Khamis, 26 Oktober 2023

NORWAY AKAN JADI NEGARA ISLAM ?



NORWAY AKAN

JADI

 NEGARA ISLAM?

KAH KAH KAH

AMIN 

DEMO DEPAN DUTA AMERIKA


DEMO DEPAN

DUTA AMERIKA

KHALAS



@BigGaurus
@BigGaurus

Ini baru betul..tunjuk perasaan kat depan bangunan sekutu dia

1


Reply

BERITA PELIK DARI SABAH


Ahli politik Sabah gesa elak sekolah, institusi pendidikan bincang isu Gaza


SEKOLAH dan mana-mana institusi pendidikan tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti termasuk usaha menggalakkan sokongan kepada Palestin dalam konflik yang sedang berlaku di Gaza, gesa Parti Kerjasama Anak Negeri.

Presidennya Henrynus Amin berkata langkah itu perlu supaya pembelajaran di dalam kelas tidak terganggu selain mengelakkan  suasana tegang dalam kalangan pelajar dan guru yang mempunyai kepercayaan dan pemikiran berbeza mengenai isu Palestin.

“Pihak sekolah harus fokus kepada penyediaan kurikulum pendidikan, bukan mencampuradukkan isu politik yang tidak relevan dengan kurikulum sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pekeliling Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 21 Oktober lalu yang mengarahkan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah kementerian itu.

Kata Henrynus lagi, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama di mana pelajar, guru dan ibu bapa mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai politik atau konflik antara Israel dan Palestin.

Tambahnya, sekolah harus menjadi persekitaran yang neutral dan inklusif bagi semua pelajar menimba ilmu dan memupuk nilai-nilai murni.

Menurut beliau ramai ibu bapa juga terganggu dengan rakaman video yang memaparkan pelajar sekolah memijak bendera negara asing berserta kutukan dan cacian.

“Wajarkah murid sekolah didedahkan dengan sentimen kebencian terhadap kaum dan agama lain?

“Saya mempersoalkan niat sebenar penjawat awam menggunakan sekolah dan pelajar untuk menyuarakan pandangan politik mereka terhadap isu politik antarabangsa,” katanya. – 26 Oktober, 2023.


PELIK TETAPI

BENAR

AMIN

ERTINYA JANGAN

BINCANG HAL

SABAH MERDEKA

AMIN

JADIKAN

SEMUA BEBAL

AMIN

WOIT

MURID DALAM

TINGKATAN EMPAT

AKAN JADI PENGUNDI

DALAM PRU16

AMIN

MEREKA WAJIB

MENDAPAT

 PENCERAHAN

AWAL

KHALAS

IRAN MULA MEROKET KEM AMERIKA


IRAN MENEMBAK

PELURU BERPANDU

KE KEM AMERIKA

 DI IRAQ & SYRIA

AMIN

LANGIT HIJAU PERKARA BARU



MUNTAH HIJAU

BIASA DENGAR

AMIN

LANGIT  HIJAU

PERKARA BARU

AMIN


Unknown commented on 
"PELIK LAGI PELIK - APA INI ?"

Hijau lambang kemakmuran PAS lah apa lagi logik lain, sains semua letak ke tepi, kita ikut jalur PAS untuk semua kah kah kah


Unknown commented on
 "PELIK LAGI PELIK - APA INI ?"

Itu tandanya harga sotong akan bertambah murah.


panglimo potaseh commented on 
"PELIK LAGI PELIK - APA INI ?"

Ape mau heran .. langit ijau yop .. ini birmakne PAS akan perintah negara ni tak lama lagi .. PM nye kompom wakil Ketereh .. Haji Sotong akang jadi Mintri Perikanang .. tuckbEEr

RAFIZI SAKIT - SEMOGA LEKAS SEHAT



RAFIZI SAKIT

JANTUNG

TEKANAN KERANA

NAK BAIKI EKONOMI

KHALAS

Unknown commented on 
"NILAI RINGGIT SUSUT LAGI"

Kah kah kah nak tahu kenapa? Kerana pakar formula dah kena serangan jantung susah nak buat formula baru lagi, buat formula apa pun kena mencuri sedekah sedikit simpan banyak baru orang-orang kita sokong apapun Bossku terbaik orang-orang katanya entahlah

HUJAN SAMPAI


HUJAN PETANG

MATA HARI INDAH BERSINAR
HINGGA JAM 2 PETANG
KEMUDIAN REDUP
ANGIN SAMPAI
KEDENGARAN GURUH
DALAM JAM TIGA HUJAN TURUN
AWALNYA LEBAT
KINI MENUJU JAM 4
SEMAKIAN REDA

CUACA PETANG BERUBAH
DARI PANAS JADI SEJUK
DARI KERING JADI BASAH
MALAM INI SELESA
UNTUK BERSANTAI
DI KEDAI MAMAK
AMIN




HEZBOLLAH HAMAS DAN ISLAMIK JIHAD BERTEMU


TIGA SERANGKAI

HEZBOLLAH HAMAS

ISLAMIK JIHAD

BERTEMU MERANCANG

KHALAS

BUMI MELAYU SINGAPURA DAN ISRAEL



DARI ARKIB TT

27 DISEMBER 2017


BUMI MELAYU 

SINGAPURA DAN ISRAEL



Saya telah menerangkan dengan jelas  bahawa mewujudkan Israel di bumi Arab ialah projek kolonial.  Sokongan warga dunia - anak semua bangsa - bangsa semua agama - terhadap perjuangan Palestin kerana ianya  satu  perjuangan adil.

Ini perjuangan anti-kolonial untuk mengambil kembali bumi dan tanah tanah air Palestin yang telah dijarah dan dijajah oleh kaum Zionis semenjak tahun 1948.

Sejarah merakamkan pada  14 Mei 1948 Israel telah diwujudkan oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sebelum 1948 Israel tidak wujud. Bumi yang dipanggil Isreal ini ialah Palestin. Bumi Palestin  dihadiahkan kepada kaum Zionis kerana pada ketika itu Palestin adalah tanah jajahan British.

Pada tahun 1948 - Tanah Melayu adalah juga tanah jajahan Inggeris. Singapura ada sebahagian dari Tanah Melayu.

Semenjak 1948 hingga ke hari ini Israel masih belum memiliki peta sempadan yang diterima dunia. Semenjak 1948 Isreal terus meluaskan tanah jajahan melalui perang. 

Pada tahun 1967 Isreal melancarkan perang dan menawan  Bukit Golan milik Syria.  Seluas 690 batu persegi  bumi Syria telah dirampas hingga ke hari ini.  Wilayah ini lebih luas dari 277.6 batu persegi  bumi Singapura.

Dalam perang 1967  ini juga  Israel telah meluaskan  tanah jajahan hingga ke sempadan Tebing Barat Palestin dan menawan dan merampas Baitulmuqadis dari jagaan Jordan.

Jika ditanya warga Israel dimana sempadan negaranya? Saya cukup yakin tidak ada satu jawapan yang tuntas dan tepat. Ini kerana sebagai projek kolonial Isreal sedang dan masih  meneruskan projek menjarah dan menjajah  bumi Arab.

Malah telah terbocor beberapa peta sulit kaum Zionis yang memaparkan peta  Israel yang sempadannya akan diperluaskan hingga ke lembah Sungai Dajlah di Iraq.
Siapa dia kaum Zionis ini? Dari mana mereka datang?

Sebelum Israel wujud memang telah ada kaum Yahudi yang tinggal di Palestin. Ketika British menjajah Palestin wilayah ini  adalah wilayah plural  dimana penganut Islam, Kristian dan Yahudi hidup sebelan nyebelah sebagai warga negara. Majoriti  warga Palestin pada tahun 1948 ialah  Arab Islam dan  Kristian. Kaum Yahudi wujud sebagai minoriti. Yahudi ini adalah Yahudi asli turun temurun semanjak Nabi Musa.  

Di Tanah Melayu pun sama. Sebelum Inggeris menjajah melalui Perjanjian Pangkor 1874 majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Kaum China ada wujud bersama  di Melaka yang berhijrah bersama Puteri Hang Li Po dizaman Sultan Mansor Shah. Hakikatnya  Tanah Melayu adalah Bumi Melayu. Period. Khalas.

Jika Yahudi minoriti di Palestin pada tahun 1948 maka dari mana beratus ribu yang menjadi warga Israel? Jika  Melayu majoriti di Tanah Melayu bagaimana ada China dan India?

Jawabnya -  kaum Yahudi ini meloroh masuk  ke Palestin kerana  mereka dibawa masuk oleh kaum Zionis dan dibantu oleh penjajah  Inggeris.  Di Tanah Melayu - China dan India dibawa masuk oleh Inggeris.

Projek Zionis ini cukup licik. Hitler telah membantai kaum Yahudi di German ketika Perang Dunia. Kaum Yahudi telah dibantai  kerana mereka memiliki harta kekayaan yang meguasai ekonomi dan politik German. Ini adalah sebahagian dari punca Perang Dunia Kedua. Ini fakta.

Ketika dalam Perang Dunia Kedua dan sesudah perang tamat dengan bijak  lagi tersusun para pemimpin Zionis telah mengajukan agar Yahudi di Eropah berpidah ke Palestin. Huru hara yang dilakukan oleh Hitler ini menjadikan niat dan cita-cita pemimpin  Zionis ini tercapai.

Waspada bukan semua Yahudi itu Zionis. Tapi semua pemimpin Zionis itu adalah Yahudi.

Sejarah telah merakamkan bagaimana Amerika sendirii telah menghalang masuk orang pelarian Yahudi dari German lari mencari perlindungan di Amerika. Orang pelarian Yahudi di Eropah semunya didorong untuk berpindah ke Palestin walau pun niat asal mereka ialah lari ke Amerika.

Kemasukan Yahudi ke bumi Palestin  pasti telah menimbulkan  penentangan . Tetapi dengan politik, diplomasi dan kuasa senjata dari  Anglo-Amerika - penentangan Arab terhadap Yahudi Eropah yang berduyun masuk ke Palestin ini telah digagalkan.

Sayugia disedari bahawa sebelum  Perang Dunia  Kedua pecah  pemimpin  Zionis antarabangsa telah menyusun Haganah. Haganah adalah kumpulan pengganas Yahudi. Kumpulan ini bergerak juga di Palestin.  Haganah ini telah  melakukan keganasan  di Palestin lama sebelum  Isreal diwujudkan.

Pengganas Haganah ini memainkan  peranan  yang penting membantai dan mengganasi warga Palestin apabila projek kolonial Israel bermula. Haganah menghalau warga Palestin untuk meninggalkan  Palestin. Peranan dan  taktik Haganah ini  sama sapertii apa yang telah dan sedang dilakukan oleh kumpulan Isis ketika Isis bergerak di Iraq dan Syria. 

Haganah dan Isis mengebom, sabotaj, meracun dan membunuh. Semua untuk menakutkan orang ramai.  

Keganasan  Haganah ini telah berjaya mengosongkan banyak kampong dan wilayah di Palestin. Wilayah yang dikatakan tak ada penghuni ini  akhirnya  diduduki oleh pandatang baru.

Pendatang baru - inilah kunci untuk memahami apa itu Israel.

Pendatang baru ini ialah Yahudi dari Eropah. Hakikatnya Israel ini adalah negara pendatang baru.  Dalam istilah politik moden Israel ialah ‘settler state’ Dalam Bahasa Melayu  ‘settler state’ ialah negara penempatan baru.

Australia, New Zealand, Canada, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Amerika Serikat - adalah contoh terbaik negara penempatan baru.  Di negara ini Orang Puteh datang berhijrah dan terus mengakui bumi ini hak milik mereka. Wal hal telah wujud masyarakat bumiputera disana. Warga bumiputera di negara-negara ini akhirnya  ditenggelami oleh  pendatang asing.

Hanya Zimbabwe dan Afrika Selatan sahaja yang dapat menkalehkan kembali kedatangan pendatang baru ini. Mereka angkat senjata dan menghalau pendatang baru ini.

Kepada warga dunia Palestin telah diwar warkan sebagai bumi subur yang kosong tidak berorang. Maka berbondong-bondong pendatang baru masuk. Akhirnya  Pelestinian  kini menjadi minoriti dibumi sendiri. 

Awas dan sedarilah apa yang berlaku kepada Palestin adalah taktik dan stratiji berjangka panjang kuasa Anglo-Amerika.  Apa sangkut pautnya babak sejarah Palestin ini dengan Tanah Melayu?

Jawabnya - Singapura oh Singapura. Singapura  yang pura pura singa. Malah taktik Zionis  ini juga  yang telah dijalankan kepada Tanah Melayu.

Lihat dan kaji bagaimana Tanah Melayu berubah bentuk dengan kemasukkan pendatang baru dari China dan India. Pada satu tahap Bani Melayu telah hampir menjadi Red Indian dalam negara sendiri. 

Ini diselamatkan dengan satu lagi projek kolonial yang dipanggil Malaysia. Harus diakui  bahawa  latar belakang Projek Malaysia ialah usaha untuk menjadikan kembali Melayu sebagai majoriti di Tanah Melayu.

Baca dan fahami pula bagaimana Singapura wujud. Baca sejarah  bagaimana Singapra diambil alih  oleh Inggeris pada tahun 1819. Baca dan kaji  bagaimana Pulau Temasek ini  dipisahkan dari Ibunada Tanah Melayu pada tahun 1957. Dan kaji  bagaimana Singapura dibawa masuk kemudian dipisahkan sekali lagi dari Bonda Kandung Tanah Melayu pada 8 Ogos 1965.

Semua ini adalah stratiji Inggeris yang berjangka panjang. Singapura ini adalah wilayah penempatan baru.  Kalau Isreal untuk Bumi Arab maka Singapura adalah Israel untuk Bumi Melayu.

Apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Apa yang saya lakukan ialah memberi satu penilaian baru terhadap fakta sejarah ini. Justeru ini bukan lebong Hishamuddin Rais.

Kenapa saya berani mengatakan bahawa  Israel dan Singapura diwujudkan adalah  sebagai taktik dan stratiji kuasa Anglo-Amerika berjangka panjang?

Teliti rapi-rapi. Baca dengan teliti disetiap negara bekas tanah jajahan Inggeris  yang telah ditinggalkan - tapi  terus bermasalah. Inggeris sengaja meninggalkan masalah.

Di Uganda - Orang India di bawa masuk. Uganda diselamatkan oleh Idi Amin. Pakistan diwujudkan atas nama Islam. India dan Pakistan memunculkan Bangladesh. Lihat bagaimana Kashmir sengaja ditinggalkan tanpa keputusan  ketika Pakistan dan India mahu merdeka tahun 1947.

Hari ini Kashmir membuka kancah perang untuk India dan Pakistan. Ini sama saperti taktik British di Tanah Melayu. Singapura sengaja  ditinggalkan apabila Tanah Melayu mahu merdeka tahun 1957.

Lihat  pula bagaimana kolonial Inggeris terus berkuasa terhadap Hong Kong hingga  tahun 1987 walau pun China telah mendirikan Republik Rakyat pada 21 september 1949.

Seluruh bumi semenajung  Arab diracik-racik oleh Inggeris dan Peranchis. Hinggakan disetiap seribu batang pokok tamar diwujudkan sebuah negara Arab yang dikawal oleh seorang Sheikh yang berjubah dan berserban. 

Betul - semua ini adalah hasil pengalaman pasca kolonial untuk negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Tetapi dibelakang semua ini adalah stratiji berjangka panjang kuasa kolonial Inggeris. Kuasa kolonial ingin negara-negara bekas tanah jajahan terus bermasalah dan  akan terus merujuk kepada Old  Mother England.

Wajib saya nyatakan disini. Inggeris ini penjajah yang licik dan berpengalaman. Inggeris telah menjajah Scotland. Telah menjajah Wales. Telah menjajah Ireland selama 600 tahun. Elit politik dan elit ekonomi Inggeris licik dan berpengalaman.

Inggeris datang menjajah dunia sesudah kuasa kolonial Sepanyol, Belanda dan Peranchis hampir runtuh. Inggeris mengumpul pengalaman dari kuasa Sepanyol dan Belanda. Hasilnya , Inggeris menjadi penjajah yang lebih licik , tersusun dan berstratiji.

Banyangkan - Kota London menjadi pusat jual beli getah asli, jual beli bijih timah, jual beli  emas , jual beli bahan bakar petrol. Tetapi - tidak ada sebatang pokok getah di London kecuali di Kew Garden untuk pelancung bukan untuk ditoreh.

Bayangkan England  hanya sakeping tanah pulau  yang basah lagi sejuk. Yang hanya memiliki arang batu dan air Sungai Thames  yang juga  sejuk. Tetapi telah berjaya menaklok lebih dari satengah wilayah dunia. London menjadi pusat ekonomi, pusat ilmu dan pusat politik dunia sebelum diambil alih oleh Amerika.  

Bayangkan  - pada  tahun 2017 - Jabal Tarik ( Gibraltar ) dalam bumi Sepanyol masih lagi dimiliki oleh Inggeris. Ini kuasa Pax Bitania. Kuasa inilah yang mewujudkan Israel dan Sigapura.

Isreal dan Singapura ada dua tanah penempatan baru yang kini memainkan peranan yang sama. Israel kini menjadi pengkalan tentera Amerika. Singapura juga menjadi pengakalan tentera laut dan udara untuk bala tentera Amerika.

Singapura menjadi pusat risikan Amerika dengan kapal terbang  AWACS yang mengawal bumi Melayu - Tanah Melayu dan Indonesia. Israel  bukan saja memiliki AWACS malah dengan bom nuklear kini menjadi pusat intel  Amerika untuk terus mengancam bumi Arab.

Dalam pergolakan politik hari ini Israel dan Singapura menjadi semakin penting. Dua wilayah pendatang baru ini pura pura berlagak saperti singa. Isreal  membuat kacau untuk menakutkan warga Arab. Singapura buat onar  untuk menakutkan Bani  Melayu.

Apa akan terjadi kepada dua negara yang ‘artifisial ini’.  Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45








-------------------------

HAMAS BUKAN PENGGANAS KATA ERDOGAN !!!


ERDOGAN KATA :

HAMAS BUKAN

PENGGANAS

AMIN

HAMAS PEJUANG

PEMBEBASAN

TANAH AIR 

DAN BANGSA

KHALAS

SYURGA DAN BIDADARI



Kumpulan agama harap perintah pentadbiran baharu guna kalimah 'Allah' adil


DRAF arahan pentadbiran baharu mengenai penggunaan kalimah “Allah” mestilah adil kepada semua agama tanpa sebarang larangan langsung terhadap penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, kata kumpulan antara agama.

Bekas presiden Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) R.S. Mohan Shan berharap arahan baharu itu akan memihak kepada semua kaum.

“Kami masih tidak pasti apakah perintah baharu ini, kami berharap tiada larangan penggunaan perkataan itu.

“Terdapat sebutan perkataan ‘Allah’ dalam buku agama Sikh dan malah kami penganut Hindu menggunakan perkataan itu dalam kesusasteraan Tamil dan beberapa lagu pemujaan,” kata Mohan kepada The Malaysian Insight.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata draf itu akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja tidak lama lagi, sambil menambah lima sesi libat urus sudah dijalankan mengenai penggunaan perkataan itu. 

“Hasilnya dipersembahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Draf itu juga akan dibentangkan pada Majlis Raja-Raja dari 25 hingga 27 Oktober ini,” kata Saifuddin di Dewan Rakyat.

Mohan yang juga bekas presiden Hindu Sangam, berkata tidak wajar menghalang orang ramai daripada menggunakan perkataan itu, kerana ia ada dalam buku agama mereka.

“Jadi, bagaimana kita hendak melaksanakan sembahyang? Ia adalah sebahagian daripada amalan kami.

“Kami berharap akan ada keputusan yang menggembirakan semua orang.”

Sementara itu, paderi kanan Reverend Dr Herman Shastri berkata semua agama lain menggunakan perkataan itu sejak berabad lamanya.

“Apa sahaja yang difikirkan oleh kerajaan, harus mengambil kira hak orang Kristian untuk membaca kitab suci mereka dalam bahasa kebangsaan,” kata Herman.

“Ia (Allah) sudah ada dalam kitab Sikh, Hindu dan terjemahan Bible.

“Orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan Bahasa Malaysia. Oleh itu, ia ada di dalam Bible mereka dan melalui terjemahan asli Bible dan dalam kesusasteraan Kristian.”

Herman yang merupakan timbalan pengerusi Jawatankuasa Khas Persefahaman Antara Agama yang ditubuhkan oleh Kabinet dari 2010 hingga 2020 berkata terdapat peruntukan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11).

“Kami berharap perintah baharu itu tidak akan melanggar kebebasan beragama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) yang merangkumi pembacaan kitab suci dalam mana-mana bahasa yang dipilih, hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama yang dijunjung oleh pelbagai masyarakat agama selama berabad-abad.”

Pada 15 Mei, Putrajaya menarik balik rayuannya untuk menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” untuk menggambarkan Tuhan di Malaysia.

Ia difailkan oleh peguam kanan persekutuan yang mewakili Jabatan Peguam Negara.

“Perayu (Menteri Dalam Negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan menolak keseluruhan rayuan tanpa perintah mengenai kos,” tulis notis itu yang dilihat oleh The Malaysian Insight.

Ia selepas Putrajaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” dan tiga perkataan lain dalam konteks agama.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi, selepas pertempuran undang-undang selama 13 tahun antara kerajaan dan Jill Ireland, seorang wanita Kristian dari Sarawak.

Nor Bee, dalam keputusannya, menyifatkan arahan Kementerian Dalam Negeri 1986 untuk melarang penggunaan empat perkataan itu oleh orang bukan Islam 35 tahun lalu sebagai “menyalahi undang-undang” dan “tidak rasional”. – 26 Oktober, 2023.

APA AKAN JADI

JIKA PENGANUT

HINDU LARANG

MELAYU GUNAKAN

PERKATAAN SYURGA

AMIN

LARANG GUNA PAKAI

PERKATAAN BIDADARI

AMIN

LARANG GUNA PAKAI

PERKATAAN AGAMA

AMIN

ORANG JAHAT

NAK DI BAKAR DIMANA

KALAU HINDU LARANG

GUNA NERAKA

AMIN

SAJE TANYA

KERANA SEMUA

INI ASAL USUL

DARI KONSEP HINDU

AMIN

KHALAS

PERUJAGAN MELAWAN PENJAJAH


HAK MELAWAN

UNTUK AMBIL

KEMBALI TANAH

AIR YANG DIJAJAH

AMIN

HADI SUKA PONTENG PARLIMEN


HADI SUKA 

PONTENG 

PARLIMEN

KHALAS

Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Kah kah kah kalau Hadi jadi PM parlimen tutup terus tak payah sebab Hadi susah sampai Parlimen, buat sidang dari masjid Rusila Marang saja kah kah kah khutbah setiap pagi hebat


Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Klu tuan guru tshadi naik jd pM, elok juga mintak sekpol dia usahakan lantik tt jd duta masakkan ke australia... Lama tak tengok klip tt masak lauk pauk utk member² dia... Masak lomak cili api la tt, pastu jomput geng mat saleh ko makan.. biar terangkat merah muko eaa.. nnti share yea video.. suko tengok tok tt nie bahagio...

Unknown commented on 
"MUSTAHIL HADI JADI PM"

Sibuk² catur, sibuk² speculate...kabinet yg ada nie ha serupa biskut, jap ada, kejap takda, quorum pun tak cukup...jgn yg dikejar lama berkuasa tak dapat, yg dikendong jawatan berciciran... tp elok juga hangpa sembang pasal perubahan kuasa nie, paling tidak pun nampak dah keperluan tukar peeM nie...

panglimo potaseh commented on
 "MUSTAHIL HADI JADI PM"

Gwa melihat ado duo ekor yg paling layak jadi PM maso dopan .. satu Wakil Langkawi yg birjayo mengislangkang Langkawi .. duo wakil Ketereh yg punyo pengalaman 40 tahun jadi Sojar waktu aman.

SABAH SARAWAK TAK MINAT TALIBAN


SABAH SARAWAK

TAK MINAT TALIBAN

KHALAS

Unknown commented on
 "TUNTUTAN DARI 
SABAH SARAWAK !!!"

Lagi runtuh hasrat orang Malaya kah kah kah lagi runtuh cita-cita PAS kah kah kah susah cari makan di Sabah Sarawak woit, orang-orang Sabah Sarawak lebih bijak lagi tak percaya kepada sarban bungkus kah kah kah kita suka palau siang malam, jangan kacau bawa budaya Taliban kah kah kah