Ahad, 9 Julai 2023
PENCERAHAN SEORANG GURU
PENCERAHAN
SEORANG GURU
KHALAS
@anawimahadi
@anawimahadi
2 hours ago
Terbaik Ustaz ...
Cara ustaz tadabur Alquran sgt2 baik...Ustaz punya fikiran terbuka
Saya suka Ustaz...sama dg DR Danial...
Tapi majority penyokong PN...
Byk nya yg bengap beku..
Tebal sgt2 PERKAUMANNYA.....
@thienheevun23
@thienheevun23
3 hours ago
Cukup Mantap! Kalau lah semua orang ikut pendapat dia aman dan maju lah Malaysia.Ini lah ajaran yg paling betul.terbaik!!🙏👍👍👍
@allblacks846
@allblacks846
2 hours ago
Terbaik nasihat kpd masyarakat Malaysia, Islam agama yg adil , Alhamdulilah sgt setuju pendapat ustaz, Ini pun satu bentuk dakwah kpd org bkn Islam,
@Lugataji-gw5lw
1 hour ago
Saya setuju&sokong 1000% kalau saya dari kecil jumpa ustz mcm ni dari kecil sya dah peluk islam..
@harrismd4267
2 hours ago
Ceramah yang mantap sekali.. Wahai manusia sedarlah kamu..
@sazalimdhashim7037
2 hours ago
Ustaz paling terbaik pemikiranya,dalam cara kehidipa manusia berlang bangsa
@iskandariskandar3955
2 hours ago
Saya sokong apa yg diperkatakan itu.pembawakan kedamaian sesama manusia.
@setataa5746
1 hour ago (edited)
Terbaik ustaz....satu persepuluh org Melayu Islam di Malaysia mempunyai pemikiran daya tafsiran Iman kepada agama sendiri saperti ustaz ini....Aman damai negara Malaysia.....bangsa sendiri menghambat bangsa,agama hingga perpecahan.....DAP dipersalahkan,,, memang sangat sedih org Melayu...
Buat ustaz ini....moga terus mendapat berkah yg soleh...hidup
harus berperinsip....betul itu betul...salah itu tetap salah....sayang agama mu dan jangan tafsir menilai cara bangsa lain dgn agama mu..
@malynaisma1321
3 hours ago
Betul.. Saya setuju... Kita orang lslam perlu tunjuk akhlak yang baik... Jangan sampai mereka takut mendekati lslam kerana perangai dan akhlak kita...
@razak-pe2hw
3 hours ago
Terbaik pencerahan mamat ni.harap orang PAS dgr dan fahamkan
NILAI RINGGIT. MAKIN MURAH
Dolar mengukuh, rakyat Singapura banjiri Johor
KEJATUHAN nilai ringgit menyebabkan perniagaan di Johor melonjak apabila rakyat Singapura membanjiri negeri itu pada hampir setiap hujung minggu dan cuti sekolah untuk membeli-belah, menyebabkan Johor hampir pulih daripada ekonomi pasca Covid-19, lebih cepat daripada dijangka.
Walaupun perniagaan agak lembab pada hari biasa, perniagaan hotel di pusat bandar Johor menjadi bermaya pada hujung minggu dengan kadar tetamu dilaporkan setinggi 80%, dan malah 100% ketika cuti panjang hujung minggu dan cuti sekolah di Singapura.
Antara yang gembira dengan perkembangan itu ialah Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Hotel Malaysia (MyBHA) yang juga Pengerusi MyBHA Johor Jarod Chia.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 30% rakyat Singapura yang menyeberangi Tambak Johor untuk membeli-belah dan makan di Johor, dilaporkan menginap di hotel ketika cuti hujung minggu.
Chia memberitahu The Malaysian Insight semua hotel di pusat bandar Johor menerima tempahan penuh ketika cuti sekolah Singapura pada Mei.
Bagaimanapun, lonjakan terbaru itu membawa masalah baharu dan menyebabkan rakyat Singapura yang tidak suka tersekat dengan kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya, mengubah rancangan hujung minggu mereka.
“Kesesakan lalu lintas melampau menyebabkan ramai rakyat Singapura tidak mahu ke Johor,” kata Chia.
Sebaliknya, mereka memilih ke Thailand, Vietnam dan negara berjiran yang lain di mana mereka masih menerima nilai baik daripada dolar mereka yang tinggi, kata Chia.
“Terbang masuk, terbang keluar, tiada kesesakan lalu lintas. Malam, mereka sebenarnya tidak semestinya perlu ke Malaysia untuk cuti hujung minggu.
“Thailand, Vietnam dan negara Asia Tenggara lain dekat saja.”
Chia berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, termasuk campur tangan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, ia akan mengambil sedikit masa.
“Kesesakan lalu lintas itu bukan boleh diselesaikan oleh Johor sendiri,” katanya merujuk kepada Jabatan Kastam dan Imigresen yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan.
“Kesesakan lalu lintas ini berlaku sejak sekian lama dan saya tidak fikir ia boleh diselesaikan serta-merta.”
Onn sebelum ini mencadangkan lima penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan kesesakan, terutama ketika waktu puncak.
Antaranya ialah beliau mencadangkan semua kaunter dibuka ketika waktu puncak dan imigresen perlu menyelesaikan isu kekurangan kakitangan dan masalah bayaran lebih masa.
Onn juga menyentuh berkenaan penyelenggaraan kemudahan awam, seperti tandas, dengan memberikan lesen kepada kontraktor di Tambak Johor dan Linkedua, mengarahkan jabatan imigresen dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura memantau kebersihan kemudahan berkenaan. – 9 Julai, 2023.
WOIT
BILA DUIT
MURAH RAKYAT
SINGAPURA
ENJOI DE MENJOI
KAH KAH KAH
APAKAH INI
IKUT KATA RAFIZI
ATAU IKUT KATA
LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
KHALAS
RUMAH KENA TEMBAK
Tujuh saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak – Polis Kelantan
KOTA BHARU – Polis Kelantan telah memanggil tujuh saksi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap rumah seorang penjawat awam di Kampung Guntong dekat Kok Lanas, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti motif kejadian dan sedang mendapatkan maklumat baharu untuk diteliti.
“Kami akan melihat daripada pelbagai sudut dan kenal pasti motif di sebalik kejadian termasuk kemungkinan dendam,” katanya.
Semalam media melaporkan, sebuah keluarga di Kampung Guntong, Kok Lanas, di sini berdepan detik cemas apabila rumah dan kenderaan mereka dihujani tembakan daripada individu tidak dikenali.
Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemukan beberapa kesan tembakan pada rumah itu serta pada kenderaan berhampiran.
Susulan kejadian itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi ASP Mohd Ridhuan Ismail dengan menelefon 019-2454224 atau 09-7752200, atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- BERNAMA
WOIT
PENJAWAT AWAM
NI KERJA APA?
AMIN
SAJE TANYA
JNGAN MARAH
KAH KAH KAH
KELAMRIN ADA
LAPORAN RUMAH
PEGAWAI POLIS
KENA BEDIL
AMIN
KES SAMA KE ?
GEDEBE LAWAN
GEDEBE
AMIN
ADA JANJI
TAKK TUNAI KE
KAH KAH KAH
KHALAS
TALIBAN KOCIK
TALIBAN KOCIK
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"MELAYU SAMA TAKUT TALIBAN"
Berita ngatakan duo ekor budak sekolah ARAB tibai adik nye hingga mampos. Di katakan bebudak tu ngelami tokanan jiwa sobab dah 2 tahun kono ragging kek sekolah Arab tu .. tahun lopeh pon ado berlaku kes yg samo.
Nak tanyo kes cam ni ado tak kito nonggar berlaku di sekolah Cino atau Koling. Mako boto la kato TT tu .. jam ni kito kono takot kek Arab TALIBAN .. tuckbEEr
KERAJAAN TIDAK KUKUH
KERAJAAN
TIDAK KUKUH
BILA BILA BOLEH
TUMBANG
ITU SEBAB NILAI
RINGGIT JATUH
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"BUKAN BERITA RAHSIA"
tt mohon pencerahan... walanon kata skang dah ada akta ibrahim ali.. tapi kenapa mat retorik nampak takut sangat hari2 kata kerajaan nak tumbang.. ada orang nak rampas kerajaan.. why tt why ? pelik sungguh... kah kah kah
HERBA LAWAN KENCING MANIS
HERBA TERBAIK
DAUN KETUM
LAWAN
LAWAN KENCING
KHALAS
"PERANG LAWAN
KENCING MANIS"
perang kencing manis? perang dulu jangan bagi masuk koka kola, megi, ramlee berger, keropok jajan dalam plastik, kentang goreng, ajinomoto, goreng pisang. lepas tu kempen kurangkan makan nasik, wajibkan makan sayur hijau banyak.
BUKAN BERITA RAHSIA
Najib keluar penjara habis masa depan politik Zahid, dakwa Wan Saiful
KUALA LUMPUR – Kedudukan Presiden UMNO akan terkesan sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak diberikan pengampunan diraja, dan keluar penjara, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.
Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, pandangannya itu berdasarkan kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru agar penyong Najib bertindak mengasingkan perundangan terhadap beliau dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
“(Datuk Seri) Ahmad Zahid tidak akan mahu Najib keluar (penjara), Najib keluar, habis masa depan politik Ahmad Zahid,” kata Wan Saiful dalam siri ceramah isu-isu semasa di Markas PAS UDM Paya Stesen pada Khamis lalu.
Wan Saiful mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang berkata, tidak ada sebab untuk penyokong bekas perdana menteri itu untuk memboikot PRN pada 12 Ogos depan.
Susulan kenyatan Presiden UMNO itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa mengakui ramai penyokong bapanya itu seolah-olah sudah hilang sabar terhadap isu pembelaan terhadap Najib.
Wan Saiful turut berkata, kenyataan Ahmad Zahid adalah sesuatu yang tidak perlu dilafazkan kerana UMNO kini adalah penyokong kepada Kerajaan Perpaduan.
Jelas beliau, kenyataan Ahmad Zahid dilihat canggung kerana beliau adalah timbalan perdana menteri dan mempunyai matlamat untuk membantu Najib.
WOIT
SEMUA ORANG
DAH TAHU ZAHID
MAHU NAJIB
TERUS DI KAJANG
AMIN
INI BUKAN
LAGI RAHSIA
AMIN
JIKA NAJIB BEBAS
ZAHID AKAN JADI
GANTI DI KAJANG
KAH KA KAH
ITU PASAL ANAK
NAJIB SEDANG
MEROYAN
AMIN
NAJIB DAH
KENA KENCING
KHALAS
PERANG LAWAN KENCING MANIS
Malaysia pertimbang perang terhadap diabetes – Zaliha
SEREMBAN – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan perang terhadap diabetes, seperti yang telah dilakukan dilakukan di Singapura.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu diyakini berkesan untuk mengelakkan lebih ramai rakyat menghidap penyakit tersebut.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.
Menurut beliau, pada masa ini, kerajaan menanggung kos kira-kira RM4.9 bilion setahun untuk menangani masalah diabetes di negara ini.
“Apabila pesakit-pesakit mengalami diabetes, dia dapat komplikasi, akan beri kesan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana belanjawan digunakan sepenuhnya untuk merawat pesakit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kohort Diabetes Seremban (SeDia) di sini, hari ini.
Sebelum itu, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli berangkat ke majlis pelancaran Kohort SeDia.
Berangkat sama, Tunku Besar Seri Menanti merangkap Pengerusi IMU Health Sdn Bhd, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Berhubung SeDia, Dr Zaliha memberitahu, kajian yang dijalankan secara bersama oleh KKM dan International Medical University (IMU) itu akan mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun.
Beliau menambah, kajian tersebut akan melihat tentang faktor penyebab diabetes khususnya dari segi genetik, ekonomi dan persekitaran.
“Kajian ini apabila kita dapat kelak kita boleh melihat di mana intervensi yang boleh kita lakukan terhadap pesakit.
“Kemungkinan kiita boleh lakukan kerjasama dengan pelbagai pemegang taruh termasuk Kementerian Pendidikan dan universiti,” jelasnya.
Dr Zaliha berkata, kesedaran masyarakat juga akan dipertingkatkan khususnya dari segi pemakanan sihat agar mereka mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. –
PERTAMA GUNA
KENCING MANIS
BAGI SEMUA FAHAM
AMIN
SOKONG PERANG
LAWAN
KENCING MANIS
AMIN
GUNAKAN KETUM
HERBA TERBUKTI
BOLEH LUPUS
KENCING MANIS
AMIN
KHALAS
BACA INI UNTUK JANGAN KENA TIPU
Wanita rugi RM217,000 ditipu 'Sarjan Jasmine' dan 'Inspektor Wong
SEORANG penyelia syarikat swasta kerugian lebih RM217,000 selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dan mempunyai waran tangkap ke atasnya.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier pada 26 Jun lalu.
“Suspek pertama mendakwa terdapat bungkusan atas nama dan alamat mangsa dan setelah melakukan imbasan imej terdapat lima kad pengenalan, lima pasport dan lima kad bank.
“Mangsa kemudian menafikan bungkusan itu miliknya dan suspek pertama meminta mangsa melakukan laporan polis secara dalam talian sebelum panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lagi wanita yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Jasmine dan kemudiannya menyoal siasat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri menambah mangsa kemudiannya disambung talian kepada suspek ketiga yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Wong’ yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap atas kegiatan jenayah pengubahan wang haram termasuk pemerdagangan manusia.
“Mangsa akhirnya disoal siasat pegawai atasan iaitu ‘Datuk Koh’ mengarahkan wanita tersebut mengikuti arahannya termasuk memindahkan segera keseluruhan wang simpanan dan pinjaman mangsa kepada enam institusi kewangan.
“Wanita itu yang panik mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang sebanyak RM217,000 kepada beberapa akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut sejak 27 Jun hingga 30 Jun lepas,” katanya.
Katanya, wanita itu hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakannya pada Khamis lepas sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Jumaat di Teluk Intan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan sindiket ini dan sentiasa membuat semakan dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang awam dinasihatkan agar tidak melayan panggilan yang tidak dikenali, maklumkan pasangan atau ahli keluarga tentang panggilan, semak dengan institusi kewangan dan balai polis terdekat serta jangan dedahkan maklumat peribadi perbankan kepada mana-mana pihak,” katanya. – Bernama, 8 Julai, 2023.
RAMAI KENA
TIPU INTERNET
AMIN
ORANG SEKOLAH
PUN KENA TIPU
AMIN
KITA INGAT
MENGINGAT
SESAMA SENDIRI
AMIN
KHALAS
UMNO PARTI PENYAMUN
UMNO PARTI
PENYAMUN
KHALAS
Unknown commented on
"MELAYU TOLAK GEROMBOLAN"
Tolak penyamun sokong perompak, negara tak boleh tahan ekonomi teruk hutang melampau bala cuaca datang bala politik datang politikus caca meraba kah kah kah RM jatuh Bangla nak undi rohinga masuk beribu China Merah nak tuntut hutang kah kah kah salah Yahudi lagi salah DAP lagi tapi sokong perompak yang dikenali sokong penyamun yang sudah jatuh hukum,
TABUR DUIT UNTUK MELABUR
TABUR DUIT
UNTUK MELABUR
KHALAS
Unknown commented on
"PAS TIDAK RASUAH"
Ini bukan rasuah ini bukan salah guna kuasa, siapa ada duit siapa ada pulus tabur lebih tabur sini sana boleh menang, lepas menang boleh kutip balik, tambah cukai tambah tarif tambah harga, ini cara pelabur meniaga kah kah kah orang politik pandai berniaga jugak, labur labur tabur lebih tabur lebih asal dapat jadi why bee, nanti boleh dapat projek dapat komisen dapat rasuah ooopss rezeki amin
ROSMAH BEBAS ?
ROSMAH BEBAS ?
AHAD 9 JULAI 2023
KES ROSMAH DI TANGGUH
APAKAH ADA PROJEK
NAK BEBASKAN ROSMAH
MUSTAHIL !
HUKUM DAH DI JATUHKAN
PENJAR 10 TAHUN
DENDA JUTA JUTA
KES ZAHID JUGA TANGGUH
MAHKAMAH DAH PANGGIL ZAHID
UNTUK BELA DIRI
KINI ZAHID MAHU
KES DI BUANG TERUS
APAKAH INI AKAN BERLAKU?
JENG JENG JENG
ANWAR TERUS GADUH
DENGAN MADEY
DENGAN MUHYIDIN
DENGAN DAIM
NILAI RINGGIT
TERUS JATUH
BETUL KE ADA
HADIS MENGATAKAN
NABI TAK MENGAKU UMAT
JIKA MAIN BONTOT
KAH KAH KAH
BELANDA
KERJAAN CAMPURAN RUNTUH
KERANA TIDAK SEKATA
DALAM HAL PENDATANG
DAN ORANG PELARIAN
SWEDEN
ELTON JOHN
BUAT KONSERT AKHIR
DI STOCKHOLM
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK SEGAR
MATA HARI TAK KELUAR
KELMARIN PETANG HUJAN
PAGI INI MASIH ADA RINTIK RINTIK
AWAN HITAM BANYAK DI LANGIT
CUACA REDUP DAN SEJUK
KL DAN KL SENTRAL
BERKABUS
PALING GEMBIRA PAGI INI
IALAH CENGKERIK
BERSIMPONI TANPA HENTI
HA HA HA
DALM BELUKAR TEPI FLET
MURAI BERKICAU MENYAMBUT PAGI
BILA MURAI BERSUARA
PAGI JADI INDAH
BRO
SENYUM KITA SAMBUT
PAGI AHAD YANG SEJUK
BRO
BANYAK ORANG KE HILIR BERSAMPAN
MENCARI UDANG DENGAN PENYAPU
BANYAK POLITIKUS BERI HARAPAN
SEMUA PENYAMUN SEMUA PENIPU
BRO
BANYAK SUDAH ORANG BERBURU
BEREBUT MENCARI DAUN SENDAYU
POLITKUS CAKAP TERUS MENIPU
JUAL AGAMA PUTAR MELAYU
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERAHAD