Jumaat, 20 Oktober 2023
RAKYAT BAHRAIN BAKAR BANGUNAN DUTA ISRAEL
BAHRAIN ADA
HUBUNGAN
DENGAN ISRAEL
AMIN
RAKYAT BAKAR
BANGUNAN DUTA
KHALAS
UMNO TONG BERISI TAIK
Nak bersih najis, takkan kena masuk dalam tong najis – Hadi
SHAH ALAM – Bagaimana hendak bersihkan UMNO sekiranya masih terdapat pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah, kata Hadi Awang.
Jelas Presiden Pas itu, sekiranya mahu membersihkan kotoran itu, tindakan dengan memasuki tong najis akan lebih memudaratkan bukan membersihkan.
“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan, siapa dalam dia, nak cuci macam mana? Banduan ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada macam mana kami (Pas) nak ikut.
“Kalau kita nak bersihkan najis, tidak boleh masuk dalam tong najis. Kita duduk di luar sahaja,” katanya menjawab kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.
Asyraf Wajdi sebelum itu berkata, UMNO akan kembali “dibersihkan” jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.
Ujarnya, sekiranya kerjasama itu menjadi realiti, tiada lagi fatwa “mengkafir” atau “menyesatkan” mana-mana pihak terutama terhadap parti yang berbeza ideologi.
Selain itu, Abdul Hadi berkata, jemputan Anwar Ibrahim untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan hanya dibuat kepada media asing bukan kepada parti itu sendiri.
“Jemputan (Pas sertai kerajaan) dibuat melalui media antarabangsa, tidak kepada Pas,” katanya lagi.
Anwar dalam wawancara bersama Time Magazine mengatakan beliau pernah menjemput Pas menganggotai Kerajaan Perpaduan, tahun lalu.
Bagaimanapun, Anwar berkata, Pas sebaliknya bertindak menolak tawarannya ketika itu.
Namun begitu, beliau memberi jaminan tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang. –
WOIT
UMNO NI
TONG TAIK
KAH KAH KAH
PAKATAN PIKUL
TONG TAIK KE ?
KAH KAH KAH
KHALAS
SENJATAI PALESTIN
Dr Mahathir selar keganasan Israel di Gaza
BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin antara ribuan yang hadir di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah pengepungan berterusan Israel di Gaza selepas solat Jumaat hari ini.
Protes yang berlangsung selepas Jumaat itu bermula di Menara Tabung Haji dengan orang ramai melaungkan slogan menentang Amerika Syarikat sambil berarak menuju ke kedutaan.
Mereka melepaskan kemarahan mereka terhadap Israel kerana menyerang sebuah hospital dan membunuh ratusan mangsa sepanjang minggu lalu.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan tidak dapat sampai ke Kedutaan AS dan terpaksa berhenti kira-kira 200 meter dari kedutaan kerana polis membuat sekatan jalan raya.
Dalam ucapan ringkas, sebelum perarakan bermula. Mahathir berkata Israel harus dikategorikan sebagai kumpulan pengganas kerana “serangan ke atas hospital di Gaza”.
“Mereka melanggar undang-undang antarabangsa dan menyerang sebuah hospital. Ia adalah satu kekejaman yang luar biasa oleh Israel untuk menyasarkan sebuah hospital, satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
“Tetapi Amerika dan Britain, dan beberapa negara lain, menyokong serangan terhadap hospital di Gaza, bermakna mereka juga pengganas.
“Kerana hanya pengganas yang akan menyerang hospital semasa perang,” katanya.
Bagaimanapun, Khairy, Mukhriz dan beberapa wakil daripada agensi bukan kerajaan hadir ke kedutaan AS dan menyerahkan memorandum bantahan.
Beliau berkata memorandum itu menuntut Israel menghentikan pendudukan haramnya di Palestin dan mengiktiraf tanpa syarat negara-bangsa Palestin.
Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) turut menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Pengerusinya, Zuraidah Kornain, nota protes itu menuntut empat perkara terhadap AS agar memberi tekanan kepada zionis Israel menghentikan kekejaman terhadap penduduk di bumi Gaza, Palestin.
“MWCQP telah menyerahkan nota protes kepada Kedutaan Amerika Syarikat pagi ini. Kami merasa sangat kesal dan kecewa terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.
“Kami menggesa supaya Israel dan negara-negara yang bersekongkol dengannya bertanggungjawab terhadap jenayah ini. Berikut adalah tuntutan kami, Israel menghentikan genosid di Gaza,” katanya.
Tuntutan lain ialah agar Israel menarik balik sekatan di sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada penduduk Gaza.
Tuntutan itu juga menggesa Israel menghentikan sepenuhnya pengepungan haram ke atas Gaza dan menggesa negara-negara bersekutu menghentikan sokongan melulu mereka terhadap pendudukan haram zionis dan kekejaman terhadap Palestin. – 20 Oktober, 2023.
BERI BANTUAN
MAKANAN
BAIK SEKALI
AMIN
KENAPA TAK
BERI SENJATA
MACAM AMERIKA
MACAM FRANCE
MACAM UK
MACAM GERMAN
BERI SENJAT
PADA UKRAINE
KHALAS
KITA SEMUA WAJIB ADA AGENDA
KITA SEMUA
WAJIB ADA
AGENDA
AMIN
TAKDA AGENDA
JANGAN HIDUP
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO LAGI PETANG INI"
Bro kita bertahun2 jadi activist politik, tapi tak kenal lagi politik Malaysia. Lu rasa mahathir akan berdemo kah tanpa agenda? Hahaha lu terlalu naif bro, Sia Sia lu duduk berpuluh tahun di negara luar..akhirnya lu kembali menjadi pakcik makcik kampung
PALESTIN - BABAK TERPENDAM
PALESTIN – BABAK TERPENDAM
Subuh Sabtu 7 Oktober 2023 gerila Pasukan Al-Qassam mula melancarkan serangan ke atas Israel dari Gaza. Serangan dari Al-Qassam ini bukan satu yang baru. Serangan roket ke atas Israel telah berkali kali berlaku. Tapi kali ini serangan Taufan Al-Aqsa cukup berlainan.
Al-Qassam pasukan gerila dari Parti Hamas ini datang menyerang Israel dari darat, laut dan udara. Dari wilayah Gaza gerila menembak 5000 roket dalam masa 20 minit. Dari udara gerila berterbangan menggunakan glider menerbus masuk melintas tembok sempadan. Jentolak meruntuhkan pagar berduri. Ratusan gerila masuk dan terus membedil musuh.
Rumah pasung Zionis di serang. Kem askar diserang. Kereta kebal diletupkan. Pesta muzik diserang. Tawanan di bawa pulang ke Gaza termasuk seorang Komandan kem askar.
Ini belum pernah berlaku. Serangan seperti ini belum pernah terjadi. Warga Israel terperanjat. Warga dunia bertanya – apa sudah jadi ?
Media sering melaporkan tentang Mossad dan Shin Bet sebagai lembaga risik dan intip terulung dalam dunia. Shin Bet agensi intip dalam negara dengan moto – Perisai Tidak Dilihat adalah benteng pertahanan Israel
Mossad bergerak di luar negara. Mossad kini memiliki lebih dari 7,000 ajen di seluruh pelusuk dunia. Mossad di katakan badan risik terbaik sesudah CIA.
Teknologi terkini yang tercanggih juga di guna pakai untuk mempertahankan kewujudan entiti Zionis Israel dari serangan musuh. Kamera intip, alat cam muka, alat sensor dalam pelbagai bentuk dipasang di seluruh Israel untuk memastikan Israel selamat dari serangan gerila.
Iron Dome – Tudung Besi - senjata laser bergerak di pasang di sempadan Gaza. Alat ini akan menembak roket musuh di udara sebelum sampai ke sasaran di bumi.
Tudung Besi ini memastikan roket Al-Qassam tidak akan berjaya meledak di bumi.
Tembok batu dan pagar kawat berduri tiga lapis yang memisahkan Gaza dengan Israel semuanya dipasak oleh teknologi kamera intip.
Dikatakan jika burung bertenggek di atas tembok atau anjing lalu di hadapan pagar semuanya akan dilihat oleh pihak keselamatan atau siren akan berbunyi Semua ini memustahilkan gerila Palestin dapat menghampiri tembok sempadan.
Tapi pada subuh 7 Oktober semua sistem pertahan Israel gagal. Apa sudah terjadi ?
Tudung Besi di lapor gagal berfungsi. Siren tidak kedengaran. Sabtu hari Sabaath – hari suci Yahudi - mustahil soldadu dan pengawal sempadan juga berehat sama.
Apa terjadi ? Kenapa sistem pertahanan Israel gagal. Apa jadi dengan Mossad dan Shin Bet. Kenapa tidak ada maklumat intip sampai awal memberi amaran ada serangan sedang dirancang ?
Media arus perdana satu dunia terus menggambarkan bahawa unit intip, badan risik dan teknologi intel Israel telah gagal.
Betul ke gagal ? Atau ada cerita di belakang cerita.
Tertiba muncul berita bahawa ini adalah 9/11 untuk Israel. Pada 9/11 Amerika diserang – bangunan WTC di New York meledak. Ada juga komentar mengandaikan bahawa ini adalah Pelabuhan Pearl untuk Israel.
Serangan Jepun ke atas pelabuhan ini pada Ahad 7 Disember 1941 sengaja dibiarkan berlaku untuk menjemput Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Ke Dua. Serangan 9/11 di New York menjemput Amerika melanggar Iraq.
Pada 7 Oktober 2023 Taufan Al-Aqsa pasti menjemput Israel menyerang Gaza.
Pandangan ini menjurus kepada teori konspirasi. Ini kerana badan risik Mesir telah memberi maklumat tentang akan berlaku serangan dari Hamas. Maklumat disampai kepada pihak berwajib Israel. Tapi mereka tidak ambil pot.
Kenapa lembaga keselamatan Israel tidak ambil pot?
Lalu timbul persoalan apakah Hamas sengaja diumpan untuk dijerut oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Apakah Netanyahu memang merancang untuk memusnahkan Gaza dan membersihkan Gaza dari warga Palestin.
Andaian ini masuk akal. Netanyahu sedang berhadapan dengan kes rasuah. Jika dia bukan menjawat kerusi PM maka Netanyahu pasti masuk penjara. Justeru dia wajib melakukan apa saja untuk bebas dari di penjara.
Netanyahu perlu dilihat wira di mata warga Israel. Menyerang Gaza dan membunuh Arab akan menggilap politik Netanyahu.
Kerajaan campuran Israel hari ini adalah gabungan Parti Likud di kepalai oleh Netanyahu bersama Parti Kach yang ekstrem kanan. Parti Kach ini melihat warga Palestin ini seperti binatang yang wajib di hapuskan.
Dalam masa yang sama dalam usaha untuk lepas dari penjara Netanyahu telah merancang untuk meminda perlembagaan.
Di Israel kuasa mahkamah paling tinggi. Mahkamah boleh menolak keputusan kerajaan. Banyak cadangan kerajaan di tolak oleh mahkamah. Ini menyusahkan Netanyahu. Dia mahu melonggarkan kuasa mahkamah.
Projek pindaan perlembagaan ini menjemput rakyat bangun melawan. Berbulan bulan demo besar-besaran menentang pindaan perlembagaan ini berjalan. Gerakan anti Netanyahu merebak. Negara Israel pecah dua.
Satu kumpulan Israel menjadi penganut agama Yahudi ekstrem kanan dan satu garis demokratik sekular.
Keadaan politik Israel makin meruncing. Ramai elit politik dan elit ekonomi termasuk bekas kepala Shin Bet tidak menyokong Netanyahu.
Paling mengejutkan ialah apabila ada kumpulan tentera simpanan yang mengeluarkan kenyataan jika berlaku pindaan perlembagaan mereka akan meletakkan senjata. Mereka enggan mempertahan Israel.
Apakah projek memusnahkan Gaza jadi penyelamat untuk Netanyahu.
Andaian ini ada kebenaran kerana dua hari selepas Taufan Al-Aqsa Netanyahu berjaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Musuh politik Netanyahu kini dijinakkan.
Walau apa pun andaian dan teori konspirasi - apa yang jelas Israel dengan teknologi risik dan intip amat angkuh. Lembaga intel Israel selalu mendabik dada mengklim bahawa sistem intel Israel terbaik. Israel selamat dengan teknologi tercanggih.
Kesombongan ini terbarai bogel pada subuh 7 Oktober 22023.
Apa yang sahih dan jelas ialah Israel sedang menjalankan dasar pembunuhan beramai-ramai – genocide.
Apa yang sahih dan jelas memang ada projek untuk menghalau keluar semua warga Gaza. Israel sebuah negara haram masih menjalankan agenda penaklukan wilayah bermula semenjak 1948.
Pada Rabu 18 Oktober 2023 akhbar Times of Israel melaporkan kenyataan Menteri Luar Israel Eli Cohen : Foreign Minister Eli Cohen tells Army Radio, “At the end of this war, not only will Hamas no longer be in Gaza, but the territory of Gaza will also decrease.”
Menteri Luar Israel Eli Cohen memberitahu Radio Tentera, "Pada akhir perang ini, bukan sahaja Hamas tidak lagi berada di Gaza, tetapi wilayah Gaza juga akan berkurangan."
Apa yang sedang berlaku sekarang ialah memastikan semua warga Palestin di Gaza di halau keluar.
Air di hentikan. Api elektrik di potong. Dari udara kapal mengebom. Dari sempadan meriam membedil. Gaza sedang di kepung. Semua ini untuk memastikan warga Gaza lari meninggalkan tanah air mereka.
Sempadan di selatan Gaza – di Rafah kini dibuka. Wilayah ini bersempadan dengan Mesir. Tujuan menghalau warga Gaza ini ialah untuk memastikan mereka masuk ke wilayah Mesir dan menjadi orang pelarian perang.
Israel didirikan melalui keganasan.
Ketika tulis ini di tulis Taufan Al-Aqsa telah berlaku 12 hari yang lalu. Bala tentera Israel masih mengepong Gaza. Presiden Biden telah datang ke Israel untuk menyatakan sokongan Amerika kepada Israel.
Rancangan Biden untuk bertemu dengan pemimpin negara Mesir dan Jordan gagal. Ini kerana sebuah hospital Al-Ahli al-Arabi telah dibom oleh Israel. Lebih dari 600 nyawa hilang.
Amat jelas apa yang di lakukan oleh Israel adalah jenayah perang. Mengikut perundangan antarabangsa - Geneva Convention - Israel boleh di bawa ke Mahkamah ICJ - Internasional Court of Justice di Belanda.
Tapi mustahil ini akan berlaku.
Mahkamah ini hanya berupaya dan berani mendakwa musuh Amerika. Contohnya Vladimir Putin akan didakwa kerana jenayah perang Ukraine.
Satu lagi contoh - Slobodan Milosevic bekas Presiden Bosnia ditangkap dan di dakwa oleh ICJ pada tahun 2002. Pemimpin Bosnia ini dituduh melakukan jenayah perang. Milosevic mati pada 11 Mac 2006 dalam tahanan di Belanda.
Manakala waran tangkap untuk Putin menjadikan Putin susah untuk ke luar negara.
Jenayah perang Israel amat jelas. Sekolah, masjid dan hospital yang dibom adalah jenayah perang. Gaza sedang di kepung oleh bala tentera Israel dan menjadi warga bulur kelaparan adalah juga jenayah perang.
Telah hampir dua minggu askar Israel mengepong Gaza tapi masih belum masuk menyerang Gaza.
Masuk ke Gaza dengan dua tujuan. Pertama untuk membebaskan tawanan. Ada lebih dari 100 orang yang ditawan oleh Hamas. Kedua untuk musnah hancur Hamas untuk selama-lamanya.
Di beritakan beberapa orang tawanan telah mati akibat bom. Juga ada berita melaporkan ada tawanan Hamas telah dibunuh oleh gerila. Berita seperti ini amat susah untuk di sahkan kerana dalam perang yang pertama mati ialah kebenaran.
Apakah orang tawanan Hamas ini dapat diselamatkan bila askar masuk menyerang.
Apakah bila askar Israel masuk menyerang Gaza mereka akan berjaya menghapuskan Hamas.
Bagaimana dengan tujuan memusnahkan Hamas. Ini persoalan hakiki. Untuk jawapan sila tunggu minggu hadapan Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA DISIARKAN
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/467690
PAS MASUK KERAJAAN PERPADUAN ?
Pas belum terima tawaran rasmi sertai Kerajaan Perpaduan – Takiyuddin
SHAH ALAM – Parti Islam SeMalaysia (Pas) belum menerima sebarang tawaran terbuka daripada mana-mana pihak untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agungnya,i Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima tawaran itu secara rasmi khususnya daripada Anwar Ibrahim.
“Tawaran terbuka kepada Times Magazine, tapi kita belum terima (tawaran) apa-apa,” katanya kepada pemberita pada Muktamar Pas Pusat kali ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.
Sebelum ini, Anwar menyatakan beliau pernah menjemput Pas menganggotai Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu.
Menurut Perdana Menteri, Pas sebaliknya menolak tawaran itu.
Namun begitu, Anwar memberi ‘jaminan’ tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengesahkan perkara itu ketika ditemu bual Time Magazine yang disiarkan secara dalam talian, 11 Oktober lalu. –
TAKI INI
TAK FAHAM
KAH KAH KAH
BERITA INI
BUKAN UNTUK
WARGA MALAYSIA
KAH KAH KAH
INI LABON ANWAR
UNTUK PEMBACA
AMERIKA
KAH KAH KAH
NANTI BILA ANWAR
JUMPA BIDEN DIA
BOLEH PUTAR
LAGI
KAH KAH KAH
MUSTAHIL ANWAR
NAK AJAK PAS
MASUK KERAJAAN
KAH KAH KAH
KHALAS
HARGA AYAM AKAN NAIK AKHIR BULAN ?
Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam, telur diumum 30 Oktober, kata Mat Sabu
TARIKH pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakan pada 30 Oktober ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata ketika ini pertemuan dan perbincangan masih dijalankan dengan industri pengeluar bagi kedua-dua sumber protein itu yang diketuai ketua setiausaha kementerian berkenaan supaya harga nanti berada dalam keadaan yang kenaikannya tidak begitu mendadak.
“Langkah ini (pengapungan) sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek ia bergantung kepada keadaan, tetapi kalau boleh biarlah pasaran yang tentukan harga…kita tidak boleh jamin sampai bila sebab kita tidak tahu suasana dunia sekarang dengan perubahan iklim berlaku begitu ketara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis prapelancaran sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya sidang media itu kelak akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan itu membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran.
Mengenai sambutan HPPNK 2023, Mohamad berkata ia akan diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 10 hingga 12 November ini dan perasmiannya oleh Perdana Menteri pada 11 November.
Beliau berkata dengan tema ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ sambutan kali ini akan memfokus kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang diterjemah melalui Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) bagi memperkasa peladang, penternak dan nelayan. – Bernama, 19 Oktober, 2023.
BILA SABSIDI
DI TARIK PASTI
HARGA AKAN
NAIK
AMIN
NAIK BERAPA
TINGGI YANG
BAWA DERITA
AMIN
KHALAS
KEM ASKAR AMERIKA DI IRAQ KENA SERANG
KEM ASKAR AMERIKA
DI IRAQ KENA
SERANG DRONE
AMIN
YAMAN TEMBAK
MISILE KE ISRAEL
KHALAS
BIDEN GUNA GAZA UNTUK KEMPEN
BIDEN GUNA
GAZA UNTUK
BERKEMPEN
KHALAS
Unknown commented on
"CUKAI"
ISRAEL
BIDEN MELAWAT ISRAEL
BERI SOKONGAN PADA ZIONIS
BIDEN NAK GUNA INI
SEBAGAI AGENDA
KEMPEN PRESIDEN 2024
Malaon Biden dan penyokong zionis akan sedar diri dan berhenti beri sokongan ke zionis israel apabila zionis letupkan hospital di amerika atau rumah putih washington sehingga kaki tangan Biden putus.
Ameen
EKONOMI GAGAL - CUKAI PENYELAMAT
EKONOMI GAGAL
DUIT TAKDA
CUKAI PENYELAMAT
KHALAS
"CUKAI PERLU UNTUK
URUS NEGARA"
salah satu sebab gst dibuat sebab nak cari sapa yang tak bayar cukai.. tapi lu masa tu hasut orang suruh berguling atas jalan... ramai tokey cina takut gst sebab deme tak suka bayar cukai.. tapi zaman madanon ni zaman DAP ni mungkin deme dah suka gst.. kah kah kah
DEMO LAGI PETANG INI
DEMO LAGI
PETANG INI
JUMAAT 20 OKTOBER 2023
SATU LAGI PERHIMPUNAN
SOKONG PALESTIN DISUSUN
DI TEMPAT YANG SAMA
DI MASJID TABUNG HAJI
JAM DUA PETANG
BERARAK KE KEDUTAAN AMERIKA
JENG JENG JENG
DI LAPORKAN MAHATHIR
AKAN BERSAMA
APAKAH AKAN BERSAMA BERARAK
KE KEDUTAAAN AMERIKA ?
JENG JENG JENG
SATU KETIKA DULU
MAHATHIR PALING BENCI
PALING TAK SUKA
PADA DEMO
MAHATHIR KATA :
DEMO BUKAN BUDAYA KITA
TAPI MAHATHIR BERSAMA
BERDEMO DI BERSIH 4
BERDEMO BERSAMA ANTI GST
BERDEMO BERSAMA BERSIH 5
MAKA
SAH DAN SAHIH
DEMO TELAH MENJADI
DARAH DAGING BUDAYA
POLITIK KITA
AMIN
HARI KE 14
PERANG ANTI ZIONIS ISREAL
MASIH BERJALAN
ISREAL
MENTERI PERTAHANAN ISRAEL
UMUM
ASKAR TAK LAMA LAGI
AKAN LIHAT ISREAL
DARI SUDUT GAZA
JENG JENG JENG
BILA AKAN MASUK?
AMERIKA
BIDEN MINTA KONGRES
LULUS DANA UNTUK UKRAINE
DAN UNTUK ISRAEL
AMERIKA
LEBIH 200 AKTIVIS YAHUDI
DI TANGKAP KERANA BERDEMO
MEREKA MEREMPOH MASUK
KE DALAM BANGUNAN CAPITOL
INI AKTIVIS YAHUDI GARIS KIRI
MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN
MENUNTUT DI HENTIKAN
KEPONGAN KE ATAS GAZA
CANADA
KERAJAAN CANADA PANGGIL PULANG
41 ORANG DIPLOMAT YANG BERTUGAS
DI INDIA
CANADA SEDANG BERBALAH
DENGAN INDIA
HAL BENGALI KENA BUNUH
DI CANADA
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
LOPAK LOPAK AIR ATAS JALAN
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HUJAN LEBAT KELMARIN
MENOLAK JEREBU
DI GANTI KABUS PAGI
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA TERLINDUNG AWAN
DUA EEKOR JANTAN BERKOKOK
DARI ARAH SUNGAI
DI PINTU MASUK
GUA TERDENGAR SUARA
KENG KENG
PEKERJA SEDANG MEMOTONG KAYU
BUNYI MESIN MEMADAM
SUARA UNGGAS
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
GUA MERANCANG NAK
BERSAMA BERSETIA KAWAN
MENYOKONG PALESTIN
NAK BERDEMO
ANTI AMERIKA
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
JUMAAT YANG INDAH
BRO
JIKA LU BOLEH IMPIKAN
LU PASTI BOLEH DAPAT KAN
BRO
HIDUP INI CINTA
JIKA LU TERLEPAS CINTA
LU TERLEPAS HIDUP
BRO
YANG LEMAH LEMBUT ITU
SEBENARNYA GAGAH
BRO
HIDUP INI
SATU PERLAWANAN
HADIAH KEMENANAGN IALAH
CINTA
BRO
JADI CANTIK
JADI BERGAYA
DAN JATUH CINTA
PADA DIRI LU SENDIRI
BRO
TEMAN SETIA UNTUK LU
ADA DALAM DIRI LU
SENDIRI
BRO
LU TAK AKAN BERJAYA
JIKA LU TAK MULAKAN
BRO
SATU PERKARA YANG LU
WAJIB AMALKAN DALAM HIDUP INI
IALAH SENTIASA GUMBIRA
BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERJUMAAT