Khamis, 3 Ogos 2023

ZAHID DAN RASUAH


C4 desak SPRM siasat 'gula-gula' pilihan raya diumumkan Zahid

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menyiasat Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengumumannya baru-baru ini yang menawarkan geran kewangan sebagai balasan undi di Terengganu, kata badan pemerhati antirasuah hari ini.

Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) berkata siasatan itu perlu untuk memastikan sama ada kesalahan pilihan raya memang dilakukan.

C4 juga berkata jika tiada siasatan dijalankan, SPRM mesti menjelaskan mengapa ia tidak mahu melihat wujudnya kemungkinan kesalahan yang termasuk dalam mandat berkanunnya.

Ia merujuk kepada kenyataan Zahid yang dilaporkan secara meluas kepada kumpulan belia Terengganu yang beliau meminta sokongan mereka sebagai balasan pembiayaan persekutuan.

Pada 28 Julai, Zahid yang merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan peruntukan persekutuan tertentu kepada kumpulan belia Terengganu, yang beliau secara jelas berkata jumlah itu mungkin dinaikkan bergantung kepada keputusan pilihan raya negeri Terengganu.

Dalam pilihan raya negeri, Pakistan Harapan dan Barisan Nasional cuba menewaskan Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah di Terengganu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan inisiatif Zahid, dengan menyatakan peruntukan itu sudah dirancang terlebih dahulu.

Beliau berkata tidak akan ada sebarang penyalahgunaan dana semasa kempen pilihan raya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki juga berkata Zahid tidak melakukan sebarang kesalahan kerana pemberian ini sudah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, dan oleh itu tidak mempunyai unsur rasuah.

Beliau juga berkata tidak perlu mengeluarkan garis panduan baharu untuk mengawal pemberian bantuan dan peruntukan kerajaan semasa pilihan raya, kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (EOA), khususnya Seksyen 10, adalah cukup jelas dan ketat. – 3 Ogos, 2023.

INI BAHAYA

NAMA ZAHID

DISAMA DENGAN

RASUAH

AMIN

MEMBERI ZAHID

ATAU 

MENGZAHID

MAKNANYA

MEMBERI RASUAH

AMIN

KHALAS

RINGGIT JATUH LAGI


Ringgit mulakan urus niaga awal rendah berbanding dolar AS

RINGGIT memulakan sesi dagangan awal pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila Indeks Dolar AS (DXY) menunjukkan daya tahan dan terus mengukuh.

Pada 9.06 pagi mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5590/5620 berbanding dolar AS daripada 4.5400/5450 pada penutup Rabu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.31 peratus kepada 102.62 mata semalam.

“Meskipun Fitch Rating menurunkan penarafan kedaulatan AS daripada AAA kepada AA+ semalam, perubahan dalam penarafan kredit masih belum memberi kesan kepada nilai dolar AS. Ini walaupun risiko kredit yang dikaitkan dengan negara telah meningkat,” katanya kepada Bernama .


Menurut Mohd Afzanizam aset bebas risiko seperti sekuriti Perbendaharaan AS mungkin akan menyaksikan pelarasan menaik yang boleh memberi kesan kepada kelas aset lain termasuk ekuiti kerana kadar diskaun yang digunakan untuk penilaian aset akan lebih tinggi.

“Situasi sebegini boleh mendorong Rizab Persekutuan untuk mengamalkan pendirian monetari yang lebih berhati-hati yang berpotensi membawa kepada penangguhan kenaikan kadar faedah,” katanya.

Bagi ringgit beliau berkata memandangkan petunjuk bercampur-campur mengenai ekonomi dan mata wang AS, ia dijangka berlegar sekitar 4.54-RM4.55 hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.9871/9904 daripada 4.9831/9886 pada penutup Rabu tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1817/1840 daripada 3.1824/1861 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7949/7988 daripada 5.7994/8085 sebelumnya.

Sementara itu nilai ringgit kebanyakan agak rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Mata wang tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.3967/3994 daripada 3.3944/3984 pada penutupan urus niaga Rabu, lebih rendah berbanding rupiah Indonesia menjadi 300.3/300.7 daripada 299.1/299.6 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.22/8.24.

Bagaimanapun ia meningkat berbanding baht Thai pada 13.2233/2385 daripada 13.2504/2716 sebelumnya. – Bernama, 3 Ogos, 2023.

NILAI RINGGIT

SUSUT

JENG JENG JENG

PASAI APA

JADI SUSUT

JENG JENG JENG

APAKAH AKAN

JATUH KE TAHAP

 MENU RAHMAH

KHALAS



MENCARI GANTI MENU RAHMAH


Pilihan raya kecil Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September


PILIHAN raya kecil kerusi Parlimen Pulai dan kerusi dewan undangan negeri Simpang Jeram di Johor akan diadakan pada 9 September, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini.

Penamaan calon bagi dua kawasan pilihan raya itu akan berlangsung pada 26 Ogos, kata Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh yang mempengerusikan mesyuarat.

Dua pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Amanah itu sebelumnya sempat menjalani pembedahan dan kemudian ditidurkan.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November 2022, Salahuddin menang kerusi Parlimen Pulai untuk Pakatan Harapan (PH) mengalahkan bekas wakil rakyatnya Nur Jazlan Mohamed dari Barisan Nasional (BN) dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional (PN).

Nur Jazlan tersingkir di kerusi itu pada PRU14, juga di tangan Salahuddin.

Salahuddin juga menyandang kerusi DUN Simpang Jeram sejak 2018, yang dimenanginya semula pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac 2022. – 3 Ogos, 2023.

MENCARI GANTI

MENU RAHMAH

AMIN

NEGARA 

KEHILANGAN

SOSOK YANG

BERPOTENSI

AMIN

PEMIMPIN

MASA DEPAN

KHALAS

CHINA MERAH BUAT DUIT WARGA KEDAH DAPAT TOKSIK


CHINA MERAH

BUAT DUIT

WARGA KEDAH 

DAPAT TOKSIK

KHALAS

Unknown commented on
 "BEKERJA DI KEDAH"

Kah kah kah semua rakyat tak payah ke Singapura tak payah ke KL tak payah ke Penang tak payah ke negeri negeri lain, syabas bagus sekali kalau rakyat ada kerja sendiri di pendalaman kampung halaman sendiri kan? Setiap malam tidur awal dengar ceramah di masjid hidup bahagia hidup lagi lama tak payah makan KFC tak payah Mc D tak payah Pepsi Cola kah kah kah, pakai motor senang tak payah jem bagus kerajaan negeri kedah pimpinan Sanusi orang hebat orang hero berjuang kerana REE dah ada dah test pakai China Merah

 dah kira untung banyak sendiri bina airport seaport selam port sekali hantar nadir bumi kepada China Merah, settled kah kah kah tapi ingat buangan proses toksik tinggal di negeri KEDAH, China Merah tak bawah toksik macam di Kuantan dulu apa nama bauksit kah back aide sides kah kah kah maju maju cepat kantoi lagi maju jangan susah ada tiket siap terus ke syurga cara eksperess kah kah kah

NABI ADAM TURN DI GUNUNG JERAI



NABI ADAM

TURUN

DI GUNUNG JERAI

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"CONTOH AGAMAWAN KAKI TORAK"

Bila pihak berkuasa ugama di kuasai oleh walaun maka penceramah yang bawa cerita khurafat dan tahyul akan bebas memberi ceramah dan tazkirah di masjid. Jika penceramah tahyul dan khurafat itu seorang walaun maka tiada seekor pun ulamak dari parti walaun yang akan menegur dan menasihat. Yang mustahak ialah terus memperbodohkan umat supaya mengundi parti walaun sambil berjalan terketar² bawa tongkat sambil mulut tak henti berselawat. 


Sebenar nya itu semua wayang, umur belum tua sangat, tak perlu tongkat. Masa kongkek tak pakai tongkat pun celaka punya walaun.
Di sini lah dapat kita ketahui ulamak dari parti walaun ini adalah ulamak palsu kerja nya tunggang ugama dan nak dapat kuasa. Jika ulamak asli mereka akan menegur perbuatan tahyul dan khurafat dan sanggup hilang kedudukan dan kesenangan dunia. Mereka tak rela lepaskan hati ugama ini jadi bahan permainan dan pentas memperbodohkan fikiran umat.

BUKU SEDANG DI CETAK - TEMPAH AWAL


BELI BUKU AWAL

MALAPETAKA IKLIM
DAN 
MANA HILANGNYA KATAK HIJAU
SEDANG DICETAK
AMIN

 SEBELUM  MASUK PASARAN
HARGA KOMBO SPESIAL
35 RINGGIT SAHAJA
AMIN

SILA PUKUL TALIPON UNTUK
MENEMPAH:
BONNIE : 012-623-77- 06
KHALAS



MELAYU TIBAI MELAYU - CHINA MERAH MASUK MENCURI


LONDEH & TIBAI

MELAYU TIBAI MELAYU
MELAYU LONDEH MELAYU
CHINA MERAH MASUK MENCURI
AMIN

SEKARANG BARU KITA TAHU
CHINA MERAH DAH LAMA MASUK
MENCURI NADIR BUMI
YANG MENTERI  SAIFUDDIN BOCORKAN
AMIN

AWAS
CHINA MERAH AKAN JADIKAN
TANAH MELAYU  PROVINSI
LADANG DURIAN
KHALAS

KEMPEN MAKIN HANGAT


Dakwaan penyokong Najib sokong PN hanya propaganda – Zahid


MUDA tidak remehkan setiap undi – Syed Saddiq


Jangan jadikan kalimah Allah isu politik – Anwar



REE: Sanusi dakwa ada satu lagi pendedahan

JITRA – Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan beliau masih ada ‘peluru akhir’ dalam isu unsur nadir bumi (REE).

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga sempat berseloroh dengan bertanya apa pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution hari ini.

“Cerita REE kita tutuplah malam ini, Pudin (Saifuddin Nasution) jadilah (sudahlah). Hang habis dah modal. Aku ada satu lagi (pendedahan), kalau aku keluarkan esok, kalau hang keluarkan (apa-apa kenyataan) esok, aku kunci.

“Jangan sampai saya bawa keluar (dedahkan) ‘bom atom’ itu. Kalau aku dedahkan (pendedahan baru) kalih (paling) muka ke belakang,” katanya dalam ucapan Jelajah Mega PN Best bersama Presiden Pas di Dataran Darul Aman, Jitra, malam ini.

Hadir sama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Pas Kedah, Datuk Ahmad Yanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, pejabat Riza Chalid juga sudah sedia di Alor Setar.

“Yang ini last punya. Kalau esok dia bercakap lagi saya nak tunjuk pejabat Pak Riza,” katanya lagi.

Semalam, Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat individu dari Indonesia yang mengatakan hasrat untuk membeli tanah yang mempunyai REE.

Beliau mendakwa  individu bernama Riza Chalid yang dibawa oleh  Anwar Ibrahim bagi tujuan tersebut.

Saifuddin Nasution sebelum ini membuat pendedahan berhubung isu kecurian unsur REE dimana identiti seorang warganegara China dalam gambar yang dikaitkan dengan kegiatan REE bersama Sanusi dalam sebuah majlis.

Muhammad Sanusi kemudiannya mengakui beliau mengakui pernah bertemu dan mengenali individu bernama So Lio Fiat.

Beliau bagaimanapun bertindak menafikan dakwaan dirinya bertanggungjawab membawa masuk Loi Fat ke negara ini yang dikaitkan dengan kes kecurian unsur REE di Bukit Enggang, Sik. – MalaysiaGazette

LONDEH TIBAI

SAPA JADI

BROKER INDON

KAH KAH KAH

SAPA JADI

BROKER

CHINA MERAH

KAH KAH KAH

LONDEH JANGAN

TAK LONDEH

KHALAS

BEKERJA DI KEDAH


PN Kedah tawar 100,0000 peluang pekerjaan, rumah mampu milik

JITRA – Perikatan Nasional (PN) Kedah menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 30 tahun melalui pelaburan dan projek berimpak tinggi dalam manifesto pilihan raya negeri.

Pelancaran manifesto itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PN negeri ini turut menawarkannya sejumlah 15,000 kediaman mampu milik menjelang tahun 2030.

Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya memaklumkan, 17 tawaran PN Kedah itu merupakan kesinambungan daripada pentadbirannya sebelum ini.

“Kita akan jayakan The Greater Kedah, selaras dengan Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Mega PN Best.

Selain itu, PN Kedah turut menyediakan lot tanah kediaman mampu milik bagi rakyat Kedah berpendapatan rendah; memperhebat agenda pendidikan serta menyelesaikan isu berkaitan dengan bekalan air besih.

Tawaran lain turut merangkumi,  soal tadbir urus; memperkasa intitusi masjid; hab pengeluaran makanan; mengangkat peranan belia sebagai pembuat polisi;mewujudkan pusat pembangunan wanita; pelaburan berimpak tinggi; penyampaian perkhidmatan efisyen; keusahawanan; baik pulih kediaman; memperhebat kempen kebersihan serta  meneroka, memulihkan dan mempromosi produk pelancongan. 

WOIT

BETUL KE NI

ADA 100,000

KERJA KOSONG

DI KEDAH

AMIN

KALAU BETUL

KEDAH DAH JADI

MACAM SELANGOR

KAH KAH KAH

ATAU INI RETORIK

KEMPEN PRN

KAH KAH KAH

KHALAS

LONDEH JANGAN TAK LONDEH



Presiden Gerakan nafi dakwaan dihalau dari ceramah PAS


PRESIDEN Gerakan Dominic Lau menafikan laporan yang mendakwa beliau diminta untuk meninggalkan ceramah PAS malam tadi.

Lau berkata beliau pergi ke ceramah berkenaan untuk bertemu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Saya berada di sana untuk bertemu dengannya tetapi kerana acara itu berjalan lambat saya tidak dapat bercakap dengannya dan terpaksa pergi.

“Abdul Hadi Awang meminta untuk bertemu pada pukul 9 malam di Ceramah Sg Dua sebelum acara bermula tetapi dia lewat dan berada di sana sekitar 10.30 malam.

“Memandangkan ceramah telah bermula saya tidak dapat bercakap dengannya. Tidak benar dakwaan yang mengatakan saya diminta untuk beredar,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Terdapat laporan berita mendakwa presiden Gerakan itu diberitahu untuk meninggalkan ceramah mega Perikatan Nasional di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

Parti itu tidak dijemput ke majlis berkenaan, namun Lau hadir.

Ketika pemimpin PN lain naik ke atas pentas, Lau sedang menunggu di seberang pentas bersama sekumpulan penyokong PN.

Lau yang merupakan calon PN bagi kerusi Bayan Lepas di Pulau Pinang berkata beliau terpaksa beredar tanpa berjumpa Hadi kerana terpaksa pulang.

“Pada penghujung setiap hari kami perlu berkumpul semula dan mengadakan mesyuarat untuk merancang keesokan harinya.

“Ketika kami meninggalkan ceramah, ia hampir pukul 11 malam,” katanya. 

Ahli akar umbi PAS sebelum penamaan calon Sabtu lalu membantah pencalonan Lau di Bayan Lepas.

Mereka merasakan kerusi berkenaan adalah kerusi majoriti Melayu dan patut letakkan calon daripada parti Islam itu. – 2 Ogos, 2023.


 

TIBAI JAGAN

TAK TIBAI

AMIN

LONDEH JANGAN

TAK LONDEH

AMIN

SALAH BENAR

TAK MUTAHAK

YANG PENTING

LONDEH

KAH KAH KAH

KHALAS

CONTOH AGAMAWAN KAKI TORAK


BAGAIMANA PULA

KENYAATAN 

NABI ADAM TURUN

DI GUNUNG JERAI?

DAN KAPAL

TARIQ IBNU ZIAD

DIBUAT DI KEDAH

KAH KAH KAH

AMIN

BERSATU GANTI UMNO


BERSATU

GANTI UMNO

AMIN

Unknown commented on 
"BETUL KE BERITA INI ?
 ATAU HANYA PUTAR !!!"

Apa untung UMNO bungkus? Siapa untung? PN atau Bersatu? Adakah Bersatu baik belaka atau sama perangai macam UMNO? Kita semua tahu masa singkat Mahiaddin jadi PM lock down berapa habis Wang negara hutang tambah sampai rakyat kibar bendera putih, surrender untuk mati terus, mungkin ramai lupa tapi yang akal panjang pintar akan ingatan selama lamanya kah kah kah Melayu memang senang kena tipu asal guna agama asal guna bangsa tapi percayalah semua ini taktik nak undi nak jadikan kerajaan bukan kerana rakyat pun, sendiri nak kuasa kah kah supaya tak masuk penjara lah kah kah

BUDAYA CURI DUIT RAKYAT

 

BUDAYA CURI

DUIT RAKYAT

AMIN



Unknown commented on 

"PULUN LONDEH 

JANGAN TAK PULUN"

Ini lah budaya orang Melayu kita, sejak zaman Melaka tak boleh satu hari, kalau satu hati curi rasuah rompak wang rakyat, untuk buat kebaikan susah satu hati, sini lah tapi melalak pasal Palestine jauh beribu batu kah kah kah biar semua kaum lain nampak, biar Bangla ketawa biar Nepal kentut biar Myanmar buat geng, banyak dah orang asing belasah Melayu warga negara kah kah gaduh lagi pulun lagi koyak lagi bagus kah kah kah semua pasal nak kaya kah kah kah

KEMPEN HANGAT


HANGAT KEMPEN


KHAMIS 3 OGOS 2023
KEMPEN SEDANG HANGAT BERJALAN
SANA SINI HEBOH
MENTERI KE HULU KE HILIR
POLITIKUS TURUN NAIK

TUDUH MENUDUH
TIBAI MENIBAI
LONDEH MELONDEH
SEDANG BERJALAN
KAH KAH KAH

SEMUA PARTI SAMA
TAKDA SATU YANG BERKEMPEN
MENGAJUKAN DASAR
MEMBERI PENCERAHAN
MEMBERI GARIS EKONOMI

EKONOMI ?
KAH KAH KAH
FULUS SANA SINI
DANA SANA SINI
PROJEK SANA SINI
BUKAN RATUS RATUS
BILION BILON
KAH KAH  KAH

NIGER AFRIKA
RAMPASAN KUASA ASKAR
MINGGU LALU BAWA KACAU
SEKATAN EKONOMI
PADA NEGARA  BEKAS TANAH
JAJAHAN FRANCE
YANG MEMANG
PAPA KEDANA
INI BERAT

AMERIKA
OBAMA BERI AMARAN
PADA BIDEN
TRUMP LEBIH POPULAR
DARI BIDEN

AMERIKA
KELMARIN TRUMP
DI HADAPKAN KE MAHKAMAH
MOHON JAMIN
PADA KHAMIS HARI INI

HOKKIEN
PAGI INI  CERAH BASAH SEGAR
HUJAN MALAM
TIDAK LEBAT
TAPI CUKUP UNTUK
MENGUMPUL LOPAK AIR
DI ATAS JALAN

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA MANJA NYAMAN
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

TIONG SIBUK BERGADUH
TAK TAK IKUT JALAN
PADANG RUMPUT
YANG BARU DI POTONG
PIPIT BERTERBANGAN

LANGIT BIRU MUDA
TOMPOK AWAN PUTIH
SANA SINI
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
JIKA BERANGIN SEPERTI KELMARIN
PASTI HARI YANG INDAH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT  MENDENGAR
BAHAN KEMPEN