Isnin, 13 Februari 2023

NURUL TERUS DI TIBAI


Putrajaya masih perlu jelaskan pelantikan Nurul Izzah, kata CIJ


PUTRAJAYA masih perlu menjelaskan pelantikan Nurul Izzah Anwar ke dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan kerana menterinya tetap juga bapanya sendiri iaitu Anwar Ibrahim, kata sebuah badan kebebasan media.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berkata biarpun keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatan sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri perlu disambut baik, amalan nepotisme tetap juga perlu diberikan perhatian.

“Masih perlu ada gesaan untuk semak imbang yang jelas ke atas peranan beliau dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat dalam semangat tadbir urus yang baik memandangkan ia masih melibatkan portfolio yang dipegang oleh bapanya selaku menteri kewangan,” kata badan itu dalam satu kenyataan ringkas.

CIJ berpendapat kerajaan perlu peka kepada reaksi umum terhadap setiap keputusannya sementara rakyat pula perlu terus menyuarakan pendapat dengan berani sebagai “nurani negara” demi memastikan akauntabiliti terjaga.


CIJ menggariskan sekurang-kurangnya empat perkara yang perlu kerajaan jelaskan kepada rakyat dalam semangat hak kepada kebebasan maklumat, yang juga menjadi antara janji reformasinya semasa pilihan raya umum yang lepas.

“Dalam semangat hak kepada kebebasan maklumat, rakyat berhak diberitahu apakah terma rujukan yang diberikan dalam lantikan terbabit; perincian tentang bayaran, jika ada; apakah merit lantikan tersebut, berbanding individu lain yang berkelayakan; dan adakah mekanisme mencegah salah guna kuasa?” kata CIJ.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri  kerana menerima pelawaan Mohd Hassan Marican untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

“Mohd Hassan mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hassan dalam satu kenyataan berasingan juga memaklumkan Nurul Izzah dijemput untuk mengetuai secara bersama sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

Sekretariat berkenaan berpejabat di Menara Berkembar Petronas.

Hassan mengetuai jawatankuasa penasihat lima anggota yang turut disertai Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.

Dalam satu wawancara hujung bulan lepas, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri, berkuat kuasa 3 Januari 2023.

Pelantikan yang tidak diumumkan secara rasmi itu dikritik oleh banyak pihak termasuk pembangkang dan pertubuhan masyarakat yang menyifatkannya sebagai nepotisme – amalan yang sebelumnya kuat ditentang oleh Anwar dan Pakatan Harapan (PH).

Anwar kemudian menjelaskan anaknya layak dan tidak menerima sebarang bayaran untuk jawatan itu. Beberapa pemimpin PH juga menyokong pelantikan itu. – Bernama, 13 Februari, 2023.
 

WOIT

MASIH RAMAI

TAK PUAS HATI

KAH KAH KAH

NEPOTISMA

LANTIK ANAK BINI

KAH KAH KAH

LANTIK KRONI

BAGI KON TREK

AMIN

LAWAN TETAP

LAWAN

TIBAI TETAP

TIBAI

KHALAS

APA MAKNA TITAH AGONG


Agong zahir harapan Anwar PM terakhir bawah pemerintahan baginda


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan harapan supaya Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri terakhir yang dilantik di bawah pemerintahan Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah sejak memegang tampuk pemerintahan negara bermula 31 Januari 2019, baginda telah menggalas amanat berat untuk memilih dan melantik empat perdana menteri berbeza bermula dengan Perdana Menteri ke-7 Dr Mahathir Mohamad; Muhyiddin Yassin; Ismail Sabri Yaakob dan Anwar. 

“Beta telah bersemayam di atas takhta singgahsana kerajaan Malaysia bermula pada 31 Januari 2019. Sehingga ke hari ini, beta telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman yang sukar untuk beta lupakan.

“Terpahat dalam sejarah negara bahawa beta adalah merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi keafiatan untuk memerintah negara dengan empat orang perdana menteri bersama empat jemaah menteri yang berlainan.


“Beta berharap Perdana Menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir buat beta sebelum beta berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah baginda juga tidak berniat untuk mencampuri urusan politik negara mahupun mengatur percaturan landskap politik tanah air.

Namun baginda bertitah pada pengamatan Seri Paduka, jika episod yang membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 tidak berlaku, nescaya rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum ke-15 juga akan dapat dielakkan. 

“Lebih penting lagi kemelut politik yang membelenggu negara hampir empat tahun lamanya boleh dielakkan jika sekiranya ahli-ahli yang berhormat dan para ahli politik negara bersedia untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu-padu semata-mata atas dasar untuk menjaga kepentingan rakyat beta dan negara yang kita cintai ini. 

“Pada usia (kemerdekaan) 66 tahun, kita sepatutnya telah matang untuk menjadikan perbezaan yang unik ini sebagai rencah utama dalam pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang saling sayang-menyayangi, menghormati antara satu dengan yang lain, toleran dan hidup dalam sebuah kesepaduan yang utuh,” titah Seri Paduka. 

Al-Sultan Abdullah bertitah sekiranya kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan, Seri Paduka khuatir suasana damai dan kemajuan yang didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya.

Seri Paduka turut menzahirkan pesanan kepada wakil rakyat agar menjaga nama baik dan kehormatan Parlimen serta berkhidmat setulus hati dengan sentiasa meletakkan rakyat dan masa hadapan negara dalam hati sanubari mereka.   

Baginda juga mahu wakil rakyat mengetepikan agenda politik sempit dan bersatu hati atas nama perpaduan kerana kestabilan landskap politik harus dijadikan ruang dalam membentuk bangsa Malaysia dan era Malaysia baharu yang gemilang. 

Al-Sultan Abdullah turut menitipkan doa agar negara dan rakyat akan terus hidup dengan penuh kerukunan atas dasar perpaduan dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

“Pada 30 Januari 2024 kelak, beta akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Makanya ini adalah merupakan kali terakhir yang dapat beta berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen dan bertitah di dalam dewan yang mulia ini.

“Justeru izinkan beta pada kesempatan ini untuk menzahirkan penghargaan di atas taat setia yang telah dicurahkan kepada beta dan negara tercinta oleh semua anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, petugas perkhidmatan kesihatan serta seluruh agensi kerajaan yang telah berkhidmat dengan penuh profesional dan berkecuali tanpa mengenal penat dan lelah.  

“Terima kasih juga kepada seluruh rakyat beta yang telah hidup dengan penuh kerukunan dan aman damai serta terus gagah menghadapi pelbagai gelora pandemik, kemurungan ekonomi dan kemelut politik yang melanda tanah air,” titah baginda. – Bernama, 13 Februari, 2023.

INI TITAH

AGONG

AMIN

APA MAKNA

TITAH INI

AMIN

PERTAMA 

INI KERAJAAN

TITAH

KHALAS

KE DUA 

PASTI ADA PROJEK

NAK JATUHKAN

PMX OLEH

HADI & MUHYIDIN

AMIN

KETIGA

AGONG BERI

INGATAN 

JANGAN BUEK

KAH KAH KAH

KHALAS

POLIS JURU SELUDUP


Koperal polis didakwa seludup 29 migran warga Myanmar 

SEORANG anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan melakukan penyeludupan membabitkan 29 migran warganegara Myanmar pada Januari lepas.

Syed Shaifful Amri Syed Solihuddin, 38, didakwa menyeludup semua migran berkenaan yang berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun di dua lokasi berbeza pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Bagi pertuduhan pertama, Syed Shaifful Amri didakwa menyeludup tujuh lelaki dan enam wanita migran warga Myanmar di dalam sebuah motovan jenis Daihatsu Gran Max di hadapan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Tunjong di Kota Bharu kira-kira 1.30 pagi.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua Syed Shaifful Amri didapati menyeludup 15 lelaki dan seorang migran wanita warga Myanmar di sebuah rumah inap desa, Jalan Pintu Geng Hulu di Kota Bharu kira-kira 9.45 pagi.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Syed Shaifful Amri didakwa di bawah Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Jika disabitkan kesalahan, anggota polis itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 22 Mac sebagai tarikh deposisi (keterangan migran). – Bernama, 13 Februari, 2023.

KOPERAL POLIS

YANG HEBAT

KAH KAH KAH

BUBUH KAT

MANA 29 ORANG

KAH KAH KAH

DALAM POKET

ATAU DALAM KOTAK

KAH KAH KAH

DAPAT BURIT

DAPAT BUNTUT

DAPAT DUIT

DAPAT APA?

KAH KAH KAH

KONGSI SE BALAI

ATAU MAKAN

SORANG

KHALAS

JADI LEMBU



JADI LEMBU

SIAPA ?

AMIN

Unknown commented on 
"IRAN LAWAN ZIONIS - 
TOK ARAB AJEN ZIONIS"

Oittt bhaii..kununnya ko lebih senior..merempat merata dunia....kununnya ilmu penuh di dada...ko patut paham apa sebab raja di wujudkan di donio arab...siapa yg lantik..lantik untuk apa..untuk jadi lembu jee bhai..mcm pmx sekarang la bhaiiii..kah kah kah

TAMAK NAK CEPAT KAYA !!!



TAMAK

NAK CEPAT 

KAYA

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"MAIN KUTU - KINI PELABURAN"

Bro, yg tahu kisah pak man telo sumernya usia 60an. Masa tu takde internet takde smartfon tp pak man telo main labu peram je pun ramai yg kena tipu. Pak man telo ke scammer ke bukannya dorang sangat bijak tp mangsa yg terlebih mangkuk.

BANDUAN JAGA REBAN AYAM


BANDUAN JAGA

REBAN AYAM

AMIN


Unknown commented on 
"TEKNIK KURUSKAN BADAN ROSMAH"

Cadangan dibantah....kah kah kah...kerja dimana sekalipun yang menggunakan alat alat yang boleh dijadikan senjata adalah tidak praktikal untuk banduan, kerja yang sesuai dicadangkan diladang menternak ayam, terutama kerja mengutip telor ayam ini tidak bahaya, secara tak langsung kos untuk menghasilkan telor ayam akan turun, dan harga telor ayam dapat diturunkan, bila harga telor ayam turun walaon walaon PAS Selangor akan bergembira kah kah kah

MENGENAL AUTA KEEELING



Media putar belit isu dominasi Melayu dalam khidmat awam, kata Ramasamy

PEMIMPIN DAP P Ramasamy menuduh media memutar belit kenyataan awalnya mengenai usaha reformasi perkhidmatan awam yang menurut beliau didominasi kaum Melayu.

Tanpa menamakan mana-mana akhbar atau portal berita, Ramasay berkata putar belit tersebut seterusnya menyebabkan ia digunakan oleh ahli politik tertentu untuk mencari publisiti.

“Tulisan Facebook saya mengenai keperluan reformasi perkhidmatan awam negara diputar belit oleh penerbitan tertentu.

“Dengan itu, ia membolehkan ahli politik yang mencari publisiti murahan untuk menggunakan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ramasamy tampil mempertahankan kenyataan itu yang tidak diterima dengan baik dari kalangan pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) sendiri dan komponen parti kerajaan.

Seorang pemimpin Amanah, Mohd Sany Hamzan menggesa Ramasamy sepatutnya dipecat daripada jawatan ketua menteri Pulau Pinang atas kenyataan yang menyusahkan PH itu.

“Ramasamy sekali lagi mencari pasal dan cuba menjadi hero kaumnya dengan publisiti murahan. Tindakan sebegini sudah tentu menyusahkan PH,” katanya.

Turut jengkel, pemimpin Pemuda Umno Hasmuni Hassan yang dilaporkan menganggap tuduhan Ramasamy mengenai monopoli kaum itu seperti menjolok sarang tebuan.

Tidak terkecuali, bekas menteri pelajaran Radzi Jidin yang menganggap kenyataan Ramasamy sebagai penghinaan kepada penjawat awam dan orang Melayu.

“Itulah suara hati DAP yang kita tahu amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu.

“Apabila DAP menguasai kerajaan, sudah tentulah usaha untuk memecahkan dominasi ini menjadi tumpuan utama mereka,” kata pemimpin Bersatu itu yang mahu kenyataan seperti itu dibendung.

Beliau juga berkata, ramai tenaga eksekutif, pengurusan dan pakar dari pelbagai kaum diserap dalam pelbagai peringkat pentadbiran awam, termasuk dalam sektor pendidikan.

Malah pengambilan Ramasamy sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia menafikan dakwaannya sendiri, kata Radzi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagaimanapun semalam berkata kenyataan Ramasamy bukan pendirian DAP dan juga tidak mempengaruhi keputusan kerajaan.

“Tapi kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan) tapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan.”

Pandangan Ramasamy mengenai dominasi kaum turut disangkal kesatuan kakitangan awam yang menegaskan pengambilan tenaga dalam perkhidmatan itu dibuat berdasarkan merit dan kelayakan.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyebut tiada sebarang kuota ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pengambilan itu.

Presidennya Adnan Mat dilaporkan berkata, SPA tidak pernah menetapkan pengambilan mengikut kaum agama, kaum, etnik atau negeri tertentu.

“Sebaliknya, kebanyakan yang menyertai perkhidmatan awam adalah bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu berkenaan sendiri,” kata beliau dalam kenyataannya.

Ramasamy dalam kenyataan pada Jumaat menggesa Anwar melaksana reformasi dasar yang menyebabkan orang Melayu menguasai perkhidmatan awam.

Dalam mukadimah kenyataan itu, beliau mentakrifkan bahawa anggota perkhidmatan awam terlalu ramai dan hanya terdiri dari kaum Melayu.

Beliau mendakwa dasar itu dilaksana sewaktu pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang menurut beliau bagi mengukuhkan “hegemoni orang Melayu”. – 12 Februari, 2023.
 

WOIT

INI CONTOH

TERBAIK

AUTA KEELING

KHALAS

DATUK NENEK

MOYANG KITA

MENGUMPUL

PENGALAMAN

AMIN

DARI PENGALAMAN

TIMBUL KONSEP

AUTA KEELING

AMIN

YANG KITA BACA

INI ADALAH CONTOH

TERBAIK

AUTA KEELING

AMIN

AUTA KEELING

BUKAN HINA

ORANG INDIA

TAPI TELAH

JADI KONSEP

YANG BOLEH 

DIGUNA PAKAI

UNTUK ANWAR

UNTUK HADI

UNTUK RAFIZI

UNTUK KIT SIANG

UNTUK NURUL

UNTUL MADEEY 

JIKA MEREKA 

BUAT AUTA

AMIN

AUTA KEELING

BUKAN MONOPOLI

ORANG INDIA

KHALAS

PUNCA DANA BERSATU DISIASAT



Penderma politik Bersatu akan disiasat SPRM, kata laporan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk memanggil penderma politik Bersatu sebagai langkah seterusnya siasatan berhubung sumber dana politik parti itu, lapor The Star Online.

Akhbar itu berkata penderma ini akan diminta menjelaskan sumbangan mereka kepada parti, sama ada mereka dijanjikan sebarang projek kerajaan sebagai balasan kepada sumbangan mereka.

“Selain pegawai Bersatu, penyiasat juga memanggil penyumbang politik.

“Penyiasat ingin mengetahui sama ada sumbangan mereka adalah berdasarkan projek atau kontrak yang diberikan kepada mereka atau jika mereka diberi jaminan mengenai projek masa depan,” menurut sumber yang dipetik sebagai berkata.

Tidak jelas berapa ramai penyumbang politik Bersatu telah dipanggil untuk dirakam kenyataan mereka.

SPRM baru-baru ini mengesahkan membekukan akaun bank Bersatu sebagai sebahagian daripada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Mereka sedang menyiasat sama ada parti itu menerima wang daripada kontraktor yang mendapat manfaat daripada kontrak kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu. – 13 Februari, 2023.

WOIT

LE SEDEKAH

LU KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

MACAM INI

SUSAH NAK

DAPAT PROJEK....

OPPS .. SILAP

SUSAH NAK 

DAPAT BIDADARI

KAH KAH KAH

KHALAS

SEMUA AGAMA SAMA - TAK PERLU DIHINA



Laporan polis dibuat ke atas penceramah hina agama Hindu


BEBERAPA laporan polis telah dibuat ke atas seorang penceramah bebas Islam kerana menghina dan mengeluarkan kenyataan menghina agama Hindu walaupun dia sudah membuat permohonan maaf, kata Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia.

Pengerusinya Arun Dorasamy mengesahkan setakat ini tujuh laporan polis dibuat terhadap Wadi Annuar Ayub selepas penceramah itu menyifatkan penganut Hindu yang meraikan Thaipusam melakukan “sembah syaitan” dalam sebuah video ceramah tular.

“Beberapa laporan dibuat di Sentul, Jelapang (Perak), Sungai Petani (Kedah) dan Iskandar Puteri (Johor) terhadap penceramah itu kerana menghina agama Hindu,” kata Arun kepada The Malaysian Insight.

“Komen sebegitu menghina kepercayaan agama lain yang memerlukan siasatan,” tambahnya.

Dalam satu video ceramah di Melaka, Wadi Annuar mengulas klip video Thaipusam yang dihadiri orang Melayu.

Dia kemudiannya memberi amaran untuk penganut Islam supaya tidak terlibat dalam majlis keagamaan kaum lain, seterusnya menyifatkan perarakan Thaipusam adalah majlis “sembah syaitan.”

Penceramah itu hari ini yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook mengeluarkan kenyataan maaf, mengakui kesilapan menggunakan istilah “sembah syaitan” itu.

“Saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyatan tersebut dan saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk menghina atau menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain,” katanya.

Arun bagaimanapun berkata jumlah laporan polis yang dibuat menunjukkan penganut agama Hindu tidak bersedia lagi memaafkan Wadi Annuar.

“Trend mengucapkan sesuatu yang menghina dan kemudian memohon maaf semakin menjadi-jadi sekarang. Kami tidak boleh menerima permohonan maafnya kerana dia menghina agama dan kepercayaan kami,” tambah Arun.

Menurutnya lagi, semua agama termasuk Hindu dan Islam berhak dihormati semua pihak.

Selain kumpulan Hindu Agamam Ani, beberapa kumpulan lain turut membuat laporan polis terhadap Wadi Annuar. – 12 Februari, 2023.




SEMUA AGAMA

SAMA

AMIN

MEMINTA 

PENGANUT

BERBUAT BAIK

AMIN 

TAK  PERLU

HINA YANG INI

YANG ITU

AMIN

NANTI SAMA SAMA

TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

FAKTA TEPAT


FAKTA TEPAT

KHALAS


Unknown commented on
 "IRAN LAWAN ZIONIS -
 TOK ARAB AJEN ZIONIS"

Sejarah peperangan dgn Israel hanya Hezbollah saja yg berani menentang Zionis dan berjaya menghalau tentera Zionis keluar dari selatan Lebanon. Yg lain sumer kautim dgn Israel

ZAMAN ITM - MASS COM TERBAIK



ZAMAN  I.T.M

MASS COM

TERBAIK

AMIN

Unknown commented on
 "MEDIA ARUS PERDANA
 MAKIN MEROSOT"
Bro, sbb itu school of mass comm uitm bungkus hendak digabungkan dgn fakulti lain. Kat uitm subjek Mass Comm 101 dorang hanya belajar what when where how, who and why pensyarah tak sempat ajar sbb meninggal. Pastu dorang gi keja kat utusan bh rtm dan tv3. AWSJ Straits Times CNA ABC tak nak rekrut dorang.