Khamis, 2 Februari 2023
DUIT BERSATU DARI MANA ?
Beku akaun Bersatu untuk calar integriti Perikatan, kata PAS
SIASATAN dilancarkan ke atas parti dalam Perikatan Nasional (PN) waktu ini sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi mengenai masalah integriti gabungan itu, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu merujuk kepada siasatan agensi antirasuah ke atas parti Bersatu yang menyebabkan akaun parti tersebut dibekukan sejak tiga minggu lalu.
Pandangan itu sengaja dicipta memandangkan pilihan raya negeri (PRN) bakal berlangsung tidak lama lagi, katanya.
“Ini sengaja dibuat untuk menggambarkan kepada rakyat, nak bina satu persepsi PN ada masalah integriti. Sasarannya bukan soal penyelewengan, itu insha Allah tak berlaku.
“Tapi nak menakut-nakutkan PN terutamanya menghadapi PRN nanti,” katanya kepada pemberita selepas pemukiman PN di ibu negara hari ini.
Beliau percaya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membekukan dua akaun Bersatu sejak tiga minggu itu hanyalah untuk merendah-rendahkan imej gabungan itu.
“Ini strategi untuk PRN akan datang dan usaha merendahkan PN dari segi integriti, kestabilan, ini asas kepada sokongan rakyat kepada PN.
“Mereka akan usaha supaya nilai integriti dirosakkan. Saya fikir itu sahaja, tidak ada isu pun sebenarnya,” kata Tuan Ibrahim.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau yakin SPRM akan bertindak adil dan membatalkan pembekuan akaun Bersatu sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.
Selain Bersatu, PAS juga menjadi fokus siasatan SPRM berhubung dakwaan pemberian rasuah kepada pengundi di Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).
Agensi itu dilaporkan mengenal pasti kira-kira 90 pengundi yang didakwa menerima wang tunai untuk mengundi PAS dalam pilihan raya itu.
PAS melalui gabungan PN berjaya menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis dalam pilihan raya 19 November lalu.
Dakwaan tersebut disangkal PAS, termasuk oleh presidennya Abdul Hadi Awang yang berkata pemberian wang tunai hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam. – 2 Februari 2023.
KES DUIT
BERSATU
KAH KAH KAH
MACAM MANA
PARTI PAS
TERLIBAT
KAH KAH KAH
APAKAH PAS
BERI BERSATU DUIT
KAH KAH KAH
ATAU BERSATU
SIMPAN DUIT PAS
KHALAS
SEDEKAH IALAH SUNNAH NABI
SPRM kenal pasti 90 penerima 'sedekah' PRU15 di Terengganu
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, lapor Malaysiakini.
Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.
Sumber itu berkata, kira-kira separuh daripada 90 penerima dikesan oleh SPRM dan memanggil mereka untuk direkodkan kenyataan masing-masing.
“Lelaki dalam video yang memberikan wang tunai kepada pengundi itu juga dipanggil untuk disoal siasat.
“Sekarang SPRM sedang berusaha untuk memanggil seberapa ramai saksi bagi membantu siasatan. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 90 penerima dikenal pasti (telah menerima wang tunai).
“Ada sedikit kesukaran untuk mencari mereka kerana tidak semua mereka menetap di Terengganu. Ramai yang terlibat adalah pengundi luar,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata SPRM berjaya mengenal pasti penerima wang tunai berdasarkan dokumen yang dirampas semasa siasatan.
Ia termasuk dokumen yang perlu ditandatangani oleh penerima apabila ingin mengambil wang, selain perlu mengangkat sumpah.
SPRM dijangka menyelesaikan siasatan kes itu dalam masa kira-kira dua minggu, kata Malaysiakini.
Dakwaan muncul di media sosial kononnya PAS memberi wang kepada pengundi.
Parti itu dan pakatan politiknya Perikatan Nasional berjaya menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan dan Perlis.
Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor menafikan membayar wang kepada pengundi. – 2 Februari, 2023.
WOIT
SPRM TAK FAHAM
KAH KAH KAH
SEDEKAH INI
SUNNAH NABI
KAH KAH KAH
TAK PERCAYA
TANYA AL-KAWAHLI
DIA ADA AYAT
ADA HADIS
ADA DALIL
KAH KAH KAH
PUKRAK
MUKRAK
AMIN
KHALAS
MUHYIDN KENA PERANGKAP
Bersatu akan mohon batal pembekuan akaun, kata Muhyiddin
BERSATU akan memohon kepada agensi pencegahan rasuah untuk membatalkan pembekuan akaunnya, kata presiden parti itu Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pembekuan tersebut mengganggu operasi parti kerana terhalang dari menunaikan tanggungan bayarannya.
“Bersatu akan menulis surat kepada SPRM hari ini supaya perintah pembekuan akaun Bersatu dapat dibatalkan.
“Bila dah beku akaun, kami sebagai pertubuhan politik yang penting dan besar ini tak ada duit untuk bayar gaji pentadbiran bukan sahaja untuk sebulan.
“Sekarang ini kalau mereka kata beku tiga bulan, pun susah. Itu membawa kesan kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara.
Tambahnya pembekuan akaun itu juga akan mengganggu usaha mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
“Bersatu juga memerlukan dana untuk membiayai kempen PRN bagi enam buah negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Janganlah pembekuan akaun bersatu ini menjadi motif sebenar pihak kerajaan untuk melumpuhkan jentera Bersatu dan PN dalam PRN akan datang,” katanya dalam sidang media di ibu negara.
Muhyiddin juga menegaskan, Bersatu tidak pernah menerima sebarang dana daripada pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM92.5 bilion, seperti didakwa beberapa pihak sebelum ini.
Oleh itu, ahli Parlimen Pagoh itu yakin siasatan agensi antirasuah itu bakal membersihkan nama Bersatu daripada tuduhan tersebut.
“Dan saya tahu SPRM telah pergi untuk membuat siasatan kepada badan-badan seperti itu termasuklah Bersatu bahagian Pagoh.
“Saya ingin menegaskan ini juga telah disemak oleh pihak SPRM, saya percaya siasatan ke atas penyata akaun Bersatu akan mendapati tidak ada wang berbilion ringgit dalam akaun parti.
Beliau yakin akaun tersebut bersih kerana Bersatu menetapkan agar setiap sumbangan mesti dimasukkan ke dalam akaun parti.
“... Tidak ada sumbangan dana politik dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya ataupun pegawai-pegawai dalam parti saya ataupun mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan di mana saya mempunyai kepentingan.”
Tambahnya, Bersatu memberikan komitmen untuk membantu siasatan pihak berkuasa terbabit dan SPRM sudahpun memperolehi penyata kewangan parti dan dokumen berkaitan.
Beliau menggesa SPRM menyegerakan keputusan membatalkan pembekuan akaun itu selepas mendapati tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitkan kewangan parti.
“Jumlah wang yang masuk ke dalam parti dan jumlah baki wang dalam akaun Bersatu sebelum dibekukan semuanya ada dalam pengetahuan SPRM.
“Dan saya yakin bahawa rekod keluar masuk wang dalam akaun Bersatu teratur dan dari sumber yang sah dari segi undang-undang,” katanya selepas pemukiman parti.
Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu hari ini dilaporkan berkata, akaun parti itu sudah dibekukan sejak tiga minggu lalu.
Ketua Pengarah SPRM Azam Baki semalam mengesahkan dua akaun Bersatu disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. – 2 Februari, 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
SEKALI AIR BAH
SEKALI PASIR
BERUBAH
KAH KAH KAH
SEKALI KERJAAN
BERTUKAR
SEORANG
PERDANA MENTERI
KENA TAHAN
KAH KAH KAH
KHALAS
POLIS TEMBAK MESYUARAT UMNO
Polis lepaskan tembakan dalam mesyuarat UMNO
Pada 31 Januari 1982, Utusan Malaysia melaporkan polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk menyuraikan satu pergaduhan yang berlaku pada mesyuarat perwakilan tahunan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan di Sekolah Tiang Chandi.
Bagaimanapun, beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan itu hanya bengkak dan pecah bibir manakala beberapa cermin tingkap bilik darjah pecah kerana dibaling dengan kerusi.
WOIT
KAH KAH KAH
DULU GADUH
SEKARANG PUN
GADUH LAGI
KAH KAH KAH
KHALAS
KJ HABIS UBAT KUAT
KJ HABIS
UBAT KUAT
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"KHAIRY TUTUP KEDAI"
Budak tingkat empat tutup kedai betul kah? Siapa nak bela budak budak dia sekarang? Siapa nak support bila tak ada jawatan? Adakah projek vaksin masih jalan, tak ada jawatan kah kah kah, tak ada jawatan dalam kerajaan siapa nak ambik pot lagi? Ubat kuat un tak ada siapa nak bagi woit kah kah kah buang masa, cukup lah kes rasuah apa jadi? Buka balik atau terus tutup? Jangan lupa sejarah, cuba baca cuba faham cuba lihat cuba dengar apa apa tindakan mereka kah kah kah semua nak jadi PM????
KJ BIJAK BAHASA INGGERIS
TAPI...
KJ BIJAK
BERTUTUR
MENULIS
BERHUJAH DALAM
BAHASA INGGERIS
AMIN
KJ DARI OXFART
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"KHAIRY TUTUP KEDAI"
Sapa ini KJ? Pemimpin sapa? Orang Melayu atau pejuang bangsa agama negara? Apa sumbangan KJ kepada negara? Apa pencapaian KJ yang terhebat sangat? Selain dari menjadi menantu bekas PM? Ada apa apa lagi tak? Dulu incharge tingkat 4, perancangan hebat ada think tank entah demi kebaikan atau kesejahteraan PM kaum keluarga, tapi orang hebat lulusan Oxford, lulusan Singapura, dulu macam macam orang kata, anak menantu PM mesti lah semua nak kawan baik, sebab ada jawatan ada pengaruh, budaya kaum keluarga masih wujud dalam budaya Asia atau budaya Melayu, kaum keluarga diutamakan, senang cerita semua sudah tahu, sejak zaman Tun Razak kaum keluarga sampai ada parti politik pun kata kaum keluarga kah kah kah, siapa jadi PM, anak beranak.
jadi jawatan penting ini bukan fitnah ini bukan tomatoes tapi benar, anak Razak, anak Hussein, anak Mahathir, anak menantu Pak Lah, anak Jidin, anak Zahidi, anak.cucu.keluarga para Munke dulu kini selamanya, adakah semua ini layak paling terbaik kah kah kah macam.cerita Bollywood anak beranak berlakon sampai sekarang, sebab apa kena tanya? Kerana hebat atau kerana ada payung naungan kebab bawah duli Maha mulia jawatan Amin, fikir lah sikit sudah, tak payah banyak tak payah puasa dapat fikir lah kah kah kah pasti Malaysia Boleh
PENG ANAL KAJI NURUL
PENG ANAL
KAJI NURUL
KHALAS
Unknown commented on
"PENG ANAL DENGAN NURUL IZZAH"
Peng Anal kaji apa? Anal.belakang atau depan? Sudah berlaku atau akan berlaku? Berapa ketepatan anal.ini? Saja tanya? Anal.ini buat kajian apa berapa buku berapa tesis berapa ciptaan? Atau saja saja cakap selepas baca internet kah kah kah, kalau nak cakap pandai pandai lah sikit, tak payah anal.perkara satu Malaysia sudah tahu, anal.buat kenapa rasuah jadi budaya,.mana punca apa sebab rasuah orang suka, bagaimana nak halang rasuah, mengapa yang berkuasa nak berkuasa sampai mati kah kah kah lepas itu syurga bagaimana neraka apa ada? Kaji kaji jangan tak kaji, ini Hj Bawang dok tipu siang malam amin kah kah kah
BELA DIRI BEAL RAKYAT
ZAHID BELA DIRI
KHAIRY NAK
BELA RAKYAT
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"GADUH BUNUH TIKAM TERAJANG"
Semua rebut jawatan sebab apa? Nak bela rakyat atau nak bela diri? Seluruh rakyat kena tanya soalan ini? Mereka bergaduh tikam khianat ini sebab apa? Kenapa rakyat perlu terlibat dalam sandiwara mereka? Apa mereka buat selain merosak negara macam curi komisen rasuah songlap juta juta ke poket sendiri, apa kebaikan rakyat dapat dari mereka? Kalau Oxford semua baik belaka, lagi laju otak lagi laju sapu sapu satu Malaysia, bila cerdik pun masa orang curi diam diam saja sebab nak jawatan mereka,
ada rasuah pun mereka buat tak nampak malah sekutu dengan orang perompak ini semua, jadi jangan sibuk jangan melatah, karma sampai masa, biar mereka tikam sendiri tak payah tunggu mahkamah tak payah masuk penjara, sejarah akan berulang, mana manusia hidup selama selamat selamanya kah kah kah kita lihat kita tunggu pentas kita tunggu wayang kita enjoy menjoy saja sementara ini Amin, kah kah kah Masih lagi percuma
55 TAHUN KEMUDIAN
55 TAHUN
KEMUDIAN
Dua hari sebelum bergerak ke Tanjung aku telah menelefon Tan Soo. Perempuan China ini kawan baik aku. Lama betul tidak berjumpa. Kali akhir kami bertemu 55 tahun dahulu.
Ketika PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan) dipasang aku tidak ke mana-mana. Dari Bangsar nak ke PJ pun dilarang. Maka aku duduk berkurung di Le Chateau. Sekali dua pulang ke Jelebu dengan permit polis. Kampung aku hanya tiga jam perjalanan dari pintu ke pintu.
Ketika PKP aku merayau dalam alam siber. Aku merayau dan berbual melalui telefon dengan kawan-lama lama kerana tidak dapat berjumpa. Akhirnya aku bertemu kembali dengan Tan Soo. Kami bercakap melalui telefon. Amin.
Bila PKP tamat aku betul-betul nak merayau dalam alam nyata. Merayau dan berjalan untuk berjumpa kawan lama ini. Perjalanan ini mewajibkan aku melintasi sempadan Selangor - masuk ke Perak sebelum ke Tanjung.
‘ .. am coming to Penang.... we must meet up..’ Aku membuat temu janji dengan Tan Soo.
Kali pertama aku melihat sosok yang bernama Tan Soo ini pada tahun 1961. Ini ketika aku masuk ke Goverment English School Kuala Klawang. Aku lulus peperiksaan Special Malay Class (SMC) dan diterima masuk ke sekolah Inggeris.
Tahun 1961 aku menjadi murid SMC1. Ini kelas peralihan dari aliran Melayu ke aliran Inggeris. Selama dua tahun dalam kelas peralihan ini. Kami semuanya murid Melayu – lelaki dan perempuan.
Ada Hafiz, ada Zul, ada Ghafar, ada Maimon , Shariff , Maimunah, Haris, Sharifah, Muharam, Arof, Jamaluddin, Aziz, Norisah dan Kamaruddin. Ini nama-nama yang masih aku ingat.
Tahun 1963 aku masuk ke Standard Six . Kami disatukan dalam kelas bersama dengan murid-murid yang dari asal masuk darjah 1 aliran Inggeris.
Dalam kelas ini ada murid Melayu, China dan India. Mereka telah lima tahun belajar bahasa Inggeris. Mereka lebih fasih berbanding dengan kami dari SMC.
Dalam kelas Standard Six ini ada Tan Soo.
Tapi sebelum kami disatukan dalam Darjah Enam aku telah kenal Tan Soo lebih awal. Mustahil ada pelajar di GES yang tidak kenal Tan Soo. Dia berambut pendek, bergaun biru , kasut getah putih, stoking putih dan berbaju putih.
Tan Soo di lihat Tom Boy. Lincah dan amat peramah. Senang jadi kawan
‘ Aku jahat dari sekolah lagi...’ Tak Soo bersurah ketika kami bertemu untuk kali pertama satelah 55 tahun. Kami bertemu di Lighthouse Cafe Penang Road – dalam kawasan Gereja Saint Joseph - pada Senin terakhir Januari 2023.
‘ Dalam hidup ini kita boleh jadi dua perkara.... teladan atau sempadan...’ Aku berfalsafah.
‘ Kau jadi apa.... ‘ Tan Soo bertanya.
‘ Aku jadi sempadan... ramai Emak Bapak akan berkata... jangan jadi macam Hishamuddin Rais...dia jahat... aku akhirnya jadi orang yang dilarang untuk diikuti oleh Emak dan Abah aku sendiri... ha ha ha ’ Aku dengan bangga ketawa.
‘ Dalam kereta tadi aku kira-kita... last time kita jumpa tahun 1968...di SMUJ... 55 tahun dulu... woit... lama betul... kau form five aku form 4 ... aku tercicir satu tahun...’ Tan Soo mengingatkan kembali bagaimana dia gagal LCE dan mengulang sekali lagi.
‘ Kau ingat lagi kita ke Seremban naik land rover....Cik Gu Asli duduk depan ..kita di belakang .....untuk pertandingan syarahan....’ Tan Soo bernostalgia
Aku ingat lagi ketika kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Tan Soo adalah wakil syarahan untuk murid bukan Melayu. Tan Soo dan aku wakil daerah Jelebu ke Peringkat Negeri.
‘ Tak kan aku lupa... aku Johan Negeri Sembilan Tahun 1963....’ Aku juga bernostalgia.
‘ Kau ingat tak ....Mariani... Grace anak Veloo.... Lim Meng Lee... Rosmah Mansor... Wong.... ingat tak...’ Aku cuba mengembalikan ingatan 60 puluh tahun dahulu.
‘ Yang lain aku ingat...... sapa Rosmah Mansor... ‘ Tan Soo berkata.
Aku hairan kerana Tan Soo boleh melupakan Rosmah Mansor.
‘ Rosmah Mansor mana...’ Tan Soo bertanya lagi.
‘ Laaaa.... yang ada tahi lalat besar di dagu ... kau lupa ke.... Rosmah laaa yang kawin dengan Najib tu...’ Aku menjadi hairan kenapa Tan Soo boleh lupa akan kawan darjah satu.
‘ Call Lim Meng Lee... call sekarang...’ Aku meminta.
Tan Soo mengambil telefon yang memanggil Lim Meng Lee.
‘ Hello... how are you...Meng Lee... Isham sini.... kau ingatkan Tan Soo.. dia lupa Rosmah kawan standard one dia... she can’t remember Rosmah Mansor.... ‘ Aku bersuara kuat kerana telefon terletak atas meja untuk membolehkan kami bertiga berbual.
‘ Haiya.... Isham... how are you... we forget many things....time passed....’ Meng Lee memberi alasan.
‘ You remember Hafiz.... ha ha ha.... you syiok dengan dia dulu.... ingat tak...’ Aku melawak sambil mengingatkan kesah-kesah cinta kami di zaman murid sekolah.
‘ I remember him....’ Meng Lee ketawa.
‘ Dia... di Seremban... you also in Seremban... ‘Aku cuba membakar cinta lama.
Tan Soo mengambil telefon dari meja dan berbual dengan Meng Lee.
‘ Where is Lee Keong... is he stlll in America..’ Tan Soo bertanya pada Meng Lee tentang Lee Keong kawan lama kami.
‘ Dia ada kat Seremban laaa‘ Aku menjawab.
Aku lihat Tan Soo walau pun sudah masuk tujuh siri tetapi tidak memakai kaca mata bila membaca Whatapps. Tidak seperti aku. Wajib ada kaca mata dekat untuk membaca dan kaca mata juah untuk melihat jauh.
‘ Your eyes sight still good...’ Aku memuji Tan Soo.
‘ I have no problem... with eye sight...’ Tan Soo menerangkan.
‘ Kau umur nak lebih 70 cekap memandu... aku memandu pun tak pandai... ‘
‘ You don’t drive...’ Tan Soo hairan aku tidak pandai memandu.
‘ Kereta apa pun aku tak kenal... untuk aku semua sama....’
Lalu aku bersurah bagaimana hidup di London dan di Eropah memaksa aku untuk tidak memerlukan kereta.
‘ Di Belgium dan di London aku ada basikal... di sana aku berani mengayuh....’ Aku menjelaskan.
Bila pulang dari berkelana selama 20 tahun aku merasa amat takut bila melihat kereta lalu lintas di Kuala Lumpur.
‘ Aku takut tengok kereta disini... aku juga ada niat nak naik moto.. masa aku di universiti Malaya dulu aku ada moto.... tapi sekarang dah takut... tahun 70 aku dah merempit... kat flet aku sekarang ada basikal tapi tak berani nak kayuh.... ‘ Aku mencurahkan perasaan.
‘ Sistem transport sana bagus...’ Tan Soo memuji sistem pengangkutan awam di Eropah.
‘ Kau pandu Grab.... wah... kau nak relak memandu...tak nak jaga cucu.... dari pukul berapa ke pukul berapa kau bawa Grab...’ Aku bertanya.
‘ Jam 5 pagi sampai 5 petang.... long story Isham.... masa kecik aku susah. Dah tua pun aku susah...patut aku rehat sekarang....’ Suara Tan Soo berubah dari ceria menjadi sayu.
Aku memandang tepat pada muka Tan Soo. Aku telah mengenali lama sosok ini. Aku faham maksud susah yang dialami oleh Tan Soo.
Pada tahun 1967 ketika aku dalam tingkatan empat aku menginap di hostel. Di seberang jalan asrama sekolah ialah kawasan gereja. Kawasan ini berpagar. Agak jauh dari gereja ada sederet rumah di tepi pagar tidak jauh dari asrama. Salah satu rumah ini adalah rumah Tan Soo.
‘ Kau tahu aku anak angkat kan...’ Tan Soo memberi ingatan.
Perkara ini aku tahu. Malah ketika bersekolah Tan Soo bukan dalam keadaan yang lumayan. Aku tahu hidup dia susah.
Aku selalu ternampak Tan Soo akan keluar memotong getah dahulu sebelum masuk ke sekolah.
Dari tingkap hostel aku nampak Tan Soo memakai topi dan berbasikal. Pergi menoreh getah di kebun yang tidak jauh dari sekolah.
‘ Aku anak angkat....emak angkat aku suruh aku kerja.. tak kerja tak makan....’ Tan Soo mengingatkan kembali pada zaman persekolahan kami.
‘ Aku tinggalkan Jelebu dan aku mahu lupakan semua.... I want to forget everything... after exam finish... aku gi Singapura...kerja factory... setahun kerja di sana... lepas Singapura aku pindah ke Penang...kerja kilang leteronik.... sampai middle management level....’ Tan Soo bercerita.
‘ Kau ada pulang ke Jelebu...’ Aku bertanya.
‘ Ada tapi jarang...’
‘ Jangan lupakan Jelebu.... kau ingat Missis Ali Abu Bakar.... dia ajar kita history... form four dia ajar health science.....’ Aku cuba membawa sejarah ketika kami anak sekolah.
‘..Kau ingat tak page 210 ... buku health science ... ada gambar jantan betina telanjang... ‘ Aku ingatkan kembali gambar bogel di muka surat 210. Ini gambar bogel untuk kami mengenal jantina lelaki dan perempuan.
‘ Kau ingat semua....aku tak ingat’
‘ Mustahil aku lupa perkara ini... sekarang aku sedang menulis biografi aku....aku kena ingat semua ini....’ Aku cuba memberi pencerahan.
Dengan telefon aku mengambil gambar Tan Soo. Kemudian aku berselfie dengan Tan Soo. Teknologi membolehkan gambar di hantar dengan segera kepada Lee Keong, Missis Ali dan Lim Meng Lee.
‘ Aku hantar pada Missis Ali.. bagi dia ingat dengan kau...’
‘ Sapa Missis Ali.... aku tak ingat...’
‘ Kau semua tak ingat... Rosmah pun tak ingat...’ Aku berlakon dengan suara marah.
‘ Rosmah bini Najib mana ada tahi lalat....’ Tan Soo mempersoalkan ingatan aku.
‘ Dia dah buang laaa.... ‘ Aku memberi penjelasan.
Tertiba ada bunyi Whatapps masuk dalam telefon Tan Soo. Dia membuka.
‘ Ada gambar Standard Six 1962.... tengok ni ada gambar....’ Tan Soo menayangkan gambar dalam telefon.
‘ Meng Lee cakap Rosmah duduk barisan depan.... no tiga kiri dari cik gu.... dan Meng Lee di belakang Rosmah....’ Tan Soo membaca apa yang ditulis oleh Meng Lee.
‘ Tu laaa aku cakap kau tak caya... Rosmah classmate kau di Jelebu....’ Aku memperkuatkan hujah.
Tertiba telefon aku berdering. Lee Keong memanggil.
‘ Aku dengan Tan Soo... di Penang Road... cafe dalam gereja... we are all okay.... Tan Soo banyak lupa... Rosmah pun dia lupa.. ha ha ha....she looks well.... dia jadi Grab driber...best driver in town...’ Aku berseloroh dengan Lee Keong dan menamatkan perbualan.
‘ Nanti kita buat reunion.... jumpa semua geng.... ajak Missis Ali sekali datang...’ Aku memberi cadangan.
‘ Beri tahu awal....I need to plan early...’ Tan Soo merayu.
‘ Penang duduk dimana... ‘ Aku mengubah cerita.
‘ Duduk di Farlin... aku kahwin... anak tiga ... dua jantan... satu perempuan... cucu seorang...’ Tan Soo bercerita.
‘ Abang angkat kau Peter yang pandai main gitar tu kat mana ...’
‘ Dia dah meninggal dunia... hidup aku ni susah... masa sekolah susah .... dah tua pun susah... dulu kahwin tapi bercerai...’ Suara sayu dari Tan Soo.
‘ Kau ada isteri... ‘ Tan Soo senyum bertanya.
‘ Aku solo... aku hidup dengan dua ekor anjing... yang setia pada aku... ha ha ha. .. ‘ Aku ketawa.
‘ Aku dah 70 tahun ... terpaksa jadi pemandu Grab... I’ve no choice.... all my EPF money gone....’ Tan Soo bersuara sedih,
Aku tak berani bersuara. Mata aku memandang pada menara gereja.
‘ Aku kena scam dalam internet... all my money.... middle management salary... duit EPF gone...’ Tan Soo memandang muka aku.
Aku tak berani bersuara. Aku tidak berani bertanya. Aku takut untuk mendengar apa yang akan keluar dari mulut kawan aku yang 55 tahun tidak aku temui.
Aku bangun membayar bil. Kemudian kami bergerak. Di tepi pagar gereja kami berpisah. Tan Soo menuju ke tempat letak kereta untuk kembali menjadi pemandu Grab. Aku menapak berjalan ke hotel.
‘ Take care.... bye... keep in touch...’ Kata akhir dari aku.
‘ You too Isham....’ Tan Soo bersuara dan melintas jalan.
Kami berpisah di atas jalan Penang Road depan Gereja Saint Joseph.
EPILOK 1
Esoknya aku terima Whatapps dari Missis Ali satelah dia melihat gambar aku dan Tan Soo : Good for you She has aged well Please give her my regards How is she? When are we catching up? Have a great week ahead.
EPILOK 2
Esoknya aku hantar gambar aku bersama Tak Tak dan Ezi. Ini tanda kenangan aku dengan Tan Soo kawan baik aku, Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/02/02/55-tahun-kemudian