Isnin, 6 Februari 2023
AMANAT PUNAT DARI AL-KAWAHLI
PAS bersedekah bukan hanya masa pilihan raya, kata Hadi
PAS bersedekah bukan hanya pada masa pilihan raya tetapi pada setiap masa kerana amalan kebajikan itu dituntut dalam Islam, kata presidennya Hadi Al-Kawahli.
Hadi juga menjelaskan konsep sedekah bukan terikat hanya pada harta dan barang sebaliknya luas sehingga merangkumi ilmu, khidmat tenaga dan nasihat.
“Ahli-ahli PAS menghayatinya dalam semua lapangan sejak peringkat awal sebelum dan selepas penubuhan PAS lagi.
“Penglibatan mereka bukan hanya dalam politik dan ketika musim pilihan raya, bukan secara terpilih mahupun bermusim,” katanya.
Hadi memberi contoh bagaimana ulama awal dalam PAS mengajar ilmu secara percuma termasuk membuka pondok dan sekolah agama rakyat selain mengajar di masjid dan surau.
Wakil rakyat PAS sejak pilihan raya umum pertama sebelum merdeka pun terus memberi khidmat kepada rakyat walaupun mereka dipulau oleh kerajaan yang menindas pembangkang, katanya.
Hadi mendedahkan ada wakil rakyat PAS yang menanggung hutang kerana berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan bantuan.
“Hutang-hutang itu hanya dapat dijelaskan selepas mereka bersara dan tidak menjadi wakil rakyat lagi.
“Itu adalah bukti khidmat wakil rakyat PAS sepanjang masa dan kepada semua, bukan hanya pada musim pilihan raya umum, pusat, negeri dan pilihan raya kecil semata-mata,” katanya.
Hadi menjelaskan persoalan sedekah ini ketika parti Islam itu dituduh melakukan rasuah membeli undi semasa pilihan raya umum lepas.
Empat petisyen dikemukakan di mahkamah untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 di Gua Musang, Kuala Terengganu, Kemaman, serta Marang – yang dimenangi oleh Hadi sendiri – antara lain atas alasan berlaku sogokan kepada pengundi.
Sebelum ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang individu, yang dikatakan pemimpin PAS kawasan, mengagih wang kepada pengundi yang kemudian bersumpah atas nama Allah mereka akan mengundi parti Islam itu.
Hadi menafikan pemberian wang itu melibatkan calon atau wakil calon PAS sebaliknya “sedekah daripada orang awam”, yang bukan menjadi kesalahan pilihan raya.
Dalam tulisannya hari ini, Hadi berkata tuduhan mengatakan PAS merasuah pengundi semasa pilihan raya “terlalu kecil” bagi mereka yang bersedekah, jika dibanding dengan memberi bantuan hanya semasa pilihan raya.
Beliau menyifatkan mereka yang hanya membantu untuk tujuan politik tidak ubah seperti ayam yang bertelur sebiji tetapi riuhnya sekampung.
Menurut Hadi, parti politik yang pernah atau sedang bekerjasama dengan PAS tahu tentang pengorbanan jentera PAS yang “tidak bermusim dan bertempat tanpa meminta upah daripada manusia”.
“Inilah hasil tarbiah yang tidak memisahkan urusan dunia daripada urusan agama yang berwawasan akhirat.
“Perkara ini hanya boleh didapati dalam Islam, tetapi tidak terdapat dalam ideologi ciptaan manusia,” katanya. – 6 Februari 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
INI PUNAT... OPSS
AMANAT BARU
DARI AL-KAWAHLI
AMIN
BERI RASUAH
OOPS... SILAP
BERI SEDEKAH
DAPAT BIDADARI
KAH KAH KAH
YANG POMPUAN
DAPAT GAPO
KAH KAH KAH
KHALAS
KHAIRY BAWA POLITIK BARU
Elok tubuh parti baharu kalau betul Khairy boleh tarik anak muda, kata Puad
KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar, yang dipecat dari Umno baru-baru ini, boleh menubuhkan parti baharu untuk menarik sokongan anak muda, sekiranya benar beliau ada tarikan kepada anak muda, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi.
Beliau mengulas pandangan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang berpendapat Khairy ada tarikan kepada anak muda dan Umno rugi kerana membuangnya dari parti.
“Ismail Sabri kata, KJ (Khairy) ada magnet. Umno rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong Umno?
“Mungkin anak muda sokong KJ tetapi bukan pada Umno. KJ tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya.
Sekiranya tidak mahu menubuhkan parti baharu, Puad menyarankan Khairy supaya menyertai Bersatu atau PAS.
“KJ boleh buktikan magnet dia, ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya.
Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia semalam, Ismail Sabri berkata Umno mengambil risiko memperjudikan sokongan anak muda kepada parti itu apabila memecat dan menggantung pemimpin yang lantang mengkritik parti, terutamanya Khairy.
“Kita memberi petanda yang salah kepada mereka, iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini,” katanya.
Khairy setakat ini belum mengumumkan langkah politiknya tetapi membayangkan sedia bertanding pilihan raya negeri Selangor yang perlu diadakan pertengahan tahun ini.
“Ada kemungkinan itu sekiranya ada kesesuaian dengan parti yang sesuai,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu wawancara minggu lepas. – 6 Februari, 2023.
KHAIRY BIJAK
CAKAP ORANG
PUTIH
AMIN
LEBIH BIJAK DARI
ZAHID & MAIL
AMIN
LULUSAN OXFART
BUKAN
MALAY STUDIES
DARI UM
KAH KAH KAH
BAKAL PEMIMPIN
NEGARA
KHALAS
HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO
Nasib Umno akan lebih teruk dari Golkar, Kongres, kata penganalisis
Penganalisis memberi amaran sukar untuk Umno mengembalikan status dominan dalam landskap politik negara, apabila parti itu memecat dan menggantung ramai pemimpin yang tidak sehaluan dengan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Mereka turut menyamakan kekuatan Umno dahulu dengan parti-parti dominan dari negara lain yang kini tidak berjaya mengekalkan status mereka.
Antaranya Partai Golongan Karya (Golkar) yang pernah mendominasi politik Indonesia sejak 1972, dan Kongres Kebangsaan India (INC) yang mendominasi politik India sejak 1952.
- Iklan -
Golkar kini tidak menjadi pilihan utama rakyat republik itu manakala INC kalah teruk pada pilihan raya 2014.
Begitu juga Umno yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) selama ini yang berjaya mendominasi dua pertiga Parlimen, sehinggalah prestasinya turun mendadak bermula 2008.
Pemerhati politik veteran, Azizi Safar berkata, pilihan untuk Umno bangkit semula bertitik-tolak daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.
"Umno boleh pilih nak jadi macam Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun atau Golkar di Indonesia.
"LDP bangun semula jadi parti dominan kerajaan pemerintah di Jepun selepas kalah satu pilihan raya saja.
"Golkar sehingga ke hari ini tidak kembali jadi parti dominan dalam politik Indonesia, walaupun masih mendapat sokongan," katanya yang merupakan bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada minggu lalu memecat bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin, dan bekas pengerusi Umno Selangor, Noh Omar.
MKT turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, bekas ahli Parlimen Jempol, Mohd Salim Mohd dan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang.
Parti itu kalah teruk pada PRU15 dengan hanya 26 kerusi Parlimen.
Zahid sendiri hanya menang di Bagan Datuk dengan majoriti lebih 300 undi.
Namun ia masih berada dalam kerajaan setelah bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menurut Azizi, Umno gagal melakukan reformasi atau reset yang diperlukan sebelum menghadapi PRU15 lalu yang membawa kepada kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU15 berbanding PRU14.
"Isu utama yang menyebabkan Umno kalah lebih banyak kerusi pada PRU15 adalah penolakan rakyat terhadap kepimpinan tertinggi Umno.”
Bekas pensyarah di Institut Hubungan Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Mansor Mohd Noor berkata, di sebalik kekalahan itu, Umno dilihat masih meletakkan punca masalah kepada pihak lain, seperti kegagalan “poster boy” Ismail Sabri Yaakob, dan video TikTok Perikatan Nasional (PN).
"Suara akar umbi yang menolak mereka kerana amalan rasuah dan gagal menjaga bangsa Melayu tidak diendahkan," katanya.
Katanya, kepimpinan Umno sememangnya tidak suka dikritik dan hanya mahu mendengar berita baik.
Lebih malang, penyampai maklumat gemar mendiamkan diri apabila data kajian mereka mendedahkan dapatan yang tidak begitu memberangsangkan.
"Kepimpinan Umno jarang mahu belajar daripada kesalahan mereka untuk bangkit.
"Sejak 2008, apabila mereka tewas beberapa negeri dan hilang dua pertiga Parlimen, sehinggalah hanya ada 26 kerusi Parlimen, mereka masih yakin bahawa mereka adalah ‘king maker’,” katanya merujuk kepada kehilangan kuasa parti itu secara beransur-ansur.
Katanya, sikap sombong dan bongkak ini menyukarkan kebangkitan Umno, bahkan katanya ia membawa parti itu kepada kepupusan.
Prospek yang sugul itu turut dikongsi oleh Azizi.
Katanya, siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini akan menjadi indikator utama.
"Jika Umno kembali mendapat sokongan rakyat, menang semua atau menang banyak kerusi-kerusi yang diberikan kepada Umno melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno masih ada harapan untuk kekal signifikan dalam politik negara, walaupun tidak jadi parti yang dominan.
"Bagaimanapun, jika keputusan pada enam PRN nanti sama buruk seperti pada PRU15, Umno perlu fikir semula hala tujunya, juga kerjasama politik dengan PH."
Katanya, parti itu dilihat akan menjadi lebih buruk daripada INC dan Golkar kerana hanya berperanan sebagai parti yang mencukupkan bilangan bagi membentuk kerajaan, jika tiada usaha mengubah sokongan rakyat.
WOIT
PENG ANAL NI
CEPAT SANGAT
NAK KUBURKAN
GEROMBOLAN
KAH KAH KAH
JIKA ADA
GANTI ZAHID
GEROMBOLAN
AKAN TERUS
BERJAYA
AMIN
MASALAH HANYA
PADA NAJIB ROSMAH
BILA DUA MALAON
DALAM JIL
SEMUA BERES
AMIN
KHALAS
APA JADI DENGAN MARA DIGITAL
APA JADI
DENGAN
MARA DIGITAL
KHALAS
Unknown commented on
"MAIL KATA
UMNO AKAN DITOLAK"
Macam polis pencen banyaklah cekadaknya mael Bera bila dah bersara bernas dan berpandangan jauh pulak minda dia. Masa berkuasa sebelum pencen dulu dikerahnya bukak mara digital mall sebagai reaksi kes budak melayu kena tangkap curi fon kat plaza low yat. Abis bungkus tutup kedai peniaga melayu kat mara digital mall dibuatnya. Yg kat low yat plaza relaks je. Banyak baiknya dipencenkan mamat2 ni dari bekerja sbb sumernya akan jd bijak bila dah takde jawatan nanti
JANGAN SEBAR FITNAH
Lebih 100 terbunuh gempa bumi di Turkiye dan Syria
JANGAN BUAT
FITNAH
ROSMAH TAK
BERJOGING
MINGGU INI
KHALAS
KUANTAN DILANDA BANJIR
Kuantan dilanda banjir kilat
KUANTAN: Hujan lebat berterusan yang melanda daerah ini terutama di beberapa kawasan perumahan dan kampung menyebabkan berlaku banjir kilat, pagi ini.
Antara kawasan yang dinaiki air ialah di Sungai Lembing, taman perumahan Sungai Isap Damai, Kampung Gudang Rasau dan kampung Cendering.
Tinjauan di Kampung Gudang Rasau pada jam 8.30 pagi ini, mendapati air naik sehingga 0.4 meter setakat ini.
AWAS
BANJIR MASIH
MENYERANG
KHALAS
DEWI THEAN HOU
CHAP GO ME
MALAM TADI JAM 10
TOK KONG THEAN HOU
DI TAMAN SEPUTIH
SEBELAH LE CHATEAU
MAIN BUNGA API
MERAYAKAN DEWI THEAN HOU
HAMPIR 15 MINIT
BUNGA API NAIK
SAMBUTAN MALAM
CHAP GO ME
KE LANGIT
MASA RAYA CHINA
MASA CHAP GO ME
TOK KONG INI
AMAT SIBUK
GUA MELIHAT
BUNGA API INI
DARI FLET GUA
TINGKAT SEMBILAN
AMIN
MAIL KATA UMNO AKAN DITOLAK
Ismail ramal Umno terus ditolak dalam 6 PRN
Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kekalahan teruk Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh berulang di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini, dan bekas perdana menteri itu mengkritik tindakan kepimpinan Umno baru-baru ini kerana mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi muda yang menolak mereka tahun lepas.
Ismail yang juga naib presiden Umno merupakan antara pemimpin yang menentang tindakan Presiden Ahmad Zahid Hamidi memecat pemimpin dan ahli yang lantang baru-baru ini, sambil berkata terdapat keperluan untuk menunjukkan kepada pengundi muda bahawa tuntutan mereka didengari kerana pilihan raya umum lalu menunjukkan golongan itu menolak Umno.
“Sekarang ini kita mesti sedar bahawa pengundi yang akhirnya menguasai jumlah pengundi di negara ini ialah pengundi muda. Jadi mesej yang jelas perlu diberikan kepada pengundi muda, supaya mereka mempunyai harapan baru kepada parti kita.
"Tetapi signal itu mestilah bersesuaian dengan idealisme mereka. Mereka bercakap soal hak asasi, keterbukaan, ketelusan, hak menyuarakan pandangan."
Beliau berkata walaupun Umno mengalami kekalahan teruk dalam PRU15 lalu yang menyaksikan kerusi Parlimennya berkurangan kepada 26 selepas tewas di kawasan Melayu, parti itu nampaknya berada dalam mod "terbalik".
“Kita memberi ‘signal’ yang salah kepada mereka (pengundi muda). Persepsi mereka ialah demokrasi tidak ada dalam Umno, siapa yang cakap akan dipancung, dipecat dan digantung.
“Mereka mahu kebabasan diberikan kepada ahli. Mereka tidak akan masuk parti yang menyekat kebebasan mereka.
“Kalau ‘signal-signal’ salah ini kita berikan kepada mereka, tidak ada harapan baru dan perubahan baru kepada parti, tentu ia menyukarkan kita untuk menarik minat pengundi muda.”
Pada 27 Januari, Zahid berjanji untuk "membersihkan" parti itu daripada beberapa pengkritiknya yang lantang, memecat bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan pengerusi perhubungan Umno Selangor Noh Omar, sambil menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan bekas ketua penerangan Shahril Hamdan, selain berpuluh yang lain dipecat atau digantung.
Tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan Zahid cuba memperkukuhkan kedudukannya dalam parti berikutan desakan supaya beliau berundur, susulan kekalahan Umno dalam PRU15 yang menyaksikan beliau memaksa ahli Parlimen untuk menyokong pemimpin PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tahun lepas.
-
Puak yang bersekutu dengan Zahid juga menolak usul kontroversi dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, menyekat sebarang cabaran terhadapnya dan timbalannya Mohamad Hasan dalam pemilihan parti akan datang.
'Lebih ramai pengundi muda datang'
Ismail berkata corak pengundian ditambah dengan demografi baru pengundi tidak memihak kepada Umno menjelang PRN di enam negeri yang mesti diadakan menjelang September ini.
"Jangan lupa, dalam PRN yang akan datang ini, golongan pemuda akan bertambah ramai.
“Mereka yang berumur 18 tahun akan didaftar secara automatik."
KALAU BETUL
RAMALAN MAIL
PAKATAN DALAM
BAHAYA
AMIN
MEMIKUL UMNO
SAMA SEPERTI
MEMIKUL BIK MAMA
KAH KAH KAH
BERAT WOOOI
KAH KAH KAH
KHALAS
NEGARA BAKAR QURAN
Bayi lelaki ditemukan di kondo rakyat Kuala Ibai
SEORANG bayi lelaki yang masih hidup dan mempunyai tali pusat ditemukan di Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu, petang tadi.
Bayi yang dianggarkan berusia antara 5 hari hingga seminggu itu ditemukan oleh seorang penduduk Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, di bawah kerusi kayu di belakang dapur rumahnya pada jam 6.05 petang ketika baru pulang dari kerja.
Menurut Ahmad Fauzi, beliau terdengar suara tangisan bayi dari arah belakang rumah, bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana menyangkakan ia datang dari rumah jiran.
“Selepas mengamatinya lebih lama, saya ke belakang dan terkejut apabila mendapati seorang bayi berada di atas simen di bawah kerusi kayu panjang,” katanya ketika ditemui di Kondo Rakyat Kuala Ibai, malam ini.
Ahmad Fauzi berkata, ketika ditemukan bayi berkenaan hanya dipakaikan lampin pakai buang dan terdapat sehelai kain pelikat dipercayai digunakan untuk membalut tubuh bayi berkenaan.
“Alhamdulilah bayi itu nampaknya sihat dan tiada kecederaan yang ketara,” katanya menambah bapa mertuanya bertindak menghubungi polis yang kemudian tiba pada kira-kira 7.30 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi itu supaya menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – Bernama, 5 Februari, 2023.
BUANG BAYI
INI TIDAK
BERLAKU
DI SWEDEN
NEGARA BAKAR
QURAN
KHALAS
HANYA BERLAKU
DI NEGARA
JUNJUNG QURAN
AMIN
BERANCUK
ISLAM KE
KAPIR KE
MEMANG SEDAP
TAPI JANGAN LUPA
PAKAI KONDOM
KHALAS
MAIL BERA BERFATWA
Umno patah balik belakang apabila pecat Khairy, kata Ismail Sabri
Umno mengambil risiko memperjudikan sokongan anak muda kepada parti itu apabila memecat dan menggantung pemimpin yang lantang mengkritik parti, kata naib presidennya Ismail Sabri Yaakob.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, beliau menyifatkan tindakan itu seperti patah balik ke belakang.
“Kita memberi petanda yang salah kepada mereka, iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini.
“Mereka (orang muda) lebih melihat dan mahukan pemimpin yang dipecat Umno seperti Khairy.
“Beliau (Khairy) terbuka dalam mengkritik parti dan pada orang muda itu sesuatu yang wajar. Sebab itu, saya kata mereka ideal. Mereka mahu kebebasan diberi pada ahli.
“Orang muda tidak akan masuk parti yang menyekat kebebasan mereka,” katanya.
Umno minggu lepas memecat 44 ahlinya termasuk Khairy yang juga bekas ketua sayap pemudanya yang juga bekas ahli parlimen Rembau tiga penggal.
Selain Khairy, Umno juga memecat bekas pengerusinya di Selangor Noh Omar atas permintaan beliau sendiri selepas sebelum itu dikenakan tindakan gantung enam tahun.
Umno juga menggantung keahlian bekas naib presidennya Hishammuddin Hussein selama enam tahun bersama tiga yang lain, termasuk bekas ketua penerangan parti Shahril Sufian Hamdan.
Dua lagi yang digantung ialah Maulizan Bujang (ketua Umno Tebrau), dan Salim Sharif (ketua Umno Jempol).
Alasan tindakan ke atas mereka tidak pernah diumumkan secara terbuka sementara mereka yang dikenakan tindakan juga tidak dimaklumkan kesalahan selain tidak dipanggil untuk membela diri.
Ismail Sabri berpendapat Umno akan lebih sukar menarik sokongan anak muda yang pada masa ini berdaftar secara automatik sebagai pengundi apabila berumur 18 tahun.
Beliau membayangkan Umno akan sekali lagi ditolak oleh golongan muda ini pada enam pilihan raya negeri yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun ini, sama seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada hujung tahun lepas.
“Kita hadapi masalah sama dalam PRU15 baru-baru ini yang akhirnya ditolak orang muda dan golongan profesional. Sebab kita tak nampak apa tawaran baharu yang diberikan sebelum dan selepas PRU15 kalau kita dengan cara dan nada sama.
“Jadi tiada apa yang hendak diharapkan pada Umno lagi. Kalau dulu kita ditolak, tiada sebab mereka mahu ubah dan tolak Umno sekali lagi,” katanya. – 5 Februari, 2023.