Khamis, 24 November 2022
NASIHAT MASUK YANG BAIK
Rafizi nasihat penyokong Pakatan tidak berhimpun, elak provokasi
TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli menasihatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya mengelak daripada mengadakan sebarang perhimpunan sambutan sempena pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
Katanya, ini bagi mengelak sebarang risiko provokasi atau kenyataan yang dikeluarkan parti politik lain.
“Berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik.
“Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi,” tulisnya di Twitter.
Rafizi berkata negara mesti bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina semula Malaysia demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat Malaysia.
Pengerusi PH Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia pada 5 petang hari ini, menurut Istana Negara.
Rafizi juga berharap semua penyokong PH akan menghormati keperluan mendesak untuk meredakan sebarang situasi seperti dilakukan oleh pemimpin PH semasa rundingan untuk kerajaan perpaduan.
Selepas berhari-hari kebuntuan politik, difahamkan pemimpin mencapai kata sepakat yang Anwar – selepas hampir 25 tahun menjadi pembangkang – akan memegang jawatan tertinggi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara hari ini. – 24 November, 2022.
NASIHAT BAIK
AMIN
JANGAN
DIPERANGKAP
OLEH PROVOKASI
AMIN
JANGAN
TERJERUMUS
DALAM
PERANGKAP
KETIKA DLM
KEGEMBIRAAN
AMIN
KHALAS
TAK CAYA PADA ZAHID
TERKINI: Undi tidak percaya terhadap Pengerusi BN, Zahid Hamidi
WOIT
MCA
WOIT
MIC
DAH TERLAMBAT
KAH KAH KAH
KHALAS
DAP MINTA MAAF
KENYATAAN MEDIA
1) Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah YB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
2) Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.
3) Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.
LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
24 NOVEMBER 2022
MENUNGGU TITAH DIRAJA
KEKANDA ADINDA
MASIH
BERBINCANG
AMIN
KITA TUNGGU
APA TITAK AGONG
AMIN
APAKAH KITA
AKAN DISELAMATKAN
DARI TALIBAN
AMIN
INI HARAPAN
RAKYAT
KHALAS
KAWAN AKAN BERSUARA
JIKA ADA
KEMAH BESAR
RAMAI KAWAN
AMIN
DALAM MASA
SUSAH MACAM
SEKARANG KAWAN
AKAN BERSUARA
KHALAS
Unknown commented on
"KEMAH BESAR DAH TERLAMBAT"
Hang ja rasa terlambat pasai hang nak bagitau hang betui.....hang dengan geng hilang deposit ja yang dok jaja khemah besar ni..... PN ka PH ka BN ka bukan ada keperluan pun buat khemah awal2. Jadi kalut lagi teruk adalah berebut kawasan awal2. Baik buat khemah lepas dah undi. Yang menang saja akan terlibat, yang kalah macam Langkawi tu duduk diam2. Kahkahkah
Unknown commented on
"KEMAH BESAR DAH TERLAMBAT"
Bero, bukan salah khemah besar atau khemah kecik. Salahnya ialah undang2 anti lompat. Kalau tak ade undang2 tu dah lama setel. Sape kata berahim ali tak bagus angkat tangan.
Unknown commented on
"KEMAH BESAR DAH TERLAMBAT"
Tak terlambat pun tt. Yang rasa terlambat tu lu saja. Apa lu ingat buat khemah besar awal2 ni kerja mudah ke? Nak kena atur siapa pm siapa tpm siapa menteri timbalan semua cukup. Sedangkan calon pun dah akan berebut. Lagikan pulak jawatan.
Unknown commented on
"KEMAH BESAR DAH TERLAMBAT"
High noon 221122
BERSAMA-SAMA KITA BERSABAR
BERSAMA SAMA
KITA BERSABAR
KHALAS
Unknown commented on
"- BUKAN WAYANG TAMIL - TUBUH KERAJAAN PERPADUAN"
Betul la aku setuju dengan unknown. aku bertolak pukul 6 Damansara, sampai Taiping pukul 5 pagi. Rnr nak makan pun takdak meja. Anak meragam. Bini bebal. Balik pun sama. Adoii
Unknown commented on
"KERAJAAN TAKDA MAJORITI BESAR ADALAH BAIK UNTUK RAKYAT"
PM Mahiaddin TPM Hj Hadi TPM Abang Jo Menteri Kewangan Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Pelajaran Faizal Azumu Menteri Perdangan Antarabangsa Azmin Ali Menteri Undang2 Takiyuddin Keh Keh Keh Keh Keh Keh Idup Mesia
Unknown commented on
"MASIH MENUNGGU"
Amin, selamat menunggu kerajaan baru
Unknown commented on
"KEMAH BESAR
DAH TERLAMBAT"
Hang ja rasa terlambat pasai hang nak bagitau hang betui.....hang dengan geng hilang deposit ja yang dok jaja khemah besar ni..... PN ka PH ka BN ka bukan ada keperluan pun buat khemah awal2. Jadi kalut lagi teruk adalah berebut kawasan awal2. Baik buat khemah lepas dah undi. Yang menang saja akan terlibat, yang kalah macam Langkawi tu duduk diam2. Kahkahkah
KEKANDA ADINDA BERTEMU
SABAR MENUNGGU
KHAMIS 24/11/2022
HARI INI KEKANDA ADINDA
RAJA RAJA MELAYU
AKAN BERSIDANG
DALAM USAHA
MENCARI JALAN SELESAI
KEMELUT POLITIK
PASCA PENGUNDIAN
AMIN
GUA REPUBLIKAN
TAPI MENYOKONG LANGKAH INI
PAD TAHAP SEJARAH KIAT
INILAH
SATU LEMBAGA DAULAH
YANG BOLEH MEMAINKAN
PERANAN YANG POSITIF
KERANA SELAMA INI
POLITIKUS GAGAL
AMIN
EGO POLITIKUS
CUKUP BESAR HINGGA
TENGGELAM CITA DAN NIAT
UNTUK MEMBERI KESEJAHTERAAN
UNTUK UMMAH
AMIN
KITA LIHAT DAN TUNGGU
DENGAN SABAR
APA YANG AKAN
DI BINCANG DAN APA
KEPUTUSAN DAN TITAH
RAJA RAJA MELAYU
AMIN
QATAR
WOW !!!
JEPUN KALAHKAN GERMAN
2 - 1
GERMAN DAH EMPAT KALI
JADI JUARA PIALA DUNIA
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
TERKUKUR DAN PIPIT
BISING
YANG LAIN GUA TAK DENGAR
KL & KL SENTRAL CERAH
AWAN TIDAK BIRU
TIDAK JUGA KELABU
INI PANAS YANG MENJANJIKAN
GUA HARAP PANAS PANJANG
KERANA JAP LAGI
GUA NAK KE KE GOMBAK
UNTUK BERSAMA KELUARGA
CIK GI ISHAK SURIN
AMIN
SELAMAT MENUNGGU
TITAH DI RAJA
AL- FATIHAH
AL-FATIHAH
Veteran Amanah Ishak Surin meninggal dunia
Veteran Amanah Ishak Surin meninggal dunia pada jam empat pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Amanah di Facebook sebentar tadi.
"Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda yang kita kasihi, Cikgu Haji Ishak Surin telah kembali ke rahmatullah jam empat pagi tadi.
"Salam takziah buat seluruh keluarga ayahanda. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas rohnya," menurut hantaran itu.
Hantaran itu memaklumkan jenazah akan disembahyangkan di Madrasah Tarbiah Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Puah di situ.
Ishak, 88, pernah mengetuai Amanah Batu dan sebelum itu lama bergiat di dalam PAS.
Allahyarham juga merupakan antara anggota terawal Angkatan Pemuda Insaf (API) - sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - iaitu sebuah gerakan kemerdekaan yang berpengaruh sehingga diharamkan British pada 1947.