Isnin, 11 September 2023
JANGAN BANYAK SONGEL - TURUN KE SOGO
JANGAN BANYAK
SONGEL
AMIN
SABTU INI SUSUN
ATUR PENYOKONG
TURUN KE SOGO
JAM 2 PETANG
KHALAS
KOMIDI MALAM SENIN
KOMIDI BERDIRI
KAH KAH KAH
JENERAL IMAM MAHADI
JENERAL MELAYU
KAH KAH KAH
RAJA SAUDI JUGA
RAJA MELAYU
KAH KAH KAH
APAKAH FAHMI FADIL
TAK AMBIK TINDAKAN
KERANA PENYERBARAN
BERITA PALSU LAGI KARUT
KAH KAH KAH
AMIN
HIMPUNAN PERIKATAN 16 SEPTEMBER
Selamatkan Malaysia melalui Parlimen bukan di jalanan
KOTA BHARU – Pemuda Perikatan Nasional (PN) boleh menganjurkan himpunan kempen selamatkan Malaysia dengan syarat menjadi proses semak dan imbang yang lebih berkesan dalam sidang Parlimen.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Zawawi Othman berkata, dengan menganjurkan gerakan himpunan di jalanan yang dijadualkan pada Hari Malaysia 16 September ini memperlihatkan ketidakcerdikan Pemuda PN.
“Nak selamatkan Malaysia daripada apa? Kalau sudah rasa Malaysia tidak selamat, mainkanlah peranan sebagai pembangkang untuk semak dan imbang secara lebih berkesan di Parlimen.
“Ahli-ahli Parlimen pembangkang kena ingat, kestabilan adalah kunci kemakmuran bagi sesebuah negara dan ketidakstabilan itu berlaku disebabkan masih ada lagi politikus seperti PN yang merancang menukar kerajaan melalui pintu belakang.
“UMNO Kelantan berharap anda tidak mengheret rakyat dengan propaganda murahan untuk membenci kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan akan menganjurkan himpunan awam simbolik bermulanya kempen Gerakan Selamatkan Malaysia pada Hari Malaysia yang akan disambut 16 September ini.
Kata beliau, himpunan itu akan fokus terhadap isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencetuskan pelbagai persoalan sejak kebelakangan ini.
Menurut Zawawi, puak PN sengaja tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berlalu lapan bulan lalu dan perlu menunggu empat tahun lagi untuk beradu dalam gelanggang politik.
“Nasihat saya kepada Ahmad Fadhli, berilah idea kepada Menteri Besar di empat negeri yang kamu perintah selepas menang dalam PRU15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
“Selesaikan masalah rakyat di Kelantan khususnya dahulu atau sekurang-kurangnya jadilah seorang Ahli Parlimen yang berguna kepada rakyat,” katanya.
BILA MUSUH
LAWAN CADANGAN
KITA ERTINYA
CADANGAN ITU
BETUL
AMIN
BILA MUSUH
BERI CADANGAN
PADA KITA
ERTINYA CADANGAN
ITU HAMPEH PALAT
AMIN
HIMPUNANAN
JALAN RAYA
TEPAT & BAGUS
KHALAS
TAHNIAH KERAJAAN !!!
Akta semakan hukuman mati, penjara seumur hidup berkuat kuasa esok, kata menteri
SEBANYAK 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup kini boleh memfailkan permohonan untuk membuat semakan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata ini berikutan penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) bermula esok, 12 September, susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lepas.
Azalina dalam satu kenyataan hari ini berkata Jemaah Menteri pada 30 Ogos lepas bersetuju dengan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah berhubung semakan hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dicadangkan hasil daripada pelbagai sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan.
Pihak terlibat termasuklah Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPM), Jabatan Penjara Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society (SLS) dan Advocates Association of Sarawak (AAS) bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).
“Keutamaan kepada pelaksanaan mekanisme ini merangkumi faktor seperti umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan-pertimbangan lain,” katanya.
Azalina berkata antara mekanisme yang dipersetujui adalah, bagi banduan yang dikenakan hukuman mati dan tidak berkemampuan untuk melantik peguam bagi mewakili mereka dalam proses semakan hukuman itu, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman melalui peguam yang dilantik oleh mahkamah.
Bagi banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat pula, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman daripada YBGK, katanya.
“Kedua-dua perkhidmatan bantuan guaman yang ditawarkan ini mencerminkan keutamaan dan pendirian kerajaan dalam memastikan keadilan diberikan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Azalina berkata penguatkuasaan Akta 847 melalui mekanisme yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri mencerminkan komitmen yang tinggi oleh kerajaan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia sejagat.
“Hal ini membuktikan prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara.
“Malahan, ini juga membuktikan keprihatinan kerajaan perpaduan untuk memberi peluang kedua kepada banduan yang dikenakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat untuk kembali kepada masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai rakyat biasa,” katanya. – Bernama, 11 September, 2023.
TAHNIAH !!!
TERBAIK !!!
AMIN
INI CONTOH
REFORMASI
YANG RAKYAT
MAHU DIWUJUDKAN
KHALAS
DASAR EKONOMI NEGARA WAJIB BACA
Inti pati ucapan PM semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Berikut antara inti pati ucapan perdana menteri:
Gagasan dalam KSP RMK12 bermatlamatkan “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”.
KSP RMK12 merestui usaha kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, wadah Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030.
RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi Madani, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.
Kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi 2023 hingga 2025 di bawah RMK12.
Kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12 dan menambah siling sebanyak RM15 bilion, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion.
Peningkatan bertujuan untuk menambah keperluan bagi membiayai bidang keutamaan rakyat, memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.
Dasar Inovasi Sosial akan dilancarkan pada November ini bagi menggalakkan daya cipta pada peringkat akar umbi.
Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, lantas menjamin pulangan yang maksimum buat negara.
Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi peneraju dalam pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion pada 2025.
Malaysia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) ke-15 di Kuala Lumpur pada Disember ini bagi mencerakinkan permasalahan dalam usaha Malaysia mempelopori peningkatan amalan sistem kewangan Islam yang syumul.
Kerajaan sedia dana RM346 juta dalam tempoh RMK12 untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan yang tinggi.
Kerajaan akan menyediakan RM60 juta dana pembiayaan peluang kedua kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Kebijakan perindustrian mengikut geografi akan diberikan penekanan termasuk Projek Ladang Air Manis di Kulai, Johor dan projek Taman Biopolimer Kertih, Terengganu.
Kerajaan telah lulus peruntukan RM1.1 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2025 dalam usaha memperkasa keselamatan dan memperoleh manfaat daripada potensi pembangunan ekonomi rentas sempadan.
Kerajaan bertekad untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar, daripada 0.57 pada tahun 2022 kepada 0.67 pada 2025.
Pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak akan terus diberikan tumpuan.
Projek pembangunan sistem Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan naik taraf sistem bekalan elektrik di Gugusan Felda Sahabat Sabah dengan kos RM195 juta akan dilaksanakan.
Lebih banyak projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Setakat ini, 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek di Sabah.
Sebuah pusat darah wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak.
Sejumlah RM1.5 bilion telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini juga.
Kerajaan akan memperkukuh penyediaan perlindungan sosial kepada rakyat melalui Reformasi Perlindungan Sosial yang sedang dikaji.
Bantuan tunai dan program Rahmah akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan jaringan keselamatan sosial terus ditingkatkan.
Satu kongres ekonomi bumiputera akan diadakan pada Januari 2024 bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.
Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 berkaitan pengisytiharan pemunya manfaat sedang disemak semula bertujuan untuk memperkukuh ketelusan pemilikan saham.
Dana wakaf akan diwujudkan menerusi kerjasama agensi berkaitan dengan Yayasan Wakaf Madani sebagai pendekatan baharu dalam membangunkan ekonomi Islam.
Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia akan diluncurkan dengan tumpuan untuk meningkatkan kebolehpasaran belia bagi mereka yang menganggur dan terlibat dalam sektor pekerjaan tidak formal.
1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025.
Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan.
Projek rintis Perumahan Inklusif Madani akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Peruntukan sebanyak RM40 juta disediakan kepada persatuan sukan komuniti berdaftar bagi menganjurkan acara sukan bagi memupuk perpaduan dan membina masyarakat yang aktif dan sihat.
Langkah untuk menggalakkan wanita kekal atau kembali bekerja akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan dan sokongan yang diperlukan seperti penjagaan anak, insentif kewangan dan waktu bekerja fleksibel.
Maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) akan disepadukan dalam portal MyFutureJobs, manakala prosedur operasi standard pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam akan ditambah baik.
Dasar Pendidikan Digital (DPD) akan dilancarkan bagi melahirkan murid berkemahiran digital dalam era Revolusi Industri 4.0 (4IR).
Kerajaan melalui inisiatif Akademi dalam Industri (AiI) akan menyediakan dana khusus berjumlah RM209 juta bagi membantu belia menceburkan diri dalam sektor pembuatan.
Seramai 50,000 belia disasarkan mendapat pekerjaan berkemahiran dengan Sijil Kemahiran Malaysia pada akhir RMK12.
Kerajaan bersetuju untuk memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, Littoral Mission Ship, helikopter dan pesawat tempur ringan.
Kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber.
Kerajaan akan menggubal undang-undang mengenai perubahan iklim bagi mengawal selia pelaksanaan kebijakan bagi memenuhi kewajipan perubahan iklim negara.
Akta berkaitan pencemaran sumber air dan industri perkhidmatan air akan dikaji semula agar hukuman yang setimpal terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan pada akhir tahun ini bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana.
Usaha khusus bagi melindungi spesies Harimau Malaya (panthera tigris jacksoni) yang kini kian terancam akan dipertingkatkan.
Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tatakelola (ESG) yang merangkumi dasar dan rangka kerja kawal selia serta khidmat sokongan akan dibangunkan bagi menggalakkan perniagaan menerima pakai amalan perniagaan yang mampan.
Penstrukturan semula subsidi elektrik, diesel dan petrol serta bantuan sosial lain akan dilakukan. Rakyat yang kurang bernasib baik kekal menjadi keutamaan kerajaan.
Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti akan diperkenalkan sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti dalam sektor awam dan swasta.
Kerajaan menyasarkan kedudukan ke-25 teratas buat Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah sedunia dalam tempoh 10 tahun.
Penggunaan Identiti Digital (ID) Nasional secara rintis bagi pengesahan identiti yang selamat dan terpelihara dijangka dilancarkan pada 2025.
Jawatankuasa Khas Pemantauan KSP RMK12 akan ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan kebijakan KSP RMK12. – Bernama, 11
ARAH GARIS
NEGARA
AMIN
BERSAMAA KITA
ALU ALUKAN
KHALAS
TITAK RAJ RAJA MELAYU
TITAH RAJA MELAYU
BUKAN BEBASKAN
PENYAMUN
AMIN
"CURI BERBILION BILION"
titah suruh buat kerajaan bersama... bukan lepaskan lanun penyamun
WAJIB TONTON - TAHNIAH !!!
CONTOH TERBAIK
WAJIB TONTON
INI ADALAH CONTOH
KEMPEN POLITIK
TERBAIK
MENGGUNAKAN TEKNOLOJI TERKINI
DENGAN BIJAK
TAHNIAH !!!
TERUSKAN
SELAMATKAN MALYSIA
DARI PENCURI DAN PERASUAH
KHALAS
KANG KONG BIJAK MEMBODEK
KANG KONG
BIJAK MEMBODEK
KHALAS
Unknown commented on
"UMNO IKUT DAP"
Kah kah ramai cendiakawan Melayu jati, apabila curi rasuah senyap menyap, bab politik agama bangsa bising sangat kah kah kah memang lagu itu lah, masa UMNO berkuasa semua senyap menyap dapat habuan sekarang tiba tiba jadi malaikat pulak, bukan salah parti UMNO tapi seluruh ahli masa bagi senyap senyum cium tangan kah kah kah sembang boleh lah tapi tengok belakang sikit penuh tahi bau busuk wait kah kah kah
PELANGAI SEMPADAN JELEBU
PELANGAI
SEMPADAN DENGAN
JELEBU
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"PAKATAN KURANG UNDI MELAYU"
Pelangai ni wilayah Ulu.. tompek Jin bortondang .. Pogundi nyo boley di ulor dongan janji tukar atap zink dan di ulor bajo.
Aruah Wakil Polangai ari tu torsolah korajinan nyo .. belom sominggu monang dah nyewo kapatorbang jet poey torbang ko Langkawi ontok nyolosaikang masalah Sosial-Ekonomi Polangai .. lopeh tu ko Solangor plak ..
Jadi solamat Mongundi waghieh Polangai .. jangan lupo pangkah wakil yg rajin poey mosyuarat ..
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
AL-FATIHAH
AMIN
MANA BERAT MATA MEMANDANG
BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
KHALAS
MUDA TARIK SOKONGAN
Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan
AHLI Parlimen Muda tunggal akan duduk di bangku pembangkang berkuat kuasa serta-merta untuk membantah keputusan pendakwa raya minggu lepas menggugurkan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan Muda kini akan menjadi kuasa ketiga dalam pembangkang.
“Ini (menggugurkan pertuduhan rasuah) adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah.
“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini.
“Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah partinya yang berasaskan belia akan kekal berprinsip.
Syed Saddiq mengesahkan beliau sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat JohariAbdul dan meminta supaya tidak duduk bersama-sama ahli Parlimen pada Isnin apabila Dewan Rakyat bersidang untuk mesyuarat Semakan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Syed Saddiq berkata beliau akan menjawab semua soalan berhubung keputusan itu dalam sesi langsung malam ini pada jam 8.30 malam.
Langkah ini kini akan mengakibatkan blok kerajaan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Kerajaan perpaduan memperoleh majoriti dua pertiga semalam, berikutan kemenangan Suhaizan Kaiat di Pulai semalam.
Ia adalah kemenangan pilihan raya Parlimen pertama Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) di bawah kerjasama mereka.
PH mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum selepas Suhaizan memperoleh 48,283 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq yang beliau memenangi kerusi Muar dengan bantuan PH pada pilihan raya umum lalu.
“Saya perlu ingatkan Syed Saddiq bahawa dia menang atas persefahaman dengan PH.
“Dia tidak menang Muar dengan merit sendiri. Dia menang kerana ada persefahaman pilihan raya dengan PH,” kata menteri pengangkutan itu kepada pemberita hari ini. – 10 September, 2023.
WOIT
MASIH ADA
3/4 SOKONGAN
LAGI KE ?
AMIN
KALAU TAKDA
TAK DAPAT
BUAT SEMPADAN
BARU
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
KHALAS
CARA TALIBAN BAWA KALAH
Kerjasama Pakatan-BN diuji lagi pada PRK Pelangai, kata pemerhati
KEMENANGAN Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di Simpang Jeram dan Pulai pada Sabtu akan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai kelak, kata pemerhati.
Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka berpendapat kerjasama tersebut akan menjadi lebih serius di Pahang walaupun ketika di Johor, strategi kempen kedua-dua pakatan itu berbeza.
Kata mereka, kemenangan itu menunjukkan dengan kedua-dua pakatan itu mengetepikan perbezaan dan bekerjasama, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik.
Namun, adakah ia akan berulang lagi pada PRK di Pahang yang merupakan kubu kuat Umno?
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata strategi kempen PH dan BN itu berjaya dan ia mungkin diteruskan di Pelangai.
Jelasnya, BN boleh memenangi Pelangai jika berjaya meyakinkan penyokongnya termasuk PH untuk mengundi calon Umno.
“Ketika kempen di Johor, PH dan BN kempen berasingan, mereka meyakinkan penyokong secara berasingan untuk mengundi calon dan strategi itu berkesan.
“Pelangai kubu kuat BN jadi mungkin belum masa lagi untuk PH-BN mergerak bersama di negeri itu. Atau mungkin strategi sama digunakan di Pahang.
“PH boleh dapatkan segmen mereka undi untuk BN dan BN tidak boleh biarkan sebarang peralihan undi daripada Umno kepada PN,” katanya.
PN dikatakan gagal di Johor semalam kerana gabungan itu tidak mendapat sokongan orang Melayu yang mencukupi.
Pengarah Program Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata terdapat penolakan ketara daripada pengundi bukan Melayu terhadap gabungan pembangkang itu.
Ibrahim yang juga pengasas bersama Merdeka Center itu berkata terdapat petunjuk jelas penyokong Umno menyokong kerajaan perpaduan dan mengundi calon Amanah yang mewakili PH.
Sebaliknya, Dr Mazlan Ali berkata semangat Umno tinggi berikutan pembebasan Zahid daripada kes mahkamah yang akhirnya menggerakkan ahli parti itu untuk mengundi PH.
Beliau berkata kemenangan di Johor akan diterjemahkan kepada kerjasama yang lebih serius antara PH dan BN di Pelangai.
“Kerusi DUN Pelangai di bawah Bentong dan kita tahu Bentong adalah kerusi Cina. Kerjasama akan lebih serius di Pahang.
“Kita lihat PH-BN sebenarnya boleh bekerja sebagai satu pasukan dan mereka berjaya meningkatkan undi walaupun peratusan keluar mengundi rendah.
Dalam pada itu, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya senada dengan Mazlan.
Katanya, kerjasama di Johor diterima ramai terutama penyokong PH dan BN perlu meyakinkan ahli mereka tentang kerjasama dengan PH itu.
“Kerjasama akan diteruskan tetapi mereka tidak boleh ambil mudah di Pelangai, mereka perlu bekerja keras dan tidak boleh mengambil mudah.
“PN sudah tentu akan bertanding untuk menang selepas tewas di dua kerusi di Johor,” katanya. – 11 September, 2023.
TALIBAN AKAN
KALAH KALAU
TERUS DENGAN
CARA TALIBAN
KHALAS
DASAR TALIBAN DI TOLAK
SELAGI PEGANG
DASAR TALIBAN
RAKYAT
AKAN TOLAK
KHALAS
Unknown commented on
"TALIBAN DI TOLAK"
Orang cerdik orang ada ilmu orang ada pengetahuan ada belajar susah nak tipu macam negeri utara kah kah kah semuanya nak masuk syurga saja matlamat walau dapat air teh tarik selalu kah kah show
Unknown commented on
"PAKATAN KURANG
UNDI MELAYU"
Tak kira apa lah, rakyat kena kira atau untung, undi jangan bazir ikut sentimen sudah, buang masa undi PN pun tarak guna, habis kuat dapat komidi jalanan, lain habuk tarak, baik sokong kepada yang boleh bantu rakyat kah kah kah guna akal guna cerdik tapi pasti semua masuk syurga belaka kah kah nanti boleh Kow Tim penjaga senang
MULUT TAK SERI KENA GAM
MULUT TAN SERI
KENA GAM
KAH KAH KAH
Unknown commented on
"TAN SERI HILANG ?"
Tan Sri dah kena lekat gam mulut, sekurang-kurangnya dia ada akal, dah tua jangan menyibuk jangan menyusahkan lain orang, ada seekor Tun entah faham atau tidak lagi? Dah nak sampai usia 100 tahun masih sembur bisa merata tempat, lagi dahsyat lagi bisa lagi hebat belaka tapi orang-orang Melayu bagus tahu, tak sampai hati nak tegur sebab apa?
Rasa hormat ada rasa orang tua ada, macam itulah orang-orang Melayu bagus kah kah kah tapi diri sendiri kena sedar juga lah, kubur dah dekat, takut masuk lubang mana pulak lepas ini kan? Kah kah kah TT ada standby selalu sebelah Tun yang seekor ini satu kah kah kah
Unknown commented on
"PAKATAN KURANG
UNDI MELAYU"
ak rase la... malam tadi mesti tan sri Limkit tido tak lena... tak tido bediri, tak pun tido duduk... pastu dia ckp2 dalam tido, jahit apa pasal lu wujud aaa dalam ini cerita... hahhahahaha muda muda.. ape la bagus sangat mung nie...