Selasa, 14 November 2023

DATUK BOTAK BANYAK FULUS



DATUK BOTAK

BANYAK FULUS

KAH KAH KAH

AMIN 

DATUK BOTAL LAGI


Wan Fayhsal dakwa 'Datuk Botak' dalang utama ahli Parlimen pembangkang sokong Anwar


KETUA Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mendakwa dua individu bertanggungjawab memujuk ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa individu terbabit adalah “Datuk botak” dan bekas setiausaha politik Anwar.

“Jelas bahawa terdapat langkah terancang oleh perdana menteri dan kepimpinan kerajaan perpaduan untuk menyogok dan memberi suapan melalui janji-janji bantuan kewangan kepada ahli Parlimen Bersatu bagi kawasan mereka dan juga untuk mereka secara peribadi.

“Terdapat satu video menunjukkan identiti seorang lelaki botak yang memainkan peranan untuk menyogok dan mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri ke-10,” kata Wan Fayhsal pada sidang media di Parlimen hari ini.

Wan Fayhsal mendakwa video di Facebook dan TikTok menunjukkan usaha menarik sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau juga berkata video itu menjelaskan peranan bekas pembantu setiausaha politik PM dalam perkara ini.

“Video ini juga tular di Facebook, Tiktok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya tahu dan mengambil tindakan kerana jelas keempat-empat ahli Parlimen Bersatu telah didesak, ditekan dan diugut dengan tindakan SPRM jika enggan beri sokongan.

“Hal ini jelas merupakan satu salah guna kuasa oleh perdana menteri dan satu bentuk rasuah dan perbuatan ini juga menghina peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkenaan undang-undang lompat parti dan bercanggah dengan amalan demokrasi,” kata ahli Parlimen Machang itu.

Minggu lalu empat Ahli Parlimen Bersatu berikrar menyokong Anwar tetapi berkata mereka tetap setia kepada Bersatu.

Mereka ialah Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Bersatu menggantung keahlian Iskandar selama empat tahun dan Suhaili selama enam tahun. Keputusan untuk dua lagi ahli Parlimen masih belum diumumkan.

Pada Khamis Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal juga dari Bersatu berkata beliau akan menyokong Anwar.

Wan Fayhsal juga berkata laporan polis dibuat berhubung dakwaan rasuah, umpan atau ugutan berikutan tindakan beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada perdana menteri.

Tambahnya mereka juga akan membuat laporan kepada SPRM.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution berkata pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan berkenaan ahli Parlimen pembangkang disogok atau diancam untuk menyokong perdana menteri.

Beliau berkata polis mahupun SPRM tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.

“Setakat pagi ini ketika pegawai sedang menyediakan jawapan (Parlimen), tiada aduan difailkan berhubung dakwaan ahli Parlimen pembangkang menerima tawaran, sogokan dan ugutan untuk menyokong PM,” katanya semasa sesi soal jawab. – 14 November, 2023.

KAH KAH KAH

WOIT

DATUK BOTAK NI

BANYAK DUIT KE?

KAH KAH KAH

DULU NIAGA

PINK FORM KE ?

KAH KAH KAH

DARI MANA

DATUK BOTAK NI

DAPAT FULUS ?

KAH KAH KAH

MACAM NAJIB

JUGA  KE DAPAT

FULUS DARI

ANAK RAJA SAUDI

KAH KAH KAH

KHALAS

SAPA DATUK BOTAK INI ?


Datuk ‘botak’ terlibat pujuk ahli Parlimen pembangkang sokong PM

Empat Ahli Parlimen dari Bersatu iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar),  Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal memberitahu, dalam laporan polis yang dibuat oleh Armada Bersatu tengah malam tadi turut menyatakan penglibatan aktif seorang Datuk ‘botak’ dikenali Nasir Najib yang memainkan peranan penting dalam memujuk empat Ahli Parlimen PN itu.

Jelas beliau, pihaknya mempunyai rakaman video di mana individu tersebut pernah diihat bertemu ahli Parlimen terbabit di sekitar bangunan Parlimen sebelum ini.

Malah katanya, kenyataan yang dibuat sendiri oleh Suhaili yang memberitahu, beliau menerima peruntukan sebaik memberi sokongan kepada kerajaan membuktikan terdapat unsur sogokan.

“Kita boleh lihat gambar beliau yang tersenyum lebar bersama perdana menteri,” katanya. – 

KAH KAH KAH

PROJEK

DATUK BOTAK

KAH KAH KAH

WOIT

BOTAK ATAS BAWAH

ATU BOTAK BAWAH

SAJE

KAH KAH KAH

KHALAS

HAPUSKAN HUKUM MATI


Mahkamah ringankan hukuman mati, penjara sepanjang hayat 11 banduan


MAHKAMAH Persekutuan hari ini meringankan hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terhadap 11 banduan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).

Kesemua mereka sebelum ini dijatuhi hukuman gantung dan pemenjaraan sepanjang hayat atas kesalahan berkaitan dadah.

Keputusan hari ini dibuat selepas panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang kali pertama selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 sebulat suara membenarkan permohonan semakan semula hukuman mati kumpulan pertama banduan akhir berkenaan. 

Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dikuatkuasakan pada 4 Julai lalu.

Turut bersidang bersama Tengku Maimun adalah Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nordin Hassan.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah menggantikan hukuman mati yang dikenakan ke atas tujuh banduan dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh mereka ditangkap. – 14 November, 2023.



TAHNIAH

KITA MELANGKAH

MARA KE DEPAN

BERTAMADUN

AMIN

KHALAS

TERUSKAN MENCUBA



TERUSKAN

MENCUBA

AMIN

ORANG BELGIUM

KATA:

AVEC JOIE

KHALAS




Unknown commented on
 "TENGKUJUH"

BRO
GAGAL INI URUSAN KEMUDIAN
YANG PENTING
KITA MENCUBA
AMIN

tt;
lu selalu mengajar gwa agar terus mencuba dan berusaha!
love you tt.

ANAK BINI DAN KRONI


TUGAS KERAJAAN

TIPU RAKYAT

DAN

BUAT ANAK

 BINI KRONI

KAYA RAYA

AMIN


Unknown commented on
 "AWAS !!! CUKAI NAIK - 
SABSIDI LUPUS !!!"

negara bertuah ada segala macam hasil.
rakyat pula rajin bertungkus lumus kerah tenaga walau upah tidak seberapa
tak cukup rakyat pendatang asing pula curi2 masuk nak mohon kerja

sumber tenaga sentiasa ada.

tapi kerajaan memerintah dan penguatkuasa jenis bodoh tak reti apa.
segala sumber yang ada disekat dilesen dicukai diketat undang2 itu tak boleh ini tak boleh
perkara senang disusahkan. jika rakyat tak boleh ikut maka ada peluang saman dan denda dan kena kan berbagai sekatan.

sebab itu negara jauh tertinggal berbanding thailand apatah lagi singapura.
asyik2 dok ulang kitar semula benda2 bodoh untuk mengalihkan perhatian rakyat.

bodoh.


BAWA MASUK POMPUAN PALESTIN


BAWA MASUK

POMPUAN PALESTIN

KAH KAH KAH

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "LANGKAH BAIK"

Kita dok bawak masok jantan Pakistan, Bangla, Myanmar jo .. juta2 ekor .. lagi ramai lagi masyuk.
Impak nyo pompuan & isteri Melayu makin galak bunting dan ramai hasilkan anak yg punyo raut Bangla, Pakistan. Ghimau Gua Musang pon suko daging Bangla.

To be fair apo kato kito ambik bawak masok gegirl Palestin kojo .. jadi pembantu rumah ko .. apo2 kojo .. lawa2 ..

PASUKAN WAGNER BANTU HIZBOLLAH


PASUKAN WAGNER

DARI RUSIA DATANG

BANTU HIZBOLLAH

KHALAS

BOIKOT MEK DOGAL



Rakyat Malaysia digesa boikot jenama, syarikat berkaitan Israel


RAKYAT Malaysia harus memboikot syarikat atau jenama dikaitkan dengan Israel yang jelas terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di Gaza sekarang, kata Boycott Divestment and Sanction (BDS) Malaysia.

Pengerusinya Nazari Ismail berkata syarikat yang terjejas dek gerakan boikot yang sedang berlaku di seluruh dunia perlu memikirkan langkah untuk menangani cabaran itu.

BDS ialah gerakan pro-Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan. Ia berpegang kepada prinsip mudah iaitu rakyat Palestin berhak mendapat hak yang sama seperti manusia lain.

Diilhamkan oleh gerakan antiaparteid Afrika Selatan, BDS menggesa tindakan untuk menekan Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Sebagai contoh, syarikat seperti itu boleh menjernihkan imej negatif mereka dengan mengutuk secara terbuka pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. Malangnya, sesetengah (syarikat) enggan berbuat demikian.

“Akibatnya, ramai pengguna Malaysia terus menganggap mereka negatif. Syarikat-syarikat ini tidak sepatutnya merungut jika mereka mengalami kerugian dan menyebabkan pekerja mereka kehilangan pekerjaan,” kata bekas profesor ekonomi itu.

Bekas dekan pengajian perniagaan antarabangsa di Universiti Malaya itu mengingatkan bagaimana usaha boikot antarabangsa memainkan peranan penting dalam menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan.

“Israel kini melakukan jenayah aparteid dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Memboikot Israel adalah jalan tanpa kekerasan yang boleh diikuti oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin mencapai kebebasan mereka,” katanya.

“Kami menyeru pengasingan secara menyeluruh Israel hingga mereka memenuhi tiga tuntutan – untuk menamatkan pendudukannya dan penjajahan semua tanah Arab dan merobohkan tembok; mengiktiraf hak asasi rakyat Arab-Palestin terhadap kesaksamaan; dan menghormati, melindungi dan mempromosi hak pelarian Palestin untuk pulang ke rumah dan harta mereka seperti yang ditetapkan dalam Resolusi PBB 194.”

Mengenai boikot yang mungkin merugikan pekerja tempatan, Nazari berkata pengguna berhak memilih apa yang hendak dibeli dan apa yang perlu dielakkan berdasarkan cita rasa peribadi, nilai moral dan emosi.

“Pasukan pengurusan syarikat mesti merancang strategi dan tindakan yang sesuai untuk memastikan ia selaras dengan cita rasa, nilai moral dan emosi pengguna.

“Pada masa ini, ramai pengguna Malaysia meluat dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza. Malangnya, sesetengah yarikat dilihat oleh pengguna mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan beramai-ramai,” tambahnya.

Senada dengannya, Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata pekerja yang terjejas akibat boikot itu boleh mencari peluang pekerjaan lain.

“Jika dibandingkan dengan kehilangan nyawa di Palestin – pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa – kehilangan pekerjaan bukanlah apa-apa. Kita sentiasa boleh mencari peluang lain.

“Kita harus menyokong gesaan untuk memboikot barangan berkaitan Israel. Itu sahaja yang boleh kita lakukan. Bolehkah kita mengangkat senjata dan melawan? Pasti tidak. Jadi jika kita menyokong rakyat Palestin, kita harus peduli dengan seruan boikot itu,” katanya.
Jangan pecat pekerja jika syarikat diboikot

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Kamarul Baharin berkata jika syarikat itu diboikot kerana ada kaitan dengan Israel, ia tidak sepatutnya memberhentikan pekerja sebagai alasan.

Beliau berkata syarikat itu harus memikul tanggungjawab dan menanggung kerugian.

“Jika anda fikirkan, kesan Covid-19 lebih besar tetapi banyak syarikat terselamat. Boikot ini bukan wabak di seluruh dunia. Jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu memberhentikan pekerja.

“Mereka harus tanggung kerugian dan jika perlu ubah dasar untuk mematuhi keperluan hak asasi manusia,” katanya.

Kamarul juga sependapat iaitu pengguna mempunyai hak untuk memilih sesuatu produk.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima aduan pekerja diberhentikan kerana gerakan boikot itu, Kamarul akui ada laporan diterima.

“Saya tidak pasti keberkesanan boikot itu dan kami tidak mempunyai data. Tetapi kami mendapat aduan individu diberhentikan kerja kerana kempen boikot,” katanya.

Serangan di Gaza sejak sebulan lalu mengorbankan lebih 11,000 nyawa rakyat Palestin, majoritinya orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Israel menduduki wilayah Palestin secara haram - merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur sejak 1967. – 14 November, 2023.

BOIKOT BOIKOT

KITA JANGAN BELI

DI KEDAI YG SOKONG

ZIONIS ISREAL

AMIN

SYARIKAT YANG BERI

DANA UNTUK

BUNUH RAKYAT

PALESTIN

AMIN

KHALAS

KES NAJIB BERAP ORANG MATI DIBUNUH ?


Sudah 15 bulan Najib dipenjara, janganlah nak sabar lama sangat – Yana

MELAKA – Penyokong Najib Nazak mahu melihat hasil yang konkrit daripada usaha kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menegakkan keadilan untuk bekas Perdana Menteri itu.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkata, mereka tidak mahu melihat pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara itu terus dizalimi.


“Sehingga sekarang saya masih setia kepada UMNO dan BN, mereka nasihat… Yana sabar, kita sabar.

“Tetapi sudah 15 bulan janganlah nak sabar lama sangat,” katanya ketika berucap pada Program Pulangkan Najib di Dataran Baitul Tariq, Klebang Permai di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan bahawa Najib sentiasa bersedia membantu mana-mana pihak yang dalam kesusahan semasa beliau masih menjadi perdana menteri dan Presiden UMNO dahulu.

“Sekarang beliau dalam kesusahan, kita harus membantu beliau,” jelasnya.

Nooryana Najwa turut berkongsi kisah sedih mengenai sikap pihak tertentu yang menjauhkan diri daripada Najib dan keluarganya selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Malah, beliau memberitahu, sebahagian daripada mereka pura-pura tidak mengenalinya ketika bertemu.

“Sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri, berderet-deret orang tunggu nak jumpa beliau.

“Selepas BN kalah pada 2018 ada yang sekat WhatsApp, bila kita telefon tak jawab, kita tengok di Instagram dan Facebook, mereka unfollow,” katanya.

Nooryana berkata, perkara itu menyebabkan mereka sekeluarga mengenali siapa yang benar-benar menjadi kawan ketika dalam kesusahan.

Pada masa yang sama, beliau menghargai bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu,  Mohamad Ali Mohamad yang telah membuktikan jati dirinya sebagai sahabat setia Najib.

“Bukan Yana nak puji  Ali tetapi beliau salah seorang sahabat setia yang mengadakan majlis solidariti bersama Bossku apabila beliau dipenjarakan.

“Saya datang ke Tangga Batu, saya berucap di sini,  Ali menjadi tuan rumah pada masa itu,” katanya. 

WOIT

DALAM KES NAJIB

ADA BERAPA ORANG

MATI DIBUNUH?

JENG JENG JENG

ALTANTUYA

BALA

SIRUL

AZILAH

KEVIN

JENG JENG JENG

NAK BEBAS?

KAH KAH KAH

ADA KES MASIH

BERJALAN

AMIN

NAJIB KENA

12 TAHUN MUSTAHIL

NAK LEPAS 

SEKARANG

AMIN

RUNTUH KERAJAAN

MADANI KALAU

NAJIB BEBAS

AMIN

WOIT

ROSMAH BILA

NAK MASUK

KAH KAH KAH

KHALAS

LANGKAH BAIK


KKM akan hantar pasukan perubatan ke Palestin

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersedia dan mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan itu.

Menurut kenyataan itu penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, menurut KKM penghantaran alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat .

Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia dilaksanakan pada 3 November lepas manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 November, masing-masing sebanyak 20 tan.

Menurut KKM, penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN.

Bantuan tersebut meliputi alat-alat consumable seperti pam picagari, sutur, kanula IV, peralatan pembalut luka, perkhidmatan neurosurgeri dan pembedahan trauma, kemudahan peralatan seperti katil perubatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian.

Kementerian itu memaklumkan penambahan kemudahan berkenaan bertujuan menampung keperluan perkhidmatan yang mendesak dan sangat diperlukan oleh rakyat Palestin di Gaza buat masa ini.

KKM turut menegaskan tindakan pengeboman ke atas hospital merupakan suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia, tidak berperikemanusiaan serta bertentangan dan melanggar Konvensyen Antarabangsa Geneva.

Menurut KKM, ia perlu dihentikan serta-merta bagi membolehkan hospital yang masih beroperasi dapat terus memberikan bantuan perawatan perubatan kepada rakyat Palestin yang tercedera.

Kementerian turut memaklumkan menerusi maklumat yang disampaikan oleh Gaza-Medics Worldwide, daripada sejumlah 35 hospital yang terdapat di Gaza, satu pertiga telah musnah dan memerlukan usaha untuk memulihkannya, selain menambah baik kemudahan perkhidmatan perubatan di hospital yang masih beroperasi. – Bernama, 13 November, 2023.



INI LANGKAH

AMAT BAIK

AMIN

TAK PERLU

BANYAK CAKAP

AMIN

HANTAR BANTUAN

UBATAN MAKANAN

AMIN

KHALAS

MALAYSIA ADA BERI BANTUAN

 


MALAYSIA JUGA

ADA BERI BANTUAN

AMIN

Unknown commented on 

"SUARA PADU 57 BUAH NEGARA"

Tahniah Indonesia kerana terus ke hadapan dalam music bantuan kemanusiaan ke Palestine dan Gaza...

Malaysia era kerajaan anak papa Lansing tidak buat apa apa... Kerajaan Malaysia sangat bacul...

Sangat bacul kerajaan anak papa Kali ini dalam bantuan misi kemanusiaan..

ZIONIS TAK AMBIK POT


ZIONIS 

TAK AMBIK POT

KERANA 

ADA AMERIKA

KHALAS


Unknown commented on 
"SUARA PADU 57 BUAH NEGARA"

Kah kah kah kalau satu dunia sekalipun serang Yahudi ingat mereka ambil pot tak? Manusia ini bila dah kuat tak peduli apa orang lain cakap cakap bising bisu, dia buat apa dia suka kah kah kah

TENGKUJUH


TENGKUJUH 


SELASA 14 NOVEMBER 2023
MUSIM HUJAN MUISM TENGKUJUH
DAH SAMPAI
BANJIR AKAN BERLAKU
 DI SANA SINI

DULU 30 TAHUN DULU
KITA HANYA DENGAR TENGKUJUH
DI GANU DAN KELANTAN
KESAH DAN CERITA BANJIR
KESAH DAN LABUN
MAK CIK KAKAK ANAK DARA
SELAK KAIN BERJALAN
MENGHARUNG AIR
PESTA BANJIR

KALI INI BANJIR
AMBIL NYAWA
RUNTUHKAN BUMI
TENGGELAMKAN RUMAH
TINGGALKAN LUMPUR

KENYA
PERSIDANGAN NEGARA NEGARA PBB
BINCANG NAK BUAT UNDANG UNDANG
TENTANG PLASTIK
YANG SEDANG MELANGGAR DUNIA

UNITED KINGDOM
KELING BETINA
MENTERI KDN  UK
DI TERAJANG KELUAR
KERANA BIADAP
KUTUK POLIS TAK AMBIL
TINDAKAN PADA DEMO
PRO PALESTIN
YANG KELING NI KATA
PRO PENGGANAS

UK
DAVID CAMERON
BEKAS PM UK
MASUK DALAM KABINET
KELING SUNAK JADI MENTERI LUAR

AMERIKA
BIDEN MINTA
AGAR HOSPITAL AL-SHIFA
JANGAN DISERANG

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK SEGAR
BERKABUS
KL & KL SENTARL BERKABUS
BANGUNAN 118  HILANG
DI SELAPUTI KABUS
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN

HA HA
PAGI INI CENGKERIK GUMBIRA
TERKUKUR BERLAGU
YANG LAIN GUA TAK DENGAR

MATA HARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA AMAT LEMBUT
GUA PIKIR KEJAP LAGI AKAN PANAS
DAN PETANG SEPERTI BIASA
HUJAN TURUN
MALAM SEJUK SANTAI

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA

BRO
PENGETAHUAN ITU
MACAM SELUAR DALAM
TAK PERLU DI TAYANGKAN

BRO
ORANG KUAT TAK PERNAH
MENGENAL KATA MENGALAH

BRO
BINI DAN BALAK
ORANG LAIN
SELALU DI LIHAT CUN
DARI BALAK DAN AWEK SENDIRI

BRO
KALAU LU LETIH
LU BELAJAR UNTUK BEREHAT
BUKAN MENYERAH

BRO
GAGAL INI URUSAN KEMUDIAN
YANG PENTING
KITA MENCUBA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA