Ahad, 29 Oktober 2023
PAK LEBAI MUSNAH HUTAN
Adakah kerajaan negeri ingin musnahkan hutan simpanan kekal Kelantan?
PADA 11 Oktober lalu, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Negeri Kelantan telah mengeluarkan draf pindaan kepada Rancangan Struktur Negeri Kelantan, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas negeri.
Dalam meneliti perancangan ini, kami mendapati, pada 21 Oktober 2020, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan telah memutuskan untuk mengeluarkan status Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di semua kawasan Hutan Simpanan Kekal seluruh negeri Kelantan kecuali kawasan hutan tadahan air.
Dianggarkan sehingga 90% Hutan Simpanan Kekal di Kelantan akan hilang statusnya sebagai KSAS.
Untuk pengetahuan, KSAS mengikut definisi di bawah Rancangan Fizikal Negara adalah “suatu kawasan khas yang sangat sensitif kepada sebarang bentuk perubahan kepada ekosistemnya akibat proses alam semula jadi atau aktiviti di dalam atau di sekitarnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di mana tahap kesensitiannya ditentukan berasaskan pengintegrasian cirian unsur – unsur fungsi risiko bencana, nilai sokongan hidup serta nilai khazanah dan warisan kawasan tersebut”.
Apabila satu-satu kawasan itu dizonkan atau diklasifikasikan sebagai KSAS, maka kawasan terbabit wajib dilindungi & dikawal aktiviti pembangunannya.
Misalnya, kawasan yang dizonkan KSAS Tahap 1 memperincikan tiada sebarang pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan
Kawasan hutan di bawah KSAS Tahap 2 pula bermaksud tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan secara terpilih / mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat.
Manakala kawasan hutan di bawah KSAS Tahap 3 pula memperincikan pembangunan terkawal di mana jenis dan kepadatan pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan
Berdasarkan pemerhatian terhadap Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri & Rancangan Tempatan Daerah sedia ada, majoriti kawasan Hutan Simpanan Kekal di Kelantan berada di dalam Kawasan Sensitif Alam Sektiar Tahap 1 & 2.
Jika status ini dimansuhkan, kita seharusnya bimbang.
90% kawasan Hutan Simpanan Kekal Kelantan akan berpotensi dimusnahkan untuk pembangunan tidak mampan terutamanya pembalakan secara tebang habis pembukaan ladang pertanian besar-besaran, lombong, kuari, dan sebagainya.
Ini sekaligus bercanggah dengan dasar di peringkat persekutuan & prinsip pengurusan hutan secara berkekalan dan komitmen negara terhadap Dasar Kepelbagaian Biologi untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% liputan hutan.
Dengan polisi ekonomi kerajaan negeri yang tidak mampan yang terlalu bergantung kepada eksploitasi alam, khazanah hutan & sumber asli secara besar-besaran, dibuktikan lagi dengan semakin banyak pembukaan ladang monokultur dan pembalakan secara tebang habis di dalam kawasan hutan simpnanan kekal, kami tidak menolak kemungkinan usaha mengeluarkan status KSAS ini sebagai salah justifikasi bagi menghabiskan khazanah hutan dan sumber asli di Kelantan.
Kemusnahan hutan secara besar-besaran di negeri Kelantan mempunyai kesan yang ketara merentasi pelbagai sektor kehidupan manusia dan alam sekitar.
Penebangan hutan berskala besar mampu mengancam keselamatan air negeri kerana hutan memainkan peranan penting dalam mengawal selia dan menapis air hujan sebelum disalirkan ke sungai & loji rawatan air, dan kemusnahan boleh mengakibatkan penurunan kualiti air dan peningkatan kemarau dan kekurangan air.
Ia juga memburukkan lagi keadaan banjir, kerana hutan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap hujan lebat dan ketiadaan mereka boleh membawa kepada banjir lumpur yang lebih teruk dan kerap.
Masyarakat Orang Asli menghadapi kesan yang paling teruk akibat kehilangan sumber hidup mereka daripada air bersih, sumber makaanan hutan, gangguan hidupan liar dan kehilangan mata pencarian tradisional, manakala populasi hidupan liar sangat terancam dengan kemusnahan habitat dan peningkatan konflik manusia-hidupan liar.
Keselamatan rakyat negeri Kelantan juga akan terancam kerana risiko banjir yang semakin meningkat dan tanah runtuh, dan keselamatan makanan terjejas kerana tanah pertanian mengalami hakisan dan penurunan kesuburan tanah. Dan yang paling malang sekali, sektor ekonomi juga akan terjejas secara negatif melalui kemusnahan harta benda, dan peningkatan kos berkaitan pengurusan banjir dan rawatan air
Kami merayu agar Kerajaan Negeri Kelantan menarik semula keputusan tidak masuk akal ini sekaligus komited dalam memulihara & memelihara hutan khazanah alam di negeri tercinta ini.
Sebagai salah sebuah negeri yang membentuk jajaran kompleks hutan banjaran Titiwangsa dengan diliputi sebahagian besar kawasan Central Forest Spine yang menyokong berpuluh ribu spesis flora dan fauna, serta terdapatnya kawasan Taman Negara di Bahagia selatan Kelantan.
Seharusnya kerajaan negeri berfikir dengan lebih waras untuk melindungi kawasan ini bukan sahaja sesuai dengan tuntutan polisi dan dasar negara, tetapi juga selari dengan kewajipan agama di mana seorang Muslim wajib menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi.
Kami juga menyeru kepada orang ramai khususnya rakyat negeri Kelantan supaya bersama-sama menyuarakan bantahan mengikut saluran yang disediakan dengan menyertai program publisiti & pendengaran awam dengan mengisi borang bantahan yang boleh didapatkan dari setiap pejabat majlis daerah di Kelantan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan (PLANMalaysia Kelantan).
Bantahan & representasi juga boleh dibuat melalui https://jpbd.kelantan.gov.my. – 28 Oktober, 2023.
*Hafizudin Nasarudin,
Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam – Kuasa
WOIT
PAK LEBAI NI
BILA BANJIR
SAMPAI AKAN
TUDUH TUHAN
MARAH BANYAK
MAKSIAT
AMIN
TANAH RUNTUH
ORANG MATI
PAK LEBAI KATA
SUDAH TAKDIR
AMIN
TAPI PUNCANYA
PAK LEBAI
MUSNAH HUTAN
AMIN
KHALAS
NAJIB TABAH DALAM PENJARA
Najib tabah jalani hidup di penjara tapi tak rela berpisah dengan rakyat – Yana
KUALA LUMPUR – Najib Nazak tabah menghadapi dugaan hidup dalam penjara selama lebih 14 bulan ketika ini.
Bagaimanapun apa yang bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak dapat terima ialah dirinya terpisah jauh dengan keluarga dan rakyat.
Bercakap dengan penuh emosi dan sesekali kelihatan menangis, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO mendedahkan kesukaran ayahandanya berada dalam penjara bukan kerana melakukan kesalahan sebaliknya kegagalan undang-undang memberikan pembelaan sewajarnya.
NAJIB NAZAK
PASTI SUKA
DUDUK DALAM JIL
BEBAS DARI
DI HIMPIT OLEH
BIK MAMA
KAH KAH KAH
TERPISAH DARI
RAKYAT INI BETUL
AMIN
NAJIB TERPISAH
KERANA TAK DAPAT
MENCURI DUIT
RAKYAT LAGI
AMIN
KHALAS
KITA LAWAN ZIONIS BUKAN YAHUDI
KITA LAWAN
ZIONIS BUKAN
YAHUDI
KHALAS
Unknown commented on
"DEMO TAK PERLU
SITI NURHALIZA"
Ada juga video yang terus mengutuk orang-orang kita tetapi perangai macam Yahudi jugak curi merompak merogol semuanya lengkap kah kah kah sifat Yahudi sebenarnya ada dalam diri semua manusia cuma kita di pihak mana, yang baik atau jahat? Usulnya kena adil saksama tetapi adakah kita adil saksama dalam semuanya kah kah kah
LU BOLEH INGAT APA LU BUAT 2 BULAN DULU ?
KESAH MENARIK
DI KUMPUL 200
TAHUN KEMUDIAN
AMIN
TAHUN 2013
HARI RAYA
RAYA KEDUA
JAM 3 LU
MAKAN APA
LU INGAT ?
KAH KAH KAH
KHALAS
JANJI
"RETAK KERAJAAN DAH MULA"
Kah kah kah.... Kalau ada yahudi sembunyi belakang batu. Batu akan beritahu kepada orang uslam untuk dibunuh... Ini hadis sohih lagi wajib. Orang islam benci yahudi tak kira baik ka jahat. Yang oenting yahudi. Itulah yang selslu tok khatib dok merstib tiap hari jumaat... sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan Yahudi.
Maka kaum Muslimin membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohon, dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, ke mari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” – Riwayat Muslim. Lu liberal... Lu taktau ini peperangan telah ditetapkan dalam kitab suci islam. Kah kah kah buta kayu betul....
Unknown commented on
"DUNIA MENUNGGU TINDAKAN"
Kah kah kah... Lu pikir Orang islam berani ka bunuh yahudi? Kalau bunuh yahudi maknanya kiamat... Bila kiamat kena jumpa tuhan. Masuk syurga ka nerska? Mampus... Ramai orang islam nak hidup 1000 tahun lagi macam orang yahudi.... Tiap tisp hari doa mintak panjang umur.... Kah kah kah
MADANI ANWAR AKAN DI BUNGKUS OLEH PERMAIDANI HADI
Shabery Cheek, Annuar Musa bakal tanding PRK Kemaman?
BEBERAPA nama pemimpin kanan parti disebut-sebut sebagai antara calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang bakal berlangsung pada 2 Disember.
Di kem Perikatan Nasional (PN), Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar antara calon diperkatakan untuk mewakili parti yang menguasai kerajaan negeri Terengganu itu, menurut sumber parti.
Di kem kerajaan perpaduan, veteran Barisan Nasional (BN) Terengganu Ahmad Shabery Cheek pula ditimbulkan sebagai antara calon untuk merampas semula kerusi tersebut.
Selain dua nama tersebut, pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa juga antara nama yang dicadangkan untuk calon kerusi Parlimen Kemaman mewakili PAS.
Seorang pemimpin PAS negeri yang tidak mahu dinamakan mengesahkan ada cadangan mengetengahkan Ahmad Samsuri dan Annuar sebagai calon di Kemaman.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, kedua-dua nama tersebut mampu berpotensi memberi keuntungan untuk menguatkan PN di Parlimen dan bagi merebut sokongan pengikut Umno.
“Meletakkan kedua-dua pemimpin itu lebih kepada strategi politik untuk menambah kekuatan suara pembangkang di Parlimen.
“Lagipun sasaran PAS adalah untuk mendapat kemenangan dengan majoriti besar. Jadi Samsuri adalah calon yang tepat.
“Begitu juga dengan Annuar, antara sebab nama beliau naik kerana pemimpin itu boleh menjadi nilai tambah kepada PAS terutama menarik sokongan pengundi putih Umno,” katanya.
Pemimpin kanan dalam struktur PAS negeri itu percaya jentera Umno akan menggerakkan seluruh kekuatan bagi merampas kerusi itu.
PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu yang membatalkan kemenangan penyandang Che Alias Hamid.
Keputusan itu dibuat selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya PAS di kawasan tersebut.
PAS tidak merayu keputusan itu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seterusnya menetapkan PRK Kemaman berlangsung pada 2 Dis dengan 18 Nov ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
Mengulas lanjut pemimpin PAS itu berkata akar umbi tidak akan mempunyai masalah untuk menyokong calon dari luar seperti Annuar jika itu yang diputuskan pimpinan tertinggi.
Tambahnya, Che Alias masih berpeluang menjadi Adun lantikan atau ke jawatan dalam badan kerajaan negeri sekiranya tidak tercalon semula.
““Tak ada masalah biarpun hakikatnya kalau ikut landskap politik Terengganu calon tempatan ini memang menjadi pilihan.
“Tapi kalau ia diputuskan pimpinan tertinggi akar umbi pasti akan menyokong. Cuma agak sukar ketepikan penyandang kerana pengaruh Che Alias di Kemaman juga amat kuat.
“Tapi yang saya dengar mungkin ada timbal balik dengan memberi jawatan lain seperti Adun lantikan atau anak syarikat kerajaan negeri (GLC),” katanya.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Hanafiah Mat pula mengesahkan nama Che Alias tetap tersenarai sebagai bakal calon.
“Ya kita sudah hantar tiga nama kepada PAS negeri semua calon tempatan termasuk nama penyandang, Che Alias,” katanya.
Ditanya mengenai nama Ahmad Samsuri dan Annuar beliau berkata nama tersebut adalah cadangan daripada PAS Pusat.
“Kedua-dua nama itu adalah cadangan daripada PAS Pusat. Tapi kalau ikut proses keutamaan diberikan kepada PAS Kemaman untuk menghantar tiga nama pilihan calon,” katanya.
Di pihak BN, Umno Kemaman antara lain menyertakan Ahmad Shaberi dalam senarai tujuh nama yang dikemukakan untuk pertimbangan parti.
Sumber parti berkata nama pengerusi Felda itu dipertaruhkan kerana pemimpin tersebut diyakini dapat memberi cabaran sengit kepada PAS.
“Nama Ahmad Shabery antara yang teratas dan menjadi pilihan akar umbi. Namun beliau dikatakan tidak berminat untuk bertanding dalam PRK ini.
“Tapi tak tahulah macam mana keputusannya nanti. Selain itu nama yang menjadi pilihan termasuk nama ketua pemuda Kemaman, Zulkefli Abu Bakar,” kata sumber dalam Umno Terengganu.
Bekas menteri besar Ahmad Said juga pada awal disebut-sebut sebagai bakal calon namun jawatannya sebagai pengarah jentera pilihan raya BN bagi PRK itu menamatkan spekulasi tersebut.
Sumber itu berkata, Ahmad juga telah memulakan mesyuarat pertama bagi PRK Kemaman pada Ahad lepas.
“Ya mesyuarat bagi PRK Kemaman memang sudah diadakan pada Ahad lepas,” kata sumber itu lagi.
Pergerakan itu juga akur dengan keadaan yang menyukarkan Umno untuk memenangi kerusi Kemaman selepas PN menguasai semua kerusi Parlimen dan DUN Terengganu.
Bagaimanapun, mereka akan mengamalkan langkah yang membolehkan BN menang kerusi DUN Pelangai di Pahang dalam PRK yang berlangsung awal bulan ini.
“Bagi Umno faham agak mustahil untuk mendapat kemenangan dalam PRK ini.
“Namun sasaran kita adalah untuk mengurangkan undi majoriti PAS dan kita akan menggunakan strategi seperti di PRK Pelangai untuk di Kemaman,” katanya. – 29 Oktober, 2023.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
LEBIH BAIK
JANGAN MASUK
BERTANDING
KAH KAH KAH
PAKATAN PASTI
KENA BUNGKUS
AMIN
MAT MULUT
BERBUIH BUIH
PASTI LINGKUP
KAH KAH KAH
SILAP HARI BULAN
HILANG DEPOSIT
KAH KAH KAH
KHALAS
SELAMAT DATANG KEMBALI RAMASAMY
PM digesa hentikan program solidariti Palestin di sekolah
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim silap berkenaan keperluan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah di mana ia akan sukar dikawal, kata P Ramasamy.
Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu berkata Anwar dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak dapat mengawal apa yang berlaku di sesetengah sekolah.
“Menunjukkan solidariti dalam perjuangan untuk Palestin terutama dengan pembunuhan dilakukan Israel adalah satu perkara. Tetapi menyeru pelajar sekolah untuk menunjukkan solidariti, itu satu perkara yang lain.
Bekas pemimpin DAP itu turut mengecam Anwar kerana menggunakan isu Palestin untuk melonjakkan sokongan politik di negara ini terutama dalam kalangan Melayu.
“Anwar memulakan program ini untuk kepentingan politiknya tetapi ia tidak akan dapat dikawal oleh kementerian dan menterinya.
“Program solidariti Palestin di sekolah mungkin akan menjadi luar kawalan jika pembangkang terbabit,” katanya.
Beliau berkata solidariti terhadap Palestin tidak sepatutnya dilakukan di sekolah, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
“Tidak masuk akan untuk jadikan ia sebahagian daripada pendidikan sivik. Bolehkah membawa pistol mainan untuk ‘persediaan perang’ dianggap sebagai pendidikan sivik?
“Anwar patut hentikan program minggu solidariti Palestin di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Awal minggu ini, KPM umum pelancaran Minggu Solidariti Palestin dari 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah di bawah kementerian dan institute latihan guru. – 28 Oktober, 2023.
WOIT
RAMASAMY
MANA LU GI
LAMA SENYAP
TAK KOMEN
PERMAIDANI ...OPPS..
SILAP... MADANI
KAH KAH KAH
KAWAN LU
KAKI KOMEN
LIM KIT SIANG
SEMENJAK JADI
TAN SERI SENYAP
MENIKUS
KAH KAH KAH
WALAU APA PUN
SELAMAT DATANG
KEMBALI
AMIN
BILA NAK KOMEN
MINTA
ANWAR LETAK
JAWATAN
KAH KAH KAH
KHALAS
RETAK KERAJAAN DAH MULA
Sekolah mubaligh Sarawak tidak sertai minggu solidariti Palestin
SEKOLAH mubaligh di Sarawak, yang dikendalikan oleh kedua-dua gereja Anglikan dan Katolik, memilih untuk tidak menyertai minggu solidariti Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Selain itu, sekolah di Sarawak juga diberi pilihan untuk mengambil bahagian atau sebaliknya.
Terdapat sebanyak 127 sekolah mubaligh di Sarawak.
Presiden sekolah mubaligh Anglikan di Sarawak, Danald Jute memberitahu The Malaysian Insight sekolah di negeri itu diberitahu mereka tidak wajib mematuhi arahan KPM untuk mengadakan program sebegitu susulan pertempuran Hamas dengan Israel di Semenanjung Gaza.
Sebelum itu, Jute berkata tidak wajar membabitkan sekolah dan murid dalam konflik antarabangsa yang tidak difahami mereka, menegaskan beliau tidak menghalang sekolah di bawah kendalian mereka untuk mengadakan program itu.
Bagaimanapun, beliau berkata gereja akan menyemak apa sahaja aktiviti dan bahan yang akan dianjurkan atau dikongsi dengan pelajar sekolah mereka semasa minggu solidariti.
Ketua Paderi Simon Poh, Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, juga memberitahu The Malaysian Insight sekolah yang dikendalikan oleh gereja itu tidak akan mengadakan program yang bermula secara rasmi esok.
“Kami akan menuruti hala tuju yang ditetapkan oleh Sarawak dengan tidak mengadakan aktiviti minggu solidariti di sekolah kami tetapi akan bersatu untuk mendoakan keamanan di Palestin,” kata Poh.
Beliau memuji kebijaksanaan Sarawak kerana menteri memilih untuk tidak mengikut arahan KPM “supaya tidak membangkitkan apa-apa mengenai isu ini.”
Menyatakan gereja “amat terganggu” dengan pekeliling KPM pada 21 Oktober yang mengarahkan semua sekolah termasuk kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut latihan guru di bawah bidang kuasa kementerian untuk mengadakan minggu solidariti, Poh berkata murid dan pelajar sekolah dianggap sebagai di bawah umur dan tidak harus terheret dalam polemik sebegitu.
“Dalam kes kami, apabila pelajar diminta memberi sokongan kepada Palestin menentang Israel, ini boleh menimbulkan sentimen anti-Yahudi seperti yang dilihat oleh beberapa guru yang terlalu bersemangat.” – 28 Oktober, 2023.
PUNCA IALAH
TIDAK DITERANGKAN
PERJUANGAN
PALESTIN BUKAN
PERANG AGAMA
AMIN
PALESTIN BERJUANG
MELAWAN PENJAJAH
AMIN
BUMI PALESTIN
DI JAJAH ISREAL
AMIN
YAHUDI BUKAN
MUSUH
AMIN
NABI SEMUANYA
YAHUDI
DARI BANI ISREAL
KECUALI MUHAMMAD
AMIN
KHALAS
DUNIA MENUNGGU TINDAKAN
DUNIA DAH DENGAR
BANYAK AMARAN
AMIN
DAH DENGAR
BANYAK
PERSEDIAAN
AMIN
DUNIA SEDANG
MENUNGGU
TINDAKAN
KHALAS
TANDA MELAYU ISLAM MAKIN MELUAS
TANDA TANDA
MELAYU ISLAM
MAKIN MELUAS
AMIN
Unknown commented on
"SAPA LEBIH ISLAM -
SAPA LEBIH MELAYU"
Sekolah ini diPahang deep state penyokong PN Abah dan Hadi tengok tik tok semua muka anti Madani.
Aksi copy paste Cosplay diMarang lengkap dengan kostuum, parade, senjata mainan dan muka sekor2 termasuk Walauntit gaya pengebom berani Mati.
Cuma tadak Ketua TALIBAN yang terima tabek kehormat.
Esok lepas keluar report dari PPD siap le Pengetua, Ketua Koko, sekor2 guru dan Pengerusi PIBG.
Pindah sekolah ke Ulu ke dan turun pangkat le pasal kuat sokong Abah dan TALIBAN nak malukan dan sabotagkan PMX dan UG.
AGENDA MELAYU ISLAM
AGENDA
MELAYU ISLAM
AKAN MENGAMPUH
AMIN
Unknown commented on
"SAPA LEBIH ISLAM -
SAPA LEBIH MELAYU"
Pasti satu dunia sedang memerhati tingkah laku kita, dengan zaman teknologi sekarang semuanya sampailah, samada betul ataupun tidak terpulang kepada empunya berkuasa, apa apa pun semuanya akan ditanggung oleh seluruh rakyat nanti, semakin Taliban disukai semakin jauh ke belakang nanti, sekurang-kurangnya tanam makanan sendiri boleh tak? Kah kah kah