Selasa, 16 Mei 2023
ALLAH UNTUK SABAH SARAWAK SAHAJA
Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak, kata PM
KEPUTUSAN kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kalah dalam kes itu sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
“Ini khusus dalam kes Sarawak…ia tidak terpakai seperti di Melaka atau Pulau Pinang atau Selangor…itu kena faham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perpaduan Madani Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Tangga Batu di Tanjung Minyak di Melaka hari ini.
Semalam KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Notis pemberhentian rayuan itu yang difailkan pada 18 April lepas menyatakan kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.
Pada 10 Mac 2021 Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland Lawrence Bill, wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian. – Bernama, 16 Mei, 2023.
WOIT
MACAM MANA
KALAU ORANG
SABAH SARAWAK
DUDUK DI SELANGOR
MELAKA ATAU PJ ?
AMIN
BAGAIMANA
KALAU MEREKA
ADA GEREJA
DI KAJANG
AMIN
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KHALAS
KESAH DALAM AIR ASIA
KESAH DALAM
AIR ASIA
AMIN
KESAH DALAM SATU
PENERBANGAN
PESAWAT AIR ASIA
DARI KUCING MENUJU
KLIA TERMINAL DUA
PESAWAT
MELUNCUR NAIK
DENGAN BAIK
PARA PENUMPANG
BERDOA ATAS NAMA
ISA ANAK ALLAH
ISA ANAK ALLAH
ISA ANAK ALLAH
AGAR MEREKA SEMUA
SELAMAT MENDARAT
DI KLIA TERMINAL DUA
AMIN
TERTIBA
DI ATAS LAUTAN SUNDA
ADA RUANG UDARA KOSONG
KAPAL TERBANG MULA BERGOYANG
DALAM PESAWAT
AMARAN DIBERI KAPTEN AGAR
SEMUA MEMASANG
TAPI PINGGANG KELEDAR
DAN DUDUK DI MASING MASING TEMPAT
PENUMPANG MASIH BERDOA
YA ISA ANAK ALLAH
AY ISA ANAK ALLH
YA ISA ANAK ALLAH
SELAMATKAN
AIR ASIA KAMI
YA ISA ANAK ALLAH
SELAMATKAN KAMI
MENDARAT DI KLIA DUA
TETIBA
KAPETN UMUKAN
' PESWAT AIR ASIA TELAH
MASUK KE RUANG UDARA
TANAH SEMENAJUNG'
APAKAH PENUMPANG
AKAN BERTUKAR BUNYI DOA
YA ISA ANAK ALLAH
SELAMATKAN KAMI
KEPADA
YA ISA RASUL ALAH
SELAMATKAN KAMI
KAH KAH KAH
AMIN
SAHIH - ALLAH AGENDA KEMPEN
Kerajaan kaji arahan penggunaan kalimah Allah, 3 perkataan lain, kata Saifuddin
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji serta mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain oleh orang bukan Islam, kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata langkah itu selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, serta bagi penyeliaan dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan undang-undang.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 19 Mei 1986 dan arahan pentadbiran yang kemudiannya dikeluarkan oleh KDN pada 5 Disember 1986.
“Oleh yang demikian, KDN mengambil langkah mengkaji dan mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani is penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’, dan ‘Kaabah’ agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia serta penilaian dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas kerajaan semalam dilapor menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan.
Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 1986 yang melarang perkataan ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’, dan ‘Kaabah digunakan masyarakat bukan Islam adalah “tidak sah” dan “tidak rasional”.
KDN dan kerajaan memfailkan notis pemberhentian rayuan menerusi Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu.
“Pemohon (menteri dalam negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan dengan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac, 2021 dan menolak keseluruhan rayuan ini tanpa arahan mengenai kos,” kata notis yang dilihat The Malaysian Insight.
Mengulas perkara ini, Saifuddin berkata hakim membuat keputusan berdasarkan pendekatan secara pentadbiran dan tidak menyentuh penggunaan kalimah Allah.
“...serta ia konsisten dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur lawan Menteri Dalam Negeri pada 2014.
“Bersangkutan dengan hal ini, keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan itu adalah dibuat mengikut ‘case by case basis’ tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang dalam tindakan mahkamah,” jelasnya.
Beliau selain itu menegaskan KDN komited dalam urusan mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi beraja di Malaysia, khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selaras Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
“KDN sekali lagi menegaskan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sungguhpun setiap individu berhak menganut dan mengamalkan agamanya, namun dia masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan/negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam.” – 16 Mei 2023.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KES INI MAKIN
BERAT BUKAN
KERANA NILAI
KAH KAH KAH
TAPI KERANAN NAK
DIGUNA UNTUK
KEMPEN PRN
AMIN
LARANG SANA
LAARNG SINI
TAK MASUK AKAL
AMIN
KERNA ITU
TUAN HAKIM
KATA : TAK
MASUK AKAL
TIDAK RASIONAL
AMIN
KHALAS
ALLAH - AGENDA KEMPEN
NAMA ALLAH
JADI KEMPEN PRN
KHALAS
Unknown commented on
"NAMA ALLAH -
AJENDA KEMPEN PRN"
Agenda sudah ada untuk PRN, senang saja provoke orang Melayu selama berkurun senang amat senang kan, apa lagi wak pembela agama akan bersuara lantang kuat teriak teriak sampai semua diam, rasuah akan diam, salah guna akan diam curi akan diam semua lain akan diam diam sementara semua fokus kepada agama semua akan digendang palu supaya agama dipertahankan supaya undi Melayu Isle masuk itu saja kah kah kah
TAK PERLU BERBALAH TENTANG NYA
TAK PERLU
BERBALAH
TENTANG NYA
AMIN
Unknown commented on
"SEBUTAN NAMA ALLAH"
Orang politik sekarang... Bukan setakat Islam ditunggang... Tapi nama Allah pun depa pakat tunggang beramai-ramai... Alaah.... Ikut ja cakap Allah... Semua boleh guna. Nak putar kah nak belitkah ikutlah... Orang kapir dah lama guna nama Allah... Allah rilekssss ja.... Semua makhluk dia.... Tapi.... Orang politik memang taikkkkkk..... Yang syioknya..... Penyokong pun sama taikkkkkk...... Ada otak tak boleh guna....
Unknown commented on
"SEBUTAN NAMA ALLAH"
Duduk dalam tempurong apa hanatnya you tau pasai liberalisme?
Haa, Miim commented on
"NAMA ALLAH -
AJENDA KEMPEN PRN"
di zaman serba moden dan serba canggih ini dan di kalangan mereka mereka yang amat mahir serta cakna akan 'agama' mereka,
berbalah tanpa henti akan 'legality' Dia yang mencipta segalaNya,
jelas menonjolkan kewibaan kita di sisiNya...
maka manusia terus merancang....
salaam
ORANG KAMPUNG DENGAN BENDA TU
ORANG KAMPUNG
DENGAN BENDA TU
AMIN
Lazimnya orang kampong tak pedulikan samada nama Allah boleh dipakai oleh orang bukan Islam....tapi bila satu orang sebut Benda Allah tu", semua akan tunjok minat!
SPRM CARI DANA
47 individu ditahan SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 47 individu di seluruh negara menerusi Op Hire 2.0 berhubung tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya.
Menurut sumber, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun disyaki mengemukakan tuntutan kononnya telah mengendalikan program berkenaan kepada Perkeso namun ianya tidak dilaksanakan.
“Ops Hire 2.0 ini ialah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu yang dibuat oleh pengarah-pengarah syarikat menerusi program insentif pengambilan pekerja dan program latihan .
“Daripada 47 orang itu, 14 adalah wanita dan jumlah tuntutan yang terlibat adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta,” katanya.
Op Hire 2.0 ini adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 di seluruh negara dengan kerjasama Perkeso dan SPRM.
Kata sumber, semua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara pada hari ini untuk permohonan reman.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi The Malaysian Insight mengesahkan tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Dalam Op Hire 1.0 sebelum ini seramai 74 orang daripada 60 syarikat ditahan kerana membuat tuntutan palsu bernilai RM88 juta. Daripada jumlah itu, 52 orang telah didakwa di mahkamah.
Menurutnya, tindakan tegas SPRM ini adalah bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu yang serius.
“SPRM juga mengenal pasti ratusan syarikat lain yang membuat tuntutan palsu ini dan akan meneruskan operasi bagi menahan semua yang terlibat.
“Saya menggesa mana-mana syarikat terlibat untuk tampil secara sukarela menyerahkan semula tuntutan yang telah dibuat bagi mengelakkan pertuduhan di mahkamah.
“Kita telah kenal pasti nama dan senarai pemilik syarikat yang terlibat. Bagi tujuan mendapatkan semula kesemua tuntutan palsu terbabit, saya memberi amaran kepada semua untuk tampil segera sebelum SPRM mengetuk pintu pejabat syarikat-syarikat terlibat,” katanya. – 16 Mei, 2023.
WOIT
KAH KAH KAH
47 ORANG NI
SAMA DENGAN
47 DAKWAAN
PADA ZAHID
KAH KAH KAH
TAHNIAH SPRM
KERANA TUTUP
BOCOR
AMIN
SEKARANG GAMIN
TAKDA DUIT
INI CARA BAIK
UNTUK DAPAT
DUIT
AMIN
HARTA NAJIB
HARTA ROSMAH
RAMAS & JUAL
JADIKAN HARTA
NEGARA
KHALAS
NAMA ALLAH - AJENDA KEMPEN PRN
SEBUTAN NAMA
ALLAH
KENAPA ISU NAMA ALLAH
MUNCUL SEKARANG ?
HUJAN TIDAK RIBUT TIDAK
TERTIBA MUNCUL KEMBALI
ISU NAMA ALLAH
APAKAH
ADA KONSPIRASI?
TIMBUL PERSOALAN
KONSPIRASI KERANA
ISU INI DI WUJUDKAN
SEBELUM PRN DI ENAM NEGERI
SAOLAH OLAH SENGAJA
DI UMUMKAN PADA KETIKA INI
WALHAL BOLEH DIUMUMKAN
LEPAS PRN
APA KAH INI
LANGKAH DAULAH TERPENDAM
APAKAH INI TANDA
PEGAWAI KERAJAAN
TIDAK MENYOKONG
KERAJAAN CAMPURAN PH/BN?
MAKA DI UMUMKAN
BERITA INI
KEMUNCULAN
ISU NAMA ALLAH INI
PASTI MEMBERI PELURU
KEPADA PN
KEPADA PARTI ISLAM
KITA PERHATIKAN
APA YANG AKAN BERLAKU
SETERUSNYA
AMIN
SEBUTAN NAMA ALLAH
SEBUTAN
NAMA ALLAH
Kerajaan (Baca Anwar Ibrahim) mungkin telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara menarik semula kes rayuan penggunaan kalimah Allah boleh di gunakan oleh bukan Islam.
2. Rayuan semula itu sangat penting supaya mahkamah memutuskan kalimah Allah hanya boleh di gunakan di Serawak dan Sabah sahaja bagi penganut kristian. Dan bukan agama lain.
3. Tetapi dengan penarikan rayuan itu. Maka penggunaaan kalimah Allah boleh di gunakan oleh semua pihak di Malaysia.
4. Peliknya UMNO yang dalam Perlembagaan Partinya mempertahankan Islam, membisu seribu bahasa. Dan kemungkinan arahan itu di sampai oleh Menteri Undang-undang dari UMNO.
5. Maka ini antara yang boleh di katakan Reformasi Liberal. Dan UMNO adalah penyokongnya.
Terserahlah kepada pengundi jika masih mahu menyokong UMNO dengan berPresiden Zahid Hamidi. -zmy
Mei 15, 2023
Kuala Lumpur.
Zahrin Yassin
TALIBAN SEDANG MERANCANG
AWAS !!!
TALIBAN SEDANG
MERANCANG
KHALAS
Unknown commented on
"TURKI MENGUNDI
SEKALI LAGI"
Jangan mengata orang, kita akan sama nasib, puak puak konon penjaga agama sudah mula bekerja siang malam, cari isu cari modal kutuk kiri kanan provoke sini sana semua kerana nak undi nak menang nak jawatan nak pangkat kah kah kah usah gundah gulana akan sampai sama nasib macam Pakis macam Afghanistan macam Taliban kah kah kah semua pakat tutup under belakang gostan gostan ke zaman unta zaman padang siap sedia woit
SEBUTAN KONSEP ALLAH
SEBUTAN
KONSEP ALLAH
KHALAS
izzy commented on
"KONSEP TAK PERLU
DIMONOPOLI"
Sebelum islam dah wujud pun perkataan tu...
RAYA BELUM HABIS
HARI RAYA
BELUM HABIS
SELASA 16/5/2023
HARI RAYA BELUM HABIS LAGI
RUMAH TERBUKA
MASIH BERJALAN DI SANA SINI
MINGGU LALU DAN MINGGU DEPAN
BANYAK PEJABAT AMBIL MASA PEJABAT
UNTUK BUAT JAMUAN RAYA
RASANYA DI 6 NEGERI
YANG AKAN ADA PRN
PASTI LAGI RANCAK
RUMAH TERBUKA
UNTUK KEMPEN TERBUKA
KAH KAH KAH
ALLAH
NAMA ALLAH KEMBALI
JADI ISU
BILA KERAJAAN BATAL
RAYUAN KEPUTUSAN
MAHKAMAH TINGGI YANG
BENARKAN SAPA SAJA
BOLEH PAKAI NAMA ALLAH
NAMPAKNYA
MELAYU ISLAM INI
NAK MONOPOLI NAMA ALLAH
APAKAH MEREKA TAK SEDAR
ATAU
TAK MEMBACA
NAMA ALLAH INI
DAH WUJUD SEBELUM ISLAM
ADA JUGA NAMA TUHAN ARAB
AL- LAT
AL- UZZA
CANADA
HUTAN TERUS TERBAKAR
MUSIM BUNGA
DAH JADI MUSIM PANAS
YANG AMAT SANGAT
CANADA
CALON TOK BANDAR TORONTO
ADA 100 ORANG NAK BERTANDING
TERMASUK
SAEKOR ANJING
KAH KAH KAH
UKRAINE
ZELENSKY PERGI
KE PARIS
KE BONN
KE LONDON
MINTA SENJATA & DUIT
AGAKNYA BERAPA LAMA
NEGARA INI AKAN SOKONG
KALAU PERANG BERTERUSAN
APA AKAN JADI?
KAH KAH KAH
SIAM
ADA PM BARU
ADA PM MUDA
APAKAH ASKAR
APAKAH RAJA AKAN SETUJU
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
KL & KL SENTRAL
BERJEREBU NIPIS
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA AGAK LEMAH
PIPIT BERLAGU DALAM
PADANG RUMPUT
TERKUKUR BERSUARA KUAT
DARI JAUH SUARA KENG KEENG
PAGI INI
TIDAK ADA SUARA SALAKAN
DARI WARGA ASLI HOKKIEN
EZI DAN TAK TAK
TIDAK TERGANGGU
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
DAN MUNGKIN HUJAN PETANG
KELMARIN HUJAN LEBAT
TENGAH HARI DI SHAH ALAM
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
KITA SAMBUT SELASA
YANG INDAH
BRO
BAGAI KUALI TAK KAN KERING
BILA MINYAK TIDAK DI TAMBAH
TAMAN SERI MUDA JADI RUNSING
HUJAN LEBAT BAWA AIR BAH
BRO
BESAR TUGAL BESAR LUBANGNYA
PADI TAK TUMBUH PERUT LAPAR
KAKI PUTAR BESAR LEBONGNYA
SATU HARI KENA PENAMPAR
BRO
BILA BADAN RASA LETIH
KAKI SAKIT URAT KEJANG
DUIT RASUAH MELIMPAH LEBIH
SPRM MASUK HANTAR KE KAJANG
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENERUSKAN
HARI RAYA