Rabu, 11 Oktober 2023
DARI KADIR JASIN
“Timing” Tidak Teruskan Pendakwaan Ahmad Zahid
1. Maaflah kalau saya kata, saya hanya percaya atau menganggapnya sahih kalau yang membuat keputusan itu hakim. Ini adalah kerana saya cukup yakin yang sesiapa pun dalam kerajaan tidak berani campur tangan di peringkat itu.
2. Di peringkat pendakwaan itu cerita lain. Pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara. Peguam Negara dilantik atas perakuan (recommendation) Perdana Menteri dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ada orang kata, jawatan Peguam Negara ini adalah “jawatan politik” atau, setidak-tidaknya pun, dipengaruhi oleh politik.
3. Peguam Negara masa pendakwaan ke atas Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akal Budi adalah Tommy Thomas dan Idrus Harun. Thomas meletakkan jawatan pada 28 Februari 2020, beberapa hari selepas Kerajaan Pakatan Harapan digulingkan. Idrus dilantik pada 6 Mac 2020 oleh pentadbiran Mahiaddin Md Yasin.
4. Kontrak beliau tamat Mac lalu tapi disambung oleh Kerajaan Perpaduan selama enam bulan. Kebetulan pada hari-hari terakhir jawatannya itu, Pendakwa Raya memberhentikan pendakwaan ke atas Ahmad Zahid. Ini memaksa mahkamah membebaskan beliau tanpa dilepaskan.
5. Peguam Negara baru, Ahmad Terrirudin Salleh, dilaporkan mula bertugas semalam, 6 September. Jadi kita bolehlah kata yang beliau tidak ada kaitan dengan keputusan tersebut.
7. Takkan lah seorang Peguam Negara hanya pertimbangankan aspek undang-undang saja? Adakah beliau tidak terfikir langsung kepentingan pihak-pihak lain, khususnya kerajaan yang melantik dan menyambung kontrak beliau? Masa pentadbiran Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob tidak pula berlaku perubahan angin terhadap kes Ahmad Zahid ini.
8. Kalau orang biasa pun tahu yang tanpa Ahmad Zahid, Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat jadi Perdana Menteri dan tanpa Ahmad Zahid kerajaan boleh tumbang, seorang yang arif macam Peguam Negara tentu lebih faham yang Perdana Menteri memerlukan Ahmad Zahid.
9. Katakan lah Ahmad Zahid didapati bersalah dan dihukum, Kerajaan Perpaduan akan goyang atau tumbang terus. Jadi Ahmad Zahid ini sangat-sangat penting (critical) kepada kelangsungan Kerajaan Perpaduan. Peguam Negara tentu tahu hal ini.
10. Lagi pun, Idrus pasti arif mengenai perbicaraan Ahmad Zahid ini. Walaupun Ahmad Zahid dituduh ketika Thomas menjadi Peguam Negara, namun sebahagian besar perbicaraan berjalan ketika beliau menjadi Peguam Negara.
11. Mustahil beliau tidak sedar tentang betapa terancamnya kedudukan Ahmad Zahid apabila, pada 24 Januari 2022, Mahkamah Tingggi mendapati ada kes prima facie terhadap beliau dan memerintahnya membela diri. Sebelah kaki Ahmad Zahid sudah pun dalam penjara.
12. Terdapat percubaan sinister oleh penyokong kerajaan bagi memberi gambaran seolah-olah Ahmad Zahid dibebaskan (tanpa dilepaskan) atas keputusan Hakim. Malah kenyataan Pejabat Peguam Negara pada 5 September menggambarkan seolah-olah Hakim bersetuju dengan hujah Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan perbicaraan Ahmad Zahid.
13. Sedangkan dalam ucapannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata: “Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.”
14. Maksudnya, memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman adalah hak mutlak Peguam Negara dan tidak boleh dibantah. Dalam bahasa yang mudah, Hakim terpaksa ikut kehendak pendakwaan.
15. Hakim Sequerah menambah, seandainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai.
16. Seperkara lagi, perubahan angin oleh Pendakwa Raya ini berlaku tidak sampai sebulan selepas penggantian mengejut Ketua Pasukan Pendakwaan, Raja Rozela Raja Toran, dengan Mohd. Dusuki Mokhtar atas alasan Raja Rozela hendak bersara awal.
17. Dengan segala keluarbiasaan ini, adalah mustahil mengelak atau menyekat orang ramai membuat pemerhatian, spekulasi dan andaian. Ibarat kata peribahasa, kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Sekian. Terima kasih.
A Kadir Jasin
Wartawan veteran
MINAT BAK KUT TEH
Mahkamah tolak permohonan MAIP beri pendidikan asas Islam kepada 3 anak Siew Hong
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang mahu menjalankan tanggungjawab termasuk memberi pendidikan asas Islam kepada tiga anak Loh Siew Hong.
Ini kerana anak-anak wanita itu tidak mahu kekal dalam agama Islam yang telah diIslamkan secara sepihak, iaitu bapa mereks.
Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat ketetapan itu selepas menemubual anak-anak wanita itu yang tidak mahu dikekalkan dalam agama Islam.
Sebelum ini, dalam petisyen cerai, Siew Hong telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas anak-anaknya pada Februari tahun lalu.
Ibu tunggal berusia 35 tahun ini mendapat hak penjagaan selepas bekas suaminya, Muhammad Nagahswaran melarikan dan menukar agama tiga anak, tanpa kebenaran Siew Hong selaku ibu kanak-kanak itu.
Pada 21 Februari tahun lalu, tiga beradik berkenaan diletakkan bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudian diserahkan kepada Siew Hong apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
MAIPs memfailkan permohonan untuk campur tangan pada 7 Mac tahun lalu bagi membolehkan pihak berkuasa agama mempunyai locus standi untuk memohon mengubah syarat perintah tahanan yang diberikan kepada wanita tersebut.
Majlis ini memohon perintah variasi bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap tiga kanak-kanak itu antaranya membawa mereka menunaikan solat Jumaat dan meraikan hari-hari kebesaran Islam di masjid berhampiran rumah mereka.
Perintah itu juga termasuk memberi bantuan zakat serta membantu menampung kos sara hidup kanak-kanak itu dari aspek pendidikan, keperluan dan kebajikan.
INI MACAM
KES NAK GUNA
ISLAM UNTUK
KACAU JANDA
KAH KAH KAH
KALAU MEREKA
TAK MINAT BIDADARI
TAPI MINAT
BAK KUT TEH
BIAR PI LAAA
KAH KAH KAH
AMIN
POLIS TANGKAP POLIS
319 polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib Jan-Sept 2023
SERAMAI 319 pegawai dan anggota polis di Selangor dikenakan tindakan tatertib atas pelbagai kesalahan antara Januari dan September tahun ini.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata antara kesalahan dilakukan adalah yang berkaitan tindakan melanggar integriti, kesalahan berkaitan tadbir urus, rasuah, jenayah, jenayah syariah dan dadah.
“Saya tidak akan berkompromi dan melindungi kesalahan atau jenayah yang dilakukan mereka (anggota), walaupun angka itu sangat kecil berbanding kekuatan anggota di negeri ini seramai 15,000 orang, kita tidak akan ambil mudah mengenai kesalahan ini.
“Selain itu (dalam tempoh Januari hingga September lepas) 45 anggota dan dua pegawai kanan polis dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, hari ini.
Sementara itu Hussein berkata indeks jenayah di Selangor meningkat enam peratus berbanding tahun lepas, namun ia tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan oleh pihaknya.
“Ada peningkatan ekoran peningkatan aktiviti ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan sebagainya, polis akan mengambil tindakan yang lebih agresif dalam mengekang aktiviti jenayah,” katanya. – Bernama, 11 Oktober, 2023.
WOIT
TAHNIAH !!!
POLIS BERANI
TANGKAP POLIS
AMIN
NI BARU POLIS
SELANGOR
AMIN
NEEGRI LAIN
ADA BERAPA
LAGI
KHALAS
AMERIKA HANTAR KAPAL PERANG
AMERIKA
HANTAR
KAPAL PERANG
SETIAUSAHA PERTAHANAN AMERIKA
LLOYD AUSTIN UMUM
AKAN HANTAR
KAPAL PERANG KE ISREAL
INI TAKTIK
NAK TAKUTKAN SYRIA
MESIR JORDAN
JANGAN DATANG BANTU PALESTIN
HAMAS TIDAK ADA
TENTERA LAUT
INI JUGA GERTAK
PADA IRAN KERANA
IRAN MEMILIKI KUDRAT
UNTUK SAMA MEMBANTU PALESTIN
SELAMA INI IRAN
BANTU HEZBOLLAH DAN HAMAS
MANA DIA PEMIMPIN ISLAM
YANG JAGA KAABAH
YANG JAGA MADINAH
YANG JAGA KUBUR NABI
LANGSUNG TAK BERSUARA
AMIN
PERUBAHAN BERMULA DENGAN SIKAP DIRI SENDIRI
PERUBAHAN
BERMULA DENGAN
SIKAP DIRI SENDIRI
AMIN
Unknown commented on
"AL-AQSA SATU PENCERAHAN"
Mana satu tempat tak ada gaduh, susah nak hidup aman damai kalau bukan tempat orang-orang kita belaka? Kerana ada kacau ada saja haram halal itu tak kena ini tak kena, dia sajalah betul manakala lain semua tak betul kah kah kah cuba tengok live di astro, nampak gaya bumi ini semakin hilang dengan ledakan bom, entahlah siapa untung siapa rugi sama sama tanya nilai perangai sendiri, tengok cerita orang-orang lain memang seronok kalau rasa sendiri baru tahu kah kah kah
JEREBU BERTAMBAH BURUK
Jerebu memburuk, sekolah siap sedia pembelajaran atas talian
SEKOLAH kini bersiap sedia untuk memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) apabila kualiti udara di beberapa kawasan di negara ini semakin merosot dengan bacaan indeks pencemar udara (IPU) mencecah 100.
Prosedur operasi standard (SOP) jerebu semasa menyatakan sekolah perlu ditutup dan pelajar dikehendaki tinggal di rumah apabila bacaan IPU 200 dan ke atas.
Bacaan IPU 0 hingga 50 dianggap “baik”, 51-100 “sederhana”, 101-200 “tidak sihat”, 201-300 “sangat tidak sihat” dan 300 dan ke atas “berbahaya”.
Dengan pengalaman yang diperoleh semasa pandemik Covid-19, Presiden Kesatuan Guru-Guru Besar Kebangsaan Malaysia, Chuah Soo Cheng berkata jika jerebu memaksa kelas bersemuka ditangguhkan semula, guru bersedia untuk kembali mengajar di atas talian.
“Tidak menjadi masalah,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Chuah berkata arahan semasa menyatakan walaupun pelajar tidak perlu ke sekolah jika bacaan IPU 200 dan ke atas, guru bagaimanapun masih perlu hadir ke sekolah masing-masing.
“Mereka hanya tidak akan ke sekolah apabila bacaan IPU 500 dan ke atas, katanya.
Beliau berkata pada masa ini kebanyakan kawasan mempunyai bacaan IPU di bawah 100 dan kawasan yang mempunyai bacaan 100 ke atas hanya perlu menghentikan aktiviti luar.
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Guru Besar Sekolah Rendah Cina Chew Eng Hock berkata semua sekolah mematuhi arahan pencegahan jerebu Kementerian Pendidikan 2019.
“Ini bermakna jika IPU di bawah 100 semua aktiviti diteruskan seperti biasa. Jika melebihi 100 aktiviti di luar akan digantung dan jika mencapai 200, kelas mesti digantung dan ditukar kepada pembelajaran dalam talian,” katanya.
Beliau berkata pelajar juga diingatkan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan supaya memakai topeng pelitup muka jika mengalami masalah pernafasan, minum banyak air bagi mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan aktiviti luar.
Tadika juga bersiap sedia untuk penutupan wajib sekiranya jerebu semakin teruk.
Presiden Kebangsaan Persatuan Guru Tadika Malaysia Sally Ng memberitahu The Malaysian Insight bahawa jika mereka diberi pilihan, mereka lebih suka tadika tidak ditutup.
Penutupan pasti akan menyebabkan kehidupan berstruktur ibu bapa yang bekerja menjadi huru-hara.
Bagi mengimbangi potensi kehilangan pendapatan, Ng berkata banyak tadika kini turut menawarkan perkhidmatan jagaan harian.
“Lagipun ibu bapa masih perlu bekerja dan jika kami tutup ia akan menyusahkan mereka,” katanya.
Pada 7 Oktober Timbalan Menteri Pendidikan Lin Hui Ying berkata sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk dan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200, sekolah boleh membuat keputusan untuk menutup sementara dan beralih kepada pembelajaran dalam talian tanpa menunggu kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
Beliau menggesa supaya sekolah sentiasa menyemak data API yang dikemas kini di laman web rasmi Agensi Alam Sekitar.
“Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan, tetapi mereka perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah,” kata Lin.
Memandangkan kualiti udara yang kurang baik, beliau turut menggesa ibu bapa untuk sentiasa memantau kesihatan anak-anak mereka dan mengurangkan aktiviti luar.
Salah seorang pakar cuaca terkemuka negara Fredolin Tangang memberi amaran jerebu rentas sempadan yang kini melanda Malaysia boleh menjadi lebih teruk terutamanya dari Disember hingga Mac tahun depan bagi Sarawak dan Sabah.
Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) itu sebelum ini memberitahu The Malaysian Insight tahap keterukan akan bergantung kepada sama ada El Nino akan berada dalam kategori kuat atau tidak. – 11 Oktober, 2023.
JEREBU
ADA PUNCA
AMIN
JUMPA PUNCA
SEMUA SELESAI
AMIN
JIKA TIDAK SABAN
TAHUN HADAPI
MASALAH SAMA
KHALAS
GAZA DI KEPONG
Penutupan penuh Gaza cabul undang-undang antarabangsa, kata PBB
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ia dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menafikan orang daripada apa yang mereka perlukan untuk hidup, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk di Geneva pada Selasa.
“Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.
“Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif.” – Bernama, 11 Oktober, 2023.
HANYA SATU
JAWAPAN :
LAWAN
KHALAS
BUAT DUIT ATAS NAMA PALESTIN
JANGAN AMBIL
PELUANG BUAT
DUIT ATAS NAMA
PALESTIN
KHALAS
Unknown commented on
"HAMAS GUNA
SENJATA AMERIKA"
Ada perang ramai susah tapi ada jugak orang ambil kesempatan buat viral video, buat content baik buruk, ada keluar tin milo, ada keluar t shirt, ada keluar logo, sticker macam-macam barangan untuk dipasarkan kah kah kah, ada orang-orang mati tak kisahlah janji kita buat duit, ramai juga fakta-fakta daripada orang bijak pandai berhujah berpidato nak terangkan punca sebenarnya masalah di Israel Palestin inilah,
yang buat duit ada motif lain, yang buat lawak ada jugak orang suka like komen macam-macam biasa kot budaya orang-orang kita kan, tapi ingat semua ini memberikan pengajaran pengalaman sejarah yang tidak mudah dilupakan, perang tidaklah membawa apa-apa makna jika nilai kemanusiaan tiada amin
YANG KAYA ENJOI YANG MISKIN DERITA
YANG KAYA
TERUS ENJOI
YANG MISKIN
TERUS DERITA
KHALAS
Unknown commented on
"IRAN SOKONG PALESTIN
DALAM SEMUA BENTUK"
Kah kah kah menang sorak lagi lah, selama ini buat apa? Sebelah menyebelah pun susah nak bantu, gaduh sesama sendiri selama ini adalah, Yahudi terus menerus serang orang Palestin setiapnya kena balun, susah hati tengok orang-orang buka jalan melalui keganasan, inilah ditunggu oleh Yahudi selama ini, apa pun orang-orang biasa akan susah mati kebuluran tapi yang kaya blah duduk hotel mewah sama saja dimana pun perangai sama kah kah kah
HARI KE. LIMA
HARI KE LIMA
RABU 11 OKTOBER 2023
PERANG LAWAN ZIONIS
MASUK HARI KE LIMA
BERITA GAZA MERATA
BOM MELEDAK SANA SINI
BANGUNAN RUNTUH
MATI TERHIMPIT
LEBIH DARI 200 BANGUNAN
RUNTUH DI BOM
API DI POTONG
AIR DI POTONG
DARI UDARA BOM SAMPAI
INILAH KEGANASAN ZIONIS ISRAEL
AMERIKA
MEMBERI SENJATA PADA ISRAEL
BERI DANA PADA ZIONIS
BIDEN BERJANJI
AMERIKA TETAP BERSAMA ISRAEL
ISREAL
RAMAI RAKYAT LARI
BANYAK SYARIKAT KAPAL TERBANG
MEMBERHENTIKAN KHIDMAT
KE ISRAEL
IRAN
TEPAT MENYOKONG HAMAS
BERI LATIHAN
BERI DANA
AFGHANISTAN
MANGSA GEMPA BUMI
MENCECAH 2000
HOKKIEN
PAGI INI SEJUK SEGAR BASAH
BERJEREBU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI BELUM KELUAR
GUA LALU DEPAN POKOK ARA
WOW
RAMAI SUNGGUH PURLING
BISING BERSUARA
DI TEPI GAUNG SEBELAH ARA
JANTAN BERKOKOK
DI BUKIT ARAH KWANTUNG
TUK TUK TUK
BERBUNYI
TIONG DISANA SINI
TERKUKUR BERSUARA
TANPA BERHENTI
GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK SEDANG TERBARING
BERJEMUR
MUNGKIN PETANG AKAN HUJAN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU PAGI
YANG SEJUK DENGAN SENYUMAN
BRO
JIKA LU NAK BERSINAR CERAH
SEPERTI MATA HARI
BAKAR DIRI LU DULU
BRO
NILAI YANG PENTING
BUKAN APA LU DAPAT
NILAI BERNILAI
APA LU JADI
BRO
BIARKAN YANG LAIN
BERBINCANG PERKARA REMEH
TAPI BUKAN LU
BRO
PILIH ANTARA DUA SAKIT
SAKIT KERANA BERDISPLIN
ATAU
SAKIT MENYESAL KECEWA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT
MENYAMBUT RABU