Selasa, 7 November 2023

UKRAINE KENA KENCING - DIMINTA BERDAMAI


UKRAINE  AKHIRNYA

KENA KENCING

KAH KAH KAH

DI MINTA BERDAMAI

DENGAN RUSIA

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR DAN ISRAEL


PMX geram tindakan akhbar Harakah siar gambar dengan bendera Israel

Tindakan akhbar Harakah Daily menggunakan gambar berlatar bendera Israel dibidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri bertegas di Dewan Rakyat berhubung tindakan menggunakan bendera tersebut yang cuba mengaitkan dirinya dengan rejim Israel.

Katanya tindakan itu sangat biadap dan tidak sepatutnya dibuat oleh sebuah lidah parti Islam itu kepada umum.

“Jangan Ketua Dewan Ulama guna Harakah mengkaitkan saya dengan Israel, itu satu tuduhan biadap yang melanggar tatasusila.

“Fitnah yang guna serban tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya kalau diulang saya akan ambil tindakan keras terhadap sesiapa yang menggunakan perkara itu,” katanya di Dewan Rakyat menjawab soalan yang dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Anwar merujuk laporan Harakah Daily berjudul ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin? – diterbitkan Isnin lalu yang memaparkan gambar beliau dengan bendera Israel.

Tegas Anwar, tuduhan tersebut tidak mencerminkan kerja-kerja yang telah dilakukan beliua dengan berjumpa dengan beberapa pemimin dunia antaranya negara-negara Arab untuk sama-sama menolak kekejaman terhadap Palestin di Gaza.

“Ini yang saya sebut membina mahligai atas pusara orang mati dan kita kerja setiap hari bawa kes ini minta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adakan sidang (tergempar), bawa negara China, Rusia, Brazil, Ireland, Bolivia bincang dengan Jepun, Belanda.

“Minggu ini dengan Naib Presiden China, tapi semewenang-wenang beri hukuman biadap dan kurang ajar,” tegas Anwar lagi.

Bingkas bangun  Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) menjelaskan bahawa laporan akhbar kebenaan bukan satu tuduhan tapi merupakan satu persoalan.

“Saya ucap terima kasih PM baca Harakah, tapi ini satu persoalan dan bukannya satu tuduhan. Ia sebagaimana persoalan lain yang dijawab oleh Ahli Parlimen Tambun malah di sana (kerajaan) dan di sini (pembangkang) sama menyokong Palestin,” katanya.

GAMBAR ANWAR

DENGAN BENDERA

ISRAEL ADALAH

PROPAGANDA 

KUMPULAN 

ANTI ZIONIS

UNTUK PASTIKAN

ISRAEL TIDAK

AKAN DI IKTIRAF

SAMPAI BILA BILA

OLEH MALAYSIA

AMIN

TIDAK ADA

DUTA ISRAEL

DI JLN AMANG

KHALAS

ZIONIS TEMPATAN

RAMAI

AMIN

SESEKALI MUNCUL

MASUK MAKAN

MEK DONAL

KAH KAH KAH

AMIN

HARAKAH TIBAI ANWAR


Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin?

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu tegas menyuarakan bantahan terhadap penjajahan dan kekejaman Zionis-Israel serta menunjukkan pendirian teguh menyokong tuntutan kemerdekaan untuk Palestin.

Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, sokongan kepada perjuangan Palestin oleh rakyat dan kerajaan yang menjadi pendirian rasmi Malaysia bukan baharu bermula semalam atau 7 Oktober lalu.

Tetapi menurutnya, telah berlaku sejak awal pentadbiran di bawah Perdana Menteri pertama lagi iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan diteruskan semua kepimpinan selepas daripada itu.

“Namun, apa yang saya bimbangkan, kerajaan kini bukan sahaja dilihat seperti bersikap apologetik kepada perjuangan Palestin setelah mendakwa diugut oleh pihak tertentu dan desakan oleh rakan-rakan parti komponen. 

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

PERTANDINGAN

SAPA LEBIH KUAT

SOKONG PALESTIN

KAH KAH KAH

KHALAS

ADA 7 JUTA PENAGIH



Polis rampas dadah
 
bernilai RM306.31j

 sepuluh bulan

 pertama

 tahun ini
SHAH ALAM – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM 306.31 juta bagi tempoh antraa Januari hingga 31 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Komisioner  Hussein Omar Khan berkata, rampaan tersebut membawa kepada tangkapan 18,911 orang individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

“Daripada jumlah tangkapan itu, seramai 609 orang adalah pengedar yang sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta 15 kali sebatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media pelupusan barang kes jenayah Narkotik kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Rampasan yang dilakukan itu melibatkan pelbagai jenis dadah seberat 3,973.26 kilogram, termasuk syabu (2,244.12 kg), 387,215 pil erimin 5, 118,512 pil kuda; 99,550 pil esktasi, 346.53 liter kodein, 5,525.08 liter cecair ketum dan 8.93 gram candu masak.

Menurut Hussein, dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kegunaan 7.4 juta penagih dadah.

Sementara itu, beliau memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menumpaskan 29 sindiket pengedaran dadah membabitkan empat kes makmal memproses dadah secara haram.

Katanya, pihaknya turut menyita aset-aset milik pengedar dadah berupa wang tunai, kenderaan, hartanah dan hartanah bernilai RM11.43 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988  untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh lima tahun ini, seramai 2,132 orang penagih dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 15(1)(a) dan dihukum di bawah Seksyen 39C ADB 1952 sementara sebanyak 24 orang lagi telah disabitkan dengan hukuman gantung sampai mati seperti mana diperuntukkan undang-undang di bawah Seksyenn 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ditanya mengenai pelupusan barang kes narkotik pada hari ini, Hussein berkata, ia melibatkan bahan kimia dan dadah yang akan dilaksanakan di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan oleh syarikat yang dilantik.

Katanya, pelupusan tersebut membabitkan pelbagai jenis dadah sebanyak 1,991.26 kilogram seperti syabu, heroin, ketamin, pil ekstasi dan  erimin 5 bernilai RM42.26 juta. – 



WOIT

HAMPIR 8 JUTA

PENAGIH DADAH

AMIN

INI BERAT

UNTUK NEGARA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

KELUARKAN 

KETUM DARI

SENARAI DADAH

AMIN

KETUM UBATAN

TRADISIONAL MELAYU

BERI TENAGA TIDAK

KETAGIH

AMIN

YANG DI TANGKAP

MAT PET

BUKAN TOWKAY

BESAR 

YANG BERTAN SERI

YANG BERDATUK

AMIN

YANG KENA

GANTUNG TOKAN

CIPUT

AMIN

KHALAS

NAJIB DALAM SEL ?


BETUL KE NAJIB

DUDUK DALAM SEL

ATAU BILIK HOTEL

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "KOBID HANYA SATU HELAH NAJIB"

Kadang2 gwa birtanye juga .. betul ke Najib terpasong dlm cell 10X10, berak kencing di takong guna tin milo di Pinjara Kajang .. atau ngape Mak Badak tak pirnah hadir nenggok Najib kat Mah Kamah .. atau sape ada tingok episod The Twilight Zone .. jeng jeng jeng.


Unknown commented on 
"NAJIB ADA BERAPA KES ?"
Soalan banyak tapi jawapan satu saja kah kah kah nak bebas nak bebas nak bebas itulah saja dalam otak semuanya penyamun

PERJUANGAN PALESTIN YANG ADIL


PALESTIN

PERJUANGAN PALESTIN
 BUKAN PERJUANGAN AGAMA
BUKAN YAHUDI LAWAAN ISLAM
BUKAN KAPIR LAWAN ISLAM

INI PRESIDEN IRELAND
NEGARA KRISTIAN KATHOLIK
DENGAN KERAS MENGUTUK ISREAL
YANG MENJAJAH PALESTIN

PERJUANGAN PALESTIN
PERJUANGAN ANTI PENJAJAH
PERJUANGAN ADIL 
YANG DAPAT SOKONGAN
DARI KRISTIAN, MAJUSI, NASRANI
HINDU BAHAI. TAOIST BHUDDA
DAN ATEIS

MALAH PENGANUT YAHUDI
MASYARAKAT  YAHUDI JUGA
MENYOKONG
PERJUANGAN PALESTIN

PALESTIN  PERJUANGAN ADIL
MEMBEBASKAN TANAH AIR 
DARI PENJAJAHAN
KHALAS

HUJAN LEBAT


HUJAN LEBAT

AWALNYA ANGIN KUAT
JAM  4 PETANG KILAT GURUH SAMPAI
SEMUA JADI GELAP
DI IKUTI HUJAN  LEBAT

KL PASTI ADA BANJIR KILAT 
BILA HUJAN LEBAT MACAM INI

WILAYAH LAIN
MACAM MANA ?
AMIN


BUAT BAIK


BUAT BAIK

BUKAN KERANA NAK DAPAT BIDADARI
BUAT BAIK KERANA BUAT BAIK
ADALAH BAIK

KALAU NAK DAPAT BIDADARI
ORANG PEREMPAUAN DAPAT APA?
AMIN


BIDEN KALAH KALAU TRUMPS BERTANDING


Biden faces calls not to seek re-election as shock poll rattles senior Democrats

New York Times/Siena College survey shows president trailing 44% to 48% in five of six key states he won in 2020


Pemimpin Demokrat kanan telah merasa gentara selepas tinjauan pendapat menunjukkan Joe Biden mengekori pendahulu Republikan Donald Trump di lima daripada enam negeri medan pertempuran tepat setahun sebelum pilihan raya presiden.


Trump mendahului di Arizona, Georgia, Michigan, Nevada dan Pennsylvania, dengan Biden mendahului di Wisconsin, menurut tinjauan yang diterbitkan pada hari Ahad oleh New York Times dan Siena College. Biden menewaskan Trump di semua enam negeri pada 2020 tetapi bekas presiden itu kini mendahului purata 48% hingga 44% di seluruh negeri ini dalam perlawanan ulang hipotesis.


Penemuan tambahan yang dikeluarkan pada hari Isnin, bagaimanapun, menunjukkan bahawa jika Trump disabitkan dengan tuduhan jenayah terhadapnya, sebahagian daripada sokongannya di beberapa negeri akan terhakis kira-kira 6%, yang mungkin cukup untuk memberi sokongan kepada kolej pilihan raya yang memihak kepada Biden.


KAUM PEMODAL

DAN ELIT POLITIK

AMERIKA MAHU

BIDEN MENANG

AMIN

MAKA TRUMPS

DIDAKWA

 DI MAHKAMAH

UNTUK HALANG

DARI  

BERTANDING

AMIN

KALAU BIDEN

LAWAN TRUMP

PASTI TRUMP

MENANG

KHALAS


AL-FATAH BELOT TAK ANGKAT SENJATA


PEMBUNUHAN

TERUS BERJALAN

DI TEBING BARAT

AMIN

AL-FATAH BELOT

 TAK ANGKAT 

SENJATA

KHALAS

KOBID HANYA SATU HELAH NAJIB

 


Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan

Selepas beberapa hari menerima rawatan, Najib Nazak sudah dibenarkan pulang ke Penjara Kajang hari ini.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini dirawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami demam panas.

Pegawai khasnya, Muhammad Mukhlis Maghribi pada mulanya berkata Najib dijangkiti Covid-19.

Namun Mukhlis hari ini berkata keputusan ujian yang dijalankan HKL terhadap Najib adalah negatif.

“Bagaimanapun HKL masih membuat pemantauan ke atas tahap kesihatan Najib sehingga 5 November (hari ini).

“Setelah doktor membuat pemeriksaan terakhir pada tarikh tersebut, Najib dibenarkan pulang ke Penjara Kajang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di situ setelah disabit bersalah atas pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

WOIT

GUA DAH ROYAK

KES KOBID

HANYA HELAH

AMIN

MASUK  HOSPITAL

UNTUK BINCANG

PROJEK BEBAS

AMIN

PEGUAM DLL

LEBIH MUDAH

KELUAR MASUK

AMIN

MAT KOBID

JADI PENDIDING

KHALAS

10,000 TEWAS



Angka korban serangan Israel di Gaza kini lebih 10,000 orang

ANGKA kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Dalam satu sidang media, jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

Beliau berkata jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.

Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel.

Sementara itu, Agensi Berita WAFA melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Oktober. – Bernama, 7 November, 2023.


WOIT

10,000 HANYA

ANGARAN

AMIN

MASIH BANYAK

HILANG DALAM

RUNTUHAN

AMIN

YANG CEDERA

PARAH AKAN

TAMBAH JUMLAH

AMIN

KHALAS

NAJIB ADA BERAPA KES ?


NAJIB ADA

BERAPA KES



PROJEK BEBAS NAJIB SEDANG DIATUR
DALAM MASA TAK LAMA
KEPUTUSAN AKAN DIBUAT
JENG JENG JENG

PERSOALAN
SEKARANG NAJIB MASIH
ADA KES 1MDB
RAMAI DAH MASUK JIL
NAJIB  MASIH BICARA

KES  NAJIB 
TAK BAYAR CUKAI
LEBIH  SATU BILION RINGGIT

KALAU BEBAS
APAKAH KES YANG
SEDANG BERJALAN
JADI KES DNAA ?
JENG JENG JENG

APAKAH NAJIB AKAN
BAYAR CUKAI ?

JIKA TAK BAYAR APAKAH
NAJIB MASUK PENJARA
ATAU BANGKRAP

KALAU KES 1MDB
YANG SEDANG BERJALAN
MENDAPTI NAJIB BERSALAH
APAKAH AKAN DI AMPUNKAN JUGA
JENG JENG JENG
KHALAS