Jumaat, 28 April 2023

EROPAH SUDAH PANAS

 




MUSIM BUNGA

BARU BERMULA

EROPAH SUDAH PANAS

AMIN

TABEK UNTUK PARTI AMANAH


Tolak pengampunan Najib


DIKATAKAN Lembaga Pengampunan akan bersidang dan membuat keputusan sama ada akan memberikan pengampunan kepada Najib Razak atau tidak pada Jumaat 28 April. 


Sudah pasti ia merupakan satu peristiwa yang akan ditonton bukan sahaja oleh Malaysia tetapi dunia.

Keputusan ini akan menetapkan batu tanda yang penting dalam sejarah negara ini. Ia akan memberi petanda sejauh mana perjuangan menentang rasuah dan salah guna kuasa diambil serius atau sekadar cogan kata politik dan pilihan raya sahaja.

Dalam pada itu, ramai yang bertanya, apa pendirian Amanah, sebagai rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan melalui Pakatan Harapan (PH) dalam isu ini. 

Ramai turut hairan dengan apa yang disebut sebagai “the deafening silence” atau “kesunyian yang memekakkan” berhubung isu ini, khususnya oleh parti-parti gabungan PH.

Kami ingin tegaskan bahawa Amanah mengakui dan mengiktiraf, pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Namun demikian, tiada salahnya untuk Amanah memberi pandangannya terhadap isu ini. 

Diharap pandangan ini apabila disuarakan akan membantu YDPA untuk membuat keputusan yang baik dan tepat bagi dirinya, institusi Raja-raja Melayu dan negara ini secara keseluruhannya.

Amanah berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa. 

Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Semua memahami, masalah dan penghalang utama terhadap membangunkan sebuah masyarakat madani dalam konteks negara kita adalah rasuah dan salah guna kuasa. 

Sering dikatakan bahawa rasuah dan salah guna kuasa telah dijadikan budaya rakyat negara dan oleh itu apa jua usaha untuk membangunkan sebuah masyarakat dan negara madani mesti menumpaskan pengamal rasuah dan salah guna kuasa secara tuntas dan muktamad.

Kerajaan semestinya mengisytiharkan perang terhadap amalan-amalan terkutuk tersebut.

Apakah memberikan pengampunan kepada orang yang memalukan negara di serata dunia akan menunjukkan sikap tegas dan tiada kompromi kita terhadap rasuah? Sudah pasti tidak! 

Sebaliknya ia akan memberikan isyarat salah bahawa perang rasuah hanya cogan kata kosong untuk kepentingan politik dan akhirnya semua akan kembali seperti biasa.

Apatah lagi, satu demi satu negara di dunia sedang membicarakan pihak-pihak yang bersekongkol dengan Najib dalam skandal 1MDB ini.

Kalau sebelum ini Amerika Syarikat, Singapura, Kuwait dan terkini Switzerland pula membicarakan pesalah dalam skandal 1MDB ini.

Selepas 13 dari 14 hakim bersidang bagi membicarakan Najib memutuskan beliau bersalah tiba-tiba negara melalui Lembaga Pengampunan mahu memberikan pengampunan kepada beliau pula? 

Tidakkah ini bererti adanya golongan yang kebal undang-undang dan “above the law”?

Persoalan pengampunan ini dibawa oleh Umno atas rasa tanggungjawab mereka terhadap bekas presiden mereka.

Walaupun sifat kesetiaan dan mengenang jasa terhadap pemimpin secara amnya adalah satu sifat positif, namun dalam konteks ini adalah lebih baik Umno bersama PH menunjukkan komitmen terhadap usaha memerangi rasuah yang menjadi paksi masyarakat madani.

Tindakan Umno kelihatan sedikit terpesong dari wawasan masyarakat madani yang diperjuangkan bersama.

Lagipun, Najib berdepan dengan banyak lagi kes di mahkamah yang sedang dibicarakan. 

Apakah selepas diampunkan, beliau akan masuk ke penjara lagi jika didapati bersalah selepas ini? 

Atau dianggap beliau berada di satu maqam dan kedudukan istimewa yang kebal undang-undang?

Dengan penuh hormat dan takzim, kami dari Parti Amanah Negara merayu kepada YDPA dan Lembaga Pengampunan supaya permohonan pengampunan ini ditolak dan Najib terus dipenjarakan atas sebab kesalahan yang jelas telah beliau lakukan. 

Hanya dengan itu rakyat akan yakin bahawa kerajaan perpaduan dan Institusi Raja-raja Melayu, bersama YDPA, ingin menyelamatkan negara kita dari pandemik rasuah dan salah guna kuasa yang melanda negara sejak sekian lama. – 28 April, 2023.

* Khalid Abd Samad,
 pengarah Komunikasi Amanah.


TABEK HORMAT

UNTUK PARTI

AMANAH

KHALAS

AMANAH TOLAK PENCURI DI AMPUN


Amanah rayu Agong tolak pengampunan Najib

LEMBAGA Pengampunan tidak harus membenarkan pengampunan kepada bekas perdana menteri Najib Razak kerana ia akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan institusi Raja-Raja Melayu, kata Amanah.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dalam satu kenyataan merayu Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pengampunan Najib.

Media sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan dijadual bersidang pada hari ini.

“Dengan penuh hormat dan takzim, kami dari Parti Amanah Negara merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya permohonan pengampunan ini ditolak dan Najib terus dipenjarakan atas sebab kesalahan yang jelas telah beliau lakukan.

“Hanya dengan itu rakyat akan yakin bahawa kerajaan perpaduan dan Institusi Raja-Raja Melayu, bersama Yang di-Pertuan Agong, ingin menyelamatkan negara kita dari pandemik rasuah dan salah guna kuasa yang melanda negara sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Khalid, pengampunan ke atas Najib akan menghantar mesej yang tidak baik antaranya kepada dunia mengenai sikap Malaysia terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

“Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Jelas Khalid, Amanah mengakui pengampunan berkenaan adalah hak Yang di-Pertuan Agong namun merasakan pandangan parti yang disuarakan secara terbuka ini bertujuan membantu Seri Paduka membuat keputusan.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan juga dikenakan denda RM210 juta selepas didapati sabit kesalahan terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International.

Pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan 4-1 menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman ke atasnya, yang disahkan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Panel kedua Mahkamah Persekutuan mendapati tidak berlaku kegagalan proses keadilan ketika mahkamah tertinggi negara mendengar rayuan akhir Najib pada Ogos 2022. – 28 April, 2023.

DASAR AMANAH

JELAS TERUS

BERANI JUJUR

AMIN

INILAH CONTOH

ISLAM DEMOKRAT

AMIN

BERANI BERKATA

BENAR

AMIN

BUKAN GILA

JAWATAN

AMIN

MENOLAK 

KLEPTOKRASI

MENOLAK PENCURI

MENOLAK RASUAH

MENOLAK SALAH

GUNA KUASA

AMIN

INILAH CONTOH

ISLAM MAJU

PROGRESIF

DAN 

BERTAMADUN

KHALAS

BILA HUTANG PTPTN NAK DI LUPUS


BILA HUTANG PTPTN

NAK DI LUPUS

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "TUMBANGKAN 
KERJAAN TUGAS POLITIK"

Bila proyek tumbang kerajaan nak renti?. ..bijak nye soalan ni .. soalan mcm bijik telor, pipit dah nyondol ke dalam telor asik di luar.

Persoalan nye bila minyak nak turun, bila PtPTN, Tol nak di mansuhkan .. MUNAFIQ .. Maknusiya berpegang pada janji. 

PENCURI BERGELAR DATU SERI



PENCURI PENYAMUN

BERGELAR 

DATUK DAN

DATUK  SERI 

AMIN

Unknown commented on
 "BERI MAKANAN
 TAK SELESAI MASALAH"
Ana risau siapa sapu kekayaan negara selama ini? Siapa ambil siapa sapu semua selama ini? Kenapa orang asal asli masih papa kedana? Kenapa Bangla Nepal India Myanmar semua makmur belaka? Saja tanya siapa buat dasar untung warga asing tapi rugikan anak asal negara ini? Kah kah kah selagi ada penyamun selagi ada pencuri bagi gelaran Tan Sri, Tun, Datuk Seri selagi itu negara ke belakang gostan kah kah kah

 

AL-FATIHAH - JERRY SPRINGER




AL-FATIHAH

AMIN

JERRY SPRINGER

1944-2023

AMIN

BERITA MENYUSUL



Amanah rayu Agong tolak pengampunan Najib

BERITA MENYUSUL 

KIAMAT IKLIM NAK SAMPAI



KIAMAT IKLIM

NAK SAMPAI

AMIN

Unknown commented on
 "SUNGAI PO DI ITALI MAKIN KERING"

Laut naik, sungai Kering, gempar ada sini sana, panas terlalu lampau, hujan ribut semakin kerap, tapi manusia lagi bijak semua boleh ramal, boleh siap bot, boleh siap pelampung, kesian ada negeri, ada air bersih susah nak jumpa masih bagi teh tarik kaw, nak apa lain doa saja selesai masalah, antara terbaik dalam dunia kah kah kah 

AL-FATIHAH UNTUK MAEL XPDC


Mael XPDC meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan XPDC, Mael, 55, menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, akibat sesak nafas, kira-kira jam 8.41 malam ini.

Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

"Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis, 27 April di Hospital Muar," katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

Pemergian Allahyarham Mael dipercayai akibat serangan penyakit semput selepas maghrib, malam ini.

Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.

Khabar duka itu turut dikongsikan pengurus kumpulan yang terkenal dengan genre heavy metal itu yang hanya dikenali sebagai Bro Yazid di akaun Facebook peribadinya.

"Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar," tulisnya.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil mendoakan semoga penyanyi yang terkenal dengan lagu Semangat Yang Hilang itu tenang di alam baqa.




 

MUKA TAK BOLEH DI PERCAYAI



TENGOK MUKA

DAH KENAL

AMIN

MUKA MACAM NI

BOLEH PERCAYA KE ?
GEMOK  MACAM ROSMAH
MUKA TAK LAKU
KALAU TAK JADI YB
MUKA MACAM NI
MUKA TAK LAKU
SELALU KE DANOK
KAH KAH KAH
AMIN 

BANGUN DAN LAWAN SEBELUM KIAMAT IKLIM SAMPAII



SEBELUM 

KIAMAT IKLIM

 SAMPAI

 AMIN 

KITA BANGUN 

DAN LAWAN

KHALAS

BERI MAKANAN TAK SELESAI MASALAH


Golongan miskin, Orang Asli perlukan lebih banyak bantuan makanan, kata kumpulan


KUMPULAN masyarakat sivil terus membantu golongan memerlukan dan terpinggir dengan menyediakan bantuan makanan yang amat diperlukan di tengah-tengah kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi yang lembap.

Mereka berkata sama ada masyarakat Orang Asli, rumah anak yatim, orang kurang upaya, orang tua atau pelajar, mereka semua memerlukan makanan setiap hari.

Kumpulan itu berkata walaupun terdapat bank makanan, lebih banyak bantuan perlu disediakan.

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (B) Peter Yeow, yang merupakan setiausaha Pertubuhan Komuniti Kasih Selangor, memberitahu The Malaysian Insight yang mereka kini sedang membantu masyarakat Orang Asli di Lipis dan Raub, Pahang.


Beliau berkata mereka menjaga lima kampung yang mempunyai sehingga 160 keluarga.

“Kami pergi ke Pahang setiap Sabtu dan berpecah kepada beberapa pasukan untuk pergi ke seluruh kampung. Apa sahaja yang ada, kami berikan kepada kira-kira 70 keluarga manakala selebihnya akan mendapat barangan semasa kedatangan kami seterusnya kelak,” katanya.

“Orang Asli di sini dilanda kemiskinan dan terpinggir. Sentiasa ada keperluan untuk makanan dan bantuan lain.”

Bagaimanapun, Yeow berkata apabila negara mula pulih tahun lepas, keadaan menjadi lebih buruk bagi Orang Asli.

“Kami difahamkan kerajaan dan Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) sedang melakukan apa yang mereka mampu untuk membantu, tetapi keperluan (untuk lebih banyak makanan) masih ada,” katanya.

“Sejak tahun lepas, kami mempunyai tambahan 40 keluarga yang perlukan bantuan.

“Lebih banyak yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan Jakoa, terutama bagi yang tinggal jauh di dalam hutan.”

Beliau berkata sejak beberapa tahun lalu, The Lost Food Project (TLFP) membantu menyediakan sayur dan bahan makanan kering untuk Orang Asli.

“Kami biasanya mengambil barang pada Khamis dan menghantarnya pada Sabtu. Jadi kami lebih banyak mengambil sayur-sayuran yang tahan lama seperti lobak merah dan kobis,” katanya.

“Terdapat juga produk makanan kering seperti susu tepung untuk anak-anak.

“Kami menerima bantuan tunai daripada penderma dan menggunakan wang itu untuk produk makanan kering.”

TLFP ialah bank makanan bukan berasaskan keuntungan yang komited mengagihkan semula lebihan makanan dan keperluan bukan makanan kepada lebih 80 kumpulan masyarakat sivil dan ribuan keluarga B40.

Dalam temu bual sebelum ini, ketua pegawai eksekutifnya Ariffin Buranudeen memberitahu The Malaysian Insight bilangan orang yang memerlukan bantuan makanan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Beliau berkata tahun lepas, TLFP memperoleh 16,000 tan makanan dan ada 2021, sebanyak 12,000 tan. Ia kini membantu 20,000 penerima sebulan.

Ariffin berkata pada Mac – bulan kutipan tertinggi TLFP setakat ini – pasukan itu “menyelamatkan” 233,000kg buah-buahan dan sayur-sayuran dari pasar borong Kuala Lumpur, 8,400kg hasil segar, 8,100kg produk bakeri, 13,100kg barangan runcit kering dan 1,100kg daging dan makanan laut.

Beliau berkata kebanyakan makanan TLFP diperoleh daripada kira-kira 30 penderma korporat, yang memberi lebihan atau menaja barangan kering.

Ariffin berkata TLFP juga mempunyai pasukan yang “menyelamatkan” roti dari kedai roti. Makanan tersebut dikumpul pada waktu malam dan disalurkan kepada golongan B40, pelajar, penduduk rumah kos rendah dan gelandangan. – 28 April, 2023.

BERI MAKANAN

KERJA BAIK

AMIN

TAPI TAK SELESAI

MASALAH POKOK

AMIN

KENAPA MEREKA

MISKIN ?

AMIN

APA YANG BUAT

MEREKA MISKIN

AMIN

BERI MAKANAN

TAK BERKESUDAHAN

AMIN

BERI MAKAN INI

MACAM AMBIL

PANADOL BILA

KEPALA SAKIT

AMIN

CARI PUNCA

KEMISKINAN

KHALAS

JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA -


‘Saya tak pernah beri rasuah seks, sedia bantu SPRM’ – Rais Yasin


MELAKA – Pemimpin kanan Melaka yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah seks,  Rais Yasin menafikan melakukan perbuatan itu, malah sedia membantu pihak berkuasa menyiasat tuduhan tersebut.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri itu juga menyifatkan dakwaan berkenaan adalah untuk menjatuhkan karier politiknya kerana ia telah bermula ketika pemilihan UMNO pada Mac lalu

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

AMIN

KUNCINYA

PERKATAKAN

MENAFIKAN

KAH KAH KAH

JIKA DI NAFIKAN

ERTINYA ADA

AMIN

KHALAS

BUKA KANG KANG DAPAT PROJEK EXCO MELAKA



Exco Melaka teliti tindakan terhadap penyebar fitnah


EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Rais Yasin sedang meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana pihak menyebar fitnah berkaitan dakwaan skandal seks dengan wanita membabitkan diri beliau.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka tanpa menyebut tindakan akan diambilnya berkata, langkah itu sebagai mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada terus dikaitkan dengan perkara tersebut.

“Saya anggap ini sebagai pertuduhan yang direka cipta memang betul-betul untuk menjatuhkan saya. Tetapi barang mahu (perlu) diingat, kepada sesiapa yang mereka cipta (dakwaan) ini, saya juga akan meneliti dan melihat bagaimana untuk saya mempertahankan diri saya dan mempertahankan maruah saya dan juga keluarga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, Melaka hari ini.

Mengulas tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkaitan dakwaan rasuah seks sebagaimana ditularkan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp itu, Rais berkata beliau sedia dipanggil pihak berkuasa terbabit selepas ini.

“Insya-Allah kalau ada siasatan oleh pihak berkuasa saya akan beri kerjasama dengan penuh kerana saya kenal diri saya. Saya tidak melakukan apa-apa seperti yang dituduh dalam perbualan WhatsApp itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi pemberita mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang exco kerajaan negeri itu terlibat dengan rasuah seks sebagai alasan untuk mendapatkan projek kerajaan. – Bernama, 27 April 2023.

KITA TENGOK

APA AKHIRNYA

SKANDAL EXCO

GILA BURIT INI

AMIN

APAKAH INI FITNAH

ATAU INI CARA

NAK CARI 

JALAN KELUAR

AMIN

KITA LIHAT 

APAKAH AZAM BAKI

AKAN BERTINDAK

SEPERTI DIA

BERTINDAK DLM

KES XMB PERLIS

KAH KAH KAH

KHALAS

PROJEK DAP YANG GILA



PROJEK DAP

ADALAH PROJEK

GILA

AMIN

TANAH TAMBAK 

AKAN TENGGELAM

DALAM MASA 

TERDEKAT

KHALAS

TUMBANGKAN KERJAAN TUGAS POLITIK



POLITIK IALAH

PROJEK 

MENUMBANG

KERAJAAN

AMIN


Batu tepi jalan commented on 
"PROJEK JATUHKAN KERAJAAN"

Sampai bila agenda tumbangkan kerajaan ni nak berhenti? Tak guna rasanya mengundi di malaysia ni .kerajaan baru nak stabil dah ada barua² cukong buat projek tumbangkan kerajaan lagi..siapa gila kuasa sebenarnya ni? Bukan demi rakyat tp deni tembolok masing² sahaja