Sabtu, 19 November 2022

KITA BERGOJET TUNGGU KERAJAAN BARU


KITA BERJOGET

DULU SEMENTARA

TUNGGU KERAJAAN

BARU

AMIN

BIDEN TALIPON ANWAR



KPN nafi hubungi Anwar supaya bersedia bentuk kerajaan


Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani hari ini menafikan dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beliau memberitahunya supaya bersedia untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Dalam sebuah ceramah malam tadi, Anwar berkata  bahawa Pakatan Harapan (PH) dijangka memenangi lebih 112 kerusi di Parlimen.

Beliau turut mendakwa Acryl sudah menghubunginya untuk memberitahu supaya bersiap sedia untuk menubuhkan kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Gombak hari ini, Acryl berkata dakwaan tersebut tidak benar.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap ketua pembangkang itu.

“Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen,” katanya.

Anwar bertanding kerusi Parlimen Tambun di Perak menentang penyandangnya, Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis bersetuju persaingan PRU15 kali ini adalah sengit, di mana tiada gabungan dijangka mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan sendiri.


WOIT 

BUKAN SAJE

KETUA POLIS

TALIPON ANWAR

AMIN

PRESIDEN BIDEN

PUN ADA CALL

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA BIDEN

KAH KAH KAH

DULU

PRINCE CHARLES

ADA CALL AJAK

BERBUKA PUASA

KALAU LU TAK

CAYA LU TANYA

PRINCE CHARLES

KAH KAH KAH

INI TRIK LAMA

DULU GOBIND

KENA 

KAH KAH KAH

ANGKAT TALIPON

DEPAN GOBIND 

CAKAP DARI

ISTANA CALL

KAH KAH KAH

KALAU GOBIND

TAK CAYA SILA

TANYA AGONG

KAH KAH KAH

KHALAS

PENGUNDI MUDA BERDUYUN DUYUN


Jumlah pengundi keluar sudah lebih PRU14

JUMLAH pengundi yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 setakat 2 petang tadi sudah mengatasi jumlah keseluruhan pengundi pada pilihan raya umum yang lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan setakat 2 petang 58% pengundi atau bersamaan 12,280,710 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara.

Jumlah mereka yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ialah 12,251,312 orang atau lebih kurang 82% daripada keseluruhan pengundi berdaftar.

PRU15 ini melibatkan lebih 21.17 juta pengundi yang layak mengundi, termasuk hampir 7 juta pengundi baharu yang berumur 18 tahun dan mereka tidak pernah berdaftar tetapi kini didaftarkan secara automatik.

Selasa lalu, hampir 95% daripada lebih 265,000 pengundi terdiri daripada anggota polis dan tentera mengundi awal di seluruh negara.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi di Semenanjung dan 7.30 pagi di Sabah, Sarawak, dan Labuan juga dilapor berjalan lancar dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan SPR, termasuk larangan membawa telefon genggam ketika mengundi.

Semua pusat pengundian dijadual ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, kecuali di Sabah dan Sarawak yang akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Di Semenanjung, pusat mengundi di Pulau Besar di Johor tutup 11 pagi kerana hanya mempunyai satu tempat mengundi, lapor Bernama.

PRU15 hari ini serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.

Setakat pukul 3 petang, 65% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara.

SPR hari ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi negeri Tioman bawah kawasan pilihan raya Rompin selepas calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi tadi.

Proses pengundian bagi kerusi Parlimen Rompin dan dua lagi kerusi negeri bawahnya iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam bagaimanapun berjalan seperti biasa.

SPR sebelum ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai selepas calon Pakatan Harapan M Karupaiya meninggal dunia. Hari pengundian baharunya ditetapkan pada 7 Disember sementara penamaan calon pada 24 November.

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Ne­geri Sembilan, Terengganu dan Kelantan – semuanya bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional melalui PAS – tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing untuk mengelak banjir.

Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, SPR memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir.

Di Long Bemang, dalam kawasan pilihan raya Baran di Sarawak, pengundi menaiki bot untuk ke pusat pengundian. – 19 November, 2022.

PENGUNDI

MUDA RAMAI

TURUN

AMIN

AKAN BUAT

KEJUTAN BESAR

AMIN

APAKAH MUDA

AKAN MENANG ?

AMIN

TUNGGU NANTI

MALAM INI

KHALAS

PROJEK ZAHID GAGAL


PROJEK ZAHID

GAGAL

PANAS HINGGA

KE PETANG

AMIN

TAHUN 1402

SULTAN MELAKA

ADA HANG TUAH

HANG JEBAT

HANG LEKIR

HANG KASTURI

HANG LEKIU

AMIN

TAHUN 2022

MALAYSIA ADA

HUNG PARLIMEN

AMIN

KHALAS

DUA PETANG 58% DAH MENGUNDI


58% sudah mengundi, umum SPR


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 58% pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka di seluruh negara setakat 2 petang tadi.

Dengan peratusan ini, jumlah pengundi yang keluar setakat 12 tengah hari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengatasi mereka yang mengundi pada waktu yang sama pada pilihan raya umum empat tahun lalu.

Sebagai perbandingan, setakat 12 tengah hari semasa PRU14, 47% keluar mengundi atau bersamaan 7,022,093 pengundi. Pada PRU15 ini, 42% yang keluar setakat ini bersamaan 8,892,928 pengundi.

Lebih 2 juta berbanding jumlah pengundi yang keluar pada waktu sama empat tahun lepas.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi di Semenanjung dan 7.30 pagi di Sabah, Sarawak, dan Labuan juga dilapor berjalan lancar dan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan SPR, termasuk larangan membawa telefon genggam ketika mengundi.

Semua pusat pengundian dijadual ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, kecuali di Sabah dan Sarawak yang akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Di Semenanjung, pusat mengundi di Pulau Besar di Johor tutup 11 pagi kerana hanya mempunyai satu tempat mengundi, lapor Bernama.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.


SPR hari ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi negeri Tioman bawah kawasan pilihan raya Rompin selepas calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi tadi.

Proses pengundian bagi kerusi Parlimen Rompin dan dua lagi kerusi negeri bawahnya iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam bagaimanapun berjalan seperti biasa. 

SPR sebelum ini menangguhkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai selepas calon Pakatan Harapan M Karupaiya meninggal dunia. Hari pengundian baharunya ditetapkan pada 7 Disember sementara penamaan calon pada 24 November.

PRU15 ini melibatkan lebih 21.17 juta pengundi yang layak mengundi, termasuk hampir 7 juta pengundi baharu yang berumur 18 tahun dan mereka tidak bernah berdaftar tetapi kini didaftarkan secara automatik.

Selasa lalu, hampir 95% daripada lebih 265,000 pengundi terdiri daripada anggota polis dan tentera mengundi awal di seluruh negara.

Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Ne­geri Sembilan, Terengganu dan Kelantan – semuanya bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional melalui PAS – tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing untuk mengelak banjir.

Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, SPR memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir. – 19 November, 2022. 

DAH RAMAI

MENGUNDI

AMIN

TAHUN DEPAN

BULAN 3

LEPAS RAYA CINA

MENGUNDI LAGI

KAH KAH KAH

BAGI CINA

TAK BALIK

SEKALI LAGI

AMIN

RAKYAT KENDURI

LAGI SEKALI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

LAPORN DEMIA ASING TENTANG KITA



LAPORAN

MEDIA  ASING

TENTANG KITA

KHALAS

CALON BEBAS BOLEH. MASUK PARTI


BETUL

BEBAS BOLEH

MASUK PARTI

KHALAS

Unknown commented on
 "MERAKAM SEJARAH"

Lu tahu tak sama ada calun bebas kalu menang dia boleh lompat masuk parti? Sebab undang2 anti lompat adalah utk calun berparti x leh lompat. Calun bebas takde parti jd kalu dia join parti dia x lompat parti !!

APA YANG KAMU UNDI KAMU DAPAT


APA YANG KAMU

UNDI KAMU DAPAT

KHALAS

Unknown commented on
 "KITA TUNGGU 
KEPUTUSAN MALAM INI"

Nasib kamu tidak berubah sekiranya kamu tidak mahu berubah, nak penyamun, nak perompak, nak jatuh negara, nak ekonomi merundum, semua pilihan tangan anda, itu lah sebenarnya akan berlaku, kalau Melayu bising bising tapi masih dalam kotak pemikiran lama, takut hantu, takut komunis, takut segalanya jembalang yang merompak kamu bukan mereka tetapi pemimpin yang kamu pilih sendiri, kerana agama, kerana bangsa, kerana kuasa, kerana budaya kamu tentukan nasib masa depan kamu sendiri, 


itu lah demokrasi sebenarnya, selepas keputusan jangan lagi tunding jari kepada Yahudi, kepada DAP, kepada kaum lain kalau kamu tidak mahu perubahan yang baik, kamu dipimpin oleh penyangak perompak perasuah yang curi billion masa depan anak cucu kamu, itu sahaja boleh dikatakan, selamat mengundi sekelian bangsaku amin, jangan lupa kah kah kah supaya dapat kamu ketawakan diri sendiri depan sendiri apabila keputusan diumumkan malam ini amin kah kah kah

AKAN ADA KEMAH BESAR MALAM INI



UNTUK TUBUH

KERAJAAN

PH AKAN BUAT

KEMAH BESAR

MALAM INI

TAKDA PILIHAN

KHALAS


Unknown commented on
 "ESOK KITA MENGUNDI"

Enche' TT pasti masih menyimpan dan melihat PH kalah dalam PRU15 ini supaya hipotesis khemah besar Enche' TT akan menjadi kenyataan dan Enche' TT berpeluang mendabik dada melondeh mat songel dan rafizi jenis yang keras kapala dan kapala besar tidak menerima firman tang hipitesis Enche' TT tu. Gitu jugakla dengan gagasan si Kerusi Besar Rakyat warna kuning tu mengimpikan kemenangan si pengugut curahan jasa keringat demo jalanan ditembak gas pemedih mata demi refomasi... Ceramah Seni Kerusi Besar Rakyat pun tidak kedengaran apakah kelibatnya !

RUMAH AYAHTOLLAH KHOMEINI DIBAKAR


Iranian protesters set fire to Ayatollah Khomeini’s ancestral home

Social media images show what is now a museum commemorating the Islamic Republic founder ablaze as protests continue


Penunjuk perasaan di Iran telah membakar rumah nenek moyang pengasas republik Islam itu Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika demonstrasi anti-rejim  yang telah berjalan selama dua bulan.sa.


Rumah di bandar Khomein di wilayah Markazi barat. diRumah dibakar lewat Khamis dengan sekumpulan penunjuk perasaan gembira berarak melewati, menurut imej yang disiarkan di media sosial, disahkan oleh AFP.


Khomeini dikatakan dilahirkan di rumah di bandar Khomein - dari mana nama keluarganya berasal - pada permulaan abad ini.


Dia menjadi seorang ulama yang mengkritik Shah Mohammad Reza Pahlavi yang disokong AS,  dai berpindah ke Iraq  dan kemudian kembali  dari Perancis pada tahun 1979 untuk memimpin revolusi Islam.


RUMAH

AYATOLLAH 

KHOMEINI

DI BAKAR

KAH KAH KAH

KHALAS

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO



Pilihan raya sukar dijangka, pengundi Melayu jadi penentu


RAKYAT Malaysia mengundi hari ini untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang lebih stabil selepas kemelut politik panjang sejak pilihan raya umum bersejarah empat tahun lepas yang menyaksikan tiga perdana menteri dalam masa empat tahun.

Penganalisis politik melihat pilihan raya ini paling sukar dijangka keputusannya. Antaranya kerana ia melibatkan lebih enam juta pengundi baharu berumur antara 18 hingga 29 tahun, yang kebanyakannya pertama kali mengundi dan tidak diketahui kecenderungan mereka.

Beberapa badan penyelidik pilihan raya juga menjangkakan, apabila keputusan diketahui menjelang tengah malam nanti, tiada mana-mana gabungan politik akan memperoleh majoriti mudah 112 kerusi secara sendiri untuk membentuk kerajaan.

Merdeka Centre dan Ilham Centre yang mengeluarkan laporan kajian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam meramalkan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim bakal menang paling banyak kerusi.

Hanya 221 daripada kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan hari ini selepas pilihan raya bagi Padang Serai ditangguhkan ke 7 Disember susulan kematian calon PH M Karupaiya meninggal dunia, Rabu lalu.

Merdeka Centre meramalkan PH boleh menang 82 kerusi parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) di tempat kedua dengan 43 kerusi. Ia juga meramalkan Barisan Nasional (BN) boleh menang 15 kerusi setakat ini ketika persaingan di 45 kerusi sengit dengan margin 5% dan belum dapat dijangka keputusannya.

Kajian Merdeka Centre juga mendapati 32% pengundi Melayu condong memilih PN, sementara 21% memilih BN dan hanya 13% mahukan PH. Bagaimanapun 32% lagi tidak menyatakan pilihan mereka, termasuk 8% yang enggan menjawab.

“Sepanjang tempoh kempen, kami perhatikan ada pergerakan yang ketara pengundi Melayu kepada PN dan sedikit kepada PH. Perkembangan ini merugikan BN,” kata badan itu.

Pengundi bukan Melayu pula secara keseluruhannya kekal tidak berganjak menyokong PH.

Ilham Centre pula menjangkakan PH boleh menang 86 kerusi, sekiranya peraturan keluar mengundi mencecah 80%. Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah 82.32%.

Ia juga membaca BN boleh menang 51 kerusi sementara PN menang 25 kerusi, sementara 26 kerusi sengit 50-50.

Antara kerusi sengit yang sama-sama disenarai oleh kedua-dua badan penyelidik itu termasuk Kangar, Kulim Bandar Baharu, Sungai Besar, Kuala Selangor, Temerloh, dan Ayer Hitam.

Satu kajian lain mengenai trend pengundian di Semenanjung Malaysia juga merumuskan PH unggul, boleh menang antara 85 hingga 93 kerusi, manakala BN 40 hingga 50 kerusi dan PN 30 hingga 35 kerusi. Kajian dibuat oleh pasukan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia diketuai Dr Mazlan Ali.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli semalam berkata kerajaan baharu Malaysia boleh dibentuk melalui gabungan antara PH dan GPS, gabungan empat parti di Sarawak, yang asalnya anggota komponen BN. Empat parti itu keluar BN selepas PRU14 untuk membentuk gabungan parti politik negeri.

Merdeka Centre meramalkan GPS boleh menang 24 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak manakala Ilham Centre menjangkakan gabungan itu akan menang 18 kerusi.

Pemimpin GPS bagaimanapun sebelum ini berkali-kali menyuarakan pendirian tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH. Kerjasama GPS dengan PH semasa pentadbiran selepas PRU14 adalah satu kesilapan, kata pengerusinya Abang Johari Openg, yang juga premier Sarawak.

Siapa PM?

Merdeka Centre merumuskan kebanyakan pengundi akan membuat pilihan berdasarkan isu kos sara hidup dan inflasi, ekonomi, dan penyelewengan, sementara pengundi muda memberi perhatian pada isu peluang pekerjaan.

Ia juga membuat pemerhatian bahawa tumpuan pengundi kini bukan lagi pada calon yang bertanding di kawasan pilihan raya mereka sebaliknya siapa yang akan jadi perdana menteri.

“Kami perhatikan sehari sebelum hari mengundi, faktor pendorong pilihan pengundi berubah ketara daripada calon tempatan kepada pemimpin nasional atau calon perdana menteri,” kata badan penyelidik itu.

Merdeka Centre menyebut isu calon perdana menteri kini faktor utama mendorong pilihan pengundi, meningkat 29% semalam berbanding 23% pada hari penamaan calon 5 November.

PH mengemukakan Anwar sebagai calon perdana menteri sementara PN menamakan pengerusinya Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.

BN menamakan semula Ismail Sabri Yaakob, yang kini perdana menteri sementara sejak Parlimen bubar pada 10 Oktober. 

Bagaimanapun beberapa perkara berbangkit dalam tempoh tiga minggu lalu dibaca oleh banyak pihak seolah-olah gerakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu jadi perdana menteri.

Lawan BN terutamanya PH dan PN giat berkempen dengan mesej satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk Zahid jadi perdana menteri, memaksa banyak calon BN dan pimpinan gabungan bertahan menafikan serangan itu.

Merdeka Centre juga membuat pemerhatian pengundi meletakkan Anwar sebagai calon utama pilihan perdana menteri pada 33% diikuti Muhyiddin (26%) dan Ismail Sabri (17%).

Muhyiddin pula lebih popular sebagai calon perdana menteri berbanding Anwar, kata kajian itu.

Muhyiddin Yassin lebih popular sebagai calon perdana menteri berbanding Anwar Ibrahim, kata kajian Merdeka Centre. 
.
Dalam pada itu, Ilham Centre merumuskan pesona Anwar yang bertanding di Tambun sebagai calon perdana menteri meningkatkan keghairahan dalam kalangan pengundi untuk keluar mengundi hari ini.

PRU15 ini diadakan serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.

Sebanyak 939 calon bersaing di 221 kerusi Parlimen, manakala 220 calon di Perak, 150 calon di Pahang, 64 calon di Perlis, dan tujuh di Bugaya.

Enam negeri – tiga bawah PAS (Kedah, Kelantan, dan Terengganu) dan tiga bawah PH (Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan) – tidak mengadakan pilihan raya sekarang untuk mengelak banjir. Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik waktu pagi tetapi dijangka hujan di beberapa negeri pada sebelah petang. 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan 90% pengundi tetap akan menunaikan tanggungjawab mereka biarpun hujan lebat hari ini.

Pengundian awal sudah dijalankan pada 15 November tetapi semua kertas undi, bersama kertas undi yang dipos oleh pengundi di luar negara, hanya akan dikira selepas semua pusat pengundian ditutup lewat petang nanti.

Sejak beberapa hari lalu, sukarelawan giat menguruskan pergerakan kertas undi pos dari luar negara yang dikumpulkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dihantar ke kawasan pilihan raya berkenaan. – 19 November, 2022. 



HARI HARI AKHIR

SAEKOR UMNO

AMIN

KUASA POLITIK

GEROMBOLAN

MAKIN KURANG

AMIN

PERANGAI

ABANG BESAR

HEGEMON DAH

TAMAT

AMIN

MENCURI

RASUAH AKAN

KURANG BILA

UMNO HILANG

KUASA

KHALAS