Jumaat, 5 Mei 2023
BUAT UNDI TAK PERCAYA TERHADAP ANWAR
Anwar cabar pembangkang buktikan sokongan di Parlimen
ANWAR Ibrahim mencabar penentangnya supaya mengemukakan usul tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya benar mereka ada sokongan untuk menamakan seorang perdana menteri yang lain.
Katanya, beliau tiada masalah sekiranya mereka mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya, ketika desas-desus terus tersebar kononnya ketua pembangkang Hamzah Zainuddin mempunyai akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen penyokong kerajaan.
“Tak apalah kalau dia ada, masa Parlimen bawalah SD. Usul di Parlimen, tidak ada masalah.
“Ini tiap-tiap minggu dia jadi mengigau mingguan. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum dan selepas raya haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baru Cina… tunggulah.
“Tapi Insya-Allah, kita kerajaan perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang. Saya sangat yakin,” katanya. – 5 Mei, 2023.
INI BARU BETUL
LAGI TEPAT
AMIN
BUAT UNDI
TAK CAYA
AMIN
JANGAN HEBOH
DI LUAR TAPI
TIKUS DALAM
PARLIMEN
KAH KAH KAH
WOIT
BUKTIKAN
I GOD DI NUMBO
KAH KAH KAH
KHALAS
BANK NAIKKAN BUNGA
Wajarkah kadar OPR dinaikkan sekarang
MASALAH utama yang dihadapi oleh masyarakat ialah kenaikan harga barang. Rata-rata harga barangan semuanya naik. Salah satu faktor yang mendorong kenaikan harga barang ialah nilai matawang ringgit yang semakin lemah dan menyebabkan barangan import menjadi mahal. Kita terlalu bergantung kepada import sama ada untuk makanan atau rantaian bekalan.
Apabila kadar Dasar Semalaman (OPR) dipertingkatkan, jumlah simpanan negara akan meningkat dan mengukuhkan nilai matawang kita dan ini akan menstabilkan harga barangan import.
Keduanya, ringgit semakin susut nilai kerana berada dalam pasaran dalam bentuk tunai yang banyak termasuk dana stimulus fiskal dan RM145 bilion daripada pengeluaran KWSP semasa pandemik. Sedangkan bekalan barangan pula yang terhad mengakibatkan harga barang menjadi lebih mahal.
Peningkatan OPR, akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan. Malah kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baru juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan.
Walaupun langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai matawang ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat. Sebab itu langkah ini bukan langkah populis. Tahun lepas sahaja, BNM menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali.
Sebagai salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR. Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak.
Jadi apakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah Kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?
Jawapan mudah ialah kita tiada pilihan. Malaysia dipengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika. Amerika telah mempertingkatkan kadar OPR sebanyak 10 kali semenjak bulan Mac 2022 kepada 5% dan ini menjejas ekonomi dunia apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke Amerika menjadikan matawang asing semakin lemah.
Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan ringgit (fix currency) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-4 Dr Mahathir semasa krisis kewangan 1997.
Pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi. Dasar-dasar baru perlu diperkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui eksport supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.
Dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko penguncupan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan. Lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan. – 4 Mei, 2023.?
Armin Baniaz Pahamin,
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia.
BUNGA BANK
NAIK
AMIN
DUIT NILAI
JATUH
AMIN
HASILNYA RAKYAT
BELI BARANG
MAHAL
KHALAS
NAJIB BELUM BAYAR $210 JUTA DENDA
NAJIB BELUM BAYAR
$210 JUTA
DUIT DENDA
KHALAS
Unknown commented on
"AMPUN KE TAK AMPUN"
Rasanya najib blom bayar denda RM210 juta tu. Kalu dapat pengampunan bermakna tak perlu bayar denda RM210 juta? Misal kata dah bayar denda RM210 juta adakah dipulangkan kpd najib duit RM210 juta tu? Ada tak pengampunan bersyarat? Kalu ada bolehkah buat syarat pulangkan sumer duit yg dicuri baru boleh ampun. Las sekali kalu pemimpin lain curi jugak duit rakyat boleh tak pengampunan dijadikan precedent?
LEBANON JATUH BENGKRAP
SATU KETIKA DULU
BEIRUT DINOBAT
KOTA PARIS ARAB
AMIN
KINI MUFLIS KERANA
RASUAH DAN SALAH
GUNA KUASA
KHALAS
AWAS !!! MAT KOBID MASIH MENYERANG
Jumlah kes Covid-19 meningkat 3% minggu lepas
JUMLAH kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 hingga 29 April 2023, meningkat sebanyak 3% iaitu daripada 4,817 kes pada minggu sebelumnya kepada 4,963 kes, berikutan musim perayaan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan data daripada Pusat Kesediaan Krisis dan Tindak Balas (CPRC) Kementerian Kesihatan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam turut meningkat daripada 4.8% bagi setiap 100,000 populasi pada ME sebelumnya kepada 5.8% pada ME-17.
“Pesakit kategori satu dan dua meningkat daripada 1.4% kepada 1.8%, manakala pesakit kategori tiga, empat dan 5 meningkat daripada 1.3% kepada 2.0%.
“Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 juga bertambah sebanyak 3.0% bagi bukan kritikal dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat 0.2%,” katanya.
Katanya majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas, namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.
Menurutnya keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia juga masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.
Pada masa yang sama, KKM menjangkakan kemungkinan berlaku sedikit peningkatan kes Covid-19 akan berlaku susulan pergerakan dan perjumpaan sanak saudara dan sahabat handai ketika sambutan Hari Raya dan Hari Wesak lalu.
Justeru, KKM menggalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala ketika aktiviti kunjung mengunjung bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan Covid-19.
Bagi mengawal jangkitan Covid-19 berikutan sesi persekolahan yang telah bermula pada minggu ini, KKM turut menasihati pelajar, guru dan kakitangan untuk mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan. – Bernama, 5 Mei, 2023.
BERHATI HATI
MASIH GUNAKAN
C.U.S
AMIN
CARA UNTUK
SELAMAT
KHALAS
AMPUN KE TAK AMPUN
AMPUN KE
TAK AMPUN
Heboh tentang hal pengampunan Najib Razak. Pengampunan Najib menjadi perbualan nasional di Musim Raya. Najib Razak yang telah dijatuhkan hukum 12 tahun penjara dalam kes SRC tahun lalu.
Kini Najib seorang banduan dalam penjara Kajang. Berita tersebar sebelum bulan puasa malah bila saja Najib masuk ke Kajang berita dan desas desus banduan Najib ini akan meminta ampun telah tersebar.
Berita sebelum bulan puasa melaporkan Najib minta ampun melalui usaha yang diurus oleh United Malaya National Organisation. Maklumat dari laporan media ini merebak luas.
Berita ditambah dengan garam masala rempah ratus dan aji no moto. Pemerhati politik genre bas mini dan genre tik tok mula heboh memberi pandangan.
Malah ada berita yang melaporkan bahawa Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini akan berhari raya di Jalan Duta bukan dalam sel di Kajang. Amin.
Minta ampun ini bukan sesuatu yang baru. Najib bukan sosok pertama minta ampun. Dan Najib juga bukan sosok terakhir yang akan meminta ampun.
Ada beberapa perkara yang perlu di jelaskan kepada umum. Rakyat dan orang ramai kecil besar tua muda wajib mendapat pencerahan tentang : APA DIA PENGAMPUNAN.
Pada ketika ini perkara pengampunan ini dilihat kabur dan tidak jelas. Justeru rakyat wajib di beri pencerahan tentang pengampunan.
Rakyat dan orang ramai memiliki kepentingan untuk tahu seluk belok pengampunan. Pada ketika ini agenda pengampunan ini seperti gerakan kongsi gelap. Bergerak senyap-senyap dengan tersusun dan tertiba meledak membawa berita.
Sistem pengampunan untuk pada banduan seperti Najib ini bukan hanya wujud di Malaysia. Pelbagai negara dalam dunia ini ada mengamalkan sistem pengampunan. Selagi ada hukuman, selagi ada pencuri, selagi ada penjara – pengampunan akan wujud.
Kesalahan telah dibuktikan di mahkamah. Hukuman telah ditetapkan oleh Tuan Hakim. Badan telah dimasukkan ke dalam penjara. Maka di sinilah muncul konsep minta ampun atas kesalahan yang telah di lakukan.
Badan yang salah minta ampun dari pihak yang menghantar badan masuk ke penjara.
Dalam kes sunglap 42 juta ringgit duit SRC badan itu ialah badan Najib Razak.
Dalam sistem demokrasi Amerika dunia di beri tahu di akhir pentadbiran sebuah pentadbiran sama ada Republikan atau Demokrat Sang Presiden berhak untuk memberi pengampunan.
Pengampunan di Amerika ada pelbagai bentuk. Dari hukum mati jadi hukum penjara. Dari penjara panjang jadi penjara singkat. Dari penjara singkat boleh terus ke perole.
Justeru kita membaca berita tentang soldadu Chelsea Manning yang diampunkan oleh Obama. Soldadu ini didapati bersalah kerana membocorkan maklumat sulit Perang Iraq kepada Julian Assange pengendali Wikileaks.
Chelsea Manning di penjara 35 tahun. Dia salah seorang yang diberi pengampunan oleh Obama Presiden dari Parti Demokrat ketika Obama meninggalkan jawatan Presiden.
Trump dari Parti Republikan pula telah mengampunkan lima orang pegawai yang bekerja di Pejabat Presiden termasuk penasihat politiknya. Juga di ampun sama ialah Steve Bannon pakar strategi dan ketua propaganda Trump.
Kita juga ada membaca berita pengampunan oleh Raja Siam. Agensi berita Tass 12 Disember 2016 telah melaporkan bagaimana Raja Siam Maha Vijaralongkorn pada hari pertabalan telah memberi pengampunan kepada 30,000 warga Siam yang duduk dalam penjara.
Orang tahanan OKU, banduan berpenyakit, banduan pesakit HIV, banduan yang diserang barah atau sakit jiwa semuanya diampunkan. Hanya perogol dan tokan dadah dinafikan pengampunan.
Kita juga ada membaca setiap kali di hari sambutan keputeraan Raja Siam akan ada penjenayah dari dalam penjara yang akan dapat pengampunan.
Di Indonesia juga Pak Presiden ada budi bicara untuk memberi pengampunan kepada penjenayah yang meringkuk dalam penjara.
Portal berita CNN Indonesia melaporkan pada 26 Disember 2019 warga Australia Scott Rush telah menulis surat kepada Presiden Jokowi. Dia minta ampun dari Presiden Jokowi. Warga Australia ini di penjara seumur hidup kerana menyeludup dadah heroin ke Bali.
Scott Rush ditangkap pada April 2005 ketika berumur 19 tahun. Ketika dia menulis surat kepada Presiden Jokowi umurnya ialah 34 tahun.
Apa yang sama ialah semua banduan yang meminta ampun ini telah bertahun dalam penjara. Banduan-banduan ini adalah yang telah menjalani lebih setengah dari hukuman.
Malah semua banduan yang minta ampun ini mengakui kesilapan, menyesal dan minta maaf dan ingin berubah.
Hakikatnya sistem memberi ampun ini bukan satu yang asing. Cara , bagaimana, apa kriteria untuk banduan di ampunkan di Amerika atau Siam atau Indonesia bukan pinggan nasi kita di Malaysia. Kita tidak perlu tahu pinggan nasi orang lain secara terperinci.
Pinggan nasi gulai ikan dan sambal tempoyak kita tidak perlu dibandingkan dengan negara asing. Disini kita makan maka di sini kita basuh pinggan. Kita wajib tahu pinggan mangkuk dan dulang nasi kita sendiri.
Justeru masanya telah tiba untuk kita sebagai warga – yang berkepentingan ke atas negara kita wajib di beri tahu secara detil tentang sistem pengampunan yang berjalan di Malaysia.
Pertama : Rakyat dan orang ramai wajib diberi tahu siapa dan siapa yang menjadi anggota Lembaga pengampunan ini.
Nama ahli Lembaga ini wajib di ketahui umum. Bagaimana dan apa kriteria sosok-sosok ini menjadi anggota Lembaga ini.
Ini untuk membolehkan nama-nama dan sosok yang menggontai Lembaga ini wajib di yakini oleh orang ramai.
Ini untuk mengelak timbulnya desas desus dan segala macam cerita dongeng yang memperlekeh kewibawaan Lembaga ini.
Ketelusan wajib menjadi benteng Lembaga ini.
Ke dua : Berapa kali dalam setahun Lembaga ini bermesyuarat.
Ke tiga : Di mana mesyuarat Lembaga ini di jalankan. Pasti bukan di Old Town Cafe di Jalan Thambypillay Brickfeilds. Bukan kerana cafe ini telah ditutup tapi tempat sedemikian tidak masuk akal.
Pertanyaan – bertemu di mana?
Ke empat : Apa ciri dan syarat yang diperlukan sebelum Sang Banduan boleh meminta ampun.
Apakah Sang Banduan telah menjalani sebahagian dari hukuman ? Telah menjalani setengah hukuman , satu pertiga dari hukuman ?
Atau masuk sahaja ke Penjara Kajang esoknya Sang Banduan boleh minta ampun. Lusa Lembaga pengampunan bersidang dan pada hari ke empat Sang Banduan di bebaskan dari Penjara Kajang.
Ke lima : Siapa yang meminta ampun ? Apakah Sang Banduan akan meminta melalui peguam? Apakah isteri, anak atau ibu bapa Banduan boleh mengajukan permintaan ampun ?
Kalau isteri boleh minta ampun – isteri pertama atau isteri ke dua?
Dalam kes Najib dilaporkan United Malays National Organisation yang memohon ampun. Ini kerana Najib adalah bekas Presiden parti ini.
Apakah organisasi politik dibenarkan. Ini tidak jelas dan menimbulkan pelbagai syak wasangka.
Ke enam: Siapa yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga ini ?
Ke tujuh : Apa peranan Yang Di Pertuan Agong ? Kenapa YDPA terlibat ? Bagaimana keterlibatan YDPA.
Ke sembilan : Apa pula peranan Raja- Raja Melayu yang lain? Bolehkah minta ampun dari mereka?
Ke sepuluh : Bolehkah Sang Banduan meminta ampun dari Yang di Pertua Negara Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak ?
Ke sebelas : Perkara percanggahan kepentingan – clash of intrest. Dalam kes rayuan Najib telah di timbulkan perkara bagaimana Tuan Hakim Nazlan dikatakan ada cacat kerana Tuan Hakim ini adalah juga penasihat kepada Bank yang menguruskan hal ehwal Syarikat SRC.
Maka apakah tidak ada percanggahan kepentingan jika Perdana Menteri Anwar Ibrahim duduk dalam Lembaga Pengampunan. Dalam masa yang sama Anwar memerlukan sokongan Najib agar parti United Malays National Organisation terus memasak Pakatan Harapan.
Babak ini memerlukan penjelasan.
Pasti telah ramai banduan yang telah menerima pengampunan dari YDPA atau dari Raja-Raja Melayu. Ini tidak dipersoalkan.
Apa yang diperlukan pada tahap ini ialah pencerahan tentang Lembaga Pengampunan ini. Keperluan ini timbul kerana kes ada ke contoh : kes pengampunan Anwar Ibrahim.
Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari . Anwar di masukkan ke dalam penjara Sungai Buluh.
Bila Pakatan Harapan menang pada PRU 14 Anwar telah di bebaskan satelah menjalani hampir semua masa tahanan.
Pengampunan Anwar ini telah menimbulkan kontroversi. Ini ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutama yang memusuhi Anwar.
Banyak persoalan ditimbulkan. Justeru dalam kes Najib ini pencerahan dan penerangan wajib di sampaikan kepada orang ramai.
Dalam kes Lembaga Pengampunan ini timbul konsep budi bicara.
Ini satu perkara yang wajib ditolak. Konsep ini tidak boleh dipakai. Konsep ini menjemput salah guna kuasa. Konsep budi bicara ini akan menjemput dan memangkin rasuah.
Sebagai contoh : Konsep budi bicara seseorang itu diakui wujud kalau buah limau itu hak mutlak milik peribadi Abdul Mangkuk. Atau hak mutlak milik Mak Bapak Abdul Mangkuk.
Dalam kes limau Abdul Mangkuk ini orang ramai tidak ada hak untuk mempertikaikan malah tidak perlu bertanya sebab musabab kenapa Abdul Mangkuk memberikan buah limau itu kepada Minah Tembam.
Ke mana buah limau itu pergi adalah mengikut budi bicara Abdul Mangkuk. Amin
Dalam hal pengampunan banduan pasti kita memerlukan rujukan dan panduan. Dalam kes Najib ini bukan saja rakyat Malaysia memerlukan pencerahan dan mengetahui rujukan malah rakyat dunia juga wajib berkongsi maklumat.
Ini kerana kes 12 tahun Najib masuk penjara telah menjadi tajuk berita CNN, BBC, NYT, ABC, Fox TV dan berpuluh-puluh media dunia. Najib Razak dengan bangganya telah menjadi perbualan global. . Amin.
Oppps... Sebelum terlupa. Selain dari penjara 12 tahun Najib juga di denda 210 juta ringgit. Untuk di ampun apakah Najib wajib bayar terlebih dahulu denda ? .(TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/441051
TUMBANGKAN KERJAAN SEKARANG
Kalau nak tumbang,
tumbang sekarang,
jangan ganggu
kerajaan buat kerja – Zaid
KUALA LUMPUR – Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk November tahun lalu akan bertukar tangan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan itu berdasarkan beberapa faktor yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri seperti sudah hilang kepercayaan daripada parti gabungan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.
“Hari-hari, pagi, tengah hari, petang ceritanya kerajaan akan bertukar dan satu lagi cerita sebelah sana pula kata kerajaan stabil.
“Tetapi dari semua akhbar, semua portal yang kita dengar, kerajaan akan bertukar dengan macam-macam teori dan perancangan.
“Di Malaysia ini, selalunya bila banyak sangat orang bercakap macam ini selalunya akan terjadi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya semalam.
Bahkan desas desus itu turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah menyuarakan kebimbangan baginda berhubung keadaan itu.
Titah baginda, rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.
Namun sehingga kini, 222 ahli Parlimen masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.
Menurut Zaid, apabila kerajaan sekarang lupa mereka memerlukan sokongan daripada pihak lain maka berlaku sebagaimana dilalui dua mantan perdana menteri sebelum ini iaitu Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
“Kita lihat Muhyiddin jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia. Kita lihat Ismail Sabri jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia, termasuklah puak-puak UMNO.
“Itulah sejarah kita dalam masa dua tahun ini dan tak ada perbezaan sekarang ini pun,” katanya.
Beliau turut mengaitkan ketidakstabilan politik dalam kerajaan ada kena mengena dengan isu pengampunan Najib.
Katanya, banyak pihak dalam Pakatan Harapan (PH) memandang ringan isu pengampunan mantan perdana menteri keenam itu.
“Macam-macam cerita keluar, kononnya dia patut kekal dalam penjara, pengampunan tak wajarlah, macam macam. Amanah bercakap, (parti) Star bercakap, PKR pun bercakap.
“Bila kita bercakap macam ini sudah tentu timbul perpecahan dalam pakatan itu sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Zaid membuat ramalan antara calon yang ada potensi sebagai Perdana Menteri ke-11 ialah Hishammuddin Hussein.
“Ramalan saya ringkas saja, calon yang ada potensi jadi Perdana Menteri ke-11 ini saya rasa Hishammuddin. Dia ada sokongan daripada UMNO dan ada sokongan daripada pihak-pihak lain juga.
“Saya percaya parti Bersatu akan sokong beliau. Saya percaya Hamzah Zainuddin akan memainkan peranan penting.
“Jadi, apa pun keputusannya, saya menyeru kepada semua pihak, kalau boleh tumbang sekarang, tumbanglah cepat-cepat. Kalau tak boleh, (baik) hentikan, kita banyak kerja nak dilakukan,” katanya.
Menurutnya, kalau setiap hari bercakap pasal tumbang tidak tumbang, sampai bila?
Kata beliau, kalau hendak tumbang, tumbang sekaranglah tetapi kalau tidak boleh tumbang, kekalkan kerajaan yang ada sekarang supaya dapat buat kerja. –
WOIT
KALAU KERAJAAN
INI TUMBANG
MAKNANYA NAJIB
PASTI TIDAK
DIAMPUN
AMIN
MAKNANYA ZAHID
DAN ROSMAH
AKAN KE PENJARA
AMIN
TIADA ESOK
UNTUK ZAHID
TIADA ESOK
UNTUK ROSMAH
AMIN
KHALAS
PENG ANAL SILAP
Pengampunan Najib tidak akan dijadikan bahan kempen PRN, kata penganalisis
PERMOHONAN pengampunan diraja Najib Razak tidak akan menjadi bahan kempen bagi mana-mana parti pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata penganalisis.
Merea berkata Perikatan Nasional (PN) tidak akan mendapat faedah dengan membangkitkan isu itu, dan begitu juga Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Mereka memberitahu The Malaysian Insight, Najib sudah pun disabitkan kesalahan, dan isu itu sudah dimainkan sepenuhnya oleh parti politik ketika pilihan raya umum (PRU) lalu.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata pengundi, terutama mereka yang di atas pagar lebih memilih untuk mengundi berdasarkan kepada isu seperti kos sara hidup.
“Isu pengampunan bukan perkara penting. Najib sudah pun di dalam penjara dan belum menjalani separuh daripada hukumannya. Pada PRN akan datang, pengundi mahu tahu apa yang kerajaan boleh lakukan untuk memulihkan ekonomi.
“Isu Najib sudah banyak kali digunakan pada PRU lalu. Majoriti penyokong PH dan BN sudah menerimanya.
“Tidak ada kesan ketara bagi PH dan BN, malah tidak ada kelebihan untuk PN,” katanya.
Baru-baru ini, parti komponen PH, Amanah terpaksa meminta maaf kepada Umno berhubung kenyataan dibuat pengarah komunikasinya, Khalid Samad yang memohon Agong menolak permohonan pengampunan diraja Najib.
Najib pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah pertuduhan kes pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa.
Beliau juga didenda RM210 juta, yang masih belum dibayar.
Bekas ahli Parlimen Pekan itu memohon pengampunan diraja selepas semua saluran undang-undang sudah digunakan untuk merayu sabitan terhadapnya.
Umno bertindak balas dengan melabelkan Amanah sebagai sekutu yang tidak boleh dipercayai.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian berkata pada sidang akhbar, setiap banduan ada hak untuk merayu dan memohon pengampunan diraja.
“Setiap banduan atau tahanan ada hak untuk merayu. Kita perlu pertimbangkan setiap kes dan menyemaknya atas asas belas kasihan, secara profesional dan tanpa prejudis,” katanya.
Pemerhati politik veteran Mohd Sayuti Omar senada dengan pandangan Mazlan dengan berkata tidak ada parti yang mendapat manfaat dengan memainkan isu pengampunan itu pada PRN.
“Lembaga pengampunan dalam satu kenyataan dengan jelas berkata rayuan Najib tidak ada dalam senarai persidangan semasa, maka ia bukan isu pada masa ini.
“PH atau Umno juga tidak akan dapat apa-apa jika menggunakan isu itu untuk kempen mereka. Parti yang bertanding perlu cuba bercakap tentang isu semasa,” katanya.
Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Khairul Dzaimee Daud berkata kertas rayuan pengampunan Najib akan dipertimbangkan untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan pada waktu yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.
Permohonan itu tidak dibincangkan pada persidangan ke-59 yang berlangsung pada 28 April di Istana Negara. – 5 Mei, 2023.