Selasa, 6 Disember 2022
PAK LEBAI PANAS JUBO
Jangan anggap semua projek rundingan terus tidak teratur – Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mengganggap semua projek melalui tender secara rundingan terus sebagai tidak teratur dan kemungkinan wujud pihak yang mencari kesempatan.
Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kebanyakan projek kecemasan perlu disegerakan bagi mengurangkan bencana lebih besar dan kerugian lebih banyak.
“Sebagai Menteri Kewangan, saya yakin beliau mengetahui bahawa rundingan terus kepada projek tebatan banjir yang perlu disegerakan, bukanlah satu kesalahan perolehan.
“Selain KASA, semua proses kawal selia prosedur kewangan mestilah diteliti secara ketat mengikut tatacara, prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri ke-10 itu mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.
Beliau berkata, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, walaupun projek itu dianugerahkan secara rundingan terus ataupun tender terpilih, namun ia hanya melibatkan bencana.
“Ini termasuklah seperti banjir, empangan pecah dan tanah runtuh.
“Namun, sekali lagi saya tegaskan ia mesti mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya. –
PAK LEBAI
MI SPIK NO INGLIS
DAH MULA
PANAS JUBO
KAH KAH KAH
LULUS PROJEK
7 BILION CARA
RUNDING TERUS
AMIN
KERAJAAN BARU
BATALKAN
KAH KAH KAH
KALAU DAH
MASYUUUK AKAN
BAWA BALA
KAH KAH KAH
KHALAS
INI HANYA PERMULAAN
RinggitPlus dedah 'kebenaran menyakitkan' tentang kewangan rakyat
RAKYAT Malaysia akan mengalami “kedudukan kewangan yang sangat perit” jika mereka menghadapi kemelesetan global yang akan berlaku di tengah-tengah peningkatan inflasi, menurut satu soal selidik.
Data daripada Soal Selidik Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2022 telah mendedahkan “pelbagai kebenaran yang menyakitkan tentang keadaan kewangan semasa rakyat, termasuk simpanan yang semakin berkurangan, isu aliran tunai dan trend lain yang membimbangkan.”
Soal selidik itu dilakukan oleh RinggitPlus.com (RinggitPlus), sebuah laman web kewangan yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat fintech Jirnexu Sdn Bhd.
Pengasas Bersama dan Pengarah RinggitPlus Hann Liew berkata, trend semasa adalah satu “wake-up call” kepada semua pihak untuk mengambil tindakan kerana kesan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik amat membinasakan dan rakyat Malaysia berdepan cabaran kewangan sebenar yang perlu ditangani.
“Ia adalah realiti yang pahit bukan sahaja untuk rakyat tetapi juga untuk penggubal dasar dan pemain industri.
“Ini adalah isu generasi yang memerlukan penyelesaian jangka panjang dengan sokongan berterusan dan bersepadu daripada semua pihak. Kita tidak boleh tinggalkan sesiapa,” katanya pada pelancaran keputusan RMFLS 2022 di Menara Etiqa di Kuala Lumpur hari ini.
RinggitPlus juga berkata rakyat daripada semua lapisan masyarakat kini menghadapi cabaran kewangan yang membarah hingga menyebabkan mereka terdedah kepada kejutan kewangan, dengan mengambil kira bahawa pelbagai bantuan kewangan telah mengurangkan kesan ke atas mereka pada 2020 dan 2021.
“Sebanyak 70 peratus responden menyatakan mereka menyimpan kurang daripada RM500 sebulan atau langsung tidak mampu untuk menyimpan.
“Ini adalah keputusan terburuk yang diperoleh oleh RMFLS dalam tempoh lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan yang berasingan.
Bilangan rakyat Malaysia yang menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan juga telah menurun dengan ketara, katanya.
“Daripada 20 peratus pada 2020, angka itu telah menurun empat kali lebih rendah kepada hanya 5 peratus pada 2022.”
Dapatan RMFLS 2022 itu juga menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia bergelut dengan simpanan yang kurang di tangan dengan 53 peratus responden menyatakan mereka boleh bertahan selama tiga bulan atau kurang dengan hanya bergantung pada simpanan mereka (tahun lepas pada kadar 52 peratus).
“Trend yang sama juga mendapati yang mana 55 peratus rakyat Malaysia membelanjakan dengan tepat atau lebih daripada apa yang mereka peroleh setiap bulan (Sebanyak 44 peratus tahun lepas), pada asasnya bergantung dari gaji ke gaji untuk hidup,” kata RinggitPlus.
Dengan kurangnya berjimat dan kos barangan yang lebih tinggi, soal selidik itu juga menyerlahkan trend yang membimbangkan.
“Lebih ramai pemegang kad kredit tidak membayar bil secara penuh dengan hanya 55 peratus (berbuat demikian) pada 2022 berbanding 70 peratus tahun lepas,” katanya.
RinggitPlus juga mendapati rakyat Malaysia lebih memilih pelepasan kewangan jangka pendek berbanding kestabilan kewangan jangka panjang.
“Sebanyak 66 peratus responden berusia 21 tahun ke atas menyatakan mereka akan mempertimbangkan untuk memohon lebih banyak pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika kerajaan membenarkannya,” katanya.
Tinjauan itu dijalankan dalam tiga bahasa melalui soal selidik dalam talian yang dikawal selia sendiri melalui platform analitik pihak ketiga, berdasarkan persampelan 3,144 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. – Bernama, 6 Disember, 2022.
INI BARU
PERMULAAN
AMIN
MASUK TAHUN
DEPAN LAGI
AKAN PARAH
AMIN
ZAMAN MELESET
AKAN SAMPAI
KHALAS
YB SHAHIDAN KASSIM
UNTUK LUNAKKAN
PARLIMEN
USUL INI WAJIB
DICADANG OLEH
YB SHAHIDAN
KASSIM
KHALAS
Unknown commented on
"BUKAN KES PEDO"
MP wajib meluluskan akta anti pedo dan haramkan kawin bawah umur..
APAKAH. NAJIB AKAN. DIBEBASKAN ?
Najib gagal ketepikan injunksi Mareva kes saman SRC
NAJIB Razak gagal mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya untuk menghalang beliau daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Yaacob Md Sam, P Ravinthran dan Mariana Yahya yang menolak rayuan Najib hari ini serta memerintahkan bekas perdana menteri itu membayar kos RM15,000.
Yaacob, yang menyampaikan keputusan itu berkata Mahkamah Rayuan tidak perlu campur tangan kerana Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi tidak silap dalam memberikan injunksi Mareva tersebut.
Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arief Emran Arifin mempertimbangkan undang-undang dan menganalisis bukti yang terdapat dalam afidavit syarikat sebelum membenarkan injunksi Mareva itu.
Hakim itu kemudiannya mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan injunksi Mareva kepada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd untuk menghalang Najib daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya berjumlah RM42 juta.
Injunksi Mareva merupakan perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Pada 24 Mac lepas, mahkamah memberikan injunksi Mareva kepada syarikat-syarikat itu dan mengarahkan Najib supaya tidak memindahkan, melupuskan, berurusan atau mengurangkan nilai mana-mana aset mereka di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sementara menunggu penyelesaian tuntutan mahkamah mereka yang mereka failkan terhadapnya.
Bekas ahli Parlimen Pekan itu hanya layak mengeluarkan RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan bayaran yuran guaman.
Ini mendorong Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
SRC International dan Gandingan Mentari memfailkan saman terhadap Najib tahun lepas, mendakwa beliau telah melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasanya, mendapat manfaat secara peribadi daripada dana SRC International dan menyalahgunakan dana tersebut. Saman itu masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini, Najib diwakili peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Mohammad Arfan Wan Othman manakala peguam Nagarajah Muttiah dan Clament Tay mewakili syarikat-syarikat tersebut. – Bernama, 6 Disember, 2022.
KES INI
TIDAK PENTING
AMIN
ORANG RAMAI
NAK TAHU
APAKAH NAJIB
AKAN DIBEBASKAN
KHALAS
JANGAN PELEKEH DAUN KETUM
JANGAN PELEKEH
DAUN KETUM
KHALAS
Unknown commented on
"DUNIA SEMAKIN GILA - 3000 LADANG DIPAKSA TUTUP DI BELANDA"
gua fikir dunia gila disbkan alim ulama menjual islam , hadis dan quran..apa yg kita nak kisahkan sgt hal belanda? sawah padi kita terbaik di dunia.tak caya tanya sanusi dan shahidan kassim.kita tak minum beer dari gandum.kita minum ketum dari pesawah padi.tp ketum haram dan ditangkap berbanding dgn lu beli dan bawak beer.
SEJARAH RETARAD
SEJARAH
RETARD
KHALAS
Unknown commented on
"KERANA MELAYU MAJORITI"
gua sokong komen ni. ada ust ceramah dari utara cerita sejarah di corong2 surau dan masjid dan disiarkan di tiktok.katanya kerajaan melaka kalah bukan disbkan org melayu lawan guna keris dan tombak. sang ust kata buku sejarah telah menipu kita.diceritakan hebatnya org2 melayu zaman dulu, pakar itu dan ini. namun sayangnya, sang ustaz tidak cerita bahawa melaka jatuh kerana perang saudara.perang sesama sendiri.sesama bangsa melayu.melayu mahir dgn segala jampi dan serapah dan zikir2 doa2 perang, mahir dgn santau, mahir dgn ubat guna2, namun tiada satu pun lut dikulit sang portugis.
maknanya, sejak zaman berzaman, melayu tiada la bersatu.raja sultan berebut kawasan dan mohon pertolongan british.hingga kini terdapat waris2 keturunan dulu kala yg timbul semula utk mengamal pangkat sultan dan raja dinegeri masing2..sygnya hang tuah hanya la cerita panji2 atau cerita kedai kopi tapi diangung2kan keris taming sari yg entah wujud entah kan tidak.melayu tidak mengaku asal hindu namun bangga jd islam kemaluan.
KITA BUKAN ARAB
KITA MELAYU
BUKAN ARAB
AMIN
ABU JAHAL PUN
BERSERBAN
BERJANGGUT
KHALAS
Unknown commented on
"RAYAKAN DUNIA YANG INDAH"
merayakan diversiti, merayakan kepelbagaian..tuhan azzawajala mjdkan kita berbangsa bangsa agar kita saling kenal mengenali..bukan saling benci membenci..islam rahmat sekalian alam bukan rahmat kpd manusia bernama melayu asal hindu kemudian berlaku lebih arab dari arab.budaya arab adakala bukan islam.pulang mendapat sekeping ijazah,doktor dan professor dari middle east, kita menghancurkan umat manusia jauh dari kasih sayang.dilagakan syiah dan sunni walhal universiti ditubuhkan dan didanai wahabi..umat ditakutkan dgn makhluk2 hantu polong yg tidak wujud dibumi arab.pipit dan enggang sudah lama terbang bersama, manusia adalah haiwan yg paling tidak ada otak dan fikiran.
PMX TUDUH PARTI PAK LEBAI DAPT DANA DARI SYARIKAT JUDI ?
PAS, Bersatu minta Anwar buktikan syarikat judi biaya kempen PRU15 Perikatan
PAS mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuktikan dakwaannya yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) diperolehi daripada syarikat perjudian.
Sementara itu, Bersatu pula melalui sayap pemudanya turut membuat gesaan sama dan menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam bermotifkan politik.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata dakwaan perdana menteri itu berunsur fitnah dan amat dikesali.
“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut perdana menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.
“Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut kesal dengan kenyataan perdana menteri yang dianggap “bermain sentimen politik”.
“Lebih baik PM-X (PM ke-10) kemukakan bukti hitam putih; dah macam bukan kerajaan pula sifatnya,” katanya.
“Syabas atas inisiatif menurunkan cabutan judi ini, namun para penyokong PH jangan menangguk di air keruh dengan perbuatan jelek sebuah kerajaan yang tanpa hitam putih membuat pertuduhan hanya semata sentimen politik,” tambahnya.
Pada sidang media di Putrajaya semalam, Anwar menyebut mengenai dana pilihan raya daripada syarikat perjudian semasa mengumumkan keputusan mesyuarat jemaah menteri mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan.
Beliau menyebut dana syarikat perjudian membiayai “parti Melayu dan Islam” semasa Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.
“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.
Kenyataannya dipercayai merujuk PN, gabungan politik yang disertai PAS bersama Bersatu dan Gerakan di Semenanjung Malaysia, serta dua parti di Sabah iaitu SAPP dan Star.
Semalam, Anwar mengumumkan keputusannya selaku menteri kewangan mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali saja setahun.
Pada September 2021, Tengku Zafrul Aziz selaku menteri kewangan pada masa itu mengesahkan pihaknya meluluskan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 22 kali.
Kekerapan 22 kali setahun sebelum itu diberikan kerajaan Barisan Nasional, sebelum diturunkan kepada 11 kali setahun oleh kerajaan PH pada 2019 dan kemudian hanya lapan kali setahun pada 2020.
Ia dinaikkan semula selepas PN mengambil alih kerajaan. Keputusan itu dikritik banyak pihak kerana kerajaan turut disertai PAS, yang selama ini lantang mengkritik kegiatan judi yang dibenarkan oleh kerajaan.
Pemimpin PAS bagaimanapun berkata ia bukan keputusan parti Islam itu kerana ia tidak mempunyai kuasa penuh dalam kerajaan. – 6 Disember, 2022.
BERAT AMAT
BERAT
AMIN
PARTI ISLE
TERIMA PITIS
DARI TOWKAY
JUDI
KAH KAH KAH
INILAH CONTOH
ISLE KITO
KAH KAH KAH
KHALAS
NAJIB AKAN DIBEBASKAN ???
NAJIB & 1MDB
ORANG RAMAI
BERTANYA APAKAH
ADA USAHA
SEDANG DIJALANKAN
UNTUK MENGOLAH
PERSETUJUAN
ORANG RAMAI
AGAR NAJIB
DIBEBASKAN
KHALAS
600 BILION RINGGIT BELI VAKSIN ?
600 BILION RINGGIT
BELI VAKSIN KE ?
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"KABINET MAT SAKAU ?"
ni ckp2 seorg sosok melayu bermuka dua bangsa johor.talam dua muka.dari mat sembab jadi mat cirit. kes 1bestari kes rm600 bilion,kes2 yg belum dibongkarkan lagi.utk meyakinkan umat melayu islam, bebaskan jabatan kehakiman. kemudian kita lihat samada mahiadin kabinet klepto ke tidak..dan seperti biasa, media2 kerajaan akan sabotaj kerajaan al sultan..gua rasa isham lidah kontot akan melutut kat tok mat.
JANGAN TIPU ORANG KAMPUNG
JANGAN TIPU
ORANG KAMPUNG
KHALAS
Unknown commented on
"JANGAN
BEBASKAN MAT SAKAU"
pisahkan jabatan kehakiman dari politik.majlis raja2 sudah pun bersabda.jgn lupa, semua ini kerana MP atau ahli2 parlimen dulu kala gagal mejalankan peranan utk membuat polisi yg penting utk negara. ditambahkan tuan speaker spesis seperti anak haram anak harun, maka segala polisi2 yg terbaik utk rakyat dan negara terus dipinggirkan.bukan setakat jabatan kehakiman, SPR juga wajib dibebaskan dari pengaruh politik.ubah polisi, reformasi polisi kearah yg baik utk negara adil dan saksama.tiada undang2 dua darjat..itu la fungsi MP.
MP bukan kena duduk permatang pauh dan berceramah atas nama masjid,surau,corong2 masjid.menyebarkan cerita mitos islam semakin diancam..kekadang gua fikir malaysia tidak akan maju dari segi pemikiran,ekonomi dan teknologi kerana masih wujud org2 kampung yg hidup senang,hari2 g ceramah hukum hakam dan mereka memilih puak2 YB MP yg tidak tahu polisi terbaik utk negara.mrk mahu malaysia menjadi arab walhal abu lahab asal mekah pun mati kafir, bahkan harun din pun mati dibumi taghut yg dihinanya dulu..
MALAYSIA TOLAK TALIBAN
MALAYSIA TOLAK
TALIBAN
KHALAS
Unknown commented on
"ELAK MALAYSIA
JADI NEGARA TALIBAN"
taliban adalah contoh sosok agama ekstrimis.perangainya persis haji hadi.cthnya, dlm semua perkara hanya haji hadi saja yg betol.malah tidak bole ditegur,tidak bole dijatuhkan dari jawatan presiden..taliban tidak menang perang di afganistan.US keluar kerana perjanjian tamat, US bukan kalah.gua tak heran kalo ada prof2 atau doktor2 universiti yg sokong taliban.prof2 dan doktor2 sebegini tidak pernah membangunkan masyarakat.mrk hanya membangunakan wang,kedudukan diri sendiri dan keluarga..seperti doktor ekonomi asal sabah petah berckp hal2 ekonomi malaysia tapi sabah sendiri jauh ketinggalan..lu cari la sendiri siapa doktor tu..
PAGI SELASA
PAGI SELASA
SELASA 6/12/2022
SEMUA DAH MACAM BIASA
KERAJAAN DAH ADA
KITA HANYA TUNGGU DAN LIHAT
APA AKAN TERJADI
APA DASAR
APA RANCANGAN
PERSOALAN HAKIKI
APAKAH NAJIB AKAN BEBAS?
INI DALAM KEPALA SEMUA WARGA
AMIN
QATAR
KOREA SELATAN KALAH
JEPUN KALAH
DUA WAKIL ASIA TERKELUAR
DARI PIALA DUNIA
KHALAS
UKRAINE
RUSIA TEMBAK
70 PELURU BERPANDU
SASARAN PELURU
LOJI & PENCAWANG LETERIK
UKRAINE KLIM
60 PELURU DITEMBAK JATUH
SEBELUM SAMPAI KE SASARAAN
KAH KAH KAH
INI KLIM UKRAINE
YANG KINI 40 % NEGARA
TANPA LETERIK
TANPA AIR
TANPA GAS
AMIN
IRAN
DEMO BESAR DIRANCANG
SELAMA 3 HARI
BERMULA HARI INI
SEMUA KEDAI
SEMUA BAZZAR DITUTUP
INTEL IRAN BOCOR
TERBUKTI 100% WARGA TEHRAN
SOKONG DEMO
ANTI PAK LEBAI
KITA TUNGGU APA HASIL
POLIS PENJAGA MORAL
DAH DI KETEPIKAN
INI USAHA UNTUK REDA KEADAAN
APAKAH AKAN BERJAYA ?
TUNGGU DAN LIHAT
HOKKIEN
PAGI SELASA YANG INDAH PERMAI
LANGIT TAK BIRU
JUGA TIDAK MENDUNG
AWAN PUTIH
MATA HARI DAH KELUAR
TAK TAK DAN EZI
SERONOK BERJALAN
TAK TAK HANYA BERAK
DALAM BELUKAR
TAK PERNAH BERAK ATAS JALAN
DIA MALU
TAPI KENCING DIMAN SAJE
EZI BERAK DI MANA SEMPAT
KENCING ATAS RUMPUT
KL & KL SENTRAL CERAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SELASA
YANG INDAH
BRO
KEMAMPUAN KITA ADA BATASNYA
USAHA KERAS KITA
TIDAK ADA BATAS
BRO
BERSYUKUR PADA
SESIAPA SAJA YANG BAIK
DENGAN KITA
KITA MAAFKAN
SESIAPA SAJA YANG. MENYAKITI KITA
INI WAJIB KITA LAKUKAN
SETIAP HARI
BRO
MENANAM SAYUR
DI ATAS TANAH
MAKA RUMPUT TAK MUDAH TUMBUH
ADA KEBAIKAN DALAM HATI
MAKA KEJAHATAN TIDAK MUDAH
MUNCUL
BRO
BERKOMUNIKASI
BUKAN UNTUK MERUBAH
PIHAK LAIN
MELAINKAN UNTUK MENCARI
TITIK YANG BOLEH
SAMA DI FAHAMI
BRO
JANGAN IRI HATI
DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN
DAN MENGABAIKAN
USAHA KERAS YANG
MEMBAWA KEJAYAAN ITU
BRO
BILA ADA KAWAN
YANG MENGHABISKAN
MASA UNTUK LU
GENGGAMLAH BAIK BAIK
BRO
BILA LU PERCAYA
PADA DIRI LU SENDIRI
MAKA
ORANG LAIN JUGA
AKAN PERCAYA PADA LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENYAMBUT
PAGI SELASA YANG INDAH