Ahad, 16 April 2023
POLITIKUS GADUH REBUT KUASA - RAKYAT DERITA NAK CARI MAKAN
DENGAR KATA
MAK CIK INI
POLITIKUS GADUH
BEREBUT KUASA
KITA RAKYAT DERITA
NAK CARI MAKAN
AMIN
SUDAN & MALAYSIA
SAMA SAJA
KHALAS
INI BUKTI LAWAN RASUAH
Penjawat awam didakwa guna jawatan untuk dapatkan suapan
SEORANG penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas enam pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan menerusi sebut harga sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan pada tiga tahun lepas.
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Mersing Nurul Syahirah Omar, 31, sebagai individu berkepentingan dalam Amir Barakah Enterprise didakwa mengemukakan sebut harga syarikat itu keseluruhan berjumlah RM13,480.20 menerusi dokumen Borang Kajian Pasaran untuk melaksanakan pelbagai tujuan.
Menerusi dokumen tersebut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu didakwa melaksanakan pembekalan alat ganti kenderaan iaitu Nissan, pembekalan alat ganti kelengkapan pejabat dan pembekalan alat ganti serta pembaikan kenderaan jabatan.
Selain itu menerusi dokumen itu juga dia didakwa melaksanakan penyelenggaraan alat kelengkapan penyiaran dan perhubungan, pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik dan elektronik serta penyelenggaraan kenderaan penumpang.
Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga November 2020 di Pejabat JPS Daerah Mersing.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap sebulan sekali di Pejabat SPRM di Johor Bahru.
Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor manakala peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra’fik mewakili tertuduh. – Bernama, 16 April, 2023.
WOIT
LAGI DEKAT
HARI NAJIB
NAK BEBAS
MAKIN BANYAK
KES TANGKAPAN
KAH KAH KAH
INI UNTUK BUKTIKAN
PMX LAWAN RASUAH
KAH KAH KAH
TAPI YANG RASUAH
NAJIB & ZAHID
DI BEBAS
AMIN
BETUL GANJIL
INI LUAR BIASA
INI LUAR TABII
KHALAS
HARGA BARANG MAHAL - PENCURI NAK DI BEBAS
Orang ramai kunjungi bazar Ramadan tapi daya beli kurang
BAZAR Ramadan di tengah kota besar dikunjungi ramai orang tahun ini berbanding tahun lalu, kata Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur.
Presidennya Muhamad Baba Kutty berkata harga bahan makanan kekal tinggi.
“Bahan mahal jadi peniaga tak boleh jual makanan mereka dengan murah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Persatuan itu memiliki kira-kira 700 ahli yang memiliki gerai di bazar Ramadan di bandar.
Katanya pembeli kini lebih memilih dan berhati-hati dalam membelanjakan wang mereka.
“Mereka hanya membeli barang yang tertentu dan bukan beli pelbagai jenis makanan. Tapi jika harganya murah mungkin mereka beli lebih.
“Tahun lepas orang ramai belanja lebih sebab harga lebih murah,” katanya.
Kata Muhamad bazar di Desa Pandan bazaar dikunjungi lebih 2,000 orang setiap hari namun kuasa membeli mereka tidak tinggi.
Katanya, penjaja yang tidak menaikkan harga makanan terpaksa mengurangkan kuantiti makanan yang dijual.
Peniaga tepung pelita di bazar Desa Pandan Hafiz Moktar berkata jualannya tidak sebaik tahun lalu.
“Orang yang datang ramai tapi mereka berhati-hati semasa berbelanja.
“Tahun lepas jualan baik sebab kerajaan bagi banyak insentif untuk orang ramai berbelanja seperti kebenaran mengeluarkan KWSP.
“Kami jangka perniagaan jatuh 20 hingga 30%,” katanya.
Katanya, dia terpaksa menaikkan harga sebekas tepung pelita daripada RM4 kepada RM5 susulan kos yang tinggi.
Penjual kuetiau Azrul Hisham berkata perniagaannya jatuh hampir 50%.
“Tahun lepas kami boleh jual sampai 150 bungkus sehari tapi tahun ini 60 sahaja terjual.
“Kami juga terpaksa naikkan harga untuk mi udang RM2 sebab harga udang makin mahal,” katanya.
Peniaga ikan bakar Azaidy Othman turut menyuarakan isu yang sama tahun ini.
“Jualan kami jatuh 30-40% tahun ini. Kami juga tiada pilihan terpaksa menaikkan harga makanan kai.
“Ia bergantung kepada ikan yang kami beli. Kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah.
“Satu set ikan bakar harga RM10-12 mengikut saiz ikan. Tahun lepas kami jual RM8 satu set dan boleh jual sampai 100 set sehari. Tahun ini nak dapat jual 40 set pun susah,” katanya.
Di bazar Ramadan di Chow Kit, peniaga turut melahirkan kebimbangan soal kekurangan pembeli.
Peniaga kuih Enia Razak berkata pengunjung berkurang tahun ini.
“Masih ada seminggu lagi dan kami harap ada pertambahan pelanggan,” katanya.
Katanya, dia juga terpaksa menaikkan harga jualannya.
“Tahun lepas sebekas kuih harga RM18 tapi tahun ini dalam RM22
“Selalunya kami dapat kira-kira 100 pelanggan sehari tapi sekarang kami hanya dapat dalam 70 orang. Perniagaan kami jatuh dalam 30%,” katanya.
Penjual pakaian Sakamah Jaafar berkata kedainya agak kurang pelanggan pada Ramadan kali ini.
“Tahun lepas dapat jual 15 baju sehari. Tahun ini syukur kalau dapat jual dua helai. Kami lihat pembeli makin kuran
“Perniagaan pun tidak konsisten tahun ini tak macam tahun lepas. Saya harap lepas ini perniagaan akan laku,” katanya. – 16 April, 2023.
BARANG ASAL
MAHAL
BILA BUAT KUIH
TERPAKSA JUAL
HARGA MAHAL
AMIN
INI SEDANG
BERLAKU
AMIN
DUIT PULAK JADI
MURAH
AMIN
GAJI PULAK
DI TAKOK LAMA
AMIN
SEMUA INI AKAN
TERKUMPUL BAWA
KEMARAHAN RAKYAT
BILA PENCURI NAK
DI BEBASKAN
KHALAS
DITUDUH PENGGANAS KERANA KOMPLIN HARGA PISANG MAHAL
KOMPLIN HARGA
PISANG MAHAL
AMIN
POLIS BELI MURAH
BILA MINTA HARGA
SAMA HARGA POLIS DITUDUH
PENGGANAS
KHALAS
-----------
PETANG INI
PETANG INI
PETANG AKHIR AHAD
SEBELUM RAYA
GUA NAK KELUAR CARI
BAZAR RAMADAN
GUA HANYA CARI
KUIH MELAYU
NAK BELI BANYAK SIKIT
NAK SIMPAN MAKAN
LEPAS RAYA
GUA JUGA NAK TENGOK KUIH RAYA
NAK BAWAK PULANG
KE KAMPUNG
TAPI HARGA SEMUA
30 +++
ADUH MAHAL
TAPAI WAJIB BELI
UNTUK BUAH TANGAN
PETANG INI
CUACA. MOLEK
ALAM MEMBANTU
KITA BERPUASA
BANTU MAK CIK PAK CIK
PENIAGA BAZAAR
GUA HARAP
MEREKA DAPAT UNTUNG
DAPAT REZEKI
KALAU TAK LUMAYAN
ADA UNTUNG PUN OK
BERSEDEKAH
SAMBIL NIAGA
INI BUDAYA MELAYU
INI CARA KITA SAMBUT RAYA
TAHUN NI GUA TAK PASTI
NAK BELI MERCUN ATAU TAK
INI KERANA EZI & TAK TAK
AKAN KETAKUTAN
DENGAR BUNYI MERCUN
MEREKA MENGIGIL TAKUT
AMIN
SELAMAT BERBUKA
SENDIKIT BAWA MASUK PELARIAN
ADA SENDIKIT
BAWA MASUK
PELARIAN
KHALAS
Unknown commented on
"BERSEDEKAH"
Ni semua sindiket yang bawa masuk. Rohingya ni memang pukimak pergi mana pun bawa masaalah. Yang datang sini pun bukan semua miskin. Ada duit ada emas ada modal. Ingat senang ke nak jadi pelarian? Satu kepala kena bayar puluh juta kyat untuk lari dari myanmar. Satu keluarga kira lah berapa. Hanya yg benar² miskin saja yg sanggup pertahankan tempat tumpah darah. Hidup mati dinegara sendiri. Yg ada disini spesis yg sanggup buat taik ditempat sendiri, apatah lagi ditempat orang.
DALAM DUNIA INI TAK ADA APA YANG KEKAL
DALAM DUNIA INI
TIDAK ADA APA
YANG KEKAL
KHALAS
Unknown commented on
"PENGANUT ISLAM DI LARANG BERPUASA"
Lepas banjir, sampai kemarau, lepas kemarau sampai jerebu, udara semakin kurang, air semakin kurang, panas semakin membara, manusia ini tidak habis lagi cerita harian, sentiasa mencari masalah baru, semua nak tonjol terbaik, kah kah tapi akhirnya dunia akan mengajar satu pengalaman yang paling baik, tiada apa yang kekal, tiada apa boleh dibawa, jawatan tak boleh bawa, agama kaum kaum kerabat harta berlian semua tak dapat bawa kah kah tunggu saja sampai mana kemajuan manusia akan bawa kita semua, kah kah kah syukur masih hidup hari ini Selamat Berpuasa amin
NEGAR ISLAM MENUJU GAGAL
SESUDAH PAKISTAN
IALAH SUDAN
NEGARA YG KLIM
NEGARA ISLAM
SEDANG
MENUJU GAGAL
KHALAS
CONTOH TERBAIK MADANI
Warga emas rayu diberi dokumen sah untuk ke Miri dapatkan rawatan perubatan
SELAMA 10 tahun, bekas pastor gereja Borneo Evangelical menanti untuk mendapatkan penjelasan perubatan berkenaan ketulan besar di lengan kirinya. Dan hingga kini beliau masih menanti.
Purait Arun, 75, suku Murut dari sebuah kampung di Batu Mulong, Ba Kelalan iaitu daerah paling utara Lawas di Sarawak, tidak dapat ke pusat perubatan terdekat yang boleh menjalankan ujian terhadapnya – hospital Miri terletak sejauh 258km – kerana beliau tidak mempunyai dokumen sah.
Lawas terletak di tengah-tengah antara utara Sabah dan selatannya ialah daerah Temburong, Brunei. Untuk ke Miri, beliau perlu menaiki pesawat atau melalui jalan darat, tetapi tanpa dokumen sah, beliau tidak boleh langsung melakukan perjalanan itu.
Aktivis sosial, Agnes Padan yang cuba untuk membantu Purait menjalani pemeriksaan pakar perubatan, memberitahu The Malaysian Insight, beliau memohon bantuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengeluarkan pas pelawat kepada Purait bagi membolehkannya ke Miri.
Permohonan itu ditolak.
Pada 2018, Purait yang juga paderi bersara Sidang Injil Borneo (SIB), sepatutnya ke hospital Miri untuk menjalani ujian Pengimejan resonans magnetik (MRI) dan biopsy.
“Ujian itu tidak dapat dijalankan kerana hospital membatalkan temujanji berikutan status pemastautin Purait,” kata Padan.
“Purat hanya ada kad pengenalan hijau era penjajah.”
Kad pengenalan itu dengan nombor K463989, menyatakan beliau “penduduk sementara”.
Kes Purait adalah kes klasik yang dialami ramai penduduk terutama Ornag Ulu yang tinggal di sempadan Sarawak–Kalimantan di mana penghijrahan antara sempadan adalah perkara biasa pada masa lalu.
Keadaan sama dialami penduduk pedalaman, yang berdepan masalah pengangkutan, dan tidak melaporkan kelahiran dan kematian. Jika dilaporkan, biasanya sudah terlalu lewat di mana ibu bapa yang buta hurut tidak ingat tarikh lahir anak.
Masalah ini berleluasan ketika pemerintahan penjajah British, malah ada kes berlarutan hingga ke hari ini.
Menurut Padan, Purait lahir pada 1948 di sebuah kampung di Pa’ Tawing, Ba Kelalan.
Kad pengenalan itu dikeluarkan pada 28 Februari, 1973 menyatakan tempat lahir di “Indonesia”, dan ia dibantah keluarga Purait.
“Tidak ada bukti kelahiran di Indonesia atau Sarawak,” kata Padan.
Pada 1948, dunia sedang bangkit daripada perang dunia dan Borneo baru keluar daripada pencerobohan Jepun. Malah selepas perang berakhir pada 1945, ibu bapa Purait masih tidak melaporkan kelahirannya.
Konfrontasi bersenjata dengan Indonesia pada 1963 menyukarkan lagi keadaan kepada penduduk di sepanjang sempadan Kalimatan – seperti Purait di Ba Kelalan.
Apabila Purait akhirnya melaporkan kelahirannya untuk mendapatkan kad pengenalan, beliau diberikan kad pengenalan hijau. Beliau turut diberikan sebuah “buku kecil” oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk diisi.
Masalah bermula apabila buku kecil itu hilang.
Purait yang mempunyai 10 anak semuannya rakyat Malaysia, tidak dapat mengemukakan bukti beliau dilahirkan di Sarawak. – 16 April, 2023.
INI CONTOH
TERBAIK
MADANI
KAH KAH KAH
KALAU INI
MADANI LEBIH
BAIK SARAWAK
MERDEKA
AMIN
APAKAH KERANA
DIA BUKAN ISLAM
MAKA DI NAFIKAN
HAKNYA
AMIN
INI BETUL PELIK
DILUAR TABII
KHALAS
LANGKAH BIJAK KERAJAAN
Aktivis puji rancangan kerajaan keluarkan kanak-kanak dari depot imigresen
AKTIVIS dan kumpulan pendatang memuji cadangan Putrajaya untuk memindahkan kanak-kanak yang kini berada di pusat tahanan imigresen ke pusat perlindungan luar.
Mereka bagaimanapun berkata cadangan itu juga mesti termasuk ibu bapa kerana memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka akan menyebabkan lebih trauma yang memerlukan sokongan psikologi segera.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata Putrajaya dalam peringkat akhir merangka kertas Kabinet mengenai cadangan susulan untuk memindahkan kanak-kanak di pusat tahanan imigresen ke pusat perlindungan luar. Beliau juga menggesa pihak berkepentingan untuk membantu kerajaan dalam menegakkan hak kanak-kanak.
Ini katanya bagi mempercepatkan pembebasan kanak-kanak dari 19 depoh di seluruh negara.
Pengarah Eksekutif North South Initiative Adrian Pereira bersetuju agar pihak berkepentingan dirujuk dan berharap Putrajaya dapat mengemukakan arahan yang jelas mengenai penyelesaian masyarakat untuk menjaga kanak-kanak.
Beliau berkata langkah untuk mengeluarkan kanak-kanak dari pusat tahanan sudah lama tertangguh kerana keadaan di dalam depoh imigresen adalah traumatik dan kasar.
“Tiada kanak-kanak sepatutnya berada di pusat tahanan. Ia traumatik dan kasar. Mereka harus ditempatkan dalam persekitaran yang lebih selamat tetapi pada masa yang sama, ibu bapa harus bersama anak-anak mereka,” kata Pereira.
“Kerajaan sepatutnya mempunyai rancangan, alternatif kepada penahanan. Kanak-kanak mempunyai hak untuk tinggal bersama ibu bapa mereka. Kementerian Dalam Negeri dengan pihak berkepentingan yang berkaitan mesti tampil dengan penyelesaian komprehensif untuk perkara ini,” katanya.
Pada masa ini terdapat seramai 1,030 kanak-kanak di 20 depoh tahanan Imigresen dan mereka terdiri daripada 579 lelaki dan 451 perempuan.
Daripada jumlah itu 351 daripada mereka berada di depoh tahanan bersama penjaga mereka.
Saifuddin juga berkata kementerian sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan kanak-kanak yang berada di depoh tahanan imigresen dengan memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan dan kesihatan serta diberi rawatan sewajarnya sekiranya mereka jatuh sakit.
Anderson Selvasegaram dari Suka Society berkata keadaan hidup di depoh imigresen memberi kesan negatif kepada kanak-kanak.
Beliau berkata selain kanak-kanak yang mendapat penjagaan, Putrajaya juga perlu memberi tumpuan kepada kanak-kanak tanpa ibu bapa di pusat tahanan.
“Adalah wajar tiada kanak-kanak harus dipisahkan daripada ibu bapa mereka, tetapi bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai ibu bapa. Mereka sepatutnya tinggal atau hidup di bawah penjagaan yang sewajarnya,” kata Selvasegaram.
Kanak-kanak mesti terima sokongan psikologi
Sementara itu Pengasas Refuge for the Refugees Heidy Quah berkata meletakkan kanak-kanak di pusat tahanan bertentangan dengan Konvensyen PBB mengenai hak Kanak-kanak (CRC).
Beliau memuji cadangan itu dan berkata ia sepatutnya dilakukan beberapa tahun lalu.
Langkah ini katanya adalah penting untuk kesihatan psikologi kanak-kanak tersebut.
“Walaupun ini sepatutnya dilakukan bertahun-tahun yang lalu, saya percaya ia lebih baik sekarang daripada langsung tidak dibuat dan terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikannya. Semakin lama kita menunggu, semakin banyak kemudaratan yang kita timbulkan,” kata Quah.
“Menahan kanak-kanak di pusat tahanan adalah tidak konsisten dengan kewajipan PBB yang mana Malaysia menandatangani dan melanggar hak mereka.
“Seperti yang kita sedia maklum, ditahan dan dikurung di pusat tahanan boleh menjadi pengalaman yang amat trauma terutama bagi kanak-kanak.
“Ini kerana pusat tahanan sering kekurangan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi yang mencukupi yang boleh menghalang perkembangan kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan selepas memindahkan kanak-kanak ke dalam tahanan alternatif ialah memastikan mereka mendapat sokongan psikososial.
“Tahun-tahun perkembangan kanak-kanak adalah penting dan menghabiskan tempoh masa yang panjang di pusat tahanan selalunya boleh menjadi sangat traumatik bagi kebanyakan kanak-kanak kecil,” katanya.
Quah berkata di luar sokongan psikososial, apa yang penting ialah kami memastikan kanak-kanak ini mendapat akses kepada pendidikan.
“Mereka memerlukan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan kepada program rekreasi dan pembangunan di luar bilik darjah yang membolehkan mereka bermain, meneroka dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain,” katanya.
Bagi memberi sokongan katanya organisasi mereka bersedia untuk membantu kerajaan.
“Sama ada menyediakan tempat perlindungan untuk menyokong program penempatan selamat ini atau membantu menjalankan program dan membawa masuk sukarelawan, guru, pekerja penjagaan kesihatan dan profesional kesihatan mental.
“Atau pun membekalkan tempat perlindungan dengan barangan runcit untuk membantu kos makanan, kami lebih daripada bersedia untuk menyokong kerajaan dengan langkah ke hadapan ini,” katanya.
Pada 2020 Human Rights Watch menggesa Putrajaya membebaskan semua kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan imigresen dengan menyatakan kebimbangan terhadap kesejahteraan mereka.
HRW juga berkata kerajaan mesti membenarkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akses ke pusat tahanan.
Sehingga 26 Oktober HRW berkata seramai 756 kanak-kanak, hampir separuh daripadanya dari Myanmar ditahan di pusat-pusat di seluruh negara tanpa ibu bapa atau penjaga mereka.
Kanak-kanak di bawah tahanan terdedah kepada risiko kesihatan, kebimbangan, kemurungan, tekanan selepas trauma dan pemikiran untuk membunuh diri, kata kumpulan yang berpangkalan di Bangkok itu. – 16 April, 2023.
ADA DATANG
LARI DARI PERANG
AMIN
ADA DATANG
NAK CARI KERJA
AMIN
KITA PERLU
TENAGA KERJA
AMIN
PASTI BOLEH
DISUSUN DG BAIK
DITEMUKAN
KEPENTINGAN KITA
DG APA YANG
PERDATANG INI
PERLUKAN
AMIN
KHALAS
SINDIKIT SUSUN PEMINTA SEDEKAH ?
SINDIKIT SUSUN
PEMINTA
SEDEKAH ?
AMIN
Unknown commented on
"BERSEDEKAH"
Peminta sedekah ini ada banyak kategori ada team Siam, ada team Rohingya ada team tempatan, adakah susah hidup di Malaysia? Sampai beribu batu sampai mencari kehidupan sebegini? Saja tanya jauh jugak berjalan tanpa kaki, kalau begitu kesian jugak, tapi kalau ini kerja sindiket maka semua perlu waspada, musim sedekah musim bantuan musim kesian sudah tiba untuk cari pahala, cari jalan dapat tiket amin, apa pun semua kita perlu berhati baik sudah kah kah kah
DI HIMPAP HANTU KOPEK
DI HIMPAP
HANTU KOPEK
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"JIWA TERTEKAN"
Abang tt saorang diri pernahkah berasa tertekan? Saya rasa abang tt lebih kepada terhempap.
Terhempap oleh hantu kopek
JUAL BEROK NAK BAYAR HUTANG
JUAL BEROK
NAK BAYAR UTANG
KHALAS
Unknown commented on
"PERANGKAP HUTANG CHINA MERAH PAKSA SRI LANGKA JUAL BEROK"
Kalau dah hutang, kena lah akur syarat ah long, kah kah kah masa pinjam kena ingat ingat selalu, sama kalau dapat bantuan apa kena jual nanti, hidup bukan senang selalu tapi kalau hutang bantuan sumbangan semua laju berbaris kah kah kah ingat senang sekarang susah kemudian kah kah