Khamis, 4 Mei 2023
ANWAR JADI BARUA KIT SIANG
Kit Siang seru Muhyiddin, Hadi isytihar tak jatuhkan Anwar
KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diseru supaya membuat pengisytiharan tidak akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Veteran DAP, Lim Kit Siang membuat seruan tersebut susulan peringatan terbaharu daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menyeru supaya kestabilan politik dikekalkan.
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pembukaan Parlimen pada Februari lalu turut menggesa perkara sama.
“Sultan Johor bertitah bahawa usaha untuk menjejaskan kestabilan adalah tidak sihat untuk seluruh negara, sama ada dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.
“Saya menyeru Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Hadi Awang untuk mengisytiharkan Bersatu dan Pas akan mengambil kira beberapa peringatan Yang di-Pertuan Agong dan sultan-sultan pelbagai negeri kepada ahli-ahli politik daripada semua parti politik.
“Bagi memastikan kestabilan politik negara dan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam sebarang rancangan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan Anwar untuk lima tahun akan datang,” kata Kit Siang dalam kenyataan.
Kit Siang menegaskan, pematuhan terhadap titah sultan menjadi ujian sama ada pemimpin politik dan ahli politik bersedia untuk menundukkan kepentingan peribadi dan parti politik kepada kepentingan negara.
Sultan Ibrahim semalam menyuarakan kebimbangan susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan yang terus kedengaran meskipun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlalu.
Sultan Ibrahim menitahkan supaya rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya perlu diutamakan.
Baginda bertitah, rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.
“Namun sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.
“Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.
“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini. Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” titah baginda melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebook.-
WOIT
INI SUDAH BERAT
KAH KAH KAH
KITA SIANG DAH
MERAYU JANGAN
JATUHKAN ANWAR
AMIN
KIT SIANG
SILAP BESAR
KALAU IKUT CAKAP
KIT SIANG NAMPAK
ANWAR INI
BARUA KIT SIANG
KAH KAH KAH
ORANG MELAYU
LAGI BENCI PADA
BARUA CHINA
KAH KAH KAH
KHALAS
KIAMAT IKLIM UDAH SAMPAI
Ribut petir, hujan lebat landa 5 daerah di Selangor petang ini
KUALA LUMPUR – Lima daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
Daerah tersebut adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Agensi tersebut memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
KIAMAT IKLIM
MAKIN JELAS
AMIN
SETIAP KALI
HUJAN TURUN PASTI
RAMAI RASA CUAK
TAK SELESA
AMIN
WARGA SERI MUDA
HULU LANGAT
MUAR DLL
AKAN RISAU
AMIN
INI PETANDA
KIAMAT IKLIM
SUDAH SAMPAI
KHALAS
AL- FATIHAH - PEJUANG PALESTIN - MATI DI BUNUH
AL- FATIHAH
DI BUNUH
DALAM
PENJARA ZIONIS
Martyrdom of Sheikh Khader Adnan, after 86 days of hunger strike: Latest target of the Zionist assassination policy
Khader Adnan, tahanan politik Palestin, melancar mogok lapar dalm penjara Zionis , telah syahid pada awal pagi Selasa, 2 Mei 2023 selepas 86 hari mogok lapar, menuntut kebebasannya. Adnan, 45, berkahwin dengan Randa Musa, dan merupakan bapa kepada sembilan anak. Seorang pemimpin dalam gerakan Jihad Islam Palestin, beliau menjadi salah satu simbol yang paling menonjol dalam gerakan tahanan politik Palestin dan penentangan Zionis berterusan selepas memenangi pembebasannya daripada tahanan pentadbiran sebanyak empat kali melalui mogok lapar, pada 2012, 2015, 2018 dan 2021.
Sepanjang mogok laparnya, yang dia mulakan pada 5 Februari 2023, dari saat dia ditangkap oleh pasukan soldadu Zionis , dia enggan mematahkan mogoknya walaupun terdapat tekanan yang besar untuk berbuat demikian. Apabila pasukan pendudukan menuduhnya sebagai ahli dalam Jihad Islam dan memberikan ucapan politik ("hasutan") di hadapan mahkamah tentera mereka, dia enggan menamatkan mogoknya.
Pentadbiran penjara Israel enggan memindahkannya ke hospital awam dan menolak pembebasannya dengan ikat jamin hanya minggu lalu, mengisytiharkan bahawa lebih banyak maklumat diperlukan mengenai keadaan perubatannya. Baru semalam, satu lagi perbicaraan mahkamah tentera dalam kesnya telah ditangguhkan dan ditangguhkan ke masa hadapan, satu dasar yang jelas untuk bertindak bagi memastikan kematiannya di sebalik penjara Zionis.
Kesyahidan Syeikh Khader Adnan, simbol maruah, kebebasan dan keteguhan, adalah pembunuhan Israel, yang dilakukan dengan pemikiran dan pertimbangan yang matang. Sudah jelas selama berbulan-bulan mogok ini bahawa pendudukan bertekad untuk menghapuskan simbol penentangan tahanan dan pengorbanan dan komitmen dan cinta Palestin kepada rakyat dan tanahnya.
Namun begitu, jelas juga bahawa legasi Sheikh Khader Adnan tidak akan pernah terhapus dengan amalan pembunuhan Zionis ini. Sebaliknya, seperti rakan-rakannya dalam revolusi dan penentangan Palestin, beliau adalah contoh kehendak rakyat Palestin yang tidak berbelah bahagi yang tidak akan tunduk kepada penjajahan, Zionisme dan eksploitasi.
LIHAT DIRI SENDIRI DULU
LANGKAH PERTAMA
LIHAT DIRI
SENDIRI DULU
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY & HADI
LAWAN ANWAR"
Undi Melayu Isle pecah banyak, bila united bawah ketuanan gerombolon mereka sombong angkuh saja setiap hari, bila perpecahan berlaku sampai teruk, salah kan Cina salahkan India salahkan Sabah Sarawak kah kah kah sekarang yang terbarai orang Melayu Isle yang dibantu banyak sejak Merdeka pelbagai cara tapi orang asap orang Sakai orang betul bumi ditinggalkan kerana takmasuk UMNO, jangan salah sesiapa semua sendiri buat kah kah kah
SEJARAH BALING BANGUN MELAWAN
SEJARAH BALING
BANGUN MELAWAN
AMIN
Unknown commented on
"HARGA GULA MAHAL -
KE JALAN RAYA"
gula naik tiga kupang sekati getah turun tiga kupang sekati. ini mulanya rapat umum baling. mustahil kamu tak tahu apa intisari rapat umum itu.
MELAWAN KESUNYIAN
MELAWAN SUNYI
AMIN
JUMPA KAWAN
MAKAN DGN KAWAN
ENJOI DGN KAWAN
BELANJA KAWAN
AMIN
BERAMAI RAMAI
LAWAN KESUNYIAN
KHALAS
KAUM JADI ASAS POLITIK
KAUM JADI
ASAS POLITIK
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY & HADI
LAWAN ANWAR"
Kah memang tak betsifat kaum, awal zaman sampai semua asas nya kaum agama bangsa, perjalanan negara memang begitu, kaum majority dapat semua, kaum minority kena bayar semua, senang formula kan, selain ITU pemimpin pulak cuci curi sebagai pesta tahunan supaya kekal jawatan, sejak berzaman semua tabu wei tapi semantic nya memang asas negara sekarang atas kaum asas agama tak payah wayang tak payah drama semua tahu kah kah kah
KEPALA LANUN JADI TPM
KEPALA LANUN
JADI TPM
KHALAS
Unknown commented on
"I GOD DI NUMBO"
bila gua dengar gorengan macam ni... gua rasa kesian dengan pengudi PH .. sokong nuar free.. kah kah kah kah.. kepala butuh free... kepala lanun jadi TPM... free... kah kah kah
BUNGA BANK. NAIK - HUTANG BERTAMBAH
Bank Negara naikkan OPR kepada 3%
BANK Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3%, kenaikan pertama sejak November 2022.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kelima Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, menurut bank pusat itu dalam kenyataan.
Peningkatan itu juga bermakna OPR kini kembali kepada paras seperti sebelum pandemik Covid-19.
BNM berkata kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25% dan 2.75%.
Menurutnya ekonomi global terus didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh serta pemulihan ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan.
“Walau bagaimanapun, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.
“Inflasi keseluruhan terus menurun namun inflasi teras terus melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini. Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.
“Bagi ekonomi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi berkembang selanjutnya pada suku pertama tahun 2023 selepas mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2022,” kata BNM.
Tambah bank itu, meskipun eksport dijangka menjadi sederhana, pertumbuhan pada tahun 2023 akan didorong oleh permintaan dalam negeri.
“Perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang lebih baik memandangkan pengangguran terus menurun ke tahap sebelum pandemik,” katanya.
BNM seterusnya berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka menjadi sederhana sepanjang 2023, berpurata antara 2.8% hingga 3.8%.
“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada akan terus membendung sebahagian daripada tekanan inflasi yang meningkat.
“Imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan terus bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri termasuk mengenai subsidi dan kawalan harga, perkembangan pasaran kewangan serta harga komoditi global,” katanya. – 3 Mei 2023.
MAKNANYA
SAPA ADA PINJAM
DUIT DARI BANK
BUNGA AKAN NAIK
AMIN
MAKNAYA DUIT DLM
SAKU MAKIN KURANG
HUTANG BERTAMBAH
AMIN
JARANG TERJADI TAPI TERJADI
Penunggang motosikal maut dipanah petir
SEORANG lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di jalan Kampung Seri Cheeding, Banting, kira-kira 25 kilometer dari Shah Alam, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting dengan menunggang motosikal, kira-kira pukul 6.20 petang.
Katanya, semasa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa telah terkena panahan petir lalu jatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata orang awam yang melalui jalan itu membantu mengangkat mangsa dan diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi talian kecemasan dan bantuan ambulans, namun disahkan maut di tempat kejadian.
“Terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher kanan serta lebam pada bahagian perut dan paha akibat panahan petir selain luka di dagu dan lutut akibat jatuh dari motosikalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata bedah siasat telah dilakukan 10 pagi tadi dan mendapati punca kematian adalah akibat panahan petir dan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. – Bernama, 3 Mei, 2023.
JARANG BERLAKU
SEJUTA TAK
SEKALI
AMIN
INI TERJADI
AL-FATIHAH
AMIN
HARGA GULA MAHAL - KE JALAN RAYA
Pengguna tolak kenaikan harga gula
PENGGUNA terutama peniaga kopitiam yang masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup menolak rayuan pengilang gula bulan lalu untuk menaikkan harga jualan gula putih sebanyak RM1.
Walaupun kerajaan belum membuat keputusan terhadap permohonan itu, Presiden Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia (FSGMAM) Hong Chee Meng mempersoalkan “Bagaimana pengilang boleh menetapkan kenaikan RM1 itu?”
Harga siling gula pada masa ini ialah RM2.85 sekilogram.
Kenaikan harga itu dicadangkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Sugar Mills (MSM) Syed Feizal Syed Mohammad yang berkata harga pula perlu dinaikkan bagi memenuhi kos harga gula mentah.
Beliau berkata harga jualan gula di Malaysia adalah paling murah di dunia, malah lebih murah berbanding Brazil dan Thailand, iaitu dua negara pengeluar terbesar di dunia.
“Harga jualan mereka lebih tinggi daripada kita,” katanya.
Hong memberitahu The Malaysian Insight cadangan menaikkan harga sebanyak RM1 itu untuk melihat reaksi pengguna terhadap kenaikan yang tinggi itu.
“Mereka tahu kenaikan itu tinggi. Untuk naik hingga RM1 sangat besar bagi mereka yang banyak menggunakan gula dalam perniagaan.”
Hong berkata permohonan itu jauh lebih tinggi berbanding kenaikan sebelum ini yang hanya 20 sen.
“Naik hingga RM1? Bagaimana kami hendak berniaga?,” katanya.
Katanya, jika kenaikan itu dibenarkan, ia sepatutnya dilakukan secara berperingkat, dalam bentuk sedikit demi sedikit.
“Bukan kenaikan mendadak seperti diminta,” katanya, mencadangkan kenaikan perlu kurang daripada 50 sen.
Beliau berkata harga gula mentah turun naik di pasaran antarabangsa dan aka nada masanya harganya turun.
Katanya, jika pengilang berasakan kenaikan 50 sen tidak akan membantu mereka, maka kerajaan perlu memberikan subsidi.
Boon Kok Choon dari Persekutuan Persatuan Penjaja Selangor dan Kuala Lumpur berkata kenaikan harga gula itu akan mencetuskan reaksi rantaian.
Boon berkata harga makanan dan minuman yang memerlukan penggunaan gula sudah pasti akan naik jika kerajaan meluluskan permohonan MSM itu.
Beliau berkata persatuan itu faham masalah bakal dihadapi ahlinya jika kenaikan terlalu tinggi dikenakan terhadap harga gula.
Boon berkata persatuan juga akan faham jika ahli mula menaikkan harga makanan dan minuman, tetapi berharap kenaikan itu dilakukan secara sederhana. – 4 Mei, 2023.
KITA TUNGGU
MENTERI KATA :
GULA TAK BAIK
UNTUK KESEHATAN
AMIN
HARGA GULA
HARGA BARANG
KOS HIDUP
MANJANA POLITIK
JALAN RAYA
AMIN
KHALAS
TANAH. MELAYU AKAN HURU HARA
TANAH MELAYU
AKAN HURU HARA
KHALAS
Unknown commented on
"MADEY & HADI
LAWAN ANWAR"
Desas desus Guan Eng nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang balik, ingat manusia ini tak suka ada kuasa kah, semua jelmaan malaikat, dia tahu pusat tak dapat Menteri, kena patah balik jadi maka bermula lah strategies sendiri kah kah kah tak kira bangsa apa agama apa asal nak selesa semua mahu, semua nak free semua nak sapu kah kah kah apa tujuan mereka lawan lawan ini? Nak bela rakyat atau nak bela diri saja?
I GOD DI NUMBO
I GOD
DI NUMBO
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"NUMBO DAH CUKUP
UNTUK JATUHAKAN ANWAR"
I got de numbo tu rujukan kpd nombor bilangan 12.6 million bukan nombor ahli parlimen yg akan menyokong pembangkang. Ada nombor MP 136 yg sokong Anwar pun tak guna kalu nombor ringgit tadak. Sokong Anwar free je sokong madey+daim+ hadi+muiden boleh menang 1st prize 50 big 50 small.
HARI MAULUD BUDDHA
HARI MENYAMBUT
MAULUD BUDDHA
KHAMIS 4/5/2023
HARI SAMBUTAN MAULUD
SIDDHARTHA GAUTAMA BUDDHA
SELAMAT BERVESAK
KITA SEMUA BERCUTI
MERAYAKAN HARI
KELAHIRAN BUDDHA
HEBOH HEBOH
PROJEK NAK JATUHKAN PMX
KAH KAH KAH
CERITA LAMA MUNCUL KEMBALI
CERITA : I GOD DI NUMBO
KAH KAH KAH
BETUL ATAU KARUT
BERITA INI KITA TUNGGU
DAN LIHAT
NAMPAKNYA MAKIN SEHARI
SEMAKIN PANAS
DI KATAKAN PROJEK INI
SEDANG DISUSUN
AMIN
UKRAINE
SERANG MOSCOW
HANTAR DUA DRONE KAMIKAZE
NAK BUNUH PUTIN
TAPI GAGAL
RUSIA
TERUS MEMBEDIL KYIV
BOM MELEDAK DI SANA SINI
HARI INI HARI KE 435
PROJEK OPERASI SPESIAL
PUTIN
DUNIA MENUNNGGU
SERANGAN BALAS DARI UKRAINE
AMERIKA
TRUMP GAGAL
SAMAN AKHBAR
NEW YORK TIMES
HOKKIEN
BASAH SEGAR BERKABUS
HUJAN PETANG KELMARIN
MEMBAWA KABUS
JANTAN BERKOKOK
DARI BUKIT YANG JAUH
KENG KENG MELINTAS
DENGAN SUARA YANG KUAT
HA HA HA
BURUNG PIPIT UBAN MUNCUL KEMBALI
PADANG RUMPUT KINI MENINGGI
BANYAK PADI BOLEH DI TUAI
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS DAN PETANG HUJAN
BRO
SENYUM KITA
SAMBUT HARI
KELAHIRAN BUDDHA YANG
MEMBAWA PENCERHAN
PADA DUNIA
BRO
BUDDHA KATA:
ADA TIGA PERKARA
YANG TIDAK DAPAT DISEMBUNYIKAN
PERTAMA : MATAHARI
KEDUA : BULAN
KETIGA : KEBENARAN
BRO
BUDDHA KATA:
TAK ADA SESIAPA PUN
YANG BOLEH MENYELAMATKAN
DIRI KITA
KECUALI KITA SENDIRI
DIRI KITA SENDIRI MAMPU
MELANGKAH PADA
JALAN YANG KITA TUJU
BRO
BUDDHA KATA :
AKHIRNYA DALAM HIDUP INI
ADA TIGA PERKARA MEMBAWA ERTI
PERTAMA : BERAPA BANYAK LU MENCINTAI
KEDUA :BERAPA LEMBUT LU
MENJALANI HIDUP
KETIGA : BERAPA IKHLAS LU
LEPASKAN SESUATU
YANG BUKAN UNTUK LU
BRO
BUDDHA KATA:
SEBATANG LILIN DAPAT MENYALAKAN
SERIBU LILIN
BAGITU JUGA KEBAHAGIAN
TIDAK AKAN BERKURANG
JIKA KITA BAGI BAGI KAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENHYAMBUT
HARI MAULUD BUDDHA