Sabtu, 30 Disember 2023
SAPA DAI ZIONIS TEMPATAN
McDonald's sah saman BDS Malaysia
MCDONALD’S Malaysia mengesahkan tindakan saman terhadap Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) kerana memboikot rangkaian restorannya dan berkata amat bersimpati dengan mangsa yang tidak bersalah di Gaza.
Pemilik francais McDonald’s di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut ganti rugi RM6 juta bagi kerugian yang ditanggung akibat tindakan kumpulan yang mempromosikan boikot terhadap jenama antarabangsa utama itu sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Israel ke atas Gaza.
“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan memboikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada The Malaysian Insight.
Ia mengesahkan dengan berdasarkan nasihat undang-undang luar, syarikat itu memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia “untuk melindungi hak dan kepentingan kami mengikut undang-undang.”
BDS ialah gerakan pro-Palestin yang bermaksud boikot, lupus, dan sekat terhadap jenama yang menyokong Israel dan menamatkan pendudukan Israel di Palestin.
Konflik semasa yang menyaksikan lebih 21,000 maut di Gaza dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas bandar sempadan Israel pada 7 Oktober yang menyaksikan 1,200 maut dan kira-kira 240 diculik.
Malaysia menyokong hak Palestin dan menggesa gencatan senjata segera di Gaza.
McDonald’s Malaysia berkata dalam kenyataannya ia telus dan konsisten tidak menyokong atau memaafkan konflik semasa di Timur Tengah dan seperti semua rakyat Malaysia, bersimpati dengan mangsa yang tidak bersalah di Gaza.
“Kami telah menyumbang sejumlah RM1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan oleh kerajaan dan akan terus berdoa agar konflik berakhir dan keamanan berterusan di Gaza.
“Kami seterusnya mengulangi pendirian yang McDonald’s Malaysia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti atau yuran francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuang politik atau konflik di mana-mana bahagian dunia,” kata rangkaian makanan segera itu.
Dalam samannya, pemegang francais tempatan itu berkata ia memohon pampasan terhadap pelbagai aspek, termasuk kerugian hasil (RM3 juta), pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta), dan kos bahan tamat tempoh (RM1.5 juta).
Ia mendakwa defendan, BDS Malaysia, menggalakkan permusuhan orang ramai terhadap jenama McDonald’s berhubung konflik di Palestin.
Kenyataan tuntutan mereka menegaskan majoriti rakyat Malaysia, yang kebanyakannya beragama Islam, memboikot perniagaan itu kerana kononnya ada kaitan dengan konflik itu. – 30 Disember, 2023.
DULU UMNO
LAWAN & TANGKAP
SAPA SAJE
YANG LAWAN
INGGERIS
AMIN
INI NAMANYA
BARUA INGGERIS
AMIN
BILA KITA LAWAN
ZIONIS
DIA LAWAN KITA
AMIN
INI NAMANYA
ZIONIS TEMPATAN
KHALAS
BILA NAK BUAT OPERASI TANGKAP CHINA MERAH ?
567 Pati ditahan dalam serbuan apartmen di Bangsar
KUALA LUMPUR – Pelbagai caria dilakukan warga asing yang menghuni Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar, di sini, bagi menglak ditangkap pihak berkuasa dalam serbuan yang dilakukan awal pagi tadi.
Antaranya mereka berpura-pura tidak mendengar ketukan pintu dengan alasan tertidur akibat kepenatan selain menutup lampu bagi mengelak kediaman yang didiami diperiksa anggota Jabatan Imigresen Malaysia.
Berikutan itu, penguatkuasa JIM terpaksa memotong mangga pintu jeriji besi rumah.
Ketika pintu rumah dibuka ada antara watga asing yang menyorok di ruang sempit di kediaman masing-masing bagi mengealk dicekup.
Syamsul Badrin memeriksa dokumen salah seorang warga asing yang ditahan dalam operasi JIM di Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar awal pagi tadi.
Malah ada yang nekad terjun dari tingkat dua namun sempat diberkas pegawai Imigresen dengan kerjasama penduduk setempat dalam operasi yang bermula jam 1 pagi tadi.
Wartawan yang mengikut operasi tersebut mendapati rata-rata mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen lengkap.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, dalam operasi yang 85 pegawai dan anggota itu memeriksa 125 buah kediaman di bangunan 14 tingkat selepas menjalankan risikan selama seminggu tentang gerak geri warga asing.
Syamsul Badrin memeriksa dokumen salah seorang warga asing yang ditahan dalam operasi JIM di Apartmen Abdullah Hukum di Bangsar awal pagi tadi
“Seramai 1,000 orang telah diperiksa, dan daripada jumlah itu seramai 567 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia satu tahun empat bulan hingga 54 tahun termasuk 38 wanita berjaya ditahan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 72 warga Indonesia, 252 warga Bangladesh, 163 warga Nepal, 75 warga Myanmar, empat warga Filipina dan seorang warga India,” katanya pada sidang media, hari ini.
Syamsul Badrin menambah, pihaknya percaya kediaman terbabit disewa oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan bayaran sewa bulanan lebih RM1,000 dan setiap kediaman menempatkan lebih lapan penghuni.
“Kebanyakan warga asing ini dipercayai bekerja di kawasan sekitar sini.
“Pada masa sama JIM sedang menyiasat untuk mengesan pemilik rumah yang menyewa kediaman mereka kepada Pati bagi tindakan lanjut,” ujarnya.
Syamsul Badrin berkata, kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan di bawa Akta Imigresen 1959/63. –
WOIT
DARI SENARAI
TAKDA NAMA
CHINA MERAH
AMIN
MANA MEREKA
MENYOROK ?
AMIN
BILA NAK BUAT
OPERASI CARI
1.22 JUTA PENDATNG
HAARM DARI
CHINA MERAH ?
AMIN
KHALAS
SAMBIL MAKAN TANGAN. MERABA
Serbuan ‘Mini Dhaka’: 3 anggota PGA didakwa curi RM85,000
TIGA anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan ketika menjalankan operasi bersepadu membanteras warga asing, Khamis lepas.
L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, 35; L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat, 26 dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30 masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Mereka didakwa dengan niat bersama mencuri wang milik NGWE Gabar Sdn Bhd di tingkat satu premis berkenaan di Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Silang pada 2.27 petang, 21 Disember lalu dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun serta boleh dikenakan denda manakala bagi kesalahan kali kedua perlu dipenjara dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham berkata pihaknya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu dilakukan oleh penjawat awam semasa menjalankan amanah dan tugas mereka sebagai anggota.
“Perkara ini juga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat awam berkaitan integriti serta tanggungjawab anggota keselamatan semasa menjalankan tugas,” katanya.
Izzat Amir berkata sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan, pihaknya memohon jaminan tidak kurang RM30,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Mohamad Adib dan Muhamad Hafiz memohon kedua-dua anak guamnya dikenakan jaminan rendah kerana mereka berpendapatan RM2,100 sebulan serta menanggung keluarga.
Peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie yang mewakili Mohamad Amirul Aiman turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya yang menanggung ibu bapa yang sudah lanjut usia berpendapatan RM2,100 sebulan.
Aina Azahra menetapkan sebutan kes pada 6 Februari depan dan membenarkan jaminan RM17,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Pada 24 Disember lalu, ketiga-tiga anggota terbabit dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.
Hasil penahanan itu, difahamkan polis turut merampas wang tunai RM63,500, sebuah kereta Perodua Myvi, dua telefon bimbit dan resit pembayaran bagi pembelian tayar dan penyelenggaraan kenderaan. – Bernama, 29 Disember, 2023.
WOIT
INI NAMANYA
SAMBIL MAKAN
SAMBIL MERABA
KAH KAH KAH
INI MACAM
DATUK RABA RABA
SAMBIL ISAP CERUT
SAMBIL RABA
BONTOT
PELAYAN POLIPINO
KAH KAH KAH
KHALAS
JUAL TAKUT
AGAMA
JUAL TAKUT
UNTUK KONTROL
KHALAS
Unknown commented on
"HALAL HARAM ALAT
KUASA DAN KONTROL"
apa lu cakap ? kapir eropah yang mana ? kapir korea mana ? kapir hindu ke ? budha ke ?kistian ?.. yahudi ? kapir yang mana ? kalau ikut maksud semua dikapir mengikut agama masing2.. lu nak pakai kondom lu punya pasal.. lu kongkek senyap2 lu jangan repot jakim bingai.... kah kah kah
TOLO NAIK PIPIT MATI
TOLO NAIK
PIPIT MATI
AMIN
"ARAB MESIR BELOT"
Gwa dah byk kali royak .. senapang Arab kek belakang Hamas ditujukan kek sapo. Abam yg lantang nak porang dongan Izrael bukan sobab nak tulong sgt Hamas .. tapi nak tutup tolo, bogheh , bolanjo harian rakyat yg monagak naik .. rakyat dah lupo yg tolo naik, pipit makin mati "puchok" ..
KEPONG HARI KE LIMA
AKSI KEPONG
HARI KE LIMA
SABTU 30 DISEMBER 2023
HARI INI HARI KE LIMA
AKSI KEPONG
ESOK HARI PENAMAT
ESOK JUGA TAHUN 2023
AKAN TAMAT
TAHUN 2024 SAMPAI
KAWAN KAWAN
PEMBACA TUKAR TIUB
DI JEMPUT BUAT RAMAI
KE AKSI KEPONG
DI SEBELAH OPIS DUTA AMERIKA
AKSI KEPONG
ADALAH SEJARAH
SATU BENTUK DEMO BARU
YANG KAMI TEROKA
SATU LAGI CARA
UNTUK MEMBERI PENCERAHAN
DAN TUNJUK MARAH
TIAP MALAM
KAMI ADA AKTIVITI
CERAMAH PUISI DAN LAGU
DATANG
JANGAN
TAK DATANG
AMIN
AFRIKA SELATAN
MULA LANGKAH
UNTUK BAWA ISRAEL
KE MAHKAMAH DUNIA
JENAYAH PERANG
JENG JENG JENG
UKRAINE
RUSIA BUAT SERANGAN
SECARA BESAR
LEBANON
BEBERAPA KUMPULAN GERILA
BERKUMPUL DI BEIRUT
LEBANON
BERSETIA KAWAN
KERJASAMA LAWAN ZIONIS
HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH BASAH
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
TAPI TAK LAMA
YANG JELAS GUMBIRA
PAGI INI
ADALAH CENGKERIK
ADUH !
SIMPONI YANG KUAT
BERGEGAR PINTU
MASUK KE HOKEN
UNGGAS YANG LAIN
AGAK SENYAP
MUNGKIN SEJUK
KAH KAH KAH
HAR INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
NAK TENGOK HARGA BAWANG
DULU 5 RM SEKILO
MINGGU LEPAS NAIK JADI
8 RM SEKILO
MINGGU INI BERAPA?
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN
ADA DUIT JIMAT CERMAT
JUAL BUAH KURANG LAKU
TAHUN 2023 AKAN TAMAT
RENONG LIHAT APA BERLAKU
JALAN KAKI KERANA DEKAT
DARI PAGI HINGGA PETANG
PASANG NIAT PASANG TEKAD
TAHUN BARU SELAMAT DATANG
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI