Jumaat, 9 Jun 2023

DAP DAN ELTON JOHN

 

DAP & ELTON JOHN

JAMBU ELTON CABUT LARI
ELTON CAKAP SORRY
JAMBU TAK PEDULI
KESIAN
AMIN
PEMUDA UMNO
TUNTUT DAP CAKAP SORRY
DAP TAK AKAN KATA SORRY
PADAN MUKA GEROMBOLAN
KHALAS

30 TAHUN MINUM TEH TARIK



30 tahun PAS jaga Kelantan, air tetap berkarat, kata Ahmad Zahid


PARTI dalam kerajaan perpaduan perlu menawarkan untuk membawa perubahan besar ke atas pembangunan asas seperti bekalan air di Kelantan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau pada masa sama menyelar kerajaan pimpinan PAS yang masih gagal membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.

“Banyak agenda pembangunan asas, terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar. Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam.

“Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih. Soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba,” katanya.

Tambah beliau lagi pemimpin PAS tidak mampu memperbaiki mutu bekalan air bersih tersebut walaupun sudah mentadbir Kelantan selama tiga dekad.

“Apakah mereka tidak diberi peluang? Tiga puluh tiga tahun menjadi pemerintah di negeri dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal dijernihkan.

“Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka,” kata Ahmad Zahid.

Beliau sehubungan itu menyeru pengundi dari negeri tersebut memberikan peluang kepada kerajaan perpaduan bagi membolehkan kebajikan mereka terus terjaga.

“Oleh yang demikian, sudah tiba masanya anak-anak Kelantan, Kedah dan Terengganu di perantauan, fikirkanlah nasib ibu ayah yang tinggal di negeri-negeri berkenaan.  

“Janganlah dek kerana satu undi yang kita berikan, kita akan terus membiarkan ibu ayah kita, berhadapan dengan kesulitan hidup berterusan.

“Inilah masanya untuk mereka bersama-sama dengan kerajaan Malaysia,” kata Ahmad Zahid lagi dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 hari ini.

Katanya, selain Kelantan, Umno perlu memastikan negeri majoriti Melayu seperti Kedah, dan Terengganu dapat dirampas kerajaan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Presiden Umno itu berkata, negeri yang kini ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak wajar dibiarkan terpisah daripada pentadbiran kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

“Umno memikul amanah yang amat besar kerana berhadapan dengan negeri-negeri yang dikategorikan sebagai jalur Melayu atau ‘the Malay belt’ iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa umat Melayu dan rakyat di negeri-negeri berkenaan, menjadi sebahagian daripada kerajaan Madani yang benar-benar mencerminkan wajah Malaysia.  

“Kita tidak mahu negeri-negeri berkenaan diheret ke kancah fahaman politik yang memisahkan rakyatnya, daripada hakikat laman politik tanah air,” kata Ahmad Zahid. – 9 Jun, 2023.

YA USTAD

YA MAULANA

NAK TANYA

KAH KAH KAH

APAA HUKUMNYA

AMBIL AIR

 SEMBAHYANG

PAKAI TEH TARIK

AMIN

KHALAS

RAJA TAK MINAT TOK ARAB


RAJA MELAYU

TAK SUKA ARAB

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "RAJA-RAJA MELAYU TIDAK DIMAKLUMKAN"

Jangan takut Rajo kito lebih mandang pado nogorhi maju First World Countries mcm UK, Sweden, Ukraine, Russia .. belom ado lagi Rajo kita mandang pado Arab .. yang banyak jadi Arab adolah Molayu kasta rendah.

DAP TIDAK AKAN MINTA MAAF


Lupakan kisah silam, Loke beritahu Pemuda Umno

TIDAK perlu lagi mengungkit kisah silam antara Umno dan DAP kerana ia tidak akan berkesudahan, kata Anthony Loke.

Umno dan DAP kini berada di dalam kerajaan perpaduan, justeru sudah tiba masanya kedua-dua parti itu mengorak langkah ke hadapan, ujar setiausaha agung DAP itu.

Beliau berkata demikian mengulas tuntutan Pemuda Umno semalam agar DAP memohon maaf atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti Melayu itu sewaktu kedua-dua parti bermusuhan sebelum ini.

“Setiap orang ada pandangan masing-masing.

“Bagaimanapun, saya bersetuju dengan inti pati ucapan Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi), yang meminta semua orang lupakan kisah silam dan bersatu demi negara.

“Kalau kita terus ungkit kisah lama, perkara ini tidak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh dalam ucapan dasarnya semalam berkata, DAP perlu memohon maaf kepada Umno untuk melembutkan hati orang Melayu agar memilih mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

DAP juga katanya perlu membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.

Selain itu, DAP perlu membuktikan parti itu tidak akan bersikap anti-Melayu, anti-Islam, rasis, dan berkiblat komunis sewaktu menyertai kerajaan perpaduan, tambah Akmal.

Mengulas lanjut, Loke berkata apa yang lebih penting ketika ini semua parti dalam kerajaan perpaduan fokus kepada usaha untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang terjalin sejak enam bulan lalu.

“Tak perlu kita ulas lagi (isu minta maaf). Kerajaan ini sudah berfungsi dengan baik. Kalau kita terus berpolemik dengan kisah lama, ia tidak akan berkesudahan.

“Kerajaan sudah terbentuk, dan Kabinet sudah berfungsi dan bermesyuarat bersama setiap minggu selama lebih enam bulan.

“Setakat ini tak timbul isu ketidakserasian parti dalam kerajaan perpaduan. Apa yang penting hari ini, kita kena tunjukkan komitmen kita untuk bekerjasama. 

“Kita lupakan persengketaan politik. Itu sudah dinoktahkan sejak penubuhan kerajaan perpaduan pada November lalu,” katanya. – 9 Jun 2023.

DAP TIDAK

AKAN MINTA 

MAAF

KHALAS

SELAGI KIT SIANG

GUAN ENG

RAMASAMY

NGAH KOMENG

MUSTAHIL DAP

AKAN DIYAKINI

BANI MELAYU

AMIN

TONI LOKE

CHIN TONG

TAK DAPAT BUAT

APA APA

KHALAS

RARA SHEIKH

SHAHREZAN PUN

TERWAJIB SENYAP

AMIN

KHALAS

SELAMAT DARI TALIBAN



KERAJAAN INI

SELAMATKAN

KITA SEMUA

DARI TALIBAN

KHALAS

Unknown commented on
 "JANGAN PAKSA
 PERGI KE SYURGA"

jika nuar dap dan amanah dah boleh nyanyi lagu penyamun bersama penyamun.. apa lagi kita nak harap dengan kerajaan madanon ni .. kah kah kah

TAK ADA MUSUH ABADI



DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH

ABADI 

AMIN

YANG ADA 

KEPENTINGAN 

KUASA

KHALAS

Unknown commented on
 "ZAHID AMAT JUJUR"

Dulu lawan sekarang kawan, kawan sebab ada kepentingan masing-masing, ini semua biasa, dulu Mahathir cakap PAS pun Taliban tapi sekarang jabat tangan, semua kira settle, janji boleh selamat diri anak beranak, dalam politik seperti TT selalu cakap, tak ada yang kekal habis samada kawan atau lawan, ikut musim ikut suasana ikut iklim, kalau UMNO menang besar mana nak kawan dengan DAP? Pakai otak bukan emosi bukan zaman Pak Kaduk lagi kah kah kah jadi cerdik sikit, bangsa sendiri sudah tolak, agama sendirian sudah tolak jadi kena kawan dengan musuh supaya selamat luar penjara itu saja, senang kan, susah nak terima lagi kah? 
Kah kah kah lagi satu jangan buang duit buat poster buat banner buat iklan sign board besar, tak payah tak payah, orang sekarang dah pandai baca dah pandai menulis, duit kempen pakai bagi makan minum karaoke bantu orang senang sekali sekala, asyik bagi orang papa kedana, orang senang dapat apa? Tapi nak undi orang senang saja, kah kah guna akal guna cara moden kempen boleh tak? Kah kah kalau tidak masuk longkang masuk gaung tak boleh bangkit lagi ada faham tak kah kah kah

MELAYU TAK AKAN UNDI DAP


MELAYU TAKAN

UNDI DAP

AMIN

KHALAS

Unknown commented on
 "GEROMBOLAN DAP"

Kah kah kah
Kah kah kah
Woit engkau orang ada faham tak? DAP kuat jangan salah jangan silap, yang kalah siapa? Engkau kena lembut hati pengundi Melayu untuk sokong engkau? Pengundi Cina sokong DAP kah kah kah, DAP menang bukan kerana pengundi Melayu pun lah, nak tipu siapa? Sebenarnya Ahli UMNO pun tak undi engkau orang lah, undi Melayu pecah belah, banyak parti masuk kah kah kah 

ini karma engkau jugak zaman Mahathir dulu, engkau orang pecah belah orang lain, sekarang kena balik itu sahaja, kalau tak sertai kerajaan engkau lah paling ramai masuk mahkamah, cerita Najib terus senyap menyap kenapa ya? Lepas nak ampun semua diam sebab nak ada PRN ? Semua ini wayang pesta yang diaturkan oleh bijak pandai politik, untuk menang buat apa saja janji boleh sumpah boleh, asal menang, baru ini nampak perubahan rakyat tapi semua tanah jual kepada peniaga hartanah semua tempat, mereka bina rumah hanya untuk orang kaya belaka kah kah kah

ZIONIS LETUPKAN RUMAH


PALESTINIAN

 AUTHORITY

JADI MANDUL

AMIN

JADI PERKAKSA

ISREAL UNTUK

TERUS BERKUASA

AMIN

TANGGUH BERTAHUN

PILIHANRAYA

PRESIDEN

AMIN

KHALAS

JANGAN PAKSA PERGI KE SYURGA


JANGAN PAKSA

PERGI KE SYURGA

AMIN

KHALAS



Unknown commented on 
"INI DARI MALAYSIA"
Sapa nak ke syurga sila kan, siapa pilih nak ke neraka dijemput jugak, tak payah paksa tak payah ambil tiket, lihat diri perbuatan sendiri tentukan nak pergi mana, tapi sekali sekala guna logik otak, guna detaran hati, selalu cermin diri dahulu supaya kita perbaiki diri dahulu, jangan paksa orang ikut cara kita, nak jadi putih nak jadi hitam nak jadi coklat bukan pilihan kita pun, tapi belajar Hormat menghargai orang lain, memang tak sama, memang berbeza beza tapi jaga diri, jaga kelakuan sendiri sudah amin kah kah kah

RAKYAT JADI MANGSA VAKSIN


VAKSIN JADI

POLITIK

AMIN

RAKYAT JADI

MANGSA

KHALAS

Unknown commented on 
 Vaksin business baik, untung cepat, betul atau tidak entah ada virus atau tidak, tak nampak cuma boleh sakit, boleh susah nafas, terus vaksin, banyak kerajaan dunia beli vaksin, tauke vaksin kaya raya, kita pulak pun tumpang sama sebab knowledge tak ada, pakat pakat ikut sama, tak ada kajian tak ada buku oleh PhD kita,

 ramai pulak tapi semua bab pasal politik politikus sahaja yang ada, sabjek memang laku memang dapat untung sampai peng anal berlumba lumba kaji kiri kanan sekarang pun sibuk nak tahu siapa boleh menang PRN kah kah kah senang senang amat senang sembang politik siang malam, makan ada kopi o ada media sosial ada TikTok ada semua peluang peluang sembang politik tapi jangan lupa keluarga jangan lupa kerja nanti susah makan nasi kah kah kah

BOM NUKLEAR AKAN MELEDAK



JIKA ASKAR NATO

MASUK KE UKRAINE

MAKA RUSIA AKAN

SERANG EROPAH

AMIN

AWAS !!!

BOM NUKLEAR

AKAN MELEDAK

KHALAS

GEROMBOLAN TIBAI MAHU DAP MINTA MAAF


Pemuda Umno tetap dengan pendirian mahu DAP mohon maaf

PEMUDA Umno berkeras agar DAP memohon maaf sebagai usaha melembutkan hati masyarakat Melayu untuk menerima parti tersebut.

Ketua pergerakan itu Dr Akmal Salleh berkata Pemuda Umno tidak berganjak dengan tuntutan tersebut kerana itu adalah suara akar umbi orang Melayu.

“Kebenaran itu kadang kala pahit tetapi saya nak beritahu yang pahit itulah ubat untuk mengubati.

“Jadi apabila Pemuda bersuara, inilah suara akar umbi dari bawah. Pemuda di hadapan saya, jangan pernah rasa apologetik. Keluar dari dewan ini kita patut bangga kerana kitalah bawa suara akar umbi,” kata Akmal.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di Kuala Lumpur petang tadi.

Akmal awal hari ini turut memberi ingatan agar DAP membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.

Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi balasnya mengingatkan isu berkaitan hubungan Umno dan DAP tidak seharusnya dibangkitkan memandangkan kedua-dua parti membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Akmal berkata pihaknya tetap dengan pendirian itu.

“Kenyataan yang kita buat pagi tadi, sama sekali tidak akan kita tarik. Itu muktamad. Biarlah orang kata kita langau, biarlah orang kata kita biadap, yang penting kita tahu kita bawa suara rakyat di bawah ini. 

“Kita tak gentar dengan apapun yang akan berlaku di depan, selagi mana kita membawa suara keramat akar umbi Umno ini.

“Kami sayang parti kita, parti Umno. Kalau tak sayang, kami tak cakap perkara yang betul. Kalau tak sayang, kami tak duduk dalam dewan ini,” kata Adun Merlimau itu lagi.

Beliau turut menjelaskan, kenyataan itu dikeluarkannya kerana rasa sayangkan parti.

“Ada orang kata bila kita marah, kita benci. Tidak bermakna marah benci, kita marah kita sayang.

“Kalau dulu ayah kita marah kita sebab benci kita? Sama juga anak-anak ini. Anak-anak ini ada ideanya. Kita tidak marah. Kita tegur apa yang tidak betul. Itu sahaja,” kata Akmal.

Beliau turut menyeru anggota Pemuda Umno agar terus mempertahankan prinsip asas Umno iaitu Melayu dan Islam.

“Ini parti Melayu. Umno ini adalah Melayu. Maka Umno ini perjuangan Melayu, Islam. Apa sahaja yang berlaku jika ada mana-mana pihak dari luar atau dalam parti menggugat prinsip kita, akan kita tentang makhluk itu sehabis-habisnya

“Kita tidak boleh diam sahaja. Ini parti kita, maka bersuaralah pemuda. Tidak boleh duduk membisu, tak boleh. Perlu bersuara demi parti keramat orang Melayu,” tambahnya. – 8 Jun, 2023.
 

GEROMBOLAN

MARAH DAP

KAH KAH KAH

MANGKUK NI

TAK FAHAM

AMIN

TANPA DAP ZAHID

MASUK PENJARA

AMIN

KERAJAAN AKAN

TUMBANG

AMIN

HANYA DAP

BOLEH SELAMATKAN

ZAHID

AMIN

KERANA ITU ZAHID 

BERLEMBUT MINTA

JANGAN BUKA

 HAL DAP

KHALAS

RAJA-RAJA MELAYU TIDAK DIMAKLUMKAN


Titah Sultan Selangor bukti isu kalimah Allah belum dirujuk ke Majlis Raja-raja, kata Hamzah

Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Anwar Ibrahim semalam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam membuktikan perkara ini dikeluarkan oleh perdana menteri sendiri, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, titah baginda yang meminta supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja jelas menunjukkan bahawa isu ini belum dirujuk Majlis Raja-raja seperti yang didakwa oleh Anwar sebelum ini.

"Kes Jill Ireland dikeluarkan oleh (ahli Parlimen) Tambun sendiri apabila kata dah rujuk kepada Majlis Raja-raja," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Semalam kita dapat tahu Sultan Selangor telah keluarkan kenyataan selaku pengerusi MKI bahawa baginda mahu isu ini dibawa ke Majlis Raja-raja.

"Maknanya isu ini belum dirujuk lagi."

Pada 15 Mei, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah "Allah" dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas itu menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Seterusnya pada 23 Mei lalu, Anwar ketika di Dewan Rakyat menafikan dakwaan bahawa keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah tidak dirujuk kepada Majlis Raja-raja.

Beliau yang juga ahli Parlimen Tambun berkata, keputusan perkara itu telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan Majlis Raja-raja.

Pada masa sama, Hamzah turut memaklumkan bahawa usul persendirian yang dikemukakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail untuk meminda Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) bagi memuktamadkan tafsiran dan penggunaan kalimah Allah di negara ini ditolak Yang di-Pertua Dewan Rakyat, semalam.

HAMZAH NI

CAKAP BENAR

AMIN

INI BUKTI

AMAT  JELAS

AMIN

TAPI RAJA RAJA

MELAYU TAK MAHU

TALIBAN  JADIKAN

MELAYU ARAB

AMIN

KHALAS

ZAHID AMAT JUJUR



Tidak perlu timbul lagi isu DAP perlu minta maaf – Zahid

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk DAP memohon maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO bagi membuktikan bahawa parti itu benar-benar ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu tidak timbul lagi kerana ia sudah melalui rundingan lebih awal antara UMNO dan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Perkara itu tidak perlu  timbul lagi, kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali.

“Malah di dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun perkara itu menjadi syarat utama kepada kita.

“Mereka bersetuju 100 peratus dan tidak perlu kita ulangi perkara yang telah mereka persetujui,” katanya pada sidang media di Laman Media pada Perhimpunan Agung (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak DAP meminta maaf serta menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap UMNO sebelum ini.

Dr Akmal berkata, jika  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sanggup ke Sarawak untuk meminta maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, mengapa tidak perkara yang sama dilakukan terhadap UMNO. – 

ZAHID BERCAKAP

JUJUR

AMIN

DIA JAGA

DIRINYA DULU

AMIN

ZAHID TAHU TANPA

DAP KERAJAAN

AKAN RUNTUH

AMIN

BILA KERAJAAN

RUNTUH DIA AKAN

MASUK PENJARA

AMIN

KHALAS

INI DARI MALAYSIA


INI DARI

MALAYSIA

AMIN

Unknown commented on
 "WAJIB TONTON PENYANYI
 BUTA DARI INDONESIA"

apa beza penyanyi buta indon ini dengan penyanyi buta malaysia?

LELAKI GEMBIRA


LELAKI  WANITA

GEMBIRA 

BERADA 

DI MANA MANA

KHALAS

Unknown commented on 
"ADA TALIBAN GEMBIRA"

Roslan sms lah tu. Dalam Twitter dia banyak dia like porno gay. Lepas dah terbongkar dia nafikan dan kata twitter nya kena hacked. Sejak tu dia dah ghaib dari alam Twitter.

MANGSA VAKSIN


MANGSA VAKSIN

KHALAS

Unknown commented on
 "PROJEK KURANGKAN MANUSIA"

Saya warga mas. Sejak kena suntik saya terus tak boleh jalan. Kini guna kerusi roda.

ESOK UJUNG MINGGU


UJUNG MINGGU

JUMAAT 9/6/2013

ESOK UJUNG MINGGU
KITA MELIHAT CUACA MAKIN PANAS
PERUBAHAN IKLIM MAKIN JELAS
KELAMRIN UJAN LEBAT
BAWA SEJUK YANG DITUNGGU

CANADA
HUTAN MASIH TERBAKAR
RIBUAN HEKTAR MUSNAH
JEREBU 
MEREBAK  SAMPAI KE NEW YORK

BANTUAN BOMBA
DATANG DARI BANYAK NEGARA
EROPAH HANTAR 300 BOMBA
TAPI PANAS KERING
TERUS MEMBAKAR HUTAN

AMERIKA
SELASA INI TRUMP
AKAN DI DAKWA LAGI
KALI INI KERANA AMBIL
MAKLUMAT SULIT 
BAWA PULANG KE RUMAH
SATELAH TAK JADI PRESIDEN

UKRAINE
PERTEMPURAN HEBAT
SEDANG BERJALAN
ASKAR UKRAINE
CUBA AMBIL KEMBALI
WILAYAH YANG TELAH MERDEKA
BERPISAH DARI UKRAINE

BANJIR KERANA EMPANGAN PECAH
BERTERUSAN
WABAK CHOLERA MUNGKIN MUNCUL

PALESTIN
JURUGAMBAR PALESTIN
DITEMBAK DI KEPALA
KETIKA MENGAMBIL GAMBAR
ZIONIS MERUNTUHKAN RUMAH

HOKKIEN
PAGI INI INDAH SEGAR CERAH
DI TEBING PINTU MASUK
DENGAN LANTANG
HOW WOW TELAH BERSUARA
DARI POKOK TINGGI

SAEKOR GAGAK
TERBANG MELINTAS
SAMBIL  BERSUARA KUAT

WOW
APAKAH ADA KEMATIAN
PAGI INI KERANA
GUA NAMPAK BANYAK KERETA
BESAR BESAR  MELINTAS

MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU INDAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI JUMAAT YANG NYAMAN

BRO
HIDUP KITA INI
ADALAH PESANAN KITA

BRO
CARI KEBENARAN
BUKAN CARI KENYAMANAN

BRO
LU JADIKAN KEBERANIAN
SEBAGAI  KAWAN SETIA
BILA MERONDA DALAM HIDUP

BRO
LU JADI LU
TERUSKAN
LU JADI YANG TERBAIAK

BRO
KITA MESTI BERANI
AMBIL RESIKO
ATAU HILANG KESEMPATAN

BRO
TAK MUNKIN
PADA SESIAPA
YANG TIDAK MAHU

BRO
KALAU BATU ITU
TIDAK DI HIMPIT
IANYA TAK JADI BERLIAN

BRO
KALAU LU ADA HARAPAN
SEMUANYA MUNGKIN

BRO
SAPU BUKAN SEBARANG SAPU
SAPU LIDI BANYAK GUNANYA
TAHU BUKAN SEBARANG TAHU
TAHU DIRI NAMPAK TUAHNYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT
ESOK UJUNG MINGGU