DARI MAHKAMAH
DARI SABRI

GUA DAPAT POSTING
ENTAH IA ENTAH TIDAK
NAMA SAMARAN UNTUK NAJIB
DI KAJANG IALAH
MERPATI
KAH KAH KAH

GUA DAPAT SMS
DARI KAWAN BAIK
DIA MENULIS :
ISTERI KAKI JOLI
MAKA  NAJIB DAN ROSMAH
MENJADI
MERPATI DUA SEJOLI
KAH KAH KAH

DARI POSTING ITU
DI LABONKAN MERPATI
NAK BUAT TEATER
NAK RANCANG UNTUK
BUAT SARANG DI CHERAS
NAK AMBIL SARANG LAMA
DATU SERI ANWAR IBRAHIM
AMIN

KELAMARIN GUA
MAKAN DI WARUNG
DI BRICKFEILD
TEMPAT BIASA GUA
YANG GUA BOLEH BAWA
IKAN, UDANG ATAU SOTONG
UNTUK DI GORENKAN

TUKANG MASAK DARI PATANI
ANAK BERANAK
TOWKAY WARGA TEMPATAN

GUA MINTA TELOR MATA
SUP TULANG
SAYUR KAILAN
GUA DAH ADA BAWA
IKAN PATIN YANG TELAH DI GORENG
DARI RUMAH

SUP TULANG 15 RM
SAYUR KAILAN 
IKAN MASIH GUA BAWA 7 RINGGIT
TELOR MATA 2.50 RM
NASI 2 RM
DULU HARGA SATENGAH
KINI SEMUA BERGANDA
AMIN

BANGINDA QUEEN
SELAMAT DI KEBUMIKAN
DENGAN PENUH ADAT ISTIADAT
BERPULUH PEMIMPIN NEGARA
DATANG BERI PENGHORMATAN
RAJA SULTAN DAN MAHARAJA
PUN ADA SAMA

AGUNG KITA
DIBERITAKAN
ADA BERSAMA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH DAN SEJUK
KELMARIN PANAS PETANG
MATA HARI TAK KELUAR

KL & KL SENTRAL
GUA NAMPAK CERAH
TAPI LANGIT BERAWAN PUTIH

WOW
SEKUMPULAN PIPIT
GEMBIRA  DALAM SAWAH RUMPUT
RAMAI  SEKALI PAGI INI
PASTI RUMPUT SEDANG BERBUAH

PAGI 
YANG INDAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DAN SENYUMLAH

BRO 
BIARKAN  IANYA
MENGALIR SECARA NATURAL
BERJALAN SEPERTI ADANYA

BRO
JIKA LU TIDAK
MENGUBAH ARAH
LU PASTI AKAN SAMPAI
TEMPAT YANG LU TUJU

BRO
RAMAH TAMAH
DALAM PERKATAAN
MENCIPTA KEYAKINAN
RAMAH TAMAH
DALAM PIMIKIRAN
MENCIPTA KEDAMAIAN
RAMAH TAMAH
DALAM MEMBERI
MENCIPTA KASIH

BRO
SEORANG PENGEMBARA
YANG BAIK TIDAK MEMILIKI RENCANA
DAN TIDAK ADA MAKSUD
UNTUK DATANG

BRO
KALAU AWEK ITU
CINTA LU GILA GILA
DIA AKAN BERI LU
KEKUATAN
KALAU LU CINTA AWEK ITU
GILA GILA
DIA AKAN BERI LU KEBERANIAN

BRO
KALAU LU BOLEH
MENGENDALIKAN
ORANG LAIN
MAKNANYA LU KUAT
BILA LU BERJAYA
MENGENDALIKAN
DIRI LU SENDIRI
LU HEBAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU