Rabu, 12 Julai 2023

13 MEI JADI SENJATA


13 MEI SEKALI

LAGI JADI SENJATA

KHALAS

PEREMPUAN CHINA TIPU PM


Sekutu Jho Low ditahan polis


MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan polis telah menahan bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan Jumaat lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Beliau berkata Loo direman pada hari Sabtu, selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dan Loo melalui peguamnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Loo akan membantu siasatan polis dan kerajaan Malaysia dalam kes 1MDB,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, namun beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tempoh reman Loo.

Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kereta mewah dan wang berjumlah RM22,600 milik Loo.

Loo dikatakan seorang daripada rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki selepas melarikan diri dan tidak diketahui keberadaannya sehingga kini.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Loo, bekas pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB. – Bernama, 12 Julai 2023.


MASA NAJIB

JADI PM

PEREMPUAN CHINA

INI BERJAYA MENIPU

NAJIB

KAH KAH KAH

ADA APA APA KE

DENGAN 

PEREMPUAN INI

 JENG JENEG JENG

AMIN

ADA BERAPA EKOR

LAGI CHINA YANG

TIPU NAJIB

TAPI MASIH BEBAS

AMIN

KHALAS

TIM NAJIB TIBAI ZAHID



Gelombang Bossku boleh hanyutkan UMNO dalam enam PRN

DALAM kehangatan suasana menjelang enam pilihan raya negeri (PRN), ramai yang membicarakan tentang ‘gelombang hijau’ Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan mampu memberi tentangan sengit kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Gelombang hijau yang datang dari luar lebih mudah dikekang, lebih-lebih lagi beberapa pemimpin tertinggi PN sendiri berdepan isu integriti sekali gus mencemarkan slogan Bersih dan Stabil yang dibawa mereka.

Namun, ada satu lagi gelombang yang datang dari dalam BN dan kesannya terhadap sokongan pengundi terutamanya daripada akar umbi UMNO hanya dapat dilihat pada hari mengundi 12 Ogos nanti.

Mungkin ramai pemimpin UMNO buat-buat tidak tahu dengan ‘gelombang Bossku’ yang dicetuskan oleh ahli-ahli parti yang bersimpati terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Mereka telah melihat riaknya di Dewan Merdeka semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 lebih sebulan lalu di mana para perwakilan secara terang-terangan menyatakan solidariti mereka dalam usaha membebaskan Najib daripada hukuman penjara.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO menyangka riak yang berkocak itu kini tenang, tanggapan mereka tersasar sama sekali.

Sebelum ini, ahli-ahli UMNO menyatakan mereka agak keberatan mahu membantu kempen calon PH yang bertanding di kawasan mereka sekiranya mereka tidak melihat usaha yang serius untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi Najib.

Kini, sebulan menjelang PRN, kekecewaan mereka semakin memuncak dan ahli-ahli akar umbi UMNO menyatakan mereka sanggup mengundi calon parti lawan bagi memberi isyarat protes kepada Kerajaan Perpaduan.

Peringatan juga telah diberikan oleh anak lelaki Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi,  Mohd Nazifuddin.

Andainya gelombang Bossku gagal diredakan, UMNO bakal berdepan masalah besar di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya.

Sebahagian besar tempoh kempen selama dua minggu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk memperkenalkan calon-calon kepada pengundi terpaksa digunakan untuk meyakinkan akar umbi supaya terus memberi sokongan kepada BN.

Sudah tentu usaha itu amat sukar dilakukan selagi penyokong Najib tidak melihat sebarang perkembangan positif dalam proses mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas Presiden UMNO berkenaan.

Ditambah pula dengan isu kenaikan kos sara hidup yang amat menekan rakyat akibat prestasi ekonomi negara yang sangat kurang memberangsangkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jentera UMNO terpaksa berhempas-pulas meyakinkan pengundi termasuk ahli-ahli parti sendiri untuk memberi sokongan kepada calon-calon BN dan PH agar Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas PRN.

Sebaliknya, parti-parti PH khususnya DAP tidak gusar dengan gelombang Bossku kerana mereka dilihat dalam keadaan yang selesa untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang.

Justeru, pucuk pimpinan UMNO perlu bertindak lebih berani dalam memperjuangkan nasib Najib bagi mengelakkan gelombang Bossku bertukar menjadi tsunami yang boleh menghanyutkan parti. – 

WOIT

MUSTAHIL ZAHID

AKAN KEMPEN

GILA GILA

UNTUK NAJIB

AMIN

ZAHID BUKAN

BODOH 

AMIN

KALAU NAJIB 

BEBAS ZAHID

MASUK DALAM

JENG JENG JENG

UNTUK ZAHID

LEBIH BAIK NAJIB

DUDUK DI KAJANG

REHAT TUNGGU

ROSMAH DATANG

KAH KAH KAH

KHALAS

SANUSI INI BAHAYA !!!


SANUSI INI BAHAYA

AMIN

KES MAHKAMAH

AKAN BUKA

CERITA LAMA

KHALAS

KELUAR DARI AGAMA ISLAM

 



KELUAR DARI

AGAMA ISLAM

KHALAS

Unknown commented on

 "PARTI COOL DAN PARTI TALIBAN"

Kahkahkah nmpk sgt lu nie dah out of touch dgn trend. Zmn skg nie budak muda yg Muslim satu dunia ada satu kesedaran baru lebih hebat drp zmn hippie lu dulu. Islam jadi trend jadi cool,ada iKon mcm Andrew Tate, ada Alfie best jr billionaire gypsy London, ada Dave Chappelle, ada Mo Salah. 


Nie sume ikon2 Muslim satu dunia,budak mat salleh pun convert kerana ikon2 nie. Lu sudah silap, budak zmn skg bukan mcm zmn lu,zmn lu struggle dgn golongan tua konservatif. Zmn budak2 skg,org2 tua depa era 80 90an, era Berlin wall tumbang,bukan zmn lu org2 tua era pra penjajah. 


Zmn budak2 skg berlawan dgn ideologi sosial Dan kemanusiaan bukan ideologi politik. Islam lebih releven drp atheism zmn lu,ini zmn membuktikan atheism telah gagal

HUJAN TURUN


HUJAN TURUN

JAM  5 PETANG
HUJAN TURUN DENGAN LEBAT
GURUH SEKALI SEKALA
INI HUJAN MONSOON
BUKAN
 HUJAN AIR SEDUTAN MATA HARI
JIKA HUJAN KERANA PANAS
KILAT DAN GURUH
SABUNG MENYABUNG

JIKA HUJAN LEBAT INI TURUN
LEBIH DARI SATU JAM
KL AKAN BANJIR KILAT

DI INDIA PAKISTAN DAN BANGLADESH
HUJAN MONSOON INI 
PASTI BAWA BANJIR
AMIN


UKRAINE KENA KENCING !!!


UKRAINE KENA

KENCING

AMIN

MATI KATAK JADI

BARUA AMERIKA

KAH KAH KAH

KHALAS

HUJAN NAK TURRUN


HUJAN NAK TURUN

JAM 4.35 PETANG RABU
CUACA BERUBAH
AWAN DI LANGIT MAKIN GELAP
GURUH KEDENGRAN DI SANA SINI
TANDA HUJAN LEBAT AKAN TURUN
JADI KE TAK JADI ?

CUACA KITA BULAN JULAI
TELAH BERUBAH
AMIN


ALAM TAK IKUT FITRAH


ALAM TAK IKUT

FITRAH

AMIN


Unknown commented on
 "KEPALA AIR"

alam tidak lagi mengikut fitrahnya, alam telah dimanusiakan insan. alam ini telah tunduk pada manusia. entroposin epoch. zaman manusia.

PERANGKAP HUTANG CHINA MERAH


CHINA MERAH

PASANG 

PERANGKAP

 UTANG

KHALAS

Unknown commented on
"AWAS !!!
 PENGALAMAN SRI LANGKA"

Ko tau ko secaro torpoinci perjanjian Sori Langka dongan Cino Merah itu yang mo yobabkan Sori Langka tu changkoot dan jugo perjanjian negaro-negaro Afrika, Amerika Tongah, Amerika Selatan dan negaro-negaro kat Lautan Pasifik itu dongan Cino Merah. Ko lobih terpengaroh oleh media Amerika, Eropah barat dan I dia yang nyato tak suko kat China Merah.

Amik contoh Bosku yang wat perjanjian dengan Cino Merah untik projek-projek mega nyo, Bossku yang ketamakan yang meyelewengkan perjanjian sehingga borat sebolah supayo dio boleh sakau wang lobihan dari perjanjian tu. Bossku yang nok perjanjian sodomikian untuk menyakau, jadi salah so diri la... Camtu jugak la si sakau si sakau Sori Langka tu yang somacam penyakau penyakau kat sini. Sisakau tu borani wat kojo cami sobab korang dah bagi dio kelobihan kuaso dan pocayo buto tuli kat diorang...

ANNUAR MUSA TIBAI ANWAR IBRAHIM


ANWAR IBRAHIM

BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

3R SEDANG MENGANCAM



PM beri amaran terakhir kepada pihak main isu 3R 


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku perdana menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berkata negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu. – Bernama, 12 Julai, 2023.

WOIT

TANDA JELAS

UMNO AKAN

TERKUBUR

KAH KAH KAH

PARTI KETUANAN

MELAYU TAK BOLEH

BINCANG HAL

MELAYU

KAH KAH KAH

SLOGAN 

HIDUP MELAYU

BOLEH PAKAI KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

SANUSI BERCAKAP BENAR



Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Pas, i Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa parti politik ibarat diikat kaki dan tangan mereka apabila dilarang bercakap isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

Menurutnya, parti politik seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah parti orang Melayu, maka kalau tidak boleh bercakap perihal Melayu, isu apa lagi yang boleh dibicarakan.

Tambahnya, parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum dan isu sebegitu pastinya menjadi antara topik perbincangan.

“Bersatu, Pas, ini semua (parti) Melayu. Kalau tak cakap Melayu, nak cakap apa? Parti politik di Malaysia ini ditubuhkan berasaskan kaum.

“MIC untuk India, MCA untuk Cina, DAP untuk Cina,” katanya dalam program bual bicara Keluar Sekejap pada Selasa yang menampilkan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Sufian sebagai hos.

“Tetapi, DAP parti berbilang kaum,” celah Khairy.

“Itu dia kata... dia kata. Itu semua wayang saja. Jangan percaya itu. Pas Melayu, Islam. Jadi, kalau asas kepada penubuhan kita tak boleh cakap, kita nak cakap pasal apa?

“Saya rasa ini semua nak ikat kaki tangan kita. Dia ajak lawan, tetapi kita kena ikat. Ini tidak adil,” ujarnya.

Menteri Besar Kedah itu juga mendakwa isu 3R ada dalam Rukun Negara.

“Pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan. Itu agama. Cuma jangan cakap perkara sensitif. Itu tidak boleh. Itu saya setuju. Itu isu 3R yang tidak boleh diungkapkan oleh sesiapa pun.

"Macam (Lim) Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) kata, kalau Pas menang, agama lain akan terancam. Itu tidak boleh cakap.

"Tetapi bagi Perikatan Nasional, bagi Pas, kita tak pernah kata macam itu,” ujarnya.

WOIT

SANUSI CAKAP

BETUL

AMIN

BANGSA AGAMA

RAJA DARI AWAL

JADI AGENDA

KAH KAH  KAH

AGENDA 

MELAYU ISLAM

TAK SALAH

AMIN

YANG PERLU

DI LAWAN

TALIBAN YANG

PAKSA MELAYU

JADI ARAB

AMIN

KHALAS


PENCRU BERLAKON ALIM



PENCURI 

BERLAKON ALIM

KHALAS

Unknown commented on 
"UMNO LARI DARI PAKATAN ?"

Kahwin dulu ada untung, ada mas kahwin, ada jawatan isteri, ada bagi rumah makan minum kereta siap free? Kalau tak kahwin masih dara duda atau janda? Kah kah kah tiap tiap hari sembang perkara lama, tak fokus masa depan semua kepada kuasa politikus dah tua bangkai jahat lagi dah lah mencuri wang berlakon baik ulamak pulak kah kah kah, apa lagi nak jual selepas ini woit




 

HIDUP SEMPOI ASALKAN BAHAGIA



HIDUP SEMPOI

ASALKAN BAHAGIA

KHALAS

Unknown commented on 
"MENTERI JANGAN 
SUSAHKAN POLITIKUS"

Rakyat bawah hanya fikir kerja keluarga pendapatan anak anak bayaran rumah kereta harga makanan minuman barang keperluan, rakyat tak kisah apa orang politik buat asal jangan curi jangan rompakan sudah kah kah biasa orang bawahan biasa saja, tak kecoh yang buat kecoh ini orang politik lah, jual agama jual.bangsa jual tanah jual projek kah bila terlalu bijak pandai susah hidup, ini hari WA naik PM, esok harga minyak turun woit kah kah ini cakap politikus kah kah kah ramai juga menjadi lebihan kari dari nasi dengan tafsiran sunnah sembang petang kah kah kah


 

KEPALA AIR


KEPALA AIR


RABU 12 JULAI 2023
CUACA MAKIN TAK MENENTU
PANAS DISINI HUJAN DI SANA

KITA MULA MEMBACA
KES KEPALA
KITA TERBACA
KEMALANGAN MEMBAWA MAUT
KERANA KEPALA  AIR

INI SATU PERKARA BARU
INI TANDA MALAPETAKA IKLIM
INI TANDA CUACA TAK MENENTU
PANAS DAN HUJAN
TAK  TENTU MUSIM LAGI

HARGA  BARANG
MAKIN MAHAL
KOS  SARA HIDUP MAKIN MAHAL
RINGGIT KITA MAKIN MURAH
NILAI RINGGIT TERUS JATUH

SAMPAI BILA. INI
AKAN BERLAKU 

BUKAN  SAJA KITA
SELURUH DUNIA SEDANG
MENGALAMI KES YANG SAMA
APAKAH ZAMAN MELESET 
SEPERTI TAHUN 1930'AN
AKAN BERLAKU  LAGI SEKALI ?

UKRAINE
ZELENSKIY KECEWA
NATO TOLAK UKRAINE
DARI JADI ANGGOTA NATO

TURKI
AMERIKA BERSEDIA
JUAL PESAWAT F16
KEPADA TURKI

INI TAKTIK PAU
KALAU NAK UNDI TURKI
SOKONG SWEDEN MASUK NATO
AMERIKA WAJIB BERI
TURKI BELI F16
KAH KAH KAH

BIJAK EDORGAN
SEKARANG TURKI
NAK MASUK JADI ANGGOTA
PESATUAN EROPAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
RUMPUT BASAH
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA DI RUMPUT BASAH
MELAHIR  BIJI BIJI INTAN
BERGEMALAPAN

PIPIT BERTERBANGAN
DALM SAWAH RUMPUT
CENGKERIK GEMBIRA
BUMI BASAH

LANGIT BIRU
HARI INI PASTI PANAS
MUNGKIN HUJAN PETANG

BRO
SENYUM
GEMBIRA DI PAGI RABU

BRO
LU KALAHKAN KEBERAHIAN LU
MAKA LU GAGAH BERANI

BRO
RAHSIA KEBAHAGIAN
IALAH KEBEBASAN
RAHSIA KEBEBASAN
IALAH KEBERANIAN

BRO
HARI HARI
APA LU PILIH
APA LU PIKIR
APA LU BUAT
AKAN JADI DIRI LU

BRO
LAKUKAN PERKARA ITU
DENGAN SELURUH 
KEKUATAN DAN KUDRAT LU
BIARKAN YANG LAIN TERJADI

BRO
APA YANG KITA TINGGALKAN
BUKAN DI RAKAM ATAS BATU
TAPI TERJALIN DALAM
KEHIDUPAN ORANG LAIN

BRO
SEMUA BERGERAK
SEMUA MENGIKUT ATURAN
SEMUA MEMBERI LALUAN
TIDAK ADA YANG KEKAL

BRO
PADAMKAN SEMUA HARAPAN
LAUT ITU AKAN TENANG
KITA  BELAJAR BELAYAR
DALAM LAUT BERGELORA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT
HARI RABU

LANGIT KEMBALI BIRU


HUJAN BERHENTI

LANGIT KEMBALI BIRU

AMIN

HOKKIEN
JAM 6.35 PETANG
HUJAN DAH BERHENTI
LANGIT KEMBALI BIRU

 UDARA SEGAR BERSIH
HABUK KOTA DI PUKUL HUJAN
GUA NAK KE JALAN IPOH
NAK MAKAN ROTI PAKISTAN
AMIN