Sabtu, 22 Julai 2023

BERKEMPEN JANGAN GUNA KAUM & AGAMA


JANGAN BERKEMPEN

GUNA KAUM

GUNA AGAMA

KHALAS

SALUT UNTUK SITI KASIM


Tidak goyah ancaman bom, Siti Kasim tetap ke Kelantan

PEGUAM dan aktivis Orang Asli Siti Kasim berikrar untuk meneruskan kerjanya dan pergi ke Kelantan untuk kes melibatkan komuniti itu pada Isnin, walaupun terdapat cubaan membunuhnya.

Dalam video strim langsung, Siti berkata terkejut dan bimbang selepas penemuan bom di bawah kenderaannya tetapi akan meneruskan kerjanya.

“Saya akan tetap pergi, tiada apa yang akan menghalang saya. Saya perlu berada di sana, saya perlu bersama rakan Orang Asli untuk menyokong dan membantu mereka,” katanya dalam video itu.

Kes itu membabitkan keluarga tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dari sekolah berasrama di SK Pos Tohoi, Gua Musang pada 23 Ogos 2015, yang memfailkan saman terhadap kerajaan dan lapan pegawai awam kerana cuai.

Empat daripada kanak-kanak itu meninggal dunia sebelum mereka ditemui.

Siti akan menjadi saksi pertama kes itu dalam perbicaraan empat hari yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Polis semalam mengesahkan dua botol berisi wayar yang ditemui di bawah kereta Siti adalah alat letupan termampat (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, skuad bom berjaya melupuskan kedua-dua botol dipercayai IED itu.

Beliau berkata pakar akan menganalisis kandungan botol tersebut.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sama ada peranti itu aktif atau tidak,” katanya.

Amihizam berkata polis tidak mengambil kenyataan Siti.

“Setakat ini polis belum mengambil keterangan wanita terbabit namun secara lisan dia memberitahu tiada musuh.

“Bagaimanapun, kami akan menyiasat,” katanya. – 22 Julai, 2023

SALUT UNTUK

SITI KASIM

AMIN

SALUT UNTUK

ORANG BERANI

AMIN

BILA MUSUH

MENYERANG KITA

MAKNANYA APA

YANG KITA

LAKUKAN 

MENYENGAT

AMIN

BILA MUSUH

TAK AMBIL POT

ERTINYA

APA YANG KITA

BUAT ADALAH

SIA SIA SAJA

KHALAS

7 HARI UNTUK SAIFUDIN DARI SANUSI

Berita

Sanusi beri Saifuddin 7 hari mohon maaf berhubung dakwaan curi nadir bumi, salah guna dana


Muhammad Sanusi Md Nor memberi tempoh tujuh hari kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk memohon maaf kerana menuduh menteri besar Kedah itu mencuri nadir bumi dan penyelewengan dana penyelenggaraan jalan.

Dalam surat tuntutan yang dihantar melalui peguamnya, Sanusi berkata dakwaan Saifuddin dibuat dalam dua kali dan merupakan serangan politik bertujuan membantu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

“Kamu telah memilih untuk mensensasikan perkara ini dengan membuat dakwaan kepada masyarakat awam tanpa sebarang usul periksa dan tanpa apa-apa bukti dokumen bertulis yang sah, lengkap serta tepat daripada mana-mana sumber yang dinamakan dan boleh dipercayai.

“Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa perbuatan kamu adalah berniat jahat tanpa sebarang niat untuk mendapatkan kebenaran dan penjelasan daripada Anak guam kami tentang fakta sebenar,” kata surat yang dihantar kepada Saifuddin sambil menambah pemimpin PKR itu juga perlu mencadangkan jumlah kerosakan yang munasabah untuk dibayar kepada Sanusi.

Pada 15 Julai, Saifuddin mendakwa Sanusi dikompaun RM500,000 atas kesalahan mencuri nadir bumi di Sik, Kedah tahun lepas.

“Saudara, kita lantik jadi menteri besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri,” kata Saifuddin dalam ceramah di Guar Chempedak, Kedah, hanya tiga hari sebelum polis menyerbu sebuah hotel di Kuala Lumpur pada awal pagi bagi menahan Sanusi, untuk didakwa menghasut beberapa jam kemudian.

Susulan itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kedah Md Shuhaime Abd Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Saifuddin dengan berkata kompaun itu adalah untuk Menteri Besar Inc dan bukannya Sanusi.

Beliau berkata syarikat negeri itu didenda atas kapasitinya sebagai pemilik kawasan hutan simpan di Sik, di mana pejabatnya menahan dan mendenda seorang individu kerana mencuri galian. 

Shuhaime juga mendedahkan bahawa Sanusi tidak menggunakan kuasanya untuk mengecualikan syarikat negeri daripada membayar denda. 

Saifuddin juga menuduh Sanusi menyalahgunakan dana untuk Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris), sambil menambah bahawa pentadbiran negeri penuh dengan masalah tadbir urus dan pendapatan yang rendah.

“Kutipan hasil kecil kerana dia bermain politik dia tak memerintah negeri,” kata Saifuddin.

Sanusi berkata tuduhan Saifuddin adalah "pembohongan, tuduhan berniat jahat dan penyelewengan fakta yang direka berdasarkan versi fakta yang tidak berasas, kerana tidak disokong dengan sebarang bukti dokumentari, dan/atau bukti yang sah, lengkap dan/atau tepat". 

Beliau berkata Saifuddin mempunyai peluang pada setiap masa untuk mendapatkan penjelasan daripada Sanusi tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

KAH KAH KAH

DUA DUA 

ORANG KEDAH

KAH KAH KAH

TAK PERLU

GADUH

INI ABANG ADIK

KAH KAH KAH

AMIN

TAHAP POLITIK BERALIH ?


Objek di kereta Siti Kasim alat letupan, kata polis


SIASATAN awal polis mendapati dua objek yang ditemui di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kassim hari ini merupakan alat letupan termampat (IED).

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pengesahan akan dibuat pakar selepas siasatan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan mendapati objek di dalam botol plastik itu merupakan IED.

“Dua botol plastik berkenaan akan dihantar kepada pakar bagi pengesahan lanjut. Siasatan lanjut berhubung objek berkenaan akan dijalankan.

“Di bawah bahan letupan terdapat beberapa elemen untuk mengesahkan, jadi kita perlu hantar kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Amihizam berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian dari wanita terbabit pada jam 12.58 tengah hari.

“Setakat ini polis belum mengambil keterangan wanita terbabit namun secara lisan dia memberitahu tiada musuh.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut supaya kita dapat mengumpulkan bukti-bukti untuk siasatan,” katanya.

Polis turut menutup kawasan berhampiran pusat servis kenderaan turut ditutup kepada orang ramai.

Siti pada awal mendedahkan beliau menemui objek tersebut di bahagian roda ketika kenderaan tersebut diselenggara di satu pusat servis di Bangsar.

Menurutnya, petugas menemui dua botol minuman berisi wayar yang disyakinya sebagai bom tersangkut di komponen roda.

Menurutnya, beliau menghantar kenderaan itu untuk diservis kerana akan membuat perjalanan ke Kelantan bagi menyelesaikan isu Orang Asli di sana.

Siti bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu dalam pilihan raya umum ke-15. – 21 Julai, 2023.

WOIT

APAKAH TAHAP

POLITIK KITA

BERALIH

JENG JENG JENG

KHALAS

TUKANG KARUT TALIBAN


TUKANG KARUT

TALIBAN

AMIN

Abg long commented on 
"TUKANG KARUT 
HARI JUMAAT"

Hadoiii tt tak abih lg ke cikgu sejarah nihh? Skrg ada kemajuan ckp mcm botanis n geologis keh keh. Gua nak aja sekeh dia.


 

BENAMKAN UMNO



BENAMKAN

UMNO

KHALAS

Unknown commented on
 "UMNO BOIKOT PRN"

Zaman nak hancur dah sampai, berpuluh tahun menyusahkan orang rakyat kena bayar balik tak kira parti apa sudah sampai hujung nyawa, ingat tak bawa apa apa pun, segala harta kuasa tak boleh bawa kah kah kah, dulu kita buat orang, kena tekan kena tindas kena kan susah orang sekarang masa akan balasan jangan lupa segala kemungkaran kena bayar balik secaratunai kah kah kah hidup tuckbeer


 

SAMAN SANUSI


SAMAN SANUSI

SABTU 22 JULAI 2023
HEBOH SANUSI BELUM REDA
KAH KAH KAH

SANUSI SAMAN SAIFUDIN
SANUSI PANGGIL PUDIN
ENTAH KES APA
KAH KAH KAH

TAPI SAIFUDIN NAFI
TAK TERIMA SURAT SAMAN
KAH KAH KAH
INI SANUSI BUAT LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH

KEMPEN DAH MULA
CERAMAH DAH MULA
NAMA CALON DAH DISUSUN
TUNGGU HARI PENAMAA CALON

MADEY GI KELANTAN
RIBUAN DATANG
MASA BERUCAP
MADEY MINUM AIR BOTOL
BUKAN TEH TARIK
KAH KAH KAH

AMERIKA
TRUMPS AKAN KE MAHKAMAH
TAHUN DEPAN 2024
INI MASA SIBUK BERKEMPEN
KAH KAH KAH

AMERIKA NAK HALANG
TRUMP DARI MENANG
JIKA TRUMP JADI PRESIDEN
PERANG UKRAINE AKAN TAMAT

UKRAINE
PELABUHAN ODESSA
DI BEDIL
TAKDA SYARIKAT NAK
JUAL INSURANCE KAPAL
INI PELABUHAN PENTING
UNTUK ESPOT GANDUM
EKSPOT GANDUM TERHENTI
TEPUNG AKAN NAIK HARGA
ROTI CANAI AKAN MAHAL

EROPAH
PANAS  PANAS PANAS
SEMUA REKOD PANAS PECAH
AMIN

HOKKIEN
KERING SEGAR SEJUK
LANGIT KELABU
KELMARIN HUJAN TAK LEBAT
MATA AHRI DAH MUNCUL
TAPI DI LINDUNG AWAN

WOW
GUA DENGAR CHI CHIP CHIP
GUA KENAL SUARA INI
TEMPUA DAH BUAT SARANG
DI SEBELAH POKOK ARA
TAHUN INI GUA PERHATIKAN
MAKIN BANYAK TEMPUA 
BERSARANG DALAM HOKKIEN

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN GUA
DENAR GURUH PAGI

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SABTU

BRO
WANGI BUNGA  MAHAL BERHARGA
BANYAK KUMBANG IKUT MENYERI
SANUSI MELAWAK SATU NEGARA
RAMAI  KETAWA TERLUPA DIRI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSABTU