Isnin, 27 Mac 2023

JANAGN PAKSA IKUT BUDAYA ARAB



137 Orang Asli mohon batal status peluk Islam, kata laporan


SERAMAI 137 Orang Asli daripada suku Bateq Mayah memohon mahkamah membatalkan penukaran agama mereka kepada  Islam yang dilakukan secara paksa 30 tahun lalu, lapor Malaysiakini.

Orang Asli ini mendakwa mereka dipaksa tukar agama di rumah mereka di Kampung Benchah Kelubi, Merapoh di Kuala Lipis, Pahang pada April 1993, menurut portal itu.

Writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lepas.

Kumpulan Orang Asli itu menamakan enam defendan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (Muip), kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Mengikut kenyataan tuntutan yang dilihat oleh Malaysiakini, 57 daripada plaintif telah menukar agama kepada Islam semasa kejadian tersebut, manakala selebihnya adalah anak mereka yang dilahirkan kemudian dan secara automatik beragama Islam kerana keturunan.

Laporan Malaysiakini seterusnya menyebut, dalam afidavit yang difailkan kumpulan Orang Asli itu mendakwa pada awal 1993 wakil Jakoa bukan sahaja meminta dua ketua kampung untuk memeluk agama Islam tetapi juga meminta penduduk kampung lain berbuat perkara yang sama.

Wakil Jakoa itu didakwa mengugut penduduk akan dihalau daripada kampung dan diseksa jika lari ke gunung, selain tanaman mereka akan dimusnahkan jika enggan menukar agama.

Plaintif juga mendakwa penduduk kampung tidak dimaklumkan tentang implikasi undang-undang apabila memeluk Islam, iaitu mereka akan tertakluk kepada rangka kerja perundangan Islam Pahang dan anak yang dilahirkan secara automatik juga beragama Islam.

Dakwa mereka lagi, wakil Jakoa yang sama kemudian datang semula ke kampung bersama beberapa orang pegawai Muip, dan meminta penduduk berkumpul di kawasan lapang untuk diislamkan, lapor Malaysiakini.

Plaintif memohon beberapa pengisytiharan mahkamah, antaranya mereka tidak menganut agama Islam; mana-mana orang yang dilahirkan oleh plaintif selepas pemfailan saman ini bukanlah orang yang menganut agama Islam; dan plaintif mempunyai hak untuk mengamalkan dan mengaku kepercayaan rohani dan budaya mereka sendiri tanpa sebarang gangguan daripada defendan.

Selain itu, mereka menuntut ganti rugi am untuk dinilai oleh mahkamah serta ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk, faedah 5% ke atas jumlah penghakiman yang diberikan, kos dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Lima daripada defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan mahkamah atas beberapa hujah, antaranya tindakan sivil difailkan 29 tahun selepas dakwaan penukaran agama secara besar-besaran, dan dengan itu difailkan di luar masa mengikut Seksyen 2 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan Seksyen 6 Akta Had Masa 1953.

Defendan lain, Muip, telah memfailkan permohonan untuk mempertikaikan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar kes itu kerana isu yang dibangkitkan dalam tindakan sivil itu terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah negeri Pahang.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 April untuk pengurusan kes bagi permohonan plaintif untuk memindahkan tindakan sivil ke Mahkamah Tinggi di Kuantan. – 27 Mac 2023


JANGAN PAKSA

SESIAPA UNTUK

IKUT BUDAYA

ARAB

AMIN

PASAL APA

NAK SUSAHKAN

HIDUP MAKAN

IKAN MASIN

WALHAL BABI

KERA CIKAH

BANYAK UNTUK

DIMAKAN

KHALAS

JAGAN PAKSA 

SESIAPA UNTUK

MINAT BIDADARI

KAH KAH KAH

KHALAS

KES BARU - PASTIKAN NAJIB TERUS DI KAJANG



SPRM kesan 20 lagi individu miliki aset hasil 1MDB, lapor media

AGENSI antirasuah mengenal pasti 20 lagi individu yang didakwa memiliki aset hasil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk dua pegawai khas kepada seorang bekas perdana menteri, lapor Utusan Malaysia.

Aset itu termasuk hartanah, wang simpanan di bank serta saham, lukisan, dan barang kemas, yang kesemuanya dikesan berada di negara luar, kata laporan itu memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesemua aset yang dikenal pasti tersebut adalah sebahagian 30 peratus dana 1MDB yang masih diperincikan SPRM dalam usaha mendapatkannya semula.

“Kesemua aset berkenaan dipercayai berada di beberapa negara seperti Hong Kong, Perancis, Switzerland, Luxembourg, Singapura, United State, Kuwait, Germany, Mauritius dan luar pesisir serta beberapa negara lain,” kata sumber yang dipetik laporan itu.

SPRM kini sedang giat cuba mendapatkan aset berkenaan melalui kerjasama agensi penguatkuasa undang-undang di negara berkenaan, tambah sumber.

Laporan sebelum ini menyebut SPRM sedang mengesan untuk mendapatkan semula aset yang ada kaitan dengan 1MDB melibatkan beberapa nama yang pernah disebut oleh bekas pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara Tim Leissner.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs Roger Ng yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

Semasa perbicaraan kes di Amerika Syarikat, Leissner menyebut nama antara lain bekas ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad Rohana Rozhan.

Leissner yang mengaku mempunyai hubungan sulit mendakwa Rohana mengugutnya untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta di London jika tidak mahu penglibatannya dalam skandal 1MDB didedahkan.

Minggu lepas, SPRM mengesahkan Rohana sudah memulangkan secara sukarela wang AS$10 juta dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB kepada agensi itu tahun lalu. – 27 Mac 2023


TAHNIAH SPRM

AMIN

RAMPAS KEMBALI

HARTA MEREKA

HASIL DUIT CURI

AMIN

INI SEMUA

SUKU SAKAT

NAJIB

AMIN

KES INI PASTIKAN

NAJIB TERUS

DI KAJANG

AMIN

KHALAS

ROSMAH AKAN DI BEBASKAN ?


ROSMAH AKAN 

DI BEBASKAN ?

KHALAS


Amier The Hero commented on 
"PROJEK BEBASKAN BIK MAMA?"

Selamat beposo TT!!! Den sekarang ni maleh nak ckp bebanyak, takdo guno sesen pon. Tapi hal yg ni, hal pasal bokeh kawan sekelas TT.. den topuk tangan pado ahlil² yg heboh psl kemah bosar kemah kocik dulu. Ahlil² yg menyokong PH dan nuar brahim.. kesudahan eh walaupun samar² tapi buleh lagi jelas dilihat.. kak mah sonang² dapek paspot. Anak cucu eh kek Singapore tak sihat. Dio nak nyambut ghayo samo anak eh dan cucu² eh. Hahahahahaha.. padan muko rakyat malaysia!!! 
Jap den nak tanyo, kito ni masih pkp ko? Sampaikan kak mah yg kono poie sanun, apolak anak eh tak buleh balik sini. Bukan kojo pun anak dgn menantu eh tu.. tolan duit yg ado ajo. Nampak tak kek situ ado tando² kak mah nak menghalimunankan diri eh. Yg salah totap salah, kak mah dlm proses rayuan ajo.. lopeh poie sanun sini. Cubo kalau TT yg ado kek tompek kak mah? Dah lamo TT bergari, pakai baju oren.. tapi sobab kak mah bokeh FLOM, dio dapek hak istimewo rajahhhh!!! PHancing totap dgn sandiwara eh.. 5 tahun lagi rakyat² bangang sumo buleh pangkah lagi parti ni.. sekian, timo kasih!!!

JANGAN BUANG MASA DENGAN TOK ARAB


JANGAN BUANG

MASA DENGAN

TOK ARAB

KHALAS

Unknown commented on
 "ADA APA DENGAN TOK ARAB ?"

Ini lah kerja kita setia setiap masa, nak perhatian apa orang lain buat setiap masa, dia pergi buat apa jumpa siapa semua akan jadi bahan rujukan, kah kah kah orang Kita ini perlu fokus kerja masing masing sudah, tak payah sibuk jumpa rok Arab walhal tok Arab bukan manusia baik pun kah kah kah buang masa menjadi ketiak buku cukur kah kah kah

PASAI BERJUBO KE ?


TAK DAPAT

MASUK KAABAH

PASAI 

BERJUBO KE ?

KAH KAH KAH

SAJE  TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

Bla bla.. commented on
 "ADA APA
 DENGAN TOK ARAB ?"

Tuhan tak izinkan dia masuk dalam kaabah.
Tak dapat jumpa mbs itulah asbab nya.

panglimo potaseh commented on 
"ADA APA 
DENGAN TOK ARAB ?"

Putera Arab tak mau jumpa Abam Non sobab dio janji 7 potalo langit & Bumi nak turunkang rogo minyak 

KESAH KULUM DIA BUKAN COLUMBIA


KESAH NAK

KULUM DIA BUKAN

UNIVERSITI

 COLUMBIA

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"INGAT KESAH LAMA"

Baru minta kulumdia, belum jolok apa salah kah kah kah bawah tangga betul kah cerita ini? Sapa untung dari cerita ini? Sapa cui Bono? Rawtheer atau orang politik saja tanya jangan marah kah kah kah, kalau setakat nak laporan tanpa bukti cuma satu motif mereka nak cemar nama, nak cemar reputasi orang, lama lama nama rosak, lama lama orang jadi rosak jugak kah kah kah

CARA NAK TUTUP KEMALUAN



Arab Saudi minta Anwar lanjut tempoh lawatan, kata setiausaha politik PM

KERAJAN Arab Saudi meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melanjutkan tempoh lawatan rasmi ke negara itu baru-baru ini bagi menyusun pertemuan antara beliau dan pemimpin negara berkenaan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang menjelaskan perkara itu berkata Anwar bagaimanapun terpaksa menolak permintaan berkenaan secara baik kerana beliau dijadualkan hadir ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu katanya perdana menteri juga dijadualkan mengadakan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Kemboja esok seterusnya ke Hainan dan Beijing, China pada Rabu untuk bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang. 

“Saya mengambil maklum terhadap suara daripada beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi baru-baru ini.

“Saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha serta upaya Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Farhan berkata lawatan berkenaan yang diisi dengan jadual padat dan tersusun, sangat berhasil antara lain dalam memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meskipun terdapat dakwaan sesetengah pihak lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lepas, adalah gagal dan membazirkan wang rakyat.

Beliau berkata lawatan ke negara Timur Tengah itu yang diadakan dalam tempoh singkat setelah Anwar dilantik sebagai perdana menteri ke-10 menyaksikan pemimpin negara itu mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia.

Katanya Anwar juga menyaksikan beberapa pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri, menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam, selain menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi. – Bernama, 26 Mac, 2023.

WOIT

APO NAK BALIK

ARI NI

BALEEK LUSO

LEH JUMPO

ANAK RAJO

KAH KAH  KAH

APAKAH BERITA INI

SATU CARA NAK

TUTUP MALU

KERANA KENA

KECING ARAB

KAH KAH KAH

WOIT

SAPA TAK

PERCAYA

MAKLUMAT INI

SILA TANYA

PUTERA MBS

SENDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

PRN - LAGI TIGA BULAN



Pilihan raya negeri tidak semudah yang dijangka


KURANG 100 hari dari sekarang, enam negeri pula akan melengkapkan proses pilihan raya negeri (PRN) bagi memilih ketua kerajaan negeri yang baharu. Dalam tempoh singkat, Malaysia sekali lagi memasuki mod dan demam pilihan raya.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu mencatatkan sejarah apabila beberapa negeri (di Semenanjung) tidak mengadakan pilihan raya secara serentak dengan Parlimen. Ia membuka laluan kepada pilihan raya negeri dibuat berasingan.

PRN kali ini bukan suatu yang mudah untuk diteka. Unjuran dan ramalan yang dibuat penganalisis masih banyak boleh dipersoalkan.

Pecutan dan perfomance saat akhir parti bertanding bagi penulis antara faktor yang boleh mencetuskan kemenangan. Faktor ‘menguasai keadaan semasa’ atau ‘situasi di saat-saat akhir’ merupakan kunci untuk gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) atau seterunya Perikatan Nasional (PN) menawan negeri yang diidamkan.

PN tampak awal mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi PRN. Siap Siaga 100 hari telah dilancarkan beberapa hari lalu. Selain mereka mengatakan bahawa rundingan kerusi telah selesai –adakah ini perang saraf kepada PH dan BN yang masih belum memuktamadkan agihan kerusi.

Maka, timbullah segala ‘genre lagu’ yang sifatnya memuji dan mencemuh parti pemerintah dan parti pembangkang untuk menaikkan populariti dan melemahkan pesaing masing-masing.

Justeru, mod rakyat juga tidak pernah putus dengan kegiatan dan cakap-cakap politik. Apatah lagi, parti bertanding sentiasa dalam mod perang dan tempur.

Secara tak langsung, wujudnya tingkah laku baharu dalam kehidupan politik seharian. Pilihan raya di Malaysia kini semacam ‘menu pilihan utama’ selepas pilihan produk dan perkhidmatan –sering bertukar cita rasa.

Sudah tentu, produk yang dipilih oleh pengundi dalam PRN nanti bukan ‘sejenis barangan’ yang digunakan dalam kehidupan seharian. Namun ‘produk perkhidmatan’ yang bakal dipilih kelak, baik calon atau parti yang diwakili, akan memberi impak kepada kebajikan rakyat untuk jangka masa panjang.

Tulisan ini adalah pandangan awal penulis sebelum PRN yang akan menjelang beberapa bulan dari sekarang (dijangka Julai atau awal Ogos). Dalam tempoh tersebut, kita tidak boleh menolak kemungkinan akan adanya pemboleh ubah-pemboleh ubah baharu yang boleh menghasilkan keputusan pola pengundian berbeza.

Biasanya kayu ukur sesuatu pilihan raya yang bakal dijalankan berdasarkan analisis keputusan piihan raya terdahulu –merujuk kepada duluan PRU15. Sejauh manakah PRU15 memberikan sandaran yang kukuh untuk keputusan PRN di enam negeri.

Ramai penganalisis biasanya meletakkan tanda ukur berdasarkan keputusan PRU lalu. Secara umumnya bermaksud Kedah, Kelantan dan Terengganu akan terus kekal dikuasai oleh PN, bahkan gelombang hijau akan terus melimpah di tiga negeri yang rata-ratanya merupakan kawasan Malay belt.

Malah, PN optimis terhadap gelombang hijau yang tercetus, di samping mengharapkan ‘revolusi undi Melayu’ akan menyebelahi mereka. Dalam erti kata, mereka percaya pengundi Melayu akan ‘habis-habisan’ atau all out mengundi mereka termasuk di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Di sebalik ini, seolah-olah kekuatan Umno sebagai parti Melayu diperlekehkan PN.

Persoalannya, adakah gelombang hijau ini adalah ‘fenomena yang berpanjangan’  atau hanya ‘fenomena yang bersifat sementara’ yang boleh dihentikan.

Perlu diingatkan, gelombang hijau tidak semua menghempas kawasan seluruh negara, cuma gelombangnya begitu dirasai kesannya di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, sebahagian Pahang, Utara Perak dan beberapa kawasan di Pulau Pinang (khususnya kawasan luar bandar).

Fenomena bersifat sementara, pengundi tidak statik

Selepas PRU 2018, Malaysia melalui 12 kali pilihan raya kecil (PRK) dan 3 PRN iaitu di Sabah, Melaka dan Johor.

Sekiranya diambil keputusan PRN dan PRK lepas (baca: pasca PRU14 dan sebelum PRU15), gabungan BN lah yang paling berkelebihan untuk menang PRU15 – mereka menang 7 PRK dan 2 PRN. Johor dan Melaka paling cemerlang memenangi 2/3 majoriti.

PH dan PN diaibkan begitu teruk sebelum PRU15 sehingga menolak PRU diadakan awal. BN merupakan gabungan pilihan untuk menang berdasarkan pilihan raya terakhir di Johor dan Melaka.

Era yang disebutkan sebagai zaman kebangkitan semula Umno/BN pada masa itu – tiba-tiba sejarah parti LDP di Jepun dijadikan sebagai ukuran dan Umno dijangka comeback selepas terpukul cedera dalam PRU14.

Namun terjadi sebaliknya. Gelombang dan fenomena kebangkitan Umno/BN hanya bercorak sementara dan momentum tersebut tidak dapat diteruskan sehingga ke PRU15. Meskipun perdana menteri daripada Umno, ia tampak  tidak banyak memberi kelebihan untuk kemenangan BN.

Begitu cepatnya pengundi menukar pilihan parti dalam tempoh waktu yang agak singkat (dalam masa lapan bulan PRN Johor) sahaja BN terus jatuh merudum.

Tingkah laku itu berkait dengan tingginya tendensi mereka dalam mengubah fikiran dan pilihan daripada satu pilihan raya kepada satu pilihan raya iaitu dalam jangka masa beberapa bulan. Menguatkan pandangan bahawa pengundi di Malaysia kini telah bertindak sebagai ‘pengguna politik’ dalam beberapa siri pilihan raya selepas 2018 dan PRU15 2022.

Keputusan PRU, PRN dan PRK dari 2018 hingga 2022 menunjukkan tidak ada pemenang mutlak. Tidak ada fenomena yang berpanjangan mampu dikekalkan oleh mana-mana gabungan politik – sekejap yang ini menang, sekejap yang itu kalah.

Tingkah laku pengundi sangat dinamik. Bukan suatu yang luar biasa jika dikatakan faktor kehendak, pilihan menukar dan rasa ingin mencuba sesuatu yang baru menjadikan pengundi bersedia untuk mengubah sekali lagi kerajaan negeri pilihan mereka sebelum ini.

Gelanggang dan pertandingan PRN berbeza, formatnya juga berbeza. Pengundi juga semestinya membuat pertimbangan berbeza daripada pentas PRU.

Tidak hairan jika Kedah dapat dirampas semula oleh BN hasil pakatannya dengan PH. Begitu juga, tidak pelik jika PN mampu menawan Negeri Sembilan.

Banyak lagi faktor pencelah yang boleh dibincangkan. Situasi PRU15 yang lalu dengan PRN di enam negeri yang bakal diadakan nanti sangat berbeza.

Antaranya gabungan PH dan BN telah membentuk sekutu dan pakatan baru politik – ia merupakan satu testimoni yang hendak ditawarkan kepada pengundi. Tidak seperti PRU15, BN dan PH adalah seteru politik utama, kini mereka telah ‘berkawan’.

Sejauh manakah penyokong tipikal PH dan segmen pengundi Melayu Umno dapat menerima kerjasama kedua blok gabungan tersebut. Ia pastinya akan menghasilkan keputusan berbeza lagi.  

Namun kita tidak boleh terlalu yakin gabungan dan campuran undi PH dan BN akan menghasilkan kesan penggandaan jumlah undi. Politik bukan matematik, tambah tolak begitu sahaja. Politik adalah seni yang sukar untuk diramalkan.

Sebenarnya, perkembangan yang berlaku telah merombak sejarah pilihan raya di Malaysia sekali gus meletakkan pasca 2022 sebagai era perombakan sejarah politik Malaysia.

Ia menyaksikan tabiat pengundi dalam tempoh singkat telah menzahirkan perasaan sekejap suka, sekejap benci dan kembali sayang. – 27 Mac 2023. 

* Mohd Azizi Jaeh sedang mengikuti Pengajian Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang sains politik. Pengkajian beliau banyak tertumpu pada parti politik dan sejarah politik Malaysia.

6 NEGERI 

AKAN ADA

PILIHAN RAYA

JENG JENG JENG

SOALAN HAKIKI

APAKAH

 PENYOKONG

TEGAR PAKATAN

DAPAT TERIMA

KAVADI

AMIN

KAHALAS

GUAN ENG SERNAG MUHYIDIN



GUAN ENG

SERANG MUHYIDIN

DIBACA

DAP SERANG MELAYU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "MACRON TERUS DIGASAK"

Siapa tak kenal DAP yang anti Islam?
Lagi Guan Eng Lapor polis isu Yayasan Albukhary.

Anwar berkata dakwaan itu adalah tidak benar dan hakikatnya kelulusan pengecualian cukai Yayasan Albukhary hanya dibuat pada 25 Feb 2021.

Beliau berkata mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), pengecualian cukai bukan terletak di bawah kuasa menteri atau perdana menteri, sebaliknya ia kuasa mutlak ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri

Persoalan nya LHDN itu dah menteri siapa tak kan Ketua Pengarah tak lapor dulu pada menteri yang telibat samada nak kecuali atau tidak cukai tu...tak kan Ketua Pengarah Sedap bontot dia nak buat keputusan..!?

Bodoh tu simpan skett..!!


Unknown commented on 
"MACRON TERUS DIGASAK"

Sepatutnya Tun Mahathir contohi Mahiuddin serang terus Lim Guan Eng dalam mempertahankan taikun Melayu' Syed Mokhtar.. serang terus, Lim Kit Siang, Anwar Dan Zahid ...

Tak payah nak menyibok pasal Melayu' itu Melayu' ini lagi... Itu tektik bodoh , teektik bangang ketinggalan zaman.. Orang bodoh jer yang suka kena geli gelikan dengan Melayu'... Kalau kau nak tengok Boboi kekal relevan politik matang, politik real, fakta serang Lim Kit Siang Lim Guan Eng Anwar Dan Ramasamy sekarang..!!

Dalam masa yang sama kau lah Bapak Pelingkup Orang Melayu'... Senang senang sambil gentle telo labuh kau bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew.. Pantek la kauu

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membuat permohonan maaf terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan isu cukai Yayasan Albukhary ketika beliau menjadi Menteri Kewangan

KARISIS DISANA SINI


KRISIS 

DISANA SINI

AMIN

Unknown commented on
 "WARGA PERANCIS 
TERUS BERDEMO"

Dah sampai masa, dah sampai waktu, makanan semakin mahal, semakin kurang, nilai wang semakin menurun, nilai kemanusian semakin ke longkang, semua nak bergaduh semua nak sengketa siang malam sampai kiamat, ini kah akhirnya nanti, berbunuhan sesama sendiri demi kuasa? Kah kah kah

Unknown commented on
 "MACRON TERUS DIGASAK"

Makan cukup? Hidup senang? Kalau semua ada manusia mula memberontak, kalau tak ada makan mula memberontak, naluri manusia susah bersyukur dengan apa yang ada, masing masing ada cara kepala lain, orang lain tak boleh sama, ini lumrah tapi semakin cunt fuse manusia entah apa nak lagi, nak sampai mana? Bulan dah sampai, marikh dah sampai, nak pergi mana? Semakin mencari jalan kehancuran, semakin ego kerana teknologi, semakin lupa diri boleh kawal alam, kah kah kah sekali datang gempar, sekali datang air, angin semua hanyut kah kah kah kah

POLIS PENJAGA MORAL


MORAL NI APA?

KAH KAH KAH

ADA POLIS 

JAGA MORAL

KAH KAH KAH

Unknown commented on
 "MORAL KELAB MALAM"

Moral ini apa? Adakah pakai jubah janggut songkok orang bermoral? Adakah curi rasuah tidak Amanah bersikap perkauman sikap keagamaan bermoral? Apa alat yang boleh ukur moral seorang ITU? Ada berapa decibel tahap moral? Saja tanya siapa peniaga moral oops penjaga moral manusia? Polis Moral ada tak macam negara Arabic? Kah kah kah

APA JADI DI SAUDI ?


APA JADI

DI SAUDI ARABIA 


SENIN 27/3/2023

KITA MASUK
HARI KE LIMA PUASA
SEMUA BERJALAN LANCAR
DUA HARI LAGI SEMINGGU
CEPAT MASA BEREDAR
JIKA KITA MELAKUKAN
SESUATU

KAH KAH KAH
APA JADI DI SAUDI ARABIA?
KAH KAH KAH

HEBOH HEBOH HEBOH
PMX DIMALUKAN
OLEH TOK ARAB
KAH KAH KAH

KENAPA?
WAT IS DE BEKOS
KAH KAH KAH
NANTI DULU
KITA DENGAR LAGI
APA PERKEMBANAGN
MEDIA SOSIAL HARI NI
KAH KAH KAH

ISRAEL
PM NETHANYAHU
SINGKIR MENTERI PERTAHANAN
KERANA MENTERI INI
MINTA NETHANYAHU
TANGGUH UNDANG UNDANG BARU
YANG BATALKAN 
KUASA MAHKAMAH TINGGI

WARGA ISRAEL 
DAH DUA MINNGU BERDEMO
BERATUS RIBU BANGUN
LAWAN KERAJAAB
EXTREM KANAN ISRAEL

RUSIA
NATO MARAH PUTIN
LETAK BOM NUKLEAR
DI BELARUS
PUTIN KATA INI BIASA

KOREA UTARA
LEDAKAN BOM DALAM AIR
YANG BOLEH BAWA
BOM NUKLEAR
KETIKA AMERIKA & KOREA SELATAN
BUAT LATIHAN TENTERA

AMERIKA
MISSISIPI DILANGGAR ANGIN
PUNTIUNG BELIUNG
26 GUGUR DAN RATUSAN
HILANG RUMAH
INI PETANDA
PEMANASAN IKLIM

HOKKIEN
PAGI INI SEJUK
KERETA  RAMAI
KELUARGA DATANG SEMBAHYANG
TAPI TIDAK SERAMAI
PAGI AHAD

MACAM MACAM
JENIS MAKANAN DI LETAKAN
DI ATAS MAKAM
ADA BUNGA
ADA MINUMAN
ADA BUAH LIMAU
ADA BUAH  EPAL
ADA NASI AYAM
ADA KUIH APAM
ADA DAGIN PANGGANG
SEMUA  RITUAL
SEMBAHYANG KUBUR

KELMARIN PETANG
KAH KAH KAH
GUA TERSEREMPAK
DENGAN SATU  HAMBA ALLAH
DIA DATANG DENGAN BEG
KAH KAH KAH

KAMI BERBUAL
DIA BEKERJA DI  DUSUN BANDAR
SEBELAH ISTANA LAMA
TAK JAUH DARI HOKKIEN

GUA LIHAT DALAM BEG
ADA LIMAU EPAL DAN PISANG
KAH KAH KAH

' JANGAN BASIRKAN MAKANAN'
INI KOMEN YANG GUA DENGAR
GUA HANYA SENYUM
HAMBA ALALH INI
KUTIP BUAH BUAH
DIATAS KUBUR

MATA  HARI TAK ADA
LANGIT AGAK KELAM
BURUNG SEMUA SENYAP
TAKUT DENGAN ASAP
DAN LEDAKAN MERCUN
AMIN

BRO
SENYUM
KITA  BERPUASA 
DENGAN SENYUM

BRO
KITA BERTARUH
UNTUK CARI UNTUNG
TAPI UNTUNG
TAK DAPAT DI PAKSA

BRO
KHIANAT DIJAWAB
DENGAN KHIANAT
TOPENG CINTA
DIJAWAB DENGAN
LENYAPNYA CINTA

BRO
 KESEHATAN ADALAH
KEKAYAAN SEJATI
BUKAN EMAS DAN PERAK

BRO
KEBAHGIAN IALAH
BILA APA YANG LU PIKIRKAN
APA YANG LU KATAKAN
DAN APA YANG  LU LAKUKAN
SEMUANYA SELARAS

BRO
BILA HELANG SUDAH MENYAMBAR
BANYAK AYAM DIMAKANNYA
BILA ORANG TIDAK SABAR
BANYAKLAH DENDAM YG DIRASANYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA