Rabu, 5 Oktober 2022

SEKATAN EKONOMI GAGAL



 SEKATAN EKONOMI

KEATAS 

RUSIA GAGAL

AMIN

AMERIKA & EROPAH

SEKSA DIRI SENDIRI

AMIN

KHALAS

ESOK MAIL JUMPA AGONG

 

MAIL BERDOA

MALAM INI MAIL BERA
BERDOA SEMBAHYANG AJAT
 AGAR HUJAN TURUN LEBAT
MALAM INI
BANJIR BESAR LANGGAR
 KUALA LUMPUR

ESOK NAK SAMPAI ISTANA
LAMBAT 10 MINIT
BERI TAHU AGONG
JALAN SESAK KERANA BANJIR
MOTOR POLIS TRAFIK
TAK DAPAT LINTAS
KAH  KAH KAH

KELUAR DARI JUMPA AGONG
BUAT SIDANG AKHBAR
BANJIR BANJIR BANJIR
TAK ADA PRU

ZAHID NAK KATA
APA 
KAH KAH KAH
AMIN

HOT HOT HOT
TERKINI TERNOW
LAPORAN INTEL 
RAMAI PEGAWAI MENTERI
PEGAWAI MEDIA DAN DAN DAN
DAH MULA BUNGKUS BARANG
BILA  PARLIMEN BUBAR
KERJA TAMAT
AMIN

PENIAGA MENIPU



Dua pengarah, seorang pengurus syarikat didenda RM175,950 jual kasut, selipar palsu


IPOH – Dua pengarah syarikat dan seorang pengurus masing-masing didenda RM175,950 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan memperdagangkan 17,595 pasang kasut dan selipar berjenama palsu, tiga tahun lepas.

Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan pengarah syarikat Yap Kian Seng, 60, dan Sun Haixia, 40, serta pengurus Yap Yin Keat, 50, dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda.



CAKAP CINA

MENIPU MARAH

KATA RASIS

PERKAUMAN

TAPI INILAH

CONTOH CINA

JADI KAYA

AMIN

BETUL KATA

MARIO PUZO

PENGARANG BUKU

GODFATHER

' DIBELAKANG

SEMUA KEKAYAAN

ADA JENAYAH'

AMIN

KHALAS

ROSMAH MERAYU LAGI


Pengurusan kes rasuah projek solar Rosmah 14 November

TARIKAH baharu pengurusan kes rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan pada 14 November.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn berkata semasa pengurusan kes dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini peguam Jagjit Singh memaklumkan bahawa mereka masih belum mendapatkan rekod rayuan.

Poh berkata peguam itu juga memohon supaya rayuan anak guamnya terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonan supaya hakim menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu dan membuat keputusan mengenai kes solar tersebut didengar dahulu.

“Saya memberitahu pendaftar bahawa pihak pendakwaan tidak membantah terhadap rayuan Rosmah supaya hakim menarik diri itu didengar terlebih dahulu,” kata Poh ketika dihubungi.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 November untuk pengurusan kes seterusnya bagi menyemak pemfailan petisyen rayuan.

Bagaimanapun seorang lagi peguam Rosmah Akberdin Abdul Kader memberitahu Bernama mereka masih belum memfailkan petisyen rayuan.

Pada 1 September Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

Isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. 

Bagaimanapun beliau hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana hakim mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Mahkamah juga memerintahkannya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Rosmah dituduh atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin. 

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah kemudiannya memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya itu pada 2 September.

Beliau turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan kes tersebut. – Bernama, 5 Oktober, 2022.

RAYU JANGAN

TAK RAYU

AMIN

CARI BOMOH

JAWA  DIPO KORO

KAH KAH KAH

SEMBELIH KAMBING

SEMAH DARAH

CARI HATI BIAWAK

TABUR 

DI MAHKAMAH

KAH KAH KAH

JAMIN AKAN

BEBAS

KAH KAH KAH

KHALAS

TAKUT PADA ROSMAH


Saksi tidak berani tanya Najib mengenai derma AS$100 juta

BEKAS pengarah urusan kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau tidak berani bertanya mengapa Najib Razak menerima derma AS$100 juta daripada Arab Saudi pada 2011.

Cheah, yang merupakan saksi ke-39, berkata demikian ketika disoal siasat peguam bela utama Mohammed Shafee Abdullah ketika lawatannya ke rumah bekas perdana menteri itu bagi membantu membuka akaun Ambank untuknya.

“Najib berkata beliau akan menerima AS$100 juta daripada Arab Saudi. Saya tidak berani bertanya kepadanya apa-apa soalan lagi,” katanya.

Shafee menyoal Cheah jika beliau bertanya kepada Najib mengenai derma itu dan mengapa sumbangan diterima dari Arab Saudi, kerana beliau perlu menjawab kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Cheah menjawab apa yang beliau tahu ia adalah derma dan balik selepas meminta Najib menandatangani beberapa dokumen untuk membuka akaun bank.

Shafee kemudian bertanya kepada Cheah mengenai perjalanannya ke rumah Najib dan apa yang berlaku semasa pertemuan itu.

Cheah berkata ketika itu beliau dibawa ke kediaman Najib di Kenny Hills untuk membincangkan urusan akaun banknya.

“Saya dijemput berhampiran rumah saya dan ada konvoi kereta menuju ke rumah Najib. Ketika itu saya juga melihat Low Taek Jho atau Jho Low di dalam sebuah kereta,” katanya.

“Saya masuk ke dalam rumah dan kemudian ke bilik berasingan daripada Jho Low. Beliau tidak bercakap dengan saya dan saya langsung tidak bercakap dengannya.”

Cheah juga berkata Jho Low tidak mempunyai sebarang urusan dengan Ambank.

Katanya, beliau hanya bertemu Jho Low beberapa kali, yang sering datang lewat.

Semalam, Cheah memberitahu mahkamah beliau bertemu bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz untuk memaklumkannya mengenai dana masuk Najib.

Beliau berkata selepas bertemu Najib, beliau membuat temu janji untuk bertemu dengan Zeti.

Cheah berkata tujuan pertemuan itu adalah untuk memaklumkannya mengenai pembukaan akaun Najib dan kemasukan dana AS$100 juta dari Arab Saudi.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah membabitkan RM2.28 bilion dalam dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Beliau menghadapi 25 pertuduhan - empat bagi salah guna kuasa dan 21 untuk pengubahan wang haram - bagi kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013.

Beliau kini sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana daripada SRC International. – 5 Oktober, 2022.

WOIT

TAKUT PADA

NAJIB ATAU

TAKUT PD ROSMAH

KAH KAH KAH

RAMAI TAKUT

DENGAN ROSMAH

KERANA ADA

BOMOH KERALA

KAH KAH KAH

AMIN

SEKARANG YG

TAKUT PD NAJIB

WARGA JIL KAJANG

KAH KAH KAH

MANA TAHU

KALAU ADA HANTU

IKUT NAJIB

MASUK JAIL SAMA

KAH KAH KAH

AMIN

MAIL LEMBIK DAN BLUUUR

 

MAIL LEMBIK

DAN BLUUR

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"HOT HOT HOT - 
PARLIMEN BUBAR JUMAAT INI ?"

Kalu mael bubar parlimen kompom lah mael lembik bukan saje blur. Pasnie bukan saje politikus pembangkang tak hormat mael umno pas bersatu mca mic gerakan malah mat over dan rosyam pun tak hormat mael.

NAK BUBUR KE NAK BUBAR ?

 




NAK BUBUR KE

NAK BUBAR

AMIN

KHALAS

Unknown commented on

 "TUNGGU 

BUBAR PARLIAMEN"

Kita dah sampai kepersimpangan nak bubar bubarlah tak nak bubar toksah bubar kita sumer dah tak ambik pot. Kemah besar ke kemah kecik ke buatlah apa korang mahu yg kita perlu ialah selimut tebal musim hujan. Korang nak berdayung ke berbot ke berferi ke lantak korangkah kami nak duduk atas bukit yg selamat.

MURID SEKOLAH TURUN KE JALAN



SISWA PELAJAR

DAN KINI 

MURID SEKOLAH

TURUN KE JALAN

MELAWAN

 PAK LEBAI

AMIN

TUGAS MAIL BERA



TUGAS

MAIL BERA

BELUM SELESAI

AMIN

NAJIB & ROSMAH

DAH MASUK JIL

INI PERANAN MAIL

AMIN

KINI TUGAS BARU

MASUKKAN ZAHID

KE DALAM JIL

AMIN

HANYA

MAIL BERA

YANG BOLEH

MELAKUKAN TUGAS

BESAR INI

AMIN 

KHALAS

PAK LEBAI CURI MAYAT MINAH CUN



 PAK LEBAI

CURI MAYAT

MINAH CUN

AMIN

KHALAS

HUBAY HUBAYA - APA JADI JIKA BOM NUKLEAR MELEDAK ?



 HUBAYA HUBAYA

APA JADI JIKA

BOM NUKLEAR

MELEDAK ??

AMIN

KHALAS

PIDATO DAN BUNG KARNO


 PIDATO 

DAN

 BUNG KARNO


Bulan Mei 1970  YMCA – Young Men’s Christian Association  Perak  mengadakan pertandingan pidato untuk pelajar sekolah-sekolah menengah dari seluruh Perak. YMCA ini beribu pejabat di Ipoh.

Aku terbaca maklumat ini di Papan Maklumat sekolah. Aku pernah memenangi John Syarahan Bulan Bahasa Kebangsaan  Negeri Sembilan tahun 1963. Lalu aku melamar.

Aku rasa ini peluang terbaik untuk pergi ke Ipoh. Aku mengisi borang penyertaan di pejabat sekolah.  Tajuk pidato aku :  Malaysiaku.   Tajuk ini bukan aku yang mencipta. Ini tajuk yang  ditetapkan oleh YMCA. 

Satelah mengisi borang  aku mengetuk pintu pejabat Guru Besar Tuan Syed Bakar Barakbah. Ini Guru Besar MCKK Melayu yang kedua. Sebelumnya semau Guru Besar MCKK adalah Mat Salleh. Guru Besar MCKK Melayu pertama bernama Aziz Ismail yang kini diambil oleh Kementerian Pelajaran.

‘  Sir, I would like to have your permission to go to Ipoh....to participate.... elocution contest....organised by YMCA.... ‘ Aku menghulurkan borang.

‘ Are you a good speaker ... pidato ...like Sukarno or like  Hashim Gera....’  Guru Besar membaca borang kemudian memandang aku.

Aku tidak menjawab. 

Aku tidak pernah mendengar  Sukarno berpidato. Tapi semua orang Melayu – Emak dan Abah aku tahu bahawa Sukarno ini amat bijak berpidato.

Aku pernah mendengar bagaimana  sepupu  aku -  Cik Gu Kadir Kassim di pagi Hari Raya akan cuba mencari  stesen Radio Republik Indonesia untuk mendengar pidato ucapan Hari Raya Sukarno.

Tahun 1963 – di zaman Konfrontasi ketika kempen  Ganyang Malaysia juga aku difahamkan Sukarno berapi api pidatonya memperlekehkan Tunku yang di cap sebagai  boneka Inggeris. Malaysia pula dianggap projek neo-koloni Inggeris

Manakala Hashim Gera seorang wakil rakyat  ahli Parlimen. Aku  mendengar namanya kerana anaknya Salehuddin Hashim satu darjah dengan aku.

YB Hashim Gera ini  YB  Parti Islam dari Parit Perak.  YB  ini terkenal kerana dia berucap , berpantun dan berseloka dalam lorat Perak yang pekat dalam Parlimen.
 
Ada satu pantun dari YB ini yang sering aku dengar. Ini pantun dalam Parlimen ketika YB  Hashim Gera  memperli Tunku:  
One two three
Satu dua tige
Orang Putih udah  lari
Negara bagi tige

‘ All the best..... deliver your speech well... in Englsih or Malay ...’  Syed Bakar bertanya.

‘ In Malay... ‘ aku menjawab pendek.

‘ Do well...’  Tuan Syed Bakar berkata.

Aku telah mendapat kebenaran dari  Guru Besar.
 
Program ini diadakan  pada hari Sabtu pagi. Ertinya aku tidak perlu berdiri di tepi katil untuk  Inspection - pemeriksaan hari Sabtu. Awal pagi   aku akan memakai seluar panjang hitam dan baju putih untuk ke Ipoh.

Seluar hitam ini hanya dibenarkan untuk digunakan jika di luar kawasan asrama. Untuk Budak Koleq kalau berpeluang dapat memakai seluar hitam ini dianggap istimewa.

Pakaian warna warni di MCKK hanya boleh dipakai ketika sampai ke asrama pulang dari bercuti atau hendak ke stesen kereta api untuk  pulang bercuti. Hari hari lain  kami memakai pakaian seragam sekolah atau berseluar  baju Melayu.

Bersukan kami wajib memakai seluar pendek hitam dan baju t putih. Tentang pakaian ini peraturan amat ketat di MCKK. Prefect sentiasa memerhati.

 Pagi Sabtu satelah minum pagi  aku menapak ke stesen bas  terletak dalam pekan Kuala Kangsar.  Aku mengambil  bas Reliance berwarna hijau. Tambang 1.25 Rm dari Kuala ke Ipoh. Perjalanan satu jam lebih.

Agak susah juga aku mencari bangunan YMCA. Dua kali aku bertanya akhir aku sampai. 

Dewan  hampir penuh. Dewan  memuat 100 orang -  tidak sebesar Dewan Hargreaves yang semuanya Melayu. Hari itu dalam  Dewan YMCA – ada India, China dan Melayu. Majoriti  murid sekolah.

Ada murid dari Anderson School,  dari STAR – Sekolah Tunku Abdul Rahman,  dari ACS - Anglo- Chinese School – ini sekolah yang ada Tingkatan Enam.

Pidato ini ada bahagian Dewasa lelaki dan perempuan.  Bahagian sekolah rendah dan sekolah menengah.   Aku rasa  program ini di buat untuk menjalin kembali hubungan kaum yang telah rosak akibat   13 Mei – setahun yang lalu.  Kerana itu tajuk pidato kami ialah: Malaysiaku.

Aku merasa aku  kembali bersyarah di SMUJ – Sekolah Menengah Undang Jelebu – kerana yang hadir bukan semuanya  Melayu. Hadirin majmuk.

Giliran aku sampai. Pemidato  di beri tujuh minit untuk berucap. Minit ke lima ada loceng berbunyi. Ada dua minit sebelum loceng akhir dibunyikan.

Aku tidak ada masalah dalam berpidato. Ini bukan kali  pertama aku  bertanding.  Gentar ada gemuruh pun ada kerana aku datang seorang  diri tanpa  kawan datang sebagai penyokong  seperti pemidato dari STAR atau dari Anderson.

Petang itu di umumakn aku menjadi Johan Pemidato  Perak 1970 . Aku tersenyum puas. Pulang modal  dua hari aku menghafal ucapan. Berbaloi aku datang ke Ipoh.

Aku menerima hadiah dalam bentuk voucher bernilai 12 ringgit untuk membeli buku di kedai buku di Ipoh.

Dari YMCA aku menapak ke pekan Ipoh. Aku ingin merayau dalam pekan Ipoh. Ingin meneroka dan mencuci mata. Tapi aku sendirian. Lalu aku ke stesen bas dan pulang ke Kuala Kangsar.

Balik ke asrama  aku beri tahu berita gembira ini kepada  Ghani dan Jalil. Mereka tahu  aku ke Ipoh  untuk berpidato.

Satu minggu kemudian di Perhimpunan Hari Senin – seperti biasa Guru Besar telah memberi nasihat, memberi tahu apa yang sedang di rancang dan apa yang telah berlaku. 

Tertiba nama aku disebut sebagai Pemenang Pemidato Perak Terbuka 1970. Aku  merasa bangga. Aku kini sudah menjadi Budak Koleq. Telah menaikkan nama MCKK. 

Aku tidak tahu bagaimana Tuan Syed Bakar  – Guru Besar – tahu keputusan pidato. Aku rasa pihak YMCA pasti telah berhubung dengan pejabat MCKK.

Hari berjalan minggu berganti. Pagi Senin 22  Jun 1970 selesai Perhimpunan Mingguan di Dewan Hargreaves , ketika aku hendak menapak masuk ke  dalam kelas tertiba berita  sampai.

‘ Herman... Sukarno mati....’ Ghani memberi tahu. Dari mana punca berita aku tidak  tahu.

Lalu aku teringat akan Bung Karno nasionalis Indonesia. Lalu aku teringat akan gagasan Melayu Raya. Gagasan Maphilindo – Malaya , Philipina dan Indonesia. 


Aku pelajar sejarah maka aku tahu akan perjuangan Bung Karno menuntut merdeka dari Belanda.  Cik Gu Zaleha Sidek pernah bersurah  tentang  perjuangan bambu runcing – senjata para nasionalis Indonesia melawan Belanda.

Aku juga pernah terbaca tentang bagaimana Bung Karno berjanji dengan Ishak Haji Muhamad, dengan Ahmad Boestamam, dengan Dr Burhanuddin Hilmi – mereka seia sekata – bersetia kawan - akan mengumumkan kemerdekaan  bersama Indonesia dan Tanah Melayu.

Aku sebagai pelajar sejarah secara jujur menganggap Bung Karno sosok agung pejuang nasionalis anti penjajah yang pernah di penjara oleh Belanda.

Aku juga pernah difahamkan  Bung Karno adalah pemidato yang hebat. Aku tidak pernah mendengar pidatonya tapi aku rasa bangga jika aku berupaya berpidato seperti Bung Karno.

Justeru sebagai penghormatan aku ingin berkabung. Aku merancang akan berkabung selama tiga  hari –  Selasa, Rabu  dan tamat Khamis 25 Jun.

Pagi Selasa aku mengikat reben  hitam di lengan baju putih. Hari itu hanya aku seorang yang berkabung.

Esoknya hari Rabu aku ternampak Tawail  Mat Som dari Tingkatan Lima ikut sama berkabung. Ertinya dua Budak Koleq telah berkabung mengingati kematian Sukarno.

Kelas  berjalan seperti biasa. Kawan-kawan sedarjah melihat aku berkabung. Mereka tidak memberi apa apa komen. Malah satelah setahun menjadi Budak Koleq mereka telah memahami  akan perangi aku
 
Guru Sastera, guru Sejarah,  Guru Ekonomi  nampak reben hitam aku.  Mereka tidak memberi apa apa komen.

Khamis 25 Jun 1970  sesudah rehat  aku ada  kelas Ilmu Alam.  Kami beralih  ke bilik khas untuk kuliah Ilmu Alam.  Kelas ini terletak di tingkat satu  di blok  berhadapan  hadapan Pejabat  Guru Besar. Hendak ke bilik Ilmu Alam ini wajib melintas di hadapan  Dewan Hargreaves.

Guru Ilmu Alam ialah Rozali Nordin. Murid tua MCKK.  Satelah lulus dari Universiti Malaya kembali ke MCKK untuk menjadi guru. Dia berkahwin dengan  Robeahtun Ahmad juga lulusan Universiti Malaya.

Untuk Budak Koleq Rozali ini  dipanggil Mat Chen. Kerana masa sekolah dulu hidungnya berhingus. Chen itu cendol tanda  hingus hidung. 

Mak Chen ini pemain ragbi yang baik. Robeahtun – Isterinya juga mengajar di MCKK -  guru sastera aku.

Kami menapak hendak masuk ke kuliah Ilmu Alam. Mat Chen memerhatikan kami melintas Dewan Hargreaves  dari balkoni.

Di pintu kelas Mat Chen menahan aku. Aku tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah.

‘ What is this...’ Dia memegang reben hitam aku.

‘  For Sukarno...’ Aku menjawab.

‘ He ia a communist.... take it off...’ Mat Chen memberi arahan.

Aku dengan hati yang marah aku  membuka reben hitam.

‘ Now you go to Head Master  and report to him what I did .. go now...’ Mat Chen memberi arahan agar aku membuat laporan diri kepada Tuan Syed Bakar.

Aku turun tangga. Mat Chen memerhatikan aku dari balkoni menuju ke bilik Guru Besar. Kuliah Ilmu Alam terganggu sebentar.

Aku menapak turun. Dengan pantas aku berfikir  : aku akan mainkan si Mat Chen ini.  Dia ingat dia bijak  melarang aku berkabung. Mat Chen ini belum kenal Hishamuddin Rais.

Di hadapan pintu Guru Besar aku menoleh ke balkoni. Mat Chen sedang memerhatikan aku masuk ke bilik Guru Besar.

Aku mengetuk pintu bilik  Guru Besar dan masuk.

‘ Good afternoon Sir... may I have your permission to go to Ipoh... I need to exchange  my voucher with a book I won during the elocution contest...’

‘ Good... When...’ Guru Besar bertanya.

‘ This Saturday Sir...’ Aku menjawab ringkas.

Bila aku keluar dari bilik Guru Besar Mat Chen  tidak ada di balkoni. Kuliah Ilmu Alam telah bermula.

Aku masuk ke dalam kelas. Semua  senyap dan mata menjeling  memandang aku mencari tempat duduk.. Kawan sedarjah  melihat dan sedar  apa yang  telah terjadi antara aku dengan Rozali Nordin a.k.a Mat Chen.

Mat Chen yang anti Sukarno kerana dianggap komunis. Aku  pula  berkabung atas  kemangkatan Sukarno. Suasana kelas Ilmu Alam  hari itu agak tegang.

Ketika aku  di hantar ke bilik  Guru Besar semua  kawan sedarjah tergamam. Mungkin kawan-kawan menjangka  aku kena rotan. Atau aku dikenakan Detention Class. 

Bila kuliah Ilmu Alam Selesai dan  Rozali Nordin telah beredar aku ketawa terbahak-bahak. 

‘  Me... me going to Ipoh...’

‘ Apa jadi dengan HM .... ‘ Ghani bertanya.

‘  Aku bukan bodoh nak ikut cakap Mat Chen..... aku minta kebenaran  gi Ipoh... Mat Chen  ingat aku bodoh.. dia silap besar... patutnya dia beri nota pad HM...’

‘ Herman... kau ni gila laaaaa ... berani kau...’ Ayat Ghani kepada aku.

‘  Semua ini untuk Bung Karno...’ Aku menjawab dalam ketawa.

Hari Sabtu aku berseluar hitam berkemeja putih bergaya  ke Ipoh sekali lagi. Terima kasih Mat Chen. Terima kasih Bung Karno. (TT)



TULISAN INI DITERBITKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/10/05/pidato-dan-bung-karno



 

WALI CUKONG ATAU WALI KAWIN

Calon Umno perlu ada ciri WALI, kata presiden


CALON Umno yang bertanding dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memenuhi kriteria “WALI” – “winnability” (boleh menang), “acceptibility” (kebolehterimaan) dan “likeability” (disenangi), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata setiap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dikehendaki mengemukakan senarai calon kepada “Top Five” Umno dan proses rundingan bagi pemilihan calon Umno akan bermula Isnin depan.

“Siapa sahaja yang memenuhi kriteria ini (WALI) akan menjadi calon Umno yang mewakili BN, tiada kluster-kluster,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan bersama lebih 700 perwakilan bahagian dan sayap melibatkan 191 bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pertemuan lebih sejam itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno, Ahmad Zahid berkata ia antara amanat yang disampaikannya dalam perjumpaan bersama pimpinan Umno bahagian itu hari ini, selain kesiapsiagaan parti itu bagi menghadapi PRU15.

Mengulas kritikan terhadap pendirian Umno untuk mengadakan PRU15 dalam tahun ini, Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Umno komited pilihan raya itu perlu dilaksanakan sebelum musim banjir.

“Kita hargai bantahan kerana mereka tak bersama dalam komponen BN, maka mereka juga perlu menghormati pendirian yang ada pada Umno…PRU15 wajib diadakan tahun ini,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 30 September lepas memutuskan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini dan susulan itu, perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai cadangan mempersembahkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong oleh perdana menteri (PM), Ahmad Zahid berkata parti tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya sebaliknya terpulang kepada perbincangan perdana menteri dan Jemaah Menteri.

“PM mempunyai kuasa mutlak setelah mendapat mandat daripada Jemaah Menteri untuk menghadap Agong dan menasihati Agong bagi penentuan tarikh pembubaran Parlimen.

“Kita menghormati kuasa PM. Bila pun, kita menghormati, seboleh-bolehnya (kalau boleh) semalam (mahu PM menghadap Agong),” katanya. – Bernama, 4 Oktober, 2022.

WOIT

WALI NI ADA

 MACAM JENIS

KAH KAH KAH

ADA WALI KAWIN

ADA WALI CUKONG

ADA WALI RASUAH

ADA WALI MASJID

ADA WALI JAGA

KUBUR  NABI

KAH KAH KAH

APA PUNYA

TUUUUUUR

PUNYA WALI

KAH KAH KAH

KHALAS