Sabtu, 14 Januari 2023

ANAK MUDA BERJUANG

 


ANAK MUDA

BERJUANG UNTUK

 SELAMATKAN

KITA SEMUA

UMAT MANUSIA

KHALAS

ZAHID KENA BOO

 




Mereka yang ‘boo’

 usul tiada

 pertandingan

 geng pro Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Mohd. Puad Zarkashi mendakwa beberapa perwakilan yang bersorak ‘boo’ ketika usul dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan merupakan penyokong Muhyiddin Yassin.

Mereka didakwa bersama kumpulan pemimpin yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri selepas PRU15.

Bagaimanapun, menurut Puad, jumlah perwakilan yang berdiri menyokong usul yang dibentang oleh wakil Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Shamsuddin itu adalah jauh lebih ramai iaitu hampir dua pertiga berbanding yang bersorak ‘boo.’

“Tetapi bila pembahas seterusnya sampai ke petang menyokong usul tiada pertandingan mereka senyap menyepi. Apa pun tengok hari ini. Usul itu akan diundi.

“Jangan pula tuduh di belakang, parti tidak demokratik setelah diundi. Boo itu sendiri adalah demokrasi walaupun tidak bersusila,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Rakaman video yang tular memaparkan sesi perbahasan ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam kecoh sebentar apabila segelintir perwakilan bersorak ‘boo’ sebagai tanda tidak bersetuju dengan usul yang dibawa Mohd. Shukri.

Keputusan berhubung usul tersebut akan dibuat oleh para perwakilan hari ini.

WOIT

KAH KAH KAH

INI AMAT BAIK

UNTUK RAKYAT

MALAYSIA

AMIN

BILA GEROMBOLAN

GADUH TANDA

NEGARA MAKIN

SEHAT

AMIN


TALOBAN BOIKOT PMX



MB, Exco Terengganu 

didakwa boikot PM
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Terengganu mendakwa tindakan Menteri Besar Terengganu, dan Barisan Exco yang bertindak “memboikot” kehadiran Perdana Menteri ke Terengganu semalam sebagai satu langkah biadab dan tidak menghormati tetamu.

Ketua Penerangannya, Mohd Sufian Mat Ali berkata, alasan tidak ada makluman rasmi dari Pejabat Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali apatah lagi Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja hadir menyambut ri Anwar Ibrahim.

Bidasnya, ketiadaan kelibat Menteri Besar,  Ahmad Samsuri Mokhtar mahupun barisan Exco kerajaan negeri untuk menyambut kedatangan Anwar seolah-olah meremehkan kehadirannya ke Terengganu.

”Tindakan kerajaan negeri ini ibarat satu pengisytiharan perang antara kerajaan negeri dan pusat, yang semestinya tidak bagus kepada rakyat negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta Ahmas Samsuri dan Exco muhasabah dan perbaiki profesionalisme mereka bagi kepentingan negeri berbanding politik mereka.


Sedangkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat seharusnya dilangsung dengan baik demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

”Pada era pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, walaupun negeri itu dianak tiri oleh Kerajaan Pusat, sekali pun tidak Menteri Besar ketika itu membelakangi Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu,” katanya. 

WOIT

PASAI APA

BOIKOT ?

KAH KAH KAH

TAK NAK SALAM

CIUM TANGAN KE

KAH KAH KAH

TAKUT BAU APA

KAH KAH KAH

JANTAN SALAM

JANTAN TAK BATAL

AIR SURAU

KAH KAH KAH

DULU ANGKUH SOMCONG


DULU ANGKUH

SOMBONG EGO

AMIN

SEKARANG

UNITTED 

TAK LAGI UNITED

KAH KAH KAH

Unknown commented on 
"TINDAKAN TEPAT 
DAN BAIK DARI ZAHID"

Wow dulu bukan main ego, bawa keluar keris, kata parti komponen lain nyamuk, tikus tak perlu pengundi bukan Melayu, jangan lupa sejarah, ini lah akibat ego keterlaluan alpha dahulu kala, sekelip mata semuanya kecundang, lupa persefahaman sesama manusia, lupa diri, ingat brother besar akhirnya kecundang, lihat parti ini sekarang, siapa punca ? Salah siapa? Adakah pemimpin sahaja? Atau setiap ahli yang biarkan rasuah salah guna jawatan pangkat pingat sejak berzaman? Tepuk dada tanya hati, kah kah kah


 United tak lagi United, parti berpecah sejak lama, satu persatu cabang keluar buat khemah sendiri, tapi asal usul ialah rasuah, salah guna kuasa, semua parti yang keluar berasal dari sel rasuah, bila ada jawatan perkara pertama cari projek, cari komisen kah kah padan muka, bila kanser rasuah dah masuk badan otak hati susah nak ubat, susah nak selamat, tunggu kain kapan saja, orang ramai tak percayalah kah kah kah tapi sayang sejak merdeka sehingga 2008, pembinaan negara paksi negara atas amalan United gerombolan ini, jangan lupa manusia, sekerdil mana pun kami jangan ingat engkau macam Tuhan Ra kah kah kah

BODOH - TAMAK KENA TIPU



Hampir RM600 juta rugi akibat jenayah siber pada 2022, kata menteri

HAMPIR RM600 juta kerugian direkodkan sepanjang 2022 akibat daripada jenayah siber di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Beliau berkata data tersebut menunjukkan bahawa masalah jenayah siber di negara ini adalah serius dan kementerian akan memfokuskan hala tuju untuk mendidik masyarakat supaya menjadi lebih celik digital dan melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Katanya antara yang akan dilaksanakan adalah bekerjasama dengan pihak penyedia platform media sosial seperti TikTok dalam mempromosikan program ‘Stop For Three Seconds’ yang akan dilancarkan pada Februari dan Mac ini.

“Maksudnya ‘three seconds’ (tiga saat)  itu akan bantu masyarakat untuk berfikir terlebih dahulu sama ada sesuatu maklumat atau perkara yang diterima itu sahih atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita pada program penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Desa Tanjung Damai di Gong Badak, dekat Kuala Nerus hari ini.

Dalam pada itu Teo berkata pihak penyedia platform media sosial juga akan membantu mempromosikan talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Katanya talian yang disifatkan masih kurang diketahui masyarakat itu merupakan inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam membantu mangsa jenayah siber mendapatkan semula wang yang telah ditipu oleh penjenayah siber.

“Setakat ini, talian 997 beroperasi 12 jam sehari dan ia merupakan ‘pusat sehenti’ yang terdapat wakil daripada Bank Negara Malaysia, bank-bank swasta, MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia yang akan sedaya-upaya bertindak segera menghentikan pengaliran wang yang ditipu,” katanya.

Dalam perkembangan lain Teo berkata sejumlah 471 menara telekomunikasi di seluruh negara terjejas ekoran banjir besar yang melanda pada Disember lepas.

Bagaimanapun katanya kesemua menara tersebut telah pun dibaiki dan kini dapat berfungsi seperti biasa.

Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 1,000 penduduk di Taman Desa Tanjung Damai dan 24 warga KKD yang terjejas banjir baru-baru ini.

Katanya sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada warga KKD dan rakan kongsi kementerian seperti syarikat telco melalui dana bencana di peringkat kementerian. – Bernama, 14 Januari, 2023.

WOIT

SCAM NI

BUKAN LAGI

MONOPOLI

NIGERIA

AMIN

DULU YG TAK

BELAJAR KENA

SCAM

AMIN

SEKARANG YG

DARI OXFART PUN

KENA SCAM

KHALAS

KHIANAT CONGAN KATANYA


KHIANAT COGAN

KATANYA

KHALAS

Unknown commented on 
"KAMI BUKAN PENGKHIANAT"

Kamu khianat kepercayaan rakyat, kamu khianat pengundi semua kerana nak jawatan pangkat pingat kamu, bila kamu pernah fikirkan nasib pengundi rakyat biasa, asyik diri kaum kerabat kroni sebaik dapat jawatan, berapa ramai pengundi kamu pernah belanja kopi o selepas menang, guna duit.kamu sendiri? Bukan duit curik bukan duit rasuah kamu? Kah kah kah pi mampooos lah pengkhianat semua kah kah kah

JANJI ABAH COW



JANJI

ABAH COW

AMIN

Unknown commented on
 "KAMI BUKAN
 PENGKHIANAT"

Ini semua siapa dapat apa, bukan pasal parti, bukan pasal perjuangan bukan bukan bukan, kah kah kah hanya orang-orang bodoh kurang akal akan percaya cerita karut ini semua, kah kah kah lidah kontot tak steady, tunggu peluang mungkin Abah Cow janji bagi TPM lah, kah kah kah itu saja boleh tikam kawan adik beradik bapa dia atok dia pengasas United Taipan kah kah cucu bawa musuh tikam parti asas atok dia kah kah buang saja, buang masa simpan khianat khianat ini semua kah kah kah

TERIMA KASIH


TERIMA KASIH

KHALAS



yusoferman commented on
 "JANGAN 
SEBAR FAKE NEWS"

pak isham, saya harap pak isham berbahagia berbahagia di dunia dan di akhirat

RASUAH KETUANAN MELAYU



Semak semula Agenda Melayu selepas UMNO bersama DAP – Pandak

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya UMNO menyemak semula Agenda Melayu selepas parti Melayu itu menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Perwakilan UMNO Johor,  Pandak Ahmad berkata, ia harus bermula dengan UMNO dengan mengembalikan kepercayaan sebilangan besar orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar.

“Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan semula the soul of UMNO. Roh perjuangan dan ideologi parti perlu diperkuatkan, agar UMNO dapat menguasai semula naratif politik Melayu.

“UMNO merupakan parti yang sudah lama berjasa. Keberadaan parti ini selepas PRU-15 merupakan satu kejanggalan politik yang tidak dapat dielakkan lagi,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 2022 (PAU2022) di sini hari ini.

Tambah Pandak, UMNO sudah tiada lagi pilihan selain daripada menerima dan melakukan yang terbaik untuk memperbaharui parti itu.

Kepada bahu-bahu kita jualah, parti ini dapat dipulihkan semula. Semoga roh perjuangan dan ideologi UMNO sentiasa hidup, segar dan sentiasa mekar, merentasi masa hadapan yang masih belum sempurna riwayatnya,” katanya.

Katanya lagi, pemimpin UMNO perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam usaha mendepani landskap politik baharu dan ketidaktentuan ini, bagi kelangsungan parti itu.

“UMNO mesti kembali menjadi juara dalam membela nasib rakyat,” katanya lagi.

KETUANAN

MELAYU

KINI JADI

HAMBA DAP

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

DULU ANTI DAP

KAH KAH KAH

SEKARANG JILAT

DAP UNTUK

BERNAFAS

KAH KAH KAH

BUKTI JELAS - EKONOMI AKAN PARAH




Kadar OPR mungkin naik lagi, pengguna makin tertekan


BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekali lagi dalam tempoh beberapa minggu akan datang, sekali gus bakal menambah beban kepada majoriti peminjam.

OPR yang pada masa ini pada kadar 2.75%, dijangka naik 25 mata asas lagi kepada 3.00%.

Angka itu masih di bawah paras pra pandemik Covid-19 iaitu 3.25% pada Mac 2019.

Namun, satu lagi kenaikan OPR ditambah dengan kadar inflasi yang tinggi, akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, terasa sakitnya dengan keadaan ekoomi yang menekan.

Nathan, 34, seorang juruteknik di sebuah syarikat penerbangan tempatan dengan gaji bersih RM4,500 berkata kenaikan OPR sekali lagi akan menjejaskan perbelanjaan bulanannya yang pada masa ini sudah cukup sempit akibat kadar inflasi.

Pada masa ini beliau membayar hampir RM2,000 untuk bayaran bulanan pinjaman rumah yang dibelinya di Nilai dengan harga RM450,000 pada 2015.

Nathan berkata kenaikan OPR sangat membebankan dan menambah tekanan kepada peminjam.

“Melihat kepada kebanyakan perbelanjaan meningkat kerana inflasi tinggi, kenaikan sekali lagi OPR sudah tentu tidak boleh diterima, tetapi kami tidak dapat mengawalnya.

“Apa pun keadaannya, kami terpaksa bayar,” katanya.

Nathan yang membuat permohonan pinjaman bersama adiknya untuk membeli rumah itu, berkata beliau tidak ada pilihan dan terus membayarnya, jika tidak mereka terpaksa menjual hartanah itu.

“Menjual rumah itu mungkin antara opsyen yang ada tetapi siapa yang hendak beli dengan kadar sekarang dan OPR yang terus meningkat.

“Ia akan menakutkan pembeli,” katanya, yang pada masa ini turut menjaga ibu bapanya.

Nathan berkata beliau akan terpaksa melakukan dua kerja untuk menanggung semua perbelanjaan yang meningkat.

Kadar OPR di Malaysia berada pada paras terendah 1.75% pada awal 2020 selepas tercetusnya wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun tahun lalu, OPR dinaikkan empat kali berturut-turut hingga kadar faedah berada pada 2.75%.

Kenaikan OPR memberikan kesan kepada bayaran ansuran bulanan pinjaman bank, menyebabkan peminjam terpaksa membayar lebih.

Contohnya ialah, kenaikan 0.25% dalam OPR bagi pinjaman rumah RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 30 tahun mungkin akan menyebabkan tambahan RM71 bagi bayaran ansuran bulanan.

Ini bermakna, peminjam perlu membayar anggaran RM25,560 tambahan bagi keseluruhan faedah dalam tempoh 30 tahun itu bagi kenaikan 0.25% OPR. – 14 Januari, 2023.


BUNGA BANK

NAIK

AMIN

PEMINJAM AKAN

PARAH

AMIN

HUTANG TINGGGI 

BERTAMBAH

AMIN

KONDO & FLET

BANYAK AKAN

DILELONG BANK

AMIN

KHALAS

HALANG PENCURI KEMBALI BERKUASA



PENCURI

BERTOPENG 

AGAMA

KHALAS

Unknown commented on
 "KAMI BUKAN PENGKHIANAT"

Ingat lagi insiden bawa keluar KERIS oleh Hisapuddin dulu? Satu permulaan kehancuran yang dimulakan dengan ego, megah sebab kedudukan ketika itu, tak lama, tak panjang sampai masa dah jadi pengkhianat kah kah kah, masa sudah sampai Bhai, masa sudah bagi keputusan karma, mana mana pihak yang ingat mereka lah segalanya dalam dunia ini akhirnya kecundang kah kah kah padan muka padan muka Hisap Mudin kah kah kah engkau jadi sampai sini bukan sebab engkau cerdik pandai, sebab atok engkau sebab bapak engkau saja kau sampai sini Ba, kah kah kah tunggu saja masa sudah sampai sampai kah kah kah karma is sweet Bro

Unknown commented on 
"NAJIB DI LUPKAAN"

Ini budaya kuno, curik billion sedekah juta akhirnya jadi Bossku, kah kah kah Bossku popular semua tempat sebab sedekah kuat hasil curi rompak samun, Abah Cow popular lebih sebab sama tak ada beza pun, MO sama, curik billion sedekah juta juta semua sokong, jangan nak salah pemimpin begini, budaya kena ubah, budaya free bodek ini kena ubah, satu lagi jalan sini sana dengan tiket syurga, kiri kanan orang tunggu dapat tiket syurga, semua nak syurga akhirnya bawah tanah neraka kosong kah kah kah buat lah apa saja, curik rompak samun akhirnya boleh dapat tiket ke syurga dengan ahli PAS, tak percaya Hj Bijak Awang Hadi Bodoh kah kah kah

EKONOMI LAGI PARAH 2023


EKONOMI DUNIA

SUSAH TAHUN 2022

AMIN

EKONOMI  LAGI

PARAH TAHUN 2023

KHALAS

TANPA ZAHD TAKDA PMX


TANPA ZAHID

ANWAR TAK JADI

PMX

KHALAS


Amier The Hero commented on
 "TINDAKAN TEPAT
 DAN BAIK DARI ZAHID"

TT ni love besar ke love kecik dgn zahid hamidi ni eh? Dok sokong sgt dia dah napo.. beghapo juta TT dapek? Den tak tau la TT, tapi den mmg tak buleh tgk muko zahid ni.. ghaso menyampah. Muko zahid ni ado aura negatif.. muko org² kayo yg samseng pun ado gak. Lagi² dio pesiden umngok.. lagi den meluat. Kalah pru.. muko tak malu gak lagi, totap pertahan nak jd pesiden. Lawak la.. lagi lawak bilo TT love besar kat zahid. Kah kah kah kah kah

NASEHAT TERIMA KASIH


TERIMA KASIH

ATAS NASEHAT

AMIN



Unknown commented on
 "LAGI 5 HARI"
oitttt bhaiii...bagusla dok ambiq tau bab iklim politik malaysia dan donia..tapi....ambiq tau ka hal diri sendiri....senang cerita ...cuba cermin diri sendiri dan jawab sendiri la...atau dirumah dah tak dak cermin ..kalau ada lebih cermin tu... bagi kat anuar satu..pakat2 sama2 cermin dulu...kah kah kah

LAGI EMPAT HARI


KEA NAJIB CACAT?

SABTU 14/1/2023

LAGI 4 HARI  SEMAKAN
KES NAJIB DI MAHKAMAH
JENG JENG JENG

NAJIB KATA
KES CACAT
HAKIM ADA KEPENTINGAN LAIN
JENG JENG JENG
KALAU BETUL
KENA ULANG BICARA
KALAU TIDAK
JENG JENG JENG
TERUS  12 TAHUN
AMIN

TENGKUJUH
MASIH MELANDA
PANTAI TIMUR
KITA DI PANTAI BARAT
DAH MAKIN SELESA
HUJAN MAKIN KENDUR
TAPI KITA TAK TAHU APA
AKAN DATANG
JENG JENG JENG

WOIT
EL-NINO BAWA PANAS
BAWA KERING
BAWA KEMARAU
AMIN

UNITED KINGDOM
LAPORAN KAJI CUACA
MERAKAMKAN
TAHUN 2022
ADALAH TAHUN TERPANAS
DI UNITED KINGDOM

GUA DAH BALIK KAMPUNG
KALAU TIDAK GUA
BOLEH TANAM
PETAI DAN JERING
DI BRIXTON
KAH KAH KAH

UKRAINE
RUSIA KLIM PEKAN SOLEDAR
DAH DI TAWAN
JENG JENG JENG

AMERIKA
NAK HANTAR KERETA KEBAL
POLAND NAK HANTAR
KERETA KEBAL BUATAN GERMAN
TAPI WAJIB DIPERSETUJUI
OLEH GERMAN
TAPI GERMAN
TAK BERSETUJU
KERETA KEBAL
TERSADAI DI TENGAH JALAN
JENG JENG JENG
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CUKUP INDAH
MATAHARI DAH MUNCUL
DARI ARAH SUNGAI BESI
LANGIT TAK BIRU
TIDAK JUGA KELAM
KL & KL SENTRAL BERKABUS

UNGGAS BURUNG
CUKUP BISING PAGI INI
MUARI BEKICAU
TERKUKUR MENGGIGAL
GAGAK MENDAYU
JANTAN BERKOKOK
CENGKERIK BERSIMPONI
DUNIA YANG INDAH

GUA KESIAN
LIHAT TAK TAK & EZI
NAMPAK TUPAI TANAH
KEJAR TAPI TUPAI
PANJAT POKOK
KESIAN

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
KERANA DIBALKONI GUA
TAK TAK  DAH MENJALAR
BERJEMUR MANDI CAHAYA
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
HUJUNG MINGGU YANG SANTAI

BRO
HIDUP KITA INI
WAJIB BERMANAFAAT
KEPADA ORANG LAIN

BRO
DALAM LAUT
LU BOLEH SELAM
DALAM HATI
TAK SIAPA YANG TAHU

BRO
HIDUP KITA BAIK DAN BURUK
ADALAH PERBUATAN
KITA SENDIRI

BRO
ADA SESUATU
YANG WAJIB DIJUNJUNG TINGGI
ADA SESUATU
YANG WAJIB DIBENAMKAN

BRO
JANGAN MARAH
BILA MUSIBAH SAMPAI
JANGAN SEDIH
BILA KEHILANGAN SESUATU

BRO
AWAS  KALAU LU
MAKAN NANGKA
ADA TERKENA GETAHNYA

BRO
BILA BANYAK YANG
MENENTANG LU
ERTINYA LU BETUL
LU BAIK
LU BENAR
BUAH YANG MANIS
SELALU KENA BALING BATU

BRO
JANGN LUPA 
HIDUP YANG KAMU KELUHKAN INI
KADANG KADANG
ADA ORANG LAIN INGINKAN

BRO
JANGAN DENGAR
APA YANG TAK PERLU DI DENGAR
JANGAN LIHAT 
APA YANG TAK PERLU DILIHAT
JANGAN BECAKAP
APA YANG TAK PERLU DI CAKAP
JANGAN CARI TAHU
APA YANG TAK PERLU
DI KETAHUI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
KES SEMAKAN NAJIB