Sabtu, 5 Ogos 2023

KES CHINA MERAH MENCURI


KES CHINA MERAH

MENCURI

AMIN

Sintaro commented on
 "APA ITU REE - NADIR BUMI ?"

Rupa2nya Cik Adik kita nak gebang suruh kekalkan Sanusi..hehe.
Ubi tak empok betul..

Hooi Cik Adik..Buat masa ini Kerajaan Persekutuan pun belum ada SOP tentang REE ini - pasal tu Cnuc bawak cina merah yg ada kepakaran masuk untuk pekosah dan MBI cepat2 bayar rm500k compound (bila kena tangkap) untuk tutup cerita! ..Tetapi (bersambung bab menteri KDN tembak Cnuc pulak sekarang ni)

MALAPETKA IKLIM


BELI BUKU AWAL

MALAPETAKA IKLIM
DAN 
MANA HILANGNYA KATAK HIJAU
SEDANG DICETAK
AMIN

 SEBELUM  MASUK PASARAN
HARGA KOMBO SPESIAL
35 RINGGIT SAHAJA
AMIN

SILA PUKUL TALIPON UNTUK
MENEMPAH:
BONNIE : 012- 623-77- 06
KHALAS

TANAH ORANG ASLI GOMBAK


CUKONG PEMAJU

MELELEH

AIR LIUR BILA

NAMPAK TANAH INI

KHALAS

PERMAISURI AGONG & ALAM SEKITAR


Alam sekitar tiada gantinya, titah Tunku Azizah

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa keindahan alam semula jadi tidak akan dapat diganti setelah ia musnah, tidak kira berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk memulihkannya.

Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika usia muda, dan beliau berbangga dengan sikap tegas anakanda baginda dalam isu berkaitan alam sekitar.

“Beta sering mengingatkan (Tengku) Hassanal bahawa baginda tidak boleh menggantikan alam sekitar, tidak kira berapa juta (wang) yang dimiliki. Dari kecil, Tengku Hassanal terpaksa mendengar ‘pok pek pok pek’ (leteran) bondanya mengenai alam sekitar. Keindahan alam semula jadi tidak boleh diganti apabila ia musnah, anda tidak boleh memulihkan apa yang ada pada alam semula jadi.

“Beta gembira dan sangat bangga dengan anakanda kerana baginda telah menunjukkan kepada beta bahawa baginda telah menyedarkan rakyat bahawa alam semula jadi di Pahang perlu dikekalkan. Anakanda (Hassanal) mungkin telah menyinggung perasaan orang dan membuatkan mereka marah hari ini, tetapi suatu hari nanti mereka akan faham dan ini akan menjadi legasi baginda,” titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah bertitah demikian dalam ucapannya pada perasmian galeri ‘Pahang In Nature’ di Muzium Seni Kontemporari di Kuantan, malam tadi.

Tunku Azizah turut menzahirkan hasrat untuk menubuhkan sebuah muzium khas bagi mempamerkan semua hadiah yang diterima oleh suaminya, Al-Sultan Abdullah semasa memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 dan tempoh perkhidmatannya akan berakhir dalam 180 hari lagi.

“Kita boleh namakan ia sebagai Muzium Agong. Semua yang kita kumpul dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akan disimpan dalam muzium ini supaya orang ramai dapat melihat dan mengetahui apa yang kita (sebagai Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi Malaysia) telah lakukan,” titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah, baginda juga ingin menambah koleksi hadiah yang diterima oleh Almarhum Paduka Ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984.

Bagi Tunku Azizah, muzium adalah tempat yang disukai kerana ayahanda sering membawa baginda melawat ke muzium ketika zaman muda.

“Beta dapat melakukan perkara yang sama dengan Hassanal. Beta tidak fikir anakanda beta yang lain suka (melawat ke muzium), tidak seperti Hassanal… kerana baginda sering bertanyakan soalan kepada beta ketika kami berada di dalam muzium,” titah baginda.

‘Pahang In Nature’ mempamerkan 33 buah lukisan yang dihasilkan oleh artis anak jati Pahang Tengku Marina Tengku Ibrahim yang memaparkan keunikan alam semula jadi Pahang, yang diinspirasikan daripada Surah al-Rahman yang berulang kali mengingatkan nikmat Allah S.W.T termasuk penciptaan alam. – Bernama, 5 Ogos, 2023.




RAJA  SULTAN

BERSUARA TTG

ALAM SEKITAR

PETANDA BAIK

AMIN

JANGAN ADA YG

LOBI ISTANA

MINTA BAN BALAK

MINTA HUTAN DARA

MINTA LOMBONG

NADIR BUMI

MINTA TOKSIK

LYNAS

AMIN

KHALAS

BUKIT GASING - KURUS GANTI GEMOK


Calon ‘underdog’ Muda sasar menang besar di Bukit Gasing

CALON pilihan raya kali pertama VKK Rajasekaran Teagarajan yang bertanding atas tiket parti Muda berharap mencipta sejarah dengan kejayaan merampas kerusi Bukit Gasing daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Kerusi Bukit Gasing yang juga kubu kuat DAP akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru calon berbangsa India, dengan Raja yang menjadi calon “underdog” mengambil sikap optimistik terhadap peluangnya untuk menewaskan penyandang dan calon kegemaran Rajiv Rishyakaran serta mengalahkan Nallan Dhanabalan daripada Perikatan Nasional (PN). 

Usahawan berusia 44 tahun yang juga penduduk Bukit Gasing sejak 20 tahun lalu, yakin dengan rancangan dan manifestonya untuk kawasan itu yang akan meraih sokongan dan undi untuk memberinya peluang menewaskan dua calon lain.

“Gelaran underdog boleh dimainkan di sini. Ia pertandingan antara David dan Goliath tetapi saya tidak gentar kerana Rajiv adalah Adun dua penggal dan beliau menang undi popular,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Kami (Muda) memberikan rakyat satu pilihan untuk menjadi suara mereka kerana ia yang mereka kurang.

“Kami di sini sebagai alternatif jika anda tidak gembira. Muda akan memainkan peranan penting memberikan periksa dan imbang.”

Raja adalah anak kedua daripada empat beradik kepada ahli perniagaan terkenal VKK Teagarajan dan Indrani Teagarajan.

Raja yang mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Monash Business School di Australia, juga timbalan presiden Dewan Perniagaan India Kuala Lumpur dan Selangor.

Dengan Muda bertindak sebagai kuasa ketika pada PRN ini, Raja berjanji untuk berkhidmat dan membawa suara rakyat Bukit Gasing ke dewan undangan negeri, jika beliau menang.
 – 5 Ogos, 2023.

WOIT

JAGA KESEHATAN

RAKYAT MELABUR

HARAPAN

AMIN

YB GEMOK

BAHAYA MATI

DALM DEWAN DUN 

KAH KAH KAH

KHALAS

BERAMAI RAMAI KELUAR UMNO



'Ahli UMNO keluar parti,

 tindakan mendukacitakan' - 

Dr Muhamad Akmal
MELAKA - Pemuda UMNO menyifatkan tindakan individu meninggalkan parti itu disaat sedang diuji hebat sebagai satu tindakan yang mendukacitakan.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, bagaimanapun sayap kepimpinan itu akan terus istiqamah dalam meneruskan dan menggalas tanggungjawab untuk memperkukuhkan UMNO.

Menurut beliau, tindakan keluar parti secara beramai-ramai tidak sesekali akan merencatkan semangat rakan-rakan Pemuda UMNO lain yang masih setia dan bersusah payah demi parti.

"Suka untuk saya ingatkan dan berpesan kepada rakan-rakan Pemuda UMNO, perjuangan kita ini tidak berlandaskan individu atau mana-mana figura politik.

"Tetapi pejuangan Pemuda UMNO dalam parti ini untuk meneruskan fungsi dan peranan institusi dalam merekrut anak muda, memelihara perjuangan agama, bangsa dan tanah air," katanya dalam satu kenyataan susulan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Ahmad Syauqi Mazlan mengumumkan keluar parti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, barisan saf kepimpinan itu akan terus mengangkat perjuangan ini meskipun dalam keadaan yang susah mahupun senang.

"Pemimpin itu datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti namun perjuangan UMNO tetap akan diteruskan.

LARI LARI

CABUT LARI

KAH KAH KAH

LARI KERANA

SEDAR PARTI

INI DAH RAHAI

KAH KAH KAH

PARTI

KETUANAN MELAYU

JUAL MELAYU

PD CUKONG CHINA

KAH KAH KAH

KHALAS

KERETA SELESA - PENDUDUK TERSEPIT


SELESA UNTUK

KERETA TAPI

PENDUDUK MATI

TERSEPIT

KHALAS

APA PERANAN PROFESOR KITA


APA PERANAN

PROFESOR KITA ?

AMIN


Unknown commented on
 "BUDAYA CURI
 DUIT RAKYAT"

gua setuju komen ni, oleh itu mahukah kita menukar nama Malaysia kepada tanah melayu dimana pemerintahan dulu melakukan lebih banyak kezaliman?oh ya..penang dah masuk kedah ke? gua tak dgr dan lihat profesor2 melayu buat demo besar besaran dijalanraya. mujur prof ada wang pencen dan gaji dari universiti2..gua teringat kisah prof asal kelantan yg berkata kedatangan jepun adalah utk memberikan kemerdekaan kpd tanah melayu.prof lupa ada jambatan keretapi maut.

BUDAK SEKOLAH


BUDAK SEKOLAH

KHALAS


Unknown commented on
 "SHAHIDAN BUAT
 LAWAK BERDIRI"

TT, jika angan angan memang bukan jenayah TETAPI meraba tubuh anak gadis tu jenayah kan kan kan, jika masa dia meraba tu agak agak awang dia naik tak????

ationUnknown commented on 
"SHAHIDAN BUAT 
LAWAK BERDIRI"
Kah kah kah Shahidan ada niat ada mimpi ada impian bagus tak salah, kalau semua otak sama Shahidan beres Bossku kah kah kah

PAGI SABTU



PAGI SABTU


SABTU 5 OGOS 2O23
TAK HABIS HABIS DENGAN SANUSI
TUDUH MENUDUH
TIBAI MENIBAI
LONDEH MELONDEH
DI TERUSKAN

MELAYU GADUH SAMA MELAYU
YANG JADI KAYA CHINA MERAH
YANG DAPAT LOMBONG
CHINA MERAH

WOIT
APA JADI DENGAN
1 JUTA +++
WARGA CHINA MERAH
YANG DAH LESAP
DI TANAH MELAYU ?
JENG JENG  JENG

WOIT
ADA LATIHAN TENTERA KITA
DENGAN TENTERA AMERIKA
INI SATU YANG BARU
JENG JENG JENG
INI MESTI STRATIJI AMERIKA
NAK  LAWAN CHINA MERAH
AMIN

NIGER
RAMPASAN KUASA MINGGU LALU
SEDANG MENJEMPUT PERANG
LAGI ORANG ITAM
LAWAN ORANG ITAM

SUDAN
HAMPIR DI LUPAKAN
PERANG SAUDARA
MASIH BERJALAN

KOREA SELATAN
PERHIMPUAN JAMBOREE
PENGAKAP SEDUNIA
JADI KACAU
RAMAI JATUH SAKIT
KERANA PANAS TERIK

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT BIRU INDAH
KL & KL SENTRAL CERAH

TERKUKUR BERLAGU
DARI GAUNG SUNGAI
GUA NAMPAK MAKIN BANYAK
SARANG TEMPUA
LEBIH BANYAK DARI
TAHUN LALU

HA HA
SAEKOR SIPUT BABI
MELINTAS JALAN
GUA SELALU RISAU
KERANA ADA KEMUNGKINAN
AKAN DILANGGAR
LALU GUA ALIH MASUK 
KE DALAM
PADANG RUMPUT

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
TENGOK HARGA BUAH
MASIH MURAH ATAU DAH MAHAL
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
DI PAGI SABTU

BRO
REBONG  BUKAN SEBARANG REBONG
REBONG   DICAMPUR DAUN PANDAN
LEBONG BUKAN SEBARANG LEBONG
LEBONG BESAR DARI SHAHIDAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSABTU