Selasa, 12 September 2023
PEGUAM BERI AMARAN PADA POLIS
Peguam beri amaran kepada polis, kerajaan terhadap ugutan berhubung himpunan bantah bebas Zahid
Peguam hak asasi manusia memberi amaran kepada kerajaan dan polis supaya tidak menakut-nakutkan penganjur perhimpunan pada Hari Malaysia bagi membantah keputusan kontroversi oleh peguam negara untuk menghentikan perbicaraan rasuah terhadap Zahid .
Lawyers for Liberty (LFL) juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), undang-undang yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini terhadap penunjuk perasaan yang menurut pengkritik adalah tidak berperlembagaan.
"Menteri dan ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) amat menyedari sifat penindasan APA, kerana mereka juga diganggu dan dianiaya kerana dikatakan melanggar APA apabila mereka menganjurkan perhimpunan semasa mereka menjadi pembangkang.
“Atas sebab inilah PH sebelum ini menggesa pemansuhan APA.
“Tetapi kini PH yang teraniaya nampaknya bertukar menjadi penganiaya, mengubah undang-undang yang sama yang pernah mereka kecam terhadap pembangkang sekarang,” kata Pengarah LFL Zaid Malek.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur protes yang dirancang oleh Perikatan Nasional (PN) pada 16 September, berkata mereka mesti mematuhi keperluan APA.
Beliau berkata mengikut Seksyen 9 (1) APA, mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan perlu memohon permit lima hari lebih awal.
Ketika ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan tanpa permohonan yang diperlukan, beliau berkata tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
Zaid berkata kenyataan Ayob dan beberapa pemimpin PH "tidak syak lagi" bahawa kerajaan dan polis sedang bersedia untuk mengambil tindakan.
“Ancaman sebelum perhimpunan dan amaran awam kepada mereka yang merancang perhimpunan itu adalah taktik yang sama pernah digunakan oleh kerajaan BN lama terhadap Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH,” katanya.
"PH dan pemimpinnya sendiri menjadi apa yang pernah mereka kritik sebagai menindas."
Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu ironi bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk menyekat perhimpunan aman.
"Reformasi dilahirkan di jalanan, dan berkembang maju dengan menentang Akta Polis dan APA untuk mengadakan perhimpunan antikerajaan," katanya merujuk kepada slogan yang sering dilaungkan Anwar.
WOIT
INI LAGI HEBAT
KHALAS
PEGUAM BERI
AMARAN PADA
POLIS
JENG JENG JENG
SEKALI GUS
BERI IKLAN
DEMO PETANG
SABTU DI SOGO
KAH KAH KAH
INI IKLAN TERBAIK
TERCUN TERMOLEK
KHALAS
INI TEATER ? SANDIWARA ? ATAU WAYANG ?
Isu DNAA Zahid, jawatankuasa khas Parlimen panggil 2 peguam negara
JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (JKPK) ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil dua peguam negara untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
Pengerusinya, William Leong memberitahu Parlimen pagi ini ia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dan laporan penuh akan dibentangkan kepada jawatankuasa selepas selesai prosiding.
“Sebagai pengerusi saya akan panggil kedua-dua peguam negara untuk beri penjelasan.
“JKPK akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika bangun mencelah semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
Dua peguam negara berkenaan adalah Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Idrus Harun.
Terdahulu, ahli JKPK daripada blok pembangkang bangun bertanya kepada Speaker Johari Abdul sama ada beliau akan membenarkan isu pembebasan Zahid dibahaskan di Parlimen.
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan keputusan JKPK mengadakan prosiding itu.
– 12 September, 2023.
MAKA TEATER
DI PENTAS
AMIN
WAYANG
PAK DALANG
UNTUK TEPIS
OMBAK
KEBENCIAN
RAKYAT
AMIN
KHALAS
DEMO SOGO - PEGUAM BERI IKLAN !!!
Himpunan protes Zahid perlu dibenarkan, kata kumpulan peguam
SEBARANG tindakan diambil terhadap penganjur protes Selamatkan Malaysia diketuai Perikatan Nasional (PN) akan dilihat sebagai penegasan yang kerajaan diterajui Anwar Ibrahim tidak lagi memperjuangkan reformasi, kata Lawyers for Liberty (LFL).
Pengarah LFL Zaid Malek berkata himpunan protes terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada kes rasuahnya, perlu dibenarkan tanpa tindakan polis.
“Ini dianggap gangguan dan intimidasi, kerana tidak indikasi menunjukkan himpunan itu akan diadakan secara tidak aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan LFL itu susulan kenyataan amaran dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.
Ayob Khan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan Selamatkan Malaysia PN yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.
Katanya, setakat ini polis belum menerima permohonan permit atau maklumat daripada penganjur untuk mengadakan protes di depan pusat beli-belah Sogo.
“Akta Perhimpunan Aman 2012 memerlukan penganjur perhimpunan menyerahkan notis lima hari sebelum hari acara. Hari ini hari terakhir di mana penganjur sepatutnya membuat permohonan permit.
“Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di kawasan itu. Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, jadi mereka perlu dapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sogo,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berita semalam.
Zaid berkata undang-undang berkenaan, iaitu Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 adalah perundangan tidak mengikut perlembagaan yang secara langsung melanggar hak berhimpun secara aman seperti di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, menteri dan ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tahu wujud unsur penindasan dalam PAA.
“Mereka juga pernah diganggu dan didakwa kerana dikatakan melanggar PAA ketika mereka menganjurkan himpunan dan protes semasa mereka masih pembangkang.
“Itu sebabnya sebelum ini PH mendesak PAA dimansuhkan. Tetapi sekarang PH nampaknya berubah menjadi pendakwa, menggunakan undang-undang sama yang pernah mereka kritik, terhadap pembangkang pada masa ini,” katanya. – 12 September, 2023.
WOIT
POLIS DAH
BERI IKLAN
KAH KAH KAH
SEKARANG
PEGUAM PULAK
BERI IKLAN
AMIN
PAK LEBAI
BILA NAK BERI
FATWA & IKLAN
KAH KAH KAH
LAGI BANYAK
IKLAN LAGI
CUN
KAH KAH KAH
KHALAS
DULU MUSUH SEKARANG KAWAN
DULU MUSUH
SEKARANG KAWAN
AMIN
INI GEOPOLITIK
JAGA KEPENTINGAN
DIRI SENDIRI
KHALAS
PILIHAN RAYA TAK UBAH APA APA
JIKA PILIHAN RAYA
B0LEH UBAH
APA APA
DAH LAMA
PILIHAN RAYA
DI HARAMKAN
AMIN
CONTOH : PAKISTAN
KHALAS
Unknown commented on
"HIMPUNAN PERIKATAN 16 SEPTEMBER"
tt lu pircaya ke kerajaan auta keling ni boleh selesai dalam parlimen ?? hantar usul kena tolak disuruh lawan dalam parlimen ? ini cerita kepala pundek lutong.. usul tolak suruh bahas tanpa usul.. sampai masa parlimen tangguh.. auta keling mabuk todi.. kah kah kah
JANGAN MEROYAN TURUN KE SOGO
JANGAN MEROYAN
TURUN KE SOGO
KHALAS
Unknown commented on
"LANGKAH BIJAK DARI PERIKATAN"
Jangan meroyan bro. Sabtu turun sogo. Selesai masalah.
Unknown commented on
"PETANG SABTU DI SOGO"
Jgn lupo ajak juo hadi dan udin. Biar yang capek dtg bertongkat. Yang buto merabo2. Yang pekak tertanyo2. Yang kurap menyusur angin. Hidup melayu isle kah kah kah
Unknown commented on
"PETANG SABTU DI - SOGO - POLIS KELUAR IKLAN"
Demo SOGO utk lebih 70 kes-kes DNAA yang dilepaskan Abah Sakaw PM8 dan AGC lantikan Abah, Idrus Harun termasuk Kes Rasuah & AMLA Musa Aman, Nasaruddin PAS broker duit curi 1MDB RM90 juta kepada Hadi dan Kes Cabul Remaja Bawah Umur Ahli PAS Shahidan Kassim.
Semua clear DNAA kerana Abah nak selamatkan majoriti tipu bohong Kerajaan Tebuk Atap PN Penyamun Nasional.
Jom ramai2 ke SOGO utk selamatkan Malaysia dari Abah dan Taliban PN Penyamun Nasional kembali berkuasa melalui Sheraton Move 2.0.
BEREBUT NAK JADI IMAM MAHADI
BEREBUT NAK
JADI
IMAM MAHADI
KHALAS
Unknown commented on
"KOMIDI MALAM SENIN"
You are a 'professor'..yet things like this.. has to come out from your mouth.. apa lagi yg tak puas hati.. kembali ke alam nyata.. bro..
Awaiting moderation
Haa, Miim commented on
"KOMIDI MALAM SENIN"
jangan bagi Qassem Pekistan dengo, kecik hati dier..
KARTEL BERI DANA ORANG POLITIK
KARTEL BERI DANA
ORANG POLITIK
KHALAS
abuqassim commented on
"MASALAH EKONOMI WAJIB SELESAI"
Apo ko bongap bona..
Hal kartel hal org tongah ni..
Tkkn solosai dgn politik..
Jgn jd bangang..
Org politik bos eh kartel..
Cmno nk solosai doh..
KAH KAH KAH
MELAYU TAKUT TALIBAN
Melayu dakwa ‘Cina takut Pas kerana Islam’ boleh terus ikut DAP – Hadi
KUALA LUMPUR – Golongan Melayu yang mendakwa bahawa kaum Cina takut terhadap Islam yang dibawa oleh Pas disifatkan sebagai golongan yang buta sejarah mengenai agama sendiri.
Presiden Pas, Hadi Awang berkata, Melayu yang bertindak menyertai DAP juga disebabkan kerana ketakutan Islam yang dibawa oleh Pas.
Menurut Abdul Hadi, kumpulan itu boleh terus mengikuti DAP yang disifat beliau sebagai tidak konsisten dalam menghapuskan amalan rasuah.
“Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan kejahilan dirinya atau fikirannya yang masih dijajah. Sehinggakan, perbuatan itu laksana kata-kata pantun Melayu.
“Melukut di tepi gantang, buka sanggul mencari kutu, orang takut akalnya hilang, jumpa tunggul dikata hantu.
“Mereka boleh mengikuti DAP yang sesat prinsipnya atau hanyut tanpa konsisten dalam perjuangan menentang rasuah yang kuat dilaungkan selama ini, semata-mata kerana mengejar kuasa,” kata Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kumpulan terbabit menyaksikan bagaimana negeri-negeri yang kuat pengaruh Pas atau diperintah oleh Pas dalam pelaksanaan Islam.
Kumpulan itu bagaimanapun katanya, sengaja menunjukkan kebebalan atau membodohkan diri sendiri dan mencipta sangkaan jahat.
Tambah Abdul Hadi, ramai kalangan yang tersebut dipengaruhi dengan pembohongan propaganda orientalis yang didakwa beliau mempunyai niat jahat.
“Dan kini, membawa propaganda Islamofobia bagi menghalang pengaruh Islam yang dianggap menjadi suatu ancaman khusus kepada tamadun Barat yang kini sedang menunjukkan tanda merudumnya.
“Segala propaganda itu terdedah melalui kenyataan negatif beberapa orang tokoh ilmuwan dan tokoh politik Barat yang dipengaruhi penulisan golongan orientalis yang penuh dengan pembohongan dan propaganda Islamofobia secara dengki terhadap Islam atau jahil, bukan secara ilmu bagi mencari kebenaran,” katanya.
Abdul Hadi berkata, kedatangan Islam di seluruh pelosok dunia bukan untuk menjajah dan merompak tetapi bagi menentang kezaliman yang berlaku terhadap rakyat dan Islam yang dijadikan sasaran.
Rakyat ditindas disebabkan penerimaan mereka terhadap pengaruh ajaran Islam yang adil kepada semua sehingga menakutkan kerajaan yang zalim. –
CHINA TAK
TAKUT ISLAM
AMIN
ISLAM SAMPAI
KE CHINA LEBIH
AWAL DARI
SAMPAI KE MELAKA
AMIN
MELAYU TAK
TAKUT ISLAM
AMIN
MELAYU & CHINA
SEMUA TAKUT
TALIBAN
KHALAS
LAWAN ZAHID KENA PECAT !!!
Isham mungkin dipecat dari UMNO?
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membayangkan dirinya mungkin antara beberapa ahli yang akan dipecat oleh parti minggu ini.
Sekiranya ura-ura itu benar, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti dan MKT jika mereka mahu berbuat demikian.
“Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air dan bukan kerana kepentingan peribadi.
“Manusia boleh singkirkan manusia namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Ahli MKT UMNO, Lokman Noor Adam melalui rakaman video yang disiarkan melalui laman Facebook miliknya mendesak Isham meletak jawatan.
Beliau berkata, Isham sepatutnya berbuat demikian sekiranya tidak boleh menerima keputusan MKT UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dipersetujuinya ketika masih menjadi Ketua Penerangan UMNO.
Isham sebelum ini lantang mempersoalkan tindakan UMNO bergabung dengan PH dalam pilihan raya di enam negeri yang menyaksikan parti itu mencatatkan prestasi yang sangat buruk.
Berhubung desakan tersebut, Isham menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan Ahli MKT UMNO.
“Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi,” katanya.
Beliau juga meminta Lokman supaya tidak mencampuradukkan titah Yang di-Pertuan Agong agar UMNO bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan.
Isham mengakui bahawa beliau menjunjung titah tersebut namun tidak pernah bersetuju dengan keputusan UMNO untuk bergabung dalam pilihan raya bersama PH.
“Berada dalam kerajaan dan pergi pilihan raya bersama adalah dua perkara yang berbeza. Seri Paduka tidak pernah titah kita pergi pilihan raya bersama PH,” jelasnya.
Beliau juga yakin akar umbi sentiasa berada di belakangnya dan pada masa yang sama, mengingatkan semua pihak dalam UMNO bahawa bekas Najib masih di dalam penjara.
“Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan UMNO beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia,” katanya. –
WOIT
LAWAN ZAHID
KENA PECAT
JENG JENG JENG
APAKAH SOSOK
INI ORANG BOSSKU
JENG JENG JENG
ZAHID DAH LEPAS
BOSSKU DI LUPA
KHALAS
MASALAH EKONOMI WAJIB SELESAI
MASALAH EKONOMI
WAJIB DI SELESAI
KHALAS
Unknown commented on
"LANGKAH BIJAK
DARI PERIKATAN"
kalau hal wak sekor nie pun kerajaan bangnon gagal nak selesaikan, adakah kita boleh harapkan dia selesaikan masalah kartel, masalah org tengah, masalah org melayu terpinggir ekonomi..
makan mmg semua rakyat makan, beli kereta mmg semua rakyat beli kereta... tp klu takat teruskan dasar yg kelam, konon2 ekonomi madani... yg kita baca pun tak pergi ke mana2... rentikanlah rapiji oiii...
interview kemarin sebagai menteri ekonomi pun dah tah hapo2 hapo tah... tipu dek real player kartel je menteri melayu mcm piji nie...
SABTU DEMO DI SOGO
SABTU DI SOGO
SELASA 12 SEPTEMBER 2023
JENG JENG JENG
SABTU INI JAM 2 PETANG
ADA DEMO DI SOGO
JENG JENG JENG
INI DEMO
NAK HALANG PENCURI
KEMBALI BERKUASA
JENG JENG JENG
POLIS DAH BERI IKLAN
PEMUDA UMNO KELANTAN
DAH BERI IKLAN
MEREKA BANTU MENGIKLANKAN
DEMO DI SOGO
JENG JENG JENG
INI DEMO PERTAMA
UNTUK KERAJAAN MADANON
JENG JENG JENG
KALAU 1000 TURUN KIRA BERJAYA
KALAU 20 ORANG TURUN
SAH GAGAL
KAH KAH KAH
KOREA UTARA
KERETA API KHAS
DARI KOREA UTARA TELAH BERGERAK
MEMBAWA KIM JONG UN
MENUJU KE RUSIA
UNTUK BETEMU PUTIN
JENG JENG JENG
THAILAND
KERAJAAN BARU THAI
AKAN BERI 10.000 BHAT
SETIAP WARGA BERUMUR
16 TAHUN KE ATAS
INI UNTUK MERANGSANG EKONOMI
LIBYA
2000 WARGA DI LAPOR MATI
AKIBAT BANJIR
DAN EMPANGAN PECAH
MOROKO
ANGKA KEMATIAN GEMPA BUMI
BERTAMBAH
KINI MELINTAS 2000++
BANTUAN LUAR SAMPAI
TAPI TERLALU PAYAH
UNTUK SAMPAI KE KAWASAN GEMPA
COLOMBIA
TAHUN INI MENGIKUT
LAPORAN BANGSA BERSATU
PENGELUARAN KOKAIN
BERTAMBAH 24 %
MENJADI 1,738 TAN KOKAIN
HOKKIEN
KERING SEGAR
BERKABUS NIPIS
KL & KL SENTRAL
BERKABUS JUGA
GUA HANYA MENDENGAR
TIONG DAN TERKUKUR
RUMPUT MAKIN KERING
MENUNGGU MASA
UNTUK DI BAKAR
HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
DENGAN SENYUMAN
BRO
PERJALANAN ADA RINTANGAN
INI NAMANYA HIDUP
BRO
TERSENYUMLAH
KERANA DI HADAPAN
BANYAK CINTA
SEDANG MENUNGGU
BRO
JANGAN SAKIT HATI
BILA HARAPAN TIDAK
DI PENUHI
BRO
TAK PERLU JADI ORANG BAIK
UNTUK LU TOLONG ORANG LAIN
JADILAH ORANG BERSIMPATI
BRO
BUANGKAN EGO LU
JANGAN LUPA
MEMULAKAN DARI AWAL
AGAK SUSAH
BRO
JANGAN RISAU BENDA
YANG BELUM LU MILIKI
SYUKUR DENGAN APA
YANG LU ADA
BRO
LU BUANG MASA
LU JAUH DARI KEJAYAAN
BRO
MENULIS ITU BAIK
BERFIKIR LEBIH BAIK
BIJAK ITU BAIK
SABAR ITU LEBIH BAIK
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
MENUNGGU DEMO
PETANG SABTU